Nota Ringkas Kenyataan Media YB Dato’ Husam Musa Posted: 22 Feb 2012 03:32 AM PST 1. Pengambilan tanah untuk tujuan Felda Plantation – Kerajaan negeri dalam mesyuarat exco pagi tadi bersetuju melantik panel nasihat guaman dalam menyekat pengambilan tanah Felda seluas 55,500 ekar di negeri ini.
Pengambilan tanah itu dibuat secara paksaan dari kerajaan negeri yang tidak difahami secara jelas maksudnya dan ianya menyalahi akta GSA 1960. Ladang Felda diaktakan di bawah GSA dengan maksud milikan tanah hanya untuk peneroka dan koperasi peneroka.
Buat masa ini Felda Plaintation dimilik 51% oleh peneroka felda melalui Koperasi Peneroka Felda . Bila dipajak pada Felda Global Venture, Koperasi Peneroka Felda akan hanya memiliki 37% dan tidak lagi menajdi pemegang majority dan ini melangga akta GSA 1960.
Kerana itu Kelantan berhak mengambil balik ladang tersebut untuk diagih pada peneroka baru dan sekiranya ini berlaku lebih kurang 8,000 peneroka baru dengan agihan 4 hakter bagi peneroka baru akan diberikan.
2. Kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, dalam isu perjuangan kaum http://www.malaysiakini.com/news/189864 – Tan Sri Harussani sepatutnya lebih brhati-hati dan telus. Islam atasi kaum dan tidak terhad kepada satu-satu kaum sahaja. Malaysia meliputi pelbagai kaum. Jika mahukan kaum lain menerima Islam, maka tidak boleh dihadkan hanya kepada Melayu sahaja.
UMNO selama 54 merdeka gagal membawa Melayu dalam pembangunan Negara. Melayu tercicir. Kegagalan itu nampak dalam kenyataan Tan Sri Harussani, Dato' Hasan Ali, Dato' Ibrahim Ali, Tun Mahathir dan Sanusi Junid baru-baru ini.
Kegagalan ini puncanya:
i. Beberapa institusi membangunkan Melayu di zaman Tun Razak telah digugurkan. Bernas telah diswastakan. Tanah-tanah UDA di tengah-tengah bandar telah dijual. MARA makin mati fungsi.
ii. Pendekatan yang salah. Menggunakan agenda perkauman Melayu mengatasi Islam. Islam membawa agenda keadilah, perpaduan, kesaksamaan dan kebajikan mengatasi bangsa. UMNO hanya menjadikan Islam sebagai alat. Dalam konteks itulah PAS dilihat berbeza dengan UMNO.
3. Penubuhan JATI – Jati diperalat UMNO untuk menyerang PAS. Kalau benar Jati perjuangkan Islam, melayu dan raja, PAS juga sepatutnya didekati. Bukan dimusuhi.
Pakatan Rakyat mengamalkan pendekatan menghormati antara satu sama lain. Ia bergerak kea rah membetulkan korupsi yang telah menular dalam UMNO. Untuk bergerak ke arah itu, pemimpin dan ahli pakatan Rakyat perlu mengawal emosi dan mengutamakan perpaduan.
PAS adalah parti yang establish, konsisten dan bukan lahir dari picisan suasana. Ia sebuah parti yang kukuh dan besar. Kumpulan picisan ini mengganggu perjuangan PAS. Ia mengelirukan rakyat. Kita semua tahu dosa orang yang pisahkan diri dengan jemaah adalah dosa besar.
Jati pada bukti zahirnya bukan lahir untuk memperjuangkan ulama'. Buktinya presiden Jati bukan Ulama'. Jika benar Jati memperjuangkan ulama' kenapa Tan Sri Harussani tidak mengetui Jati sebagaimana PAS yang diketuai oleh ulama'. Dato' Hasan Ali bukan ulama' dan dia tinggalkan ulama' (PAS). Malah menentang ulama' PAS. Kontradiksi ini jelas.
4. Kelantan, negari paling miskin sebagaimana kenyataan YAB Perdana Menteri di Sabah - Saya dah letih nak memberikan fakta dan data tepat. Ia sebagaimana telah kita tahu yang Kelantan bukan negeri termiskin. Kenyataan politik itu menghina rakyat Kelantan dan mahu menyedapkan hati rakyat Sabah. Pendekatan Pakatan Rakyat bukan mendedahkan negeri mana paling miskin tapi membawa agenda mengurangkan kemiskinan
Jika dilihat kembali data, Kelantan berada pada garis pertengahan. Negeri ke enam dalam paras kemiskinan Negara yang didahului Sabah dan Sarawak.
5. Isu Israel – Isu ini penting bagi PAS. Tapi yang penting juga isu negara kita yang semakin korup. Kita akan dipersoal di hadapan Allah jika meninggalkan perjuangan rakyat ini.
UMNO sengaja menimbulkan isu ini walhal Dato' Mukhriz Mahathir dalam Malaysiakini semalam http://www.malaysiakini.com/news/189825 telah mendedahkan adanya hubungan perdagangan dengan Israel. Pendedahan itu adalah besar dan menunjukkan polisi kerajaan Melaysia hubungan perniagaan dengan Israel.
6. Manifesto Pakatan Rakyat – Pakatan Rakyat mestilah realistic dalam memberikan contoh bagaimana negara diuruskan dalam menghapuskan korupsi, mengurangkan tanggungan beban rakyat, mengurus tadbir negara tanpa tiris, mengurangkan perbalahan politik dan mengutamakan kebajikan rakyat.
Pakatan Rakyat membuat manifesto mengikut tuntutan rakyat. Kalau rakyat kata negara perlukan perubahan kepimpinan maka kita mesti bersedia ke arah itu. Apa-apa perselisihan kecil perlu dikurangkan demi tuntutan rakyat itu tadi.
YB Dato' Husam Hj Musa
Exco Kerajaan Negeri Kelantan @ Naib Presiden PAS
29 Rabiul Awal 1433 H / 22 Februari 2012 @ Kota Darulnaim
|
Kenyataan Media Mursyidul Am PAS Berkaitan Perjumpaan Dengan DS Anwar Ibrahim Posted: 21 Feb 2012 06:14 PM PST DATUK SERI ANWAR, PALESTINE DAN ISRAEL Pagi kelmarin, sekitar jam 9.30, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah datang menemui saya. Tujuannya adalah untuk menjelaskan maksud kenyataannya berhubung 'keselamatan Israel' yang disiarkan oleh Wall Street Journal pada Januari lalu. Mungkin juga beliau datang setelah mengetahui keputusan Majlis Syura Ulama' PAS minggu lepas yang menggesa beliau menarik balik kenyataan dalam Wall Street Journal itu yang difahami sebagai menyokong Israel. Majlis Syura Ulama' juga menggesa, sekiranya kenyataan itu dilaporkan secara salah atau membawa maksud yang berbeza, maka beliau dinasihatkan agar mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman Wall Street Journal bagi membersihkan nama. Pada pertemuan itu saya ditemani oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man. Ia berlangsung dalam suasana harmoni. Datuk Seri Anwar telah menjelaskan kesemua isu yang telah berbangkit. Memahami penjelasan Datuk Seri Anwar, di sini saya mengulangi pendirian PAS sebagaimana diputuskan oleh Majlis Syura Ulama' , iaitu PAS sekali-kali tidak mengiktiraf negara haram Israel. Maka PAS tetap istiqamah menyokong perjuangan rakyat Palestine yang dihina di bumi sendiri. Terserahlah kepada Datuk Seri Anwar untuk menerima pendirian PAS ini. Bagi saya, pendirian PAS adalah wajar kerana kewujudan negara haram Israel merupakan suatu kezaliman, tanpa peri kemanusiaan dan menafikan hak umat Islam, malah merampas hak seluruh rakyat Palestine. Tambahan pula, tindakan penguasa Israel yang tidak habis-habis menzalimi dan membunuh rakyat Palestine, termasuk kanak-kanak, wanita dan orang tua. Justeru, adalah haram menerima kewujudan negara Israel yang haram. Pada saya, Datuk Seri Anwar memahami pendirian PAS yang tidak mengiktiraf negara Israel dan menyokong sepenuhnya perjuangan rakyat Palestine. Oleh kerana itu tidak berbangkit PAS telah menggadai prinsip perjuangan tatkala bersama Pakatan Rakyat. Apa pun saya yakin, pihak Pakatan Rakyat tetap sepakat dalam menyokong perjuangan rakyat Palestine untuk membebaskan tanah airnya daripada cengkaman Israel yang zalim itu. Justeru pada saya, adalah haram bersekongkol dengan pihak Israel dalam apa bentuk hubungan sekalipun. Nik Abdul Aziz Nik Mat. PNB Darby Park, Kuala Lumpur. 29 Rabi'ul Awal 1433 H | 22 Februari 2012. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan