Isnin, 27 Februari 2012

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


MCA Sertai Himpunan Hijau 2.0: BN Perlu Lupakan Kerusi Kuantan

Posted: 27 Feb 2012 12:36 AM PST

.MCA: Lupakan kerusi Kuantan jika Lynas terus operasi

KUANTAN – Pemuda MCA Indera Mahkota meramalkan Barisan Nasional (BN) akan berputih mata dan hanya boleh 'bermimpi' untuk merampas balik kerusi Parlimen Kuantan sekiranya gagal menghentikan projek nadir bumi Lynas sebelum Pilihan Raya Umum ke-13.

Ketuanya, David Choi berkata, kerusi berkenaan yang kini disandang Fuziah Salleh dari PKR bukan sahaja terus mendapat sokongan rakyat kerana isu Lynas, malah BN akan tewas kerana tiada sokongan penuh pengundi-pengundi Cina.

"Tidak ada harapan untuk rampas Kuantan kalau kerajaan tidak menghentikan projek ini. Kita tidak boleh cakap apa-apa kerana semua orang tahu, projek ini amat bahaya kepada generasi masa depan.

"Jika ini tidak diberi perhatian, bukan sahaja orang Cina, malah seluruh Melayu, Cina dan Orang Asli akan memprotes. Kita (MCA) seolah-olah memberikan kerusi ini kepada PKR buat kali kedua," katanya.

Ditanya sama ada beliau dan beberapa pemuda MCA menyertai Himpunan Hijau 2.0 kerana tidak bersetuju dengan dasar partinya, kata Choi, "saya menyokong kehidupan hijau dan mahu kepimpinan mendengar masalah rakyat."

Menurutnya, Pemuda MCA Kuantan turut menyokong himpunan semalam dengan menghantar 50 orang wakil dan berharap kerajaan menghentikan projek berkenaan.-SH

Ustaz Badrulamin Tidak Ditangkap Berdua-duaan Di Hotel

Posted: 26 Feb 2012 11:36 PM PST

Kes khalwat Badrulamin tidak kuat - sumber JAIP

KUANTAN, 27 Feb: Laporan kes khalwat yang dikatakan melibatkan Dr Badrulamin Baharon tidak kuat kerana ketika pegawai JAIP sampai bilik berkenaan sudah penuh dengan orang.

Menurut laporan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), pegawai mereka hanya sampai ke bilik 8365 Hotel Swiss Garden hanya sekitar jam 4.30 pagi.

Dalam bilik berkenaan sudah ada Badrulamin, wanita berkenaan dan beberapa lelaki lain.

Ini bermakna, JAIP tidak menangkap Badrulamin berdua-duaan.


Pintu bilik berkenaan pula sudah terbuka dan Badrul dikelilingi oleh beberapa lelaki, kata sumber dari JAIP.

Blog Umno mula menyiarkan pelbagai laporan berkaitan tangkapan ini termasuk kononnya Badrul hanya memakai tuala ketika ditangkap.

Blog itu juga melaporkan kononnya Harakah membuat laporan muka depan penangkapan ini.

Padahal, Harakah tidak pernah membuat laporan berkenaan.

Penjelasan Badrulamin

Sebelum ini, dalam kenyataannya, Badrulamin menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan media bahawa beliau ditangkap khalwat oleh pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di Kuantan.

Beliau ke Kuantan untuk menghadiri Temurapat Pemimpin Parti Keadilan Rakyat pada 24 Februari sehingga 26 Februari 2012.

Menurutnya, pada petang 24 Februari 2012, wanita tersebut telah menghubungi beliau dengan nada cemas dan menyatakan hasrat beliau untuk melarikan diri daripada rumah kerana bimbangkan keselamatan diri beliau.

"Saya dengan tegas menasihatkan beliau untuk tidak berbuat demikian.

"Walau bagaimanapun pada jam 2.00 pagi 25 Februari 2012, beliau telah menghubungi saya memaklumkan bahawa beliau sudah tiba di lokasi Temurapat Pemimpin Keadilan," kata Badrulamin.

Menurut Badrulamin, dia telah mengenali pasangan suami isteri ini sejak lebih setahun lalu semasa wanita itu bersama keluarganya mengikuti rombongan umrah beliau.

Pasangan suami isteri ini sering berhubung dengan beliau bagi mendapatkan nasihat mengenai masalah keluarga yang mereka hadapi termasuk kes keganasan rumah tangga.

"Di dalam usaha membantu pasangan ini, saya dan isteri pernah menziarahi keluarga ini di Rompin," kata Badrul.

Di atas rasa tanggungjawab melihat wanita tersebut bersama anaknya di awal pagi, beliau membantu beliau mendapatkan bilik penginapan, kata Badrulamin.

"Pada jam 2.30 pagi suami wanita tersebut bersama lebih kurang 20 orang yang tidak dikenali menyerbu dan menyerang saya," ceritanya.

Suami wanita tersebut kemudiannya telah membawa isteri dan anaknya pergi secara paksa.

"Lelaki-lelaki bersikap ala samseng ini berhenti memukul saya apabila pihak keselamatan tiba dan menghalang mereka.

"Namun mereka masih tidak membenarkan saya keluar dari bilik. Hanya setelah 20 minit dikurung oleh samseng tersebut, pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) tiba dan menahan saya yang berseorangan di dalam bilik.

"Kenyataan Timbalan Pengarah JAIP bahawa saya ditahan oleh pegawai JAIP ketika berkhalwat adalah tidak benar sama sekali.

"Saya beranggapan bahawa kejadian ini merupakan satu tindakan terancang untuk memerangkap dan mengaibkan saya," cerita Badrul lagi.

Badrul dipanggil untuk membantu siasatan JAIP pada 27 Februari, iaitu esok dan berjanji akan datang dengan peguamnya. -HD

Ulasan GB

Berita dari akhbar TheStar sebelum ini pula menyatakan bahawa

Pahang Islamic Religious Department deputy director Datuk Ghazali Abdul Aziz confirmed that the raiding team arrived at the hotel at 3.10am yesterday.

"By the time we arrived, they were already outside the room," he said.


Dari pengakuan Timbalan pengarah JAIP itu sendiri menjelaskan bahawa Dr.Badrulamin TIDAK DITANGKAP BERKHALWAT BERDUA-DUAN di dalam bilik.

Tuduhan kononnya "pasangan itu mengambil masa kira-kira 20 minit sebelum membukan pintu dan Dr. Badrulamin hanya memakai tuala" sewaktu pintu dibuka seperti dilaporkan blog-blog UMNO dan media massa arus perdana sebenarnya adalah dusta dan fitnah melampau.

Kepada mereka yang memfitnah itu kita sampaikan pesanan Al-Quran:


إِنَّ الَّذِينَ فَتَنُوا الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَتُوبُوا فَلَهُمْ عَذَابُ جَهَنَّمَ وَلَهُمْ عَذَابُ الْحَرِيقِ

Sesungguhnya orang-orang yang memfitnah orang-orang mu'min laki-laki dan mukminah yang perempuan, kemudian mereka tidak bertaubat, maka ke atas mereka azab jahannam dan bagi mereka azab (neraka) yang membakar. Al-Buruj:10




Sikap NFCorp Pertikai Syor Polis Diselar

Posted: 26 Feb 2012 08:28 PM PST

NFCorp dibidas kerana pertikai syor polis

KUALA LUMPUR, 26 Feb – Naib Presiden KEADILAN, N Surendran membidas pihak pengurusan National Feedlot Corporation (NFCorp) kerana mempertikai kenyataan polis berhubung siasatan skandal syarikat berkenaan.

Semalam, Ketua Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan mengesyorkan supaya pengarah syarikat itu, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail didakwa atas kesalahan pecah amanah.

Bagaimanapun, NFCorp dalam satu kenyataan hari ini mempersoalkan motif kenyataan itu dibuat dan menyifatkan kononnya pihak polis bertindak di luar bidang kuasa mereka.

Selain menyatakan rasa 'terkejut dan keliru', NFCorp hari ini menyifatkan kenyataan Bukit Aman 'terlalu awal' kerana polis masih menjalankan siasatan.

"NFC secara jelas melanggar syarat perjanjian dengan menggunakan dana untuk tujuan lain seperti membeli tanah, kondominium, kereta mewah dan perkara yang bukan-bukan," tegas Surendran.

"Perkara ini merupakan jenayah pecah amanah, jadi kenapa mereka tiba-tiba keliru dengan kenyataan Bukit Aman yang mahu Mohamed Salleh didakwa atas jenayah pecah amanah," kata Surendran ketika dihubungi KeadilanDaily.

Dengan nada sinis Surendran berkata, pihak NFC sepatutnya mencari peguam untuk membela syarikat itu sekiranya kes itu dibawa ke mahkamah nanti.

Sementara itu, Ketua Publisiti DAP, Tony Pua mahu kerajaan membekukan semua aset Pusat Fidlot Corporation (NFCorp) sama ada di Malaysia atau luar negara.
Menurut beliau pembekuan aset itu perlu dilakukan memandangkan kesemua aset itu terletak di bawah nama pengarah NFC.

"Kebanyakan aset sama ada secara langsung atau tidak dibuat di bawah nama pengarah NFC. Ini termasuk aset di Malaysia dan Singapura, serta syarikat-syarikat di Singapura seperti MeatWorks (Singapura) Pte Ltd.

"Untuk memastikan aset-aset ini tidak dihapuskan melalui perbelanjaan daripada pinjaman mudah RM250 juta, polis mesti memulakan tindakan ke atas semua aset dan membekukan semua aset NFC," katanya. -KD

>NFC, tak perlu takut kalau tak salah, kata ahli Umno

Syarikat projek ternakan lembu, Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) tidak sepatutnya mencampuri urusan polis dan tidak perlu takut dengan siasatan polis sekiranya mereka tidak bersalah, kata Ketua Umno Bahagian Cheras Datuk Syed Ali Alhabshee.

Oleh sebab itu, katanya adalah tidak munasabah apabila pihak pengurusan NFC menafikan berlaku pecah amanah atau penyelewengan berhubung isu NFC kerana beliau percaya bahawa polis telus dalam menjalankan siasatan.

"Serahkan kepada polis dan Peguam Negara (untuk) dakwa mereka yang terbabit. Kalau tak bersalah, pihak NFC tak perlu takut," katanya dalam blog Umno Cheras.

Semalam, polis mencadangkan agar Peguam Negara mendakwa Pengerusi Eksekutif NFC Datuk Dr Mohamed Salleh Ismail atas pertuduhan pecah amanah.

Walau bagaimanapun atas nasihat peguamnya, Shafee Abdullah, NFC semalam mengeluarkan kenyataan mempersoalkan sikap tidak berhati-hati dan motif di sebalik kenyataan polis berkenaan, menyatakan ia dilihat seolah-olah satu cubaan secara tidak adil untuk mendahului keputusan yang bakal dibuat Peguam Negara berhubung perkara itu.

Mengulas perkara itu, Syed Ali berkata kesungguhan polis menjalankan siasatan berhubung isu kontroversi berkenaan juga membuktikan tiada keistimewaan dalam mana-mana kes walaupun ia melibatkan individu berpengaruh.

"Mengapa pihak pengurusan NFC takut dan seperti ada sesuatu sehingga membuat kenyataan penafian (petang semalam)," katanya.

Sehubungan itu, menurut Syed Ali beliau mengalukan-alukan ketegasan polis dan memuji jabatan berkenaan kerana prihatin terhadap pandangan dan kehendak rakyat supaya siasatan dijalankan ke atas NFC. -mk


NFC terkejut cadangan tuduhan pecah amanah

Syarikat projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) hari ini melahirkan rasa terkejut dengan cadangan polis supaya pengerusinya, Datuk Mohamed Salleh Ismail didakwa atas tuduhan pecah amanah (CBT), menegaskan kenyataan itu diberikan terlalu awal sedangkan siasatan masih dijalankan.

"NFC terkejut dan bingung bahawa pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Syed Ismail Syed Azizan mengeluarkan kenyataan itu terlalu awal sedangkan beliau sendiri mengakui siasatan masih berjalan dan dengan itu masih belum siap," menurut syarikat itu dalam kenyataan yang disediakan oleh firma perunding perhubungan awamnya.

Menurut kenyataan itu, syarikat sedang meneliti dakwaan polis itu atas nasihat peguamnya Shafee Abdullah.

Dalam kenyataan itu, NFC mempersoalkan sikap tidak berhati-hati dan motif di sebalik kenyataan itu, menyatakan ia dilihat seolah-olah satu cubaan secara tidak adil untuk mendahului keputusan yang bakal dibuat Peguam Negara berhubung perkara itu.

Semalam, Syed Ismail berkata, polis mencadangkan supaya Mohamed Salleh, suami Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil didakwa bagi pertuduhan pecah amanah.

Beliau berkata, cadangan itu terkandung dalam kertas siasatan yang sedang disiapkan polis, setelah dikembalikan pihak Peguam Negara Selasa lalu bagi menyiasat beberapa perkara lain.

"Kertas siasatan ini akan dikembalikan ke pejabat AG (Peguam Negara) dalam masa terdekat," katanya ketika dihubungi.

Isu NFC, yang diterajui Mohamed Salleh sebagai pengerusi eksekutif mula mendapat perhatian ramai selepas Laporan Ketua Audit Negara 2010 pada Oktober tahun lalu menyatakan NFC gagal memenuhi matlamat penubuhannya.

Isu itu menjadi panas apabila pembangkang mendakwa wujud penyelewengan terhadap peruntukan kerajaan berjumlah RM250 juta yang disalurkan kepada NFC.

NFC ialah projek "Lembah Daging" di Gemas, Negeri Sembilan yang bertujuan meningkatkan pengeluaran daging tempatan dan mengurangkan pergantungan negara terhadap daging import.
- Bernama


Ulasan GB

Mengapa agaknya NFCorp terkejut beruk dengan cadangan pegawai polis Bukit Aman berkenaan supaya pengerusinya, Datuk Mohamed Salleh Ismail didakwa atas tuduhan pecah amanah (CBT)?

Apakah kerana mereka melihat "segala usaha" untuk "menyelamatkan diri" sudah gagal dan kini terpaksa juga berdepan dengan tuduhan pecah amanah ?

Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan sekalipun mereka benci dan takut kerana bakal dikhirtoyokan.

Laporan sebelum ini
klik untuk baca




[Bergambar & Video] Samseng UMNO Ganggu HH 2.0 Di Pulau Pinang

Posted: 26 Feb 2012 06:30 PM PST

Himpunan Hijau di Pulau Pinang diganggu

Semua Himpunan Hijau 2.0 yang diadakan di seluruh negara bagi membantah keputusan kerajaan membenarkan loji pemprosesan nadir bumi milik Lynas Advanced Material Plant (Lamp) beroperasi di Gebeng, Pahang berjalan lancar kecuali di Pulau Pinang.

Himpunan Hijau di Sudut Pidato, Padang Kota, Esplanade itu dicemari apabila kira-kira 50 orang, termasuk pemimpin tempatan dari Pemuda Umno dan kumpulan pendesak Melayu, PERKASA mengganggu acara yang dijalankan itu.

Ketika acara itu dimulakan pada jam 6 petang, kumpulan itu mula menjerit kepada orang ramai yang berhimpun secara aman itu dan memberi amaran kepada mereka bahawa isu Lynas itu bukan "isu Pulau Pinang" dengan melaungkan slogan "Hidup Umno", "Kami mahukan kebebasan" dan "Balik Kuantan (Kembali ke Kuantan)".

Kira-kira 500 penyokong Himpunan Hijau kemudian membalas dengan laungan "Hidup Rakyat".

Selepas 15 minit berlalu keadaan semakin tegang, namun tidak ada kelibat polis dilaporkan memantau keadaan.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng tiba kira-kira jam 6:30 petang dan berucap kepada hadirin bahawa Pakatan Rakyat berpendirian tegas bahawa tidak akan menyokong kilang penapisan nadir bumi bernilai RM700 juta yang dibina di Gebeng, dekat Kuantan itu kerana bahaya pencemaran bahan radioaktif.

Beliau juga menggesa rakyat yang hadir supaya tidak diperbodohkan dan digertak oleh kumpulan yang berkumpul berhampiran.

Wartawan dibelasah

Apabila mendengar nasihat Lim itu, kumpulan berkenaan terus mencaci Lim dan melemparkan kata-kata kesat ke atas setiausaha agung DAP itu. Para hadirin kemudian bertindak dengan mem-boo mereka.

Berikutan itu, Lim mula meninggalkan pentas dan menyertai orang ramai tetapi kumpulan itu mula mengasak para hadirin sehingga mengakibatkan berlakunya pertengkaran.

Menurut orang saksi, seorang wartawan dan seorang jurugambar sebuah akhbar berbahasa Cina cedera didakwa dipukul dengan topi keledar.

Mereka dikenal-pasti sebagai wartawan dan jurugambar akhbar Kwong Wah Jit Poh iaitu Andrew Chew, 29, dan Lee Hong Chun, 25, masing-masing cedera di bahagian badan dan kepala.

Mereka kini dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP).

Pihak polis akhirnya tiba pada jam 7:15 malam dan menagarahkan orang ramai supaya bersurai.

Sementara itu, menurut laporan Benama, Ketua Polis Negeri Datuk Ayub Yaakob berkata penganjur langsung tidak memaklumkan kepada polis mengenai acara itu sehingga berlaku kekecohan.

"Memang tidak memerlukan permit tetapi sepatutnya penganjur memaklumkan atau berunding dengan pihak polis berhubung perhimpunan berkenaan supaya polis dapat bersiap sedia atau menempatkan anggota di kawasan berkenaan bagi mengelak sebarang perkara tidak diingini berlaku.

"Bila berlaku kekecohan, baru penganjur maklumkannya dan mereka juga cuba menyalahkan polis kerana lambat bertindak," katanya.

Tidak seperti Pulau Pinang, perhimpunan solidariti di bandar-bandar utama tempat lain berjalan dengan lancar.

Di BUKIT MERAH, Perak kira-kira 1,000 orang berkumpul di bekas tapak penapisan Asian Rare Earth (ARE) pada jam 11 pagi. Mereka berhimpun selama 90 minit untuk menunjukkan sokongan kepada rakan-rakan di Kuantan.

Penganjur perhimpunan itu Hew Yoon Tat, ketika dihubungi, berkata beliau memberikan ucapan pada majlis itu di mana beliau mengingatkan orang ramai bahawa kerja-kerja pembersihan terhadap projek yang terbelangkai itu sekarang masih berterusan dan menimbulkan bahaya.

Gunting rambut

"Kerajaan harus menguatkuasakan larangan menyeluruh terhadap kilang pemprosesan nadir bumi," katanya.

Di KUALA LUMPUR, kira-kira 500 orang berkumpul di hadapan pusat membeli-belah Maju Junction sepanjang Jalan Tunku Abdul Rahman dalam perhimpunan tiga jam.

Perhimpunan diadakan dalam suasana seolah-olah peserta sedang berpesta dengan mereka menyanyikan lagu-lagu dan memaparkan sepanduk kepada kenderaan yang melalui jalan berkenaan. Bunyi hon sebagai menyokong perhimpunan itu menjadikan suasana sebegitu bising.

Selain daripada pertunjukan muzikal, sesetengah peserta juga menderma sebahagian kecil rambut mereka yang digunakan untuk mengeja perkataan "Hentikan Lynas, Selamatkan Malaysia" di kaki lima.

Di KUCHING, Sarawak, kira-kira 30 orang berhimpun di Taman Sahabat, Jalan Song. Bagaimanapun perhimpunan itu terpaksa dipendekkan kepada hanya 15 minit kerana hujan lebat.

Penganjur William Lee menarik perbandingan antara kilang Lynas dan kilang melebur aluminium di Balingian, Sarawak yang katanya telah menyebabkan beberapa tumbuhan sekitar lingkungan 3km mati.

Beliau memberi amaran bahawa perkara yang sama mungkin berlaku di Gebeng.

Terdapat juga laporan perhimpunan solidariti juga diadakan di Tawau, Kota Kinabalu, Sibu, Miri, Kluang dan juga sejauh Melbourne. -mk




GELAGAT BERUK!!! (Video)Samseng Taik Minyak UMNO memalukan bangsa




Himpunan Hijau di Sudut Pidato, Padang Kota, Esplanade itu dicemari apabila kira-kira 50 orang, termasuk pemimpin tempatan dari Pemuda Umno dan kumpulan pendesak Melayu, PERKASA mengganggu acara yang dijalankan itu.



Ketika acara itu dimulakan pada jam 6 petang, kumpulan itu mula menjerit kepada orang ramai yang berhimpun secara aman itu dan memberi amaran kepada mereka bahawa isu Lynas itu bukan "isu Pulau Pinang" dengan melaungkan slogan "Hidup Umno", "Kami mahukan kebebasan" dan "Balik Kuantan (Kembali ke Kuantan)".

Kira-kira 500 penyokong Himpunan Hijau kemudian membalas dengan laungan "Hidup Rakyat”.

Selepas 15 minit berlalu keadaan semakin tegang, namun tidak ada kelibat polis dilaporkan memantau keadaan.



Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng tiba kira-kira jam 6:30 petang dan berucap kepada hadirin bahawa Pakatan Rakyat berpendirian tegas bahawa tidak akan menyokong kilang penapisan nadir bumi bernilai RM700 juta yang dibina di Gebeng, dekat Kuantan itu kerana bahaya pencemaran bahan radioaktif.



Beliau juga menggesa rakyat yang hadir supaya tidak diperbodohkan dan digertak oleh kumpulan yang berkumpul berhampiran.





Apabila mendengar nasihat Lim itu, kumpulan berkenaan terus mencaci Lim dan melemparkan kata-kata kesat ke atas setiausaha agung DAP itu. Para hadirin kemudian bertindak dengan mem-boo mereka.



Berikutan itu, Lim mula meninggalkan pentas dan menyertai orang ramai tetapi kumpulan itu mula mengasak para hadirin sehingga mengakibatkan berlakunya pertengkaran.

Menurut seorang saksi, seorang wartawan dan seorang jurugambar sebuah akhbar berbahasa Cina cedera didakwa dipukul dengan topi keledar.





Mereka dikenal-pasti sebagai wartawan dan jurugambar akhbar Kwong Wah Jit Poh iaitu Andrew Chew, 29, dan Lee Hong Chun, 25, masing-masing cedera di bahagian badan dan kepala.

Mereka kini dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP).

Pihak polis akhirnya tiba pada jam 7:15 malam dan menagarahkan orang ramai supaya bersurai.

Sementara itu, menurut laporan Benama, Ketua Polis Negeri Datuk Ayub Yaakob berkata penganjur langsung tidak memaklumkan kepada polis mengenai acara itu sehingga berlaku kekecohan.#KALAU MAKLUM KAT POLIS PUN, BERANI KA POLIS DENGAN SAMSENG TAIK MINYAK UMNO. KO.. BOLEH TENGOK JA MACAM KAT SEMBRONG....ADMIN

"Memang tidak memerlukan permit tetapi sepatutnya penganjur memaklumkan atau berunding dengan pihak polis berhubung perhimpunan berkenaan supaya polis dapat bersiap sedia atau menempatkan anggota di kawasan berkenaan bagi mengelak sebarang perkara tidak diingini berlaku.

"Bila berlaku kekecohan, baru penganjur maklumkannya dan mereka juga cuba menyalahkan polis kerana lambat bertindak," katanya.





>





kredit: pasbb2


Ulasan GB

Nampaknya langkah UMNO BN menggunakan samseng-samseng (atau tidak menyekat aktiviti samseng) di mana-mana perhimpunan rakyat sudah kian menjadi-jadi.

Tetapi apa yang berlaku adalah luahan kekecewaan UMNO BN sendiri yang sudah tidak karuan apabila rakyat semakin menolak mereka.

Yang nyata ialah tindakan bebal mereka menggunakan kaedah samseng dan keganasan akan membunuh parti mereka sendiri di dalam PRU yang akan datang.

Hukum kebenaran dan keadilan akan mengambil tempatnya bahawa rakyat menolak segala bentuk keganasan yang dilakukan oleh UMNO BN.

Najib dan UMNO BN pasti merasakan akibatnya akibatnya kerana merestukan tindakan samseng-samseng tersebut.

[Bergambar] Gambar-gambar Pelik, Aneh & Lucu Hujung Minggu

Posted: 26 Feb 2012 04:35 PM PST

Berikut ialah gambar-gambar pelik, aneh dan lucu untuk kita hilangkan tekanan setelah sehari suntuk mengikuti isu-isu berat yang berlaku sekeliling kita.

Gambar-gambar ini bersepah ini internet, dikutip untuk paparan di blog GB ini untuk kita segarkan semula minda kita untuk menghadapi isu-isu baru selepas ini. Selamat menyaksikan dan selamat berhibur.

Saksikan:


















Laporan sebelum ini
klik untuk baca



[Bergambar & Video] Rakyat 1Malaysia, Melayu, Cina, India & Org Asli Pun Tolak Lynas

Posted: 26 Feb 2012 07:39 AM PST

Himpunan Hijau berakhir, kerajaan diberi 24 jam batal projek Lynas

KUANTAN - Himpunan Hijau 2.0 yang diadakan di sini hari ini berakhir jam 11.30 pagi tadi dengan penganjur memberi masa 24 jam kepada kerajaan agar mengumumkan pendirian tidak akan meneruskan projek nadir bumi Lyans.

Jika kerajaan masih dengan pendirian mahu membenarkan operasi loji itu, penganjur memberi amaran akan mengadakan Himpuanan Hijau 3.0 dalam waktu terdekat.

Dalam pada itu, Suhakam pula menyatakan pihaknya berpuas hati dengan kerjasama polis meluluskan lokasi perhimpunan dan mengawal lalu lintas bagi melancarkan perjalanan Himpunan Hijau.

Meskipun penganjur menjangkakan 20,000 orang akan hadir, tetapi hanya sekitar 5,000 orang berhimpunan hari ini. (mengarut!, yang hadir tak kurang 20,000 -GB)

Pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tack berkata, kehadiran peserta hari ini membuktikan orang ramai membantah projek itu.

"Kami memberi tempoh kepada kerajaan 24 jam untuk menutup loji berkenaan, jika kerajaan terus berdegil, tidak mempedulikan bantahan dan rayuan rakyat itu, kami akan menganjurkan demonstrasi yang lebih besar," katanya.

Beliau berkata, orang ramai menggesa kerajaan menyelesaikan masalah berkenaan sebelum Pilihan Raya Umum ke-13.

"Kerajaan harus mendengar suara rakyat, ia menjadi isu nasional, selain rakyat tempatan yang membantah projek itu, rakyat di luar negara turut menyokong bantahan ini," katanya

Beliau juga mempersoalkan mengapa kerajaan menerima projek itu beroperasi di negara ini kerana rakyat khuatir jika sisa bahan radioaktif tersebut akan ditanam di sini.

"Orang ramai dan kanak-kanak akan menanggung derita jangka masa panjang, adakah pihak berkuasa sudah bersedia untuk berhadapan sebarang kemungkinan kelak," katanya.

Pada Himpunan Hijau 2.0, penganjur membacakan tiga resolusi iaitu kerajaan harus membatalkan projek nadir bumi atau mengkaji semula semua projek yang merugikan rakyat Malaysia dan memastikan semua projek pembangunan adalah selaras dengan Piagam Bumi. -SH

Foto-foto Himpunan Hijau 2.0 Anti-Lynas Seluruh Negara
Terima kasih kepada semua pemilik foto

Di Pulau Pinang



Di Bukit Merah, Perak





Di Maju Junction, KL





Di Kuantan Pahang











Anti-Lynas: Keangkuhan Najib & Kerajaan UMNO BN Akan Dibalas Rakyat Pada PRU13

Posted: 26 Feb 2012 05:32 AM PST

Lynas: Bantahan rakyat diterjemah pada PRU13

KUALA LUMPUR, 26 Feb: Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad menyifatkan segala kemarahan rakyat yang hadir pada Himpunan Hijau 2.0 membantah Lynas di seluruh negara hari ini akan diterjemaahkan pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

Tambahnya, segala balasan yang diberikan oleh rakyat itu akan ditanggung oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kerana keangkuhan beliau dan Kerajaan Persekutuan enggan mendengar rintihan rakyat terhadap bencana yang bakal menimpa apabila loji tersebut beroperasi.

"Rakyat sekarang sudah cerdik dan boleh menilai setiap apa kelemahan yang dilakukan oleh kerajaan terutamanya yang membabitkan bencana alam sekitar serta nyawa manusia dalam jangka masa yang panjang," jelasnya sewaktu menghadiri Himpunan Hijau 2.0 di hadapan bangunan Maju Junction, di sini pagi tadi.

Beliau yang turut memberi ucapan di hadapan ratusan rakyat yang berhimpun itu menjelaskan himpunan hari ini menyaksikan penampilan demostrasi yang tidak pernah disaksikan sebelum ini kerana ia melibatkan pelbagai kaum dan juga peringkat umur.

"Tahniah kerana hari ini rakyat berbilang kaum turut hadir menyatakan sokongan mereka terhadap membantah pembinaan loji Lynas itu, dan saya pasti mereka ini hadir buka atas dasar parti tetapi atas rasa tanggungjawab mereka.

"Saya melihat lebih kurang 50 peratus mereka berumur 30 tahun ke bawah dan ini satu yang mengejutkan kerana mereka inilah merupakan golongan pengundi muda yang boleh menentukan siapa yang mereka ini pilih pada pilihan raya nanti," ulasnya.

Dr Dzulkefly berpendapat, golongan pertengahan inilah merupakan undi penentu dan pada masa ini ia merupakan isyarat awal kepada Barisan Nasional terhadap apa yang bakal mereka hadapi nanti.

"Mereka hadir kerana rasa tanggungjawab mereka kepada negara ini dan juga kepada generasi yang akan datang, sudah pasti apabila bantahan mereka tidak didengari oleh kerajaan maka undi protes akan berlaku secara senyap," sambung beliau lagi.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu juga menyatakan tidak ada apa-apa yang diperolehi oleh negara ini walaupun Lynas menyatakan akan untung RM8 bilion setahun dengan modal permulaan sebanyak RM700 juta kerana sikap murah hati kerajaan memberi pelepasan cukai hampir 10 tahun.

"Apa yang rakyat perolehi adalah kesan radioaktif serta malapetaka dan bencana alam sekitar yang akan ditanggung selama-lamanya, malah ia mengambil masa yang lama untuk ditangani secara selamat," kata beliau.

Himpunan aman yang bermula pada jam 9 pagi itu berakhir sekitar pukul 12 tengah hari. -HD







Polis Sahkan NFCorp Pecah Amanah, Bekukan Segera Asset Mereka

Posted: 26 Feb 2012 03:49 AM PST

Putrajaya perlu bekukan semua aset NFC termasuk di luar negara, kata Tony Pua

KUALA LUMPUR, 26 Feb — Ketua Publisiti DAP Tony Pua menggesa Putrajaya dengan segera membekukan semua aset Pusat Fidlot Corporation (NFCorp) sama ada di Malaysia atau luar negara.

Menurut Pua, tindakan itu dapat memastikan dana awam yang belum digunakan tidak disalahguna untuk kepentingan peribadi.

Tambah beliau, ia juga sebagai langkah susulan selepas semalam polis mengesyorkan kepada Peguam Negara supaya pengarah NFCorp didakwa atas kesalahan pecah amanah.

"NFC telah melanggar syarat-syarat perjanjian dengan menggunakan dana untuk tujuan lain. Ia terbukti bahawa pengarah-pengarah NFC menggunakan wang dari dana pinjaman itu untuk membeli hartanah di Kuala Lumpur dan Singapura.

"Ekoran pengesahan polis bahawa pindahan aset secara tidak sah merupakan jenayah pecah amanah, justeru kami menyeru polis membekukan pindahan atau jualan aset yang dimiliki Pusat Fidlot Nasional (NFC) dan lembaga pengarah NFCorp," kata Pua dalam satu kenyataan.

Jelas Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara ini, pembekuan aset itu perlu dilakukan serta-merta memandangkan kesemua aset itu terletak di bawah nama pengarah NFCorp.

"Kebanyakan aset sama ada secara langsung atau tidak secara langsung dibuat di bawah nama pengarah NFC. Ini termasuk aset di Malaysia dan Singapura, serta syarikat-syarikat di Singapura seperti MeatWorks (Singapura) Pte Ltd.

"Untuk memastikan aset-aset ini tidak dihapuskan melalui perbelanjaan daripada pinjaman mudah RM250 juta, polis mesti memulakan tindakan ke atas semua aset dan membekukan semua aset NFC," katanya.

Polis memohon Peguam Negara supaya pengarah NFCorp didakwa atas kesalahan pecah amanah selepas pemimpin pembangkang mendakwa sebahagian daripada RM250 juta pinjaman mudah kerajaan telah digunakan untuk tujuan lain.

"Kami mencadangkan Pejabat Peguam Negara supaya semua pengarah NFCorp didakwa atas kesalahan pecah amanah," kata Ketua Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Syed Ismail Syed Azizan.

NFCorp, yang dimiliki oleh suami dan tiga anak Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil, merupakan syarikat yang bertanggungjawab menguruskan NFC.

NFC mula menjadi topik hangat setelah syarikat itu tersenarai dalam Laporan Tahunan Ketua Audit Negara 2010.

Shahrizat tetap menegaskan dirinya tidak mempunyai sebarang kaitan dengan projek berkenaan.

Sejak itu, PKR mula membuat pendedahan berterusan terhadap skandal NFC, termasuk tuduhan penyalahgunaan dana kerajaan jutaan ringgit untuk pembelian tanah, hartanah, dan perbelanjaan tidak berkaitan dengan projek ternakan lembu tersebut.

Namun demikian, baru-baru ini berhubung dakwaan pembelian dua unit kondominium bernilai RM34 juta di Singapura, di kawasan Marina Bay Suites, anak Shahrizat, Wan Shahinur Izmir menjelaskan syarikat berkenaan telah membuat keputusan untuk menggunakan wang tersebut dalam pelaburan hartanah ketika berehat daripada aktiviti perniagaan.

Penangguhan berkenaan jelas Wan Shahinur Izmir, adalah disebabkan siasatan yang dijalankan kerajaan ke atas NFCorp. -TMI


Laporan sebelum ini
klik untuk baca




Tiada ulasan: