Isnin, 27 Februari 2012

ANAK SENGAT

ANAK SENGAT


BERULANG KEMBALI......... BUKAN BARU

Posted: 27 Feb 2012 01:10 AM PST

Berita gangguan dan keganasan umNO dan sekutunya kian menjadi jadi. Ia mungkin gara gara bimbang dan takut kehilangan kuasa. Bayangkanlah umNO yang mewah berbelanja dan menggunakan kemudahan kerajaan kehilangan semua itu dengan sekelip mata. Bagi PAS khususnya dan pembangkang lain ia perkara biasa. PAS miliki markaz di setiap cawangan untuk bergerak. berbeza umNO yang menumpang dewan orang ramai dan sekolah untukn setiap aktivitinya.

Gangguan majlis ceramah dengan keganasan bukan budaya baru dalam umNO. Ia hanya ulangan pemuda tahan lasak umNO yang pernah dikaitkan dengan pembunuhan almarhun Ustaz Othman Talib di felda Lubuk Merbau sekitar tahun 80 an dulu. Kejadian bergaduh dan menyerang tempat ceramah PAS memang perkara biasa. Bezanya kali ini PAS dan PAkatan Rakyat sudah punyai kekuatan untuk melawan.

Ahli Pakatan Rakyat kini sudah ramai dan bersedia terhadap sebarang kemungkinan. Cumanya arahan pemimin yang meminta ahli bersabar sebagaai pendamai terhadap sebarang kekecohan. Apa yang agak pelik ialah sikap polis yang dulunya kerap menangkap malah pernah menembak ahli PAS dan Pakatan rakyat sebagaimana peristiwa Batu Buruk Trengganu, kini hanya mampu menjadi pengiring kepada mangsa. Mungkin kerana pengganas ialah umNNO dan sekutunya, maka polis bersikap begitu. Cuba melaksanakan tugas, namun dengan kamampuan terbatas. Mereka mungkin tahu, menangkap ahli samseng yang dikaitkan dengan umNo adalah kerja sia- sia, lantas mereka memilih mempertahan dan mengiring ahli PAS dan PR yang menjadi mangsa.... apapun terima kasih.

Kehebatan FRU yang seringkali muncul "menenangkan" ahli Pakatan Rakyat yang berdemo dengan aman dalam angka ribuan tak muncul untuk menteteramkan bilangan samseng yang di luar kawalan yang tak sampai angka ratusan barangkali. Apakah FRU sibuk berlatih untuk menghadapi PR atau ada kerja lain tidaklah diketahui. Kalau nak dikatakan polis dah berubah kerana kepimpinan, harus diingat peristiwa Batu Buruk berlaku ketika Timbalan ketua Polis yang agak brutal, Khalid menjadi ketuannya.

Rakyat sedang memerhati...bukan sahaja tindakan samseng umNO, tetapi juga keadilan polis dalam amanah kerja mereka... bukan ahli di bawahnya...tetapi ketua yang memaksa dan mengarahkan mereka tanpa rela...andai mereka mampu terjemahkan dengan undi...saya yakin sebahagian polis peringkat bawahan akan menyokong Pakatan Rakyat kecuali yang hidup dengan rasuah dan imbuhan samseng ..

NASIHAT UNTUK HARUSANI.....

Posted: 26 Feb 2012 06:38 AM PST

3 Feb 2012
PAS menegur cara Sohibus Samahah Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mengutip dan mengulas sesuatu berita. Sebagai seorang mufti, beliau tidak sepatutnya mengambil berita di tepi jalan yang tidak mempunyai sandaran yang sah atau tidak mengetahui hujung pangkal sesuatu berita, lalu terus membuat ulasan.

Sebagai seorang mufti beliau sepatutnya berpegang dengan Firman Allah yang bermaksud: "Wahai orang yang beriman, sekiranya datang kepada kamu seseorang fasik membawa berita, maka hendaklah kamu menyiasat dahulu berita tersebut, agar tidak bertindak di atas kejahilan dan akhirnya akan membawa kepada kekesalan".

Banyak peristiwa dan kenyataan yang beliau ulas tidak mempunyai sandaran yang kukuh, dan hanya berdasarkan dengar cakap sahaja. Ini termasuklah dakwaan beliau bahawa lebih 200,000 umat Islam telah murtad, dakwaan bahawa Pulau Pinang tidak benarkan perarakan Maulid Nabi dan sebagainya.

Terbaru beliau cuba mengulas isu bai'ah, dalam keadaan beliau tidak memahami keadaan sebenar.

Ulasan beliau yang berbolak-balik adalah perkara biasa bagi yang mengikuti secara dekat kenyataan beliau.

Sebagai contoh, isu kehadiran perdana menteri Datuk Seri Najib Razak ke Batu Caves - pada awalnya beliau menyerang PM dengan tuduhan syirik, rosak aqidah dan tidak mahu mendengar nasihat tiba-tiba bertukar kepada harus, dibolehkan dan tidak bercanggah.

Inilah yang menyebabkan ramai umat Islam berpendapat mufti seperti beliau, bukannya dirujuk oleh pemerintah sebelum sesuatu tindakan dibuat, sebaliknya dipergunakan untuk mencari dalil dan nas untuk menyokong sesuatu tindakan yang telah dibuat walaupun ia bercanggah dengan nilai Islam.

Demikian juga isu perjuangan bangsa dan raja-raja yang diulas bukan dari perspektif Islam. Kecintaan bangsa dan ketaatan kepada makhluk mempunyai batas sempadan yang sangat jelas. Tindakan beliau, dan disebabkan beliau adalah mufti negeri telah mengundang pelbagai kekeliruan di kalangan masyarakat umum. Keadaan ini jika berterusan akan menghilangkan thiqah masyarakat terhadap beliau dan dengan kedudukan beliau sebagai mufti, dan hal ini adalah satu tragedi yang sangat menyedihkan dan malang bagi beliau.

Demikian juga isu bai'ah dalam PAS. Bai'ah mempunyai nas dan sandaran yang kukuh dalam sejarah dan keilmuan Islam. Al Quran dan Hadis secara jelas membicarakan soal ba'iah. Samada sewaktu Perjanjian Aqabah, Hudaibiyah, dan lainnya membuktikan ba'iah ada asas kukuh.

PAS menggunakan kaedah bai'ah kepada calon yang mewakili parti agar tidak khianat kepada amanah yang diberi oleh rakyat, lebih-lebih lagi berhadapan dengan Umno yang suka mengoncang iman lawannya dengan taburan duit.

Mereka yang telah memenangi kerusi samada DUN atau Parlimen mesti sedar ia menang di atas pilihan rakyat. Kalau selepas mereka menang lalu dengan tawaran jutaan ringgit akhirnya ia khianat dan lompat parti sehingga tumbang sesuatu kerajaan yang dipilih rakyat, apakah tindakan begini kita boleh terima dan dibenarkan syarak? Peristiwa perampasan kuasa di Perak, adakah Harussani berasa ini adalah perkara yang harus?

Kerana itu PAS membuat bai'ah kepada semua calon, sekiranya mereka menang atas tiket parti mereka dilarang lompat parti, keluar parti bahkan sekiranya dipecat dari parti mereka mesti mengosongkan kerusi yang dimenangi.

Kerana asas kemenangan mereka atas lambang parti yang diwakilinya. Tidak timbul soal perkara yang bertentangan dengan hukum syarak. Kerana dalam bai'ah itu, jelas dinyatakan ia tidak diwajibkan taat kepada perkara bertentangan dengan syarak.

Sepatutnya Harussani membaca meneliti dan melihat secara dekat matan bai'ah yang dibuat di dalam PAS, bukan dengan mendengar cakap-cakap mereka yang di luar atau dikeluarkan PAS.

Beliau harus ingat bai'ah dalam PAS disediakan oleh Majlis Syura yang terdiri dari para alim ulamak, bukan oleh DHPP atau dikutip di tepi jalan.

Soal akhirat memang ketentuan Allah, tetapi apa yang dijelaskan dalam bai'ah iakah sekiranya seseorang calon yang menang berba'iah dengan nama Allah lalu melanggari bai'ah tersebut, apakah salah kalau diingatkan mereka tentang azab Allah di akhirat?

Banyak hadis menggunakan kaedah ini, dan PAS kita menggunakan kaedah yang sama bagi memelihara perjuangan Islam yang menjadi asas perjuangan PAS.

Tuan Ibrahim Tuan Man,
Ketua Penerangan PAS Pusat
23 Februari 2012

ASALKAN ISLAM... BUKAN ASAL BUKAN umNO

Posted: 04 Feb 2012 05:44 PM PST

PAS lahir sebagai sebuah parti Islam. Di namakan parti Islam. Berpelembagaankan Islam. Bermatlamat memperjuangkan Islam. Berhasrat menegakkan syariat dan undang undang Islam. Semua orang  malaysia tahu  malah seluruh dunia tahu. Semua ahli adalah islam. Kelab Penyokong pun sokong Islam. Mengadakan tahalluf atau kerjasama politik atas pertimbangan Islam. Di pimpin oleh Ulama yang mewarisi Rasul yang membawa Islam. Pendek kata... hidup mati PAS semuanya berkisar dengan Islam.


Keistimewaan PAS terletak kepada Islam. macam kata Nujum Pak Belalang... kehebatan Hang Tuah pada huruf "ta"...kalau tukar "ba" hilanglah kehebatan tuah...jadilah Hang Buah... Selamanya yang berjuang dalam PAS tak boleh mengalah dalam mendaulatkan Islam. Tak boleh malu mengisytiharkan perjuangan PAS ialah mendaulatkan undang undang Islam. Jangan sekali kali rase rendah diri PAS dipimpin oleh Ulama yang memakai serban dan jubah...kerana taraf ulama jauh mengatasi PHD dan Profesor yang ada hari ini... kerana Ulama mahir dalam al Quran dan hadits...dan di dalamnya terkandung segala ilmu yang wujud di dunia malah di luar dunia!


Kalah dan menang PAS adalah kerana Islam...kalau PAS kalah adalah kerana menjauhi atau meninggalkan Islam... dan kalau PAS menang adalah kerana menjulang Islam. Syarat kemenangan Islam tak sama dengan syarat kemenangan bukan Islam. Syarat kemenangan Islam ialah apabila pejuang Islam memenuhi syarat kemenangan yang di janjikan Allah. Sekalipun bilangannya sangat sedikit... bagi yang baca sejarah peperangan Islam akan tahu kekuatan sebenar Islam.


Jangan ingat Islam menang kerana kebijaksanaan kita mengurus parti... atau kerana sokongan bukan Islam.... Yang menggerakkan kemenangan Islam dan mengubah hati manusia ialah Allah... syaratnya apabila pejuang Islam memenuhi syarat kemenangan... apabila pejuang Islam bergantung kepada Allah... Bagi yang menyangka PAS menang kerana sokongan bukan Islam atau hebatnya strategi yang diatur... orang itu tak baca sejarah Hunain...sejarah Hunain bukan sahaja dirakam oleh ahli sirah, malah dirakam di dalam al Quran....maknanya golongan ini tak baca al Quran! atau mungkin tak paham...


Jangan kerana mengharap sokongan bukan Islam, maka kita menyembunyikan perjuangan dan prinsip Islam! baca sejarah dialog Najasyi raja Habsyah dengan Jaafar bin Abi Tholib di Habsyah. Jangan kerana meraikan bukan Islam sampai kita melarang sesuatu yang dihalalkan oleh Allah.... seperti melarang buat kenduri dengan sembelih lembu dan seumpamanya...  juga menafikan bahawa perjuangan kita ialah untuk  mendaulatkan Islam... kalau bukan Islam menolak perlaksanaan Islam...bukan kita kena berpura tidak melaksanakan Islam...sebaliknya kena bekerja keras meyakinkan mereka tentang Islam....tentang keadilan Islam..itulah dakwah...dan kerana dakwahlah PAS ditubuhkan!


Pejuang Islam kena memahami kerana apa mereka berjuang...kena meyakini Islam adalah yang terbaik... Jika bukan Islam dan masyarakat tidak paham dan menolak...jangan kita berpura pura menolak Islam...sebaliknya kita mesti menjelaskan keadilan dan keindahan Islam... Jangan STRATEGI dijadikan hujah menolak Islam kerana nak cepat menang . Strategi diterima selagi mana ia tidak menolak Islam... Jangan juga Taqiah dijadikan hujah...kerana kita bukan Syiah!  Jangan juga kisah Ammar dijadikan Hujjah kerana Ammar disiksa dan keluarganya di bunuh! pendek kata...jangan beralasan... sehingga matlamat menghalalkan cara! itu bukan kerja Islam... Jika tidak... lebih baik pilih jamaah yang bukan berjuang untuk Islam...kerana perjuangan PAS bukan  hanya untuk menang atau Asal Bukan Umno!... Perjuangan PAS ialah Asalkan Islam...


Apalah erti runtuhan jahiliyyah...dan mendirikan jahiliyyah baru... Asal Bukan Umno bukan perjuangan PAS... Perjuangan PAS ialah... Asalkan Islam...





PRESIDEN NAK BERHENTI??? GILA KUASA...

Posted: 28 Jan 2012 10:59 PM PST


Tetiba gempita Malaya dengan kenyataan TG Presiden yang disiarkan oleh Sinar Harian dalam temubual ekslusifnya. Gempitanya kerana adanya kenyataan TG Presiden menawarkan diri untuk tidak bertanding dalam PRU 13 atau sekurang kurangnya melepaskan salah satu kerusi yang disandangnya sekian lama.

Tak kurang yang bersedih dan ada yang bertepuk tangan  malah mungkin ada yang sedang mencongak untuk memanjangkan kenyataan yang tak berapa nyata itu. Mungkin untuk mengambil peluang agar ulama tersohor di peringkat antarabangsa itu meninggalkan kerusi Presiden dalam tempoh terdekat. Saya hampir pasti ada gelombang untuk menggerakkan kenyataan yang tak berapa nyata ini bagi mencapai satu visi… Tak kurang umNO yang tak paham politik Islam.

Bukan baru kenyataan TG Presiden untuk mengundur diri dalam jawatan malah secara rendah diri TG Presiden pernah menyatakan untuk pulang sebagai nelayan andai ada yang amanah untuk menjaga Islam dan memartabatkannya di Negara ini. Bukan hanya TG Presiden, malah TG Mursyidul Am juga seringkali menyatakan yang serupa. Cuma MB tak Jadi Kelantan  - Awang Adek terlupa atau pekak ketika kenyataan itu dibuat…mungkin juga dia hilang akal masa tu…

Bagi orang yang berjuang dengan pimpinan dan tuntunan Rasulullah, kenyataan seumpama itu adalah zikir mereka. Ia menunjukkan kerendahan hati terhadap nilai perjuangan…  Bagi yang berjuang Islam… Diri mereka adalah tali temali yang silih berganti untuk meneruskan mata rantai sebuah perjuangan… Untuk menjulang Islam dan bukan menjulang diri sendiri.

Kenyataan itu bukan menolak tanggungjawab tetapi menyedari erti dan hakikat sebuah perjuangan. Tidak pernah meminta dan bukan itu yang di haloba. Bagi yang berjuang untuk pangkat dan kelebihan …ianya satu tindakan tidak cerdik. Bagi mereka pangkat dan kekuasaan adalah jalan kemegahan, kekayaan dan kemasyhuran. Mereka berlumba malah sanggup menindas dan menyepak rakan dan sahabat. Malah ada yang sanggup memijak kepala sahabat seperjuangan. Menumpang di atas kesusahan orang lain untuk kesenangan diri… istilah popular hari ini…PARASHIT!!!!

Kenyataan TG Presiden adalah satu penegasan menyambung perjuangan Presiden sebelumnya Ustaz Fadhil Nor… Almarhum bersedia mengundur diri untuk memberi laluan kepada sesiapa sahaja yang amanah menjadi PM jika BN dikalahkan. Kenyataan di keluarkan di saat PAS sangat berkuasa… Inilah persamaan tawadhu pimpinan Ulama PAS terhadap jawatan.. sesuatu yang mungkin bodoh bagi mereka yang Gila pangkat dan kemewahan!

Yakinlah… TG Presiden tidak akan berundur selagi perjuangan belum berjaya mendaulatkan Islam di tempatnya. Bagi yang ghairah mengulas agar diberi muka baru memimpin PAS sebenarnya jahil terhadap nilai perjuangan Islam… saya tak heran jika ia datang dari luar PAS…namun jika ia seorang ahli PAS… sebenarnya ia lupa PAS adalah sebuah Gerakan Islam…dan bukan hanya parti yang mencari kuasa… atau dikata GILA KUASA…

PELIK...MEMANG PELIKKKK...

Posted: 28 Jan 2012 09:06 PM PST

aku ingat isu KUIN dah boleh senyap... Nampaknya ia belum berakhir. Bukan diungkit oleh umNO tetapi rakan dalam PR sendiri...terutama Aziz Bari Prof pencen yang dulunya biadab dengan TGHH. Sebagaimana yg selalu aku tulis Aziz Bari ni macam lantik diri dia sebagai Pengerusi Hisbah PAS pulak.... Dia tak pernah kisah apa berlaku dalam rakan lain dari PR seperti PKR dan DAP. seakannya dia sayang sangat kepada PAS atau benci sangat dengan kepimpinan ulama dalam PAS!

Aziz Bari akan dilihat vokal terhadap PAS apabila adanya isu yang datang dari kalangan ulama PAS. Beliau adalah suara pendesak luar yang mewakili kalangan anti ulama dalam PAS! Kali ini ustaz Azizan yang menjadi sasaran. Isunya ialah AUKU. Yang tak tahu mengapa ustaz Azizan diserang mungkin akan menyalahkannya. Namun bagi yang tahu apa berlaku dan rentetan yang menyebabkan ustaz Azizan diserang akan mengetahui modus operandi golongan ini!

Desakan Aziz agar Ustaz Azizan keluar PAS sekali lagi kenyataan biadab dan kurang ajar profesor pencen ini. Beliau pernah biadab dan kurang ajar dengan TG Presiden dalam program anjuran PAS satu ketika dulu. Menjadi tetamu yang biadab di rumah tuan yang mengundang. Paling minima hukumannya...Aziz seorang yang tidak berakhlak sebagai tetamu...  Yang hadir program tersebut tahu apa berlaku...

Setidak tidaknya semua pihak perlu akur bahawa kes ini telah dirujuk ke mahkamah. Biarlah mahkamah selesaikannya. Usaha menghalang agar ia tidak dibawa ke mahkamah telah dilakukan untuk toleransi luar, namun ada pihak yang suka ianya terus diheret. Ustaz Azizan memilih untuk berdepan di mahkamah bagi menilai kebenaran tindakan tersebut. Kalah menang akan menentukan asas tindakan tersebut dan implikasi AUKU untuk masa depan. Ia sesuatu yang bijak bagi yang ikhlas menilai.

Aziz turut mengheret Ustaz Azizan untuk disamakan dengan kesalahan Jamil Khir dalam isu menggunakan dana untuk peguam . Satu qias yang sangat mungkar. Saya tahu Aziz menyedari kebenaran dan hakikatnya namun ia dilakukan dengan sesuatu yang tidak wajar. demi menampal imej buruk kepada ustaz Azizan disebalik kecemerlangan pentadbirannya di Kedah.

Satu perkara yang mungkin kita terlepas pandang ialah, Peguam bagi kerajaan Kedah ialah Karpal Singh dari DAP yang juga sekutu Pakatan Rakyat. Mungkin Aziz juga kene cadangkan Karpal keluar Pakatan Rakyat kerana bersama ustaz Azizan.... tapi kenapa mulut Aziz bisu atau matanya buta untuk mengenal Karpal yang berkerusi roda dalam isu ini... Apa sebenarnya kehendak dan kemarahan Aziz terhadap ustaz Azizan???

Peliknya pulak, peguam bebudak KUIN tu Hanifa Maidin dari PAS sendiri... satu usaha mengelak ia dihangatkan di mahkamah telah dibuat oleh DPP tetapi Hanifa memilih untuk menentang Ustaz Azizan dan kerajaan PAS Kedah!!! Peguam DAP bela MB PAS lawan peguam PAS???? peliknya!!! apakah kita yang membaca tidak menyedari kepelikan disebalik isu tersebut??? Gunakanlah otak... Jujurkah satu pembelaan?? tiadakah satu penyelesaian????

Semoga Allah memelihara PAS dari anasir perosak luar dan dalam... PAS adalah gerakan Islam yang akan terus berjalan dengan peliharaan Allah selagi kita bersedia menjadi hamba Allah!


TIGER SHOW KE...

Posted: 27 Jan 2012 12:10 AM PST

Kadang kadang aku pening dengan orang politik yang rasa cerdik ni. Seronok sangat layan  cerita dan kisah yang tak sudah. Nampak macam cerdik tapi sesekali difikir macam langsung tak cerdik. Tak habis dengan Hasan Ali yang dah tak berhaluan tu... Kalau dah cerai bini tu sudah le...tak payah nak promosi dia lagi...kekadang nampak macam gile talak...tak pun nampak sangat macam busuk hati...  Makin di layan...makan menjadi le janda tu...dia ingat kita "gile talak kat dia.

Aku ingat orang PAS tok sah  layan la Hasan sorang tu... Dia nak buat roadshow ke??? talk show ke...hapa show ke...hatta kalau dia nak buat Tiger show pun kitak tok sah peduli... itu promosi free namanya... Tak perlu nak dedah kajian isu Hasan Ali tidak menjejaskan...semua orang tahu...kalau disebut dan dikaji, macam isu itu ada kesan...itu persepsinya...dah tak kesan...pedulikan....

  Bergaduh mulut ni nampak seronok bila ada yang menjawab... bile kite bo layan...lama lama senyap le dia... Bior nampak dia macam orang bodoh...jangan kite pulak terjerit jerit nak layan dia bertekak.. Hari ni aku tengok Malaysiakini ada tiga berita isu Hassan Ali... terpikir aku... apa pentingnya dia ni...ke ada yang masih tak puas hati...???

Pertama Khalid Samad... semua tahu permusuhan Khalid ngan Hasan... bukan rahsia...Kalau Hasan dedahkan parasit tu...nama Khalid lah akan keluar di senarai pertama... betul atau tidak bukan persoalannya...itu bergantung kepada hujah Hasan Ali ...Terima atau tidak bergantung kepada penilaian kita... Kalau Khalid nak dilihat baik dan tak berdendam...tak payah layan la...melainkan Khalid masih mengintai orang yang didakwa sokong Hasan Ali di dalam PAS agar terseret keluar bersama Hasan Ali...Hanya Khalid yang tau..

Tak cukup dengan itu... Muslimat pun minat juga dengan Hasan Ali. Wan hasrina ni macam tertinggal bas...orang dah malas nak cakap pasal Hasan Ali yang tarak untung... dia pulak kaitkan Hasan Ali dengan kelab taat suami... Dr Rani lebih profesional...ulas kelab taat, kelab taat la...ni boleh kaitkan pulak dengan Hasan Ali... Tak pasal nama Hasan Ali popular lagi...tak cukup dengan promosi TV3 dan alat media umNO lain... tolong promosi lagi..

Aku sebenornya dah nyampah dengan isu Hasan Ali ni... tak pasal pasal kita habis masa nak urus  dia.. Tapi nampaknya ada lagi dalam PAS ni " masih sayang" dengan Hasan Ali... mungkin sayang tu duduk dalam "rindu dendam" kut... Aku lebih seronok dengan pandangan jauh Ketua Penerangan PAS Tuan Ibrahim... inile jiwa besar... ...  Lupakan Hasan Ali..... kita letakkan  aje Hasan Ali sebagai bakul buruk yang tak ada nilai berita dan ulasan lagi... 

Azmin??? bo layan la...mamat nni pun suka nyibuk... banyak kerje lain boleh dibuat...

Tumpukan PRU 13.... jangan layan kemuncup...


LOMPAT DI KANDANG LEMBU...

Posted: 22 Jan 2012 07:10 AM PST

Rupanya isu lembu tak habis lagi. Kali ni suku sakat menatang pulak bercakap. Walaupun dari spesis yang berlainan, Namun mungkin atas nama persahabatan menatang, maka sang katak pun menolonglah sukusakat lembunya.Namun apalah sangat yang boleh diberi oleh seekor katak untuk menolong sekawan lembu? sekadar nak tolak lidi pun belum tentu boleh lagi.


Brahim Ali nampaknya rasa tertinggal bile orang semua cakap pasal lembu, dia pun teringin nak cakap juge... malangnya tahap pemikiran katak berbaju melayu tak lebih dari tahap seekor lembu. Katak berbaju melayu cuba mengheret lembu berkebaya melayu.


Kerana terlebih melayu maka katak mengheret lembu berkebaya melayu untuk merlindung di bawah tempurung perkaumannya. Cuba baca apa kata katak melayu ni... Nampaknya dia cuba mengheret isu penyelewengan dana negara menjadi isu perkauman sempit dibawah tempurung kelapa basinya. Penjual maklumat itu adalah cina... penjual lembu adalah melayu...


Bagi yang berakal dan melihat dari keadilan islam, bukan soal cina atau melayu, tetapi soal penyelewengan. Bukan soal jual lembu atau jual maklumat...tapi penyelewengan...Ussaha katak untuk menolong suku sakat lembu dari terpalit dengan tahi lembu yang bersepah nampaknya semakin menyusahkan. katak lupa bahawa isu bermula bukan dari maklumat yang diberi tetapi laporan Audit negara.


Inilah cara bodoh katak melompat. Bila dah tak dipeduli orang dia cuba melompat di gelanggang yang salah. masuk kandang lembu... akhirnya habis badan katak bernajis....

AHMAD RIFAAT... ISTI'JAL....

Posted: 17 Jan 2012 06:41 AM PST

Apabila saya sebut nama Ahmad Rifa'at dalam posting lalu, ada pengunjung yang bertanya tentang siapa Ahmad Rifa'at. Kisah Ahmad Rifa'at ini terdapat dalam buku  Wabak Sepanjang Jalan. Tajuk asalnya ialah Afat 'ala Toriq . Ditulis oleh Dr Syed Muhammad Nuh dan diterjemahkan oleh Dewan Ulama PAS Kedah yang diketuai oleh Ust Azizan Razak. Sepatutnya buku itu menjadi bacaan dan perbincangan wajib pejuang Islam!


Ahmad Rifa'at adalah seorang pemuda Ikhwan yang muncul di zaman kegemilangan Ikhwanul Muslimin di Mesir penghujung tahun 30 an. Ia seorang anak muda yang bersemangat Islam. ketika itu Jamaah Ikhwan sedang menempati masyarakat di mana ia sudah diterima dalam konteks keterlibatan dakwahnya. Pandangan dan suara Ikhwan dihormati oleh segenap masyarakat di peringkat tempatan atau antarabangsa.

Ahmad Rifa'at muncul dan mendesak pendekatan baru yang lebih agresif dilaksanakan. Pendekatan Ahmad Rifa'at mahu wanita yang tidak menutup aurat di bandar Kaherah disimbah dengan dakwat sebagai pengajaran. Bagi isu palastin beliau mahu semua memberi sokongan dengan berhenti kerja dan menjadi sukarelawan tentera di Palastin.

Pandangan dan pendekatan ahmad Rifa'at ini sedikit sebanyak mempengaruhi golongan muda terutama yang bersemangat untuk Islam tanpa melalui dan memahami hakikat dan sejarah perjuangan Islam. Beliau akhirnya memilih pergi ke Palastin bersendiri dan dibunuh oleh sukarelawan Mujahidin Palastin kerana menyangka beliau adalah perisik musuh...

Demikianlah secebis kisah ringkas Ahmad Rifaat yang boleh dibaca dalam buku tersebut di muka surat  88- 93. Ia pengajaran untuk mereka yang ghairah dalam perjuangan tetapi menongkah arus jamaah.... Kisah ini dinukilkan di bawah tajuk isti'jal...

HARAKAHDAILY LEMBAB KE....

Posted: 16 Jan 2012 11:51 PM PST

Saya tercari cari siapa pengganti Hassan Ali. Jawatan exco itu sangat penting untuk PAS mempertahankan prinsip Islam yang diperjuangkannya. Ia adalah parti Islam dan portfolio di Selangor juga berkaitan pentadbiran Islam.  Hasan Ali dilihat berjaya dalam memperkukuhkan dasar Islam yang diperjuangkan PAS dalam kerajaan Selangor... malangnya beliau terlalu terlajak hingga lupa bahawa ia adalah calon diwakilkan oleh PAS membawa dasar dan aspirasi PAS. Beliau seakan terlupa hakikat itu.

Sebagaimana diumumkan oleh Mustapha Ali bahawa ia akan diketahui pada hari rabu. Sehingga saat ini saya mencari di dalam Harakah Daily lidah rasmi PAS malangnya tak ditemui siapa pengganti Hasan Ali. Tup tup keluar di malaysiakini , pengganti hasan Ali ialah Dr Rani. Penulisnya ialah Jumadie...

Saya tahu Jumadi memang wartawan Malaysiakini yang advence mendapatkan maklumat PAS. Tak tau le dia pakar ramal atau pak Nujum atau ada agen dia dalam pimpinan PAS. Jika apa yang ditulis Jumadi itu satu telahan, memang semua orang menelah bahawa Dr Rani orang paling utama untuk calon tersebut. Namun jika secara pasti jumadi mendapat maklumat, sekali lagi PAS perlu buat pembersihan. Walau apa pun Jumadi perlu menghormati pimpinan PAS yang merahsiakan nama tersebut. Secara pasti Mustapha Ali menyatakan biarlah ia diumumkan oleh MB Selangor.

Nampaknya Jumadi agak terkehadapan untuk menunjukkan serba tau...atau pun Harakah daily yang lembab??? entahlah...ia bukan perkara besar untuk di bincangkan...namun jika Jumadi mendapat maklumat pimpinan utama PAS...ia SANGAT BESAR UNTUK MASA DEPAN PAS!!!



APA SELEPAS INI?

Posted: 16 Jan 2012 08:32 AM PST


Tahun 2012 menyaksikan umNO BN berkerja keras. Najib dan Timbalannya mula round Malaysia. Dengan berbagai nama dan program, ia menjelajah Negara. Program jelajah Negara ini walaupun secara jelas menggunakan jentera kerajaan namun ia adalah kempen BN. Mungkin undang undang Negara membenaarkan kerana Parlimen belum dibubarkan.

Ini keistimewaan sebuah kerajaan di Malaysia. Mereka boleh menjampi serapah seluruh Negara dengan sihir pembangunan dan fitnah, kemudian menyumbat penyokong dan rakyat dengan sogokan wang. Setelah segalanya berjalan lancer, secara tiba tiba mereka boleh mengajak musuh politik berlawan di padang dan gelanggang mereka. Tarikh adalah rahsia ajaib dan mandatory seorang Perdana Menteri atau isterinya.

Road Show PM dan Timbalannya kali ini mungkin roadshow pusingan akhir. Ia seperti dijangka kerana melihat kepada jangka hayat kewangan dan kemampuan BN. Mereka tidak mampu bertahan lama lagi. Dalam beberapa isu BN dilihat sedikit mengendur. Penghakiman DSAI yang dilihat tidak menyebelahi BN adalah satu bentuk ujikaji terhadap popularity Najib di luar Negara. Ia perlu untuk mengurangkan tekanan luar terhadap BN dalam PRU 13.

Keputusan mahkamah membebaskan DSAI sedikit sebanyak mengelakkan gelombang kebangkitan rakyat seperti 1999. Orang melayu yang menjadi kekuatan BN hari ini adalah masyarakat yang mudah disentuh dengan sentiment. Gambar lebam DSAI dan kemudiannya gambar TG Nik Aziz menangis dalam munajat dilihat member impak besar kepada keputusan pilihan rakyat.

PRU 13 juga akan ditentukan dengan sentiment. Sentimen komunis, surau dan murtad serta kaum dilihat sangat berbekas dalam PRU kali ini. Bajet yang akan menyaksikan hasilnya terhadap rakyat pada tahun ini juga mungkin di harap BN sebagai senergy tambahan.

Dijangkakan BN juga akan menggunakan beberapa isu yang mungkin akan mengheret pemimpin PR dengan isu penyalahgunaan kuasa. Di Perak, Nga Kor Meng adalah testimony awal setelah beliau di gambarkan sebagai anti melayu dan pengarah sebenar kerajaan PR Perak yang tak cukup usia setahun. Kemungkinan banyak lagi isu penyelewengan dan salahguna kuasa akan dicipta BN terutama di Perak dan Selangor. Isu teknikal dijangka akan menjadi modal BN.

Berbekalkan kuasa pendakwaan yang dimiliki BN, mereka mampu mengheret isu ini melepasi tempoh PRU 13 untuk mendapatkan kemenangan. Penguasaan media adalah senjata utama propaganda BN. Kejayaan memanipulasi media seperti kes Tg Razali memakai tengkolok mungkin boleh digunakan sekali lagi. Walaupun iklim penggunaan media telah berubah melalui media internet, namun masyarakat melayu kampong dan generasi tua dilihat masih boleh dikuasai.

Tindakan pantas kerajaaan Pulai Pinang mengistiharkan harta exco sangat meresahkan BN. Tindakan itu dilihat sebagai membunuh rancangan BN . Ia juga dilihat mencabar BN dalam isu penyalahgunaan kuasa. Jika tindakan ini dilakukan oleh semua kerajaan PR, ia boleh membantutkan perancangan jahat BN untuk menggunakan pendakwaan di mahkamah atau siasatan SPRM sebagai isu.

Keputusan mahkamah terhadap Khir Toyo dan DSAI mungkin digunakan untuk meyakinkan rakyat kebebasan mahkamah. Ia akan dimanipulasikan secara agresif untuk meyakinkan rakyat terhadap ketelusan mahkamah. Dengan itu sebarang pendakwaan menjelang PRU 13 adalah dianggap sebagai ketelusan.

NUJUM PAK BELANG...AGENDA TERSEMBUNYI...HASAN ALI...

Posted: 09 Jan 2012 11:18 PM PST

Kes pemecatan Hasan Ali nampaknya masih menarik minat banyak pihak. Isu dan ulasan tentangnya masih riuh digebangkan orang termasuk pengulas. Paling menarik minat mereka mengulas kemungkinan Hasan Ali merayu dan diterima rayuannya. Ada yang dah lebih sudu dari kuah. Membuat telahan malah ada yang lebih jauh dalam membongkar mesyuarat PAS pusat.


 Biarlah Hasan Ali membuat keputusannya. Biar juga Majlis Syuro menentukan keputusannya. Apa nak sibuk sibuk? Apakah ada agenda lain  yang belum selesai dalam isu ini? Ulasan itu dibuat seakan dirancang dengan penuh teliti. Jika ianya benar...memecat Hasan Ali hanya  menatijahkan satu kemuncup yang dibuang , sedangkan duri dan racun dalam parti masih banyak lagi.


Ada beberapa persoalan yang perlu diberi perhatian rentetan ulasan terkehadapan beberapa penulis yang ditonjolkan. Saya tak berminat untuk meneroka lebih banya blog yang saya yakini juga berminat mengulas sebagai nujum pak Belang! Nujum pak Belang....


Antara persoalan yang timbul ialah ulasan Malaysiakini tanpa nama penulisnya. Ini bermakna suara rasmi portal itu sendiri. Ia bukan hanya membuat ramalan tentang beberapa kemungkinan malah menyedut  pendedahan oleh blog penarik beca. Penarik beca menyebut bahawa cadangan pemecatan itu datangnya dari Tg presiden sendiri. "Apa-apa pun, bak kata Orang Putih, untuk berlaku adil kepada Abdul Hadi, difahamkan majoriti ahli mesyuarat mahukan Dr Hasan digantung antara enam hingga 15 bulan. Tetapi, Presiden PAS itu sendiri yang menekankan supaya Dr Hasan dipecat. Kalau ada pembetulan kepada maklumat itu, saya akan siarkan."   Dari mana beliau dapat maklumat tersebut tidaklah diketahui. Bukan baru bagi PAS pusat ...segala maklumat dalam mesyuarat seringkali terlucut keluar dari mulut cabul JK nya. Siapa toyol itu tidaklah diketahui. Ia sangat merbahaya. Ia bukan isu baru... Pihak media sendiri seringkali mendapat maklumat awal apa yang berlaku dalam mesyuarat PAS pusat. Samada rahsia mesyuarat itu terlucut kerana memang mulut cabul atau ada perancangan tersendiri yang berniat jahat erhadap PAS! PAS mesti menyiasat perkara ini.


Mungkin ada yang kata bahawa ia bukan rahsia... itu perkara biasa... itu tandanya orang itu memang tak tau adab mesyuarat. Tiada mesyuarat pintu atau mesyuarat tingkap. Tiada apa yang boleh didedahkan melainkan di arah atau mendapat kebenaran. Ini bukan peringkat cawangan. Peringkat pusat. Apa yang menjadi kebimbangan ialah sikap ambil mudah . Apa pun yang berlaku dalam mesyuarat adalah rahsia. Dalam isu ini, sedikit sebanyak pendedahan akan memberi pengaruh kepada umum.... sendiri pikirlah...


  Saya tidak fikir ulasan mendahului segalanya dibuat dengan tidak sengaja. Ia seakan halangan awal kepada Hasan Ali untuk merayu, jua halangan dan mungkin pengaruh kepada pendokong PAS untuk melihat bahawa keputusan ini adalah kehendak dua Tok Guru yang menjadi rujukan PAS. Golongan ini mungkin tak tergamak untuk menggunakan istilah wala di atas cadangan TG Presiden kerana mereka anti wala, tetapi itulah isyarat sebenar yang ingin di sampaikan. Sifir nya sangat mudah bagi yang mengikuti perkembangan isu ini dengan teliti. Menyingap apa yang tersirat dari yang tersurat!


Saya sendiri tidak berharap Hasan Ali akan merayu, namun demi ketenangan dan ending yang baik dalam karier politik dan perjuangan islam, Hassan Ali perlu merayu...setidaknya untuk meredakan isu dalam masyarakat dan menutup pintu fitnah umNO. Selepas itu Hasan boleh tutup mulut! Hassan Ali sudah tidak beerti bagi PAS, namun PAS perlu situasi tenang untuk meneruskan tumpuan perjuangannya dengan menutup sebanyak mungkin pintu fitnah...luar dan dalam..


Saya juga sangat yakin bahawa isu Hassan adalah agenda awal. Ada agenda tersusun sedang dilaksanakan dari perancangan besar yang masih tersembunyi. Samada ia datang dari umNO atau golongan bernafsu besar dalam PAS sendiri yang ghairah kepada kemenangan. Salahnya Hasan Ali ialah "besar kepala" dan tak tau adab jamaah... malah mungkin tak guna sifir politik. Hasan Ali dilihat menjadi alat umNO atau sebenarnya alat pemain catur yang bijak!


Agenda besar PAS kini ialah menjernihkan ahli dan pimpinannya dari fikrah luar. Fikrah umNo atau apa jua fikrah asing sekalipun berwajah islam. Islam yang didokong oleh PAS selama ini telah terbukti ampuh. Sebelum kemenangan, Parti Islam ini wajib membersihkan dirinya dari anasir penyelewengan prinsip parti..PAS adalah parti siasah dan dakwah... tak mungkin terpisah...selamanya tak mungkin terpisah dan berubah.... kerana itulah Islam...





HASSAN ALI, AHMAD RIFAAT DAN PEROSAK JAMAAH...

Posted: 09 Jan 2012 01:22 AM PST



Dr Hasan Ali terkejut. Mengapa dia dipecat serta merta. Baginya ia berjuang untuk Islam. Islam yang ia fahami. Islam yang baginya lahir dari kasih sayang terhadap melayu dan rajanya. Islam yang mungkin diwarisi dari semangat sewaktu beliau menjadi pakar motivasi. 

Hasan Ali seorang yang terkenal. Dia terkenal sejak sebelum bersama PAS. Dia menjadi terkenal dan masuk PAS . Populariti Hasan Ali mungkin sedikit dicemburui oleh orang yang telah lama dalam PAS. Mungkin oleh mereka yang telah disumbat di dalam ISA kerana perjuangan PAS. Mereka telah lama berjuang dalam PAS tetapi Hasan Ali terus menjadi pemimpin dan Exco dalam negeri yang kaya. Itu hanya kemungkinan…

Hasan Ali terkejut kerana tidak menyangka PAS akan bertindak sekeras itu. Alasan bahawa perjuangan Islam beliau dibalas sebegitu  oleh PAS adalah lambang kejahilan beliau terhadap jamaah PAS.  Mengungkit apa yang kita lakukan adalah petanda tidak molek bagi menilai keikhlasan biarpun ia bukan ukuran hakiki. Hasan Ali mungkin terlupa bahawa beliau sudah diberi ingatan dulunya. Dia juga mungkin lupa bagaimana pemimpin utama PAS bersusah payah menangkis minatnya dengan media. Mungkin ini yang dikatakan pepatah…kerana pulut santan binasa…

Kesalahan Hasan Ali di dalam islam mungkin tak besar mana.  Ia masih dilihat konsisten dengan Islam. Namun mungkin Hasan Ali lupa bahawa perjuangan Islam beliau menumpang di dalam jamaah Islam PAS. PAS punyai nakhoda. Walaupun beliau duduk di kerusi empuk dalam bilik hawa dingin  bahtera PAS, beliau tetap penumpang…. Atau mungkin ada tugas sebagai kelasi kelas satu… Dia bukan Kapten kapal.

Kesalahan Hasaan Ali ialah kerana keengkarannya kepada jamaah. Alasan pemecatannya dijelaskan oleh Tuan Guru Presiden kerana tindakan yang  merugikan jamaah. Bukan merugikan islam!  Beliau masih boleh terus berjuang untuk Islam di mana mana jua… dan juga boleh terus merayu untuk kekal dalam PAS  Sebagaimana ingatan ringkas Ketua Pemuda PAS Pusat…. Cuma perlu tahu adab dalam jamaah.

Tindakan PAS Pusat itu mungkin keras. Ia mungkin sekeras tindakan terhadap pendokong Syiah satu ketika dulu… malah kepada beberapa pemimpin utama PAS dulu. Tiada celanya Hasan Ali dalam perjuangan Islam… melainkan kerana sering terbabasnya dari hala tuju jamaah. Ia dianggap merosakkan jamaah. Kerana jamaah ada strategi. Mungkin Hasan Ali ada persamaannya dengan Ahmad Rifaat dalam perjuangan Ikhwan Muslimin di Mesir… hanya satu kemungkinan…

Tindakan keras ini harus di lihat dari sudut ketegasan Pas menjaga jamaah. Azmin tak perlu merasakan PAS terpengaruh dengannya… Azmin hanya insan terasing dari bahtera perjuangan. Bukan hanya dalam penilaian PAS barangkali , malah mungkin bagi PKR Selangor khususnya Datuk Khalid Ibrahim. Jadi Azmin jangan terlebih menyondol…..

Ini adalah isyarat jelas Pas… kepada sesiapa yang  ingin menjadi perosak PAS, atau mungkin mengalih bahtera perjuangan dan prinsip perjuangan PAS. Hassan Ali dilihat membawa pandangan peribadi. Pandangan yang terkeluar dari ijtihad politik PAS. Bagi Pas ia merugikan dan akan menghancurkan jamaah. Orang begini perlu membetulkan saf nya dalam jamaah. Mereka perlu duduk dalam majlis tarbiah dan usrah dengan menundukkan kepala dan hati terhadap tarbiah PAS.


Golongan seumpama Hasan Ali bukan seorang. Malah membetulkan Hasan Ali bukanlah suatu yang susah, hanya sedikit yang sulitnya ialah kerana jawatan dan kedudukan Hasan Ali yang sedikit tertonjol. Namun Hasan Ali mungkin lebih ikhlas dengan apa yang ada dalam hatinya… diluahkan untuk semua menilai… Saya tak fikir beliau ingin menghancurkan PAS…. Kerana beliau tidak punyai gerombolan dan pasukan dalam melaksanakan pendiriannya… hanya mungkin ada yang simpati.

Apa yang dibimbangi ialah gerakan yang bekerja mengubah jalur perjalanan jamaah. Suara  bahawa Pas tidak semestinya dipimpin oleh Ulama adalah sesuatu yang sangat merbahaya. Seruan supaya tiadanya wala adalah dalam jamaah adalah virus perosak jamaah yang lebih dahsyat untuk meruntuhkan jamaah. Apalah ertinya perjuangan Pas jika bukan dipimpin oleh ulama? Apalah bezanya 
PAS dengan rakan dan parti lain jika ia bukan dipandu oleh syuro ulama?

Idea dan seruan ini bukan dijalankan oleh individu. Ia bergerak secara cergas dengan satu gelombang yang sangat teratur. Mungkin kerja keras gelombang menukar kepimpinan ulama dan menghapus wala dalam Pas lebih kuat dari kerja menjatuhkan umNO dan BN. Itu sangat merbahaya.

Jika diperhatikan sejak kemenangan 2008, Pas kerapkali menghadapi masalah dalaman terutama menjelang pemilihan parti.  PAS adalah satu jamaah yang tahan dan telah teruji. Ramai yang berminat untuk mengendali bahtera yang ampuh untuk mencapai cita cita masing masing. Kalau musuh Berjaya menyusup ke dalam mujahidin Afghanistan untuk menghalang kemenangan nya… apa pelik musuh duduk bersembunyi di dalam PAS…. Atau cuba mengawal kemudi PAS…

Siapa musuh di dalam PAS ? Jawapan yang sukar dibongkar… namun harus dianggap sesiapa sahaja yang berusaha mengubah kemudi perjuangan PAS  adalah musuh dalaman… Kita mahu PAS terus kekal dengan kepimpinan, prinsip dan ijtihad politik yang terus dipimpin oleh ulama.. Hanya ulama mampu membawa halatuju PAS kerana mereka adalah pewaris nabi…dan perjuangan Islam adalah mewarisi perjuangan Nabi..

DAH LA JAHAT...MENIPU PULAK......

Posted: 01 Jan 2012 10:38 PM PST


Tindakan Polis yang meminta pelajar yang cedera parah dibelasah Polis awal pagi semalam  mengaku terjatuh adalah tindakan bacul dan tidak bertanggungjawab.

Mereka meminta pelajar terbabit berbohong semata-mata mahu menutup kezaliman dan kekerasan terlampau yang dilakukan pihak Polis. Mengapa sampai begitu sekali Polis Malaysia bertindak kepada rakyat.

Sudahlah mereka membantai dan memukul pelajar tanpa belas kasihan, selepas itu mereka hendak berlepas tangan dan meminta pelajar mengaku bahawa mereka terjatuh. Ternyata Polis langsung tidak sedar bahawa sekarang ini zaman IT kamera ada di mana-mana, gambar boleh diambil bila-bila masa dengan telefon bimbit dan sebagainya. Mengapa begitu dungu dan bodoh mereka ini sehingga tidak tahu apa tindakan yang sewajarnya dilakukan.

Sebagai sebuah pasukan yang ada integriti sepatutnya Polis bukan menyuruh pelajar berbohong sebaliknya mereka mesti menceritakan perkara sebenar. Jika mereka bersalah mereka mesti memohon maaf dan membayar gantirugi bukannya mengajar pelajar berbohong. Inilah standard Polis yang dilatih oleh BN. Pemimpin berbohong, zalim, rakus dan tiada integriti pegawai kerajaan dan rakyat ikut sama.

Semalam Malaysiakini melaporkan bahawa Presiden Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) Safwan Anang yang cedera teruk berkata dia diminta menandatangani satu dokumen selepas Jurugambar Polis mengambil gambarnya di hospital.

Safwan cedera teruk dibelasah sehingga dikatakan patah tulang rusuk. Beberapa pelajar lain juga bermandi darah dibelasah tanpa peri kemanusiaan.




Polis menafikan dakwaan anggotanya menggunakan kekerasan ketika menyuraikan perhimpunan haram anjuran kumpulan penuntut Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) selepas sambutan Ambang Tahun Baru di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) awal pagi semalam.

Ketua Polis Perak Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata dakwaan yang tersebar di beberapa blog mengenai kecederaan dua anggota SMM akibat dipukul Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) adalah tidak benar dan merupakan fitnah.

"Semasa perhimpunan itu, tiada anggota FRU dipanggil bertugas... hanya anggota dari Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Tanjung Malim sahaja, dan ternyata blog berkenaan cuba membuat fitnah.
"Malah semasa menyuraikan perhimpunan haram itu, anggota kami tidak menggunakan sebarang kekerasan malah bertindak dengan sangat berhemah," katanya pada sidang akhbar di Tanjung Malim semalam.

Beliau berkata kecederaan anggota kumpulan mahasiswa itu adalah disebabkan rempuhan yang mereka lakukan sendiri, dan bukan dipukul polis seperti didakwa.

PELAJAR BUKAN LEMBU ...

Posted: 31 Dec 2011 09:29 PM PST

Tragedi UPSI sangat mengejutkan.  Tirai 2011 menyaksikan sejarah hitam negara mengakhiri ceritanya. Paling memilukan ia dilakukan terhadap pelajar. Generasi pewaris negara. Bakal pemimpin dan penentu halatuju negara. Mereka generasi bijak dan bukan mat rempit atau penagih dadah!

Tangkapan 20 pelajar yang menyertai demonstrasi di hadapan UPSI sangat memalukan. Demonstrasi menuntut agar kebebasan akademik dikembalikan! Mereka dilayan seperti penjenayah malah mat Itam yang merempat di negara kita pun tidak diperlakukan sebegitu. Kecederaan serius hingga patah tulang pipi seperti dilaporkan sangat tidak boleh diterima.

Sebelum itu satu demonstrasi yang hampir serupa dilakukan oleh pencacai umNO di tempat yang sama. Mereka bebas berkumpul memaki hamun pelajar! Latar belakang mereka mereka boleh dijangka walaupun mendakwa mereka adalah orang berpendidikan. Orang berpendidikan takkan maki hamun pelajar macam tu...apatah lagi yang mendakwa berpendidikan tu orang tua..

Kebangkitan mahasiswa sangat menggerunkan pemerintah zalim. Negara kita masih tidak melupakan demonstrasi Baling lantaran membela rakyat miskin. Ia sejarah kebangkitan pelajar yang terus terpahat dalam sejarah gemilang mahasiswa. Balasannya.... AUKU diperkenalkan sebagai mengekang kebebasan intelek mahasiswa.

Dunia masih tidak melupakan kebangkitan pelajar China di Medan Tienanmenh sekitar tahun 90an. Medan itu menayksikan kerajaan Komunis China membunuh pelajarnya sendiri. Hasilnya ia mengundang kebangkitan rakyat dan kkerajaan China terpaksa akur dengan perubahan yang dituntut.

Nampaknya kerajaan malaysia tidak belajar dari peristiwa itu. Ia juga seakan lupa kepada kebangkitan yang merobohkan kekuasaan diktator di negara arab. Tindakan ganas pasukan keselamatan yang diarahkan kerajaan rupanya menjadi "back fire" kepada kerajaan. Diktator zalim runtuh dan dihina

Kita menanti perkembangan ini dengan teliti. Seluruh rakyat melihat dan pastinya mereka tidak akan membiarkan generasi pelapis kepimpinan ini diperlakukan seperti budak dadah. Mereka generasi intelek. Walaupun kerajaan cuba menutup apa yang berlaku dengan media yang dikuasai, namun media baru telah terbukti menjadi pemangkitan kebangkitan rakyat mengajar pemerintah zalim. Mesir adalah contoh terbaik kejayaan media baru menggerak kebangkitan rakyat.

Siapa pun yang melakukan dan siapapun yang diperlakukan, rakyat yang berakal dan beradab pasti tidak dapat menerima tindakan tidak bertamaadun ini  MELAINKAN  LEMBU yang dipelihara di kondominium hasil duit haram!

SATU PERINGATAN!!!!

Posted: 22 Dec 2011 01:41 AM PST

Peringatan ini ditujukan khusus kepada seluruh kepimpinan dan ahli PAS, serta masyarakat di Malaysia secara umumnya, dalam kita mendepani permasalahan yang sedang berlaku di waktu ini.


Firman Allah :
وَمَا كَانَ الْمُؤْمِنُونَ لِيَنفِرُواْ كَافَّةً فَلَوْلاَ نَفَرَ مِن كُلِّ فِرْقَةٍ مِّنْهُمْ طَائِفَةٌ لِّيَتَفَقَّهُواْ فِي الدِّينِ وَلِيُنذِرُواْ قَوْمَهُمْ إِذَا رَجَعُواْ إِلَيْهِمْ لَعَلَّهُمْ يَحْذَرُونَ


Maksudnya : (Dan bukanlah semua orang-orang yang beriman itu keluar berperang. Mengapa tidak ada satu kumpulan di kalangan mereka yang bertafaquh (belajar dan memahami) ajaran Islam dan supaya mereka pulang memberi peringatan apabila kembali menemui kaum mereka, mudah-mudahan mereka menerima peringatan). (At-Taubah:122)
Sabda Rasulullah S.A.W.
مَنْ يُرِدِ اللَّهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ فِي الدِّينِ


(Sesiapa yang Allah menghendakinya menjadi seorang yang baik nescaya dijadikannya Faqeh (faham ) dalam  perkara agama Islam). Riwayat Bukhari Muslim


Kedua–dua nas ini menunjukkan bahawa Islam itu bukan sahaja semangat yang berkobar-kobar dan ilmu secara bertulis, dalam masa yang sama ianya mempunyai disiplin ilmu serta memahami cara pelaksanaannya. Semua bidang dan lapangan ajaran Islam hendaklah dipelajari bukan sekadar sebagai satu ilmu, tetapi dalam masa yang sama hendaklah memahami cara beramalnya.


Allah S.W.T. memerintah kepada sesiapa yang memperuntukkan masa hidupnya dalam perjuangan supaya mengambil masa untuk belajar daripada  kalangan yang belajar dengan faqeh (faham). Apabila belajar, maka hendaklah pula daripada kalangan  ahli ilmu yang bukan sahaja faham, bahkan beramal dan berjuang dengan ilmu yang dipelajari itu dengan kefahamannya yang tulen dengan penuh istiqamah.


Perkataan feqah pada zaman awal Islam merangkumi semua ajaran Islam. Kemudiannya para ulama mengkhususkan istilahnya kepada hukum syariat sahaja. Adapun perkara yang berkait dengan iman atau aqidah dinamakan Usulu Al Din atau  ilmu Tauhid atau Aqidah dan yang berkait dengan akhlak pula dinamakan Akhlak atau Tasswwuf.


Mafhum  bahasa Al Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W. merangkumi seluruh ajaran Islam hendaklah dilaksanakan secara Feqah atau faham, khsusnya dalam perkara hukum syariat yang tidak ada nas yang nyata atau bergantung dengan ijtihad. Sirah Rasulullah S.A.W. dan para Khulafa Al Rasyidin banyak menunjukkan huraian yang nyata, betapa perlunya ajaran Islam itu dihayati dengan Feqah (Fahaman) bukan sahaja dengan ilmu. Feqah bukan sahaja seperti difahami oleh masyarakat awam hanya dalam perkara ibadat, sembahyang, puasa, zakat dan haji; bahkan merangkumi segala ajaran Islam.


Khususnya dalam perkara politik yang dilupakan atau dijahilkan oleh sebahagaian besar umat Islam.
Ketika berhijrah dari Makkah ke Madinah, yang juga merupakan amalan berpolitik yang membawa kepada tegaknya negara dan masyarakat madani, Rasulullah S.A.W.  telah menggunakan khidmat seorang bukan Islam  yang berpengalaman dengan jalan pintas yang selamat dan cepat sampai ke Madinah. Sudah tentu seorang bukan Islam yang dipercayai akan menyimpan kerahsiaan menjaga keselamatan, dan benci kepada kezaliman walau pun tidak menganut Islam.


Di Madinah pula dilaksanakan amalan menegakkan negara, dengan kekuatan umat Islam sendiri di kalangan Muhajirin dan Ansar, seterusnya melibatkan kaum bukan Islam di kalangan Yahudi, Kristian, Musyrikin Arab dan membenarkan kewujudan kalangan munafiq dalam masyarakat Madinah. Semuanya mengambil kira ayat-ayat Al Quran yang memberi amaran supaya berwaspada terhadap musuh dan ayat-ayat yang mengizinkan dan mewajibkan Islam disampaikan kepada seluruh manusia dan  pelaksanaan Islam terhadap seluruh manusia  juga.


Maka pengajian secara feqah (faham) sahaja boleh melaksanakan risalahnya dengan istiqamah, bukan sahaja memahami nas secara ayatnya yang zahir, termasuk juga meletakkan pelaksanaannya pada masa, tempat dan situasi yang berbeza. Banyak ayat-ayat Al Quran diturunkan dan hadith-hadith Rasulullah S.A.W.  bersandarkan sebab yang berlaku sekiranya memerlukan penjelasan.


Apabila Rasulullah S.A.W. menerima perjanjian Hudaibiyyah, manakala para sahabat merasakan perjanjian itu berat sebelah dan tidak berpehak kepada Islam, bahkan lebih berpihak kepada musuhnya. Bermula dengan pihak musyrikin (i) menolak penggunaan Bismillah, (ii) menentang dicatit nama Muhammad Rasulullah, (iii) membenarkan mereka yang berada di Madinah melarikan diri ke Makkah, sebaliknya tidak membenarkan orang Islam di Makkah berhijrah ke Madinah, (iv) dilarang meneruskan amalan umrah walau pun Rasulullah dan para sahabatnya sudah berpakaian ihram dan lain-lain.


Rasulullah S.A.W. bertegas dengan keputusan menerima perjanjian Hudaibiyah tanpa  wahyu diturunkan, tetapi berpandukan ketajaman bacaan Rasul terhadap Feqah politik semasa, dan para sahabat mentaati secara mutlak kerana kerasulannya. Akhirnya perjanjian yang diterima memberi kemenangan yang besar kepada Islam dan menerima kunjungan kabilah yang datang menganut Islam dengan jumlah berlipat kali ganda sebelumnya.


Dalam  perkara yang lain, Allah S.W.T. mengajar  Rasulullah S.A.W. dan para sahabat R.A. melaksana dan mematuhi Syura secara tegas dalam peristiwa Uhud dengan firman Nya yang bermaksud :


وَشَاوِرْهُمْ فِي الأَمْرِ فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِينَ


(Dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam mengendalikan urusan. Maka apabila engkau telah berazam (dengan keputusan ) maka berserah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berserah kepadanya).


Ayat ini menunjukkan kepada kita konsep bermesyuarat dan kepatuhan kepada keputusan yang diambil  dan mengharapkan pertolongan Allah selepasnya, walau pun selepasnya menerima tamparan korban dan kecederaan. Ini adalah cara bermesyuarat dalam Feqah berjamaah khususnya dalam politik.
Semua kenyataan tersebut adalah menjadi pedoman kepada sesiapa yang mahu berpolitik secara Islam. Bagi mengemaskini supaya ajaran Islam dilaksanakan secara Feqah, maka para ulama merangka kaedah-kaedah  ilmu yang berkait dengannya yang dinama ilmu usul feqh, maqasid syariat dan siyasah syari'yyah.


Bagi memelihara ajaran ini dilaksanakan, maka Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mewujudkan MAJLIS SYURA ULAMA sebagai badan yang berwibawa mengikut perlembagaan PAS untuk memelihara amalan Islam secara Feqah Islam yang sebenar. Badan yang dianggotai oleh kalangan ilmuan Islam yang mampu memahami sumbernya yang tertinggi : Al Quran, Hadith, Ijmaa, dan Qiyas yang nyata. Majlis Syura Ulama bertanggungjawab melakukan kajian dan ijtihad secara Jamaei dalam menghadapi cabaran semasa dengan sistem ilmu-ilmu yang berkait dengannya. Keanggotaan Ahli Majlis Syura  pula mewakili seluruh cabang kepimpinan tertinggi PAS.


PAS telah berjaya menghadapi semua pengalaman di sepanjang perjuangannya  sejak ditubuhkan, sama ada secara bersendirian, bersefahaman  dengan : kerajaan, pembangkang dan NGO, Islam dan kalangan bukan Islam.


Pendekatan politik mutakhir bersama Pakatan Rakyat adalah menjadi penerusan amalan politik Islam secara feqah, bukannya secara remeh temeh. Kejayaan dicapai apabila kalangan bukan Islam menerima konsep perlembagaan,  Islam menjadi agama negara dengan hak yang diberi secara adil kepada penganut agama lain, hak Bumiputra, Bahasa Kebangsaan dan Raja Berpelembagaan.


Perlu diingat, bahawa UMNO yang menjadi teras kerajaan BN gagal mencapai matmatnya setelah memerintah lebih lima puluh tahun, kerana tidak menjadikan Islam mengikut makna Al Quran dan ajaran Rasulullah S.A.W. Apakah tempoh masa lebih lima puluh tahun tidak mampu melakukan muhasabah ?.


Seluruh ahli PAS wajib bertambah yakin bersama perjuangan di atas bahtera PAS dengan setiap pengalamannya  walau pun tidak diberi hak yang adil, inilah sifatnya  perjuangan Islam.  Kita wajib  menyedari bahawa semua tindakan bersendirian telah mengugurkan sesiapa sahaja tanpa mengira kedudukan dalam PAS. Namun PAS tetap selamat dan menjadi Parti Islam yang makin gagah perkasa menghadapi cabaran pasang surut perjuangan Islam.


PAS terus istiqamah dengan perlembagaan tertingginya yang dijamin oleh kumpulan yang berwibawa. Sesiapa yang cuba berlagak pandai tanpa ilmu yang sebenar pasti tersungkur dengan lagaknya, dan sesiapa yang berilmu dan menganggap dirinya paling bijak dalam PAS secara individunya tanpa peduli terhadap adab berjamaah dalam Islam, akan menjadi mangsa serigala politik yang menjadi musuh perjuangan Islam, inilah sikap membahayakan diri sendiri yang diberi amaran oleh Rasulullah S.A.W.


الشَّيْطَانُ ذِئْبُ ابْنِ آدَمَ كَذِئْبِ الْغَنَمِ ، فَإِنَّ الذِّئْبَ يَجِيءُ فَيَأْخُذُ الشَّاذَّةَ وَالنَّاحِيَةَ وَالْمُنْفَرِدَةَ ، فَالْزَمُوا الْعَامَّةَ


(Sesungguhnya syaitan itu adalah serigala yang menangkap manusia , laksana serigala yang menangkap kambing yang terpencil daripada kawanannya dan yang berada disudut yang menjauh diri daripada kawanannya). Dalam Musnad Ahmad.


PAS terus terbuka kepada semua yang bersedia bersamanya bagi melangsungkan perjuangan menegakkan Islam yang menjadi rahmat kepada seluruh manusia.


Sesiapa yang menyertai PAS wajib mengikut haluan dan hala tujunya serta cara perjalanannya yang tersendiri, berlandaskan Islam secara feqah dan bukan hanya berpaksikan semangat tanpa ilmu dan faham.



Khadam Perjuangan Islam
PRESIDEN PAS

DIPANGGIL... MUNGKINKAH SEBAHAAGIAN DARI MAJLIS MAHABBAH YANG DICADANGKAN KP PUSAT?

Posted: 21 Dec 2011 06:28 PM PST

Bising dengan kenyataan bukan contoh bijak apatah lagi bagi pimpinan PAS. Saling berbalas kenyataan di media menunjukkan sikap "tidak bijak" yang diserlahkan . Itulah polemik yang dihadapi oleh PAS akhir akhir ini lantaran adanya pemimpin yang mengambil sikap menyerang melalui media.

Keputusan memanggil tiga individu di dalam PAS iaitu Saari Sungip, Hassan Ali dan Ustaz Nasharudin adalah tindakan terbaik biarpun agak lambat. Saari Sungip adalah orang yang memulakan permainan tersebut. Apakah ianya dibuat secara tidak sengaja atau perancangan yang sangat rapi tidaklah diketahui kerana Saari adaalah seorang pemimpin besar sebelum bersama PAS yang tentunya punyai banyak strategi.

Hasan Ali yang menjadi tumpuan kerana apa yang disifatkan beliau sebagai " prinsip" masih terus bermain mengikut rentak musuh. Saya tak fikir seorang yang sebijak Hasan tidak menyedari dirinya dipergunakan. Apa yang berlaku pada Hassan mungkin kerana "prinsip" yang dirasakan betul. Beliau bukan ahli politik. Dinilai pada prinsipnya, Hasan Ali agak tinggi kemelayuannya yang ada kalanya mengatasi kefahamannya terhadap Islam yang barangkali dibina oleh kerangka " melayu itu islam, islam itu melayu". Hanya satu sikap Hasan Ali yang boleh mengekalkannya di dalam PAS... Hormatnya terhadap ulama... Jika benar, Hasan perlu merujuk "prinsip" nya itu dengan ulama...bukan kefahaman dangkalnya berdasarkan melayu sahaja!

Pada saya ustaz Nasha tidak melakukan kesalahan yang besar. "Besarnya" kesalahan ustaz Nasha hanya kerana hukuman yang diberi oleh Mustapha Ali. Sebagaimana besarnya kesalahan ustaz nasha dulu kerana hukuman TGNA. Terhapuslah kesalahan Ustaz Nasha apabila TGNA menarik balik kenyataannya... tanda jiwa besar seorang Ulama! Ustaz Nasha bertegas dengan perjuangan islamnya dan kenyataan serta tindakannya tidak pernah menunjukkan ketidaksetiaannya terhadap PAS. Apa yang dipalitkan kepada Ustaz Nasha ialah rentetan usaha menjatuhkan beliau sewaktu mempertahankan jawatan Timbalan Presiden.

Barangkali PAS juga perlu "menasihatkan" Mustapha Ali yang menggunakan media rasmi PAS untuk menyerang pimpinan sendiri tanpa memanggil mereka. Beliau punya kuasa untuk memanggil tetapi memilih jalan yang merosakkan. Barangkali juga Harakah dan pengurusannya boleh dia"ajak " sama.

Kenyataan mahfuz Omar juga dilihat keterlaluan. Kenyataan itu bukan sekali malah diulang dua kali. Saya tidak fikir Mahfuz boleh menggunakan kuasanya sebagai Naib Presiden untuk menjatuhkan hukuman atau menghalau sesiapa dari PAS. PAS bukan milik individu. Sebagaimana Hassan Ali tidak boleh menggunakan kepalanya sendiri untuk menentukan halatuju parti, maka Mahfuz juga tidak boleh menggunakan kepalanya sendiri untuk menghalau sesiapa dari PAS.

Mungkin kenyataa Khalid Samad dan Ust Nik Abduh tidak menyesakkan dada. Ia lebih kepada mendamaikan. Walaupun Khalid sedikit tersasar dengan mensifatkan kenyataan Hasan dan ust Nasha kerana "Kecewa"... sesuatu yang bersifat dugaan dan tuduhan yang tak pasti serta kurang wajar, namun ia bukanlah  sesuatu yang besar.

Cadangan Ketua pemuda Pusat agar majlis mahabbah dilakukan adalah cadangan terbaik...mungkin apa yang dilakukan PAS pusat juga sebahagian darinya...dipanggil untuk memberi peringatan, namun dengan suasana mahabbah kerana kita ahli jamaah .

Diharapkan tindakan PAS pusat ini akan memberi kepuasan kepada semua pihak. Janganlah ada duri yang terus dicucuk untuk menghangatkan hati yang boleh disejukkan. Adab berjamaah mesti diutamakan jika ingin terus kekal dalam jamaah! dengki dan dendam tak perlu dipanjangkan untuk menghalau atau terus menyingkirkan sesiapa. itupun jika kita berjuang "KERANA ALLAH" dan bukan tujuan lain.....




NADA PENCERAHAN TARBIAH

Posted: 21 Dec 2011 07:46 AM PST


Mehnah atau tribulasi dalam perjuangan Islam adalah sunnatulah, bagi menguji dan memperkukuhkan jamaah dan membina kekuatan mujahadah bagi ahli.Dalam sejarah perjuangan Islam yang panjang ini, kita meyaksikan betapa beratnya ujian atau mehnah yang dihadapi oleh jamaah dan ahli yang mendokongi jamaah tersebut.

PAS sebagai sebuah gerakan Islam yang lama di  negara ini telah lali dengan pelbagai mehnah yang dihalakan kepada jamaah ini. Kita pernah diharamkan, dibatalkan logo, disekat aktiviti, didenda dan sebagainya. Namun, parti  terus berkembang hingga kini.

Manakala tribulasi kepada ahli berlaku setiap hari, samada kecil atau besar, ujian tersebut ianya akan pasti berlaku. Panduan kita ialah kenyataan:

"Andainya anda menyertai mana-mana jamaah Islam, lalu anda tidak menerima apa jua mehnah dan ujian, maka semak semula jamaah yang anda sertai itu, kerana mungkin ianya bukan jamaah yang menepati kriteria jamaah Islam.

"Sekiranya setelah anda semak dan teliti, ternyata benar ianya adalah jamaah Islam, maka semak pula apakah anda bekerja untuk Islam atau tidak. Kerana mungkin kalau anda tidak menerima apa jua ujian atau mehnah, mungkin sebenarnya anda tidak bekerja untuk Islam, melainkan untuk diri sendiri."

Kenyataan itu mencerminkan betapa mehnah dalam perjuangan Islam adalah lumarah dan sunnatullah. Itulah yang menyebabkan kita merasai kemanisan berada dalam jamaah dan kenikmatan bersama jamaah memperjuangkan Islam sebagai cara hidup ummah, selaras dengan tuntutan Islam.

Dalam sejarah yang panjang ini, PAS menyaksikan ada ahli dan pimpinan yang muncul dan hilang. Kehilangan dari medan terkadang bukanlah lari dari perjuangan, ianya hanya rehat sementara dari kepenatan yang panjang atau menceburi jalan dan uslub lain yang sesuai dengan jiwa dan tenaga semasa.

Apapun, ianya adalah manik-manik embun waktu pagi bersinar mengerlip dengan cahaya matahari, tapi ianya akan kering dek kepanasan matahari yang menyerinya di awal pagi.

Namun ada jua yang terus hilang dari medan perjuangan. Kenapa ianya hilang? Semua ada jawapan sendiri,  kita tidak perlu berbahas di atas hujah masing-masing. Apa yang penting jamaah mesti dipelihara, dijaga dan dimantapkan bagi meneruskan agenda besar yang menjadi kewajipan perjuangan Islam.

Kita tidak perlu meratapi kehilangan, walaupun kita sangat sedih. Kita mesti terus memandang kehadapan dangan penuh yakin bahawa satu hari Islam akan berada dipuncaknya.

Kita hanyalah mata rantai bagi memusingkan roda Islam itu. Kalaulah Allah kehendaki, ia boleh sahaja menukarkan dengan mata rantai lain dan roda itu terus berpusing sampai kemuncaknya.

Suatu hari, bilamana seorang sahabat bertanya Rasulullah s.a.w: "Siapakah di kalangan manusia yang sangat berat ujiannya?"

Lalu baginda menjawab : "Yang paling berat ialah nabi-nabi, kemudian mereka yang mengikuti nabi-nabi (para sahabat) dan mereka yang mengikuti  dibelakangnya (tabieen)."

Hadis ini membuktikan bahawa ujian yang ditempuhi oleh pimpinan tidak sama dengan ahli biasa, demikian juga ujian waktu kalah tidak akan sama dengan ujian di saat kemenangan. Besarnya mehnah ini memerlukan kita istiqamah dalam jamaah, mengikuti tertib jamaah dan sentiasa wala' pada pimpinan. Itulah erti berada dalam jamaah Islam.

Kita tidak perlu bimbang soal sesuatu dasar yang diputus dalam jamaah kerana kita punya Majlis Syura yang memandu jamaah agar semua keputusan jamaah tidak bercanggah dengan dasar Islam yang menjadi teras perjuangan.

Majlis syura ulamak yang terdiri dari Mursyidul Am Tuan Guru Nik Aziz, dan timbalannya Dato Dr Haron Din dan jawatankuasa adalah badan pemantau perjalanan parti agar selaras dengan dasar Islam yang menjadi dasar parti.

Majlis Syura juga adalah badan penapis segala program parti, bahkan kesemua calon yang akan bertanding dalam mana-mana Pilihanraya akan disahkan oleh Majlis Syura. Mekanisme ini tiada dalam mana- mana parti lain, sehingga semua hala tuju dan dasar parti mesti menepati kehendak syarak.

Manakala Muktamar Agong adalah ruang terbuka untuk membahas dan membincang hala tuju atau masa depan parti, begitu juga kewujudan dewan-dewan yang menjadi sayap penting parti bagi memastikan dasar yang telah diputus dapat berjalan dengan sempurna dan berimbang.

Andainya ada pihak yang mempertikai sesuatu yang telah menjadi dasar parti, maka itu bermakna mempertikaikan keputusan syura, muktamar agong dan pendirian parti. Ianya tidak sepatutnya berlaku.

PAS tidak pernah lari dari dasar perjuangan. Kita tetap dengan dasar yang sama yang telah termaktub dalam perlembangaan parti. Hal itu tidak perlu dipertikai lagi.
Apa yang perlaku ialah PAS telah membuat anjakan paradigma perjuangan, dengan pendekatan baru yang lebih terbuka dari sudut pendekatan bagi menterjemahkan realiti Islam sebagai rahmatul lil alamin. 

Perubahan dan anjakan ini selaras dengan perkembangan semasa dengan arus perubahan pemikiran, media dan realiti rakyat. Perubahan kaedah atau uslub, bukan bermakna perubahan dasar dan prinsip. Namun sebahagian yang biasa dengan pendekatan lama yang statik akan menganggap ianya perubahan dasar dan prinsip perjuangan. Ianya seumpama menukar 'cover' sofa dan mengalihkannya dengan susunan baru, serta menukar warna  langsir agar lebih ceria. Namun perubahan ini ada yang merasakan perubahan seluruh ruangtamu itu.

Perkembangan ini menggerunkan musuh, dan mereka mula menyerang bahawa PAS yang berkembang ke arah rahmatul lil alamin telah terpesong daripada dasarnya. Motif mereka hanya satu, mereka tidak ingin melihat PAS berkembang, mereka hanya ingin melihat PAS kekal jumud dan terbelakang. Sepatutnya sebagai ahli PAS, kita harus membantu jamaah menerangkan perkara ini dan bukannya menyanyikan lagu musuh di media musuh mempertikaikan dasar parti sendiri.

Apapun, ini hanyalah kemuncup dalam perjuangan. Kita mempunyai tugas dan kerja besar yang perlu dilakukan. Ibarat bermain bola, jangan sibuk  mencabut kemuncup yang lekat diseluar atau stokin; teruskan permainan sehingga selesai. Jangan leka mencabut kemuncut sehingga gol terlopong tanpa penjaga.


Jika ada pemain yang dilihat semakin tidak menjadi 'team player' dan menyusahkan seluruh pasukan kerana beliau tidak setuju dengan taktik 4-4-2 yang diputuskan, jurulatih pasukan terpaksa bertindak untuk menegur. Dan sekiranya keadaan tidak berubah, menggantikannya dengan pemain lain yang lebih bersifat team player. Ini terpaksa dilakukan supaya pasukan itu dapat memfokuskan segala tenaganya untuk menembusi gawang gol lawan daripada membazirkan masa menjawab dan memotivasikan pemain mengapa taktik 4-4-2 digunakan hanya kerana beliau lebih sukakan 6-4-0.

Diharap sedikit kiasan ini dapat membantu jamaah dan ahli-ahli PAS untuk bergerak ke hadapan dengan hala tuju yang sama

USTAZ DATO' TUAN IBRAHIM TUAN MAN
KETUA PENERANGAN PAS

AJENYE BEBUDAK...

Posted: 20 Dec 2011 09:18 PM PST

Aku heran betul la orang umNO ni ...sikit sikit nak sumpah...sikit nak sumpah... Macam bebudak. Waktu aku kecik dulu memang suka main sumpah.... bukan apa...saje nak bagi orang percaya...walau pun kadang kadang memang temberang. Orang yang betul dia pakai bukti...jadi tak pakai sumpah!

Aku ingat kisah Tanggang...jadi batu kene sumpah dengan ibu sendiri...itu mitos melayu.. Aku juga selalu dengan macam macam cerita pasal Sang Kelembai yang kononnya rajin sumpah orang jadi macam-macam... maka banyakle yang disumpah sang kelembai kerana marah dan sebagainya.

Bile aku besar dan masuk sekolah, cerita sumpah ni tetap popular sehinggalah aku belajar agama... Rupenye memang cerita sumpah ni ada asas dalam agama. Nak bersumpah mesti dengan nama Allah dan bukan selainnya. Jika sumpah dengan nama Allah tak syirik...jika selain Allah boleh syirik... Tapi orang melayu lebih suka sumpah dengan Quran....

Dalam Islam, kalau langgar sumpah kena kaffarah...berat juge tu... tapi bagi orang melayu siapa yang langgar sumpah akan dapat padah. Buncit perut...agaknya sebab tu la ramai orang melayu yang buncit kut...sebab kene sumpah... tapi macaam mana pulak orang Pakistan pun buncit juga????

Ramai orang melayu di ajak bersumpah dengan junjung Quran. Tapi tak di ajak buka Quran. Bile buka Quran aku jumpa pasal sumpah dalam surah Munafiqun ayat 2. maksudnya : 


Mereka itu menjadikan sumpah mereka sebagai perisai, lalu mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah. Sesungguhnya amat buruklah apa yang Telah mereka kerjakan.


Orang Munafiq memang suka bersumpah sebab mereka ingin orang percaya kepada mereka, namun mereka tiada bukti. sebab itu mereka terpaksa bersumpah sekalipun dengan nama Allah untuk meyakinkan orang beriman. Jadi aku tak heran bile orang melayu sekarang ramai yang nak main sumpah. sikit sikit nak sumpah... mengalahkan sesumpah...

Bile Tun Mahathir pun ajak bersumpah juge...aku pun jadi tergelak...macam mana Tun yang tak percaya air jampi Haron Din dulu boleh percaya pulak kat sumpah...memang dasar sesumpahhhhh..

SUARA TENANG DAN MATANG ANAK MUDA.

Posted: 18 Dec 2011 08:58 PM PST

Membaca Pandangan Ketua Pemuda PAS pusat sangat mendamaikan. Lambang seorang anak muda yang berjiwa besar dan memahami perjuangan PAS. Jauh sekali pandangan beliau dengan Mahfuz yang jadi Naib Presiden. Saya tak tahu apakah Mahfuz sempat menerima tarbiah jamaah atau tidak? Yang pasti beliau muncul awal di saat PAS kehilangan seorang pemidato ketika itu, Mat Sabu.

Agak pelik juga pandangan Mustapha Ali yang di dimuatkan oleh Harakah. Apakah perlu kemelut yang masih belum dibuat perbincangan itu dijadikan dalam bentk hukuman? Cikgu Pa antara veteran PAS yang sepatutnya lebih tenang dari Mahfuz yang memang jarang sekali tenang... 


Apapun cadangan ketua Pemuda ini sangat wajar direnungi samada oleh Cikgu Pa, Mahfuz, Hasan Ali atau ust Nasa. Ia adalah  dalam lingkungan akhlak jamaah dan adabnya...kerana ada ketikanya, emosi, ghairah media, salah maklumat membantu mempamerkan wajah buruk kita..


KUALA LUMPUR, 18 Dis: Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Nasrudin Hassan mahu segala perbezaan pandangan dalam PAS diurus dengan berhemah bagi mengelakkan tercetusnya pertelagahan.

Perbezaan pandangan yang timbul katanya mempunyai punca dan sebab yang tersendiri dan pemimpin tertinggi parti harus bijak menanganinya dengan mencari mekanisme terbaik selain menggunakan saluran terbuka melalui media.

"Masaalah dalaman organisasi atau jamaah kita janganlah didedah kepada media atau masyarakat umum justeru ia laksana membuka pekong di dada sendiri.

"Berlapang dada dan ikhlas dari kesemua pihak yang ber"krisis" adalah asas penyelesaian masaalah yang dihadapi," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Tenang dan tidak cepat menghukum serta berlaku adil dan saksama kepada semua pihak pula katanya antara sikap yang perlu diambil sewaktu berdepan dengan situasi sebegini.

Selain itu juga, beliau menasihatkan semua pihak merendahkan keegoan dan ketepikan kepentingan diri demi memudahkan segala krisis yang berlaku mencapai jalan penyelesaian terbaik.

Prinsip 'Amal Islami' juga harus diutamakan dengan tidak mudah tunduk pada emosi dan juga desakan pihak luar yang tidak berhak mencampurinya.

"Jaga jamaah bukan merosakkannya. Bina ukhuwwah bukan meruntuhkannya. Bimbing ahli yang bermasaalah bukan menghalaunya.

"Sebagaimana kita gigih mengajak orang menyertai jamaah, maka kita juga mesti tekun berusaha untuk memastikan mereka tidak pula meninggalkan jamaah kita," katanya.

INTERLOK... SAH umNO TAKUT

Posted: 18 Dec 2011 08:38 PM PST



"TERBUKTI DAN NYATA UMNO memang seorang lelaki dayus. Hanya beberapa heliaan muka surat dalam novel "INTERLOK" kraya sasterawan negara Abdullah Husain yang menyentuh kaum pendatang India (pada salanya) . UMNO menjadi takut dan tunduk setia kepada parti komponennya MIC sebagai pendesak membatalkan terus buku novel Interlok sebagai buku teks sekolah menengah seluruh Malaysia.

Jelas komponen BN/MIC sudah jadi besar kepala, Dalam novel interlok adalah adalah satu tulisan yang berfakta dan bukan niat pengarang menghina kaum India di Malaysia. Syabas kepada PERKASA kerana mempertahankan karya novel Interlok sebagi buku teks sastera di sekolah.

Dengan tunduknya UMNO dari kaum India khasnya MIC, kami anggap UMNO sudah jadi penakut dan dayus kerana habuan yang sedikit sanggup mengadai maeruah bangsa dan penulis kaum Melayu.

Dalam sidang UMNO2011 TPM Muhyiddin Yassin berucap bagai hanglintar atau singa lapar dalam bab menjaga bangas dan maruah melayu, namun hanya cakap besar dan bodoh sombong.

Memang UMNO kumpulan yang paling bangsat jika diambil kira maruah dan nilai bangsa yang mudah dipermainkan oleh kaum lain.

Muhyiddin Yassin  menteri yang paling tidak konsistem dan mudah mengalah dalam tuntutan oleh kumpulan pendesak dalam novel Interlok.

Dirumuskan tindakan UMNO terutama  dalam kes novel interlok seperti berikut:-

BN/UMNO terlalu lemah. gagal mempertahankan bahasa melayu dan merobekkan hati budi bangsa melayu, akur dengan kenhendak yang paling biadap dan menghina bangsa Melayu dan penulisdan sasterawan negara terutama Abdullah Husain.

Sebagai bantahan diminta semua kaum Melayu jangan beri undi atau pangkah MIC/BN/UMNO dalam PRU13.  MIC  komponen BN telah menghina bangsa melayu dan penulis novel Interlok.

Bantahan seterusnya kepada semua kaum dalam pakatan rakyat jangan ikut kumpulan yang biadap terutama komponen BN dengan nemanya MIC.

UMNO telah menjadi bahan jijik dek dijangkiti virus lembu gila. Dasar perkauman yang tebal dan api perkauman yang liar dipermaikan oleh UMNO menjadikan UMNO kuat dan jahat.

Kerana kepentingan undi dan sokongan UMNO sanggup menjadi hina dan dayus serta sanggup menjatuhkan maruah bangsa dengan kisah lapan muka surat dalam novel Interlok dan membatalkan terus dari teks buku sekolah.

Lahir seorang lagi pemimpin UMNO yang bangsa Melayu dan dengan nama melayu Muhyiddin Yassin menjadi pengkhianat bangsa dan tanah air.

Ayuh kita sebagai rakyat Malaysia terutama bangsa Melayu jangan jadi seekor lembu kenyang, atau lembu feedlot. Sedarlah kita selalu ditipu secara terang dan senyap oleh pemimpin UMNO/BN demi kelangsungan politik dan undi untuk berkuasa."


MD NOR AWANG.

MASALAHNYA BILA GILA POPULARITI

Posted: 15 Dec 2011 07:36 PM PST

Seperti yang saya ulas dalam posting lalu, PAS kini berada di posisi bertahan. Cara penyelesaian bukan menyelesaikan masalah sebaliknya menambah peluru kepada musuh. Inilah masalahnya apabila masing masing "gila populariti" menggunakan media sebagai penyelesai masalah atau meluah marah.

Bermula kenyataan Saari sungip, disambut Hasan Ali, di ulas Ust Nasa, di jawab Mustapha Ali , dihempas Mahfuz Omar dan dijawab kembali Hasan Ali. Kenyataan Presiden dan Timbalan presiden serta diperkukuhkan oleh Ketua penerangan seakan tak dipedulikan. Di harapkan kenyataan Mursyidul Am dapat meredakan keadaan.

Apa yang menjadi masalah dalam PAS hari ini ialah sangat suka menggunakan media sebagai perantara. Masalah PAS sebenarnya sangat kecil jika ditangani dengan betul. Apa yang dihadapi oleh PKR dan DAP kekadang lebih besar tetapi ditangani dengan bijak . DAP berjaya menyelesaikan isu Pengerusi dan Tim ketua Menteri Pulau Pinang walaupun Prof Ramasamy dilaporkan sedia keluar dari DAP.

Hal dalaman adalah hal rumahtangga yang boleh diselesaikan secara keluarga. Jangan heret masalah jamaah dengan sentimen lama kerana ia sangat tidak baik bagi ahli peringkat bawahan apatah lagi di luar parti. Di mana akhlak jamaah. Hasan Ali masih ahli PAS. Saari Ketua Penerangan PAS Selangor di mana Hasan Ali berada, Mustapha Ali pulak SUA, Mahfuz pula naib presiden! Kenyataaan Mahfuz dilihat paling keras jika benar sebagaimana dilaporkan. Ibarat isteri yang derhaka lalu suami menjawab " kita boleh bercerai jika kamu mahu"...saya tidak fikir itu akhlak jamaah Islam.

Di harapkan agar isu kecil ini dapat dihentikan segera agar ahli dan pemerhati yang berminat dengan perjuangan Islam tidak melihat ini akhlak dalam jamaah islam. Kenyataan TG Mursyidul Am dilihat sebagai sangat wajar dengan memilih jalan damai. Ia sewajarnya dicontohi ahli dan pimpinan PAS. Kita jamaaah Islam yang ada akhlak bila berselisih pendapat.... jangan kerana politik kita lupa akhlak Islam... Contohilah pimpinan ulama yang memimpin kita... atau selepas ini ahli PAS perlu hanya memilih ulama untuk memimpin jamaah... demi kelangsungan Islam dalam PAS...

CALON PAS... KEEPUTUSAN SYURO

Posted: 13 Dec 2011 02:46 PM PST

7 Muharram 1433 H | 13 December 2011

KUALA LUMPUR, 13 Dis:
PAS menggesa semua pihak tidak terburu-buru bercakap soal calon parti itu untuk PRU13 kerana ianya masih belum diputuskan.

Menurut Ketua Penerangannya Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, keputusan sama ada mana-mana individu dipilih menjadi calon hanya akan diputuskan di peringkat Majlis Syura PAS.

Mengenai kedudukan Dato' Hassan Ali beliau menjelaskan:

"Sekali pun nama beliau tidak dicalonkan di peringkat cawangan, ia tidak bermakna beliau tidak layak. PAS melihat kreadibiliti dan kepentingan ahli untuk menjadi calon," katanya dipetik Sinar Harian.

Menurutnya, sehingga kini Majlis Syura PAS hanya menerima  60% sahaja senarai pencalonan daripada setiap cawangan parti itu. Selain negeri Selangor, beberapa negeri lain juga masih belum menghantar senarai calon tersebut.

"Ia bermula peringkat cawangan di mana setiap cawangan memberi tiga nama calon dirasakan sesuai bertanding. Nama itu pula diserahkan kepada kawasan dan seterusnya kepada negeri.

"Pas negeri menghantar nama kepada Pusat iaitu Majlis Syura yang akan meneliti setiap nama diberikan. Seperti dikatakan, sekiranya tidak menepati kriteria dikehendaki, Majlis Syura berhak memilih ahli lain berdasarkan kepentingan parti," lapor akhbar berbahasa Melayu itu lagi.

Katanya, pandangan dan penilaian dibuat adalah berasas. Ia diputuskan presiden parti dan keputusan ini tidak boleh disanggah.

"Tidak wujud perebutan jawatan dalam PAS. Apa dipersetujui Majlis Syura disokong semua ahli," katanya.

umNO BIJAK ATAU KITA BODOH?

Posted: 11 Dec 2011 10:15 PM PST

umNo memang hebat...hanya dengan berita senget yg ditimbulkan oleh beberapa kerat yg barangkali senak perut terus menjadi bahan serangan umNO... Cerita orang senak perut terus di jaja... Utusan meloya menjadi tok dalangnya...peliknya ramai pulak tolong palu gendang... TGHH dan Mat Sabu terpaksa buang masa nak tangkis serangan... Harap tak de lagi orang senak perut dalam PAS terutama di Selangor.

PR punyai senjata hebat yg boleh meleburkan umNO! Ia disambut oleh orang umNO sendiri dan rakan Barisannya... MP Kalabakan dan pemuda MCA paling baru... Isu lembu sangat digeruni oleh umNO! Pendedahan PKR cukup menyenakkan perut dan memecahkan kepala umNO...Tiba tiba ada pulak orang senak perut dalam PAS yang buat kenyataan bodoh . Kenyataan yang tak perlu dihebahkan. Ia adalah hasil mesyuarat...bagaimana orang macam Saari Sungip yg dikatakan hebat memimpin JIM dan karya usrah yg dikagumi boleh bertindak sebodoh ini.

Apakah beliau tidak sabar dalam membalas tindakan Hasan Ali memecatnya dari jawatan ketua Penerangan dulu. Apakah beliau tak boleh bersabar hingga menunggu PRU 13? Atas alasan apapun , kenyataan beliau adalah sangat tidak perlu, tidak menguntungkan parti, malah memberi senjata kepada musuh dan menyusahkan kepimpinan PAS pusat! Buktinya dilihat kini.... Di saat umNO terkial kial mencari alasan dan senjata baru untuk mengalihkan isu lembu yang boleh merobohkan kondominium umNO, Isu Hasan Ali yang dilontarakan oleh penulis Utusan berkaitan anugerah sultan Selangor bersambung lidah dengan kerja sia sia Saari...

Hassan Ali bukan nama yang sangat penting dalam PAS . Ia diangkat menjadi nama besar di atas beberapa isu...samada isu yang dilakukan sendiri kerana kejahilan politik atau yang disandangkan ke atasnya. Hasan Ali mungkin popular sebagai pakar motivasi, tapi bukan pakar politik. Hasan Ali mungkin nama besar dalam negara tetapi bukan nama besar dalam PAS. Beliau orang yg muncul di saat kemuncak dan terus berada di puncak. Kesungguhannya berdiri mempertahankan Islam menurut pandangannya meneruskan popularitinya... itu sahaja!

Bagaimana orang PAS sendiri boleh menjadikan faktor Hasan Ali sebagai isu media.. Besar sangatkah Hasan Ali di sisi mereka??? Atau ada perkara terasing antara mereka yang belum selesai lantas diajak penyokong PAS lain dan PR untuk menumpukan kepada isu yang sia sia ini! Jika PAS Selangor atau pemimpin mereka ada masalah sesama mereka...selesaikan secara adab berjamaah Islam... mengikut model PAS bukan jamaah lain yang di serap ke dalam PAS!

Sekarang masanya menyerang, Bukan bertahan lagi! Sesuatu yang sangat bodoh apabila kita mencipta peluru untuk musuh lalu terus bersilat menunjukkan kemahiran kononnya pandai bertahan... Yang susah ialah pemimpin PAS pusat. Mengapa terlalu banyak isu yang boleh membunuh umNO dibiarkan terus berlalu? Isu Seks Lek yang terus angkuh menghina Islam, Lembu Shahrizat yang turut dibenci umNO, isu FELDA yang membabitkan masa depan orang Melayu, akta perhimpunan aman... bla...bla.... bla... Malangnya isu yang jadi peluru menyerang musuh diabaikan, sebaliknya memberi peluru kepada musuh yang sememangnya banyak senjata... Media adalah senjata mereka!!
 Apakah umNO bijak atau kita yang bodoh???

NUJUM TEMBERANG....

Posted: 11 Dec 2011 04:53 AM PST

SHAH ALAM, 11 Dis: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menafikan laporan yang dikeluarkan oleh media milik Umno Mingguan Malaysia hari ini bahawa Datuk Dr Hassan Ali dan Nasharudin Mat Isa digugurkan dari menjadi calon pada pilihanraya nanti.

Sambil membidas laporan Utusan itu, beliau berkata ianya hanya satu tuduhan tidak benar memandangkan PAS sendiri belum membuat sebarang keputusan rasmi berhubung senarai nama calon yang akan bertanding.

"Apa yang disiarkan oleh Utusan Malaysia itu tidak benar, bagaimana ia tahu nama-nama calon sedangkan peringkat PAS Pusat pun belum memberi keputusan rasmi.


"Perkara itu tidak perlu timbul sekarang sebab semuanya belum ada keputusan rasmi dan kita tidak akan umum nama-nama yang akan bertanding selagi belum tibanya hari penamaan calon," jelasnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perlancaran Dokumen Negara Berkebajikan: Tawaran PAS di Kompleks PKNS di sini.

Utusan Malaysia melalui Mingguan Malaysia hari ini mendakwa Hasan yang juga Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, akan digugurkan daripada menjadi calon pilihan raya umum.

Kata akhbar itu, pengguguran Hasan sebagai calon PAS pada pilihan raya umum sememangnya telah dijangka dan ia hangat diperbincangkan di blog-blog tempatan.

Sementara itu Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu secara berseloroh menyifatkan Utusan sebagai 'lebih PAS' dari pimpinan PAS apabila mengetahui perkara yang belum dibincangkan oleh parti itu.

"Saya sendiri belum tahu lagi dicalonkan atau tidak sebab tiada keputusan lagi dan pelik juga bila nama Dr Hassan disebutkan sebagai digugurkan sebagai calon.

"Kalau saya sendiri belum pasti kedudukannya maka kenyataan yang dikeluarkan oleh akhbar milik Umno itu tidak tepat dan fitnah semata-mata," katanya.


P/S: Malang bagi PAS bile ada ahli yg marah dengan utusan seronok dan menyambung lidah utusan... Nampaknya suara yg dilontarkan oleh Utusan bersambut bila ada yg berminat kerana dirasakan untung untuk politik peribadi...  iklah lah untuk islam dalam perjuangan...

ISLAM PAS DALAM PR...

Posted: 09 Dec 2011 05:28 PM PST

Soalan tersebut ialah : Apakah PAS Mampu Tegakkan Islam dalam Pakatan Rakyat ?

1. Saudara , perjuangan PAS bukan lagi berusia setahun jagung. Malah PAS telah berpengalaman luas dalam Kerajaan Campuran di zaman Perikatan. Berpengalaman di zaman Angkatan Perpaduan Ummah juga di zaman Barisan Alternatif dan kini Pakatan Rakyat. Sepanjang tempoh itu, PAS tidak pernah lekang biarpun seketika cuma dari dasar perjuangan yang telah mendarah daging iaitu Islam.

2. Tinggal Islam maka hilanglah identiti PAS dan tersasarlah dari matlamat penubuhannya. PAS ditubuh untuk memperjuangkan Islam. Hakikat ini mesti diinsafi oleh semua. Malah PAS dibangunkan dengan segala sendi yang kukuh dan melalui proses pengkaderan yang berterusan. Aqidah Islam menjadi tunjang perjuangan, Fikrah Islam menjadi dahan perjuangan sementara Syakhsiyah Islam menjadi bunga perjuangan dan Kedaulatan Islam kelak menjadi buah perjuangannya.

3. PAS istiqamah berjuang menegakkan Islam biarpun di mana ia berada. Menyertai Pakatan Rakyat adalah pilihan dan ijtihad PAS yang telah dibincang dan dibahas lumat oleh para pimpinannya yang terdiri dari para alim ulama' termasuklah ianya diluluskan oleh Majlis Syura Ulama' PAS. Segala congakan atau perkiraan politik yang melibatkan untung rugi masa depan perjuangan telah dihitung nilai.

4. Malah Tahaaluf Siasi atau kerjasama politik yang diguna pakai lalu membawa PAS bersama membentuk Pakatan Rakyat adalah sebuah kerjasama politik yang sarat dengan terma dan syarat tersendiri malah menjamin kedudukan serta kesucian perjuangan Islam yang didokong oleh PAS.

5. Biarpun berbeza ideologi perjuangan, ianya tidak menghalang ketiga - tiga parti komponen Pakatan Rakyat mengadakan kerjasama politik berhadapan UMNO dan BN. Ia bukan kerjasama aqidah, tetapi kerjasama politik. Malah ia bukan perkara baru bagi Gerakan Islam mengadakan kerjasama politik dengan non muslim lantaran Bagunda Rasul saw juga pernah terlebih dahulu pernah menganjurkannya.

6. PAS bukan sahaja konsisten malah sangat komited untuk melaksanakan Islam terutama apabila rakyat telah bersedia memberikan mandat kepimpinan kepada PAS dan Pakatan Rakyat. Insyaallah, Islam tetap terpelihara dan akan terus diperjuangkan atau ditegakkan oleh PAS bersama Pakatan Rakyat.

7. Ada orang bertanya saya, kenapa tidak bersama UMNO ? saya hanya menjawab : Ini pilihan PAS. Pilihan pemimpin dan ahli - ahli PAS malah penyokong PAS. Hati PAS berkenan kepada Pakatan Rakyat sementara UMNO dan BN tidak. Sungguhpun UMNO dan BN menggunakan pelbagai madah, sehingga kini mereka belum mendapat tempat di hati PAS. Kenapa PAS tidak berkenan ? nantilah saya bercerita kemudian dalam artikel yang lebih khusus. Cuma ringkasnya, Bukanlah UMNO tidak cantik, tapi ada yang jauh lebih cantik dari UMNO.

8. PAS tidak larut dan hilang identiti sebaliknya terus membawa suara Islam dengan segala warna hikmah yang ada. Kita akui, peringkat awal dulu kita mengalami beberapa kesulitan untuk mengeratkan jalinan kerjasama antara parti komponen gara - gara terlalu banyak fitnah dan adu domba.

9. Namun kesabaran dan kematangan yang bertolak dari pengalaman yang luas akhirnya perjuangan PAS untuk menegakkan syariat Islam dan akhlaknya semakin diterima. Paling tidak, bersetuju untuk tidak bersetuju. Ianya satu perkembangan positif malah jauh lebih positif berbanding sebelumnya.

10. Saya optimis Islam akan ditegakkan malah boleh dan mampu ditegakkan Insyaallah, justeru Islam adalah agama Allah swt Tuhan yang Maha Sempurna dari segala sifat kekurangan, bukan agama ciptaan manusia yang serba lemah. Selama PAS bersama Islam, PAS akan kuat dan mampu. Selagi Islam diperjuangkan oleh PAS maka PAS senantiasa relevan.

11. Seperkara lagi, ingin saya tegaskan di sini bahawa Islam tidak sekadar hudud sebaliknya hudud adalah sebahagian dari Islam yang wajib dilaksanakan. Masih terdapat banyak perkara yang perlu dilaksanakan. Antara yang menjadi fokus penting juga selain Perlaksanaan Qanun Jenayah Syariah 2, ialah pembentukan sebuah pemerintahan atau pentadbiran yang adil, telus dan berintegriti tinggi. Bebas rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan dana negara. Ianya menepati Islam yang diperjuangkan.

12. Memperjuangkan perkara - perkara ini sahaja pun sudah tidak menang tangan dalam Pakatan Rakyat yang semakin memaut kerjasama erat antara parti komponen berbanding hanya satu dua perkara yang menjadi asas perbedaan. Semua parti bekerjasama erat untuk membasmi ISA, menentang rasuah, menubuhkan Good Governence, mempertahankan bahasa kebangsaan, menolak AUKU, perjuangkan hak rakyat marhain, perjuangkan hak mahasiswa dan 1001 perkara lagi yang selari dengan kehendak Islam.

13. Bertolak dari nokhtah yang telah saya sebutkan ini juga sudah cukup bahawa PAS berpotensi besar untuk menegakkan Islam bersama Pakatan Rakyat. Membasmi ISA adalah tuntutan Islam yang mesti ditegakkan, menentang rasuah adalah tuntutan Islam yang mesti ditegakkan, membina negara yang telus, adil dan berintegriti adalah tuntutan Islam yang mesti ditegakkan. Agihan kekayaan negara dengan adil dan bijaksana, bebas dari amalan monopoli, juga merupakan tuntutan Islam yang mesti ditegakkan. Kini dakwah PAS berjalan rancak dan semakin pro aktif insyaallah.

Ketua Dewan Pemuda PAS

Tiada ulasan: