Kelab Greenboc |
- Lelaki Baru Keluar Penjara Rogol Adik
- [Video] Samseng Serang Ceramah Pakatan Di Dewan Kg Idaman
- Naluri Tidak Normal, Gemar laku Seks Semasa Datang Bulan
- Imej Malaysia Tercalar Teruk Ekoran Kerajaan Bayar FBC Untuk Baiki Imej Najib
- Najib Gadai Aqidah - Majlis Fatwa Jangan Jadi Tunggul, Perlu Beri Respons
- [Video] Filem Biadab Barat Permainkan Kematian Osama Laden
- Pilihanraya Dipanggil Selepas SPRM "Bersihkan" Skandal NFC
- Tuduhan Hassan Ali, Pemuda PAS Buat Laporan Polis, Nasruddin Buat U-Turn [updated]
Lelaki Baru Keluar Penjara Rogol Adik Posted: 12 Feb 2012 12:26 AM PST Bekas Banduan Rogol Adik BESUT: Seorang lelaki yang dipercayai berada di bawah pengaruh dadah jenis metamphetamin bertindak merogol adiknya sendiri dengan mengugutnya menggunakan sebilah pedang dalam kejadian malam Khamis. Ketua Polis Daerah Besut Supt Kamaruddin Zakaria berkata kejadian berlaku kira-kira 10.30 malam di Kampung Gong Manok, Kuala Besut di sini. Gambar fail. Menurutnya kejadian berlaku ketika lelaki berumur 30 tahun yang baru dibebaskan dari penjara 8 Februari lalu ke rumah adiknya berumur 24 tahun dan memaksanya untuk bersama mencari bapa saudara mereka yang tinggal tidak jauh dari situ. Katanya pada mulanya suri rumah yang mempunyai seorang anak itu enggan mengikutnya namun terpaksa akur setelah abangnya mengugut dengan meletakkan sebilah pedang di kiri lehernya. "Apabila sampai di tempat yang dituju, suspek dapati bapa saudara yang dicarinya tiada. Suspek kemudiannya memaksa adiknya ke bahagian semak di belakang rumah bapa saudaranya dan merogol adiknya di situ," katanya kepada pemberita selepas menyertai Ops Sektor yang diadakan di Kampung Lak Lok di sini, Sabtu. Kamaruddin berkata adiknya yang cuba melawan ditumbuk beberapa kali di bahagian perut oleh suspek. Katanya mangsa turut tercedera di bahagian leher akibat terkena pedang yang dipegang abangnya. Mangsa yang berjaya melarikan diri tidak lama kemudian meminta pertolongan jiran untuk membuat laporan polis. Tindakan pantas polis berjaya menahan suspek beberapa jam kemudian. Ujian awal air kencingnya mendapati suspek positif pil kuda. Suspek yang dipenjara sebelum ini kerana kes berkaitan dadah juga mengakui telah mengambil pil kuda di Kuantan, Pahang sebelum ke Besut untuk mencari bapa saudaranya malam semalam. Ketua Polis Daerah Besut Supt Kamaruddin Zakaria berkata kejadian berlaku kira-kira 10.30 malam di Kampung Gong Manok, Kuala Besut di sini. Menurutnya kejadian berlaku ketika lelaki berumur 30 tahun yang baru dibebaskan dari penjara 8 Februari lalu ke rumah adiknya berumur 24 tahun dan memaksanya untuk bersama mencari bapa saudara mereka yang tinggal tidak jauh dari situ. Katanya pada mulanya suri rumah yang mempunyai seorang anak itu enggan mengikutnya namun terpaksa akur setelah abangnya mengugut dengan meletakkan sebilah pedang di kiri lehernya. "Apabila sampai di tempat yang dituju, suspek dapati bapa saudara yang dicarinya tiada. Suspek kemudiannya memaksa adiknya ke bahagian semak di belakang rumah bapa saudaranya dan merogol adiknya di situ," katanya kepada pemberita selepas menyertai Ops Sektor yang diadakan di Kampung Lak Lok di sini, Sabtu. Kamaruddin berkata adiknya yang cuba melawan ditumbuk beberapa kali di bahagian perut oleh suspek. Katanya mangsa turut tercedera di bahagian leher akibat terkena pedang yang dipegang abangnya. Mangsa yang berjaya melarikan diri tidak lama kemudian meminta pertolongan jiran untuk membuat laporan polis. Tindakan pantas polis berjaya menahan suspek beberapa jam kemudian. Ujian awal air kencingnya mendapati suspek positif pil kuda. Suspek yang dipenjara sebelum ini kerana kes berkaitan dadah juga mengakui telah mengambil pil kuda di Kuantan, Pahang sebelum ke Besut untuk mencari bapa saudaranya malam Sabtu. -BERNAMA |
[Video] Samseng Serang Ceramah Pakatan Di Dewan Kg Idaman Posted: 11 Feb 2012 11:15 PM PST Samseng serang program SMM, sasar Adam Adli Klang, 12 Feb: Program Jelajah Mahasiswa di sebuah dewan orang ramai di Kampung Idaman, Pandamaran malam tadi diserang sekumpulan samseng yang membuat kecoh dan memecahkan meja dan kerusi. Difahamkan lebih 50 orang samseng tersebut menyerbu dewan itu dengan mensasarkan pemimpin pelajar Adam Adli. Bagaimanapun ketika kejadian kira-kira jam 8 malam tadi itu, Adam Adli berada di luar dewan dan sempat menyelamatkan diri. Kumpulan samseng itu difahamkan bertindak merosakkan barangan dalam dewan termasuk memecahkan kerusi dan meja. Penganjur program Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) kemudiannya bertindak membuat laporan polis di Balai Polis Kampung Idaman. Insiden itu bagaimanapun tidak berakhir di situ apabila kumpulan samseng tersebut bertindak mengepung sekali lagi mahasiswa-mahasiswa tersebut di hadapan balai polis tersebut. Keadaan tegang itu memaksa pihak polis membawa mahasiswa tersebut ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang bagi tujuan mendapatkan perlindungan. Pada masa sama, kumpulan samseng itu juga turut mengekori mahasiswa itu dan menanti mereka hadapan IPD Klang itu. Selepas mendapat maklumat berhubung insiden itu, pasukan Unit Amal PAS dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) turut bergegas ke tempat kejadian. Ketua Penerangan AMK Selangor, Saifullah Zulkifli yang ditemui di tempat kejadian berkata, setibanya di perkarangan IPD itu beliau dan beberapa rakan dihalang sekumpulan samseng tersebut. Mereka juga diludah dan dihambur dengan kata-kata kesat. "Malah ketika saya berjalan untuk memasuki IPD sekumpulan pengikut Umno seramai 50 orang itu telah memaki hamun serta ada antaranya meludah ke arah kami walaupun kami memaklumkan kehadiran kami tidak ada kaitan dengan mahasiswa tersebut," jelasnya. Tambahnya lagi, kekacauan berlaku sekitar jam 8 malam apabila sekumpulan pengikut Umno telah memasuki dewan orang ramai di Kampung Idaman dengan membuat kecoh serta memecahkan kerusi. "Sasaran mereka adalah Adam Adli tetapi ketika kejadian tersebut berlaku Adam tidak berada di dalam dewan, sebaliknya beliau masih berada di luar dewan dengan niat bila keadaan benar-benar selamat baru beliau masuk ke dalam dewan. "Tetapi Adam bernasib baik sempat dibawa lari sebelum kejadian yang tidak diingini berlaku," sambungnya. Adam Adli sebelum ini mencetus kontroversi dengan bertindak menurunkan bendera perdana menteri Datuk Seri Najib Razak di hadapan bangunan Umno ketika demonstrasi mahasiswa menuntut pemansuhan Auku di PWTC Disember tahun lalu. Antara mahasiswa yang dibawa berlindung di IPD Klang adalah Timbalan Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independent (KAMI), Khalid Ismath dan Koordinator Aksi Mahasiswa Independent (AKSI), Ehsan Bukharee. Mereka kemudiannya dibawa keluar dari IPD kira-kira jam 2.30 pagi dengan dua buah kenderaan polis. Dalam pada itu, kekacauan tersebut telah menyebabkan beberapa buah kereta milik mahasiswa telah rosak teruk. Serangan serupa sebelum ini berlaku pada program Asal Bukan Umno (ABU) di Jalan Kebun, Shah Alam. Dalam kejadian itu, seorang lelaki dilapor cedera dalam insiden tersebut.-HD |
Naluri Tidak Normal, Gemar laku Seks Semasa Datang Bulan Posted: 11 Feb 2012 08:57 PM PST Sukar atasi selera pelik KUALA LUMPUR: Menjijikkan apabila seorang gadis yang baru berusia 16 tahun mengaku mempunyai selera seks pelik, termasuk gemar melakukan hubungan kelamin ketika datang bulan, selain nafsunya meluap-luap setiap kali gigitan cintanya pada leher lelaki mengeluarkan darah. Lebih mengejutkan, Iza yang berasal daripada sebuah negeri di utara tanah air mendakwa ketagih darah hinggakan nafsunya membuak-buak apabila memakan ayam yang masih ada darah kerana tidak dimasak dengan betul. Menurut Iza, selera peliknya bermula selepas berkenalan dengan seorang remaja tidak bersekolah yang bekerja di kedai makan berhampiran rumahnya. "Sebenarnya lelaki itu kawan baik bekas teman lelaki saya. Namun disebabkan kerap melakukan hubungan kelamin, saya jadi ketagih dan mudah 'diayat' lelaki. "Dia lebih gemar melakukan hubungan intim ketika saya datang haid dan kami melakukannya dalam keadaan saya berlumuran darah. "Namun peliknya setiap kali kami bersama, selepas itu tiba-tiba saya didatangi haid walaupun sepatutnya belum waktunya. Saya merasakan seolah-olah terkena sumpahan dan berasa takut dengan azab Tuhan. "Saya teringat cerita bahawa dajal dilahirkan hasil hubungan bapa dengan ibunya ketika dalam haid. Terdetik di hati, jika saya mengandung, anak apakah yang akan lahir nanti?" katanya.-hm Naluri tidak normalKuala Lumpur: Ada pesakit 'frontal lobes tumor' yang boleh menyebabkan tindakan luar biasa atau pelik tidak tahan mahu melakukan hubungan seksual hingga menahan orang lalu-lalang supaya memuaskan nafsunya. |
Imej Malaysia Tercalar Teruk Ekoran Kerajaan Bayar FBC Untuk Baiki Imej Najib Posted: 11 Feb 2012 06:30 PM PST BBC minta maaf siar program berbayar tentang M'sia BBC akan menyiarkan permohonan maaf ke seluruh dunia hari ini kerana telah mengkompromi integriti editorialnya melalui program-program yang terlibat dalam "skandal penetapan berita" baru-baru, demikian menurut laporan berita. Hari ini akhbar Independent di UK melaporkan bahawa BBC World News akan menyiarkan permohonan maaf " dari Kuala Lumpur ke Khartoum" dalam empat slot masa. Skandal itu melibatkan FBC Media (UK) yang telah didedahkan pada tahun lepas kerana telah menghasilkan program-program bagi pihak pelanggan berbayar, untuk membersihkan imej awam mereka. "Syarikat itu telah menghasil lapan program untuk BBC mengenai Malaysia tetapi gagal mengisytiharkan bahawa ia telah dibayar £17m oleh kerajaan Malaysia untuk 'komunikasi strategik global'. Program-program tersebut termasuk liputan positif terhadap kontroversi industri minyak sawit Malaysia," lapor Independent. Menurut laporan itu, siasatan terhadap skandal itu telah "membongkar 15 pelanggaran garispanduan editorial" yang mana lapan daripadanya adalah berkaitan dengan program FBC di Malaysia. Permohonan maaf itu, menurut laporan itu lagi, akan berbunyi: "Dalam kes lapan program lain, yang semua memaparkan tentang Malaysia, kami mendapati bahawa syarikat produksi tersebut yang menghasil program berkenaan, nampaknya mempunyai hubungan kewangan dengan kerajaan Malaysia. "Ini bermakna terdapat potensi konflik kepentingan, walaupun BBC tidak menyedarinya apabila program disiarkan." -mk BBC minta maaf atas skandal berita melibatkan Malaysia |
Najib Gadai Aqidah - Majlis Fatwa Jangan Jadi Tunggul, Perlu Beri Respons Posted: 11 Feb 2012 03:32 PM PST Majlis Fatwa diminta respons 'fatwa' Harussani SHAH ALAM - Datuk Dr Ismail Ibrahim meminta Majlis Fatwa Kebangsaan menyatakan pendiriannya berhubung kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria yang berpandangan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak telah "menggadai akidah" apabila menghadiri sambutan Thaipusam, Selasa lalu. Bekas Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan ini berkata, jawapan rasmi terhadap "fatwa" dibuat Harussani harus disegerakan kerana ia mungkin mengelirukan umat Islam jika tidak dimuktamadkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan seterusnya disahkan Majlis Raja-raja sendiri. Beliau yang juga bekas Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia berkata, isu seberat ini tidak mungkin dilihat sebagai satu perselisihan pendapat atau perbezaan pandangan sahaja seperti perbezaan pentafsiran dalam hal-hal ranting dalam agama Islam. "Hal akidah bukan lagi merupakan masalah kecil seperti masalah perbezaan mazhab dalam beberapa hukum cabang yang dikenali sebagai masalah Furu' bukan masalah usul. Hal akidah adalah merupakan hal iman, Islam seseorang," kata beliau dalam entri terbaru blognya. Menurut laporan media semalam, Harussani melahirkan rasa terkilan dengan keputusan Najib menghadiri sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves. Najib juga pernah hadir samputan Thaipusam sebelum ini. Tegas Harussani, walaupun sudah ditegur setiap tahun, namun Perdana Menteri seolah-olah tidak memandang berat akan kepentingan agama Islam dan akidah. "Ini perbuatan syirik, saya tidak tahu mengapa jadi macam ini... sedangkan perayaan kaum lain kita tidak boleh sambut ini pula hadir di rumah ibadat mereka. Bagaimana boleh terlajak macam ini, sepatutnya perdana menteri wakilkan menteri beragama Hindu untuk menggantikan dirinya... sebab umat Islam tidak boleh terlibat dalam sambutan perayaan agama lain," katanya. Ismail yang yang juga bekas duta Malaysia ke Arab Saudi berkata, beliau tidak berniat hendak menyokong atau membangkang kenyataan Mufti Perak yang mengatakan bahawa Perdana Menteri telah menggadaikan akidahnya dengan menghadiri perayaan Thaipusam. Justeru soal beliau, "menggadai akidah adakah bermakna mencemarkan akidah? Menggadaikan akidah adakah bermakna terkeluar dari akidah Islam, dan seterusnya menjadi syirik?" Katanya, "kalau inilah maksud menggadaikan akidah yang disebutkan oleh Mufti Perak itu, maka hal ini telah menjadi satu fatwa yang amat berat dan serius kepada umat Islam, terutamanya kepada batang tubuh Perdana Menteri sendiri, dan pihak bertanggungjawab tentang agama di negara kita haruslah memberikan perhatian yang serius juga kepada fatwa ini." Tambah beliau, hal yang berhubung dengan akidah bukan perkara mudah kerana akidah merupakan keimanan kepada agama Islam itu sendiri dan akidah yang tergadai sekiranya dimaksudkan akidah yang telah tercemar atau terkeluar dari akidah Islam, maka orang itu dengan sendirinya menjadi tidak mukmin dan tidak Islam, syirik dan kafir. "Apakah pengertian ini yang dimaksudkan oleh Mufti Perak dengan ungkapan menggadaikan akidah itu? Juga kenyataannya tentang perbuatan syirik yang dilakukan oleh Perdana Menteri itu," ujar beliau. Malah katanya, hal itu perlu diperjelaskan supaya umat Islam tidak menjadi keliru dengan fatwa Mufti Perak tentang orang Islam yang menyertai perayaan tersebut. "Mungkin Jakim, Majlis-majlis Agama Negeri, Majlis Fatwa Kebangsaan, malah Raja-raja Melayu sendiri sebagai Ketua Agama Negeri perlu segera mengambil tindakan bagi membincangkan fatwa Mufti Perak ini dan memberikan keputusan yang muktamad dalam isu ini," katanya lagi. -SH Teras gesa keluar fatwa Najib hadiri Thaipusam Ulasan GB Semata-mata kerana yang melakukan kesalahan itu ialah Perdana Menteri, sekalian ulama dan mufti serta anggota majlis Fatwa tiba-tiba menjadi tunggul kayu. Tidak berani membantah, tidak berani menegur malah tak berani bersuara. Inilah ulama yang disebutkan oleh Nabi sebagai ulama us'suq...ulama yang mencari nama dan kemewahan dengan melutut kepada pemerintah. Ulamak yang menjual agamanya demi habuan dunia yang sedikit! klik untuk baca |
[Video] Filem Biadab Barat Permainkan Kematian Osama Laden Posted: 11 Feb 2012 07:31 AM PST Kematian Osama bin Laden dipermainkan SALT LAKE CITY - Kematian pemimpin Al-Qaeda, Osama bin Laden telah dipermainkan sebuah syarikat penerbitan tidak bertanggungjawab di Utah selepas mereka menerbitkan filem zombi (mayat berjalan) menggunakan watak beliau. Filem berjudul Osambie: The Axis of Evil Dead itu memaparkan pertempuran antara Unit Angkatan Khas Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) dengan kumpulan militan zombi di kawasan gurun diketuai oleh Osama yang kononnya bangkit dari kematiannya. Pengarah eksekutif, Kynan Griffin berkata, skrip tersebut telah dihasilkan sebelum Osama dibunuh pada Mei lalu. Ia turut menggunakan tagline 'Bin Laden Will Die Again' (Osama akan mati sekali lagi) yang dianggap biadab dan dilihat bakal mencetuskan kemarahan orang Islam. Sementara itu, sebuah lagi filem kontroversi arahan Kathryn Bigelow yang berkisar mengenai operasi memburu Osama juga akan diterbitkan walaupun menerima kritikan banyak pihak kerana ia secara terang mendedahkan misi rahsia Agensi Penyiasatan Pusat (CIA). |
Pilihanraya Dipanggil Selepas SPRM "Bersihkan" Skandal NFC Posted: 11 Feb 2012 04:59 AM PST Panel SPRM bincang tiga kes profil tinggi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan membincangkan tiga kes berprofil tinggi, termasuk melibatkan National Feedlot Center dalam satu mesyuarat jawatankuasa penilaiannya pada 23 Februari. Satu kenyataan dikeluarkan suruhanjaya itu menyebut, perbincangan itu juga melibatkan siasatan ke atas dua orang ADUN PKR Selangor – Amirudin Shari dan Shuhaimi Shafiei – berhubung dakwaan penyelewengan dan sindiket kecurian pasir di negeri itu. Satu lagi kes yang akan dibincangkan melibatkan dakwaan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa bekas ketua pegawai eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan, Abdul Ariffahmi Ab Rahman. Siasatan lengkap ke atas kes berkenaan telahpun lengkap dan dikaji oleh Pejabat Peguam Negara dan akan dikemukakan kepada panel berkenaan. "Panel ini adalah satu mekanisme bebas yang telah dibentik oleh kerajaan bagi memastikan SPRM menjalankan tugas dengan bebas, telus without fear and favour," kenyataan itu dipetik. Terma rujukan untuk panel yang dipengerusikan bekas ketua audit negara Tan Sri Dr Hadenan Abdul Jalil itu antara lainnya menyatakan bahawa ia dibentuk untuk meneliti kes melibatkan suspek yang telah ditahan dan dilepaskan dengan jaminan melebih enam bulan oleh SPRM. Selain itu, panel itu juga akan menerima laporan daripada SPRM berhubung kertas siasatan yang tidak mendapat apa-apa keputusan selepas tempoh melebihi enam bulan. Panel itu juga dibentuk untuk menerima dan meneliti laporan daripada Suruhanjaya berhubung Kertas Siasatan yang mana tempoh siasatan melebihi tempoh 12 bulan. Laporan tahunan dan ulasan panel berkenaan berhubung perjalanan operasi siasatan SPRM akan diserahkan kepada perdana menteri Datuk Seri Najib Razak. -mk SPRM: Siasatan babitkan 2 Adun PKR selesai Ulasan GB Tiba-tiba kes pasir di Selangor dan kes Ariffahmi di Kelantan ditimbulkan semula dan disekalikan dengan kes NFC. Itu sebab mengapa sebelum ini GB menulis sewaktu mengulas mengapa isu pasir yang telah lama ditimbulkan semula. Petikan: Sekarang ini semacam wujud satu fenomena baru iaitu mewujudkan isu-isu lapuk untuk memburukkan imej kerajaan PR Selangor seperti siu pasir, isu gambar bogel Elizabeth Wong dan sebagainya menjelang PRU13 di dalam misi UMNO BN Tawan Selangor. Mengapa isu pasir dan Ariffahmi ditimbulkan? Kerana untuk memerangkap Pakatan Rakyat: jangan kecoh-kecohkan NFC, kami juga boleh buka semula kes pasir dan lain-lain. Hasilnya nanti ialah: NFC akan diisytiharkan bersih dari penyelewengan, sekali dengan isu pasir dan Ariffahmi! Hal yang sama pernah berlaku dimana dua kes ditutup serentak oleh SPRM dahulu untuk menyelamatkan Ketua Menteri Melaka dimana kes politik wang membabitkan Datuk Seri Mohd Ali Rustam disekaliguskan dengan 7 kes lain dan salah satunya ialah kes lembu korban yang membabitkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Walaupun nyata Ali Rustam bersalah dan Tan Sri Khalid tidak berslaah, tetapi ia disekaliguskan untuk pastikan rakyat tidak "menyoal" mengapa Ali Rustam dilepaskan. SPRM akan menjawab: kami juga lepaskan MB Selangor! Kes-kes lain yang ditutup termasuk siasatan terhadap timbalan menteri di jabatan perdana menteri, Datuk T Murugiah; kes bekas speaker DUN Perak, V Sivakumar; kes bekas timbalan ketua menteri Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin; kes dakwaan salahguna kuasa dan peruntukan ADUN Jawi Tan Beng Huat; kes ADUN Batu Tiga, Selangor Rodziah Ismail serta dua anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR yang didakwa cuba merasuah calon bebas DUN Penanti, Pulau Pinang Aminah Abdullah. Kesemuanya disekaliguskan untuk menyelamatkan profail-profail BN. Tetapi SPRM jawab: "Tengok, bukan saja pemimpin BN, tapi pemimpin PR pun dilepaskan sebab tiada kes!" Demikianlah yang bakal berlaku untuk kes NFC. Dan sebaik saja SPRM mengumumkan demikian nanti, maka pilihanraya pun dipanggil dengan harapan rakyat tidak lagi bersuara mengenai NFC. Nak bersuara tentang NFC, maka SPRM akan keluarkan sekali isu pasir dan Ariffahmi semula. Begitulah taktiknya, hasil baccan GB, dan sekalian orang yang mahu mengikuti kebenaran dan keadilan. SPRM bijak bukan? Tapi mereka terlupa bahawa Allah Maha Bijaksana! Allahumma... arinal haqqa haqqan... warzuqnat-tiba'ah wa arinal bathila bathilaan ... warzuqnaj tinabah... |
Tuduhan Hassan Ali, Pemuda PAS Buat Laporan Polis, Nasruddin Buat U-Turn [updated] Posted: 11 Feb 2012 02:23 AM PST Pemuda PAS lapor polis terhadap Hasan Ali Dewan Pemuda PAS Pusat hari ini membuat satu laporan polis terhadap Datuk Dr Hasan Mohd Ali ekoran kenyataan bekas exco Selangor itu yang didakwa boleh mencetuskan suasana tegang dan mengancam keselamatan negara. Ianya merujuk kepada kenyataan Hasan ketika berceramah pada 31 Januari lalu di Padang Awam Seksyen 2, Bandar Baru Bangi yang dilaporkan berkata bahawa apabila Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk kuasa Putrajaya, DAP akan menggabungkan Malaysia dengan Singapura untuk menubuhkan sebuah negara republik. Di samping itu, Hasan Ali yang dipecat keahlian dari PAS awal Januari lalu itu juga dilaporkan mendakwa bahawa DAP akan memansuhkan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan dan menghapuskan elemen-elemen Islam di negara kita. "Ucapan ini pada kita sangat bahaya dan boleh mengundang ketidakharmonian antara kaum. "Ia juga satu kenyataan berniat jahat yang cuba menghasut masyarakat membenci PAS serta parti komponen lain dalam Pakatan Rakyat," kata Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Dr. Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss. Beliau berkata demikian ketika dihubungi Harakahdaily selepas selesai membuat laporan polis itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pagi tadi. Turut serta dalam rombongan itu, exco Dewan Pemuda PAS Pusat termasuk Mohd Sany Hamzan dan Mohd Adram Musa. "Kalau ianya tidak benar, dia (Hasan Ali) kena nafikan lah, namun sehingga hari ini belum ada sebarang penafian dari beliau. "Jadi untuk permulaan kita serah kepada pihak berkuasa menyiasat perkara ini dan kita telah bersedia untuk mengambil tindakan lanjut selepas itu," kata Raja Ahmad. -HD Hasan Ali Perlu Buktikan DAP Mahukan Negara Republik Nasrudin: Saya tidak lagi dengan Hasan Ali |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan