Kelab Greenboc |
- Isu Kondo Mewah Skandal NFC: Tiada Pilihan Lain - Tubuhkan Suruhanjaya Diraja Segera!
- [Video] Kakitangan KFC Tendang Pelanggan
- Mengapa SPR Takut Dengan Pemerhati Asing Pantau Pilihanraya Malaysia?
- Hipokrisi UMNO BN Terdedah: Malaysia Ada Hubungan Dagang Dengan Israel
- Papagomo Disaman Lagi, Kali Ini Oleh Peguam Terkenal, Datuk Shukri Mohamed
- Husam Dedah Kisah Sebenar Rancangan Hassan Ali Selepas PRU 2008 [UPDATED]
- "Kita Bertemu Di Mahkamah" - Zuraida & Rafizi Kepada Shahrizat [updated]
Isu Kondo Mewah Skandal NFC: Tiada Pilihan Lain - Tubuhkan Suruhanjaya Diraja Segera! Posted: 09 Feb 2012 12:53 AM PST PKR Dedah Dua Lagi Kondo Mewah Milik Keluarga Shahrizat PETALING JAYA 8 FEB :Dua buah kondominium mewah dikenalpasti sebagai aset milik keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil di negara jiran, Singapura. Perkara ini didedahkan oleh Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dalam satu sidang media di ibupejabat parti itu hari ini. Jelasnya, aset yang berupa dua buah kondominium mewah itu terletak berhampiran sebuah restoran mewah, Brawn Steakhouse yang juga milik keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu di Marina Bay Suites, Singapura. "Pada 17 Januarai lalu, saya menerima satu maklumat bahawa keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil mendapat pembiayaan dari Maybank untuk membeli satu kondominium mewah di Singapura. "Berdasarkan maklumat itu, saya turut bekerjasama dengan rakyat Malaysia yang berada di Singapura termasuk menggunakan khidmat penyiasat persendirian untuk mengenalpasti unit-unit yang dibeli,"katanya. Kondominium mewah bernilai RM34,562,784 itu dimiliki oleh Suami Shahrizat, Datuk Salleh Ismail dan anak mereka, Wan Shahinur Irzan. Mengulas lanjut, Rafizi berkata pembelian dua kondominium mewah di Singapura itu menjadikan satu lagi bukti bagaimana dana RM250 juta telah digunakan bagi tujuan peribadi untuk mengumpul harta. Jelas Rafizi, kemudahan pembiayaan ini dipercayai diluluskan oleh bank-bank terbabit sebagai urusan timbal balik kerana NFC dan syarikat-syarikat berkaitan yang dimiliki oleh keluarga Shahrizat mempunyai deposit yang besar di bank-bank tersebut. "Deposit tersebut adalah sebahagian dari dana RM250 juta yang diluluskan bagi tujuan operasi Pusat Fidlot Kebangsaan yang gagal mencapai sasaran yang ditetapkan,"jelasnya. Isu NFC muncul apabila Laporan Ketua Audit Negara 2010 pada Oktober lepas menyatakan NFC gagal memenuhi matlamat penubuhannya. Seperti yang didedahkan PKR sebelum ini, pengurusan NFC menubuhkan beberapa syarikat di Singapura bagi menjalankan perniagaan peribadi milik keluarga Shahrizat. Malangnya, kesemua perniagaan tersebut dibiayai melalui pemindahan wang dari dana rakyat RM250 juta yang disalurkan untuk kegunaan NFC. PKR juga sebelum ini mengemukakann bukti sejumlah RM1.3 juta dana NFC dipindahkan kepada Meatworks (Singapore) Pte Ltd bagi tempoh tiga bulan antara Oktober hingga Disember 2010. "Saya percaya banyak lagi pemindahan wang seperti ini berlaku untuk membiayai perniagaan milik keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil di Singapura," katanya. -tvsnews Ulasan GB Banyak kali desakan untuk penubuhan Suruhanjaya Siasatan terhadap Skandal NFC ditubuhkan. Kerajaan seperti memekakkan teliga. Baguslah kalau begitu, lebih cepat dihambat keluar dari Putrajaya. GB pernah ulas sebegini: Singsing lengan depan orangramai...Sudah buang tabiatkah? Marah sehingga sanggup tunjukkan aurat di khalayak ramai! |
[Video] Kakitangan KFC Tendang Pelanggan Posted: 08 Feb 2012 11:30 PM PST Kuala Lumpur – Gara-gara tidak sabar menunggu ayam goreng yang dipesan, seorang pelanggan bukan sahaja ditumbuk malah turut ditendang oleh seorang kakitangan KFC dalam satu kes pergaduhan baru-baru ini. Kejadian tersebut yang didakwa berlaku di salah sebuah cawangan restoran makanan segera tersebut di Shah Alam itu sempat dirakam oleh orang ramai. Rakaman pergaduhan selama 28 minit itu kemudian dimuat turun ke laman perkongsian video, YouTube yang juga disiarkan di beberapa laman blog. Difahamkan pergaduhan itu berlaku ekoran pesanan yang dibuat oleh pelanggan tersebut tidak sampai setelah menunggu selama satu jam ekoran KFC cawangan tersebut didakwa telah kehabisan ayam. Pelanggan tersebut yang marah telah meminta pihak KFC untuk memohon maaf namun tidak diendahkan sebaliknya kakitangan restoran itu telah menjerit ke arah pelanggan: "Kalau mau makan, buat sendiri lah." Menerusi video tersebut, pertengkaran yang bermula dengan berbalas cakap itu akhirnya berakhir dengan tindakan seorang kakitangan KFC menumbuk dan menendang pelanggan tersebut sebelum dileraikan oleh rakannya. Sementara itu, KFC Holdings (Malaysia) Berhad memaklumkan bahawa pihaknya sedang melakukan siasatan berhubung kes pergaduhan itu yang didakwa berlaku awal Februari lalu. -kosmo |
Mengapa SPR Takut Dengan Pemerhati Asing Pantau Pilihanraya Malaysia? Posted: 08 Feb 2012 08:29 PM PST SPR ingatkan pembangkang tidak ghairah tarik pemerhati asing KOTA BHARU -- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengingatkan parti-parti pembangkang supaya tidak ghairah menarik pemerhati asing ke negara ini untuk memantau proses Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang. Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata pemerhati asing, yang mungkin mewakili badan bukan kerajaan (NGO) tertentu, tidak memahami undang-undang pilihan raya di negara ini. Katanya mereka juga tidak faham budaya berpolitik di Malaysia selain tidak memahami sensitiviti rakyat negara ini. "Dia (pemerhati asing) datang seminggu sebelum pilihan raya, kemudian buat andaian dan kesimpulan mengenai proses perjalanan pilihan raya di negara ini. Adilkah kepada rakyat Malaysia? Tentunya tidak!" katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Taklimat Persediaan PRU Ke-13 kepada pegawai polis dan pengurus serta penolong pengurus pilihan raya di Kelantan di sini, hari ini. Wan Ahmad berkata pemerhati dalam negara adalah lebih adil kerana mereka memahami undang-undang pilihan raya negara ini, memahami sensitiviti rakyat malahan mereka mempunyai kepentingan dalam pilihan raya kerana mereka adalah rakyat negara ini. "Janganlah kita ghairah hendakkan pemerhati asing, pemantau dalam negara oleh rakyat kita sendiri adalah lebih wajar. SPR akan kaji perkara tersebut yang mana (pemerhati dalam negara) kita nak lantik, sebelum pilihan raya bermula kita boleh putuskan," katanya. Beliau berkata sistem dan proses pilihan raya di Malaysia adalah sistem yang sesuai bagi negara ini kerana penambahbaikan dilakukan daripada satu pilihan raya ke satu pilihan raya. "Pemerhati asing ini, dia suka memantau pilihan raya di negara kita tambahan sekarang dengan aktiviti parti politik yang suka menarik perhatian negara luar, macam pemimpin pembangkang pergi ke luar negara bercakap sana-sini, tentunya menarik minat pemerhati asing untuk datang memantau pilihan raya di Malaysia," katanya. Wan Ahmad berkata berkata pasukan pemantau pilihan raya, yang diketuai pegawai SPR dan disertai pegawai polis, pegawai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan wakil calon, akan diwujudkan di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) seluruh negara kecuali di Sarawak mengikut Parlimen bagi memantau perjalanan PRU Ke-13 akan datang. Beliau turut mengingatkan rakyat yang mencapai umur 21 tahun supaya segera mendaftar sebagai pengundi bagi membolehkan mereka menunaikan tanggungjawab mengundi. -SH Ulasan GB Mengapa SPR takut dengan "pemerhati asing" jika benar pilihanraya di negara ini adil dan telus sepertimana yang didakwa? Pengerusi SPR sendiri pernah ke Bangkok kerana dipanggil untuk menjadi pemerhati antarabangsa bagi pilihan raya umum Thailand. Saya ingin bertanya kepada kepada SPR berapa kali SPR ada memanggil pemerhati antarabangsa untuk perjalanan pilihanraya umum atau kecil di negara kita? Jawap! Ya, kosong kali, kenapa? Sebab SPR tidak pernah mahu berlaku bersih di dalam pilihanraya. Malah pemerhati dalaman pun seperti MAFREL ditakuti SPR sehingga tidak diiktirafkan sebagai pemerhati. Apakah pihak berkuasa Thailand pernah menyatakan bahawa pemerhati asing seperti Tan Sri Abdul Aziz tidak tahu selok belok undang-undang di negaranya seperti kenyataan Wan Ahmad yang cuba memperbodohkan rakyat ini? Dengan sebab itulah, mengapa rakyat berpersepsi bahawa SPR adalah komponen BN dan ternyata apa juga alasan yang diberikan oleh SPR, alasan-alasan berkenaan kesemuanya in favour of the ruling party, BN. Ingat SPR, tanggungjawab SPR bukan sekadar kepada rakyat di negara ini tetapi kepada Allah. Dan pengerusi dan timbalan pengerusi boleh mengeluarkan hujjah-hujjah di depanNya nanti. Hukum Kebenaran dan Hukum Tuhan tetap berjalan. Yang bersalah akan tetap menerima balasanNya. |
Hipokrisi UMNO BN Terdedah: Malaysia Ada Hubungan Dagang Dengan Israel Posted: 08 Feb 2012 05:45 PM PST Syarikat Johor berdagang minyak sawit dengan Israel' Bercanggah dengan kempen Malaysia yang pro-Palestin, sebuah NGO mendakwa bahawa dua syarikat di Johor berdagang minyak sawit dengan rakan perniagaan mereka dari Israel. Menurut Ketua Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin (kiri), dua syarikat tersebut didakwa mengeksport minyak sawit ke Israel melalui Tanjung Pelepas dan Pasir Gudang. Minyak sawit itu dihantar ke sebuah pelabuhan terbesar di Israel, Ashdod, dakwa Badrul yang lebih dikenali sebagai Chegubard. Chegubard berkata dia mempunyai borang Kastam dan pengesahan tempahan membabitkan syarikat-syarikat pengeksport minyak sawit di Johor untuk menyokong dakwaannya itu. Beliau mendakwa, pihaknya juga mempunyai bukti bergambar bahawa pegawai kerajaan Israel telah datang ke Johor untuk memeriksa penghantaran minyak sawit sebelum dihantar kepada Israel. Sepatutnya, tegas Chegubard, ianya menyalahi undang-undang kerana negara tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel. -mk Ada bukti Syarikat Johor berdagang dengan Israel- Chegu Bard Ulasan GB Ternyata mereka yang membuat tuduhan kepada Anwar sebagai pro-Israel hanya bersandarkan kepada satu wawancara dengan Wall Street Journal, "lebih yahudi" apabila mereka yang membuat tuduhan itu sendiri selama ini bergelumang dengan Israel. Sungguh hipokrit. Sebelum ini telah didedahkan bahawa Menteri Besar Johor sanggup menggadai saham bumiputera JCorp sebuah syarikat bernama CVC Capital Partners, sebuah syarikat milik Yahudi. Media massa arus perdana sibuk dengan mengambil kenyataan Kedutaan Pal;estin terhadap kenyataan Anwar tersebut. Mengapa mereka tidak tanyakan kepada Duta tersebut tentang langkah kerajaan Malaysia yang selama ini mempunyai hubungan dagang secara jelas dengan Israel? Tembelang kini terdedah. Bahawa orang yang mengeluarkan kenyataan-kenyataan kononnya "penyokong Palaestin" adalah sebenarnya golongan hipokrit yang selama ini "berpelukan" dengan Yahudi. Hukum kebenaran tidak boleh dilawan. Kebenaran akan tetap menang. Kita berdoa lagi serupa dengan doa-doa dahulu, agar kebenaran akan didedahkan. 1) Allahumma arinal haqqa, haqqa, warzuqnattiba'ah, wa arinal bathila bathila, warzuqnajtinabah Ya Allah, tunjukkanlah yang haq itu sebagai haq, dan kurniakanlah kami kekuatan utk mengikutinya, dan tunjukkanlah yg batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya. 2) Rabbi adkhilni mudkhala sidqin wa akhrijni mukhraja sidqin waj'alli min ladunka sulthanan nashiran wa qul ja alhaqqu wa zawaqal bathilu innal bathila kana zahuqan Ya Allah, masukkanlah aku secara masuk yang benar dan keluarkanlah(pula) aku secara keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi-Mu kekuasaan yang menolong. Dan katakanlah yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap. klik untuk baca |
Papagomo Disaman Lagi, Kali Ini Oleh Peguam Terkenal, Datuk Shukri Mohamed Posted: 08 Feb 2012 03:50 PM PST Baru saja blogger pro-Umno papagomo menghadapi tuntutan saman sehingga RM10 juta kerana didakwa memfitnah ahli perniagaan Abdul Razak Mohd Noor, kini seorang peguam terkenal yang juga ahli politik, Datuk Sukri Mohamed memfailkan saman terhadap papagomo dengan jumlah RM10 JUTA JUGA di Mahkamah Tinggi di Kota Bharu semalam. Saman terbabit difail ekoran tulisan dalam blog Papagomo atau nama sebenarnya Wan Mohamad Azri Wan Deris dikatakan memfitnah secara terbuka peguam terbabit, lapor harakahdaily. Sukri diwakili peguam Hisham Fauzi memfailkan saman tersebut baru-baru ini. Dalam tuntutannya plaintif memohon defendan membuat permohonan maaf secara terbuka dengan menyiarkan permohonan maaf dalam blog defendan di alamat www.papagomo.com. Defendan juga perlu mengiklankan permohonan maaf tersebut dalam akhbar nasional harian berbahasa Melayu dan bayaran gantirugi sebanyak RM10 juta. Selain itu memohon gantirugi teladan, gantirugi melampau dan gantirugi punitif. Plaintif juga merupakan ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri dan ahli Majlis Perajaan Negeri Kelantan. Defendan tinggal di Villa Apartment, Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur dan merupakan pemilik dan penulis ruangan blog; http://www.papagomo.com. Dalam blog terbabit defendan menyiarkan tulisan bertajuk "ratusan ribu wang rakyat lesap disamun penasihat Sultan Kelantan" pada 4 Mei 2011. Artikel tersebut disifatkan plaintif secara jelas menyebut berita yang tidak benar dan tidak berasas. Bagaimanapun mahkamah masih belum menetapkan tarikh bagi sebutan kes berkenaan. Sementara itu dalam perkembangan lain Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 6 Mac hadapan bagi mendengar kes sebutan sementara perbicaraan kes tiga penduduk Orang Asli menyaman kerajaan negeri. Sebelum ini tiga penduduk terbabit iaitu Rosli Along, Angah Along dan Hassan a/l Alang dari Pos Belatim, Gua Musang memfailkan saman terhadap kerajaan negeri. Mereka menuntut supaya kerajaan negeri membatal kelulusan tanah di mukim hulu Nenggiri bagi pembangunan ladang. Tanah tersebut dilulus kerajaan negeri untuk pembangunan ladang yang dikendalikan Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat. Kerajaan negeri diwakili peguam Zainal Abidin Mustafa dan dua lagi peguam, manakala ketiga-tiga plaintif diwakili Adrew mewakili Tetuan Lee Hishamudin. Prosiding tersebut dikendalikan di hadapan Hakim Azman Abdullah. Pada afidavit sebelumnya plaintif menyifatkan pemberian hak milik tanah di Pos Belatim sebagai menyalahi undang-undang. Mereka menganggap sebagai pemegang hak milik adat Orang Asli atau hak milik adat komunal Orang Asli terhadap tanah di Pos Belatim. Zainal Abidin bagaimanapun berkata, kerajaan negeri memohon untuk membatalkan saman tersebut kerana tanah berkenaan sebagai milik kerajaan dan tidak pernah diberi kepada sesiapa sebelum ini.-HD Ulasan GB GB sudah ulas lama dulu di: Satu Hari Papagomo Tetap Kena Walaupun Polis & SKMM Tak Jalankan Kerja. Kini apa yang GB utarakan menghamipiri menjadi kenyataan. Kebal macamana pun papagomo yang dili9dungi oleh polis, dengan hukum kebenaran dan hukum Tuhan, papagomo pasti hancur binasa! Petikan: GB perhatikan sudah ada laporan polis / SKMM sebelum ini terhadap papagomo tentang banyak isu, salah satunya mengenai video seks. |
Husam Dedah Kisah Sebenar Rancangan Hassan Ali Selepas PRU 2008 [UPDATED] Posted: 08 Feb 2012 07:30 AM PST Hasan diminta telus sebab jumpa Umno pada 2008 Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa menggesa bekas pemimpin parti itu, Datuk Dr Hasan Ali untuk membersihkan dirinya daripada dakwaan bercita-cita untuk menjadi menteri besar Selangor. Hasan yang juga bekas pesuruhjaya PAS Selangor dan bekas exco kerajaan negeri itu, dipecat daripada parti itu baru-baru ini kerana menimbulkan masalah kepada parti. Husam berkata Hasan harus telus mengenai peranannya dan sebab-sebab beliau bertemu dengan pemimpin Umno sejurus selepas pilihan raya umum 2008, dan bukan sebaliknya mencaci PAS dalam program jelajahnya. Beliau mendedahkan bahawa Hasan telah menemui pemimpin Umno di Selangor pada 10 Mac - dua hari selepas Pakatan Rakyat memenangi lima negeri dalam pilihan raya umum tersebut, dalam percubaan untuk membentuk kerajaan perpaduan antara PAS dan Umno. "Tetapi pemimpin PAS telah menolak terus idea tersebut, maka beliau tidak berjaya dalam percubaannya untuk menjalin hubungan antara parti kita dan Umno," kata Husam ketika ditemui di Pulau Pinang. Husam, yang juga ADUN Salor berkata, beliau berada di Kedah pada 9 Mac 2008 untuk membantu Kedah Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menubuhkan kerajaan negeri yang baru. Pada 10 Mac beliau berada di Perak, untuk membantu menubuhkan "kerajaan rakyat" sebelum negeri itu dirampas oleh BN pada bulan April, selepas tiga ADUN meninggalkan Pakatan. "Saya telah dimaklumkan mengenai rancangan Hasan kerana pada hari yang sama, beliau telah mengatur mesyuarat dengan (pemimpin) Umno dan topik perbincangan ialah untuk menggabungkan PAS dan Umno. "Jika rancangan itu berjaya, Hasan sepatutnya menjadi menteri besar Selangor. "Tetapi kerana prinsip dan komitmen kami kepada Pakatan Rakyat, maka pemimpin PAS menolak cadangan tersebut," tegas Husam yang juga exco kerajaan negeri Kelantan. Hasan, ADUN Gombak Setia, telah menafikan pernah mahu menyertai Umno, dan menegaskan beliau disingkir daripada PAS kerana pendirian tegasnya mempertahankan Islam dan kempen menentang kes murtad yang "berleluasa" di kalangan umat Islam. Tetapi, tegas Husam lagi, Hasan masih bercita-cita untuk menjadi MB, dan ini, tambah naib presiden PAS itu, terbukti melalui kecaman berterusan (Hasan) terhadap pentadbiran Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim. -mk APA KATA KHALID SAMAD MENGENAI HASSAN ALI kah kah "mamat ni nak bertanding semula di Gombak Setia" |
"Kita Bertemu Di Mahkamah" - Zuraida & Rafizi Kepada Shahrizat [updated] Posted: 08 Feb 2012 03:37 AM PST NFC: Bersemuka di mahkamah medan terbaik PETALING JAYA, 8 Feb: Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin hari ini menjelaskan pihaknya bersedia untuk berhadapan dengan Menteri Pembangunan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil di mahkamah berhubung skandal National Feedlot Corporation (NFC). Jelasnya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, pertembungan di mahkamah merupakan satu medan terbaik untuk beliau membuat lebih banyak pendedahan berhubung skandal NFC. "Kami mengesahkan bahawa kertas saman yang dikemukakan oleh Ketua Wanita Umno terhadap kami telah pun diterima. "Kami yakin saman tersebut tidak ada asas dan bersedia untuk bertemu di mahkamah pada bila-bila masa," jelasnya. Tambahnya lagi, kesempatan bersemuka di mahkamah dengan Shahrizat dan NFC itu akan digunakan sepenuhnya untuk mendapatkan maklumat terperinci mengenai penyelewengan NFC termasuk dokumen-dokumen rasmi yang boleh membantu memberikan gambaran sebenar bentuk urusan dan penyelewengan. "Kami bersedia untuk memanggil saksi-saksi penting yang bertanggungjawab membuat keputusan bersabit NFC di semua peringkat kerajaan dan pihak-pihak lain bagi membantu merungkai skandal besar negara ini. "Kami mengalu-alukan saman yang dikemukakan oleh Shahrizat ini kerana ia memberi peluang untuk mendapatkan maklumat-maklumat penting yang kini tersembunyi dari pengetahuan rakyat," sambungnya. Ahli Parlimen Ampang itu turut memberitahu bahawa barisan peguam yang akan mengendalikan kes saman tersebut terdiri daripada Ranjit Singh, Sivarasa Rasiah, N.Surendran dan Gopal Sreenevasan. Selain beliau, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli juga turut disaman oleh Ketua Wanita Umno itu berhubung dakwaan fitnah mengenai skandal NFC. Shahrizat pada 19 Januari lepas telah memfailkan saman fitnah sebanyak RM100 juta kerana mendakwa beliau terlibat dalam penyelewengan dana kerajaan untuk projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC). -HD Zuraida, Rafizi lantik kumpulan peguam hadapi Shahrizat |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan