Khamis, 9 Februari 2012

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Papagomo Disaman Lagi..

Posted: 08 Feb 2012 10:29 PM PST

Pegawai khas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, Zairil Khir Johari hari ini membuat laporan rasmi kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terhadap laman web rasmi Umno, Umno Online dan blog pro-Umno Pisau.net dan Papa Gomo.

Laporan ini dibuat ekoran serangan berterusan laman web dan blog tersebut terhadap anak lelaki Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang difitnah sebagai pencabul kehormatan seorang pelajar perempuan.

"Saya telah diarahkan untuk membuat aduan kepada SKMM atas perkara ini kerana penerbitan dan penyiaran artikel-artikel palsu dan fitnah oleh Pisau.net, Umno-Online dan juga Papa Gomo merupakan suatu kesalahan di bawah, antara lainnya, Seksyen 211 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.


Beliau turut menjelaskan contoh artikel yang berunsur fitnah dan sindiran tersebut.

"Sebagai contoh terbaru, saya memetik daripada artikel Papa Gomo pada 7 Februari 2012 yang bertajuk "Lim Guan Eng Nenen Memang SIAL – Ibrahim Ali", di mana Papa Gomo telah membuat sindiran berikut:

"Psssttt.. Guan Eng Kaki Nenen, patut anak pun suka Raba Tetek… Memang SIAL".

Motif jelik dan keji

"Adalah jelas di sini bahawa laman-laman web seperti Papa Gomo mempunyai motif jelik dan keji serta sanggup melakukan apa-apa termasuk memainkan sindiran yang bukan sahaja memfitnahkan Ketua Menteri tetapi juga memangsakan seorang kanak-kanak dalam usia persekolahan yang tidak bersalah," kata Zairil di dalam satu kenyataan media.

Pada bulan Oktober tahun lepas, terdapat desas desus bahawa anak Guan Eng telah ditukarkan sekolah gara-gara mencabul kehormatan seorang pelajar perempuan di sekolah lamanya.

Laman-laman web tersebut, termasuk laman web rasmi Umno iaitu Umno-Online, telah mendakwa bahawa Ketua Menteri telah membayar RM200,000 kepada pelajar perempuan tersebut sebagai sogokan untuk berdiam.

Bagaimanapun, tuduhan tersebut telah disangkal oleh 'pelajar perempuan' tersebut yang dikenal pasti sebagai jaguh catur Hong Kong yang kini berada di Britain.

"Anya Corke, telah menegaskan bahawa beliau tidak pernah sesekali pun bertemu dengan Ketua Menteri atau anaknya," jelas Zairil.

Ini diikuti oleh pengesahan Pengarah Pelajaran Pulau Pinang, Ahmad Tarmizi Kamaruddin bahawa tidak ada sebarang bukti untuk mengaitkan anak Ketua Menteri dengan apa-apa kejadian sedemikian.

Pengetua SMJK Heng Ee, iaitu sekolah lama anak Ketua Menteri, juga telah menafikan kejadian itu.

Meskipun demikian laman web dan blog yang dinyatakan di atas tetap meneruskan serangan dengan memaparkan laporan berunsur fitnah dan palsu di laman mereka.


Kenyataan Noh Omar jadi titik penting isu NFC

Posted: 08 Feb 2012 08:00 PM PST

Pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, kenyataan Menteri Pertanian, Datuk Seri Noh Omar yang mempertahankan National Feedlot Corporation di Parlimen menjadi titik penting dalam isu berkenaan.

Selepas kenyataan itulah, beliau menerima satu salinan buku tunai berhubung projek fidlot tersebut melalui e-mel, kata Rafizi dalam satu wawancara dengan Malaysiakini minggu lalu.

Katanya, serangan PKR sebelum itu hanyalah berhubung
pengunegarahan projek kepada anggota keluarga menteri, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, yang tidak mempunyai pengalaman dalam bidang ternakan lembu.


Isu utama yang ditonjolkan PKR sebelum itu juga melibatkan prestasi projek berkenaan yang menurutnya tidak mencapai sasaran.

"Jika Noh Omar (kiri) tidak pergi ke Parlimen dan kata 8,000 lebih
lembu itu satu kejayaan nasional, (isu itu) mungkin mati di situ saja," katanya.

Selepas kenyataan Noh Omar pada awal November itu, Rafizi berkata kemudiannya menerima salinan penyata yang menyenaraikan bayaran tunai itu daripada seorang yang tidak dikenalinya.

"NFC berkeras untuk mengetahui siapakah pemberi maklumat itu kerana mereka tidak mahu pendedahan lanjut.

"Tapi daripada cara email itu ditulis, (saya tahu pemberi maklumat itu) bukanlah kartel (daging) atau pekerja yang tidak puas hati," katanya yang tidak mengenali individu berkenaan.

Sebaik sahaja beliau menerima buku tunai itu, Rafizi berkata, beliau kemudiannya menyemak senarai berkenaan untuk mengesan pembayaran yang diragui.

"Bayaran untuk kondominium, dan juga kepada pemaju hartanah mewah tidak... masuk akal dengan syarikat seperti itu," katanya.

Selepas itulah PKR mengetahui mengenai pembelian hartanah, termasuk kondominium mewah di Bangsar, Kuala Lumpur.

"Kita sudah tahu perkara ini apabila kita mendapat buku tunai itu tetapi kita turun (untuk periksa). Saya rasa kami ambil masa
dua hingga tiga minggu sebelum sidang akhbar pertama untuk mendedahkannya."

Katanya, 50 peratus daripada usaha itu merupakan kerja-kerja yang dijalankan untuk mengesahkan pembelian tersebut, termasuk melawat sendiri hartanah tersebut dan juga membuat semakan melalui sumber awam.

"Jadi 15-20 peratus lagi itu sebenarnya mengikut naluri dan risiko yang kami ambil... kerana jika anda mahu dapatkan dokumen lengkap, saya tidak fikir anda akan dapat apa-apa," katanya.

http://malaysiakini.com/news/188601


Tak Takut Tuhan Ke Jamil Khir??

Posted: 08 Feb 2012 06:49 PM PST

Jamil Khir kemana perginya wang RM800,000 milik Yayasan Taqwa

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom sekali lagi didakwa menyalahgunakan wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), kali ini membabitkan pengeluaran dana zakat bagi kempen politik di Jerai.

Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Kamaruzzaman Mohamad berkata, Jamil Khir menggunakan dana Yayasan Taqwa dengan memberi bantuan kepada penduduk Jerai serta menerbitkan buku politik 'PAS Bukan Parti Islam'.

Yayasan Taqwa merupakan syarikat berdaftar dibawah MAIWP yang ditubuhkan sejak 1990 dan berfungsi mengagihkan bantuan zakat kepada golongan yang memerlukan dan Pengerusinya adalah Jamil Khir sendiri.


Dalam masa yang sama, Kamaruzzaman turut mempersoalkan mengenai ketelusan fungsi Yayasan Taqwa apabila sejumlah RM800,000 perbelanjaan agensi itu 'ghaib' dan tidak dinyatakan dalam Laporan Kewangan Tahunan 2010.

"Berdasarkan Laporan Tahun 2010, pendapatan Yayasan Taqwa berjumlah RM7.78 juta dan perbelanjaan yang direkodkan adalah RM6.98 juta, manakala baki RM800,000 tidak direkodkan dalam laporan tahunan berkenaan, jadi ke mana wang tersebut disalurkan," soalnya dalam sidang media di ibu pejabat PAS di sini hari ini.

Perbelanjaan terlalu tinggi

Kamaruzzaman yang juga Pengarah Badan Bertindak Zakat Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) turut mempertikaikan mengenai perbelanjaan pengurusan yayasan berkenaan yang terlalu tinggi sehingga mencecah sehingga RM2 juta, iaitu 36 peratus daripada keseluruhan jumlah perolehan kutipan wang zakat. Sedangkan Yayasan Taqwa hanya mempunyai 17 kakitangan dan seorang Pengurus Besar sahaja.

Manakala hanya 64 peratus sahaja jumlah wang zakat diagihkan dan tidak digunakan sepenuhnya untuk diberikan kepada golongan yang memerlukan bantuan, dakwa Kamaruzzaman.

Sehubungan itu, beliau menggesa satu badan bebas dilantik bagi mengaudit perjalanan kewangan Yayasan Taqwa secara menyeluruh kerana laporan sedia ada tidak menyatakan dengan terperinci setiap pergerakan keluar masuk wang zakat yang diuruskan yayasan berkenaan.

Beliau berkata pihaknya juga tidak akan teragak-agak untuk membuat laporan polis dan juga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menyiasat aliran kewangan Yayasan Taqwa sekiranya Jamil Khir masih berdiam diri dan tidak menjelaskan perkara sebenar dalam masa terdekat.

-freemalaysiatoday-


Samanlah Papagomo Berapa Kalipun.. Papagomo Amat Kebal..

Posted: 08 Feb 2012 06:25 AM PST

KOTA BHARU, 8 Feb: Seorang peguam terkenal yang juga ahli politik, Datuk Sukri Mohamed memfailkan saman terhadap blogger pro-Umno, Papagomo di Mahkamah Tinggi di sini.

Saman terbabit difail ekoran tulisan dalam blog Papagomo atau nama sebenarnya Wan Mohamad Azri Wan Deris dikatakan memfitnah secara terbuka peguam terbabit.

Sukri diwakili peguam Hisham Fauzi memfailkan saman tersebut baru-baru ini.

Dalam tuntutannya plaintif memohon defendan membuat permohonan maaf secara terbuka dengan menyiarkan permohonan maaf dalam blog defendan di alamat www.papagomo.com.


Defendan juga perlu mengiklankan permohonan maaf tersebut dalam akhbar nasional harian berbahasa Melayu dan bayaran gantirugi sebanyak RM10 juta.

Selain itu memohon gantirugi teladan, gantirugi melampau dan gantirugi punitif.

Plaintif juga merupakan ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri dan ahli Majlis Perajaan Negeri Kelantan.

Defendan tinggal di Villa Apartment, Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur dan merupakan pemilik dan penulis ruangan blog; http://www.papagomo.com.

Dalam blog terbabit defendan menyiarkan tulisan bertajuk "ratusan ribu wang rakyat lesap disamun penasihat Sultan Kelantan" pada 4 Mei 2011.

Artikel tersebut disifatkan plaintif secara jelas menyebut berita yang tidak benar dan tidak berasas.

Bagaimanapun mahkamah masih belum menetapkan tarikh bagi sebutan kes berkenaan.

Sementara itu dalam perkembangan lain Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 6 Mac hadapan bagi mendengar kes sebutan sementara perbicaraan kes tiga penduduk Orang Asli menyaman kerajaan negeri.

Sebelum ini tiga penduduk terbabit iaitu Rosli Along, Angah Along dan Hassan a/l Alang dari Pos Belatim, Gua Musang memfailkan saman terhadap kerajaan negeri.

Mereka menuntut supaya kerajaan negeri membatal kelulusan tanah di mukim hulu Nenggiri bagi pembangunan ladang.

Tanah tersebut dilulus kerajaan negeri untuk pembangunan ladang yang dikendalikan Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat.

Kerajaan negeri diwakili peguam Zainal Abidin Mustafa dan dua lagi peguam, manakala ketiga-tiga plaintif diwakili Adrew mewakili Tetuan Lee Hishamudin. Prosiding tersebut dikendalikan di hadapan Hakim Azman Abdullah.

Pada afidavit sebelumnya plaintif menyifatkan pemberian hak milik tanah di Pos Belatim sebagai menyalahi undang-undang.

Mereka menganggap sebagai pemegang hak milik adat Orang Asli atau hak milik adat komunal Orang Asli terhadap tanah di Pos Belatim.

Zainal Abidin bagaimanapun berkata, kerajaan negeri memohon untuk membatalkan saman tersebut kerana tanah berkenaan sebagai milik kerajaan dan tidak pernah diberi kepada sesiapa sebelum ini.


Simpanan Tunai Selangor RM1.9 Billion.. Umno Selangor Makin Meroyan..

Posted: 08 Feb 2012 04:15 AM PST

Simpanan tunai kerajaan negeri Selangor terus mencatatkan peningkatan sepanjang tahun 2011 dengan jumlah simpanan sebanyak RM1.9 billion - meningkat lebih 26 peratus, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Katanya, jumlah simpanan tunai di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat jauh lebih tinggi berbanding di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) yang hanya merekodkan kurang RM500 juta sebelum 2008.

"Saya telah dimaklumkan perbendaharaan negeri bahawa jumlah rezab kita meningkat lebih 26 peratus kepada RM1.9 bilion berbanding sebelum 2008 iaitu kurang RM500 juta," katanya dalam satu sidang akhbar selepas mempengerusikan Masjlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) hari ini.


Menteri Besar berkata, laporan kewangan kerajaan negeri 2011 itu akan dihantar kepada Jabatan Audit Negara untuk diaudit.

Dalam perkembangan lain, Tan Sri Abdul Khalid berkata, kira-kira 600 penduduk setinggan di Sungai Sering, Hulu Klang, akan menerima Sijil Layak Menduduki (CF) bagi unit rumah kos rendah Jumaat ini.

Menurutnya, CF tersebut telah dikeluarkan pada 31 Januari lalu, sekaligus menamatkan penantian hampir sembilan tahun peneroka bandar itu yang telah dipindahkan dari 11 penempatan setinggan di Mukim Klang di bawah program penempatan semula setinggan.

Projek rumah kos rendah Taman Ukay Indah, Sungai Sering dimulakan pada Jun 2003 dan sepatutnya siap April 2006 tetapi terbengkalai kerana syarikat pemaju berdepan masalah kewangan dan teknikal.

Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) telah membelanjakan lebih RM16 juta sejak 2006 sehingga 2012 untuk membayar sewa rumah penduduk yang gagal dipindahkan ke penempatan sementara.


Betina Nie Rupa Cantik Tapi Perangai Macam Haram Jadah..

Posted: 08 Feb 2012 01:45 AM PST

Dengan berwatakan pemakaian islam,, tetapi sanggup membuat fitnah jahat yang melampau kepada ADUN Pasir panjang IR Haji Nizar Jamaludin dalam nak mempertahankan perbuatan Zambry a/l Kadiaq..

Baca cerita di sini

Proton Rugi RM3.4 Billion Kerana Pengurusan Yang Lemah

Posted: 08 Feb 2012 01:36 AM PST

Semalam akhbar New Straits Times melaporkan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah berkata bahawa Proton Holdings telah kehilangan sejumlah besar simpanan tunainya dari nilai RM4 Bilion ke jumlah yang begitu rendah sebanyak RM600 juta untuk menampung kerugian syarikat.

Menurut Dr Mahathir, pembuat kereta nasional, Proton telah mengumpul RM4 Bilion sepanjang tempoh khidmat Tengku Tan Sri Mahaleel Ariff sebagai CEO, tetapi jumlah tersebut telah menyusut ke paras RM600 juta sewaktu perkhidmatan penggantinya Datuk Mohammed Azlan Hashim.

Dr Mahathir juga menambah bahawa kerugian yang dialami juga disebabkan oleh penjualan MV Augusta kepada sebuah syarikat yang tidak dikenali bernama Gevi SpA pada tahun 2006 dengan harga 1 Euro, sungguhpun Proton telah membelanjakan lebih RM300juta untuk pegangan sebanyak 57%.


Berikutan penjualan MV Augusta oleh Proton, BMW telah membayar 93 juta Euro atau RM446 juta pada waktu yang sama untuk pegangan satu pertiga dari MV Augusta. Harley Davidson pula membeli baki pegangan MV Augusta untuk USD109 juta atau RM 360 juta pada waktu itu.

Dalam kata lain, syarikat yang dijual oleh Proton pada harga 1 Euro atau RM4.80, telah dijual semula kepada BMW dan Harley Davidson pada harga berjumlah RM800 juta.

Seperti yang dikatakan oleh Dr Mahathir, kejatuhan Proton adalah disebabkan pengurusan yang lemah.

Oleh yang demikian DAP menyeru supaya satu Suruhanjaya Siasatan DiRaja dibentuk untuk menyiasat salah-urus Proton dan kerugian berbilion ringgit yang dialami sepanjang waktu ini, terutamanya kerugian berjumlah RM3.4 bilion dalam bentuk simpanan tunai.

Ini adalah satu perkara serius, memandangkan Proton adalah pembuat kereta nasional.

Siasatan haruslah menentukan sama ada kerajaan boleh mengurangkan kerugian dengan menggulung syarikat Proton secepat mungkin, atau mengambil risiko kerugian yang lebih besar seperti yang terjadi dalam perjanjian MV Augusta.

Ini adalah satu keputusan yang sangat penting yang mesti dikaji dalam siasatan tersebut kerana rakyat Malaysia pastinya tidak mahu Proton terus kerugian.

Siasatan juga mesti melihat sama ada Khazanah Nasional, badan pelaburan kerajaan Malaysia, mendapat harga yang baik apabila ia menjual pegangan 42.7% dalam Proton kepada DRB-Hicom Bhd. Khazanah telah menjual pegangannya pada harga RM1.3 bilion atau RM5.50 satu saham, iaitu separuh daripada nilai 'book value' Proton iaitu RM9.81 satu saham dan juga nilai asal yang dibayarnya iairu RM8 satu saham. Sekali lagi, ini adalah satu contoh pengendalian buruk kerajaan yang mengakibatkan kerugian kepada pembayar cukai.

Salah seorang individu yang bertanggungjawab membina simpanan tunai Proton sehingga berjumlah RM4 Bilion ialah Tengku Tan Sri Mahaleel Ariff. Oleh yang demikian, kami mencadangkan supaya Tengku Tan Sri Mahaleel Ariff menjadi salah seorang ahli panel siasatan memandangkan beliau lebih memahami isu tersebut.

Siasatan itu akhirnya mestilah mencadangkan langkah-langkah yang perlu diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab untuk kerugian yang begitu besar, dan langkah-langkah untuk membendung kerugian pada masa akan datang, terutamanya apabila membabitkan dana awam.

LIM GUAN ENG

*Kenyataan Akhbar Setiausaha Agung DAP dan Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng pada 8.2.2012*



Tiada ulasan: