™ kaasii peecaahhh laaa...® |
Serangan oleh Samseng UMNO di Dewan Kg Idaman Posted: 12 Feb 2012 06:41 AM PST - Dimaklumkan dewan lokasi program telah ditawan, digeledah dan dijarah oleh samseng UMNO/BN sebaik sahaja selesai solat Maghrib di Masjid Tok Dagang. Kg Jawa. - Makluman daripada penduduk tempatan; samseng UMNO/BN diketuai oleh anak arwah Dato Z yang dikenali sebagai "BOY". - Samseng UMNO/BN menghalau orang ramai yang hadir untuk mendengar ceramah. Mereka memenuhi setiap ruang dalam dan luar dewan selain berkawal dan mengugut orang ramai di semua jalan masuk menuju ke dewan. - Kerusi bukan setakat diterbalikkan, malah dipatahkan dan dihancurkan. - Mereka hanya mahukan Adam Adli. - Ceramah kemudiannya dialihkan ke padang berhampiran dan samseng UMNO/BN berkawal di kawasan padang tersebut sebaik sahaja mengetahui perubahan lokasi program. Kereta yang dinaiki oleh Tuan Speaker dihalau keluar daripada kawasan padang oleh samseng UMNO/BN. - Dalam masa yang sama, kereta yang dinaiki Farel Dedek Samm dan rakannya sedang ditahan di kawasan berhampiran dewan oleh samseng UMNO/BN sebelum mereka berjaya melepaskan diri. - Khalid Mohd Ismath, Xsan Ekhsan dan beberapa orang tempatan telah ke Balai Polis Pandamaran untuk membuat laporan polis terhadap gangguan melampau yang sangat tidak bertamadun oleh samseng UMNO/BN. - Samseng UMNO/BN memenuhi ruang di luar pagar Balai Polis Pandamaran. Malah, mereka membentuk laluan sehingga ke hadapan pintu Balai Polis Pandamaran. Polis hanya buat buat bodoh. - Adam Adli dihina dan dikeji ketika sampai di Balai Polis Pandamaran oleh samseng UMNO/BN dengan gelaran "budak jambu", "gayboy" dan sebagainya. - Kereta yang dinaiki oleh Adam Adli dan Tuan Speaker diludah, dibaling batu dan ditendang ketika mahu beredar ke IPD Klang oleh samseng samseng UMNO/BN. Berlaku percubaan untuk "mengangkut" Adam Adli but gagal kerana pemandu kereta memecut kereta. - Kegagalan mendapatkan Adam Adli membuatkan kenderaan yang dinaiki oleh Khalid, Ehsan dan sahabat yang lain diserang dahsyat sehingga memaksa pihak polis mengiringi mereka ke IPD Klang. Kekuatan polis pengiring yang digunakan adalah 2 buah kereta peronda dan 3 buah motorsikal polis trafik. Dah macam menteri dah jadinya. - Samseng UMNO/BN mengejar konvoi tersebut sehingga ke hadapan IPD Klang dan mereka terus berkampung di sana sehingga sahabat sahabat selesai urusan di IPD Klang sekitar jam 2.30 pagi. - Samseng UMNO/BN menunjukkan banyak isyarat lucah ke arah kereta yang dinaiki oleh Adam Adli sehingga memaksa pemandu memilih untuk keluar daripada laluan asal apabila arahan "Dr, selamatkan Adam Adli dan mahasiswa yang lain. Abaikan politician yang masih mahu bermegah megah dan mahu menjadi hero dan deal direct dengan orang tempatan yang mempunyai hubungan kukuh dengan grassroot". - Gambar tak dapat nak ambil sebab setiap yang berkamera jika bukan orang mereka, pasti akan diugut dan nyaris dibelasah. - Terima kasih kepada orang tempatan yang banyak membantu. Pandangan Tuan Speaker : - - Perancangan perlu teliti dan nawaitu perlu betul. Tujuan kita adalah untuk menyampaikan maklumat dan bukannya menjuarai isu. Provokasi adakalanya perlu tetapi jangan sampai orang menyampah. Belajarlah untuk mendengar supaya ego yang bersarang di dalam kita dapat dikalahkan. - Bukan soal berani atau takut tetapi soal bijak atau tidak. Strategi adalah perlu supaya budaya sembrono dapat diatasi. Bersemangat tinggi bukan bererti perlu marah marah atau keras kepala. Rasionallah dalam bertindak supaya kita tidak dilihat sebagai budak nakal. - Prinsip kita lain walaupun tujuan kita adalah sama. Jangan korbankan rakan rakan untuk "keagungan prinsip" yang kita imani. Moral of the incident : Belajarlah untuk mendengar. TUAN SPEAKER (Dr Ahmad) SAMM Wilayah sumber dari blog edyes |
You are subscribed to email updates from ™ kaasii peecaahhh laaa...® To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan