Selasa, 28 Februari 2012

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


[Video-PANAS] Ulasan Che Det Bahawa Hudud CIPTAAN Ahli Fekah, TIADA dalam Al-Quran, TIDAK Adil...Apa Lagi? Saksikan Video dan Baca Transkripnya

Posted: 28 Feb 2012 05:10 AM PST


Berdasarkan keterangan klip video, Tun Dr. Mahathir mengulas tentang pelaksanaan hukum hudud yang ditanyakan oleh seorang peserta Konvensyen Kebangsaan Politik dan Patriotisme (K2P) di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) pada 26 Februari 2012 yang lalu.

Selain paparan video di bawah ini, saya juga menyalin semula transkrip ulasan beliau untuk bacaan pengunjung DCM.

"Kita harus tahu apa dia hukum ini. Yang pertama hukum hudud ini dibentuk oleh ahli fekah. Ia tidak terdapat dalam al Quran.  Dalam Quran ada hukum-hukum yang tidak begitu keras seperti hukum hudud ciptaan ahli-ahli fekah. Sebab itu, apabila kita nak laksana sesuatu kita perlu rujuk kepada al Quran kerana itu lah punca kepada asas kepada agama kita. 

Kalau kita baca al Quran dalam bahasa yang kita faham, kalau kita baca dalam bahasa arab mungkin kita tidak faham, walaupun bunyinya sedap  tapi kita tak faham, dalam bahasa kita sendiri kalau kita rajin baca dalam Quran, terdapat sekurang-kurangnya 43 ayat yang menegaskan apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil. Dalam Islam, yang lebih utama ialah bukan hukuman itu, bukan saksi yang empat itu. tapi hukuman yang adil. 

Kita hidup dalam masyarakat yang berbilang agama, ada pendapat yang disuarakan oleh pihak yang mahu melaksanakan hukum hudud di Malaysia. mereka berkata bahawa hukum hudud ini akan dikenakan kepada orang Islam sahaja. Orang bukan Islam tidak dikenakan hukum hudud. Apa akan terjadi apabila seorang orang Islam dan seorang bukan Islam melakukan satu jenayah, mencuri umpamanya. apabila kita hukum mereka, yang Islam kita potong tangan, yang bukan Islam kita masuk dalam jail selama dua bulan. Kalau kita tanya kepada diri kita apakah ini adil? Adilkah orang Islam putus tangan, orang bukan Islam masuk jail dua bulan lepas tu keluar bebas. Adilkah? Kalau jawapannya tidak adil, dia bukan Islam. Dalam Islam hukuman mesti adil. 

Kalau kita dapati kes rogol umpamanya. Sebenarnya dalam surah an Nisa tak ada hukuman yang disebutkan apa yang dipanggil hukum hudud. Apabila seorang wanita dirogol, dia kenal betul-betul siapa yang merogolnya, tetapi dia tidak dapat menyediakan empat orang saksi yang bebas daripada dosa besar untuk memberitahu kepada mahkamah bahawa dia dirogol oleh si polan si polan. Oleh kerana dia tidak mempunyai empat orang saksi, apabila dia membuat tuduhan maka tuduhan ini dianggap sebagai ciptaannya sendiri dan untuk ini dia akan didera dengan dihukum sebat sebanyak 80 kali

Kemudian kalau dia hamil, dan melahirkan anak, maka dia akan dituduh pula berzina dan seterusnya hukuman bagi orang yang berzina, ini tiada dalam quran, tetapi ahli fekah kata hukuman bagi orang berzina ini ialah rejam dengan batu sampai mati.  Adilkah mangsa rogol dibunuh, perogol dilepas semata-mata kerana tiada empat orang saksi? Ini semua ditambah tokok kepada agama kita. 

Sebab itu, kita sanggup membelakangkan ajaran Quran dan mengutamakan hukum yang amat berat ini kerana kita berpendapat kalau hukuman itu berat maka kita Islam. Tak benar. Dalam Quran, sila baca Quran dalam bahasa yang kita boleh faham, kita akan dapati beberapa kali disebut apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil. Yang pertama ialah adil, bukan soal saksi, bukan soal hukum hukuman yang berat tetapi keadilan. Sebab itu, mereka yang membuat cadangan melaksanakan hukuman hudud mereka sebenarnya bukan bercakap tentang hukum Islam tetapi mereka bercakap tentang hukuman yang mereka cipta sendiri. Transkrip oleh DCM




P/s: Saya tidak mahu mengulas kejahilan dan kekeliruan Che Det tentang hukum hudud. Saya juga tidak mahu mengulas kata-kata berbentuk "perlekehan" Che Det terhadap al-Quran. Rasanya, banyak orang sudah mengulas tentang "kehebatan" Che Det mengulas isu agama terutama tentang hudud.

Di bahagian atas kiriman ini ada frasa "hukum hudud", kliklah pada frasa itu untuk membaca lanjut tentang hudud, rasanya ada artikel yang dapat menjawab isu rogol yang diletakkan oleh Che Det di bawah hudud, serta beberapa isu lain yang ditimbulkan dalam video di atas.

Membacalah, menyelidiklah. Janganlah jadi jahil murakkab (orang jahil yang tidak tahu bahawa dia jahil). Tambah-tambah kalau usia kita sudah di penghujung usia!

 

Kitab Injil 1500 tahun Ramal Kedatangan Nabi Muhammad Ditemukan di Turki

Posted: 28 Feb 2012 04:16 AM PST

KITAB Injil berusia 1,500 tahun yang ditemui di Turki dan dikatakan mencatat ramalan kedatangan Nabi Muhammad.
Terdapat catatan ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Muhammad SAW

[BH] ANKARA: Satu naskhah kitab Injil berusia 1,500 tahun yang mengandungi ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Nabi Muhammad menarik perhatian Vatican apabila pemimpin agama Roman Katolik, Pope Benedict XVI, dilaporkan meminta untuk melihat kitab itu, yang disembunyikan di Turki sejak 12 tahun lalu.

Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Turki Ertugrul Gunay, memberitahu akhbar Daily Mail, naskhah yang dianggarkan bernilai AS$22 juta (RM66 juta) itu mengandungi ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Muhammad.

Bagaimanapun Gereja Kristian menghalang maklumat itu daripada disebarkan dan diketahui ramai selama bertahun-tahun, berikutan persamaannya dengan pandangan Islam mengenai Nabi Isa, katanya.

Dalam Islam, Nabi Isa dilayan sebagai manusia, bukan Tuhan. Ia menolak idea Holy Trinity dan penyaliban serta mendedahkan ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Nabi Muhammad.

Dalam satu versi kitab Injil itu, Nabi Isa dikatakan bercakap dengan paderi: Bagaimana hendak memanggil penyelamat itu? Dia Mohammed adalah nama diberkati.

Dalam satu lagi catatan, Nabi Isa menafikan beliau adalah penyelamat sebaliknya orang itu datang dari golongan Ismaili merujuk kepada bangsa Arab keturunan Nabi Ismail.

Menurut laporan, umat Islam mendakwa naskhah itu, yang dikatakan ramai ialah Injil Saint Barnabas, adalah tambahan kepada Injil asli Mark, Matthew, Luke dan John.
 
Saint Barnabas secara tradisi dikenali sebagai pengasas Gereja Cypriot dan seorang mubaligh era awal perkembangan agama Kristian.

Gunay berkata, kitab Injil berkenaan ditulis tangan di atas kulit haiwan dengan emas menggunakan bahasa Aramaik (dipercayai hampir serupa dengan bahasa Hebrew).

Beliau berkata, Vatican secara rasmi meminta untuk melihat buku itu, yang ditemui Turki ketika operasi antipenyeludupan pada 2000. Kumpulan samseng dilaporkan menyeludup pelbagai artifak purba.

Ia dikawal ketat oleh pihak berkuasa sebelum diserahkan kepada Muzium Etnografi Ankara dan akan dipamerkan tidak lama lagi. Salinan muka surat tunggal yang ditulis Nabi Isa dilaporkan bernilai AS$2.4 juta (RM7.2 juta).

Bagaimanapun, keraguan mengenai keaslian manuskrip bertulis tangan itu mula timbul. Paderi Protestan, Ihsan Ozbek, berkata buku versi itu dikatakan dari abad kelima atau keenam, manakala Saint Barbanas hidup pada abad pertama sebagai seorang daripada pesuruh Nabi Isa. - Agensi


NFC Terburai Lagi, Kini Didakwa Terlibat Perniagaan Pasar Raya Mewah di Singapura

Posted: 28 Feb 2012 12:54 AM PST


[KD] PETALING JAYA 28 Feb: KEADILAN hari ini mendedahkan National Feedlot Corporation(NFCorp) turut terlibat dalam perniagaan pasaraya mewah di Singapura, selain tiga buah restoran dan pelaburan RM44 juta kondominium  di republik  itu.

 

Menurut Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli, perniagaan itu dikendalikan syarikat Farmhouse Supermarkets Pte Ltd yang dimiliki suami Datuk Seri Shahrizat Jalil – Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail dan dua anak mereka, Wan Shahinur Izram Salleh dan Wan Izrarana Fatimah Zabedah.

Siasatannya  mendapati Farmhouse Supermarkets Pte Ltd  menjadi penyewa utama kepada kompleks pasaraya mewah Star Vista, di kawasan elit berdekatan Nanyang Technology University.

"Pasaraya yang diusahakan oleh Farmhouse Supermarkets Pte Ltd ini dijangka mula beroperasi dalam suku ketiga tahun ini, apabila kompleks Star Vista siap," jelas beliau dalam sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN hari ini.

Syarikat itu juga, katanya, telah menandatangani perjanjian sewaan dengan pemaju, CapitalMalls bagi 28 unit ruang kedai di kompleks tersebut.

 
Sewa ruang kedai yang setiap satu berkeluasan 3,000 meter persegi itu dianggar mencecah S$900,000 sebulan atau RM2.2 juta, mengikut harga pasaran semasa.

"Sudah tentu perniagaan pasaraya ini akan dibiayai oleh dana awam yang disalurkan bagi tujuan penternakan lembu seperti yang dimandatkan oleh NFC, seperti yang berlaku di dalam pembelian-pembelian aset mewah lain sebelum ini," tegasnya.

Sehubungan itu,  katanya, KEADILAN mendesak  NFC menjelaskan komitmen kewangan yang telah dibuat melalui Farmhouse Supermarkets Pte Ltd, termasuk perjanjian sewaan yang telah dimeterai.

"Tindakan tegas perlu dilakukan segera untuk merampas kembali kesemua dana yang telah diselewengkan secepat mungkin dan mendakwa individu terbabit di mahkamah atas tuduhan pecah amanah dan jenayah perdagangan.

"Jika ini tidak berlaku dalam minggu ini, KEADILAN akan melakukan pendedahan setiap minggu hinggalah Dewan Rakyat bersidang pertengahan bulan Mac ini," tegas beliau.


 Dakwaan Lain:

NFCorp turut langgar Akta Syarikat 1965- Tony Pua

[KD] KUALA LUMPUR 28 Feb: DAP menyifatkan pengarah National Feedlot Corporation (NFCorp), Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail, bukan sekadar melakukan kesalahan pecah amanah, malah turut melanggar Akta Syarikat 1965.

"Jutaan ringgit dari pinjaman RM250 juta, yang khusus untuk penubuhan dan operasi NFCorp, jelas digunakan untuk tujuan lain, seperti pembelian kondominium mewah dan juga pelaburan di Singapura.

 
"Ia dilakukan atas nama pengarah-pengarah syarikat, bukan NFCorp. Ini bermakna NFCorp memberi pinjaman kepada pengarah dan syarikat lain milik mereka, seperti Meatworks Pte Ltd," kata Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua.

Menurut Pua, ia bukan sekadar melanggar perjanjian pinjaman mudah itu, malah turut menyalahi Akta Syarikat, menurut Seksyen 133 dan 133A di bawah 'Pinjaman yang Dilarang'.

"Seksyen 133A melarang pinjaman kepada individu yang mempunyai kaitan dengan pengarah syarikat yang memberi pinjaman.

"Seksyen 133(4) pula menyatakan pengarah yang terlibat bersalah atas tuduhan jenayah, dan mereka bertanggungjawab untuk menebus kembali kerugian yang disebabkan mereka," kata Pua.

Beliau menambah, walaupun terdapat pinjaman yang dibenarkan, seperti pinjaman perumahan kepada pekerja, ia harus mendapat kelulusan pemegang saham terlebih dahulu.

"Dalam kes ini, NFCorp tidak mendapat kelulusan dari Kementerian Kewangan, selaku pemegang saham utama mereka," jelas beliau yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara.

Sebagai respon kepada syor pihak polis untuk mendakwa NFCorp atas tuduhan pecah amanah, NFCorp menyatakan keputusan itu bersifat 'terlalu awal' dan gagal mengambil kira 'tujuan' pengarah.

Dalam satu kenyataan, NFCorp mendakwa dana hanya diberi kepada syarikat-syarikat subsidiari mereka, dan pengarah-pengarah NFCorp juga bertindak sebagai ahli lembaga pengarah sayarikat-syarikat terbabit.

Pua berkata, kenyataan NFCorp ini sendiri adalah pengakuan jelas bahawa mereka telah melanggar Akta Syarikat 1965.

"Justeru, DAP menyeru Peguam Negara bukan sahaja mendakwa NFCorp atas tuduhan pecah amanah, malah atas tuduhan melanggar secara terangan Akta Syarikat," ujar Pua lagi.



P/s: Tunggu apa lagi Najib?





Konsert Erykah Badu (Hina Allah/Islam) BATAL

Posted: 28 Feb 2012 12:09 AM PST

Sumber: GUA

P/s: Persoalannya, mengapa pihak berkuasa meluluskan permit konsert Erykah Badu sebelum isu ini meletup di The Star yang menyiarkan imej tatu Allah di badan penyanyi itu? Mengapa pihak terbabit tidak menyiasat latar belakang dan kontroversi yang pernah melanda penyanyi ini sebelum membuat sebarang keputusan? Apa pula tindakan terhadap penganjur yang didakwa "memadamkan" tatu Allah di badan Erykah Badu pada poster promosi konsert?


Cerita berkaitan di sini, di sini.




Pasangan Penjawat Awam Dicekup Separuh Bogel Didenda RM2 800

Posted: 27 Feb 2012 11:00 PM PST


[SH] DUNGUN – Dua penjawat awam yang juga rakan sekerja di sebuah agensi kerajaan di Dungun, didenda RM2,800 atau dua bulan penjara selepas masing-masing didapati bersalah melakukan perbuatan tidak bermoral di sebuah rumah, dekat sini, awal pagi, Disember lalu.

Khairul Mubin Abdullah, 26, dan pasangannya, Laily Norashikin Che Sukeri, 22, menerima pengajaran paling berharga apabila kedua-duanya dijatuhkan hukuman setimpal oleh Hakim Mahkamah Rendah Syariah Dungun, apabila masing-masing membuat pengakuan bersalah atas tuduhan persediaan melakukan persetubuhan.

Mengikut fakta kes yang dibaca pendakwaraya, Khairul, seorang Pembantu Kebajikan Masyarakat bersama pasangannya, Laily, kakitangan kerajaan berstatus janda yang beralamat di Ketengah Jaya, Dungun ditahan sepasukan Pegawai penguat kuasa syariah dalam satu serbuan di sebuah rumah di Jalan Sekolah Intan Zaharah Balai Besar, Dungun kira-kira jam 2.10 pagi, 7 Disember 2011.

Selepas pintu rumah dibuka, tertuduh lelaki didapati hanya memakai tuala mandi, dan pemeriksaan lanjut dalam sebuah bilik menemui seorang perempuan tidur dalam keadaan berselimut dengan toto.

Pemeriksaan lanjut juga mendapati perempuan tersebut hanya memakai seluar dalam.

Turut dirampas dalam serbuan itu sebagai barang kes, coli milik tertuduh perempuan.

Soal siasat mendapati keduanya tidak mempunyai hubungan muhrim dan mereka dibawa ke Pejabat Agama Dungun untuk siasatan lanjut sebelum didakwa melakukan persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah.

Ketika mengemukakan rayuan kepada mahkamah, kedua-dua tertuduh merayu agar diringankan hukuman dengan alasan kedua-duanya kini sudah mengikat tali pertunangan dan bakal melangsungkan perkahwinan Mac ini.

Bagaimanapun, Hakim Syarie, Shamsuddin Ngah tetap berpendirian bahawa kesalahan dilakukan mereka amat serius, dan kedua-duanya berhak menerima hukuman setimpal atas perbuatan dilakukan.

Khairul yang berasal dari Sarawak bersama pasangannya menjelaskan denda yang dikenakan.



P/s: Hukum di dunia hanya RM2800.



Ikuti Laman Facebook, Fan Page, Twitter >>>>> TM dan DCM

Posted: 27 Feb 2012 10:00 PM PST


Bagi pengunjung yang berminat mengikuti laman Facebook Tayadih Maysia, anda boleh berbuat demikian dengan mencari nama "Maysia Tayadih" di ruang carian FB atau mengelik pautan di bawah:



Bagi akaun Twitter, anda boleh menyertai saya dengan mengelik di sini atau mengelik logo di bawah ini:

Follow tayadihmaysia on Twitter

Bagi yang berminat menyertai Fan Page DCM anda boleh berbuat demikian dengan mengelik butang "Like" dalam kotak Fan Page DCM di atas atau boleh berbuat demikian di sini



Banyak input/info/berita/tempelan/video/gambar yang tidak disiarkan di blog DCM dimuatkan di wall FB sama ada di akaun peribadi TM atau di Fan Page DCM. Selain itu, semua kiriman di blog ini akan turut dipaparkan pautannya di akaun Twitter dan Facebook secara automatik.

Sokongan anda, saya hargai. Terima kasih.



Pelajar Asing Didakwa Lakukan Seks Berhampiran dengan Surau

Posted: 27 Feb 2012 08:40 PM PST


[SH] KOTA DAMANSARA - Tindakan sepasang pelajar asing membuat hubungan seks di dalam kereta di tepi sebuah surau di Seksyen 6, kelmarin mengundang kemarahan penduduk setempat.

Perbuatan tidak senonoh pasangan warga Afrika disedari oleh seorang ahli jawatankuasa surau yang kebetulan melalui blok rumah yang menempatkan asrama pelajar sebuah kolej kira-kira jam 10 pagi.

Kelakuan tersebut menyebabkan penduduk berang dan bertindak memancitkan tayar kereta tersebut.

Ahli Jawatankuasa Surau An-Nur Flat Gugusan Seroja, Harun Ali berkata, dia sangsi selepas melihat kereta Myvi berwarna putih di letakkan di parkir blok berkenaan bergoyang.

"Bila saya pergi lihat di tingkap kereta terbabit, saya lihat pasangan warga Afrika sedang melakukan hubungan seks di belakang kereta," katanya.


P/s: Macam-macam kelakuan warga asing yang berasal dari benua Afrika. Salah siapa? Tanyalah pihak yang membuat kelonggaran kedatangan pelajar asing ke negara ini. Selepas menyedari bahana polisi VOA atau visa on arrival kepada pelajar asing, pihak kerajaan bertindak membatalkan polisi tersebut.

Sebelum ini, pihak kerajaan juga telah membatalkan VOA terhadap pelancong warga asing dari India dan China selepas ratusan ribu warga negara terbabit "hilang" di tengah-tengah masyarakat majmuk di negara ini.

 


Pihak Penganjur Didakwa PADAM Tatu Allah di Badan Erykah Badu pada POSTER Konsertnya di Malaysia

Posted: 27 Feb 2012 07:30 PM PST

Sumber gambar ada tertera pada gambar

 Cerita berkaitan di sini.

P/s: Jika benar penganjur memadamkan tatu tersebut untuk menutup sikap biadap artis ini, maka pihak penganjur juga perlu dipertanggungjawabkan.Walaupun sudah mengetahui lebih awal tentang penghinaan ini, namun demi wang ringgit mereka tetap menganjurkan konsert artis tersebut tanpa memikirkan perasaan orang Islam di negara ini.

“Saya tidak berada dalam satu bilik dengan ustaz, orang fitnah" - Wanita yang Didakwa Berkhalwat dengan Dr Badrulamin

Posted: 27 Feb 2012 06:03 PM PST

[SH] ROMPIN - Media digemparkan dengan berita anggota Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Dr Badrolamin Bahron ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) di Kuantan, awal pagi Sabtu lalu.

Dalam Sinar Harian semalam, Badrolamin menafikan laporan tersebut dan menegaskan, beliau hanya mahu membantu seorang wanita yang berhadapan dengan masalah keluarga.

Sinar Harian berjaya menjejak wanita didakwa berkhalwat dengan Badrolamin itu. Apa sebenarnya kisah di sebalik kejadian?

Walau enggan namanya disiarkan, namun wanita itu tidak keberatan berkongsi cerita dan menerangkan kedudukan sebenar kepada pembaca Sinar Harian khasnya. Ikuti pengakuan eksklusif daripada beliau.

"Fitnah! Saya tidak berkhalwat. Saya tidak lakukan perbuatan itu!
"Saya tidak berada dalam satu bilik dengan ustaz (Badrolamin). Orang fitnah saya berniat jahat. Tidak bertanggungjawab!

"Saya berada di luar bilik hotel. Bukan bersama ustaz dalam sebuah bilik seperti dakwaan.

"Namun kerana tindakan khianat itu, ustaz kena kurung dan dibelasah dalam biliknya.

"Saya pergi menemui ustaz Badrolamin atas tujuan mahu melarikan diri daripada suami, bersama anak saya yang berusia dua tahun. Saya bimbang keselamatan kami terancam.

"Saya sudah puas berusaha dan tidak mampu lagi menanggung segala bebanan ini.

"Saya memang kenal rapat ustaz dan isterinya sejak mengikuti rombongan umrah pada 1 Mei tahun lalu dan kami sering berhubung antara satu sama lain.

"Ustaz pun ada datang ke sini (Rompin) dan saya juga mengenali rapat isteri beliau. Malah isterinya juga menasihatkan saya supaya bersabar menghadapi kes fitnah ini.

"Saya juga kesal dengan sikap segelintir masyarakat yang menuding jari tanpa beri kami peluang untuk bela diri, sedangkan kes ini belum diputuskan di mahkamah.

"Tambah kesal kerana ada pihak menabur fitnah dengan meletakkan gambar palsu dan wajah yang tersebar di Internet bukan saya," katanya.

Kakitangan di Kolej Komuniti Rompin berusia 28 tahun itu ke mahkamah semalam, bagi sebutan kesnya di hadapan Hakim Syarie, Abu Kasim Pilus, kira-kira jam 11.15 pagi, sebelum keluar semula kira-kira 10 minit selepas memberi keterangan.

Beliau hadir seorang diri di Mahkamah Rendah Syariah Rompin pada jam 9 pagi semalam. Beliau ke sana bagi proses tuntutan penceraian terhadap suaminya.

"Saya nekad mengemukakan tuntutan cerai memandangkan pelbagai usaha dilakukan untuk menyelesaikan kemelut rumah tangga gagal.

"Itulah jalan penyelesaian terbaik bagi memastikan keselamatan dan masa depan saya serta anak terbela," katanya.

Ketika ditanya adakah punca dia menuntut cerai disebabkan sikap suaminya, wanita itu enggan mengulas dan mahu isu berkenaan diselesaikan di mahkamah nanti.  

Peminat Misteri 'Diana Danielle' Ditahan

Posted: 27 Feb 2012 04:29 PM PST

LELAKI yang menjadi peminat misteri dengan mengirim barang-barang aneh kepada seorang gadis ditahan di Balai Polis Wangsa Maju, Kuala Lumpur semalam.

[Kosmo] KUALA LUMPUR – Teka-teki siapa peminat misteri yang menghantar kiriman aneh berupa seluar dalam lelaki dan tiga ekor ayam kepada seorang gadis di Wangsa Maju di sini baru-baru ini terjawab apabila polis menahan seorang lelaki semalam.

Suspek berusia 33 tahun itu ditahan di rumahnya di Sri Rampai, Wangsa Maju di sini pada pukul 1.30 petang.

Lelaki yang telah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak rupa-rupanya jiran mangsa yang bekerja sebagai setiausaha di sebuah syarikat Teknologi Maklumat di ibu negara. Malah mangsa turut mengenali peminat misteri itu.

Suspek yang berasal dari Perak itu dipercayai bertindak demikian kerana menyangkakan mangsa yang berusia 20-an itu ialah pelakon terkenal, Diana Danielle Beeson atau lebih dikenali sebagai Diana Danielle, 20.

Suspek mendakwa dia tidak pernah bersemuka dengan pelakon kacukan terbabit tetapi kerap berhubung dengan pelakon itu di laman sosial Twitter sejak beberapa tahun lalu iaitu sebelum wanita itu menceburi bidang seni.

Suspek juga mendakwa sepanjang berkomunikasi di Twitter, Diana Danielle sering membalas komennya menyebabkan dia teruja untuk mengenali wanita itu dengan lebih rapat.

Jelas suspek itu lagi, dia amat meminati pelakon itu kerana bukan sahaja memiliki wajah yang cantik malah menyifatkan Diana Danielle sebagai seorang wanita bijak.

Suspek itu memberitahu, dia mengirim bungkusan berisi gambar, nota cinta dan tiga ekor ayam yang dipelihara sendiri kepada mangsa sebagai tanda persahabatan kepada wanita itu atau hadiah daripada peminat tanpa muslihat lain.

Selain Diana Danielle, suspek turut menyertakan nota cinta kepada penyampai berita TV3, Pang Chinn Fei yang turut dikirimkan di rumah mangsa. Chinn Fei juga merupakan seorang wanita diminati suspek.


Cerita berkaitan di sini.




Tiada ulasan: