Isnin, 27 Februari 2012

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Lelaki Didakwa Tiduri Pengantin Vietnam, Kemudian Mahu RM14 Ribunya Semula

Posted: 27 Feb 2012 06:17 AM PST


Berita yang dipetik daripada AsiaOne melaporkan seorang lelaki yang dikenali Tan mahu memulangkan pengantin Vietnam yang dibelinya daripada sebuah agensi mencari jodoh di Singapura. 

Lelaki berusia 52 tahun itu mahu memulangkan pengantin berusia awal 20-an  itu dan mahu wangnya berjumlah $6 800 dipulangkan semula.

Lelaki itu mahu berbuat demikian kerana gadis itu dikatakan terlalu hodoh untuknya. Namun, agensi mencari jodoh itu mendakwa lelaki itu telah meniduri gadis Vietnam itu selama seminggu sebelum meminta agensi itu memulangkan wangnya.

Mark Lin, pemilik agensi mencari jodoh, Vietnam Brides International Matchmaker, terpaksa menolak permintaan lelaki itu kerana mendakwa dia sudah meniduri gadis tersebut. Apabila ditanya, gadis itu turut mengakui telah ditiduri lelaki tersebut. 

Kata Lin, "Jika gadis itu berubah fikiran, saya tidak kisah mengembalikan wangnya semula. Namun dia yang tidak mahu akan gadis itu. Jika saya asyik memulangkan wang kepada pelanggan, sudah tentu perniagaan saya akan terjejas. Tambahan pula, lelaki itu yang memilih gadis itu sewaktu memilih calon isteri."

Walau bagaimanapun, Tan menafikan dakwaan bahawa dia telah meniduri gadis itu dan kes ini telah dibawa ke Small Claims Tribunal September tahun lalu.

Jumaat lalu, tribunal itu membuat keputusan yang memihak kepada Mark Lin. Tribunal itu membuat keputusan bahawa agensi mencari jodoh itu tidak perlu memulangkan wang yuran yang dikenakan kepada Tan. -DCM


 P/s: Macam-macam!




The Star: Dahulu Siar Daging Babi Panggang, Kini Siar Artis Bertatu Hina Islam

Posted: 27 Feb 2012 04:27 AM PST

Sebelum ini, kecoh 1Malaysia apabila akhbar milik MCA ini menyiarkan gambar daging babi sebagai juadah berbuka puasa dalam ruangan Ramadhan Delight. Hidangan "Morganfield's Sticky Bones" memaparkan daging babi panggang. 

Bayangkan selepas 54 tahun negara Merdeka, ada lagi orang bukan Islam tidak tahu bahawa orang Islam tidak boleh makan babi. Apabila menyentuh hal itu, fikirkan juga status HALAL sesetengah makanan yang dikeluarkan oleh pengusaha bukan Islam ataupun yang diimport dari luar negara.


Seperti biasa, kesilapan yang tidak sepatutnya berlaku itu ditutup dengan kenyataan maaf oleh akhbar terbabit.

 Hari ini The Star menimbulkan kontroversi apabila menyiarkan gambar artis Amerika Syarikat, Erykah Badu yang mempunyai tatu kalimah Allah di dadanya.

Tatu dalam bahasa Arab itu disiarkan dalam seksyen "Star2" hari ini di samping rencana satu muka penuh berhubung dengan konsert artis tersebut di Kuala Lumpur pada Rabu depan.


Selain dua tatu kalimah Allah, simbol lain pada dada dan lengannya yang terdedah menunjukkan huruf-huruf dalam bahasa Yahudi dan simbol seakan-akan piramid. Kerana kesilapan (kejahilan) itu, The Star hari ini memohon maaf kepada umat Islam.

Yang menghairankan, mengapa artis yang menghina Islam ini dibenarkan membuat persembahan di negara ini? Isu artis ini pernah diperkatakan sebelum ini, jadi mengapa kementerian berkaitan memberikan permit penganjuran konsert kepada artis tersebut? -DCM



 P/s: Akhbar ini milik parti dalam BN, konsert ini pula diluluskan oleh kementerian kerajaan BN, jika laporan akhbar itu ada kaitan dengan PR, sudah tentu menjerit-jerit munafik-munafik yang menggunakan topeng agama untuk kepentingan politik.






Gadis Mirip Diana Danielle Diganggu Peminat Misteri

Posted: 27 Feb 2012 12:15 AM PST

Saya petik:

BUKTI...anggota polis memegang tiga ayam yang dimasukkan dalam bungkusan kain.
BUKTI...anggota polis memegang tiga ayam yang dimasukkan dalam bungkusan kain.

INI DIA...dua foto peminat misteri yang sering mengganggu Wani.
INI DIA...dua foto peminat misteri yang sering mengganggu Wani.

[HM] KUALA LUMPUR: Memiliki wajah jelita persis artis terkenal Diana Danielle memberi tekanan emosi kepada seorang gadis apabila diganggu peminat misteri yang mengirimkan pelbagai barangan, termasuk seluar dalam dan ayam hidup ke rumahnya.

Suspek mula mengganggu gadis yang mahu dikenali sebagai Wani, 21, itu sejak dua minggu lalu dengan menghantar pelbagai barangan seperti cincin dan rantai leher dengan meletakkannya di dalam peti surat di rumahnya di Setapak Jaya, di sini.

Mangsa yang bekerja sebagai setiausaha di sebuah syarikat teknologi maklumat berkata, peminat misteri itu kerap menghantar objek pelik ke rumahnya, terutama ketika dia keluar bekerja.

Katanya, gangguan pertama apabila dia mula menerima sekeping nota tertulis nama pelakon Diana Danielle.

"Gangguan kedua berlaku Selasa lalu apabila saya menerima sampul surat berisi seluar dalam terpakai lelaki yang dimasukkan di dalam peti surat rumah," katanya yang membuat laporan polis pertama di Balai Polis Wangsa Maju, di sini, malam kelmarin.

Berkaitan:

 
INILAH tiga ekor ayam yang dimasukkan dalam beg dan digantung di pintu pagar rumah mangsa di Wangsa Maju, Kuala Lumpur kelmarin.


[Kosmo] KUALA LUMPUR - Hidup seorang setiausaha sebuah syarikat Teknologi Maklumat di sini menjadi tidak keruan apabila dalam tempoh dua minggu lalu, gadis itu menerima empat kiriman aneh termasuk sebuah beg berisi tiga ekor ayam hidup yang dihantar ke rumahnya di Jalan Rejang 8, Wangsa Maju dekat sini.

Mangsa berusia 20-an yang enggan dikenali berkata, penerimaan aneh itu bermula dengan kiriman sepucuk surat yang berbentuk hati tertera ayat, 'Diana Danielle - peminat misteri.'

Surat yang diterima pada dua minggu lalu dipercayai dihantar oleh pengirim sendiri kerana tidak ada setem diletakkan pada sampul surat tersebut.

"Saya ketika itu tidak curiga apa-apa kerana memikirkan sama ada surat itu sebagai gurauan pihak tertentu yang mungkin tersalah alamat," kata gadis itu ketika ditemui di Balai Polis Wangsa Maju di sini malam kelmarin.

Namun, cerita mangsa, fikirannya mula terganggu selepas menerima bungkusan kedua yang turut disertakan dengan sehelai seluar dalam dan sepucuk nota bertulis ayat-ayat cinta juga ditujukan kepada Diana pada 21 Februari.

"Saya yang terkejut terus membuang seluar dalam yang dipercayai sudah dipakai tersebut ke dalam longkang tidak jauh dari rumah saya," kata gadis itu yang kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Wangsa Maju di sini kelmarin.

Terbaharu pada pukul 11.30 pagi kelmarin, gadis itu yang memeriksa peti surat di rumahnya terus dikejutkan dengan penerimaan satu lagi sampul surat dan sebuah bekas cermin mata dalam peti surat di rumahnya itu.

"Surat itu bertulis 'I Love You' dan ditujukan kepada penyampai berita TV3, Pang Chinn Fei manakala dalam bekas cermin mata itu pula mengandungi sebentuk cincin, gelang dan dua keping gambar dipercayai gambar seorang lelaki Melayu," kata gadis itu yang bertambah terganggu dengan kiriman itu.








Wanita Dipaksa Lakukan Adegan Seks-Liwat di depan Anak, Lebih Buruk, Anak Tiru Adegan Tersebut

Posted: 26 Feb 2012 11:15 PM PST


Saya petik:

[HM] KANGAR: Neraka dunia. Itu yang terpaksa diharungi seorang penjawat awam wanita berusia 30-an apabila sering dipaksa suaminya yang juga berusia 30-an melakukan aksi seks, termasuk luar tabii di hadapan ketiga-tiga anak mereka di ruang tamu rumah sejak tujuh tahun lalu.

Lebih menjijikkan suami bernafsu binatang itu juga gemar merakam aksi 'bersama' mereka sejak malam pertama perkahwinan sehingga kini.

Sumber berkata, lebih mengaibkan mangsa, anak perempuan mereka yang berusia tujuh tahun sering melakonkan kembali adegan seks itu bersama abang sulungnya berusia 15 tahun.

Katanya, hati ibu mana yang tidak hancur melihat perbuatan jijik suami yang merosakkan ketiga-tiga anak mereka berusia tujuh hingga 15 tahun itu.

"Mangsa mendakwa dia sudah diperlakukan sedemikian sejak berkahwin dengan suaminya lebih 15 tahun lalu, malah pada malam pertama aksi mereka di dalam bilik dirakam suaminya menggunakan telefon bimbit dan kamera video.

"Namun, selepas mendapat cahaya mata, suaminya bertambah pelik dengan memaksanya melakukan aksi bersama termasuk di luar tabii di hadapan ketiga-tiga anak mereka," katanya.

Kata sumber itu, jika si isteri enggan menuruti kemahuan gila suami, dia dibelasah.

Dia berkata, lelaki terbabit baru saja berkahwin lain awal bulan lalu dengan seorang wanita dari negara jiran, namun sikap jijiknya melayan mangsa tidak berubah.

"Suami mangsa juga bukan saja merakamkan aksi seks mereka, malah aksi mangsa yang membuang air kecil di dalam tandas juga dirakam bagi tujuan koleksi.

"Daripada pengakuan mangsa, suaminya sudah mempunyai banyak koleksi rakaman aksi 'bersama' mereka dan tidak mengetahui tujuan dia bertindak demikian," katanya.

Tidak tahan dengan tabiat buruk suaminya, wanita berkenaan memohon fasakh untuk bercerai dan membuat laporan polis awal bulan lalu.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita Negeri (JPWN) Perlis, Muhamad Hazimin Jamaludin berkata, kes penderaan wanita berlaku berdasarkan pelbagai faktor.

Katanya, kes penderaan seksual kebanyakannya berpunca daripada suami yang terpengaruh dengan bahan video lucah yang ditontonnya.

"Mereka mungkin terdedah dengan bahan lucah ini selepas ia terlalu mudah didapati dan pendedahan itu akan memberi kesan kepada perubahan seksual mereka, termasuk mencubanya ke atas isteri," katanya.

Menurutnya, sebarang kes yang diterima disiasat dan memberi khidmat prakaunseling dalam usaha memberi maklumat mengenai tindakan yang perlu diambil.

Pihaknya juga sedar mangsa trauma akibat nafsu buas suami yang jika tidak dituruti mengundang kepada penderaan fizikal.

"Kami akan membantu daripada segi kaunseling, termasuk mengemukakan masalah kepada pihak berkuasa seperti Mahkamah Syariah atau jabatan berkaitan.

"Jika orang ramai yang berasakan diri mereka didera, mereka boleh tampil membuat aduan untuk bantuan," katanya.

Mengulas kes terbabit, Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Che Man Md Dros ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mangsa.

Menurutnya, polis sudah menyerahkan laporan kepada Jabatan Agama Islam Perlis bagi tindakan lanjut kerana ia di bawah bidang kuasa mereka.

"Wanita berkenaan membuat laporan polis, tetapi ia lebih menjurus kepada masalah rumah tangga dengan suaminya," katanya. -Shamsul Munir


P/s: GILA!


Dr Badrulamin Tidak Ditangkap Berdua-duaan di Bilik Hotel - Sumber JAIP

Posted: 26 Feb 2012 10:29 PM PST


Saya petik:

Kes khalwat Badrulamin tidak kuat - sumber JAIP

[HD] KUANTAN, 27 Feb: Laporan kes khalwat yang dikatakan melibatkan Dr Badrulamin Baharon tidak kuat kerana ketika pegawai JAIP sampai bilik berkenaan sudah penuh dengan orang.

Menurut laporan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), pegawai mereka hanya sampai ke bilik 8365 Hotel Swiss Garden hanya sekitar jam 4.30 pagi.

Dalam bilik berkenaan sudah ada Badrulamin, wanita berkenaan dan beberapa lelaki lain.

Ini bermakna, JAIP tidak menangkap Badrulamin berdua-duaan.


Pintu bilik berkenaan pula sudah terbuka dan Badrul dikelilingi oleh beberapa lelaki, kata sumber dari JAIP.

Blog Umno mula menyiarkan pelbagai laporan berkaitan tangkapan ini termasuk kononnya Badrul hanya memakai tuala ketika ditangkap.

Blog itu juga melaporkan kononnya Harakah membuat laporan muka depan penangkapan ini.

Padahal, Harakah tidak pernah membuat laporan berkenaan.


 Berkaitan:

Pejabat MB Selangor Arah Dr Badrulamin Cuti Sebulan

[MK] Pejabat Menteri Besar Selangor mengarahkan ketua penerangan kerajaan negeri Dr Badrulamin Bahrom supaya bercuti selama sebulan sehingga dakwaan beliau ditangkap khalwat oleh pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di sebuah hotel di Kuantan, Sabtu lalu diselesaikan.

"Kerajaan negeri berharap cuti rehat yang diberikan ini dapat digunakan untuk menumpukan perhatian kepada musibah yang sedang ditanggung oleh beliau dan melakukan usaha-usaha bagi membersihkan nama beliau," petik kenyataan itu.

Bernama
yang memetik Timbalan Pengarah JAIP Datuk Mohd Ghazali Abdul Aziz pada laporannya dua hari lalu berkata seorang pemimpin PKR ditangkap khalwat dengan seorang wanita berstatus isteri orang di sebuah hotel di Balok, Kuantan oleh pasukan penguatkuasa JAIP.

Mohd Ghazali bagaimanapun enggan mengulas lanjut penangkapan pemimpin PKR itu tetapi menurut laporan itu, lelaki berkenaan pernah menggelarkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Imam Mahdi.

Ketua cabang PKR Sabak Bernam itu sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi apabila pada satu ceramahnya, beliau seolah-olah menyamakan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Imam Mahdi.

Beliau bagaimanapun dalam satu kenyataan media menafikan bahawa beliau ditangkap khalwat dan mendakwa laporan media tersebut adalah tidak benar.

Malah, menurut Badrulamin, beliau beranggapan bahawa kejadian itu merupakan satu tindakan terancang untuk memerangkap dan mengaibkan dirinya.

Kenyataan dari Pejabat Menteri Besar itu juga berkata kerajaan negeri telah menerima penjelasan dari pegawainya itu.

Sehubungan itu, ia juga mendesak pihak JAIP melakukan siasatan secara telus, adil dan professional demi menjaga maruah Badrulamin sebagai seorang muslim sebagaimana yang dituntut dalam ajaran Islam.

"Sepanjang tempoh bercuti ini, tugas-tugas beliau sebagai ketua penerangan kerajaan negeri Selangor akan diambil alih sementara waktu oleh sekretariat akhbar Pejabat Menteri Besar yang diketuai oleh setiausaha akhbar menteri besar," petik kenyataan itu lagi.

Kerajaan Negeri Selangor juga menyeru semua pihak supaya tidak membuat andaian-andaian negatif dan menyerahkan hal berkenaan kepada pihak berwajib melakukan penyiasatan.








Tiada ulasan: