Ahad, 26 Februari 2012

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Dalam Situasi PENJAJAHAN, Ada Istilah "Penjajahan Tidak Sepenuhnya"?

Posted: 26 Feb 2012 06:22 AM PST



Agak melucukan apabila ada pihak-pihak tertentu, misalnya dalam laporan di atas, cuba "menyedapkan" hati orang lain atau pun diri sendiri dengan mengeluarkan kenyataan yang berbelit-belit dan sukar diterima akal.

Kata profesor dalam laporan media di atas, Malaysia tidak dijajah sepenuhnya dengan alasan raja pada waktu itu ada peranan dalam hal ehwal agama dan adat istiadat dan menjadi ahli mesyuarat. Profesor yang mengeluarkan kenyataan ini buat-buat lupa bahawa kuasa pemerintahan pada waktu itu dipegang sepenuhnya oleh penjajah. Siapa berkuasa membuat keputusan walaupun ketika itu raja dijemput sebagai ahli mesyuarat?

Hasil bumi kita diangkut sehingga kontang, anak Tanah Melayu pada waktu itu dibunuh, dirogol, diaibkan, atau dipenjarakan, raja dan pembesar pula dihina dan kuasa mereka dirampas. Jika tidak masakan ada penentangan terhadap penjajah hasil pakatan raja dan pembesar, misalnya penentangan seperti yang berlaku di Pasir Salak berpunca daripada campur tangan British dan rampasan kuasa mengutip cukai dan pendapatan negeri daripada tangan raja dan pembesar.

Rakyat Malaysia yang mengikuti silibus pembelajaran Sejarah sejak dahulu hingga kini cukup sedar tentang hal ini. Namun, profesor seperti dipetik oleh BH di atas mencari alasan untuk menyatakan bahawa Malaysia tidak pernah dijajah sepenuhnya. Walhal dalam situasi penjajahan, tidak pernah ada istilah penjajahan separuh, suku, tiga per empat, dan sebagainya. Apabila kedaulatan negara dicabuli, kuasa pemerintah dirampas, hasil bumi dirompak maka penjajahan tetap penjajahan.

Apabila profesor ini mengatakan bahawa raja pada waktu penjajahan hanya mempunyai peranan dalam soal agama Islam dan adat istiadat, cuba fikirkan peranan raja-raja pada zaman sekarang?

Fikir...!


P/s: TM ulas secara spontan sahaja. Jika mahu maklumat lanjut, jangan malas membaca.






Wan Shades SAMAN Blog Hiburan Tuduhnya Sebagai Suspek Kes Rogol Anak Tiri

Posted: 26 Feb 2012 04:03 AM PST

Rasanya orang yang menonton rancangan hiburan tengah hari tadi mengetahui tentang hasrat Wan Shades yang mahu menyaman sebuah blog yang menuduhnya sebagai suspek kes penyanyi hip hop/R&B yang dikatakan merogol anak tirinya sejak berusia 7 tahun. Dalam laporan itu tidak dinyatakan nama blog yang bakal disaman.

Namun, laporan blog di bawah ini ada menyatakan nama blog hiburan tersebut. Selanjutnya, sila baca di bawah ini:

Sambung di sini.

P/s: Blog hiburan yang mahu disaman oleh Wan Shades itu adalah antara laman hiburan yang menerima kunjungan tertinggi di negara ini. Ranking Alexanya pun menyamai ranking beberapa laman media atas talian. Jika Wan Shades mendakwa reputasinya terjejas, maka dakwaannya itu memanglah berasas.


Cerita berkaitan di sini, di sini, di sini.




Wanita "Jual Diri" di eBay

Posted: 26 Feb 2012 01:00 AM PST


Emirates24/7 memetik beberapa sumber melaporkan seorang wanita berusia 38 tahun begitu terdesak untuk mencari pekerjaan telah melelong dan menawar dirinya di laman eBay.

Deborah Bowen bergelut untuk membayar balik gadai dan berhadapan kemungkinan diusir dari rumahnya Gloucester yang dikongsi bersama dengan pasangannya.

Wanita British itu memutuskan untuk "menjual" dirinya di eBay kerana mahu  mendapatkan perhatian bakal majikan.

Iklannya: "Untuk dijual - pekerja yang sanggup berkerja sebagai staf tetap atau sementara". Iklan itu turut memuatkan CVnya.

Iklannya dieBay seterusnya menyatakan"Sales professional/BDM/W/house will do almost anything for work. Please read on, Could you be the right person to give me the right opportunity?"

Biarpun mencuba cara yang agak ektrem, namun iklan tersebut gagal menarik perhatian mana-mana pembida.

Bowen memberitahu Daily Mail bahawa rumahnya memerlukan banyak penyelenggaraan. Oleh sebab itu, mereka tidak dapat menyewakan bilik tidur ketiga di rumah itu.

"Pasangan saya bekerja tetapi pekerjaan itu hanya sementara," katanya kepada DM.

"Saya fikir eBay dapat menjadi platform terbaik untuk mencapai audiens yang lebih besar dan individu daripada pelbagai sektor.

"Saya telah mencuba nasib di pelbagai agensi pekerjaan, tetapi apabila mereka mendapat tahu saya telah dua kali menganggur mereka hanya fikir saya seorang yang gemar "melompat" kerja. Akibatnya, saya tidak ditawarkan apa-apa peluang pekerjaan."

"Hakikatnya, saya akan melakukan apa-apa sahaja, memandu trak forklift atau pun mencuci tandas. Saya tidak fikir orang ramai memahaminya (kesungguhan)." -DCM



P/s: Orang Malaysia ada yang engga bekerja dalam sesetengah sektor dan memberikan peluang itu kepada pekerja asing yang saban tahun menghantar pulang berbilion RM ke negara masing-masing.




[KANTOI] Kasihan Jurublog UMNO, Kononnya Mahu Sindir Kehadiran Himpunan Hijau Bantah Lynas...

Posted: 25 Feb 2012 10:00 PM PST


Kah kah kah!

Kasihan!

Sudahlah mahu putar jumlah kehadiran atau sambutan Perhimpunan Hijau bantah Lynas, dalam kiriman di blog turut menyindir/memfitnah Ustaz Badrulamin dan DSAI

Taubatlah!

Lihat gambar dan video kemeriahan Himpunan Hijau di sini.

Penjelasan Dr Badrulamin di sini.

 

Artis NAFI Laporan Dirinya Dibelasah Suami

Posted: 25 Feb 2012 08:53 PM PST


Saya petik:

[Kosmo] SATU panggilan telefon daripada suaminya, Mohamad Aizad Rosly hampir-hampir memusnahkan kehidupan bahagia yang dibina sejak lima tahun lalu.

"Berita itu yang membuatkan saya dan suami bergaduh besar. Saya terpinga-pinga dan terus berlari ke rumah jiran minta akhbar yang dimaksudkan. Kami bertegang urat dan dalam masa yang sama mendapat malu disebabkan artikel yang langsung tidak berasas," luah dramatis, Balkisyh Semundur Khan, 25, mengenai penyiaran berita palsu membabitkan dia dan suaminya, Mohamad Aizad Rosly, 28.

Minggu lepas, sebuah akhbar tabloid menyiarkan artikel bertajuk 'Pelakon Dicekik Suami Cemburu Buta'. Artikel itu mengandungi pengakuan Balkisyh berhubung kekasaran yang dilakukan oleh suaminya angkara cemburu.

"Apa yang mengelirukan saya ialah dalam artikel terbabit, penulis berkenaan ada memasukkan pengesahan yang kononnya diperoleh hasil daripada perbualan telefon bersama saya. Padahal saya tidak pernah dihubungi mana-mana wartawan sebelum berita itu disiarkan.

"Pada waktu dan hari kejadian, suami saya yang merupakan pereka seni drama Hikayat Nek Tom dan saya masih di lokasi Landasan Cinta, iaitu sebuah telemovie bukannya drama bersiri seperti yang ditulis dalam artikel terbabit.

"Apabila kami mengamati hal itu betul-betul, barulah kemarahan suami saya reda dan merasakan perkara itu perlu diselesaikan," jelas Balkish yang hadir ke pejabat Kosmo! Ahad untuk membersihkan fitnah ke atasnya baru-baru ini.

Ujar Balkisyh, awalnya dia tidak mahu memanjangkan isu berkenaan sebaliknya bertemu pihak akbar terbabit untuk mendapatkan penjelasan dan membuat penafian. Malangnya, usaha yang dilakukan sia-sia kerana akhbar itu enggan membetulkan keadaan.

"Saya ke syarikat akhbar itu pada hari Ahad lalu beberapa hari selepas saya kononnya dicekik dan ditampar. Kalau betul seperti yang didakwa sudah tentu ada kesan lebam pada wajah saya.

"Kata pihak akhbar terbabit juga, mereka ada bukti, kononnya ada laporan polis oleh saya berhubung perkara itu. Saya beranikan diri ke balai polis untuk mencari bukti tapi laporan yang dikatakan itu tidak wujud," ujar Balkisyh yang hadir sendirian. Penulis hanya sempat berbual di telefon bersama Aizad memandangkan suami Balkisyh perlu berada di lokasi penggambaran.

Berikut adalah ringkasan temu bual bersama Balqish dan perbualan telefon bersama suaminya yang dirakam Sensasi Bintang.

SENSASI BINTANG: Kenapa tidak buat laporan polis atau saman akhbar itu?

BALKISYH: Saya masih mahu menjaga hubungan dengan pihak media. Saya cari makan dengan lakonan. Sebelum ini orang sudah lupa siapa saya, tertanya-tanya adakah saya masih berlakon atau tidak. Tapi, bila cara saya itu tidak membantu, saya kena selesaikan perkara ini (dengan tindakan undang-undang) sebab ia melibatkan maruah saya dan maruah suami saya.

AIZAD: Ikutkan hati, saya mahu buat laporan polis dan saman sahaja pihak akhbar terbabit. Berita itu mengarut dan rekaan semata-mata.

Jadi benarlah kalian tidak bergaduh, tiada masalah cemburu seperti yang didakwa?

BALKISYH: Bila sudah lima tahun berkahwin, bohonglah kalau tak pernah bergaduh tapi tidak pernah kami sebegini rupa. Pada pertengahan bulan baru-baru ini, saya dan suami bekerja untuk produksi yang sama, tiada apa-apa masalah pun. Semua kru penggambaran pun tahu.

AIZAD: Sudah 10 tahun saya kerja di belakang tabir. Kalau hendak cemburukan Balkisyh kerana kerjanya sebagai pelakon, baik saya tak benarkan dia berlakon. Saya mampu untuk sara anak dan isteri. Kalau bergaduh pun saya masih boleh kawal diri. Selepas dimalukan oleh artikel berkenaan, memang saya marah tapi tidaklah sampai pukul-memukul.

Impak paling teruk?

BALKISYH: Ramai yang nak ambil tahu hal sebenar, kawan-kawan serta orang dalam industri yang kenal saya juga ada hubungi untuk tanyakan keadaan sebenar. Sedihnya, bila saya nafikan, ada yang tidak percaya dan perlekehkan kami.

AIZAD: Saya malu besar, orang fikir saya suami yang tak bertanggungjawab, dayus dan macam-macam.


Berita Berkaitan:

Baca di sini.

[Gambar/Video] PULUHAN Ribu Hadir Himpunan Hijau Bantah Loji Nadir Bumi Lynas, Pakatan Janji Tutup Loji

Posted: 25 Feb 2012 08:14 PM PST




Saya petik:

Pakatan batal Lynas jika kuasai Putrajaya

[HD] KUANTAN, 26 Feb: Pakatan Rakyat hari ini mengumumkan akan membatalkan pembinaan loji pemprosesan nadir bumi di Gebeng oleh syarikat Lynas Advanced Material Plant (Lamp) sebaik mengambil alih pentadbiran Kerajaan Persekutuan.

Perkara itu diumumkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di hadapan lebih 20,000 peserta Himpunan Hijau 2.0 di Padang Padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) 4, pagi ini.

"Kami dari Pakatan Rakyat hari ini mengumumkan, sebaik Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya, Lynas akan dibatalkan.

"Kami juga memberi jaminan semua tindakan merosakan alam sekitar, menibdas rakyat, merosakkan rakyat...akan kami tentang," tegasnya di atas pentas disambut laungan 'lawan tetap lawan' oleh para hadirin.

Pengumuman itu juga dilihat sebagai kemuncak kepada himpunan yang dihadiri pelbagai kaum hari ini.

Sebagai menyokong kempen Anti Lynas juga, Anwar yang juga Ketua Umum PKR berkata, satu usul tergempar akan dikemukakan di Dewan Rakyat pada persidangan parlimen Mac ini.

"Pada persidangan parlimen Mac ini, kita juga akan mengemukakan usul tergempar bagi menuntut kerajaan Barisan Nasional membatalkan Lynas," katanya yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Isu Lynas, ujarnya bukannya isu perkauman seperti yang sering didakwa Umno, tetapi adalah isu keselamatan rakyat Malaysia berbilang kaum.

Sehubungan itu, beliau turut mendesak pihak kerajaan mendengar suara dan bantahan rakyat berhubung isu itu.



Belasan Ribu Hadiri Himpunan Hijau

[MK] Himpunan Hijau 2.0 yang dijadualkan di padang MPK4 bidang sepanjang Jalan Tanah Putih menunju ke bandar Kuantan akan bermula pada jam 10 pagi ini.

Perhimpunan itu sebagai membantah tindakan Lynas Advanced Material Plant (Lamp) di Gebeng yang mahu membina sebuah loji pemprosesan nadir bumi yang berharga RM700 juta. Syarikat berkenaan awal bulan ini mendapat lesen operasi sementara dan kelulusan daripada Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) untuk memulakan operasi mereka.

Penganjur perhimpunan itu malam tadi, membuat pengumuman mengejutkan pada tengah malam tadi di Facebook dengan mengumumkan bahawa mereka akan berkumpul di padang MPK1 di sepanjang Jalan Mahkota pada jam 9.30 pagi.

Menurut mereka, tindakan berkumpul di padang itu yang terletak kira-kira 1.8km dari padang MPK4 bertujuan "mengelakkan kesesakan lalu lintas".

Dari padang MPK1 mereka akan berarak ke padang MPK4. Padang MPK1 sebelum ini menjadi pilihan penganjur, namun secara tiba-tiba pada Khamis lalu, pihak berkuasa tempatan - Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) - mula mendirikan pagar dengan alasan untuk "kerja-kerja menaik taraf".

Namun setelah berunding dengan polis pada Jumaat lalu, akhirnya pihak berkuasa bersetuju membenarkan perhimpunan diteruskan dan padang MPK4 diberikan kepada orang ramai yang mahu membuat bantahan itu.


LAPORAN LANGSUNG 

11.27am Anwar berucap, jika Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya, mereka akan menutupkan operasi Lynas.

"Kalau kita di Putrajaya, kita akan batalkan Lynas," tegas Anwar.
Menurutnya, gabungan itu tidak akan mempertahankan perkara yang menindas rakyat dan merosakkan alam sekitar.

"Pakatan memberi sokongan kepada kumpulan Anti-Lynas, kita minta semua kaum bersatu kerana ia isu Malaysia.

"Saya nak sampaikan mesej, kepada rakyat dan kerajaan Australia perlu bertanggungjawab dengan keselamatan rakyat Malaysia.

"Kami tidak mahu mengorbankan masa depan kami dengan projek ini," tegas ketua pembangkang itu sambil melaungkan reformasi dan Hidup Rakyat.

Beliau juga menempelak pemimpin yang didakwanya korup dan tidak menghormati kehendak rakyat.

"Mereka hanya faham duit, duit, duit," kata sambil melaungkan tolak rasuah dan bangkit rakyat. Hadirin kemudiannya menyambut laungan itu.

Penganjur selepas itu mengisytiharkan perhimpunan itu sudah berjaya dan berharap beserta bersurai dengan aman.

11:20am: Langit mulai gelap, awam hitam mula kelihatan. Peserta yang membawa anggota keluarga dilihat mula memasuki restoran bagi menghadapi kemungkinan hujan turun.

11:11am: Penganjur membacakan tiga resolusi:
  • membatalkan projek nadir bumi.
  • membatalkan atau mengkaji semula semua projek yang merugikan rakyat Malaysia.
  • pastikan bahawa semua projek-projek pembangunan adalah selaras dengan Piagam Bumi.
11:04am: Presiden Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur meminta orang ramai turut mengambil kira nasib Jalan Sultan di ibu negara yang menurutnya akan menjadi korban pembangunan untuk projek MRT.
"Jalan Sultan untuk semua rakyat Malaysia," kata pengerusi bersama jawatankuasa selamatkan Jalan Sultan.

10:50am Seorang wakil NGO Anti-Lynas berucap dan berkata rakyat kini sedang menunggu MB Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob yang mahu bersama-sama dalam perhimpunan itu.

"Dia kata, dia akan bersama dengan kita," katanya.

Menurutnya perhimpunan hari ini membuktikan rakyat Malaysia boleh mengadakan perhimpunan dengan aman tanpa provokasi.

Selain itu beliau menyeru semua pihak bertanggungjawab mendengar rungutan rakyat dan menjawab apa yang diingini.

"Kita mahu kerajaan yang mendengar kata rakyat," katanya sambil melaungkan Hancur Lynas dan Bangkit Rakyat

11:57am: Pengerusi BERSIH S Ambiga berucap menyatakan sokongan BERSIH kepada penduduk Kuantan.

"Hari ini, warna kuning berdiri bersama-sama warna hijau," katanya.

Menyentuh isu Lynas, Ambiga berkata keputusan menerima projek nadir bumi itu dibuat oleh orang yang berada jauh darpada Gebeng, tempat ia akan dibina.

Beliau meggesa orang ramai menolak calon pilihan raya yang menyokong projek itu.

10:57am Di Kuantan, sistem audio bertambah baik di MPK4 membolehkan orang ramai mendengar ucapan yang diberikan. Yang tidak dapat mendengar, mereka terus berpesta, antaranya dengan menyanyi.

10:55am
Di Kuala Lumpur, perhimpunan sama berlangsung di Maju Junction dengan kehadiran kira-kira 500 orang.

10:40am
Aktivis alam sekitar mula merucap kepada peserta, termasuk aktivis anti-insinerator dari  Cameron Highlands dan kumpulan penentang pembinaan tiang kabel elektrik berkuasa tinggi di Rawang.

10:40am Anwar Ibrahim sampai bersama-sama, Wan Azizah, Nurul Izzah dan Shamsul Iskandar di Pdg MPK 4.

10:30am
Semakan pada laman web Lynas Corporation mendapati ia telah digodam.

Penggodam yang menamakan dirinya HackerXL menggantikan laman itu dengan satu lagi laman bertajuk "Hentikan Lynas, Selamatkan Malaysia. Jangan jahanamkan negara saya". 
10:20am Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang tiba dan beliau diberi tepukan gemuruh oleh hadirin.

10:17am Kumpulan alam sekitar lain juga menggunakan Himpunan Hijau 2.0 sebagai gelanggang menyatakan bantahan mereka.

Antaranya aktivis dari Bukit Koman, Raub menceritakan kepada orang ramai berhubung perjuangan mereka terhadap aktiviti perlombongan emas yang menggunakan bahan kimia beracun cyanide.

Mereka berharap pihak berkuasa akan sedar bahawa nyawa lebih penting daripada keuntungan dan wang, semata-mata.

"Kita tidak janya mahu 1Malaysia, kita juga mahukan 1Malaysia yang sihat," kata seorang wakilnya sambil diberikan tepukan gemuruh.
NONE 
10:15am Beberapa pemimpin NGO dan Pakatan Rakyat pula dibawa ke pentas. Antara mereka adalah ahli parlimen Kuantan Fuziah Salleh, yang dikenali antara pemimpin paling lantang menentang Lynas.

Jumlah hadirin di padang MPK4 semakin ramai dan dianggarkan tidak kurang 10,000 sedang berkumpul. 

10:05am Gililiran Sasterawan Negara Datuk Samad Said atau lebih popular dengan panggilan  Pak Samad untuk berucap.

Soalnya kepada hadirin "adakah kita mahu meninggalkan (loji) ini kepada anak cucu kita". Peserta perhimpunan terus menjwab "tidak!".

"Jadi apa patut kita lakukan?" soalnya dan hadirin sebulat suara menjerit: "Hancurkan Lynas".

Pak Samad kemudian menggesa rakyat bangkit mempertahankan alam sekitar ini daripada dicemari demi masa depan anak cucu semua.

Katanya, beliau sempat menulis empat buah puisi berhubung Himpunan Hijau dalam beberapa bulan ini.

"Saya ajak rakyat lawan, dan menyediakan 'rimba yang subur' untuk anak cucu kita," katanya.

10:02am Hishamuddin kemudian memberitahu orang ramai menurut anggaran pihak penganjur tidak kurang 10,000 sedang membanjiri padang itu.

Memandangkan sistem pembesar suara yang tidak begitu, baik, beliau meminta orang ramai supaya duduk sambil tepuk tangan mengikut rentak gendang yang dipalu.

Beliau kemudiannya mengetuai orang ramai mendedangkan lagu 'Suara Rakyat'  sambil diiringi paluan gendang Cina yang didatangkan khas.

10.00am: Solat hajat baru selesai. Aktivis sosial Hishammuddin Rais memberitahu para hadirin bahawa umat Islam, sebentar tadi berdoa memohon bantuan Allah supaya membantu rakyat bagi memastikan bumi ini tidak dijahanamkan oleh mereka yang korup.

Katanya lagi, mereka juga berdoa agar acara hari ini akan beroleh kejayaan.

Acara Himpunan Hijau 2.0 kini bermula secara rasmi.

Anggaran jumlah hadirin oleh polis menerusi Twitter: 4,000 - 5,000 setakat jam 9.45 pagi. 

9.50am: Di lokasi satu lagi perhimpunan solodariti di Kuala Lumpur, kira-kira 200 orang yang berpakaian hijau berkumpul di Maju Junction.

9.45am Jumlah yang mula memasuki padang MPK4 semakin ramai dan setakat ini sukar bagi menganggarkan jumlah yang datang kerana ramai lagi kelihatan sedang berarak dalam beberapa kumpulan dari Kuantan menuju ke lokasi itu.
NONE 
Kebanyakan yang hadir adalah penduduk sekitar termasuk keluarga mereka yang membawa anak-anak bagi membantah kilang memproses sisas radioaktif itu.

Berdasarkan jumlah orang ramai yang memenuhi lebih separuh daripada padang itu, dipercayai tidak kurang 5,000 orang yang hadir walaupun, acara secara rasmi belum lagi dimulakan. 

9:26am: Pengerusi gabungan Hentikan Lynas Andansura Rabu yang diiringi kira-kira 500 ahli Badan Bertindak Anti Rare Earth Refinery (Badar) dan aktivis PAS juga mula tiba ke padang MPK4 sambil melaungkan "Kami mahu Lynas ditutup".

himpunan hijau 2 260212 in coming supportersAndansura adalah juga pengarah Badar. Katanya, hanya dengan menutup kilang lynas akan dapat menjamin kesihatan orang ramai.

Bersama beliau adalah naib presiden PAS Salehudin Ayub.Turut dikesan berada di lokasi ini adalah beberpa pemerhati daripada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dan juga Majlis Peguam Malaysia.

9.20am: "Hentikan Lynas", "Hancur Lynas",  "Undur Lynas" dan "Tindas Rakyat" adalah slogan popular yang terus dijerit oleh orang ramai yang berhimpun itu.

9:15am Semakin ramai ahli kumpulan hijau yang dianggarkan 2,000 orang kini bergerak ke padang MPK 4.Sepanjang perjalanan mereka dipantau oleh anggota polis.
Meskipun tidak banyak membuat bising, namun kehadiran mereka disambut oleh penduduk yang membunyikan hon kereta, tanda sokongan terthadap Himpunan Hijau.

Antara pemimpin PKR yang dilihat berarak bersama orang ramai adalah N Surendren, Sivarasa Rasiah dan Lateefah Koya.

9.10am: Meskipin cuaca di Kuantan cerah dan panas, namun di Jalan Song, Kuching - satu lagi lokasi bagi perhimpunan itu, cuaca adalah sebaliknya. Hujan menyebabkan kira-kira 30 aktivis yang berkumpul bagi menunjukkan solidariti mereka, kini bayah kuyup.

Selain Kuantan, beberapa bandar juga mengadakan perhimpunan yang sama di beberapa lokasi di seluruh negara.

Tindakan itu bagi menunjukkan bahawa rakyat di negara ini tidak bersetuju dengan keputusan kerajaan mengambil risiko membina kilang radioaktif berkenaan yang dikatakan mungkin mencemarkan alam sekitar dan membahayakan kesihatan orang ramai.

9:05 am Ketika ini kumpulan yang berbaju hijau sedang berjalan di Jalan Berserah menuju ke padang MPK 4.

Polis sebentar tadi memberi kerjasama kepada mereka menunggu rakan-rakan lain yang dari Kuantan dan kawasan sekitar untuk berkumpul di padang MPK 1 sebelum bergerak.

Kira-kira 20 anggota polis juga kelihatan mengawal sekitar padang MPK 1.
9.00am: Jumlah hadirin di padang MPK4, kini dianggarkan 1,500 dengan kumpulan yang membawa belon berwarna hijau pula mengambil tempat.

Jumlah anggota polis yang hadir dianggarkan kira-kira 100 orang dengan dibantu dua ekor anjing. Helikopter yang berlegar-legar di ruang udara terus berbuat demikian.

8.58am: Suasana seolah-olah serperti pesta. Aktivis dari NGO mesra PKR, Jingga 13, mempersembahkan drama mempersendakan Menteri Besar Pahang Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob.

"Sebagai menteri besar berapa banyak awak akan beri saya untuk bina kilang?" soal seorang pelakon.

Seorang lagi yang berpakaian sebagai seorang jurutera dengan tertera perkataan "Lynas" pada bajunya menjawab: "RM700 juta!"

"Wow! Saya terima. Saya boleh ke London," jawab 'menteri besar' itu. 

8:51am Ratusan peserta dari Hotel Megaview, kini berada berdekatan padang MPK1. Anggota polis kemudian meminta mereka terus ke padang MPK 4, tempat sepatutnya mereka berhimpun.

Mereka bergerak sambil terus menyanyikan lagu 'Suara Rakyat'.

8:45am Cuaca cerah di Kuantan, dengan semakin ramai yang datang. Dianggarkan tidak kurang 1,000 orang yang sedang berkumpul dan sebahagian besar mereka mencari teduh daripada bahang matahari kerana acara dijadualkan kira-kira sejam lagi.

NONEKumpulan aktivis Jingga 13 sedang memamlu kompang sambil menjeritkan slogan "Hentikan  Lynas".

8:31am Bekas aktivis pelajar Hishamuddin Rais dilihat mengetuai orang ramai sambil menyanyikan lagu "Suara Rakyat" sebelum mereka berarak ke tempat berkumpul di padang  MPK1.

Turut hadir adalah Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan juga beberapa anggota jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0, termasuk Maria Chin dan Wong Chin Huat.

8:22am Sebuah helikopter polis kelihatan sedang berlegar-legar di bruang udara di kawasan sekitar, dipercayai bagi memantau kawasan sekitar.

Beberapa kumpulan NGO dan juga ahli parti-parti politik mula tiba.

Menurut seorang petugas unit amal PAS, PKR dan beberapa NGO itu akan berkumpul di Hotel Sentral di Kuantan manakala PAS pula di berdekatan pasaraya Giant, dan DAP akan berhimpun di berhampiran sebuah pasar.

Katanya, semua kumpulan itu, kemudiannya akan bergerak dan bertemu di padang MPK 4.

8:14am Kebanyakan yang hadir berpakaian serba hijau.

Turut hadir adalah penduduk Bukit Koman yang berkempen menentang perlombongan cyanidedi Raub.

8:10am Jumlah yang datang semakin ramai. Dianggarkan tidak kurang 300 mula berkumpul. Seorang peserta kelihatan membawa bendera Johor, manakala seorang lagi membawa sepanduk berbunyi: "Saya dari Klang, saya tentang kilang nadir bumi." 
8:02am Pengerusi jawatankuasa pemandu Himpunan Hijau Wong Tack berkata orang ramai diminta berkumpul di padang MPK1 pada jam 9 pagi dan mereka akan berarak ke padang MPK4 dari situ.

Satu lagi, tempat berkumpul adalah di pasar Kuantan dan mereka juga akan berjalan menuju ke padang MPK1 sebelum ke padang MPK4.


Gambar:




















Video:



Berkaitan:
[HD] KUANTAN, 26 Feb: Hampir 20,000 rakyat Malaysia khususnya masyarakat Kuantan hari ini turun ke Padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) 4 bagi menyatakan solidariti membantah pembinaan loji pemprosesan nadir bumi di Gebeng oleh syarikat Lynas Advanced Material Plant (Lamp).

Perhimpunan yang diberi nama Himpunan Hijau 2.0 hari ini dianjurkan oleh lebih 80 NGO perihatin dan turut mendapat sokongan parti-parti politik Pakatan Rakyat khususnya PAS, PKR dan DAP.

Pelbagai cara bantahan dizahirkan bukan sahaja dengan memakai baju hijau, malah juga dengan membawa kain rentang, pengikat kepala, poster dan payung mengecam tindakan Lynas itu.

Antaranya tulisan seperti 'Stop Lynas', 'Save Malaysia', 'No Toxic Cyanide' dan belbagai lagi.

Mereka yang terdiri daripada pelbagai kaum dengan majoritinya Tionghua turut melaungkan slogan 'Selamatkan rakyat, Hancur Lynas, Say no to Lynas, undur Lynas, Pilihan ditangan kita dan sebagainya.

Turut hadir pada himpunan hari ini, beberapa pemimpin utama Pakatan Rakyat termasuk Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PKR Datuk Sri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Naib Presiden PAS Salahudin Ayub, Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Zulkefly Mohamad Omar dan Penasihat DAP Lim Kit Siang.

Selain mereka turut hadir memberi sokongan adalah Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said dan Pengerusi Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan.

Himpunan yang bermula kira-kira jam 9.30 pagi itu sekarang ini sedang berlangsung dengan ucapan wakil-wakil NGO dan tamat jam 11.20 pagi, sebentar tadi.

 

 

 

 

Media China: Awas Helah Barat di Syria

Posted: 25 Feb 2012 07:45 PM PST


Saya petik:
 
[HM] BEIJING: Media rasmi China semalam berkata, AS dan Eropah kini "melindungi cita-cita" untuk menguasai Syria di sebalik sikap ingin membantu mereka.

Xinhua melaporkan, kebanyakan negara Arab kini sedar bahawa kebimbangan Barat terhadap aspek kemanusiaan di Syria sebenarnya hanyalah helah mereka untuk mengembangkan pengaruh di situ.

Agensi itu berpendapat, perbincangan Sahabat Syria - yang diboikot China dan Russia - bersetuju mengelak menggunakan tentera dalam konflik berkenaan.

Bagaimanapun, pertemuan lebih 60 menteri luar menampakkan gesaan campur tangan tanpa senjata pasukan pengaman Arab, selain amaran keras keluarkan Washington terhadap Presiden Bashar al-Assad atas sikap degilnya.

Kata Xinhua, Beijing tidak menghadiri persidangan itu kerana perlukan maklumat jelas mengenai matlamat, kesan dan mekanisme digunakan bagi menyelesaikan konflik dalaman Syria.

"Negara Arab mahu memastikan tragedi seperti di Libya tidak menimpa Syria.

"Sebagai sahabat Syria dan rakyat Arab, China percaya sebarang tindakan diambil komuniti antarabangsa perlu membantu mengurangkan ketegangan, menggalakkan dialog politik, mencari jalan penyelesaian perbezaan pendapat dan mengekalkan keamanan serta kestabilan di Timur Tengah," kata komentar berkenaan.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas Baran dan negara Arab meningkatkan tekanan ke atas regim Bashar dalam pertemuan di Tunisia, kelmarin.

Ketiadaan wakil China dan Russia dalam pertemuan membincangkan isu Syria itu membayangkan kesukaran komuniti antarabangsa mencari kata sepakat bagi menyelesaikan konflik berkenaan.

Kedua-dua negara juga beberapa kali mengekang regim Bashar, termasuk menggunakan kuasa veto dalam pengundian resolusi di Majlis Keselamatan PBB.

Bagaimanapun, Xinhua tidak memberi sebarang reaksi kepada komen Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton, yang menggesa negara lain "mengubah sikap terhadap Russia dan China." - AFP



P/s: Jangan terima bulat-bulat berita yang kononnya bersumberkan ulama, media Syria kerana hal itu mungkin propaganda Barat. Kita pernah melihat taktik jahat mereka sewaktu menjatuhkan Sadam dan Muamar Gaddafi.


Mufti Perlis: Kaji Keputusan Penamaan "Ayah" Anak Tidak Sah Taraf Semula

Posted: 25 Feb 2012 06:34 PM PST


Saya petik:

[HM] KUALA LUMPUR: Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya meminta supaya keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan mengenai penamaan anak tak sah taraf (luar nikah) yang dibin atau dibintikan kepada Abdullah disemak semula kerana didakwa tidak menepati konsep Islam serta mengaibkan.

Katanya, semakan itu perlu kerana keputusan berkenaan berdasarkan perbincangan Muzakarah Fatwa Kebangsaan dan bukan keputusan dicapai Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan.

"Sebenarnya ada perbezaan antara Muzakarah Fatwa Kebangsaan dengan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan. Keputusan mengenai penamaan anak luar nikah kepada Abdullah adalah berdasarkan muzakarah atau perbincangan yang dihadiri individu tertentu.

"Untuk menetapkan sesuatu keputusan atau fatwa, ia sebenarnya hanya boleh dilakukan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kerana ahlinya dipilih Majlis Raja-Raja dan barulah ia boleh diguna pakai," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media pada forum 'Apa Ada Pada Nama' anjuran Sisters In Islam yang turut dihadiri Ketua Hakim Syariah Terengganu, Datuk Ismail Yahya serta peguam bela dan peguam cara, merangkap peguam syariah, Nizam Bashir.

Menurut Dr Juanda, keputusan fatwa yang diguna pakai itu juga tidak berdasarkan konsep Islam kerana ia kelihatan menindas serta memalukan.

"Saya tidak tahu apa perlunya menamakan seseorang anak luar nikah, termasuk individu yang baru masuk Islam, dengan berbin atau berbintikan Abdullah. Ini seolah-olah kita ingin meletakkan mereka dalam satu kumpulan dengan tujuan tertentu.

"Sebab itu, dalam kebanyakan kes, anak-anak ini kemudian menjadi malu dan menerima aib apabila diketahui mereka anak tak sah taraf, sedangkan ia kesalahan ibu bapa dan tidak sepatutnya ditanggung anak," katanya.

Dr Juanda berkata, tidak ada dalil atau nas menyatakan anak tidak sah taraf, termasuk golongan mualaf, perlu dibin atau dibintikan dengan Abdullah.

"Jika seorang lelaki datang ingin mendaftarkan nama anak mereka, itu bermakna dia mengaku itu anaknya dan tidak perlu dipertikaikan.

"Walaupun ia anak hasil di luar perkahwinan, hubungan darah antara bapa dengan anak tetap sama, cuma bezanya hasil hubungan sebelum berkahwin.

"Jadi kita sebagai manusia tidak perlu menghukum anak itu kerana kesalahan ibu serta bapa mereka," katanya.

Sementara itu, Ismail berkata, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) juga sebenarnya tidak mempunyai kuasa untuk menghalang mana-mana ibu atau bapa mendaftar nama anak mereka.

Bagaimanapun, katanya, apa yang berlaku ialah kakitangan di JPN pula sibuk meminta pelbagai dokumen daripada ibu atau bapa, termasuk mempertikaikan taraf perkahwinan seseorang yang tidak sama mengikut waktu kelahiran anak.

"Tugas mereka adalah mendaftarkan nama. Jika ayah serta ibu bapa adalah warga negara, soal tempoh perkahwinan sewaktu melahirkan tidak patut menjadi persoalan.

"Perkara ini sebenarnya di bawah kuasa syarak dan bukan di bawah bidang kuasa pentadbiran. Hukum syarak lebih tinggi daripada pentadbiran," katanya.

Nizam pula berkata, ibu atau bapa yang ada masalah atau dihalang untuk mendaftarkan nama anak atas sebab tertentu boleh membawa perkara itu ke mahkamah kerana ia melanggar Artikel 358 Perlembagaan Persekutuan mengenai hak kebebasan untuk mendaftar seperti terkandung dalam Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian (Peruntukan-Peruntukan Khas).


Remaja Dipercayai Diperkosa Sebelum Dibunuh

Posted: 25 Feb 2012 05:30 PM PST

Saya petik:

[HM] TAIPING: Seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun ditemui maut, dipercayai dirogol sebelum kepalanya dibenam di dalam kolah di bilik air rumahnya di sini, petang kelmarin.

 Mayat pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsan (SMK) Dato' Wan Ahmad Rasdi (SMKDWAR) itu ditemui adik lelakinya dalam keadaan kepala dan seluruh badan dalam kolah selain cedera parah di kepala akibat dipukul benda keras.

Difahamkan, ketika kejadian, mangsa seorang diri di rumah sebelum kediamannya dimasuki individu tidak dikenali yang kemudian cuba merogol dan mencabul mangsa sebelum dia dibunuh.

Dalam kejadian jam 4.30 petang di Batu 9, Jalan Trong, Changkat Jering, mangsa dikenali sebagai Nurul Aien Mohd Saimon ditemui maut oleh adik lelakinya yang baru pulang dari rumah neneknya, 300 meter dari tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusuf Mohd Diah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada penduduk kampung jam 4.30 petang.


Berkaitan:

Pelajar Dibunuh Kejam di dalam Bilik Air

[SH] TAIPING - Mayat seorang pelajar berusia 16 tahun ditemui berlumuran darah, dipercayai dibunuh di dalam bilik air rumahnya di Batu 9, Jalan Trong,  Changkat Jering, petang kelmarin.

Dalam kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 4.30 petang itu, mayat Nurul Aien Mohd Saimon ditemui dalam dalam kolah air dalam rumahnya.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusuf Mohd Diah berkata, hasil siasatan awal di tempat kejadian, mendapati bahagian belakang kepala  mangsa cedera dengan kesan luka dipercayai dipukul dengan benda keras.

"Siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengetahui sama ada kemungkinan mangsa dirogol atau tidak sebelum dibunuh.

"Polis juga belum menemui sebarang senjata atau benda keras yang digunakan dalam pembunuhan ini," katanya.

Menurutnya, setakat ini, pihak polis menolak kemungkinan kes ini ada kaitan dengan rompakan berdasarkan tiada dokumen penting atau barangan dalam rumah berkenaan yang hilang. 

"Dipercayai seorang suspek terlibat dalam kes tersebut dan motif pembunuhan juga masih disiasat. Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.  

Yusuf berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Taiping sebelum dibawa ke Hospital Ipoh untuk bedah siasat.

Jenazah dikebumikan kira-kira jam 11 pagi di Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu 9 Jalan Trong, Changkat Jering, semalam.


Isu Pemimpin PKR Ditangkap Khalwat di Kuantan, Penjelasan Ustaz Badrulamin

Posted: 25 Feb 2012 04:30 PM PST

Laporan Sinar Harian

Pemimpin PKR ditangkap khalwat dengan isteri orang


INILAH lokasi hotel tempat Dr. Badrulamin ditangkap
di Balok, Kuantan.



[Komo] KUANTAN – Seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) ditangkap atas dakwaan berkhalwat dengan seorang wanita berstatus isteri orang berusia 28 tahun di sebuah hotel di Balok di sini awal pagi semalam.

Pemimpin PKR itu, Dr. Badrulamin Bahron (gambar kecil), 51, yang merupakan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR ditangkap bersama wanita itu oleh sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) kira-kira pukul 3 pagi di bilik hotel berkenaan.

Timbalan Pengarah JAIP, Datuk Mohd. Ghazali Abd. Aziz ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.
Ujarnya, ahli politik itu dibebaskan dengan ikat jamin selepas kira-kira sembilan jam ditahan dan akan dipanggil semula untuk memberi keterangan.

Katanya, siasatan lanjut akan dijalankan mengikut Seksyen 145 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982.

Penangkapan Dr. Badrulamin dalam kes khalwat telah disiarkan oleh beberapa blog antaranya Papagomo dan Pisau.net sejak petang semalam.

Menurut blog itu, wanita yang ditangkap khalwat bersama pemimpin PKR dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu merupakan seorang kakitangan sebuah kolej komuniti di negeri ini.




Yang berikut ialah penjelasan Dr Badrulamin tentang dakwaan itu.

Saya menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan media bahawa saya ditangkap khalwat oleh pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di Kuantan.

Saya ke Kuantan untuk menghadiri Temurapat Pemimpin Parti Keadilan Rakyat pada 24 Februari sehingga 26 Februari 2012. Saya mengambil peranan aktif di dalam Temurapat ini.

Pada petang 24 Februari 2012, wanita tersebut telah menghubungi saya dengan nada cemas dan menyatakan hasrat beliau untuk melarikan diri daripada rumah kerana bimbangkan keselamatan diri beliau. Saya dengan tegas menasihatkan beliau untuk tidak berbuat demikian.

Walau bagaimanapun pada jam 2.00 pagi 25 Februari 2012, beliau telah menghubungi saya memaklumkan bahawa beliau sudah tiba di lokasi Temurapat Pemimpin Keadilan.

Saya telah mengenali pasangan suami isteri ini sejak lebih setahun lalu semasa wanita itu bersama keluarganya mengikuti rombongan umrah saya. Pasangan suami isteri ini sering berhubung dengan saya bagi mendapatkan nasihat mengenai masalah keluarga yang mereka hadapi termasuk kes keganasan rumah tangga. Di dalam usaha membantu pasangan ini, saya dan isteri pernah menziarahi keluarga ini di Rompin.

Di atas rasa tanggungjawab melihat wanita tersebut bersama anaknya di awal pagi, saya membantu beliau mendapatkan bilik penginapan. Pada jam 2.30 pagi suami wanita tersebut bersama lebih kurang 20 orang yang tidak dikenali menyerbu dan menyerang saya. Suami wanita tersebut kemudiannya telah membawa isteri dan anaknya pergi secara paksa.

Lelaki-lelaki bersikap ala samseng ini berhenti memukul saya apabila pihak keselamatan tiba dan menghalang mereka. Namun mereka masih tidak membenarkan saya keluar dari bilik. Hanya setelah 20 minit dikurung oleh samseng tersebut, pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) tiba dan menahan saya yang berseorangan di dalam bilik.

Kenyataan Timbalan Pengarah JAIP bahawa saya ditahan oleh pegawai JAIP ketika berkhalwat adalah tidak benar sama sekali. Saya beranggapan bahawa kejadian ini merupakan satu tindakan terancang untuk memerangkap dan mengaibkan saya. Saya hanya dipanggil untuk membantu siasatan JAIP pada 27 Februari 2012. Saya akan hadir bersama peguam untuk memberi kerjasama penuh kepada siasatan ini.

Dengan penjelasan ini, saya berharap semua pihak menghentikan tohmahan dan fitnah terhadap saya. Saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang membuat tuduhan dan fitnah terhadap saya.

Dr. Badrulamin Bahron



P/s: Persoalan yang mahu TM timbulkan: Mengapa Ustaz Badrulamin seolah-olah meletakkan dirinya dalam perangkap, sedangkan hal wanita ini boleh diuruskan oleh orang lain (wanita). Pada TM, buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.






Tiada ulasan: