Ahad, 26 Februari 2012

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Kami Rasa Dihargai - Warga Emas

Posted: 26 Feb 2012 12:05 AM PST

Oleh Naeem Raffi


KLANG : Amalan kepimpinan Kerajaan Negeri yang berjiwa rakyat dan telus dalam membahagikan hasil negeri kini menerima maklum balas positif daripada setiap lapisan masyarakatnya.

Warga emas tidak terkecuali menerima manfaat ini apabila mereka diraikan dalam Program Jom Shopping dengan pemberian baucer bernilai RM100 untuk mereka membeli barangan keperluan di pasaraya terpilih.

Program Jom Shopping di DUN Pelabuhan Klang kali ke-9 hari ini menyaksikan 100 warga emas yang berdaftar di bawah Program Skim Mesra Usia Emas (SMUE) dibawa membeli belah di Pasaraya Giant Bukit Tinggi, Klang.

Salah seorang peserta program Zainal Abidin Yun,72 berkata kepimpinan yang dibawa oleh Pakatan Rakyat ini sewajarnya diberi pujian dan diambil contoh oleh kepimpinan negeri mahupun pusat dalam menjaga kebajikan rakyat.

"Ini satu usaha bagaimana kerajaan mampu mqembantu rakyat walapun pemberian ini tidak begitu besar tetapi ia tetap meringgankan beban.

"Bagi negeri-negeri lain, ambilah penganjuran ini sebagai contoh dalam membantu meringgankan beban rakyat terutamanya warga emas.

Sementara itu bagi Zainah Ghani (gambar),74 berkata bantuan seumpama ini meringgankan bebannya yang berdepan dengan kos perbelanjaan bagi merawat penyakit sendi lututnya.

Ibu tunggal yang hilang keupayaan untuk berdiri hampir 5 tahun ini turut menzahirkan rasa berterima kasih kepada keperihatinan kerajaan negeri.

"Mak cik perlukan banyak duit untuk kos perubatan kaki mak cik.

"Terima kasih banyak-banyak, Mak cik sebelum ini tidak pernah terima sumbangan warga emas seperti ini,"katanya.

Program Jom Shopping ini adalah lanjutan dari Program Skim Mesra Usia Emas (SMUE) yang dilancarkan pada Jun 2008, selepas genap 100 hari Pakatan Rakyat membentuk kerajaan negeri.

Setakat ini, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan antara RM5 juta hingga RM10 juta untuk program ini berdasarkan keperluan semasa.

Baucer ini diagihkan kepada semua Pusat Khidmat Rakyat DUN di seluruh negeri Selangor dan wakil rakyat atau pegawai penyelaras DUN akan menetapkan tarikh untuk membawa warga emas ini membeli-belah.

Penyelaras DUN Pelabuhan Klang, Suhaimi Mohd Nor berkata penganjuran program ini mendapat hangat dari kalangan warga emas.

Namun, masih terdapat sebilangan kecil masyarakat yang terkongkong dalam fahaman politik sempit, sedangkan kerajaan negeri tidak pernah memilih kasih dalam pemberian seumpama ini.

"Kita sebagai Pentadbir DUN dalam rangkaian usia emas ini, kita memberi manfaat kepada mereka mengikut sistem tahun, kita memberi baucer ini mengikut giliran, setakat ini kita masih ada baki hampir 5000 warga emas yang belum berkesempatan kita bawa untuk membeli belah di DUN Pelabuhan Klang ini,"katanya.

Bagi memberi peluang kepada warga yang berumur 60 tahun dan ke atas untuk menikmati hasil negeri, kerajaan negeri turut menyediakan kemudahan iaitu Skim Takaful dan Khairat Kematian berjumlah RM 2,500.00.

Cadangan Skim Baikpulih Rumah Kediaman Luar Bandar

Posted: 26 Feb 2012 12:01 AM PST

Oleh Hafizan Taib


SABAK BERNAM : Kerajaan Negeri akan dicadangkan mewujudkan satu lagi tabung khas sepertimana Skim Ceria bagi program membaikpulih rumah kediaman di kawasan luar bandar di Selangor.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan Selangor, Iskandar Abdul Samad berkata, pihaknya akan megemukakan cadangan itu kepada Kerajaan Negeri di dalam mesyuarat exco akan datang.

Menurutnya, perkara itu perlu diberi perhatian sama sepertimana rumah kediaman di kawasan bandar di mana kebanyakan pangsapuri dibaikpulih menerusi skim Ceria atau Caring Goverment For Residence Improvement Aid dengan peruntukan RM9.7 juta.

"Kalau kita telah menunaikan tanggungjawab kita kepada mereka di bandar, mungkin kita perlu lihat satu program yang sama di luar bandar. Sekarang kita ada program rakyat termiskin iaitu juga CSR tetapi saya akan membangkitkan supaya Kerajaan Negeri mewujudkan satu lagi tabung untuk baik pulih sepertimana tabung bagi rumah-rumah di pangsapuri-pangsapuri.

"Saya melihat bahawa ada keperluan seperti Ceria ini tetapi di kawasan luar bandar," katanya dalam sidang media selepas Program CSR Perbadanan Kemajuan Negeri Sselangor (PKNS) - Baikpulih Rumh Asnaf Fakir Miskin di Bagan Terap di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Pengurus Besar (Pentadbiran dan Peembangunan) PKNS, Noraida Mohd Yusof; Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) Sabak Bernam, Jasman Syazry Mohd Saari dan Setiausaha Majlis Daerah Sabak Bernam, Azril Hakim Nohd Yazid.

Dalam majlis itu, PKNS menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) menyampaikan bantuan kepada asnaf fakir dan miskin kepada Zamri Sakiman, 39, di mana rumahnya dibaikpulih kembali.

Menyentuh perkara itu, Iskandar berkata, usaha PKNS itu wajar dipuji dan pihaknya merakamkan perhergaan terima kasih kepada PKNS di mana telah menyediakan satu peruntukan yang besar bagi tujuan itu.

"Dalam program ini PKNS telah memperuntukkan RM396,000 untuk membaikpulih 22 buah rumah di daerah Sabak Bernam. Kawasan-kawasan yang dibaikpulih adalah di Tebuk Pulai, Kampung Bagan Terap, Kampung Tok Khalifah, Bagan Nira, Sepintas dan Jalan Masjid," katanya.

Iskandar berkata, PKNS akan memberikan pengagihan dalam RM15,000 hingga RM118,000 bagi setiap sebuah rumah.

Tahun ini juga, katanya, PKNS telah memperuntukkan sebanyak RM2.2 juta wang zakat bagi program CSR untuk asnaf fakir dan miskin, muallaf dan fisabilillah.

Menurutnya, komitmen yang ditunjukkan PKNS dalam memberikan semula keuntungan kepada rakyat Selangor melalui aktiviti sosial dan kebajikan itu sangat dihargai dan ini membuktikan PKNS tidak pernah lupa menjalankan tanggungjawabnya walaupun perniagaan utamanya adalah dalam sektor hartanah.

Tambahnya, diharapkan langkah diambil PKNS itu akan dicontohi oleh perbadanan mahupun anak-anak syarikat kerajaan negeri yang lain.

"Keseluruhan untuk rumah kos rendah sama ada pengurusan atau pembinaan dan subsidi, PKNS telah membelanjakan lebih kurang RM30 juta setahun.

"Cuma saya harap PKNS dapat melihat di kawasan seperti luar bandar ini ada usaha untuk kita membaiki lebih banyak kerana yang kita lihat masih ada banyak lagi rumah-rumah yang memerlukan baik pulih," katanya lagi.

Umno-BN parti politik parasit

Posted: 25 Feb 2012 11:57 PM PST

Oleh ND Ibrahim

Satu-satunya peluang terdekat yang ada untuk rakyat negara ini membunuh parasit Umno-BN ialah melalui PRU-13 nanti, pengundi jangan tersilap pilih lagi.


Parasit atau tumbuhan menumpang hidup di tumbuhan induk lain memang diketahui merupakan sejenis tumbuhan yang menjadikan sel- sel dari tumbuhan induknya sebagai sumber makanan untuk meneruskan kelangsungan hidupnya.

Jika parasit berkenaan terus dibiarkan, lama-kelamaan ianya akan membawa mudarat kepada tumbuhan induk itu sendiri dan boleh menyebabkan pokok induk itu mati secara perlahan-lahan.

Sama di alam semulajadi, dalam arena politik negara ini Parti Kebangsaan Melayu Bersatu atau Umno juga sama seperti tumbuhan parasit tadi, kelangsungan hidupnya sangat bergantung kepada 'tumbuhan induknya'.

Menjadikan keadaan lebih buruk lagi apabila Umno-BN hari ini telah dianggap sebagai sebuah parti politik parasit yang memerlukan kos penyelengaraannya yang cukup tinggi demi memuaskan kehendak pemimpin dan meneruskan kelangsungan parti itu sendiri.

Lebih-lebih lagi di saat semakin hampirnya musim pilihan raya seperti keadaan yang ada sekarang, sikap parasit mereka akan meningkat berkali-kali ganda bagi memastikan parti itu terus kekal bernyawa.

Hakikat Umno-BN adalah sebuah parti yang paling banyak memenangi pilihan raya yang pernah diadakan di negara ini memang tidak dapat disangkal lagi.

Bagaimanapun kemenangan demi kemenangan yang Umno-BN kecapi banyak bergantung kepada faktor formula '3M' yang banyak menyebelahi mereka iaitu Media, Machinery dan Monetary.

Sama seperti parasit, semenjak Mogok Utusan 1961 lagi, Umno-BN dengan tidak bertanggungjawab dan konsisten mempergunakan media demi kelangsungan hayat mereka sekaligus membunuh kebebasan media di negara ini dengan perlahan-lahan.

Machinery

Tanpa ragu-ragu Machinery (jentera) pilihan raya Umno-BN boleh dianggap sebagai jentera pilihan raya yang paling berkesan dan utuh berbanding jentera-jentera parti lawan.

Bagaimanapun sekali lagi, sama seperti parasit yang memakan sel tumbuhan induk untuk kelangsungan hidup, jentera Umno-BN sebenarnya cuma bergantung harap kepada jentera kerajaan samada dengan menyalahgunakan harta termasuk peruntukan dari dana awam mahupun penggunaan sumber manusianya.

Tindakan yang banyak memberikan kelebihan kepada mereka itu dengan sendirinya telah banyak merosakan institusi kerajaan negara ini.

Malahan gara-gara sikap parasit Umno itu, lebih-lebih lagi di kalangan penyokong totok Umno telah gagal membezakan harta hak milik kerajaan dengan hak milik Umno dengan beranggapan bahawa hak kerajaan juga merupakan kepunyaan Umno-BN dan begitu juga sebaliknya.

Monetary (Kewangan)

Rata-rata masyarakat negara ini sedar bahawa Umno-BN dengan wang tidaklah dapat dipisahkan bagaikan semut menghurungi tumpahan gula, di mana ada lubuk wang maka di situlah pemimpin-pemimpin mereka akan menghurunginya.

Demi kepentingan kekayaan diri dan memenuhkan kantung pilihan raya maka tidaklah menghairankan apabila pelbagai cara dilakukan untuk mendapatkan wang bagi menjana perjalanan kempen pilihan raya mereka.

Komisen bernilai jutaan ringgit dalam urusniaga pembelian aset bernilai tinggi negara contohnya, selain masuk ke poket diri sendiri dan

kroni, sebahagian darinya juga adalah untuk persediaan perbelanjaan pilihan raya.

Tidak ketinggalan projek-projek bernilai berbilion ringgit yang kononnya untuk rakyat juga turut menyediakan habuan untuk pemimpin tertentu dan kantung pilihan raya parti 'high maintenance' itu sebagai pra-syarat bagi memperolehi projek rundingan terus kerajaan.

Maka, tidaklah menghairankan apabila beberapa kontroversi berhubung pembelian aset negara seperti pembelian kapal selam Scorpene misalnya tidak mendapat reaksi yang sepatutnya dari SPRM dan badan penguatkuasa yang lain.

Persepsi negatif

Lebih menyedihkan, apabila kontroversi pembelian tersebut turut menimbulkan pelbagai persepsi negatif termasuklah tanggapan yang melibatkan nyawa melayang baik diletupkan mahupun ke tali gantung.

Maka tidaklah keterlaluan jika ada masyarakat yang menganggap sesetengah projek kerajaan dan pembelian aset bernilai tinggi negara dibuat berdasarkan keperluan kewangan Umno-BN serta pemimpin mereka dan bukannya keperluan rakyat dan negara.

Projek dan pembelian tersebut hanyalah dijadikan satu platform bagi membolehkan duit masuk kekantung mereka 'secara sah' dan menguntungkan kroni sekaligus mewujudkan situasi menang-menang sesama mereka.

Sikap parasit Umno-BN memakan sel pokok induk ini bukan sahaja membunuh kebebasan media dan kebertanggungjawaban entiti kerajaan terhadap harta kerajaan malah turut membunuh intergriti badan penguatkuasaan dan sistem perundangan negara yang kononnya bebas.

Bukan sahaja peluh jantan ketakutan SPRM, polis dan badan penguatkuasaan lain terpercik tatkala cuba memulakan siasatan terhadap pemimpin-pemimpin Umno-BN ini.

Hatta pihak di dalam institusi perundangan turut berfikir berkali-kali sebelum melakukan sebarang pendakwaan meskipun dibekalkan bukti yang kukuh.

Sepertimana cara untuk menyelamatkan pokok induk dengan membuang parasit yang melata di dahan-dahan, parasit Umno-BN juga haruslah segera dinyahkan dari Putrajaya.

Satu-satunya peluang terdekat yang ada untuk rakyat negara ini membunuh parasit Umno-BN yang telah lama membunuh kebebasan media, integriti kerajaan, penguatkuasaan, kehakiman dan lain-lain ialah melalui Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti, pengundi jangan tersilap pilih lagi.

Polis: Himpunan Hijau cuma tarik 3,000 orang

Posted: 25 Feb 2012 11:54 PM PST

FREE MALAYSIA TODAY

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beberapa pemimpin lain hadir di perhimpunan itu.


KUANTAN: Himpunan Hijau 2.0 yang berlangsung di padang MPK 4 di sini hari ini gagal menarik kehadiran 20,000 orang seperti disasarkan apabila hanya kira-kira 3,000 orang hadir pada perhimpunan bagi membantah operasi kilang nadir bumi Lynas.

Walaupun tiada kejadian tidak diingini berlaku pada perhimpunan itu namun polis kesal kerana terdapat kalangan mereka di bawah umur 15 tahun menyertai perhimpunan itu, kata Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohd Jasmani Yusof.

Beliau berkata polis kesal dengan pihak penganjur yang tidak mematuhi sepenuhnya syarat yang telah dipersetujui bersama bagi mengadakan perhimpunan itu sebelum ini.

Kira-kira 3,000 orang hadir ke perhimpunan itu termasuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim serta beberapa pemimpin parti politik pembangkang, katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mohd Jasmani berkata, pihak polis memberi kerjasama sepenuhnya termasuk tidak mengadakan sekatan jalan dan malah memberikan penunjuk arah ke padang MPK 4 kepada orang luar yang datang ke perhimpunan itu.

Sementara itu, tinjauan Bernama mendapati beberapa pemimpin politik turut membuat ucapan berbaur politik pada perhimpunan itu sekalipun antara syarat perhimpunan itu ialah tidak dibenarkan berceramah perkara lain selain isu alam sekitar.

Syarikat Lynas Advanced Material Plants telah diberikan lesen untuk beroperasi sementara.- Bernama

12,000 Orang Saksikan Najib Ditabal Imam Khalifah Agong Silat Pusaka Gayong

Posted: 25 Feb 2012 11:47 PM PST

Post Pic

ANTARA POS.COM


GURUN : Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menerima anugerah Imam Khalifah Agong Gayong, sekali gus menjadikan beliau pemimpin tertinggi yang menerima anugerah itu daripada Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia.
Anugerah itu yang membawa gelaran Sri Tri Buana Gangga Simanjakani Chula Sakti disampaikan oleh Yang Dipertua pertubuhan itu, Datuk Raja Abdul Majid Raja Mat Isa.
Anugerah itu adalah pengiktirafan persatuan untuk pemimpin yang mempamerkan ciri-ciri kepimpinan tertinggi di samping menyumbang kepada jati diri Melayu.
Ia meletakkan Najib sebagai penyandang gelaran kebesaran tertinggi dalam pertubuhan itu. Najib menjadi ahli silat seni gayung sejak beliau menjadi Menteri Besar Pahang.
Pada majlis yang diadakan di Kompleks Sukan Kriss Modenas di sini, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor turut menerima anugerah yang membawa gelaran Sri Pelangi Srikandi Utama.
Upacara pertabalan itu berlangsung dalam upacara penuh tradisi yang merungkai sejarah pahlawan Melayu di saksikan oleh kira-kira 12,000 orang.
Dalam ucapannya pada Himpunan Raksasa Perpaduan Gayong, Najib merakamkan rasa terharu beliau di atas penghormatan yang diberikan oleh Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia.
"Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga di atas gelaran yang diberikan kepada saya dan isteri saya,"katanya.
Najib sekali lagi menegaskan kerajaan pimpinan beliau komited membantu seni silat untuk ia terus berkembang menjadi warisan yang dibanggakan selain untuk membina jati diri Melayu.
Sehubungan itu, sebuah yayasan di atas nama Datuk Meor Abd Rahman selaku pengasas silat gayong, akan ditubuhkan dan peruntukan sewajarnya akan disalurkan oleh kerajaan, kata beliau.
Najib menegaskan yayasan itu akan berperanan mengembangkan seni, ilmu dan nilai yang menjadi teras silat gayong kepada kumpulan sasaran.
"Saya bersetuju supaya peruntukan sewajarnya diberikan bagi membangunkan gelanggang silat. Saya akan berbincang dengan ayahanda Datuk Raja Abdul Majid tentang peruntukan ini," kata Perdana Menteri.
"Wadah perjuangan seni silat gayong berkait rapat dengan wadah perjuangan Umno iaitu perjuangan yang tidak ada noktah, tidak akan sampai ke garisan penamat," katanya.
Perdana Menteri menyifatkan seni silat gayong sebagai penting kepada perpaduan Melayu dan wadah perjuangan di atas nama bangsa, agama dan negara.
"Andai (kita) ingin mencapai perpaduan nasional maka sendi utamanya ialah perpaduan orang Melayu dan perpaduan melalui seni silat gayong adalah sebahagian perpaduan bangsa Melayu," katanya.
Beliau berkata seni silat gayong bukan sahaja bermaksud menonjol dari segi luaran dan kekuatan fizikal, tetapi turut membentuk dan menggilap semangat perjuangan dan jati diri pesilat yang diwarisi sejak turun temurun.

'Fathul Bari belasah Muhyiddin?' terhangat minggu ini

Posted: 25 Feb 2012 11:43 PM PST

Harakahdaily,

KUALA LUMPUR: Ulasan blogger Cenangau Daun Kari mengenai kritikan ulama muda Umno, ustaz Fathul Bari terhadap bai'ah yang digunakan untuk tujuan politik seolah menghentam Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah artikel terhangat Facebook dan Twitter Harakahdaily sepanjang minggu lalu.

Dalam ulasannya, Cenangau berkata kritikan Fathul, walaupun asalnya bertujuan untuk mempertikaikan konsep bai'ah yang digunakan PAS, tetapi terkena pada Umno dan Muhyiddin sendiri, kerana mereka turut melakukan sumpah bai'ah semasa perhimpunan Umno tahun lepas yang diketuai Muhyiddin.

"Cumanya suka aku nak bagi nasihat kepada ulama muda Umno yang dah mula berjinak-jinak dengan politik. Sebagai ahli politik nak kena peka sentiasa, jangan la sampai kenyataan yang dibuat tanpa disedari membelasah ketua sendiri.

"Bukan calang-calang yang Ust Fathul Bari terbelasah tu, Timbalan Presiden Umno merangkap Timbalan Perdana Menteri," sindir beliau.

Kritikan pensyarah Kanan Universiti Pertahanan Nasional, Profesor Madya Dr Ridhuan Tee Abdullah terhadap pemimpin negara yang gagal mendidik anggota keluarga dengan ajaran Islam sebenar pula menduduki tangga kedua.

Dalam kritikannya, Ridhuan melahirkan rasa kecewa ada keluarga pemimpin yang tidak menutup aurat dan boros, dan berkata mereka ini hilang kelayakan untuk dijadikan role model kepada generasi akan datang.

Pada tangga ketiga ialah berita Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyambut baik kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyarankan umat Islam di negara ini memilih parti politik yang benar-benar dapat memartabat dan menjamin kesucian agama Islam di negara ini.

Oleh yang demikian, Ketua Penerangan Pemuda PAS Ustaz Riduan Md Noor menyarankan supaya umat Islam memilih PAS sebagai wadah perjuangan dan pilihan mereka.

Berita keempat terhangat minggu lalu ialah berkenaan sekeping gambar yang memaparkan yang perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor sebelum berlepas.

Gambar tu meletup di Facebook Harakahdaily dengan di'like' oleh 435 pembaca, dikongsi oleh 83 pembaca dan menerima 487 komen pembaca. Ramai yang memberikan tafsiran menarik mengenai gambar ini.

Dan tempat kelima ialah berita pertikai terhadap logo Jati yang diketuai Datuk Dr Hasan Ali yang mempunyai persamaan dengan 'logo setan' yang direka bentuk berdasarkan nombor '666'.

Di bawah adalah link di mana Logo Setan itu.

http://artbackwash.blogspot.com/2008/05/satans-logo.html

Berikut ialah 10 artikel terhangat Facebook dan Twitter Harakahdaily bagi minggu, 19 Februari hingga 25 Februari, 2012.

1

Ulama muda Umno belasah Muhyiddin?

2

Kecewa keluarga pemimpin boros, tak tutup aurat

3

Najib ajak rakyat pilih PAS

4

Cuba teka, siapa PM?

5

Logo Jati macam logo setan?

6

Kereta Anwar dihentak dan dilontar batu

7

Imam perjelas kenapa baling kasut

8

Bai'ah: Harussani jangan ambil berita tepi jalan

9

Najib sendiri tidak mahu mendarat di LTA Melaka

10

Mahathir beri isyarat mahu kembali jadi PM

Rakyat tidak puas hati bukan kerana nama 1Care

Posted: 25 Feb 2012 11:33 PM PST

Harakahdaily,


KUALA LUMPUR: Sistem Kesihatan di Malaysia memang tidak dinafikan telah memberi perkhidmatan yang terbaik buat rakyat Malaysia sehingga ke hari ini.

Namun begitu, kata Pengerusi Lajnah Pekerja dan Professional Muda Dewan Pemuda PAS Malaysia, Dr Ghazali Hasbullah disebabkan tekanan perbelanjaan kesihatan yang makin meningkat, kurang pengawalan terhadap caj di fasiliti kesihatan swasta dan isu kualiti kesihatan sememangnya memerlukan satu perancangan yang tersusun agar sistem itu dapat diperbaiki lagi.

Katanya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah lama menjalankan kajian terhadap isu-isu itu namun tidak pernah kedengaran sebelum ini.

Kini, ujarnya desas-desus perlaksanaan 1Care, iaitu perancangan transformasi sistem kesihatan, telah menimbulkan riak ketidakpuasan hati di kalangan rakyat jelata.

"Ini bukan kerana namanya 1Care atau seumpamanya tetapi ini dilakukan seolah-olah dalam keadaan yang disembunyikan, dan hanya menimbulkan syak wasangka di kalangan masyarakat umum," ujarnya kepada Harakahdaily.

Menurutnya, masyarakat umum di Malaysia pernah berkali-kali dikejutkan dengan perubahan yang mendadak, seperti kenaikan harga minyak 30 sen awal tahun 2006.

Justeru, katanya perkara yang sama perlu dielak daripada berulang di dalam isu itu.

Tambahnya, Dewan Pemuda PAS yakin bahawa pelan penambahbaikan sistem kesihatan negara yang telah dan sedang dirancang oleh pakar-pakar kesihatan negara mempunyai manfaatnya yang tersendiri.

Namun, jelasnya disebabkan sejarah pentadbiran oleh Kerajaan Umno BN yang mempunyai rekod buruk telah menyebabkan rakyat tidak mempercayai sebarang agenda baru pihak kerajaan.

Sebagai contoh, katanya perlaksanaan polisi PPSMI, SBPA dan pelbagai lagi telah menunjukkan kegagalannya.

"Ianya diburukkan lagi dengan beberapa skandal yang memalukan negara seperti NFC dan PKFZ telah menggambarkan Umno BN gagal dalam melangsaikan amanah yang telah diberi," ujarnya lagi.

Selain itu, tambahnya pihak kerajaan juga telah turut menyumbang kepada ketidakpercayaan rakyat memandangkan perkhidmatan kesihatan yang telah diswastakan telah dimonopoli oleh syarikat seperti Pantai Medicare, Faber, Radicare, Pharmaniaga dan lain-lain.

"Apakah perkara yang sama akan turut tercalit dalam konsep 1Care?" soalnya.

Oleh itu, katanya polisi 1Care perlu mendapat suntikan Konsep Negara Kebajikan yang dipelopori oleh PAS dan Pakatan Rakyat.

Menurutnya, elemen-elemen mengutamakan kebajikan rakyat perlu dikedepankan bukan setakat slogan tetapi telus dalam perlaksanaannya.

PAS, ujarnya telah bersiap sedia dengan kertas perlaksanaan polisi yang telah dirancang demi menjamin penjagaan kesihatan optima seluruh rakyat Malaysia.

Lynas: Bantahan rakyat diterjemah pada PRU13

Posted: 25 Feb 2012 11:28 PM PST

Muhammad Faizal,


KUALA LUMPUR:
Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad menyifatkan segala kemarahan rakyat yang hadir pada Himpunan Hijau 2.0 membantah Lynas di seluruh negara hari ini akan diterjemaahkan pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

Tambahnya, segala balasan yang diberikan oleh rakyat itu akan ditanggung oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kerana keangkuhan beliau dan Kerajaan Persekutuan enggan mendengar rintihan rakyat terhadap bencana yang bakal menimpa apabila loji tersebut beroperasi.

"Rakyat sekarang sudah cerdik dan boleh menilai setiap apa kelemahan yang dilakukan oleh kerajaan terutamanya yang membabitkan bencana alam sekitar serta nyawa manusia dalam jangka masa yang panjang," jelasnya sewaktu menghadiri Himpunan Hijau 2.0 di hadapan bangunan Maju Junction, di sini pagi tadi.

Beliau yang turut memberi ucapan di hadapan ratusan rakyat yang berhimpun itu menjelaskan himpunan hari ini menyaksikan penampilan demostrasi yang tidak pernah disaksikan sebelum ini kerana ia melibatkan pelbagai kaum dan juga peringkat umur.

"Tahniah kerana hari ini rakyat berbilang kaum turut hadir menyatakan sokongan mereka terhadap membantah pembinaan loji Lynas itu, dan saya pasti mereka ini hadir buka atas dasar parti tetapi atas rasa tanggungjawab mereka.

"Saya melihat lebih kurang 50 peratus mereka berumur 30 tahun ke bawah dan ini satu yang mengejutkan kerana mereka inilah merupakan golongan pengundi muda yang boleh menentukan siapa yang mereka ini pilih pada pilihan raya nanti," ulasnya.

Dr Dzulkefly berpendapat, golongan pertengah inilah merupakan undi penentu dan pada masa ini ia merupakan isyarat awal kepada Barisan Nasional terhadap apa yang bakal mereka hadapi nanti.

"Mereka hadir kerana rasa tanggungjawab mereka kepada negara ini dan juga kepada generasi yang akan datang, sudah pasti apabila bantahan mereka tidak didengari oleh kerajaan maka undi protes akan berlaku secara senyap," sambung beliau lagi.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu juga menyatakan tidak ada apa-apa yang diperolehi oleh negara ini walaupun Lynas menyatakan akan untung RM8 bilion setahun dengan modal permulaan sebanyak RM700 juta kerana sikap murah hati kerajaan memberi pelepasan cukai hampir 10 tahun.

"Apa yang rakyat perolehi adalah kesan radioaktif serta malapetaka dan bencana alam sekitar yang akan ditanggung selama-lamanya, malah ia mengambil masa yang lama untuk ditangani secara selamat," kata beliau.

Himpunan aman yang bermula pada jam 9 pagi itu berakhir sekitar pukul 12 tengah hari.

Ibu pejabat PKR kedutaan Israel?

Posted: 25 Feb 2012 11:24 PM PST

MALAYSIA CHRONICLE


KUALA LUMPUR - Ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Petaling Jaya dekat sini boleh dianggap sebagai kedutaan tidak rasmi bagi Israel selagi Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menarik balik kenyataannya menyokong sebarang usaha menjaga keselamatan negara itu.

Naib Pengerusi Unit Pidato Pemuda Barisan Nasional (BN), Arman Azha berkata, ibu pejabat parti itu akan terus dilabel sedemikian sekiranya Anwar selaku Penasihat PKR tidak memohon maaf secara terbuka ekoran kenyataannya itu pada akhir Januari lalu.

"Anwar perlu segera memohon maaf dan tarik balik kenyataannya itu jika tidak mahu terus dilabel seperti itu.

"Beliau bukan sahaja perlu memohon maaf kepada UMNO serta sesetengah pihak yang tidak setuju dengan kenyataannya itu, tetapi juga kepada seluruh rakyat yang marah dengan tindakannya itu.

"Anwar boleh membuat sebarang kenyataan selagi ia tidak menggugat hubungan baik Malaysia dengan negara Islam lain. Namun, tindakannya menyokong negara yang melakukan kekejaman terhadap rakyat Palestin, itu bukan sepatutnya," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada kempen mengumpul tandatangan sebagai membantah tindakan Anwar itu di perkarangan kompleks beli-belah Sogo di sini hari ini.

Kempen anjuran Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) serta beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu menyaksikan lebih 200 tandatangan berjaya dikumpul dalam tempoh kurang sejam.

Beberapa pelancong asing dan masyarakat pelbagai kaum turut menurunkan tandatangan mereka sebagai sokongan terhadap usaha mendesak Anwar menarik balik kenyataan yang dibuat dalam satu wawancara bersama The Wall Street Journal (WSJ).

Sementara itu, Presiden PVTM, Mohd. Ali Baharom berkata, kenyataan tersebut bukan sahaja menyinggung perasaan masyarakat, malah turut menyebabkan bekas anggota tentera rasa terkilan dan terhina.

"Kami sebagai bekas tentera dan komando amat kecewa dengan tindakan itu kerana kami memahami kesengsaraan rakyat Palestin selama ini akibat kezaliman rejim Yahudi itu," katanya.

Tambah Mohd. Ali, kain rentang tandatangan itu akan diserahkan kepada kepimpinan Pas minggu depan untuk membuktikan rasa tidak puas hati di kalangan masyarakat terhadap Anwar.

"Ia sebagai memberi kesedaran kepada Pas agar tidak menyokong segala tindak-tanduk yang dilakukan rakan sekutu mereka terutama Anwar," katanya.Utusan

Zaid Ibrahim Didakwa Bukan Lagi Ketua Parti KITA

Posted: 25 Feb 2012 11:23 PM PST

MALAYSIA CHRONICLE


KOTA BAHARU,-- Anggota Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) sebulat suara menolak kepimpinan Datuk Zaid Ibrahim selaku ketua parti itu berkuatkuasa Sabtu dan mengumumkan pelantikan Pengerusi Kita Negeri Kedah, Zamil Ibrahim sebagai presiden yang baru.

Pengerusi Perhubungan Parti KITA Kelantan Abdullah Sani Musa berkata perkara itu diputuskan pada Mesyuarat Agung Luar Biasa parti itu yang diadakan di sini, Sabtu.

"Kami juga menolak serta tidak mengiktiraf pemecatan dua pemimpin parti Kita iaitu Pengerusi Parti KITA Kedah, Zamil Ibrahim dan Pengerusi KITA Pulau Pinang Tan Tee Beng yang juga Anggota Parlimen Nibong Tebal kerana jawatankuasa terbabit menipu dan melanggar perlembagaan parti.

"Kami sebulat suara memilih Zamil Ibrahim untuk mengambil alih jawatan ketua parti yang kini dinamakan sebagai Presiden dan beliau akan dibantu Pengerusi Kita Sabah Datuk Pangeran Othman Rauf dan bekas presiden AKIM, Zakaria Salleh," katanya pada sidang media selepas mesyuarat itu.

Sementara itu, Zamil berkata parti berkenaan akan melakukan satu rombakan jawatankuasa di peringkat pusat dan negeri dalam masa terdekat di samping memberi tumpuan kepada pilihan raya umum ke-13. BERNAMA

Khalwat: Penjelasan Dr Badrulamin Baharon

Posted: 25 Feb 2012 11:08 PM PST


MALAYSIA CHRONICLE

Saya menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan media bahawa saya ditangkap khalwat oleh pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di Kuantan.

Saya ke Kuantan untuk menghadiri Temurapat Pemimpin Parti Keadilan Rakyat pada 24 Februari sehingga 26 Februari 2012. Saya mengambil peranan aktif di dalam Temurapat ini.

Pada petang 24 Februari 2012, wanita tersebut telah menghubungi saya dengan nada cemas dan menyatakan hasrat beliau untuk melarikan diri daripada rumah kerana bimbangkan keselamatan diri beliau. Saya dengan tegas menasihatkan beliau untuk tidak berbuat demikian.

Walau bagaimanapun pada jam 2.00 pagi 25 Februari 2012, beliau telah menghubungi saya memaklumkan bahawa beliau sudah tiba di lokasi Temurapat Pemimpin Keadilan.

Saya telah mengenali pasangan suami isteri ini sejak lebih setahun lalu semasa wanita itu bersama keluarganya mengikuti rombongan umrah saya. Pasangan suami isteri ini sering berhubung dengan saya bagi mendapatkan nasihat mengenai masalah keluarga yang mereka hadapi termasuk kes keganasan rumah tangga. Di dalam usaha membantu pasangan ini, saya dan isteri pernah menziarahi keluarga ini di Rompin.

Di atas rasa tanggungjawab melihat wanita tersebut bersama anaknya di awal pagi, saya membantu beliau mendapatkan bilik penginapan. Pada jam 2.30 pagi suami wanita tersebut bersama lebih kurang 20 orang yang tidak dikenali menyerbu dan menyerang saya. Suami wanita tersebut kemudiannya telah membawa isteri dan anaknya pergi secara paksa.

Lelaki-lelaki bersikap ala samseng ini berhenti memukul saya apabila pihak keselamatan tiba dan menghalang mereka. Namun mereka masih tidak membenarkan saya keluar dari bilik. Hanya setelah 20 minit dikurung oleh samseng tersebut, pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) tiba dan menahan saya yang berseorangan di dalam bilik.

Kenyataan Timbalan Pengarah JAIP bahawa saya ditahan oleh pegawai JAIP ketika berkhalwat adalah tidak benar sama sekali. Saya beranggapan bahawa kejadian ini merupakan satu tindakan terancang untuk memerangkap dan mengaibkan saya. Saya hanya dipanggil untuk membantu siasatan JAIP pada 27 Februari 2012. Saya akan hadir bersama peguam untuk memberi kerjasama penuh kepada siasatan ini.

Dengan penjelasan ini, saya berharap semua pihak menghentikan tohmahan dan fitnah terhadap saya. Saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang membuat tuduhan dan fitnah terhadap saya.

Dr. Badrulamin Bahron

Pakatan ikrar tutup loji Lynas bila tawan Putrajaya

Posted: 25 Feb 2012 10:57 PM PST

Satu usul tergempar bagi membatalkan loji pemprosesan nadir bumi Lynas Advanced Materials Plant (Lamp) di Gebeng akan dibentangkan di Dewan Rakyat apabila parlimen bersidang semula 12 Mac ini.

NONEKetua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa jika Pakatan Rakyat menumbangkan BN dan menguasai Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang, mereka akan menutupkan operasi kilang bernilai RM700 juta itu.

"Kalau kita di Putrajaya, kita akan batalkan Lynas," kata Anwar pada kira-kira hampir 10,000 hadirin di padang MPK4 di Kuantan hari ini yang berhimpun bagi membantah operasi kilang dari Australia itu.

Menurutnya, Pakatan itu tidak akan mempertahankan mana-mana dasar yang menindas rakyat dan merosakkan alam sekitar.

"Pakatan memberi sokongan kepada kumpulan Anti-Lynas, kita minta semua kaum bersatu kerana ia isu Malaysia.

"Saya nak sampaikan mesej, kepada rakyat dan kerajaan Australia perlu bertanggungjawab dengan keselamatan rakyat Malaysia.

NONE"Kami tidak mahu mengorbankan masa depan kami dengan projek ini," kata ketua pembangkang itu sambil melaungkan reformasi dan Hidup Rakyat.

Isu Lynas, kata anwar, bukannya isu perkauman seperti yang sering didakwa Umno, tetapi adalah isu keselamatan rakyat Malaysia berbilang kaum.

Sehubungan itu, beliau turut mendesak pihak kerajaan mendengar suara dan bantahan rakyat berhubung isu itu.

Beliau juga menempelak pemimpin yang didakwanya korup dan tidak menghormati kehendak rakyat.

"Mereka hanya faham duit, duit, duit," kata sambil melaungkan tolak rasuah dan bangkit rakyat. Hadirin kemudiannya menyambut laungan itu.

Sebelum itu, Pengerusi BERSIH 2.0 Datuk S Ambiga turut menyampaikan ucapan sambil menegaskan bahawa NGO BERSIH bersama Himpunan Hijau.

himpunan hijau 2 260212 stage front view"Hari ini 'Kuning' bersama-sama dengan Hijau. Rakyat Malaysia tolak Lynas, Rakyat Malaysia tolak sesiapa sahaja yang sokong Lynas," katanya.

Beliau turut menempelak pihak tertentu yang membuat keputusan tentang Lynas, sebaliknya tinggal jauh dari Gebeng.

Ambiga juga bertanyakan kepada hadirin sama adakah mereka telah mendaftar mengundi. Kemudian rakyat melaungkan "Ya".

Sehubungan itu, beliau mahu 100 peratus rakyat keluar mengundi pada pilihan raya umum akan datang.

"Kita tolak calon yang sokong Lynas, tolak calon yang tidak berintegriti," sambil melaungkan Hidup Rakyat, Hidup Hijau dan Hidup Bersih beberapa kali.

Selepas itu, giliran seorang peserta dari unit amal PAS membacakan tiga resolusi Himpunan HIjau 2.0 yang kemudiannya diikuti oleh hadirin iaitu:-

  • Batalkan Segera Projek Loji Nadir Bumi Lynas
  • Hentikan atau nilai semula segala projek yang memudaratkan Malaysia.
  • Pastikan segala rancangan pembangunan adalah mapan dan sejajar dgn prinsip-prinsip "Piagam Bumi".

NONEBeliau mengakhiri dengan melaungkan pilihan di tangan kita, "Hidup Rakyat", dan "Undur Lynas" beberapa kali.

Sebelum mengakhiri himpunan itu, pengerusi majlis Hishamudin Rais mengajak hadirin bertafakur dan berdoa supaya perjuangan menhentikan loji Lynas berjaya.

Mereka juga sambil mengangkat dan menyilang tangan seperti tanda pangkah ke udara sebagai tanda protes kepada loji Lynas.

Tidak kurang 10,000 peserta Himpunan Hijau 2.0 hadir di Padang Padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) 4, pagi ini. Mereka terdiri daripada pelbagai kaum dan datang dari seluruh negara.

K'jaan diberi 24 jam tutup Lynas atau hadapi Hijau 3.0

Posted: 25 Feb 2012 10:51 PM PST

Kerajaan hari ini diberi tempoh 24 jam bagi menutup loji pemprosesan nadir bumi Lynas Advanced Material Plant (Lamp) di Gebeng atau menghadapi Himpunan Hijau 3.0.

NONEDengan kehadiran ribuan peserta Himpunan Hijau 2.0 di Kuantan pagi ini, pengerusi jawatakuasa pemandu Wong Tack menjanjikan jumlah yang lebih ramai jika kerajaan sekarang terus berdegil tidak memperdulikan bantahan dan rayuan rakyat itu.

"Kami memberi tempoh kepada kerajaan 24 jam untuk menutup loji berkenaan, jika tidak kami akan menganjurkan demonstrasi yang lebih besar.

"Tutup kilang Lynas, atau kami akan tumbangkan kerajaan, kamu buat keputusan," katanya sambil menggesa kerajaan menyelesaikan masalah berkenaan sebelum pilihan raya umum akan datang.

Bercakap dalam sidang media selepas perhimpunan itu, Wong berkata jika perhimpunan kali ketiga berlangsung, seluruh rakyat Malaysia akan turun menyertainya bagi membantah kehadiran loji tersebut.

Ditanya mengapa pihaknya tidak mengambil jalan lain antaranya berdialog dengan kerajaan untuk menyelesaikan masalah ini, Wong menegaskan tindakan itu "tidak relevan".

"Kita sudah tunggu satu tahun untuk dialog. Jangan buang masa lagi. Cukuplah," katanya.

Beliau juga mempersoalkan mengapa kerajaan menerima projek itu beroperasi di negara ini, bahkan sisa bahan radioaktif tersebut akan ditanam di sini.

"Mungkin boleh menjadi kerajaan untuk beberapa tahun, tetapi (sisa) itu kekal dalam tempoh yang lama.

"Kerajaan boleh buat janji kosong, yang menanggung derita adalah rakyat," katanya.

YA ALLAH, LOGO SYAITAN PUN DI TIRU?

Posted: 25 Feb 2012 03:59 PM PST


Agenda Tersembunyi Hasan Ali Terbongkar, Logo Syaitan Jadi Bukti Dia Adalah Parasit Sebenarnya
Sungguh tidak disangka, pada awalnya kami menyangka blogger-blogger pembangkang hanya mereka cerita kononnya logo Jalur Tiga (JATI) iaitu NGO yang baru ditubuhkan oleh Dr.Hassan Ali (foto) itu mirip logo "Syaitan". Namun, sungguh menggemparkan, apabila ia ternyata benar belaka dan sudah tidak menjadi rahsia lagi.
Malah, logo JATI jelas menyerupai logo "Syaitan" seperti yang terdapat pada blog Art Backwash atas tajuk Satan's Logo. Apa yang dapat dilihat, jelas sekali logo JATI 100% menyerupai logo terbabit. Mahu dikatakan logo itu meniru logo JATI, mungkin tidak masuk dek akal. Ini kerana, logo yang dipaparkan di blog terbabit sudah bermula pada 7 Mei 2008. Makanya, Hasan Ali yang telah meniru logo berkenaan.
Soalnya, kenapa perlu tiru logo "Syaitan", sedangkan JATI dikatakan mahu perjuangkan Islam, Melayu dan Raja (IMR). Jika inilah keadaannya, maka sia-sia saja Hasan Ali menubuhkan NGO seperti itu. Walau pun beliau mendakwa JATI tiada agenda tersembunyi, namun kita khuathir Hasan Ali "dijelmakan" untuk memesongkan akidah dan pemahaman Islam sebenar kepada Umat Islam di negara ini.
Justeru, rakyat Malaysia terutamanya yang beragama Islam digesa berhati-hati dengan taktik licik Hasan Ali ini. Ia cukup berbahaya dan boleh memesongkan akidah jika inilah NGO yang mahu dibangga-banggakan sangat oleh beliau selama ini. Nampaknya, agenda Hasan Ali sudah mula terbongkar walau pun baru saja melancarkan JATI. Jika inilah senarionya, maka sahlah selama ini dialah "Perasit dalam PAS".
Maka itu, tidak syak lagi tindakan PAS memecat Hasan Ali dilihat satu langkah wajar sebelum dia terus merosakkan parti tersebut dari dalam. Dengan pendedahan panas ini, eloklah Hasan Ali berfikir sejenak dan menginsafi atas apa yang telah beliau lakukan sekarang ini. Jangan dek kerana mengejar "keuntungan duniawi" dia terlupa siapakah dirinya yang sebenar. Kembalilah ke jalan kebenaran, jalan-jalan orang yang telah mendapat rahmatNya.



Bukti, inilah dia keratan blog terbabit yang jelas sungguh mengejutkan

Undi Sesiapa Saja Calon BN - Dr Mahathir

Posted: 25 Feb 2012 03:57 PM PST

MSTAR ONLINE

KUALA LUMPUR: Anggota UMNO hendaklah mengetepikan semua soal lain berkaitan pencalonan dalam pilihan raya umum akan datang dan sebaliknya mengundi sesiapa saja yang mewakili Barisan Nasional (BN) untuk menjamin kemenangan dengan majoriti yang selesa.

Hal ini ditegaskan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kepada kira-kira 7,000 pemimpin akar umbi yang terdiri daripada ketua cawangan, ketua wanita, ketua pemuda dan ketua puteri dalam satu perjumpaan tertutup di Pusat Dagangan Dunia Putra, Sabtu.

Koordinator Barisan Nasional (BN) Negeri Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed dalam satu kenyataan mengenai perjumpaan itu berkata:

"Dr Mahathir menekankan paling penting ialah Barisan Nasional menang majoriti dua pertiga kerusi di peringkat negeri dan Parlimen kerana ia akan menentukan BN dapat menubuhkan kerajaan atau tidak."

Dr Mahathir berkata walaupun peringkat bahagian parti mencadangkan beberapa nama tetapi atas sebab tertentu individu yang bukan ahli parti dipilih sebagai calon, anggota UMNO mesti menyokong dan mengundi calon itu kerana yang penting ialah kemenangan parti, bukannya individu.

Menurut Dr Mahathir, tiada guna jika hanya orang tertentu yang kita mahu menjadi calon itu menang tetapi akhirnya BN tidak cukup kerusi untuk menubuhkan kerajaan.

Bekas presiden Umno itu turut mengingatkan pemimpin UMNO dan parti komponen BN di semua peringkat supaya jangan sekali-kali mensabotaj parti dan calon parti jika mereka tidak dicalonkan kali ini.

"Beliau juga menasihatkan ahli UMNO jangan melakukan sesuatu yang boleh menyakiti hati dan sensitivi masyarakat, apatah lagi ahli parti komponen lain supaya kelebihan utama BN iaitu perpaduan, dapat diperkuatkan," kata Mohd Zin.

Pada keseluruhannya, Mahathir menyarankan tiga pendekatan untuk anggota UMNO iaitu berbakti secara berterusan kepada setiap individu dalam masyarakat setempat, berdoa semoga mendapat kejayaan dan bertawakal dengan memberi sokongan dan undi kepada sesiapa saja yang menjadi calon BN dalam pilihan raya umum ke-13 kelak.

Turut berucap pada perjumpaan itu adalah Timbalan Pengerusi UMNO dan BN Negeri Selangor, Datuk Seri Noh Omar yang juga Menteri Pertanian dan Asas Tani. - BERNAMA

Zaid Ibrahim Didakwa Bukan Lagi Ketua Parti Kita

Posted: 25 Feb 2012 03:56 PM PST

MSTAR ONLINE

KOTA BAHARU: Anggota Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) pada Sabtu sebulat suara menolak kepimpinan Datuk Zaid Ibrahim selaku ketua parti itu berkuatkuasa hari ini dan mengumumkan pelantikan Pengerusi Kita Negeri Kedah, Zamil Ibrahim sebagai presiden yang baru.

Pengerusi Perhubungan Parti Kita Kelantan Abdullah Sani Musa berkata perkara itu diputuskan pada Mesyuarat Agung Luar Biasa parti itu yang diadakan di sini, Sabtu.

"Kami juga menolak serta tidak mengiktiraf pemecatan dua pemimpin parti Kita iaitu Pengerusi Parti Kita Kedah, Zamil Ibrahim dan Pengerusi Kita Pulau Pinang Tan Tee Beng yang juga Anggota Parlimen Nibong Tebal kerana jawatankuasa terbabit menipu dan melanggar perlembagaan parti.

"Kami sebulat suara memilih Zamil Ibrahim untuk mengambil alih jawatan ketua parti yang kini dinamakan sebagai Presiden dan beliau akan dibantu Pengerusi Kita Sabah Datuk Pangeran Othman Rauf dan bekas presiden AKIM, Zakaria Salleh," katanya pada satu sidang media selepas mesyuarat itu.

Pada 2 Februari lalu, Zaid dilaporkan membuat kenyataan mahu membubarkan parti itu serta mendakwa penubuhan Kita adalah satu kesilapan.

Sementara itu, Zamil berkata parti berkenaan akan melakukan satu rombakan jawatankuasa di peringkat pusat dan negeri dalam masa terdekat di samping memberi tumpuan kepada pilihan raya umum ke-13.

"Kita akan bertanding di semua Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang difikirkan sesuai untuk Kita bertanding," katanya.

Zamil berkata beliau akan menghantar laporan kepada beberapa pihak, termasuk Pendaftar Pertubuhan (ROS) berhubung apa yang berlaku dalam Kita sejak sebulan lalu.

Katanya keahlian parti itu akan dikemas kini dan semua urusan parti itu kini beroperasi di Sungai Petani, Kedah. - BERNAMA

Veteran tentera 'terhina' dengan dakwaan pendirian pro-Israel

Posted: 25 Feb 2012 03:47 PM PST

Protes terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim berterusan hari ini dengan kira-kira 50 anggota tentera bersara mengadakan kempen mengutip tandatangan di pusat membeli-belah di Kuala Lumpur, kerana mendakwa mereka telah "dihina" dengan kenyataan ketua pembangkang itu mengenai Israel.

umno youth arman azhar in blue veteran army association chairman mohd Ali Baharom in spec against anwar ibrahim israelBerpakaian baju putih dengan logo 1Malaysia, dan disertai anggota NGO pro-Umno, mereka berhimpun di hadapan pusat membeli-belah Sogo di ibunegara pada jam 3 petang.

Mereka membawa kain rentang antara mendakwa Anwar mengkhianati perjuangan Palestin dan 'Musuh dalam selimut'.

Mereka turutkan menggantung dua kain rentang besar di atas pokok menggesa orang ramai untuk merakamkan bantahan mereka terhadap kenyataan Anwar itu, dengan menandatangani petisyen mereka.

"Sebagai bekas anggota tentera, kita terhina apabila Anwar berkata dia menyokong Israel - sebuah rejim yang kejam yang melanggar undang-undang antarabangsa," kata Pengerusi Persatuan Veteran Tentera Melayu, Mohd Ali Baharom. Baca berita penuh

Sementara itu, Bernama melaporkan bahawa bantahan secara aman itu disertai ahli Gabungan Keselamatan Negara dan Persatuan Bekas Tentera Malaysia.

Anggota NGO itu mempamerkan sepanduk yang "mendesak Anwar Ibrahim pohon maaf secara terbuka pada rakyat Malaysia di atas kebiadaban Anwar sokong Israel".

Mereka juga menyediakan satu kain rentang untuk orang ramai menurunkan tandatangan sebagai desakan agar Anwar memohon maaf.

Penganjur demonstrasi itu, Arman Azhar Abu Hanifah berkata perhimpunan itu merupakan satu inisiatif untuk mengambil tandatangan rakyat yang tidak sokong kenyataan Anwar terhadap Israel.

"Kalau seminggu Anwar tidak meminta maaf, kita anggap ibupejabat PKR di Tropicana, Petaling Jaya adalah kedutaan Israel secara tak rasmi," katanya kepada pemberita selepas perhimpunan itu.

Beliau juga menegaskan pihaknya akan menyerahkan kain rentang yang mengandungi tandatangan orang ramai itu kepada PAS Jumaat depan, jika parti itu tidak secara tegas menunjukkan pendirian mereka kepada rakan sekutu, PKR, berhubung sokongan kepada Israel itu.

Pelajar tingkatan lima dakwa dikasari dua anggota polis

Posted: 25 Feb 2012 03:46 PM PST

MALAYSIA KINI

Seorang pelajar tingkatan lima mendakwa dikasari dua anggota polis sehingga mengalami keretakan pada bahu kanan dalam satu kejadian di sebuah pasar raya di Bertam Perdana 3, dekat Butterworth pada 11 Februari lepas.

Abang pelajar itu, Ahmad Fuad Mohd Nordin, 33, berkata kejadian itu berlaku ketika adiknya Ahmad Faiz,17, bersama seorang lagi adiknya, Ahmad Firdaus,14, hendak membeli santan di sebuah pasaraya yang terletak kira-kira satu kilometer dari rumahnya.

"Ketika Ahmad Faiz sedang memilih barang di pasaraya berkenaan tiba-tiba seorang lelaki berpakaian berbaju T gelap dan berseluar panjang menengking ke arahnya dan meminta dia keluar.

"Adik saya yang terkejut dengan kejadian itu tidak keluar sebaliknya terus berada dalam pasaraya berkenaan kerana tidak mengenali lelaki itu," katanya dalam sidang akhbar yang diadakan di pejabat peguambela dan peguamcara Rosidi Mustafa & Haaryzan di Pusat Perniagaan Sunway,di Butterworth hari ini.

Turut hadir pada sidang akhbar itu ialah Ahmad Faiz dan bapanya Mohd Nordin Mohd Tahir dan peguam Azizi Abd Hadi.

Ahmad Fuad mendakwa lelaki berkenaan turut tidak memperkenalkan diri sebagai polis atau menunjukkan kad kuasanya sebaliknya terus menengking adiknya dan bertindak masuk ke premis itu dan menarik dan merentap tangannya.

Katanya berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di pasaraya berkenaan mendapati seorang anggota polis berpakaian seragam muncul dan terus mencekik leher adiknya dari belakang.

"Dalam masa yang sama lelaki berpakaian preman itu dilihat menendang betis menyebabkan Ahmad Faiz hampir tersungkur sebelum mereka membawa adik saya berjumpa seorang anggota polis berpangkat sarjan yang bertugas di pondok polis komuniti berdekatan," katanya.

Katanya semasa di pondok polis, adik saya diminta menunjukkan kad pengenalan dan lesen memandu sebelum polis mengeluarkan saman kerana kesalahan tidak memakai topi keledar.

Ahmad Fuad berkata pemeriksaan doktor di Hospital Seberang Jaya (HSJ) pada 13 Februari lepas mengesahkan terdapat keretakan pada bahagian bahu adiknya itu.

Beliau turut membawa adiknya membuat laporan polis di Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara (SPU) hari ini selepas mendapat kesemua bukti termasuk rakaman CCTV itu.

Katanya beliau dan keluarganya kesal dengan tindakan anggota polis terbabit yang didakwa melanggar tatatertib dan prosedur ditetapkan sebagai penjawat awam dan memperlakukan adiknya seperti seorang penjenayah yang menyebabkan Ahmad Faiz yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini trauma.

Sementara itu, Ketua Polis SPU ACP Zulkifli Alias ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan daripada Ahmad Faiz dan siasatan sedang dijalankan berdasarkan rakaman CCTV dan saksi kejadian.

Katanya berdasarkan siasatan awal, anggota polis berpakaian preman itu ternampak pengadu dan adiknya tidak memakai topi keledar ketika tiba di pasaraya berkenaan dan bertindak memanggil pengadu tetapi dia enggan memberikan kerjasama sebaliknya terus masuk ke dalam pasaraya berkenaan.

"Anggota polis berpakaian preman itu menghubungi seorang anggota polis beruniform lengkap untuk meminta bantuan, tetapi pengadu masih enggan bekerjasama dan ketika itulah berlakunya pergelutan.

"Kita akan mengambil tindakan jika ia terbukti benar, kerana kita tidak sesekali melindungi mana-mana anggota yang melakukan kesalahan," katanya. Bernama

PAS mahu bertanding di kerusi PKR

Posted: 25 Feb 2012 03:43 PM PST

Susan Loone


PAS telah menyatakan minat untuk bertanding di kerusi yang gagal dimenangi PKR dalam pilihan raya umum lepas.

Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Salleh Man berkata parti itu sedang 'mengintai' beberapa kerusi berkenaan, untuk mencuba nasibnya dalam pilihan raya akan datang.

Menurutnya, hasrat tersebut telah disampaikan kepada kepimpinan tertinggi parti itu, yang dijangka membuat keputusan mengenainya tidak lama lagi.

"Kami hanya mensasarkan kerusi yang kita berpotensi terbaik untuk menang, dan ianya kebetulan di kawasan yang gagal dimenangi PKR sebelum ini," kata Salleh kepada Malaysiakini.

Beliau berharap pihaknya akan diberi peluang untuk membuktikan kekuatan mereka di kawasan berkenaan.

Phahrolrazi nafi wujudkan gerakan lawan Azizan

Posted: 25 Feb 2012 03:42 PM PST

MALAYSIA KINI

Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Kedah Datuk Phahrolrazi Zawawi menafikan beliau ada menubuhkan gerakan untuk menentang Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

"Gerakan saya, gerakan PAS sahaja. Spekulasi tersebut tak benar dan dakwaan komplot menjatuhkan MB juga tidak benar," katanya ketika ditemui hari ini.

phahrolrazi nawawiPhahrolrazi merupakan antara exco Kedah yang disebut-sebut telah menghantar surat kepada Azizan bagi menyatakan keengganan dilantik semula ke jawatan itu, yang dijadual diumumkan Selasa ini.

Ketika ini, beliau memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan, Kerja Raya dan Pertanian.

Phahrolrazi dan Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kedah Datuk Dr Ismail Salleh dipercayai berbuat demikian kerana kecewa dengan sikap serta kepemimpinan Azizan, yang juga Pesuruhjaya PAS negeri, berhubung pelbagai isu yang melanda pentadbirannya sejak kebelakangan ini, dan beberapa exco lain juga dijangka berbuat demikian.

Sementara itu, Phahrolrazi yang bercuti sehingga 1 Mac, berkata beliau belum menerima surat jemputan daripada kerajaan negeri untuk menghadiri majlis pelantikan anggota exco bagi 2012 di Istana Anak Bukit, Selasa ini.

Katanya, beliau tidak kecewa atau kecil hati jika tidak dilantik semula memegang jawatan exco kerajaan negeri bagi 2012.

Phahrolrazi berkata sebagai ahli PAS, perjuangan beliau bukan dengan niat menjadi exco, sebaliknya jawatan itu dicadangkan ahli parti tersebut yang mahu beliau bertanding sebagai exco.

"Mereka suruh saya bertanding, saya bertandinglah. Kalau tidak, saya boleh jadi pekerja biasa dalam parti, dan tak ada niat (untuk pegang jawatan exco), itu bukan cara perjuangan kita," katanya.

Mengulas spekulasi yang mendakwa namanya tidak disenaraikan dalam pelantikan semula exco, beliau berkata tidak mengetahui hal itu dan mahu membiarkan Menteri Besar sahaja yang membuat kenyataan.

Beliau yang enggan mengulas lebih lanjut berkata ini bagi mengelak berlaku sebarang kekeliruan. Bernama

Artis hibur penyokong anti-Lynas menjelang perhimpunan

Posted: 25 Feb 2012 03:40 PM PST


MALAYSIA KINI

Pemuzik tempatan malam ini berganding bahu untuk membuat persembahan di tepi pantai di Teluk Cempedak sebagai tanda mereka turut bersama dengan penyokong anti-Lynas.

NONEPenyokong anti-Lynas yang turun di pantai yang terkenal itu pada mulanya berselerak dan keliru kerana di situ juga berlangsungnya karaoke 1Malaysia anjuran Majlis Perbandaran Kuantan (MPK).

Bagaimanapun, penyokong anti-Lynas itu mula berkumpul apabila para artis mula membuat persembahan kira-kira 50m dari situ, yang turut menarik para pengunjung sehingga jumlahnya meningkat sekitar 300 orang.

NONEBerucap kepada orang ramai, penulis lirik lagu Al Kuan berkata beliau amat tersentuh perpaduan yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia
dalam perjuangan mereka menentang loji pemprosesan nadir bumi Lynas, yang telah mendapat kelulusan untuk lesen operasi sementara (TOL) dan akan memulakan operasi pada bulan Jun.

"Apabila perkara-perkara buruk berlaku kepada kita, kita akan sering
bersungut. Tetapi jika (loji) ini tidak berlaku, kita tidak akan tahu bahawa begitu ramai orang yang prihatin terhadap masyarakat di sini," katanya, sebelum mengetuai orang ramai melaungkan 'Stop Lynas'.

Esok, ribuan orang dijangka menyertai Himpunan Hijau 2.0 di padang MPK4 di Kuantan untuk membantah pembinaan loji Lynas bernilai RM700 juta di Gebeng - zon perindustrian yang terletak kira-kira 10km dari situ.

NONEAntara mereka dari industri hiburan yang hadir malam ini ialah penyanyi Yu Hang, pengarah filem Ho Yuhang dan beberapa pemuzik tempatan yang lain.

Kumpulan itu mengetuai orang ramai bersama-sama menyanyikan beberapa buah lagu popular Cina dan Melayu seperti 'Rasa Sayang' dan lagu-lagu Inggeris seperti 'Take Me Home, Country Road'.

Zaid ibrahim 'digulingkan' ahli tak puas hati

Posted: 25 Feb 2012 03:36 PM PST

Sekumpulan ahli Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), yang mendakwa mewakili sebahagian besar ahli parti itu, telah 'mengguling' Datuk Zaid Ibrahim sebagai presiden KITA dalam satu mesyuarat tergempar pagi ini.

NONEZamil Ibrahim (kanan), yang sebelum ini dipecat oleh Zaid, telah
dinamakan sebagai 'ketua' baru parti itu dalam mesyuarat tersebut yang diadakan di Kota Baru.

Beliau memberitahu Malaysiakini bahawa 'kepimpinan' baru akan berjumpa dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) minggu depan untuk mengesahkan kesahihannya dalam parti.

Parti berusia satu tahun itu, yang ditukar oleh Zaid dari Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim), terbabit dalam perebutan kuasa selepas beliau membuat keputusan mengejut bulan lepas untuk membubarkan parti itu.

Keputusan itu menyebabkan kepimpinan parti itu di beberapa buah negeri memberontak terhadap Zaid, dan mendesak beliau meletak jawatan dan jangan mengganggu parti itu.

Sekretariat parti 'dikawal' oleh Zaid


Kumpulan serpihan itu, yang diterajui oleh Zamil yang merupakan ketua KITA Kedah sebelum dipecat oleh Zaid, membuat laporan polis di Kota Baru semalam, mendakwa pemimpin-pemimpinnya telah melanggar perlembagaan parti.

Beliau menuduh Zaid sengaja menyembunyikan berita bahawa ibupejabat parti itu telah menerima surat tunjuk sebab dari ROS berhubung keputusannya untuk membubarkan parti itu, selepas dia gagal melaksanakan keputusannya melalui jawatankuasa eksekutif pusat parti.

Zamil mendakwa pelantikan beliau itu, yang telah diumumkan oleh ketua KITA Kelantan yang juga anak kepada pengasas Akim, mendapat sokongan dari banyak pemimpin negeri.

"Kami akan menyerahkan kepada ROS (untuk menentukan sama ada mesyuarat berkenaan mengikut perlembagaan parti)," katanya apabila ditanya mengenai kesahihan mesyuarat itu dan pelantikannya.

Zamil menjelaskan kumpulan yang memberontak itu tidak mempunyai pilihan kecuali memanggil mesyuarat tergempar kerana permintaan mereka supaya diadakan mesyuarat agung luar biasa seperti yang termaktub dalam perlembagaan parti, tidak dihiraukan oleh kepimpinan pusat, yang didakwanya dikawal oleh Zaid.

Ahli perniagaan yang berusia 45 tahun itu adalah ahli exco Pemuda PKR dan pembantu kepada seorang ahli Parlimen PKR sebelum beliau menyertai KITA.

Polis tetapkan 12 syarat untuk Himpunan Hijau

Posted: 25 Feb 2012 03:35 PM PST

MALAYSIA KINI
Pihak polis, yang sebelum ini meluluskan penggunaan padang MPK4 di Kuantan untuk Himpunan Hijau 2.0 esok, hari ini menetapkan 12 syarat untuk dipatuhi penganjur perhimpunan tersebut.

Menurut posting dalam halaman Facebook Pahang polis, syarat-syarat tersebut telah dipersetujui oleh Ketua Polis Daerah, Kuantan, ACP Jasmani Yusoff dan jawatankuasa pemandu Himpunan Hijau 2.0.

Berbanding dengan syarat-syarat yang dikenakan sewaktu perhimpunan 'Bebaskan Anwar' di Kuala Lumpur bulan lalu - yang melarang semua jenis risalah dan kain rentang serta pembesar suara - polis Kuantan nampaknya lebih lembut.

Manakala risalah atau sepanduk hasutan dilarang sama sekali semasa perhimpunan berlangsung, tetapi yang berkaitan dengan Himpunan Hijau 2.0 dibenarkan.

Pembesar suara atau loudhailers boleh digunakan, tetapi ia tidak harus mewujudkan "keresahan dan gangguan" kepada penduduk yang berhampiran.

Syarat-syarat lain ialah:

- Penganjur perlu memastikan peserta perhimpunan tidak boleh membuat apa-apa perbuatan yang menyalahi undang-undang, membuat bising, memberi apa-apa syarat yang boleh menganggu keselamatan awam.

- Penganjur sekiranya dikehendaki, hendaklah membenarkan pegawai kanan Polis yang hadir untuk merakamkan ucapan, termasuk rakaman video atau membuat rakaman pita "bertape" dengan menggunakan alat- alat yang lazimnya digunakan.

- Sekiranya kawasan tersebut sudah dipenuhi dengan peserta perhimpunan, maka peserta-peserta lain hendaklah bersurai dan beredar dari kawasan Padang MPK 4, Kemunting, Kuantan.

- Penganjur hendaklah menasihati peserta perhimpunan tidak membawa sebarang senjata, bahan letupan, mercun dan para peserta hendaklah memberi kerjasama kepada pihak berkuasa untuk membuat pemeriksaan sekira perlu.

- Program Himpunan hijau 2.0 secara aman tersebut mestilah dilansungkan/diadakan mulai jam 10 pagi hingga jam 12.00 tengahari.

- Penganjur dan peserta perhimpunan hendaklah mematuhi semua arahan yang diberikan oleh pihak polis dari masa ke semasa demi untuk menentukan keamanan dan kelancaran lalulintas semasa perhimpunan tersebut.

- Peserta perhimpunan tidak dibenarkan melakukan khianat atau bencana kepada harta awam atau mana-mana harta di kawasan tersebut.

- Penganjur hendaklah memastikan peserta perhimpunan bersurai tanpa mengadakan perarakan.

Sasterawan negara deklamasi sajak

Dalam perkembangan berkaitan, jawatankuasa pemandu Himpunan Hijau telah mengeluarkan program sementara untuk perhimpunan esok.

Ia akan bermula dengan nyanyian lagu Negaraku pada jam 9 pagi dan diikuti dengan bacaan doa.

Sasterawan Negara Datuk A Samad Said akan mendeklamasikan sebuah sajak sebelum sesi 20 minit yang dipanggil 'The Power of Silence'.

Lim Guan Eng in Kuantan at Himpun Hijau 2.0Perhimpunan tersebut akan berakhir pada waktu tengah hari dengan
deklarasi yang dikenali sebagai 'Aspirasi Rakyat'.

Selepas perhimpunan tersebut, pihak penganjur merancang mengadakan satu sidang akhbar pada jam 1 tengah hari di sebuah hotel berdekatan.

Kira-kira 20,000 orang dijangka menghadiri perhimpunan tersebut untuk membantah loji nadir bumi Lynas yang sedang dibina di Gebeng.

Tiada ulasan: