DUNIACACAMARBA |
- Jika Baiah PAS Minta ADUN/MP Kosongkan Kerusi Jika Dipecat Parti, Mengapa Hasan Ali Tidak Berbuat Demikian?
- [KANTOI] NFC Beli Kondo TANPA Kelulusan Lembaga Pengarah
- Warga Emas Berahi Janda
- Lelaki dan Isteri Hamil Ditahan Kerana MERAGUT
- [Kemas Kini] Berat Mata Memandang, Berat Lagi Bahu Memikulnya...AL FATIHAH
Posted: 23 Feb 2012 12:40 AM PST Saya cuma mahu menimbulkan persoalan yang didasarkan pada kenyatan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang ditujukan kepada Mufti Perak berkaitan dnegan beberapa isu termasuklah baiah. Antara tulisan Ketua Penerangan PAS Pusat itu termasuklah: ....PAS menggunakan kaedah bai'ah kepada calon yang mewakili parti agar tidak khianat kepada amanah yang diberi oleh rakyat, lebih-lebih lagi berhadapan dengan Umno yang suka mengoncang iman lawannya dengan taburan duit. Mereka yang telah memenangi kerusi samada DUN atau Parlimen mesti sedar ia menang di atas pilihan rakyat. Kalau selepas mereka menang lalu dengan tawaran jutaan ringgit akhirnya ia khianat dan lompat parti sehingga tumbang sesuatu kerajaan yang dipilih rakyat, apakah tindakan begini kita boleh terima dan dibenarkan syarak? Peristiwa perampasan kuasa di Perak, adakah Harussani berasa ini adalah perkara yang harus? Kerana itu PAS membuat bai'ah kepada semua calon, sekiranya mereka menang atas tiket parti mereka dilarang lompat parti, keluar parti bahkan sekiranya dipecat dari parti mereka mesti mengosongkan kerusi yang dimenangi. Kerana asas kemenangan mereka atas lambang parti yang diwakilinya. Tidak timbul soal perkara yang bertentangan dengan hukum syarak. Kerana dalam bai'ah itu, jelas dinyatakan ia tidak diwajibkan taat kepada perkara bertentangan dengan syarak. Jika begitu halnya, mengapa Hasan Ali masih enggan mengosongkan kerusi DUN Gombak Setia sedangkan dalam baiahnya dengan PAS, berdasarkan kenyataan di atas, jelas menyatakan bahawa dia perlu mengosongkan kerusi tersebut selepas dipecat daripada parti itu? Apa makna baiah itu kepada Hasan Ali? -DCM P/s: Kalau sudah dapat jawatan, pengaruh, kuasa.... | ||
[KANTOI] NFC Beli Kondo TANPA Kelulusan Lembaga Pengarah Posted: 22 Feb 2012 11:13 PM PST Saya petik: [MK] Pelaburan hartanah Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) telah dijalankan tanpa pengetahuan lembaga pengarahnya, akhbar harian Inggeris the Sun melaporkan hari ini. Menurut laporan muka depan akhbar itu, tiga wakil kerajaan yang menganggotai lembaga itu hanya mengetahui mengenai pembelian beberapa unit kondominium mewah melalui media. Memetik sumber yang tidak dinamakan tetapi didakwa berkait rapat dengan siasatan yang dijalankan ke atas dakwaan penyelewengan oleh syarikat projek ternakan lembu yang dimiliki oleh keluarga menteri kabinet, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, the Sun melaporkan bahawa kelulusan lembaga pengarah adalah keperluan berkanun. "Menurut penyiasat, dokumen yang dirampas dari syarikat itu menunjukkan bahawa tiada resolusi atau usul yang dicadangkan atau diluluskan semasa mesyuarat lembaga. Siasatan dijangka akan selesai dalam beberapa hari lagi," kata sumber itu. Tiga wakil kerajaan dalam lembaga pengarah NFC adalah Alias Mohd Yassin (Kementerian Pertanian), Manaf Hussein (Kementerian Kewangan) dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan Mat Ali Hassan. Menurut akhbar itu lagi, lembaga pengarah juga tidak dimaklumkan berhubung perbelanjaan daripada dana pinjaman mudah RM250 juta yang disediakan oleh kerajaan. | ||
Posted: 22 Feb 2012 07:28 PM PST Saya petik: [HM] ALOR SETAR: Seorang lelaki bercucu empat yang menjalin hubungan sulit dengan seorang janda muda berusia 30 tahun sejak dua tahun lalu, dicekup kerana berkhalwat di rumah wanita berkenaan di Kampung Ulu Melaka, Langkawi, awal pagi semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi, lelaki berusia 56 tahun itu dan pasangannya dicekup anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Langkawi (Padal) ketika mereka berdua-duaan dalam rumah berkenaan ditemani anak perempuan janda terbabit yang berusia 11 tahun. Difahamkan, isteri warga emas itu sebelum ini pernah membuat laporan di pejabat agama daerah mengenai perbuatan curang suaminya selepas mengesyaki hubungan mereka. Penolong Pegawai Agama Daerah, Rosyadah Ramli berkata, sepasukan anggotanya ke rumah berkenaan dan dan mendapati rumah itu tertutup rapat serta berkunci dari dalam. Beliau berkata, selepas mengetuk pintu dan memberi salam beberapa kali, seorang wanita berbaju blaus pendek yang jarang membuka pintu dan membenarkan pemeriksaan dijalankan. "Wanita itu kelihatan terkejut dengan kehadiran kami, tetapi memberi kerjasama selepas kami memperkenalkan diri sebagai penguat kuasa Padal. "Kami menemui seorang lelaki dalam rumah berkenaan yang berpakaian seragam sebagai pemandu pelancong sebuah syarikat di pulau ini duduk di kerusi dalam keadaan terkejut. Mereka gagal menunjukkan sebarang bukti mempunyai hubungan mahram atau suami isteri," katanya. Menurut Rosyadah, wanita yang bekerja sebagai tukang cuci di sebuah hotel empat bintang di pulau itu mendakwa sudah berpisah dengan bekas suaminya sejak 2007 dan berkenalan dengan lelaki berkenaan sejak lima tahun lalu. Katanya, lelaki itu pula mengaku kerap datang ke rumah yang disewa wanita itu dengan alasan menemani wanita itu makan atau melawatnya dua beranak selepas habis kerja. P/s: Sindrom tidak ingat kubur! | ||
Lelaki dan Isteri Hamil Ditahan Kerana MERAGUT Posted: 22 Feb 2012 06:09 PM PST Saya petik: [HM] SUNGAI SIPUT: Sepasang suami isteri yang baru empat bulan berkahwin, tetapi aktif melakukan jenayah ragut tumpas dek balingan buah epal oleh mangsa mereka di Pasar Sungai Siput, di sini, semalam. Kejadian berlaku jam 11.50 pagi dan lebih mengejutkan apabila suspek perempuan yang berusia 22 tahun memberitahu dia hamil anak sulung dengan usia kandungan empat bulan. Selepas ditahan, suspek lelaki yang berusia 32 tahun memberi alasan mereka melakukan jenayah ragut untuk mencari wang bagi membiayai kos rawatan perubatan isterinya. Mangsa yang juga peniaga buah-buahan di pasar itu, Lim Shui Yang, 53, berkata sebelum kejadian pasangan terbabit menunggang motosikal dan berpusing beberapa kali di kawasan pasar. "Saya ketika itu sibuk melayan pelanggan tanpa menyedari si suami menyasarkan bakul berisi wang RM30 hasil perniagaan yang diletak di atas meja jualan. P/s: Malu dapat, sakit dapat, hukuman pula menanti jika didapati bersalah! Bingai! Berkaitan: Bagaimanapun, tindakan pasangan muda yang baru sahaja berkahwin lima bulan itu cuba meragut bekas duit seorang peniaga buah, tidak berjaya apabila mereka ditangkap orang ramai. Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Azman Salim berkata, dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, pasangan suami isteri berkenaan menunggang motosikal dan meragut bekas duit milik seorang peniaga. Menurutnya, tindakan isteri yang membonceng motosikal meragut bekas duit digantung di gerai berkenaan disedari peniaga itu, lalu menjerit meminta pertolongan. "Selepas meragut, suspek terus memecut motosikal, tetapi mereka berjaya ditangkap orang ramai. "Si isteri berusia 22 tahun, dipercayai orang tempatan, manakala suaminya berusia 32 tahun dari Kedah," katanya. Beliau berkata, dengan tangkapan itu, polis dapat menyelesaikan beberapa kes ragut di sekitar Sungai Siput. | ||
[Kemas Kini] Berat Mata Memandang, Berat Lagi Bahu Memikulnya...AL FATIHAH Posted: 22 Feb 2012 04:43 PM PST Sejak beberapa hari lalu, Mazidul begitu agresif melaporkan keadaan anak sahabatnya, Faris yang menghidap sejenis kanser darah. Selain doa, yang dipohon oleh ibu bapa kanak-kanak ini ialah sumbangan ikhlas anda untuk meringankan beban yang ditanggung, terutama bil hospital yang mencecah RM100 ribu. Selanjutnya, sila baca petikan ini: [Nota - berita lanjut dan perkembangan, sila lawat blog Bersama Mazidul Petang tadi saya menghubungi ayah Faris Nur Daniel, 6 tahun, Shamrulismawi Ismail melalui panggilan telefon bimbit. Berikut gambar pertama dihantar kepada saya. "Ini gambar dirakamkan petang semalam. Masa saya bercakap dengan dia, Faris mampu membuka mata dan menganggukkan kepala," ujar Sham. Di bawah, direkodkan komunikasi di antara Faris dan Sham semalam. 'Walaupun doktor kata keadaan Faris masih tak byk berubah & paru2 nya masih lagi kritikal namun saya bersyukur kepada Allah kerana masih boleh berinteraksi bersama anak saya Faris.... Selepas saya bancuh susunya & beri pada nurse utk dimasukkan kedalam tiub utk faris, dia membukakan matanya... Kemudian saya pun cuba berinteraksi ngannya Ayah : Farisss, faris nampak ayah tak? Faris : *angguk (walaupun terlalu lemah anggukkan dia) Ayah : Faris rindu ayah dgn ibu?... Faris : *angguk Ayah : Faris sakit tak? Faris : *diam Ayah : nanti nurse bagi susu supaya faris kuat & sihat ok? Faris : *angguk Ayah : ayah tunggu kat luar dulu ye? Nanti nurse bg susu, lap badan & tukar pampers tau.. ayah datang balik nanti. Kejab je ok? Faris : *diam Alhamdulillah, faris tunjuk reaksi positif walaupun doktor kata keadaan dia masih membimbangkan.... Bersyukur sgt2 kepada Allah bila dpt berkomunikasi dgn Faris..... Mohon rakan2 semoga terus menerus mendoakan semoga Faris cepat sembuh' Pembaca boleh membaca kisah Faris di Mari Bersama Kita Membantu Faris Untuk Terus Hidup Dengan Izin Allah, STM (Akronim Paling Bermakna Bagi Faris, Gambar Terkini Faris (Mampukah Dia Tersenyum Kembali?) dan Faris Terkini. "Gambar kedua, saya rekodkan selepas Faris menjalani rawatan kimoterapi di antara jam 12 tengahari dan 2 petang tadi. Dia diberikan ubat tidur untuk berehat," tambah ayah pesakit. Untuk rekod, itu rawatan kimoterapi ke 4 dilalui oleh Faris. Sewaktu mula mengetahui kisah derita ditempuh oleh anak kecil itu, bil hospital terpaksa dijelaskan oleh Sham dan isteri, RM75,000. Setelah 21 hari dimasukkan ke Sime Darby Medical Center, keluarga terbabit kini menanggung bil berjumlah RM96, 957.68. Berikut salinan bil dikeluarkan oleh pusat perubatan terbabit. Untuk makluman, Faris kini terpaksa bergantung sepenuhnya kepada mesin oksigen untuk bernafas dan keadaannya masih diklasifikasikan sebagai 'kritikal'. Justeru, usaha untuk memindahkan Faris ke hospital kerajaan bertujuan mengurangkan kos rawatan tidak dapat dilaksanakan. Kombinasi insuran Sham dan isteri, Zuraine Mohamad, dilaporkan RM40,000 sahaja sedangkan bil terkini hampir mencecah RM100,000. Sham dan Zuraine, kakitangan Standard Chatered dan Celcom. Jika ingin menyumbang untuk meringankan tanggunggan ibu dan ayah Faris, salurkan ke Maybank 1140-1115-2218 atau 1628-5200-2738. Mewakili keluarga Faris, saya merakamkan ucapan terima kasih kepada semua bermurah hati menyumbang. Semoga Allah membalas jasa kalian semua. P/s: Bagi pembaca yang memiliki anak seusia atau sekecil kanak-kanak malang ini, sudah tentu jiwa anda akan diruntun rasa pilu yang teramat sangat. Dugaan Allah ini memang berat untuk ditanggung. Usahkan si ibu atau si bapa kanak-kanak ini, TM pun terharu dengan nasib yang menimpanya. Kepada pembaca DCM, bantulah kanak-kanak ini, semoga Allah memanjangkan nyawanya. *Kongsikan artikel ini di Facebook atau Twitter anda Kemas Kini: Faris Semakin Kritikal (9.43pg) Itu catatan ayah Faris di laman Facebook nya kira-kira sejam lalu. Jam 9.43 pagi tadi, Sham menghantar pesanan ringkas berikut kepada saya ... 'He is very critical now' Kemas Kini: "Salam Mazidul, Faris telah pergi buat selama-lamanya. Mohon maklumkan kepada semua, wang sumbangan telah mencukupi untuk menjelaskan bil hospital' Itu pesanan ringkas dihantar kepada saya oleh ayah Faris sebentar tadi. Takziah Sham dan Zuraine. Allah lebih sayangkan Faris Nur Daniel. Al-Fatihah. |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan