Khamis, 23 Februari 2012

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Sabah sebenarnya paling miskin - Husam

Posted: 23 Feb 2012 01:25 AM PST

Rizal Tahir,

KOTA BHARU: Pakatan Rakyat akan menumpu strategi bagaimana untuk mengurangkan kadar kemiskinan di negara ini dan bukannya untuk mendedahkan negeri mana yang paling miskin.

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa, berkata pendedahan terhadap negeri mana yang paling miskin membuktikan kegagalan sebagai pemerintah.

Beliau berkata demikikan kepada Harakahdaily ketika diminta mengulas berhubung kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tuan Razak yang mendakwa Kelantan negeri paling miskin di negara ini sewaktu berucap di Lahad Datu, Sabah baru-baru ini.

"Dalam PAS, di mana saya selaku Pengerusi Menifesto Pilihanraya, tugas kami bukan untuk mendedahkan negeri mana paling miskin sebaliknya bagaimana mengurangkan kemiskinan,"ujarnya.

Beliau juga turut menolak kenyataan Perdana Menteri yang mendakwa Kelantan negeri paling miskin memandangkan isu itu sudah lama dijelaskan.

"Saya sebenarnya sudah jemu untuk memberi fakta berhubung perkara ini.

"Waktu mesyuarat di Jabatan Perdana sendiripun fakta-fakta yang jelas telah dikeluarkan berhubung kedudukan tahap negeri di negara ini.

Menurut Husam kenyataan Perdana Menteri berupa satu penghinaan terhadap negeri dan rakyat Kelantan disamping bertujuan politik.

Tambahnya, pada masa yang sama untuk menyedapkan rakyat Sabah kononnya negeri itu kaya walhal mereka negeri paling miskin di negara ini.

"Selain Sabah, turut disenaraikan paling miskin Sarawak, Terengganu. Malah Kelantan menduduki tempat keenam dari atas,"ujarnya.

Ekoran kenyataan Perdana Menteri, Husam turut menempelak Najib yang telah menjadi wakilrakyat hampir 30 tahun tetapi gagal membawa agenda pembaharuan untuk mengurangkan kadar kemiskinan.

"Saya rasa ada sesuatu yan tidak kena dengan pendekatan itu.

"Malah baru ni pun Perdana Menteri sendiri menyampaikan bantuan zakat dalam Parlimen Pekan, selepas jadi Adun, Ahli Parlimen, timbalan menteri, Menteri Besar, menteri dan kini Perdana Pernteri, tetapi masih menyampaikan zakat dalam parlimen sendiri,"ujarnya.

Tambahnya, ini menunjukkan Najib gagal mengatasi masaalah kemiskinan di tempat sendiri apa lagi Malaysia.

Bai'ah: Harussani jangan ambil berita tepi jalan

Posted: 23 Feb 2012 01:14 AM PST

Harakahdaily,

KUALA LUMPUR: Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria ditegur cara Sohibus Samahah beliau dalam mengutip dan mengulas berita tanpa menyiasat kesahihan berita terlebih dahulu.

Dalam satu kenyataan berbentuk nasihat hari ini, Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) menasihati Harussani untuk meninggalkan tabiat "mengambil berita di tepi jalan yang tidak mempunyai sandaran yang sah atau tidak mengetahui hujung pangkal sesuatu berita, lalu terus membuat ulasan."

Sebagai seorang mufti, Tuan Ibrahim menasihatkan beliau agar berpegang dengan firman Allah yang bermaksud: "Wahai orang yang beriman, sekiranya datang kepada kamu seseorang fasik membawa berita, maka hendaklah kamu menyiasat dahulu berita tersebut, agar tidak bertindak di atas kejahilan dan akhirnya akan membawa kepada kekesalan".

"Banyak peristiwa dan kenyataan yang beliau ulas tidak mempunyai sandaran yang kukuh, dan hanya berdasarkan dengar cakap sahaja. Ini termasuklah dakwaan beliau bahawa lebih 200,000 umat Islam telah murtad, dakwaan bahawa Pulau Pinang tidak benarkan perarakan Maulid Nabi dan sebagainya.

"Terbaru beliau cuba mengulas isu bai'ah, dalam keadaan beliau tidak memahami keadaan sebenar," tegur beliau.

Dalam isu bai'ah yang diamalkan PAS selama ini, Harussani mendakwa bahawa tujuannya adalah untuk menakut-nakutkan ahli kerana soal akhirat adalah ketentuan Allah.

"Jadi kalau kita bersumpah berjanji kita dapati benda itu tak betul tak kan kita tak boleh tarik balik. Tak usah kita menakutkan orang dengan perkara akhirat sedangkan kita sendiri tidak pasti apakah orang berwajib baiah untuk tujuan berpolitik. Pada saya dia boleh buat perjanjian tapi masalah di akhirat bukan masalah kita, ia adalah masalah Allah," beliau dipetik sebagai berkata.

Menjawab dakwaan Harussani, Tuan Ibrahim berkata bai'ah dalam PAS mempunyai nas dan sandaran yang kukuh dalam sejarah dan keilmuan Islam. Bahkan, kata beliau dalam Al Quran dan Hadis secara jelas membicarakan soal bai'ah samada sewaktu perjanjian Aqabah, Hudaibiyah, dan lainnya, semuanya membuktikan ba'iah ada asas kukuh.

Kata Pesuruhjaya PAS Pahang itu lagi, PAS menggunakan kaedah bai'ah kepada calon yang mewakili parti agar tidak khianat kepada amanah yang diberi oleh rakyat, lebih-lebih lagi berhadapan dengan Umno yang suka mengoncang iman lawannya dengan taburan duit.

"Mereka yang telah memenangi kerusi samada DUN atau Parlimen mesti sedar ia menang di atas pilihan rakyat. Kalau selepas mereka menang lalu dengan tawaran jutaan ringgit akhirnya ia khianat dan lompat parti sehingga tumbang sesuatu kerajaan yang dipilih rakyat, apakah tindakan begini kita boleh terima dan dibenarkan syarak? Peristiwa perampasan kuasa di Perak, adakah Harussani berasa ini adalah perkara yang harus?" sindir beliau.

Atas dasar itulah, terang Tuan Ibrahim, PAS membuat bai'ah kepada semua calon, di mana mereka yang menang atas tiket parti adalah dilarang lompat parti, keluar parti bahkan, sekiranya dipecat dari parti, mereka mesti mengosongkan kerusi yang dimenangi.

"Kerana asas kemenangan mereka atas lambang parti yang diwakilinya. Tidak timbul soal perkara yang bertentangan dengan hukum syarak. Kerana dalam ba'iah itu, jelas dinyatakan ia tidak diwajibkan taat kepada perkara bertentangan dengan syarak.

Sepatutnya Harussani membaca meneliti dan melihat secara dekat matan ba'iah yang dibuat di dalam PAS, bukan dengan mendengar cakap-cakap mereka yang di luar atau dikeluarkan PAS," selar beliau.

Tuan Ibrahim juga mengingatkan Harussani bahawa bai'ah dalam PAS disediakan oleh Majlis Syura yang terdiri dari para alim ulama, bukan oleh DHPP atau dikutip di tepi jalan.

"Soal akhirat memang ketentuan Allah, tetapi apa yang dijelaskan dalam bai'ah iakah sekiranya seseorang calon yang menang berba'iah dengan nama Allah lalu melanggari ba'iah tersebut, apakah salah kalau diingatkan mereka tentang azab Allah di akhirat?

"Banyak hadis menggunakan kaedah ini, dan PAS kita menggunakan kaedah yang sama bagi memelihara perjuangan Islam yang menjadi asas perjuangan PAS," tambah Tuan Ibrahim.

Namun begitu, kata beliau, reaksi dan ulasan Harussani yang berbolak-balik sudah dijangka dan sudah dilihat sebagai satu kebiasaan kepada yang mengikuti secara dekat kenyataan beliau.

Sebagai contoh, kata beliau ialah dalam isu kehadiran perdana menteri Datuk Seri Najib Razak ke Batu Caves, di mana, pada awalnya Harussani menyerang PM dengan tuduhan Syirik, rosak aqidah dan tidak mahu mendengar nasihat tiba-tiba bertukar kepada harus, dibolehkan dan tidak bercanggah.

"Inilah yang menyebabkan ramai umat Islam berpendapat mufti seperti beliau, bukannya dirujuk oleh pemerintah sebelum sesuatu tindakan dibuat, sebaliknya dipergunakan untuk mencari dalil dan nas untuk menyokong sesuatu tindakan yang telah dibuat walaupun ia bercanggah dengan nilai Islam," kata Tuan Ibrahim.

Tuan Ibrahim turut membidas cara Harussani mengulas isu perjuangan bangsa dan raja-raja yang yang dikatakannya bukan dari perspektif Islam.

Semasa pelancaran Jati, Harussani berhujah bahawa Nabi Muhammad SAW juga anjur pertahankan Raja dan kaum.

"Kecintaan bangsa dan ketaatan kepada makhluk mempunyai batas sempadan yang sangat jelas. Tindakan beliau, dan disebabkan beliau adalah mufti negeri telah mengundang pelbagai kekeliruan di kalangan masyarakat umum.

"Keadaan ini jika berterusan akan menghilangkan thiqah masyarakat terhadap beliau dan dengan kedudukan beliau sebagai mufti, dan hal ini adalah satu tragedi yang sangat menyedihkan dan malang bagi beliau," tegas Tuan Ibrahim.

Mansuh ISA: Juham fail rayuan masa terdekat

Posted: 23 Feb 2012 01:05 AM PST

Harakahdaily,

KUALA LUMPUR: Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia Dewan Pemuda PAS Malaysia (Juham) berpendirian hukuman penjara 1 hari dan denda RM2,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam yang dikenakan ke atas orang empat belas daripada 11 individu yang ditahan kerana dikatakan terlibat dalam perhimpunan membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri di sekitar Kuala Lumpur pada 1 Ogos 2009 lalu menunjukkan janji Perdana Menteri untuk memansuhkan ISA hanya retorik semata-mata.

"Jika benar semua pihak menurut dan akur dengan iltizam Perdana Menteri, sudah tentu pertuduhan itu sudah ditarik balik lebih awal lagi," kata Ketua Unit Tindakan Undang-undang Jenayah Juham, Azizzul Shariman.

Katanya, Juham melihat hukuman itu jelas membuktikan Barisan Nasional telah membuat suatu penipuan besar kepada seluruh rakyat Malaysia tatkala Perdana Menteri pada malam hari Malaysia tahun lalu mengumumkan akan memansuhkan ISA dan Akta Buang Negeri 1959 serta kononnya akan mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa.

Beliau yang mengetuai 10 orang barisan peguam Juham yang mewakili 11 orang daripada keseluruhan yang ditangkap berhujah di mahkamah semalam bahawa mahkamah seharusnya mengambil kira keputusan kerajaan yang berhasrat memansuhkan ISA dan meminda Akta Polis sebelum menjatuhkan hukuman terhadap semua yang ditangkap.

Jelasnya, walaupun mahkamah memutuskan kesemua yang ditangkap bersalah, Juham yakin keterangan menunjukkan sebaliknya iaitu apa yang berlaku adalah satu luahan rasa rakyat terhadap kezaliman ISA yang juga dijamin di dalam perlembagaan.

"Juham bertegas bahawa janji Kerajaan Barisan Nasional untuk memansuhkan ISA hanyalah sekadar gula-gula kepada rakyat untuk berhadapan dengan Pilihanraya Umum yang ke-13," tegasnya kepada Harakahdaily.

Malah, katanya tindakan Kerajaan Barisan Nasional mendakwa kesemua yang ditangkap dari awal lagi merupakan suatu langkah ke belakang tatkala majoriti daripada rakyat Malaysia mahukan ISA dimansuhkan sepenuhnya.

"Adakah ini pelan transformasi yang diumumkan Perdana Menteri?" soalnya.

Maka, ujar beliau benarlah sangkaan PAS dan kebanyakan rakyat selama ini bahawa janji Perdana Menteri untuk memansuhkan ISA sebenarnya hanyalah suatu pembohongan terancang bagi memperbodohkan rakyat Malaysia kononnya kerajaan Umno Barisan Nasional ingin memartabatkan Malaysia sebagai sebuah Negara yang paling demokrasi di dunia.

Namun pada hakikatnya, tambah beliau Umno Barisan Nasional masih tetap mengekalkan kezaliman, keangkuhan dan tetap sujud kepada talian hayat terakhir mereka iaitu akta kuku besi ISA bagi menakut-nakutkan rakyat supaya tunduk kepada Umno Barisan Nasional.

"Walaupun kita akur dengan keputusan itu, Juham akan meneruskan perjuangan membebaskan kesemua yang ditangkap di peringkat rayuan dan yakin bahawa rayuan ini mempunyai merit yang sangat kuat di mana Juham akan memfailkan rayuan dalam masa terdekat bagi merayu terhadap keputusan Mahkamah Sesyen tersebut ke Mahkamah Tinggi.

"Malah, kes ini juga jelas suatu pendakwaan bermotifkan politik di mana fakta kes juga amat longgar untuk mensabitkan kesemua yang ditangkap terlibat di dalam perhimpunan haram," jelasnya lagi.

Umno dan Hilmi: Melakukan apa jua untuk memalukan Eli Wong dan PKR

Posted: 23 Feb 2012 01:01 AM PST

Wong Choon Mei, Malaysia Chronicle


Seperti yang dijangka, Umno kini sedang memfokus kepada Elizabeth Wong, Ahli dewan undangan negeri Selangor yang dihormati dan cuba memalukan beliau dengan menggali fakta mengenai hubungan sulit beliau dengan Hilmi Malek, bekas teman lelakinya yang telah bersetuju untuk membuat temuramah eksklusif dengan surat khabar Umno walaupun mendakwa bahawa diri beliau dalam bahaya.

"Adalah sangat pelik kerana Hilmi sepatutnya dikehendaki di Malaysia dan dia dijumpai di Indonesia. Kenapa pihak berkuasa Malaysia tidak meminta pihak berkuasa Indonesia menghantarnya balik?" beritahu timbalan presiden Tian Chua kepada Malaysia Chronicle.

Menjadikan Eli dan PKR sebagai target

Sememangnya ada sesuatu yang tidak kena dengan episod ini. Mula-mula sekali, tidak banyak yang Hilmi boleh buat untuk menjatuhkan Eli, mungkin hanya dengan memalukan Eli dan PKR dari segi politik.

Beliau telah meletak jawatan semasa skandal itu terbongkar pada 2009 tetapi disebalik protes daripada rakyat kawasan yang menyukai beliau disebabkan dedikasi serta kerja keras yang dicurahkan beliau, pemimpin pembangkang, Anwar Ibrahim dan Presiden PKR Wan Azizah telah meminta beliau mengekalkan jawatan.

Selepas bercuti satu bulan untuk pulih daripada terkejut dan trauma, Eli tidak lagi memandang ke belakang. Beliau telah menyumbang kepada Perakuan Kebebasan Maklumat pertama di negara. Semasa peristiwa bersejarah PKR, pemilihan satu undi satu ahli , beliau telah memenangi jumlah undian terbanyak dalam merebut kerusi majlis tertinggi.

Baru-baru ini, beliau telah memulakan kempen terhadap Syabas yang dikawal oleh ahli perniagaan kaya Umno, Rozali Ismail. Jadi tidak sukar untuk mengesan daripada parti mana musuh beliau. Eli memegang portfolio pelancongan, hal ehwal pengguna dan persekitaran dalam Kerajaan Negeri Selangor. Sebelum ini beliau pernah bertelingkah dengan rakan sekerjanya yang dipecat, Hassan Ali yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Gombak Setia.

Membuatkan lelaki Melayu nampak 'murah' di mata dunia

Musuh beliau akan kecewa sekiranya mereka berharap dapat menjatuhkan beliau daripada konstitusi Bukit Lanjan. Beliau semakin popular kini. Lagipun, tidak ramai rakyat Malaysia akan percaya pada penipuan lelaki sepeti Hilmi yang orang Melayu sendiri anggap merosakkan imej lelaki Melayu.

"Inilah masalahnya dengan orang Umno. Mereka tidak pernah berfikir panjang dan menyedari bahawa tindak-tanduk mereka itu akan merosakkan maruah bangsa Melayu sendiri. Lihat sahaja cara mereka memburu Anwar. Anwar adalah antara sebilangan kecil pemimpin Melayu yang berbakat. Beliau mampu menarik perhatian dunia. Orang penting seperti Al-Gore pernah keluar daripada majlis makan malam rasmi demi menunjukkan sokongan kepadanya tetapi orang yang cemburu seperti Mahathir dan Najib melemparkan fitnah liwat ke atasnya. Mereka memburukkan bangsa mereka sendiri untuk kuasa politik," ujar pemerhati veteran PKR Eddie Lee kepada Malaysia Chronicle.

Sama juga dengan Hilmi. Dia seperti seperti manusia bodoh dan sama ada dia mendedahkan gambar-gambar itu atau tidak, dia akan kelihatan seperti seorang lelaki tidak bermaruah. Membuka pekung sendiri. Eli sangat bijak dan berkuasa manakala dia, seorang lelaki Melayu yang perlu jual gambar untuk wang. Inilah yang dirasakan oleh orang ramai dan inilah yang akan menjadi anggapan terhadap lelaki Melayu – 'jualan murah' –berterima-kasihlah pada Umno.

Eddie merujuk kepada bekas perdana menteri Mahathir Mohamad dan perdana menteri Najib Razak yang kedua-duanya telah melemparkan tuduhan liwat terhadap Anwar untuk menamatkan kerjaya politik Anwar.

Melodrama yang tidak masuk akal

Menurut Kosmo, akhbar berbahasa Melayu yang mewawancara Hilmi di Batam, Indonesia, bekas pekerja PKR itu mengakui pernah mempunyai hubungan intim dengan Eli tetapi menyangkal dakwaan yan dia membocorkan gambar-gambar Eli yang terdedah dan sedang tidur kepada akhbar yang dikuasai Umno seraya memulakan skandal itu pada 2009.

"Saya tak tahu siapa yang bocorkan gambar-gambar tersebut. Yang saya tahu telefon bimbit itu telah lama tiada," ujar Hilmi yang berusia 36 tahun.

Hilmi juga enggan mengatakan jika dia telah mengambil gambar-gambar tersebut tetapi mengakui bahawa kebanyakkan laporan media mengenai kontroversi itu adalah salah.

"Saya tak lari kerana rasa takut. Saya tak mahu mengeruhkan situasi. Saya juga tak mahu jadi bahan sarkas politik," ujarnya lagi.

Kini sudah 3 tahun berlalu. Mengapa pergi begitu lama dan kenapa khabar angin mengatakan dia bimbang akan nyawanya. Sememangnya jelas bahawa ada lebih dari yang kita nampak mengenai perkara ini dan juga ia angkara Umno.

Selangor kekal sebagai negeri utama yang mahu ditawan semula pada PRU 13 dan PM Najib Razak telah mengumumkan bahawa BN akan melakukan apa jua cara untuk menawannya kembali. Tidak perlulah orang bijak pandai menfasirkannya untuk rakyat.

Perlindungan politik? Kenapa tak balik sahaja?


Hilmi juga ada menyebut beliau mahu memulakan hidup baru dan mancari perlindungan politik di Eropah dan berharap agar polis Malaysia tidak mencarinya.

"Saya mahu mulakan hidup baru," kata beliau.

"Keselamatan saya tidak dapat dipastikan di Malaysia kerana ugutan yang dibuat kepada saya oleh pemimpin Malaysia yang menggunakan saya sebagai umpan politik untuk pihak berkuasa," dia juga ada memberitahu perkata tersebut kepada pegawai imigresen menurut akhbar Indonesia, Detik.

Jika benar kata-katanya itu, sudah tentulah pihak Umno yang mengancam nyawanya dan bukan pihak pembangkang. Ini kerana, pembangkang akan cuba menutup mulutnya dan apa yang dia perlu buat ialah kembali dan menyerah diri kepada pihak polis. Tiada sebab dia berada dalam ketakutan kecualilah musuhnya itu adalah pihak kerajaan.

Dibayar untuk berbohong?

Alternatif lain adalah dia telah dibayar untuk berbohong untuk memalukan Eli, Kerajaan Negeri Selangaor dan Parti PKR.

"Tidakkah ini mengingatkan kita kepada pita rakaman seks Datuk T terhadap Anwar? Ia sangat bodoh. Ia adalah contoh terbaik politik kotor dan tidakkah melampau untuk mencari perlindungan politik hanya kerana perkara sebegini dan sesuatu yang berlaku pada tahun 2009? Jika Hilmi didapati bersalah, hukumannya sudahpun berakhir. Lihat saja trio Datuk T, mereka bebas dengan sedikit bayaran denda," ujar Eddie.

"Mengenai orang yang mengancam hidupnya, nasihat saya pada Hilmi adalah, balik sahaja dan laporkan kepada polis. Kecualilah jika itu polis Umno, mereka akan mencari Hilmi pula. Saya percaya dia ni menipu selepas menerima sejumlah wang yang besar daripada mereka yang mempunyai sebab untuk memalukan Eli dan Pakatan. Anda boleh teka sendiri siapa mereka itu." Malaysia Chronicle

Harta Karun menanti Najib di penghujung PRU-13

Posted: 23 Feb 2012 12:49 AM PST

Nawawi Mohamad, Wong Choon Mei, Malaysia Chronicle


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah melambatkan keputusan tegas mengenai hampir setiap isu. Ia atau tidak kelewatan itu disengajakan, kerana beliau telah dituduh sebagai memanipulasi, beliau telah memilih untuk membiarkan kejatuhan kewangan NFC sebanyak RM250 juta yang melibatkan menteri Shahrizat Jalil lepas walaupun ia boleh mencetuskan tindak balas sentimen awam bagi pihak Umno.

Beliau juga telah memotong hanyut MCA, Gerakan dan MIC, menyebabkan pihak-pihak ini untuk terus lemah di mata masyarakat mereka. Malah bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad cuba lebih keras, menghantar timbalannya Ghafar Baba untuk menyelesaikan masalah pada komponen dan membantu membaiki keadaan biasa Barisan Nasional. Tetapi mungkin, BN tidak boleh diselamatkan lagi.

Hanya sekali sejak mewarisi jawatan Perdana Menteri dari Abdullah Badawi pada April 2009 telah Najib cuba untuk mengemudi hala tuju BN. Ia adalah semasa pilihan raya negeri Sarawak pada bulan April 2011, dan Najib gagal - teruk. Beliau telah menetapkan bagi 'menjinakkan' Ketua Menteri Sarawak Taib Mahmud tetapi berakhir dimalukan oleh seorang lelaki lebih tua yang licik itu.

Taib berjaya membuatkan Najib kelihatan bodoh tanpa meninggikan suaranya. Apa yang beliau harus lakukan adalah mengabaikan panggilan terdesak dan agak biadap Najib untuk beliau meletak jawatan. Ia adalah selepas pilihan raya Sarawak adalah bahawa rakyat Malaysia, khususnya dari Semenanjung, sedar bahawa Najib tidak berkuasa sebagaimana yang digambarkan oleh parti Umno.

Begitu 'lembut' Najib kerana beliau tidak boleh mengawal Rosmah Mansor isteri beliau atau menghalangnya daripada merebut gelaran Wanita Pertama Malaysia, yang sebenarnya untuk Permaisuri. Tidak perlu dikatakan, beliau juga tidak berjaya menghalangnya dari membeli-belah barangan yang teramat mahal.

Tiba-tiba sahaja bertindak menyerang

Tiba-tiba, mulai 15 Februari, Najib mula bergerak dengan tenaga yang lebih jelas. Beliau mula untuk melontarkan peluru berpandu lisan kepada saingan ketatnya Anwar Ibrahim, memanggilnya "bermuka-muka" dalam satu temu bual dengan WSJ mengenai isu Israel-Palestin, yang juga ditimbulkan oleh akhbar Utusan Umno.

Senior Umnonya Mahathir Mohamad melepaskan serangan seterusnya, memanggil Anwar pengintip bagi membantu AS dan Israel menubuhkan sebuah kerajaan boneka di Malaysia untuk menumbangkan BN. Ini adalah topik yang amat panas untuk Umno, terutama di zaman dahulu apabila ia mahu untuk memangkin umat Islam ke dalam blok pengundi BN.

Malah Anwar percaya Pu-13 adalah begitu hampir, dan telah mengunjurkan hari pengundian pada Mei-Jun 2012. Tetapi ini mungkin terlalu awal. November 2012 adalah lebih mungkin lagi, memandangkan skim wang penjanaan Najib fikirkan untuk Umno, BN dan sudah tentu, dirinya sendiri.

Membersihkan imejnya dan merosakkan imej Anwar pada masa yang sama

Dalam salah satu langkah-langkah tangkas beliau, Najib telah berjaya meyakinkan Mufti Perak Harussani Zakaria bahawa beliau dan Rosmah bukannya umat Islam yang teruk bagi menghadiri Thaipusam di Batu Caves, Selangor.

Harussani telah mengejutkan negara apabila beliau mencaci pasangan kerana 'tidak Islamik' dan menghadiri acara "berhala". Dalam masa 2 hari, TV1 kebangsaan menunjukkan perjumpaan Najib dengan Mufti dan menjelaskan perjalanan beliau ke Batu Caves.

Sudah tentu, Harussani mengakui kesilapan beliau dan mengisytiharkan status Islam yang bersih untuk kedua-dua PM dan isteri.

UMNO menyerang PR dan bersedia untuk memenangi Selangor

Pada malam yang sama, TV3 telah mengadakan satu rancangan bual bicara dengan Satim Diman dari Umno, Ketua Pembangkang Selangor dan Sohaimi Shahadan, ahli Exco Pemuda Umno. Kedua-dua lelaki bergegas untuk menyerlahkan semua perkara yang Pakatan Rakyat gagal sampaikan dalam manifesto pilihan raya.

Minggu sebelum itu, Najib mengesahkan pelantikan Datuk Seri Ong Tee Keat sebagai Ketua BN Selangor. Malam tadi di tengah-tengah kritikan bahawa perancangan beliau yang hebat untuk mengambil semula Selangor hancur kerana beliau tidak dapat menamakan seorang MB sebagai ketua menteri yang dilantik, beliau melantik Mohd Zin, Ahli Parlimen Umno Sepang untuk menjadi penyelaras kempen pilihan raya BN bagi Selangor.

Spekulasi telah berpusar bahawa Tee Keat mungkin dijadikan Menteri Besar Selangor jika dia memberi kerusi Parlimen Pandan bagi Dewan Undangan Negeri (DUN). Jika benar, ini sememangnya akan menjadi satu langkah kontroversi kerana ia akan menjadi kali pertama Selangor mempunyai MB bukan-Melayu. Walau bagaimanapun, semua ini akan bergantung kepada rahmat Sultan.

Umno telah memulakan usaha untuk memenangi semula Kedah

Tangan Umno telah bergolak dalam kerajaan negeri Kedah di bawah pimpinan Pakatan Rakyat, dengan persatuan berkaitan MCA mengetuai membuat aduan bahawa pembantu kepada Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat telah menuntut 'rebat' antara 25 hingga 30% daripada dana yang perlu dibayar kepada mereka.

Ini diikuti oleh BN mengisytiharkan Kedah sebagai negeri yang boleh dimenangi.

Dakwat kekal

Suruhanjaya Pilihan Raya telah mengumumkan bahawa dakwat kekal akan digunakan dalam PU-13, dan stok yang ditempah mesti digunakan dalam tempoh tiga bulan jangka hayatnya.

Jadi, ketika Kastam mengumumkan ketibaan kumpulan pertama dakwat tersebut

, rakyat Malaysia akan tahu bahawa PU-13 akan diadakan dalam tempoh tiga bulan dari tarikh tersebut!

Menguatkan BN

Najib juga telah mengumumkan tiga gabungan ahli-ahli baru untuk BN, iaitu Gabungan Wawasan Generasi Felda, Persatuan bekas Anggota Kemas Malaysia dan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia.

Ketiga-tiga badan ini mempunyai ahli di seluruh Semenanjung Malaysia, yang akan digerakkan untuk membantu BN memenangi PU-13,memberi tumpuan kepada kawasan luar bandar dan perkhidmatan di sana.

Mahathir menyokong kempen BN

Mahathir telah meningkatkan ante itu, dan cuba untuk menakutkan orang Melayu khususnya, dengan menuduh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bekerjasama dengan AS dan Israel untuk menggulingkan BN dan menubuhkan sebuah kerajaan boneka di sini.

Mesej yang tersirat sudah tentunya adalah bahawa nasib orang Melayu akan menjadi sangat tidak tentu di bawah Pakatan Rakyat. Mahathir pada masa yang sama cuba untuk menanam rasa takut dalam fikiran orang bukan Melayu bahawa perubahan rejim akan ditentang oleh orang Melayu. Keganasan boleh berlaku, dan menghancurkan Malaysia.

Najib tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Taib

Selepas pengajarannya pada April 16, 2011, Najib telah berhenti mencuba untuk menolak Taib.

PM akan terus menutup mata kepada Taib yang merampas kekayaan rakyat Sarawak,

selagi sebagai MB tersebut memberikan kerusi Parlimen kepada BN dalam PU-13.

Kesan pemberian Belanjawan dan pertumbuhan ekonomi

Najib juga yakin bahawa faktor rasa-baik dari pelbagai Bajet 2012 pemberian wang tunai kepada pelajar

dan keluarga berpendapatan rendah akan memihak kepada BN.

Beliau berharap pengumuman oleh Bank Negara bahawa pertumbuhan ekonomi

Malaysia adalah 5.2 peratus, melebihi 4.2 peratus ramalan sebelumnya, akan meningkatkan keyakinan dalam pengurusan ekonomi.

Tetapi, penganalisis mengadu hasilnya adalah 'dinaikkan' dan bukan mencerminkan trend yang sihat langsung kerana ia bergantung kepada perbelanjaan pengguna - di kedua-dua tahap kerajaan dan swasta untuk menaikkan pertumbuhan tajuk utama. Ketiadaan pertumbuhan adalah sangat ketara dalam pelaburan awam dan swasta.

Adakah UMNO dan Najib benar-benar bersedia?

Jawapannya adalah TIDAK. Najib masih tidak berpuas hati dengan keadaan sekarang walaupun Rosmah telah dianugerahkan Ijazah Doktor Kehormat oleh Universiti Curtin untuk membantu menebus beberapa kredibiliti.

Terdapat juga kata-kata bahawa Najib bekerja keras dalam tinjauan populariti yang akan menunjukkan dirinya jauh lebih hebat dari Anwar dalam pandangan rakyat. 'Kajian' ini akan ditangguhkan sehingga beliau cukup yakin untuk membubarkan Parlimen.

Najib tidak hanya mahu mewujudkan faktor rasa-baik. Beliau mahu orang ramai untuk kembali keyakinan dalam BN dan membantu beliau mencapai margin dua pertiga di Parlimen. Tetapi Rosmah juga akan memberitahu beliau bahawa itu tidak mungkin!

Najib needs more time and money

Kemudian, Najib juga memerlukan lebih banyak wang. Ia adalah penting jika senarai Felda Global Ventures akan berada di pasaran pada bulan Mei-Jun. IPO boleh dijangka untuk melompat pada hari penyenaraian dan peneroka Felda yang terlalu gembira boleh dijangka untuk mengundi Umno sekali lagi apabila dipanggil untuk peti undi tidak lama selepas itu.

Khabar angin di Kementerian Kewangan sarat dengan desas desus bahawa Umno akan menyedut setiap sen pembiayaan ganti daripada semua badan kerajaan lain atas alasan mahu melaksanakan projek-projek di seluruh negara. Sebenarnya, wang itu akan digunakan untuk berfoya-foya membeli undi gergasi, seperti perjalanan membeli-belah keterlaluan Rosmah.

Kontroversi 1Care akan berjalan, meningkatkan kira-kira RM11bilion bagi Umno-BN untuk disedut keluar sebaik sahaja ia dilancarkan, mungkin menjelang Januari tahun depan. Umno sudah tentu akan terus menghisap Wang Simpanan Pekerja.

Penyenaraian Felda, dijangka mencapai RM21bil apabila ia keluar, akan dikawal oleh koperasi Permodalan Felda (KPF), yang akan menjadi pemegang saham tunggal terbesar entiti Felda Global Ventures yang tersenarai dengan 37 peratus pegangan. Tidak hairanlah, Najib mendesak menjadikan Isa Samad pengerusi KPF. Ini akan membolehkan UMNO dan proksinya di Felda mengambil wang dan menarik sejumlah besar yang diperoleh daripada jualan saham.

Dana PERKESO atau Socso juga akan dialihkan serta Tabung Haji, koperasi yang disokong UMNO, badan-badan berkanun yang lain dan semua Syarikat Berkaitan Kerajaan. Tidak perlu dikatakan, mereka semua akan dipanggil untuk menyumbang sebahagian besar sumber-sumber mereka bagi membantu UMNO supaya terus berkuasa.

Emas di hujung pelangi

Soalan bernilai yang patut ditanyakan adalah, adakah Umno-BN benar-benar memerlukan begitu banyak wang untuk memegang PU-13? Jelas sekali, jawapannya TIDAK. Najib dan kroni beliau juga melompat bagi mendapat pegangan TERAKHIR mereka, dan rakyat Malaysia boleh yakin bahawa jumlah yang diraih mereka akan menjadi berlipat ganda yang sebenarnya dibelanjakan untuk pembiayaan PU-13, termasuk 'peruntukan' yang diketepikan untuk membeli undi.

Panggilnya penipu atau rasuah yang diinstitusikan, tetapi ia tidak akan menghalang Najib. Untuk rancangannya berjaya, Najib akan memerlukan masa dan dia sanggup menunggu sehingga hampir akhir tempoh perkhidmatan pada tahun 2013. Pepatah emas di hujung pelangi adalah terlalu banyak untuk diabaikan. Malah Mahathir tidak boleh menakutkan beliau dalam memegang PU-13 sebelum ini.

Diberikan status semasa 1Care dan penyenaraian Felda, yang keduanya masih menghadapi tentangan awam, PU-13 kelihatan lebih mungkin akan diadakan pada bulan November 2012 dan bukannya pada bulan Mei-Jun. Malah mungkin pada tahun 2013.Malaysia Chronicle

Hina Quran: PM, Umno dicabar sertai demo PAS

Posted: 23 Feb 2012 12:47 AM PST


MALAYSIA KINI

Pemuda PAS membidas sikap perdana menteri dan menteri luar yang didakwa diam terhadap Amerika Syarikat dalam insiden pembakaran al-Quran di pangkalan tentera Amerika Syarikat di utara Kabul yang dikesan kelmarin.

Ketua Penerangan Pemuda PAS, Riduan Mohd Nor berkata, langsung tidak kedengaran suara Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai ketua negara umat Islam di negara ini di peringkat antarabangsa berhubung isu itu.

"Adakah kerana pemimpin negara ini takut dengan kelibat Big Brother Amerika Syarikat atau sememangnya pemimpin negara ini tidak peka terhadap perkembangan umat Islam di seluruh dunia?" soal Riduan.

Menurut laporan media antarabangsa, tentera Amerika mengesyaki banduan Taliban menggunakan al-Quran untuk menghantar mesej antara satu sama lain. Beberapa naskhah dengan kesan bakar ditemui pekerja tempatan.

Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat Leon Panetta bagaimanapun dilapor memohon maaf kelmarin dan menegaskan tentera kuasa besar dunia itu menghormati amalan agama rakyat Afghanistan tanpa "sebarang pengecualian."

Manakala Panglima tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di Afghanistan, Jeneral John R Allen dari Amerika pula berkata, siasatan akan diadakan berkenaan insiden itu.

Dalam kenyataannya hari ini, Riduan menyindir, mungkin pemimpin negara ini sibuk berpolitik tidak sedar ada isu menyinggung perasaan umat Islam berlaku di luar sana.

"Mungkin juga pemimpin negara hanya 'memperjuangkan Islam' di negara ini sehingga tidak peduli pada nasib umat Islam di luar negara," katanya lagi.

Riduan juga mengajak umat Islam pelbagai latar - termasuk anggota Umno dan NGO baru Datuk Hasan Ali Jalur Tiga (JATI) - turun berhimpun di kedutaan Amerika di Kuala Lumpur awal petang esok bagi membantah tindakan menghina Islam itu.

"Sememangnya tindakan tentera Amerika ini memberi isyarat untuk memusuhi umat Islam seluruh dunia. Umat Islam wajib bersatu di atas nama mempertahankan kesucian Islam dari dihina dan dipersenda," katanya.

Riduan berkata, minggu lalu mereka telah mengajak Umno hadir dalam perhimpunan membantah kekejaman Syria terhadap rakyatnya tetapi "Umno dan rakan-rakannya gagal hadir".

"Isu ini membuktikan siapa sebenarnya yang mempertahankan Islam dan umatnya dan siapa pula yang hanya beretorik dalam isu yang melibatkan umat Islam," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, siri bantahan yang bermula di Bagram - tempat pangkalan itu ditempatkan - kini tersebar ke seluruh Afghanistan dan menyebabkan sekurang-kurangnya enam terbunuh dan berpuluh-puluh cedera.

Pulau MB, KM Pakatan, Najib tak profesional, kata Khalid

Posted: 23 Feb 2012 12:45 AM PST


MALAYSIA KINI
Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mempengerusikan Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-114 di Putrajaya pada Selasa lalu tanpa membabitkan pemimpin
Pakatan Rakyat dianggap amat tidak professional.

NONESehubungan itu, menurut Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, mesyuarat berkenaan sewajarnya dinamakan sahaja Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri BN.

"Menteri Besar dan Ketua Menteri dari negeri Pakatan Rakyat tidak dipanggil menghadiri Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-114 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang diadakan di Putrajaya pada Selasa lalu.

"Oleh itu, Kerajaan Negeri Selangor menyeru Perdana Menteri untuk membuat satu penjelasan kepada media bahawa mesyuarat tersebut adalah sebenarnya Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri BN," katanya dalam satu kenytaan media hari ini.

Sambil membidas Najib kerana mengenepikan peranan Menteri Besar dan Ketua Menteri dari Pakatan Rakyat dalam membincangkan kebajikan rakyat, Abdul Khalid berkata sikap perdana menteri hanya membuktikan bahawa konsep 1Malaysia yang dipromosikan hanyalah sekadar gimik politik.

"Adalah amat tidak professional untuk Perdana Menteri mengenepikan peranan Menteri Besar dan Ketua Menteri dari Pakatan Rakyat dalam satu mesyuarat yang membincangkan kebajikan rakyat.

NONE"Apatah lagi rakyat dari Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan menyumbang lebih dari setengah hasil ekonomi Malaysia," katanya sambil menambah tindakan Najib itu juga memberi kesan buruk kepada proses transformasi yang ingin dilakukan.

Mesyuarat Selasa lalu itu turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan serta beberapa menteri kabinet.

Ia lazimnya digunakan bagi menyelaras pentadbiran antara negeri-negeri selain membincangkan isu-isu berbangkit.

PKR dakwa penyenaraian FGVH 'skim berniat jahat'

Posted: 23 Feb 2012 12:40 AM PST


Aidila Razak

Cadangan penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGVH) di Bursa Malaysia adalah "skim berniat jahat" yang bertujuan mengurangkan pegangan peneroka dalam Felda Holdings yang kaya dengan tunai, kata PKR.

NONEIni kerana menurut Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli, dengan penyenaraian itu, semua aset Felda akan dipindahkan ke FGVH, yang merupakan syarikat milik penuh kerajaan dan peneroka tidak lagi akan mempunyai suara dalam perniagaan dan aktiviti operasi berkenaan.

Lebih-lebih lagi, katanya, pelabur lain juga dijemput membeli saham dalam FGVH.

"Kami anggarkan bahawa apabila ini berlaku, ekuiti Felda Holdings yang dipegang oleh peneroka dan kakitangan Felda akan dikurangkan daripada 51 peratus sekarang kepada paling tinggi 42.7 peratus selepas penyenaraian.

"Ini menjadikan mereka pemegang saham minoriti," kata Rafizi dalam sidang medianya di ibu pejabat parti di Tropicana, Petaling Jaya.

Mahkamah tolak permohonan penangguhan Tajudin

Posted: 23 Feb 2012 12:37 AM PST

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan bekas Pengerusi Eksekutif Malaysia Airlines System Bhd. (MAS), Tan Sri Tajudin Ramli untuk menangguhkan prosiding berhubung saman terhadapnya oleh MAS atas dakwaan melanggar kewajipan fidusiari.

Berikutan itu, Hakim Rosilah Yop menetapkan kes dibicarakan selama lima hari bermula 12 Mac ini.

tajudin ramliPeguam Tajudin, Lim Kian Leong yang membuat permohonan bagi penggantungan dalam saman berkenaan, salah satu daripada tiga yang difailkan oleh MAS terhadapnya.

Dalam saman yang difailkan pada 2006, MAS, bersama-sama dengan MAS Golden Holidays Sdn Bhd dan MAS Hotel & Boutiques Sdn Bhd menamakan Tajudin (kiri), bekas syarikatnya Naluri Corporation Bhd, Promet (Langkawi) Resorts Sdn Bhd, Kauthar Venture Capital Sdn Bhd dan Pakatan Permai Sdn Bhd sebagai defendan.

Ia mendakwa bahawa Tajudin sengaja melanggar pelbagai tugas atau tanggung jawab yang diamanahkan kepadanya dengan membiarkan MAS membida atau mendapatkan pelbagai kontrak untuk kepentingan sendiri.

Lagi dakwaan terhadap Awang Adek didedahkan

Posted: 23 Feb 2012 12:34 AM PST


MALAYSIA KINI

Pembocor maklumat yang mendedahkan bukti kononnya ada amalan rasuah yang membabitkan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Awang Adek Hussin membuat lebih banyak dakwaan terhadap ahli parlimen Bachok itu.

NONEDalam blog yang tidak dikenal-pasti itu, beliau yang mengenalkan dirinya sebagai Whistleblower 771, mendakwa bahawa penjelasan Awang Adek yang deposit tunai dalam akaun peribadinya itu hanya sebagai "separuh benar".

Penulis blog itu berkata ini kerana deposit tunai berkenaan dibuat di atas nama beliau dalam kapasitinya sebagai pengerusi jawatankuasa kerja Skim Jejak Jaya Bumiputera (SJJB).

Walaupun Whistleblower 771 tidak membekalkan bukti kali ini, namun katanya, sumber yang boleh dipercayai berkata jawatankuasa SJJB itu adalah juga "jawatankuasa yang menimbangkan semua pemberian kontrak utama kerajaan".

"Sebagai (pengerusi) jawatankuasa kerja SJJB, beliau mempunyai hak untuk memula dan membuat 'cadangan' ke atas mana-mana kontrak utama yang akan dianugerahkan oleh kerajaan," katanya.

Menurut laman web itu lagi, fungsi SJJB termasuk "mengenal pasti syarikat Bumiputera yang memiliki keupayaan dan membantu supaya syarikat-syarikat berkenaan layak untuk penyenaraian (awam)."

NONEAntara syarikat bumiputera yang dibantu oleh SJJB untuk disenaraikan adalah Psetarian Berhad yang menurut TA Securities banyak menerima kontrak kerajaan berhubung penglibatan syarikat itu dalam program SJJB.

Dalam posting baru, pembocor maklumat itu juga mengeluarkan satu salinan baucar bayaran daripada Advance Maintenance Precision Management Sdn Bhd (AMPMSB) kepada Awang yang dikatakan bernilai RM80,000.

Maximus: Perubahan p'raya bergantung bila PRU13

Posted: 23 Feb 2012 12:33 AM PST

Sejauhmana perubahan dalam sistem pilihan raya di Malaysia yang dicadangkan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Mengenai Penambahbaikan Proses Pilihan Raya (PSC) sebahagian besarnya bergantung kepada tarikh pilihan raya umum ke-13 akan diadakan.

NONEPengerusinya Datuk Seri Maximus Ongkili (kiri) berkata sementara perubahan telah dan sedang dilaksanakan, sesetengahnya mungkin tidak boleh digunakan dalam pilihan raya akan datang.

"Jika kita ada setahun lagi (untuk pilihan raya umum akan datang) maka ia mungkin boleh dibuat," katanya kepada wartawan Malaysia sebelum menghadiri majlis makan malam yang dihoskan Pesuruhjaya Tinggi Datuk Zakaria Sulong bagi delegasi PSC yang berada di London bagi mengkaji proses daftar pemilih di Eropah.

Timbalan Presiden PKR dan Anggota Parlimen Gombak Azmin Ali, yang merupakan anggota delegasi berkata memandangkan tarikh pilihan raya umum ke-13 yang tidak menentu, adalah baik jika semua langkah-langkah pembaharuan diterima pakai terlebih dahulu sebelum tarikh pilihan raya diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Anggota Parlimen Hulu Selangor P Kamalanathan yang turut hadir berkata memandangkan perubahan itu adalah penting, perkara yang lebih penting adalah bagi meningkatkan kepercayaan orang ramai mengenai sistem pilihan raya Malaysia.

"Perubahan-perubahan yang telah dan akan kita cadangkan adalah penting tapi kita mesti ingat bahawa fokus PSC adalah mengenai gambaran yang lebih besar iaitu pembaharuan pilihan raya, bukan hanya pilihan raya akan datang tetapi untuk pilihan raya yang akan datang pada masa depan," katanya.

azlanTerdapat banyak perkembangan hasil daripada siri cadangan yang dibuat jawatankuasa yang telah diambil oleh Suruhanjaya Pilihan Raya untuk dilaksanakan.

Pada 15 Februari, peraturan mengenai penggunaan dakwat kekal dalam pilihan raya diwartakan bersama dengan kelulusan bagi mana-mana orang yang dicalonkan oleh pengundi berdaftar yang kurang upaya untuk menemani dan menandakan kertas undi bagi pihaknya.

Di United Kingdom, Ongkili berkata jawatankuasa itu sudah begitu jelas bagaimana persempadanan kawasan boleh diperbaiki selepas perjumpaan dengan Anggota Parlimen British dan pegawai Suruhanjaya Sempadan bagi England.

azlanMengulas mengenai pengundian dari seberang laut, Ongkili berkata jawatankuasa itu perlu menimbang perkara itu dengan teliti memandangkan satu daripada tiga negara dalam lawatan sambil belajar itu, hanya Denmark tidak meletakkan syarat.

Pada masa ini, hanya penjawat awam, kakitangan tentera dan pelajar sepenuh masa boleh mengundi dari luar negara.

Selepas ini, delegasi itu akan terbang ke Frankfurt diikuti dengan Berlin dan Copenhagen sebelum pulang ke tanahair.

Laporan akhir mengenai syor bagi pembaharuan pilihan raya dijangka dibentangkan di Parlimen dan diwartakan menjelang minggu pertama April.

PSC yang dibentuk pada 2 Oktober tahun lepas dan diberi enam bulan untuk mengemukakan cadangan.

Selain Ongkili, Azmin dan Kamalanathan, anggota PArlimen dalam jawatankuasa itu ialah Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad, Tan Sri Dr Fong Chan Onn, Datuk Alexander Nanta Linggi, Dr Mohd Hatta Ramli, Anthony Loke dan Wee Choo Keong. Bernama

Debat politik, budaya demokrasi

Posted: 23 Feb 2012 12:22 AM PST

Antara masalah utama Malaysia adalah, semua perkara suka diambilsecara "setengah masak".Lihatlah demokrasi di Malaysia.

NONEMengaku demokrasi, tetapi banyak betul halangannya - kebebasan bersuara, kebebasan menerbitkan akhbar dan kebebasan berhimpun secara aman.

Semalam, Mahkamah Sesyen baru saja menjatuhkan hukuman bersalah ke atas 14 orang aktivis anti ISA kerana berhimpun secara aman pada 1 Ogos 2009, bagi membantah akta "draconian" tersebut.

Nordin Mohamad, Hayati Abdul Samad, Salmah Ismail, Norlaila Othman, Nashita Mohd Noor, Rashini, Hasbullah Pit, Wan Muhamad Jazlan Razali, Mohd Petri Mohd Yassin, Syaza Muaz Shaharudin, Mohd Sukri Mohd Sirat, Mohamd Sukeri Muhammad, Mohd Sallehuddin Yusop, Zulsifli Kama Kutty, Mohd Fazlzy Mohd Ismail, dan Norazam Sakib dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM 2000 dan penjara sehari.

malaysia indepence merdeka tunku abdul rahman declare 290806Inilah demokrasi ala Malaysia. Demokrasi yang hanya ada pada nama.
Pengkhianatan secara terbuka dilakukan oleh pemerintah hari ini terhadap janji perdana menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj - untuk menjadikan Malaysia (Malaya ketika itu) sebagai sebuah negara demokrasi.

Debat BN-Pakatan

Sehingga hari ini, perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak masih belum menunjukkan keberanian apabila dicabar oleh ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berdebat.

Entah apa yang ditakutkan, tiada siapa yang tahu. Sebagai seorang pemimpin negara, seluruh jentera kerajaan berada di belakang Najib.

NONEDengan mudah arahan boleh diberi kepada badanpemikir atau "think-thank" dan institusi akademik untuk menyediakan fakta-fakta bagi Najib berhadapan dengan Anwar.

Mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sejak awal lagi menolak idea debat antara Najib-Anwar ini. Beliau konsisten menyatakan debat antara Najib dan Anwar adalah embuang masa.

Mengenali Dr Mahathir, bukanlah satu "nilai berita" jika beliau menolak idea debat secara terbuka ini.

Pada zaman pemerintahan Dr Mahathir, kerajaan tidak mesra dengan program-program seperti ini. Malahan zaman pemerintahan beliau adalah zaman gelap untuk demokrasi di Malaysia.

Cina lebih berani?

Minggu lalu berlaku perdebatan di antara presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng.

NONEDebat dijalankan dalam bahasa Mandarin dengan bantuan jurubahasa - disiarkan secara langsung.

Yang mengecewakan adalah debat ini tidak dijalankan dalam bahasa kebangsaan yang boleh difahami oleh masyarakat Malaysia yang bukan Cina.

Pujian harus diberikan kepada Chua dan Lim kerana berani untuk berdebat secara terbuka.

Umno penakut?

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan berdolak dalik. Pada mulanya beliau mengatakan bahawa Umno dan BN bersedia untuk berdebat dengan sesiapa sahaja.

NONEApabila kenyataan beliau dianggap sebagai Najib menyahut cabaran Anwar, beliau mengubah pula kenyataannya dan berkata Najib tidak perlu berdebat dengan Anwar.

Persepsi umum pada hari ini adalah presiden Umno kecut untuk berdebat dengan ketua pembangkang.

Tidak benar jika berhujah secara dangkal dengan mengatakan rakyat Malaysia belum bersedia menerima debat terbuka.

Perdebatan antara Anwar dan Datuk Seri Shabery Cheek membuktikan tidak berlaku rusuhan selepas debat itu selesai. Begitu juga dengan debat antara Chua dan Lim.

Budaya debat bukan sahaja milik Barat. Di Filipina, perdebatan adalah sesuatu yang lumrah.

Ketika musim pilihanraya di negara Jose Rizal itu, perdebatan di antara calon bukan sahaja berlaku di peringkat tertinggi seperti calon presiden malahan ia turut berlaku sehingga peringkat bawahan.
Commission on Election (Comelec) menyediakan platform untuk calon-calon pilihanraya berdebat.

NONEIni diamalkan sehinggalah ke peringkat yang paling bawah iaitu ketua kampung (Barangay Captain).

Malaysia tidak akan kemana-mana jika terus melakukan sesuatu perkara secara "setengah masak". Malaysia telahpun ketinggalan berbanding Filipina, Indonesia dan Thailand.

Jangan sampai nanti, Myanmar lebih demokrasi daripada kita.


ULASAN ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya melambangkan pendirian rasmi sidang pengarang Malaysiakini.

Amin Iskandar menerima anugerah zamalah Intelektual Awam Asia (API) 2009-10 untuk menjalankan kajian tentang sejarah pemantauan pilihan raya di Filipina dan Indonesia.Memblog di http://www.aminiskandar.blogspot.com/ dan berkicau di http://www.twitter.com/aminiskandar.

Himpunan Hijau 2.0 juga di empat lokasi lain

Posted: 23 Feb 2012 12:20 AM PST


Selain Himpunan Hijau 2.0 bagi membantah pembinaan pusat memproses nadir bumi di Gebeng, Pahang yang dijadualkan di Kuantan pada Ahad ini, beberapa lagi lokasi lain juga telah dikenal-pasti bagi menunjukkan perpaduan rakyat di seluruh negara.

NONE"Kami gesa orang ramai untuk turun ke Kuantan pada Ahad ini kerana di situ ada tempat acara utama, tetapi kami faham bukan semua yang dapat pergi ke Kuantan.

"Jadi, kita akan adakan program solidariti di tempat-tempat lain di negara ini," kata setiausaha agung Parti Sosialis Malaysia S Arutchelvan pada sidang akhbarnya, semalam.

Perhimpunan serentak di seluruh negara bagi membantah loji Lynas Advanced Materials Plant (Lamp) itu akan diadakan di:

  • Maju Junction di Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur, dari jam 9.30 pagi hingga tengah hari.
  • Speaker's Square di Esplanade, Pulau Pinang, pada jam 6 petang.
  • Di hadapan bekas tapak kilang Asian Rare Earth di Bukit Merah, Perak, pada jam 11 pagi.

* Pantai Tanjung Aru di Kota Kinabalu, Sabah, pada jam 4 petang.

Menurut Arutchelvan, pihak lain yang mahu menganjurkan program solidariti seumpama itu adalah dialu-alukan untuk berbuat demikian.

NONETurut hadir pada sidang akhbar ini adalah wakil-wakil dari Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, Pergerakan Kebebasan Sivil Malaysia, Gabungan Hijau Rakyat, Saya Anak Bangsa Malaysia, Pasukan Kemajuan Kebangsaan India, Pusat Kebudayaan Pembangunan LLG dan Parti Rakyat Malaysia.

Kumpulan lain yang menyokong perhimpunan tersebut termasuk Jawatankuasa Anti-Radiasi Perak, Jawatankuasa Anti-Sianida Bukit Koman, Suara Rakyat Malaysia dan Jawatankuasa Selamatkan Jalan Sultan.

Perhimpunan itu sebagai membantah lamp yang telah diberikan lesen operasi sementara pada 30 Januari lalu bagi mula memproses nadir bumi.

Pengkritik bimbang sisa radioaktif yang tercemar akan menjejaskan kesihatan penduduk yang tinggal berdekatan serta memudaratkan alam sekitar.

Pemuda PAS ikrar tegakkan kebebasan berhimpun

Posted: 23 Feb 2012 12:13 AM PST


MALAYSIA KINI
Keputusan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, semalam yang menjatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM2,000 ke atas 11 individu yang membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 2009 hanya memperkuatkan hasrat Pakatan Rakyat bagi memastikan kebebasan rakyat untuk berhimpun secara aman apabila mereka mentadbir Putrajaya kelak.

riduan mohd nor"Bagi Pemuda PAS, hukuman yang dikenakan tidak akan mematikan semangat perjuangan jutaan rakyat yang bangkit dalam himpunan terbabit kerana sememangnya ISA diterima rakyat sebagai akta yang zalim dan menindas rakyat.

"Malah, PAS percaya rakyat semakin bersemangat dan berkobar-kobar menantikan himpunan lain dalam menentang sebarang bentuk kezaliman yang berlaku," kata ketua penerangan Pemuda PAS, Riduan Mohd Nor (kanan) dalam satu kenyataan media

Menurut, mereka yang terlibat dan ditahan itu benar-benar membuktikan bahawa perjuangan menuntut keadilan bukan suatu perjuangan yang kecil dan ringan, melainkan ia menuntut pengorbanan yang besar, sekalipun terpaksa mendekam dalam penjara besi atau didenda.

"PAS mengharapkan hukuman yang dikenakan ini tidak melemahkan semangat juang para aktivis terbabit, sebaliknya ia menjadi suatu inspirasi kepada mereka untuk terus gigih berjuang menentang sebarang bentuk kezaliman di negara ini.

"Tidak ada istilah lemah semangat atau berundur sebelum memastikan negara ini benar-benar bebas dari penindasan. Sejarah akan mengenang semua tahanan ini sebagai contoh insan yang begitu prihatin dan peka terhadap suasana yang berlau di negara ini," katanya.

NONEPada 3 Ogos, 2009, seramai 16 orang dihadapkan ke mahkamah dan didakwa di bawah Kanun Keseksaan kerana menyertai perhimpunan haram.

Selain itu, mereka juga dituduh di bawah Akta Polis 1967.

Mereka dikatakan berkumpul di tempat mereka ditahan antara jam 9 pagi dan 1.30 petang, pada 1 Ogos, 2009, di sekitar Masjid Negara dan Jalan Tunku Abdul Rahman, di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun pada perbicaraan semalam, tiga tertuduh tidak hadir di mahkamah dan waran tangkap dikeluarkan terhadap mereka. Dua lagi tidak hadir dengan kebenaran mahkmah dan hukuman ke atas mereka belum dijatuhkan.

Mereka yang didakwa itu ialah Nordin Mohamad, Hayati Abdul Samad, Salmah Ismail, Norlaila Othman, Nashita Mohd Noor, Rashini, Hasbullah Pit, Wan Muhamad Jazlan Razali, Mohd Petri Mohd Yassin, Syaza Muaz Shaharudin, Mohd Sukri Mohd Sirat, Mohamd Sukeri Muhammad, Mohd Sallehuddin Yusop, Zulsifli Kama Kutty, Mohd Fazlzy Mohd Ismail, dan Norazam Sakib.

NONEMenurut Riduan, beliau berharap para aktivis terbabit serta rakyat seluruhnya supaya bersabar seketika dalam menghadapi pelbagai bentuk cabaran sehingga pilihan raya umum ke-13 nanti.

"PAS memberi jaminan, Pakatan Rakyat akan memastikan ISA akan dihapuskan seluruhnya apabila Pakatan mentadbir Putrajaya kelak serta kebebasan rakyat dalam mengadakan himpunan aman," akhirinya.

Kubu Umno di Felda Palong 6 mula retak

Posted: 23 Feb 2012 12:09 AM PST



Usaha PKR cuba menembusi skim Felda Palong di Negeri Sembilan sejak enam bulan lalu mula membuahkan hasil.

NONEJika jumlah hadirin yang menghadiri ceramah ketua umum PKR Datuk Seri Datuk Seri Anwar Ibrahim, timbalannya Azmin Ali dan ketua sayap Wanita Zuraida Kamaruddin dijadikan ukuran, nyata sokongan terhadap Pakatan Rakyat semakin meningkat.

PKR dikatakan berjaya menambat hati peneroka terutamanya dengan memperjuangkan kepentingan mereka dan membela golongan itu berhubung tindakan undang-undang yang difailkan terhadap Felda.

Malam tadi, giliran PKR presiden Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, bagi menggempur kubu Umno itu. Bertempat di Felda Palong 6, satu antara 6 yang membentuk kelompok dalam skim Felda tersebut, beliau berucap kepada ratusan hadirin.

NONEWan Azizah juga menyaksikan penubuhan cawangan PKR di Felda Palong 7 dan 8, serta menerima borang keahlian dari 50 orang.

Antara yang tidak dijangkakan adalah sambutan hangat yang diterima dari jawatankuasa masjid Felda Palong 5 - yang ahlinya sebelum ini terdiri daripada penyokong Umno - mereka turut menyertai majlis doa kesyukuran khas sempena pembebasan Anwar daripada tuduhan liwat pada 9 Jan lalu.

Salah urus

Wan Azizah pada ucapannya, sekali lagi menegaskan bahawa ketidakadilan dan serangan bertali arus dilakukan oleh Umno terhadap Anwar.

"Terdapat lebih penting isu yang dibelenggui Malaysia, seperti salah urus wang negara dan skandal mencecah jutaan ringgit yang membabitkan Perbadanan Fidlot Negara dan salah guna dana zakat...

NONE"Namun Umno adalah lebih cenderung mencela Anwar setiap malam.

"Malaysia adalah sebuah negara yang kaya dengan sumber asli seperti minyak mentah. Kita perlu meningkatkan taraf hidup rakyat dan tahap pendidikan mereka," katanya.

Felda Palong terletak dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Palong dan kini diwakili oleh ahli politik Umno, Datuk Aziz Samsuddin.

Kerusi DUN itu terletak dalam parlimen Jempol yang dipegang oleh Lilah Yasin.

Dua tahun lalu, apabila Anwar melawat Felda Palong 10, kira-kira 70 orang - termasuk jawatankuasa penganjur - hadir untuk mendengar beliau berucap.

NONENamun pada November lalu, tidak kurang 2,000 orang hadir di Felda Palong 6 untuk mengikuti ceramah oleh Ketua Pembangkang itu. Pada majlis itu, 412 peneroka menyerahkan borang keahlian untuk menyertai PKR.

Felda Palong 6 kini mempunyai bilangan terbesar ahli PKR dalam kerusi DUN Palong.

Petugas media boleh mohon jadi pengundi pos

Posted: 23 Feb 2012 12:06 AM PST

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini memutuskan untuk membenarkan petugas media yang tidak boleh mengundi kerana bertugas, memohon sebagai pengundi pos pada pilihan raya umum akan datang.

Perkara itu juga adalah antara cadangan yang dibangkitkan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Dengan Penambaikan Proses Pilihan Raya (PSC).

azlan"SPR bersetuju, dengan cadangan PSC bahawa petugas media ini, di bawah (Pengundian Pos) 2003,Peraturan 3(1)(f), boleh
memohon kepada pegawai pengurus pilihan raya di mana dia mendaftar sebagai pengundi (untuk mengundi secara pos)," kata Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof selepas dua jam bermesyuarat dengan wakil pertubuhan media.

Keputusan tersebut akan dimajukan kepada jawatankuasa berkenaan yang akan bermesyuarat pada 6 Mac depan.

Petugas media terdiri daripada editor, wartawan, jurukamera, jurufoto, pembantu petugas media yang diarahkan bertugas di luar kawasan mengundi mereka, dibenarkan memohon sebagai pengundi pos, tertakluk kepada pengesahan penyelia mereka.

"Pengesahan daripada majikan sangat penting, jadi ia tidak akan disalahgunakan," kata Timbalan pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

Malaysia vs Israel : Ada Hubungan Diplomatik? Tiada Kata Menteri. Tapi..

Posted: 22 Feb 2012 04:32 PM PST

Staff Berita Semasa

kapal israel malaysia Malaysia vs Israel : Ada Hubungan Diplomatik? Tiada Kata Menteri. Tapi..

Malaysia VS Israel : Kalau semak semula laporan media cetak dan media arus perdana pasti akan ada "slot Israel" di mana memuatkan kenyataan Anwar Ibrahim di WSJ (Wall Street Jurnal) baru-baru ini. Dan, tidak kurang juga dengan minggu ini, ada laporan mengenai Israel. Kali ini ada laporan mendakwa kapal-kapal dari Israel dikesan berlabuh di pelabuhan Klang.

anwar israel wsj Malaysia vs Israel : Ada Hubungan Diplomatik? Tiada Kata Menteri. Tapi..

Kalau tanya kami dengan kenyataan Anwar Ibrahim itu di Wall Street Jurnal yang mengatakan akan menerima & mengiktiraf Israel dengan pra-syarat, Israel mesti berdamai dan memberikan laluan kepada Palestin yang selama ini menindas hak rakyat Palestin. Israel yang nak berdamai? Urhmm….genjatan senjata dah dimetarai pun Israel tak ambil pusing malah terus mengebom Semenanjung Gaza. Berapa banyak kali dah ruang, peluang dan harapan diberikan atas nama pendamaian Palestin dan Israel? Berapa banyak dah kuasa veto yang digunakan melalui US bagi menyelamatkan "hayat bosnya" Israel? Adakah Israel benar-benar sudah bersedia untuk berdamai?

Kalangan negara-negara Islam sendiri pun masih lagi "haru-biru". Sepatutnya kesatuan negara-negara Islam ini yang harus diberikan tumpuan untuk dipereratkan, bukannya megah hanya atas nama sahaja. Bertambah malang lagi jika ada mana-mana negara Islam yang menyumbang samada secara langsung atau tidak langsung kepada negara haram Israel….

Malaysia VS Israel : Malaysia Tiada Hubungan Diplomatik Antara Malaysia Dengan Israel

Berbalik kepada dakwaan terbaru mengatakan Malaysia ada hubungan dengan Israel baru-baru ini, kami tertarik dengan kenyataan menteri ini…

mukriz malaysia israel Malaysia vs Israel : Ada Hubungan Diplomatik? Tiada Kata Menteri. Tapi..Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir mengulangi kenyataan bahawa kerajaan tidak melarang perdagangan antara syarikat swasta negara ini dengan ahli-ahli perniagaan Israel.

Justeru, katanya, kapal-kapal yang dimiliki oleh Israel juga dibenarkan berlabuh di pelabuhan di Malaysia untuk tujuan perdagangan tetapi dengan syarat bahawa anak kapal yang memegang pasport Israel dilarang daripada mendarat.

Mukhriz berkata, pembangkang telah cuba memanipulasikan isu berkenaan bagi mewujudkan salah faham hakikat bahawa Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel.

"Tiada hubungan diplomatik bermakna tiada interaksi antara kedua-dua kerajaan. Perdagangan yang wujud adalah urusan pihak swasta dari kedua-dua negara dan kerajaan Malaysia tidak menghalangnya," katanya melalui sistem pesanan ringkas kepada Sinar Harian, semalam.

Kenyataan wakil Barisan Nasional (BN) yang selalu menyebut tiada hubungan diplomatik antara Malaysia dengan Israel sengaja diputarbelitkan oleh Pakatan Rakyat," tambahnya. (sumber : Malaysiakini)

Betulkah Malaysia tidah hubungan diplomastik langsung Israel. Tetapi persoalannya sekarang ini :

Dan kalau ditonton semula laporan berita TV9 pada tahun lepas ada menunjukkan bantahan dek kerana ketibaan kapal Israel berlabuh di pelabuhan Klang…

Berdasarkan dakwaan sebelum ini, kapal dagang milik syarikat yang ada kaitan dengan Israel iaitu ZIM Atlantic dan Zim USA telah berjaya dikesan berlabuh pada 16 Februari 2012 yang lalu di Port Klang. Semakan di laman web Zim Integrated Shipping itu sendiri menunjukkan hasil keputusan seperti di bawah ini :

malaysia israel Malaysia vs Israel : Ada Hubungan Diplomatik? Tiada Kata Menteri. Tapi..

Adakah Kapal ZIM berlabuh di pelabuhan Klang perkara baru? Tidak sama sekali. Kami pernah kongsikan laporan berita ini : Israel Keluar Dari Port Klang & Malaysia !!

Tidak cukup lagi? Menteri mengatakan Malaysia VS Israel tiada hubungan diplomatik? Tetapi mengapa semakan kami di laman web Zim itu sendiri menunjukkan Israel Corporation merupakan pemegang saham terbesar bagi syarikat Zim Integrated Shipping Limited iaitu sebanyak 98%. Ok, itu yang pertama.

zim malaysia israel Malaysia vs Israel : Ada Hubungan Diplomatik? Tiada Kata Menteri. Tapi..

Yang keduanya semakan kami di laman web Israel Corporation menunjukkan Israel Corporation syarikat holding yang terbesar di Israell dan merupakan salah satu daripada 10 syarikat teratas yang tersenarai di dalam Tel Aviv Stock Exchange (Bursa Saham Tel Aviv)

israel malaysia Malaysia vs Israel : Ada Hubungan Diplomatik? Tiada Kata Menteri. Tapi..

Kami berharap menteri dan kerajaan Malaysia menjawab isu ini dengan sebaiknya. Rakyat Malaysia menantikan jawapannya….

Isu BN seleweng STDC RM7.5 juta takkan senyap macam tu jer.

Posted: 22 Feb 2012 04:30 PM PST

Oleh Zulkifli Yahaya


Exco Kerajaan Negeri Kedah, Dato' Amiruddin Hamzah pernah mendedahkan penyelewengan kerajaan BN dulu menguruskan sebuah GLC iaitu Seri Temin Development Corporation (M) Sdn. Bhd. (STDC). Beliau mendedahkan bagaimana STDC telah membelanjakan lebih RM8 juta untuk sumbangan, walhal RM7.5 juta tidak diluluskan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk pelepasan cukai.

Akibatnya STDC terpaksa juga menjelaskan cukai sebanyak RM3.1 juta di samping denda atau penalti kira-kira RM1 juta, menjadikan jumlah keseluruhan yang terpaksa dibayar oleh STDC di bawah kerajaan PR sekarang ialah sebanyak RM4.1 juta.

Semua beban yang ditinggalkan oleh BN itu terpaksa dijelaskan oleh kerajaan kini.

Pendedahan Amiruddin benar-benar menyebabkan semua ADUN BN yang sedang bersidang dalam DUN panas punggung. Tapi sehingga ke hari ini mereka masih gagal untuk memberi penjelasan kepada rakyat. Ya, memang tiada penjelasan yang dapat diberikan sebab semuanya sudah jelas.

Laporan pihak Audit berhubung perbelanjaan tidak wajar dan bayaran yang dibuat tanpa sokongan dokumen sepatutnya cukup banyak. Antaranya ialah sumbangan terhadap Mesyuarat Perwakilan Umno Padang Terap - RM10 ribu (23.01.2007), lawatan Pemuda Umno ke Indonesia - RM10 ribu (14.03.07), lawatan Puteri Umno ke Indonesia – RM5 ribu (18.03.07), sumbangan kepada Umno Kedah – RM200 ribu (19.04.07), sumbangan petugas BN pilihanraya kecil Ijok – RM5 ribu (13.05.07), sumbangan T-shirt dan wang saguhati konvoi Pergerakan Pemuda Umno Padang Terap – RM4 ribu (22.05.07), sumbangan kepada Umno Cawangan Padang Kerasak Naka – RM5 ribu (30.05.07) dan membekal cenderamata untuk perwakilan Umno Bahagian Padang Terap – RM26,150.00 (01.01.08).

Seterusnya ialah pemasangan billboard untum mesyuarat perwakilan Umno Padang Terap – RM10 ribu (01.01.08), sewa khemah dan meja bulat untuk mesyuarat perwakilan Umno Bahgian Padang Terap – RM10 ribu (16.01.08), membekal kain tudung kepada ahli Puteri Umno – RM20 ribu (03.02.08) dan makan minum untuk mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Padang Terap – RM21,700.00 (15.02.08).

Menteri Besar masa itu Datuk Seri Mahdzir Khalid turut menggunakan wang STDC untuk menerbitkan kalendar peribadi beliau yang diberi percuma kepada rakyat dengan kos RM80 ribu (06.12.07 & 20.02.08). Banyak lagi pembayaran yang disifatkan oleh Audit sebagai 'tidak berkepentingan dan tidak berkaitan dengan aktiviti dan objektif penubuhan STDC' namun tidak mungkin disiarkan sepenuhnya dalam ruangan yang terhad ini.

STDC yang ditinggalkan kepada kerajaan PR adalah sebuah syarikat bermasalah, banyak hutang dan gawat. Namun kebijaksanaan pentadbiran baru berjaya memulihkan syarikat tersebut sekalipun terbeban dengan hutang-hutang yang ditinggalkan.

Pada 2007 STDC mengalami kerugian sebanyak RM2.56 juta, manakala pada 2008 kerugiannya ialah sebanyak RM144,467.00. Kerugian tidak boleh dibebankan sepenuhnya kepada pengurusan baru kerana mereka mengambilalih selepas tiga bulan tahun 2008. Pada tahun 2009 keuntungan STDC ialah RM333,978.00 dan tahun 2010 keuntungan sebanyak RM826,110.44.

Satu lagi perkara menarik ialah jumlah emolument untuk ahli-ahli lembaga pengarah. Di masa BN, emolument untuk ahli lembaga pengarah ialah RM125,200 (2006) dan RM251,800 (2007). Bagi tahun 2008 antara Januari hingga Mac sahaja, emolument yang diberi ialah sebanyak RM50,900. Bagi mereka untung atau rugi bukan persoalan, yang penting SDTC seolah-olah dijadikan tempat mengaut kekayaan.

Ia berbeza sama sekali dengan emolument yang diterima ahli lembaga pengarah di zaman PR. Pada tahun 2009 ahli lembaga pengarah hanya menerima keseluruhan RM53,500 manakala bagi tahun 2010 cuma RM8,000.

Semua catatan yang dibuat adalah berdasarkan fakta hitam putih (bukan video hitam putih). Ia bukan rekaan macam video seks bikinan Datuk Trio. Sebab itu apabila Dato' Amiruddin membentangkan di Sidang DUN, semua ADUN BN tidak dapat menyanggah. Semua media talibarut BN tidak mengungkapkan walaupun sepatah perihal penyelewengan pengurusan GLC di zamam BN itu.

Sekarang terserah kepada jentera penerangan parti kena hidupkan balik isu ini dan serang BN habis-habisan sehingga mereka tersungkur terus.

Lagi ‘Orang Besar’ Akan Sertai PAS?

Posted: 22 Feb 2012 04:25 PM PST

Blog Ibn75.wordpress.com

JOHOR BAHRU – Lagi bekas pemimpin UMNO di peringkat tertinggi negeri ini didakwa akan menyertai PAS kerana Pakatan Rakyat (PR) dilihat bakal menerajui kerajaan negeri di Nusajaya selepas Pilihan raya Umum (PRU) ke 13 akan datang dan hal ini tidak boleh dipertikaikan lagi.

Menurut sumber, beberapa pertemuan telah diadakan melibatkan bekas pemimpin itu seperti bekas exco Kerajaan Negeri Johor, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan lain-lain.

Sumber turut mendakwa, spekulasi tentang kedudukan mereka itu dikuatkan lagi dengan keyakinan apabila melihat kuasa orang Melayu semakin terhakis di bawah pemerintahan UMNO-Barisan Nasional (BN).

Disamping itu, isu pengambilalihan dua syarikat terbabit Sehingga Johor Corporation (Jcorp) membatalkan hasratnya turut mendorong kelompok itu hilang kepercayaan kepada corak kepimpinan Datuk Abd. Ghani Othman.

"Lagi pertemuan bersama Bekas pemimpin UMNO peringkat tertinggi di Johor, yg juga bekas DO, bekas Exco, bekas ADUN & bekas JCS. Seorg think tank UMNO negeri. Sudah terang lagi bersuluh, beliau memberitahu, UMNO akan TUMBANG DLM PRU-13 di JOHOR.

Beliau tak menafikan, bukan setakat ketua caw @ bahagian, malah ADUN & MP dr UMNO sendiri yg BAKAL BERPALING TADAH MENUMBANGKAN UMNO DLM PRU AKAN DATANG… Drpd sini, sudah PASTI Najib akan DRAG PRU SEHINGGA KE TARIKH AKHIR PD MAC 2013. Teruskan perjuangan, KEMENANGAN SEMAKIN HAMPIR UTK ISLAM.

"Seorg yg berpangkat Dato & bekas Bentara Sultan Johor, Sultan Mahmud Iskandar. Beliau MEMANG KONFIDEN PAKATAN AKAN MEMERINTAH JOHOR. Cuma satu shj pesannya, KEMBALIKAN SEMULA HAK ORANG MELAYU DI JOHOR yg hilang semasa UMNO BN memerintah.

ISLAM SEMULA BUMI JOHOR nih dgn cahaya HIDAYAH & SINGKIRKAN PENGARUH YAHUDI yg telah laama meresap ke dlm pemerintahan Tok Ghani Othman, Na'uzubillah," ujar pemilik akaun facebook Ibnu Zatussalasil.

Isu tersebut mula mendapat perhatian umum apabila PAS Johor mendesak Pengerusi Jcorp, Datuk Abdul Ghani Othman yang juga Menteri Besar supaya membatalkan serta-merta kerana ia jelas tidak menguntungkan mana-mana pihak sama ada Jcorp, Kulim (M) Berhad, QSR, KFCH termasuk rakyat Johor.

Dalam pada itu, sumber turut memberitahu, berpandukan analisis yang dilakukan Pakatan Rakyat dipercayai mampu untuk meraih lebih kurang 60% kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala usaha yang berterusan harus digerakkan lagi supaya lebih banyak lagi kerusi yang akan dimenangi.

"Kami cakap, tak perlah biar kit org jd pembangkang yg kuat sdh cukup baik laaa, DIA MARAH KAT KAMI, HAHAHA… Dia kata JGN berfikiran sedemikian, sbb dlm analisis dia, PR akan menguasai 60% kerusi DUN & kena usaha keras sikit spya leh jejak 80%. Mak aih… TERKEJUT KAMI DIBUATNYA, hahaha.

"Selalu jumpa ketua cawangan & ahli2 biasa UMNO yg nak masuk PAS ja, tp kali nih betul2 punya cerita & fakta yg sgt jelas," ujarnya lagi.

Siasat Dakwaan Hasan Akidah

Posted: 22 Feb 2012 04:14 PM PST

MSO


Cadangan
Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim agar pihak berkuasa menyiasat dakwaan demi dakwaan dibuat Hasan Akidah kononnya berlaku pelbagai bentuk aktiviti cuba memesongkan akidah umat Islam (Kristinisasi) perlu disokong seratus peratus.

Pihak berwajib terutamanya Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang mempunyai kuasa menyiasat dan mendakwa perlu bertindak segera.

Agensi lain termasuk polis Di Raja Malaysia juga boleh membantu di dalam soal ini untuk menangkap mana-mana pihak yang telah melakukan pemesongan akidah. Benar kata Khalid dakwaan Hasan Akidah itu boleh menimbulkan rasa kurang senang di negeri itu.

Hasan Akidah sebelum ini telah mendakwa berbagai aktiviti pemesongan akidah dilakukan pihak tertentu di negeri Selangor. Semalam beliau mendedahkan ada paderi berjubah telah melakukan kegiatan pemesongan akidah. Sebelum ini ada kitab Injin berkuasa solar dan macam-macam bentuk dan peralatan digunakan untuk melakukan permurtadan.

Sebelum ini Hasan semasa menjadi Exco mendedahkan kononnya sebuah gereja di Damansara telah mengadakan majlis makan malam yang mana majlis itu bertujuan untuk mengkristinisasikan umat Islam.

Bukan main lagi bersungguh Hasan dengan masalah itu seperti terlihat kapal UFO di Kuala Selangor. Beliau telah mengeluaran senarai nama-nama yang telah pun jadi Kristian. Kononnya juga pihak Jais yang dibawah kawal selia beliau akan mendakwa orang-orang yang murtad itu. Hasan tidak semena-mena dinobat sebagai hero pembela akidah? Uekkkh...

Apa jadi akhirnya dengan semburan air liur Hasan Akidah itu. Tidak ada pendakwaan ke atas orang yang dituduh Hasan itu. Iya berakhir apabila Sultan Selangor memberi amaran keras kepada pihak yang kononnya bersalah.

Kenapa beri amaran? Soalnya apakah boleh masalah murtad dan pemesongan akidah itu diberi maaf? Dalam surah mana di dalam Quran memberi komprami dalam kes-kes pemurtadan?

Macamlah juga seorang sultan memberi pengampunan kepada seorang wanita yang mengaku minum arak dan sedia untuk disebat mengikut syariat Islam. Sutlan berkenaan tidak akan dapat memberi pengampunan dalam soal agama dan sultan juga tidak boleh tanggung dosa pesalah jenayah agama. Jelas sekali sultan berkenaan tidak faham dengan hukum agama dan juga nawaitu perempuan itu yang mahu mensucikan dirinya.

Dalam kes permudtadan yang didakwa Hasan itu Sutlan Selangor tidak patut memberi amaran dan sepatutnya membenarkan Jais mendakwa orang-orang yang dituduh murtad itu. Bila ia digelapkan secara begitu menyebabkan orang akan persoal apakah Hasan Akidah berkata benar atau sekadar berilusi sahaja.

Hasan Akidah juga tidsak perlu main sorong tarik dalam hal ini. Beliau perlu dedahkan apa yang didakwa diperolehi itu. Kalau setakat mendedahkan rakaman tape mengenai pengakuan seseorang kononnya dia sudah terjebak dengan Kristianisasi ia tidak valid dan orang boleh kata Hasan Akidah mereka-reka cerita untuk membenarkan apa yan didakwa itu.

Saya berharap Jais akan mengambil tindakan segera ke atas apa yang didakwa itu. Jais juga harus mendapat penjelasan dari Hasan Akidah atas apa yang dikatakan itu. Kalau Hasan Akidah gagal membuktikan apa yang dituduh itu Hasan perlulah dikenakan tindakan. Cara Hasan itu telah melakukan fitnah agama dan menyebabkan timbul ketegangan di kalangan umat dan masyarakat negara yang yang berbilang kaum.

Saya percaya selepas ini Hasan yang pandai bercakap akan mereka pelbagai cara lagi untuk menarik perhatian orang ramai kalau dakwaanya itu dibiarkan begitu saja. Hasan tampaknya cuba menjadi isu kristinisasi untuk mencungkil populairinya sebagai pejuang agama. Mungkin dia akan membuat pendedahan bahawa di dalam setiap masjid di Selangor kini ada tujuh orang mubaligh Kristian yang menyamar majadi utasz dan juga bomoh yang mengubat orang ramai secara pendekatan kerohanian.

Pun begitu dakwaan Hasan itu tidak boleh ditolak begitu sahaja. Tetapi sejauh mana ia benar atau tidak pihak berkuasa kena menentukannya. Hasan sendiri perlu berani dan lebih bertanggungjawab dengan apa diucapkan dan tidak seronok beretorik apabila tv penjilat menyuluh kamera ke mukanya.

Kalau Hasan tidak membuktikan apa yang dikatakan itu maka jelas Hasan Akidah pembohong besar dan wajar dianugerahkan gelaran pembohong negara

Demo Anti Israel Di Pelabuhan Klang

Posted: 22 Feb 2012 04:05 PM PST

KELAB GREENBOC

NGO berdemo di Pelabuhan Klang bantah kapal Israel


Sekumpulan NGO dan aktivis mahasiswa hari ini berhimpun di Westport dekat Pelabuhan Klang bagi membantah dakwaan akses kapal Israel di situ.

Kumpulan kira-kira 80 orang yang diketuai Ketua Penyelaras Jingga 13 Fariz Musa itu berhimpun sejam sambil melaungkan slogan anti-Israel.

Perhimpunan itu berlangsung aman dan hanya diperhatikan kira-kira 20 anggota polis yang bertugas.

Turut kelihatan Naib Ketua Pemuda PKR Azmizam Zaman Huri dan aktivis popular siswa Adam Adli.

Fariz ketika dihubungi selepas itu berkata, perhimpunan itu dianjurkan hari ini kerana mereka mendapat maklumat terdapat lagi kapal dari Israel yang berlabuh di situ hari ini.

"Kita kesal dengan hubungan dagang ini kerana ia seolah-olah membantu negara haram Israel membeli peluru bagi membunuh rakyat Palestin," katanya.

Katanya, banyak lagi perhimpunan akan diadakan selepas ini, bermula dengan perhimpunan di kedutaan Palestin pada 29 Februari.

Pada tarikh itu, katanya, mereka akan menghantar memorandum memaklumkan perkara itu dan menyerahkan bukti yang dikumpul pada negara itu.

"Kita pilih tarikh itu kerana berdasarkan maklumat kita, pada hari itu ada lagi kapal akan masuk ke sini," katanya.

Bagaimanapun kumpulan itu tidak dibenarkan masuk ke kawasan pelabuhan dan tidak dapat memastikan sama ada kapal dari Israel ada berlabuh di Pelabuhan Klang hari ini.

Isnin lalu, sambil mendedahkan dokumen dari Jabatan Kastam, Wesport dan syarikat Zim Integrated Shipping Services Ltd, Jingga 13 berkata kapal-kapal yang dimiliki sebuah syarikat yang didakwa dikuasai oleh kerajaan Israel mempunyai akses bebas ke Westport, Pelabuhan Klang.

Ini termasuk kapal, Zim Atlantic, yang berlabuh di Pelabuhan Klang pada 16 Februari lalu yang datang secara langsung dari pelabuhan Ashdod di Israel. -mk


PANAS: Laporan Polis Oleh Jurusolek Dakwa Dicabul Pemimpin BN

Posted: 22 Feb 2012 03:44 PM PST

KELAB GREENBOC

Jurusolek dakwa dicabul pemimpin MCA


MCA kini berdepan dengan satu lagi skandal yang melibatkan pemimpinnya, kali ini Ng Tian Poh (gambar), ahli jawatankuasa Perhubungan MCA Perak. Ng Tian Poh dituduh mencabul seorang jurusolek bernama Ng Sook Mei pada 30 Disember 2010, dan isu ini menjadi hangat di dunia internet, baru-baru ini.

Ibu pejabat polis daerah Ipoh telah mengesahkan kepada MerdekaReview, bahawa satu surat telah dikeluarkan untuk memaklumkan Ng Sook Mei bahawa polis telah menjalankan siasatan rapi terhadap aduan beliau, malah tangkapan telah dibuat ke atas Ng Tian Poh, yang disyaki terlibat dalam kes ini.

Bagaimanapun, Ng Tian Poh ketika dihubungi MerdekaReview, menafikan dirinya telah ditangkap. Ng Tian Poh bagaimanapun mengakui dirinya pernah disiasat sekali sahaja pada tahun 2010. Ng Tian Poh enggan mengulas apabila wartawan menyusul dengan soalan sama ada beliau mencabul wanita tersebut.

Dalam aduan polis oleh Ng Sook Mei pada 31 Disember 2010, Ng Tian Poh dituduh memasukkan tangan ke dalam baju Sook Mei, meraba buah dadanya dan membuka kancing baju dalamnya. Sook Mei, 29 ketika itu, menolaknya tetapi Ng Tian Poh terus memasukkan tangan ke dalam seluar pendeknya. Seorang kawannya, Ranjit yang berada bersama mereka ketika itu, di Ipoh Royal Club menolong Sook Mei untuk membebaskan diri dari terus dicabul Ng Tian Poh.

Ng Sook Mei memanggil sidang media pada 17 Februari 2012 untuk menjelaskan apa yang berlaku pada malam itu. Beliau bersama teman lelakinya berada di tempat kejadian semasa pencabulan berlaku. Mereka pergi ke Ipoh Royal Club atas undangan kawan, dan diperkenalkan kepada Ng Tian Poh. Ng Sook Mei dan teman lelakinya hanya tahu identiti Ng Tian Poh selepas kad namanya dihulurkan kepada mereka.

Bagaimanapun, ketika pencabulan berlaku, teman lelaki Ng Sook Mei tidak terdaya untuk berbuat apa-apa, setelah mengambil minuman keras yang diberikan kawannya. Begitu juga dengan Ng Sook Mei yang merasakan tubuhnya hilang tenaga.

Beberapa akhbar Cina membuat liputan untuk sidang media itu, tidak menyebut "pemimpin MCA" sebagai orang yang disyaki terlibat, melainkan Oriental Daily dan Guang Ming Daily yang menyebut "pemimpin MCA" dalam laporannya. Menurut teman lelaki Ng Sook Mei, terdapat sesetengah pihak yang berlatarbelakangkan parti politik pernah memujuk agar tidak dibuat aduan polis, dan menawarkan wang kepadanya agar kes ini "diselesaikan". Bagaimanapun, beliau menolak tawaran tersebut.

Peguam Ng Sook Mei, iaitu Leong Cheok Keng (gambar kanan) turut berkata dalam sidang media itu, bahawa pihak polis pernah mendakwa pihaknya memiliki rakaman video kejadian tersebut, lantas mempertikaikan mengapa tindakan tidak diambil sehingga hari ini.

Leong berkata beliau pernah menulis surat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Ketua Polis Negara Ismail Omar, Jabatan Perdana Menteri dan Peguam Negara bagi pihak anak guamannya, menyeru agar pihak berkenaan memandang serius kes ini, menurut laporan. -MR


Tiada ulasan: