DUNIACACAMARBA |
- Kelantan Miskin Bukti Najib dan PM Terdahulu GAGAL
- [Gambar/Video] Sekatan Sebabkan Jalan Raya Sesak 5 Km, Anwar BONCENG Motosikal GEMPUR Kubu Najib di PEKAN, Pahang
- Gadis BOGEL Depan Penguat Kuasa
- Wow, Wanita Lahir Anak 5.5 Kg Secara Normal!!
- Suami Gemar LIWAT & KENCING Muka Isteri
- [KANTOI] Dalang Demo "Ahli PAS" Permatang Pauh Bantah Anwar Sokong Israel Terbongkar
Kelantan Miskin Bukti Najib dan PM Terdahulu GAGAL Posted: 18 Feb 2012 05:36 AM PST Saya petik: [HD] KUALA LUMPUR, 18 Feb: Dakwaan Datuk Seri Najib Razak bahawa Kelantan negeri paling miskin di negara ini, hanya membuka pekung dirinya sendiri sebagai pemimpin nombor satu negara. Pensyarah Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya, Profesor Madya Dr Abu Hassan Hasbullah berkata, jika benar dakwaan itu, ia bermakna kegagalan kesemua enam perdana menteri termasuk Najib untuk memajukan kesemua negeri dalam Malaysia ini sejak BN memerintah lebih 50 tahun lalu. "Sekira benar Kelantan ini negeri miskin mengikut kata PM DS Najib, maka ini bermaksud benar-benar gagalnya enam orang Perdana Menteri dalam memajukan setiap pelusuk tanah air, setiap orang dari rakyatnya. "(Ini) kerana negeri Kelantan ini adalah salah satu negeri dalam gabungan 14 negeri di dalam Persekutuan Tanah Melayu atau Malaysia, dan sama sekali bukan sebuah negeri yang berada di Thailand, atau Indonesia, atau Brunei, atau Kemboja, dan tidak mungkin sebuah negeri di Benua Afrika," coretnya melalui Facebooknya Hassan Hayastani.. Beliau dipercayai mengulas kenyataan Najib ketika berucap di Lahad Datu semalam kononnya Kelantan adalah negeri miskin tercorot dan bukan lagi Sabah. Najib berkata kedudukan tercorot itu bermula sejak negeri tersebut berada di bawah pemerintahan kerajaan PAS Kelantan. Beliau berkata demikian semasa merasmikan Mini Estet Sejahtera (Mesej) Akuakultur Kampung Nala, Tungku, Lahad Datu di sini semalam. Mengulas lanjut, Abu Hassan berkata, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan memerintah untuk memajukan mana-mana negeri dan tugas itu berada di atas batu jemala seorang perdana menteri. "Negeri mana pun yang dikatakan miskin selagi dia adalah negeri di dalam Malaysia maka tanggungjawab memberi kekayaan, kemajuan, kesejahteraan dan kebajikan masadepan itu berada di atas kepimpinan seorang Perdana Menteri. "Ini bukan zaman penjajah British dengan polisi kejadah pecah dan perintah!," tulis beliau. P/s: Apa yang berlaku di balik "kegagalan" itu? Diskriminasi, ketidakadilan, hasad dengki, busuk hati, politik jahat, rompakan hasil mahsul, apa lagi? bla..bla...bla.... | ||||||||
Posted: 17 Feb 2012 11:00 PM PST Blog pkrnegeripahang melaporkan program ceramah Ketua Umum PKR Dato' Seri Anwar Ibrahim di dua lokasi berasingan di Pahang, iaitu di Taman Mahkota Aman, Batu 11, Kuantan dan juga di Pekan, Pahang. Walaupun dimomokkan dengan isu Israel oleh media propaganda milik UMNO, namun hal itu tidak menghalang ribuan rakyat tempatan menghadiri ceramah beliau. Blog rasmi PKR Pahang itu mendakwa tidak kurang 3000 penduduk di Taman Mahkota Aman mendengar penjelasan Anwar berkaitan dengan isu semasa dan isu Israel yang diputarbelitkan oleh media perdana. Program ceramah di Taman Mahkota Aman itu bermula pada jam 9.00 malam dan Dato' Seri Anwar tampil sebagai penceramah pertama memandangkan beliau akan bergegas pula ke Pekan untuk program ceramah berikutnya. Ceramah Anwar di Kuantan, Pahang
Ceramah Anwar di Pekan, Pahang
Berbeza daripada situasi di Mahkota Aman, perjalanan Dato' Seri Anwar menuju ke Pekan terganggu apabila pihak polis mengadakan sekatan jalan raya di beberapa lokasi menuju ke tapak ceramah. Sekatan polis itu menyebabkan orang ramai yang ingin ke lokasi ceramah merungut kerana berhadapan dengan kesesakan jalan raya yang teruk. Kesesakan sejauh 5 km seperti yang dilaporkan oleh MK itu memaksa Dato' Seri Anwar menaiki motosikal ke lokasi ceramah. Tiba di lokasi ceramah, Anwar disambut tidak kurang daripada 4 000 penduduk tempatan yang sabar menunggu untuk mendengar penjelasan tentang pelbagai isu semasa. Sambutan dan jumlah penduduk yang hadir pada ceramah itu sesungguhnya sesuatu yang luar biasa kerana Pekan dimomokkan sebagai kubu kuat Najib 1Malaysia. -DuniaCacaMarba P/s: Walaupun polis mengadakan beberapa sekatan jalan raya di laluan ke tapak ceramah, namun kunjungan penduduk tempatan dalam jumlah yang besar sudah tentu menggerunkan Najib. Bayangkan jika tiada sekatan jalan raya, agak-agaknya berapa ribu yang hadir semalam? Berkaitan: Sekatan akibatkan kesesakan 5km di ceramah Anwar [MK] Sekatan jalan raya di jalan utama menuju ke ibupejabat PAS di Pekan, tempat ceramah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam, menyebabkan berlaku kesesakan lalulintas sepanjang lima kilometer. Menurut Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dzulkefly Ahmad, mereka yang mahu mendengar ceramah Anwar terperangkap dalam kesesakan tersebut selama "lebih daripada 40 minit". Katanya, beliau terpaksa ke tempat ceramah dengan menaiki motosikal, begitu juga dengan Anwar. Menurutnya lagi, kesesakan lalulintas itu menyebabkan kelewatan ceramah bermula, sehinggakan ucapan Anwar melebihi waktu had permit polis sehingga jam 12 tengah malam. Katanya lagi, anggota polis berada tepat jam 12 tengah malam, tetapi Anwar dapat melanjutkan program tersebut, kerana masalah kesesakan untuk ke sana. Dzulkefly berkata, kira-kira 3,000 orang menghadiri program tersebut, "kebanyakannya penduduk tempatan", yang disifatkannya sebagai "luar biasa bagi Pekan". Kerusi Parlimen Pekan diwakili Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang 'diwarisi' dari bapanya, Tun Abdul Razak Hussein - perdana menteri kedua Malaysia, yang meninggal dunia pada tahun 1976. Ceramah Anwar di Felda Bukit Damar in Lanchang, Pahang (17/2/2012) TM sedang mencari klip Anwar di Pekan, Pahang! | ||||||||
Gadis BOGEL Depan Penguat Kuasa Posted: 17 Feb 2012 08:53 PM PST Saya petik: [SH] BATU PAHAT – Tergamam! Demikian reaksi sekumpulan pegawai penguat kuasa agama selepas tubuh yang membuka pintu sebuah bilik di hotel bajet di sini, tidak dibaluti waima dengan seurat benang sekalipun. Lagak selamba si gadis yang terus menayangkan tubuhnya itu, diburukkan lagi selepas dengan tidak semena-mena gadis itu meracau kepada pegawai penguat kuasa agama yang ketika itu sedang menjalankan operasi banteras maksiat. Timbalan Penguatkuasa Jabatan Agama Daerah Batu Pahat, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, pegawai bertugas berulang kali mengarahkan gadis itu supaya mengenakan pakaian, namun tidak diendahkan dan berterusan membiarkan tubuhnya diperhatikan tanpa sedikit pun rasa malu. Katanya, ketika serbuan dalam operasi banteras maksiat kira-kira jam dua pagi kelmarin, gadis berusia 26 tahun itu dipercayai berdua-duaan bersama pasangannya di dalam bilik hotel bajet berkenaan sebelum diserbu. "Melihat keadaan gadis terbabit tanpa pakaian, kami mengarahkannya mengenakan pakaian lengkap, namun dia berlagak selamba dan tidak mengendahkan arahan itu. "Anggota wanita yang bertugas kemudiannya memberikan tuala sebelum gadis itu mengenakan pakaian lengkap sebelum berulang kali mengatakan dirinya hanya berseorangan di bilik hotel itu," katanya kepada Sinar Harian. Beliau berkata, turut ditemui sekeping nota penuh contengan bersamanya dan berdasarkan nota itu, gadis berkenaan dipercayai mengalami masalah kemurungan. "Antara isi kandungan kertas itu termasuk, 'aku tertekan kejar akhirat', serta beberapa contengan lain yang agak sukar difahami malah tulisannya seperti individu yang berada di bawah pengaruh dadah yang kebiasaannya sering berimaginasi. "Turut ditemui bersama gadis terbabit satu kotak berisi kondom dipercayai digunakan bagi tujuan hubungan seksual," katanya. Bagaimanapun katanya, pasangan gadis itu dipercayai mengetahui kehadiran unit penguat kuasa lebih awal, sebelum meloloskan diri menerusi tingkap tingkat dua hotel terbabit. "Hasil siasatan mendapati gadis terbabit merupakan warga tempatan, malah turut mendakwa dirinya anak yatim piatu. "Malah, dia mula menangis serta meracau sejurus diperiksa anggota bertugas sebelum diberikan kaunseling," katanya. | ||||||||
Wow, Wanita Lahir Anak 5.5 Kg Secara Normal!! Posted: 17 Feb 2012 07:30 PM PST
DM melaporkan wanita melahirkan anak seberat 5.5 kilogram yang kini dikatakan sebagai bayi paling besar pernah dilahirkan di Britain. Berat bayi yang dinamakan Suzie itu hampir dua kali ganda berbanding dengan purata berat bayi baru lahir. Lebih menarik lagi, Suzie sudah mempunyai dua batang gigi ketika dilahirkan. Namun yang menghairankan apabila ibunya, Gemma Tevendale, 26, melahirkannya secara normal dengan bantuan gas dan udara. Lazimnya, kebanyakan ibu bayi yang bersaiz besar terpaksa menjalani proses Caesarean ketika melahirkan anak masing-masing. "Bidan terkejut. Mereka berkata, bayi saya besar, antara 4.5 kilogram atau 5 kilogram. Apabila mereka melihat beratnya 5.5 kilogram, mereka berkata, penimbang itu sudah pecah," kata Gemma. Suzie dilahirkan tiga minggu lalu dan kini sudah memakai pakaian bayi yang berusia enam bulan. Seperti juga saiznya, selera makan Suzie juga besar. Dia diberi susu badan tetapi turut minum susu botol kerana sentiasa lapar. -DCM P/s: Wow, luasnya terbuka! | ||||||||
Suami Gemar LIWAT & KENCING Muka Isteri Posted: 17 Feb 2012 06:30 PM PST Saya petik: [HM] KANGAR: Tidak tahan dilayan suami seperti binatang setiap kali melakukan hubungan kelamin sejak lima tahun lalu, seorang isteri nekad lari dari rumah dan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, Kedah, kelmarin. Dalam laporannya, wanita berusia 38 tahun itu mendakwa suaminya sering melakukan ritual jijik apabila bukan saja suka meliwatnya, malah akan kencing ke mukanya selepas setiap kali mereka bersama. Mangsa dan suaminya yang berusia 43 tahun berkahwin hampir 20 tahun lalu serta dikurniakan tiga anak tinggal di Bintong, di sini, sejak beberapa tahun lalu. Pada awal perkahwinan mereka melayari bahtera rumah tangga secara normal, namun selepas menjalin hubungan sulit dengan seorang wanita lima tahun lalu, dia mula meliwat dan kencing ke muka isterinya setiap kali bersama. Kali terakhir dia melakukan perbuatan itu pada 15 Februari lalu. Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin berkata, mangsa juga mendakwa suaminya mudah naik angin dan memukulnya jika keinginannya untuk melakukan amalan seks keji itu tidak dituruti. P/s: GILA! | ||||||||
[KANTOI] Dalang Demo "Ahli PAS" Permatang Pauh Bantah Anwar Sokong Israel Terbongkar Posted: 17 Feb 2012 05:42 PM PST Menurut laporan KL Pos, suatu perhimpunan mendesak Ketua Pembangkang Dato Seri Anwar Ibrahim menarik balik sokongan terhadap Yahudi telah diadakan di hadapan Masjid Masjid Shaik Eusof Jalan Air Itam, Keramat semalam. Perhimpunan tersebut KONONNYA dianjurkan oleh sekumpulan Jentera PAS Pulau Pinang dan Persatuan Anak Jati Melayu Islam (PAJIM) dan telah dihadiri kira kira 25 orang. Namun, dalang perhimpunan ini terbongkar apabila beberapa blog mendedahkan seorang daripada individu yang terlibat dalam perhimpunan tersebut. Menurut blog Jalan Pulang, individu yang memakai baju melayu kuning cair itu DIPERCAYAI Mohamed Ghani Abdul Jiman, ahli UMNO yang sebelum ini menghantar kek tahi dan hadiah coli dan seluar dalam kepada Lim Guan Eng. Sila lihat gambar di bawah ini. Untuk bacaan lanjut sila klik di sini.
Jika benar dalangnya ialah ahli UMNO, maka sudah terang lagi bersuluh peranan UMNO dan TV3 yang menyiarkan berita ini untuk melaga-lagakan PAS-PKR dalam isu membabitkan kenyataan Anwar berkaitan dengan isu "two states solution" antara Israel dengan Palestine. P/s: Pada TM, jangan kerana isu diplomasi ini, PR bertelagah dan seterusnya memberikan peluang kepada BN yang sudah lama BERPELUK dengan Israel TERUS berkuasa dan meratah hasil mahsul negara. |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan