Isnin, 13 Februari 2012

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


[Gambar] Undertaker Pun Hormat Ulama?

Posted: 13 Feb 2012 04:00 AM PST

Sumber gambar: FB Media Jer! (MJ)

P/s: TM tidak pasti sama ada gambar di atas tulen atau rekayasa. TM tidak pasti sama ada lelaki sasa bertatu itu Mark William Calaway atau orang lain. Jika benar gambar itu memaparkan Mark William Calaway atau Undertaker tunduk sambil bersalam dengan seorang ulama, situasi itu sesungguhnya amat mengagumkan!

Bayi Dilahirkan Lebih Awal Demi Ayah yang Tenat (Amat Menyedihkan)

Posted: 12 Feb 2012 11:37 PM PST


Globalpost melaporkan pasangan suami isteri  di Texas, Amerika Syarikat, membuat keputusan untuk mempercepat kelahiran bayi perempuan mereka supaya si ayah dapat melihat anaknya itu sebelum dia meninggal dunia.

Ibu bayi itu, Diane Aulger, melahirkan bayinya secara induce Januari lalu selepas suaminya, Mark Aulger, disahkan menghidap kanser kolon pada bulan April, lapor AP.

Ketika keadaan Aulger bertambah baik selepas menjalani pembedahan dan rawatan kemoterapi, dia sahkan pula beliau menghidap
pulmonary fibrosis.

Pasangan dari The Colony itu diberitahu pada 16 Jan bahawa keadaan Aulger semakin teruk dan dia hanya diramal dapat hidup untuk tempoh lima atau enam hari.

Selepas mendengar berita yang menyedihkan itu, pasangan itu mempercepat kelahiran bayi mereka untuk memberikan peluang kepada Aulger menatap bayi perempuannya buat kali pertama dan terakhir.

Bayi yang diberi nama Savannah dilahirkan pada 18 Jan lalu dan Mark Aulger berada di bilik bersalin, menurut ABC News.

Diane Aulger berkata suaminya memegang Savannah selama 45 minit, tetapi "dia menangis dan kelihatan amat sedih."

Pada keesokan harinya, suaminya hanya mampu memegang Savannah selama satu minit sebelum dia  koma.

"Saya meletakkan Savannah beberapa kali di tepi badannya ketika dia berada dalam keadaan koma dan tangannya akan bergerak ke arah Savannah," kata Diane Aulger.

Mark Aulger meninggal dunia lima hari kemudian pada usia 52 tahun. -DCM



P/s: TM terharu membaca cerita di atas. Namun, ajal itu di tangan Allah SWT!





Nazri Nasihat Sharizat Bayar Wang Pinjaman RM250 Juta

Posted: 12 Feb 2012 10:06 PM PST


Saya petik:

[SH] KUALA KANGSAR – Menteri Pembangunan Wa­nita, Keluarga dan Masya­rakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dinasihatkan supaya membayar balik RM250 juta yang dipinjamkan kepada syarikat milik keluarganya untuk menjalankan projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abd Aziz yang menasihatkan demikian berkata, itu adalah penyelesaian terbaik bagi masalah berkenaan tanpa perlu Shahrizat meletak jawatan.

"Beliau tak perlu letak jawatan. Apa yang paling utama, kembalikan semula wang itu kepada kerajaan," katanya.

Nazri berkata, dengan penyelesaian seperti itu, kerajaan masih boleh meneruskan projek NFC.

"Tetapi selepas ini, adalah lebih baik dijalankan secara tender terbuka bagi mengelak masalah hal yang tidak diingini," katanya kepada pemberita selepas melepaskan peserta Larian Ria di pekarangan pejabat Umno Bahagian Padang Rengas di sini, semalam.


Tiada ulasan: