Isnin, 27 Februari 2012

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Budaya samseng penyokong BN

Posted: 27 Feb 2012 03:11 AM PST

Oleh: Wira Rakyat

Kain rentang provokasi yang mengancam mahasiswa.


Serangan ganas ke atas ceramah Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) di Pandamaran, Klang pula dijadikan mangsa samseng upahan BN.

Sebelum itu, ceramah Asal Bukan Umno (ABU) di Seksyen 30, Jalan Kebun, Shah Alam dan pelemparan kepala babi di hadapan Masjid Al Hidayah, Kuala Lumpur bukan berlaku secara kebetulan.

Sejak puluhan tahun lalu, provokasi dan keganasan berunsurkan perkauman adalah insiden yang dirancang oleh 'tangan-tangan ghaib'. Bagaimanapun tuduhan memecah keamanan sering tertimpa ke atas kaum Cina atau India. Pihak yang paling biasa dipersalahkan adalah parti-parti Pembangkang. Aktivis Pembangkang dijadikan mangsa serta ditahan di bawah ISA.

Umno BN selama 55 tahun memerintah kelihatan berada di kemuncak moral ketamadunan. Apa sahaja yang mereka lakukan betul mengikut lunas undang-undang. Bagaimanapun, sekiranya regim BN jatuh, dan satu kertas putih siasatan diumumkan, maka rakyat akan melihat betapa dahsyatnya para balaci parti itu merancang pelbagai insiden provokasi demi mengekalkan kuasa.

Pihak yang paling rugi dalam rusuhan 13 Mei 1969 ialah DAP. Berpuluh-puluh aktivis dan pemimpin parti itu ditahan ISA. Parti Sosialis Front pula lumpuh selepas para pemimpin yang memenangi Pilihan Raya Majlis Tempatan pada 1960-an dan menguasai pentadbiran Kuala Lumpur, Ipoh serta Pulau Pinang, dipenjarakan.

Rusuhan dahsyat

Rusuhan 13 Mei bukan dicetuskan oleh DAP atau orang Cina semata-mata seperti mana yang dimomokkan semenjak 40 tahun lalu, tetapi ia lebih merupakan perancangan licik membawa kaum Melayu dalam PAS bergabung bersama Umno bagi menubuhkan Kerajaan Barisan Nasional pada 1971.

Kemenangan tipis Perikatan di Selangor dan Perak serta kekalahan mereka di Pulau Pinang di tangan Gerakan (ketika itu Pembangkang utama) dalam pilihan raya umum 10 Mei 1969 dijadikan momokan menakutkan orang Melayu kononnya Cina akan merampas kuasa. Sedangkan Perikatan memiliki lebih 60 peratus kerusi Parlimen dan tidak menjadi masalah untuk mereka membentuk kerajaan yang baru.

Penyokong DAP ketika merayakan kemenangan memang melakukan provokasi ke atas kaum Melayu kerana kurangnya toleransi antara kaum selepas merdeka. Apatah lagi kaum-kaum di Malaysia dipisahkan oleh British dalam lingkungan masing-masing. Orang Melayu dikekalkan sebagai petani dan nelayan, India pekerja estet getah dan Cina golongan peniaga yang menguasai ekonomi. Matlamat British, kaum peribumi Melayu tidak akan mampu menuntut kemerdekaan kerana mereka tidak menguasai semua bidang.

Strategi British gagal ketika penjajahan Jepun. Orang Melayu, Cina dan India merasai sengsara diperlakukan Jepun sewenang-wenangnya. British tidak lagi diterima sebagai tuan besar setelah Jepun kalah. Bangsa-bangsa ini berpakat untuk bebas dan memerintah sendiri. Pakatan yang paling harmonis waktu itu wujud dalam gerakan kiri. Gerakan kanan pro-British dikuasai Umno, MCA dan MIC yang membentuk Perikatan hanyalah persatuan longgar tanpa persefahaman antara kaum.

Perikatan mahu menang mudah dalam pilihan raya, manakala British pula mahu parti pro-penjajah memerintah bagi melindungi kepentingan ekonomi mereka. Akhirnya British dan Perikatan (selepas merdeka) melakukan tangkapan besar-besaran ke atas pejuang kiri. Dalam siri Pilihan Raya 1955, 1959, 1964 dan 1969 banyak tokoh berjiwa rakyat silih berganti menghuni kem tahanan ISA serta gagal bertanding. Di hutan, pemberontakan Parti Komunis Malaya yang didominasi kaum Cina sedang memuncak. Maka secara borong kaum Cina dipersalahkan serta dipenjara atas tuduhan menyokong komunis.

Cermin kereta Anwar yang pecah semasa ceramah di Sembrong Ahad lalu.

Beribu-ribu aktivis dan pemimpin politik kaum Cina menghuni kem-kem tahanan di Malaysia. Perasaan tidak puas hati kaum Cina terhadap Perikatan meluap-luap. Apabila mereka menemui titik ledak pada Pilihan Raya 1969, mereka membuat perubahan. DAP menang besar di Selangor serta Perak. Perikatan sukar membentuk kerajaan di Selangor.

Tragedi pembunuhan

Tiba-tiba, tiga hari selepas pilihan raya kaum Melayu mengamuk. Berlaku pertempuran antara Melayu dan Cina menyebabkan ratusan terbunuh. Tidak masuk akal perayaan kemenangan DAP berakhir dengan tragedi berbunuhan.

Namun jika kita kembali melihat apa yang berlaku di Jalan Kebun, masyarakat India yang hadir mendengar ceramah sengaja dicederakan atau kepala babi dilempar ke dalam masjid, maka rakyat mendapat jawapan mudah mengapa 13 Mei itu terjadi.

Jika masih sangsi tanyalah orang Melayu di Kampung Baru Kuala Lumpur, siapakah yang mengumpulkan pesilat-pesilat di rumah Menteri Besar Selangor Datuk Harun Idris ketika itu dan siapakah pula yang mengumpulkan orang Melayu bersenjata di Masjid Kampung Baru atas alasan 'menyelamatkan bangsa'?.

Setelah 50 tahun berlalu, taktik yang dimainkan balaci Umno ini sama sahaja. Fikiran mereka beku, tidak upaya menilai generasi baru facebook dan twitter yang mampu menyebarkan maklumat secara pantas. Sebaik sahaja mereka menyerang penyokong parti lawan, maklumat tepat berserta gambar kejadian tersebar. Rakyat yang sedia maklum mencemuh provokasi yang cuba mencetuskan rusuhan kaum.

Bagaimanapun, dendam penyokong Umno BN tidak pernah berakhir. Dendam menyerang otak dan hati setelah Hakim Mahkamah Tinggi membebaskan Anwar dari tuduhan liwat. Caci maki yang dihamburkan selama ini terhadap Anwar tiba-tiba menampar kembali ke muka mereka.

Masyarakat tidak lagi mempercayai JKKKP dan JKKK Umno yang menyebarkan cerita zakar atau dubur. Mereka dipandang hina, mungkin di sesetengah kampung ustaz-ustaz melabelkan mereka sebagai munafik dalam ceramah di masjid atau surau. Kemarahan yang tidak terkawal inilah yang mencetuskan pengamukan dan sabotaj.

Kerusi yang dipecahkan oleh kumpulan samseng

Hujung nyawa

Penggunaan kekerasan bukan perkara baru di Malaysia. Kerajaan BN pernah menembak mati 14 penyokong PAS di Memali hanya kerana mereka mempertahankan Ibrahim Libya dari sumbat ke dalam ISA. Di luar negara penyokong regim ganas mengunakan kekerasan di akhir nyawa pemerintahan.

Rejim Saddam Hussein menggunakan skuad Fedayeen untuk memusnahkan sesiapa sahaja penentang Saddam. Regim Gaddafi dalam kebangkitan tahun lalu dilaporkan membunuh 10,000 rakyat sebelum beliau sendiri dibunuh.

Bagi rakyat Malaysia yang gusar melihat masa depan negara dalam kegoncangan politik, hanya satu penawar mujarab untuk diambil. Tumbangkan BN dalam pilihanraya umum ke 13! BN sengaja membina ketidaktentuan politik dengan harapan rakyat yang ketakutan akan kembali berlindung di bawah naungan parti itu.

Tetapi ketika rakyat berlindung di bawah pemerintahan BN, mereka diganasi. Rumah diroboh, tanah dirampas dan tempat berniaga dimusnahkan. Itu belum lagi rompakan wang secara terhormat seperti skandal NFC atau PKFZ yang membebankan rakyat hutang setinggi gunung sehingga ke anak cucu.

Contohilah Indonesia. Sekali reformasi melanda , pemerintahan berubah, kini negara itu semakin baik dari tahun ke tahun dalam memerangi rasuah. Pelabur asing kian banyak menanam modal di sana berbanding di Malaysia. Juga negara-negara Arab yang berjaya berubah seperti Morocco dan Tunisia. Kerajaan baru yang memerintah mementingkan kesejahteraan rakyat.

BN hanya kuat kerana rakyat takut terhadap mereka, sekiranya rakyat berani maka merekalah yang akan lari ketakutan kerana pemimpinnya terlalu banyak melakukan dosa serta penyelewengan.

NFC: KEADILAN desak AG percepat pendakwaan

Posted: 27 Feb 2012 03:09 AM PST

Oleh: Mohd Martin kahar

KUANTAN – KEADILAN mendesak Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail mempercepatkan pendakwaan terhadap Pengerusi Pusat Fidlot Nasional (NFC), Datuk Mohamed Salleh Ismail atas pertuduhan pecah amanah.


Bagaimanapum, kata pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli, tindakan pendakwaan tidak akan berlaku tanpa sebarang desakan dari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Segala-galanya terletak kepada politik Najib. Kalau Peguam Negara cuba menyekat pendakwaan ini, maka Najib tak usah bercakap soal transformasi," katanya ketika dihubungi Keadilan Daily.

Beliau mengulas laporan media semalam mengenai cadangan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan kepada Peguam Negara agar mendakwa Mohamed Salleh atas pertuduhan pecah amanah.

Cadangan itu terkandung dalam kertas siasatan yang sedang disiapkan polis, setelah dikembalikan pihak Peguam Negara Selasa lepas bagi menyiasat beberapa perkara lain.

Menurut Rafizi, beliau yakin polis mempunyai bukti kukuh dalam kertas siasatan yang diserahkan kepada Pejabat Peguam negara, berhubung penyelewengan RM250 juta dana rakyat itu.

"Sejak dari awal pendedahan perkara ini kita dan pihak polis konsisten adanya bukti-bukti kukuh atas dakwaan pecah amanah," katanya.

Sambil mengalu-alukan cadangan itu, Rafizi berkata, rakyat boleh menilai sejauh mana transformasi pentadbiran Najib untuk mengambil tindakan terhadap kes berkenaan.

Fuziah: Himpunan Hijau 2.0 paling berjaya

Posted: 27 Feb 2012 03:08 AM PST

Oleh: Sidiqin Omar

KUANTAN : Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh menyifatkan Himpunan Hijau 2.0 yang diadakan di Padang Majlis Perbandaran Kuantan hari ini sebagai himpunan paling berjaya pernah diadakan.

Perhimpunan tersebut yang dianjurkan oleh 80 NGO prihatin dan disokong Pakatan Rakyat, menarik sokongan kira-kira 15,000 peserta berbilang kaum.


"Kehadiran NGO, aktivis parti politik dan orang ramai sangat memberangsangkan. Ini antara himpunan Lynas yang paling berjaya," kata Fuziah yang juga anggota Jawatankuasa Himpunan Hijau 2.0.

Himpunan Hijau 1.0 diadakan pada Oktober 2011 dan menarik sokongan kira-kira 7,000 peserta.

Menurut Fuziah, yang juga Naib Presiden KEADILAN, usaha berterusan akan dilakukan bagi memberi penerangan kepada rakyat mengenai bahaya loji pembinaan prosesan nadir bumi oleh Lynas Advances Material Lamp di Gebeng, Kuantan.


Mengulas mengenai perhimpunan hari ini, Fuziah mengucapkan terima kasih kepada pihak polis kerana memberikan kerjasama, malah turut menyatakan sokongan terhadap perhimpunan itu.

Malah, katanya, Polis Di Raja Malaysia turut memberikan publisiti dengan mengambil gambar dan memuat naik ke laman twitter rasmi pihak berkuasa itu.

Katanya, sokongan anggota polis, termasuk memberikan tepukan ketika aktivis NGO memberikan ucapan, menandakan mereka juga membantah kehadiran Lynas yang mengancam nyawa rakyat Malaysia.

"Polis pun rakyat juga. Rakyat Kuantan bersatu hati. Isu Lynas bukan isu kaum, agama atau bangsa tertentu. Ia melibatkan semua," katanya.

NFCorp dibidas kerana pertikai syor polis

Posted: 27 Feb 2012 03:03 AM PST

KEADILAN DAILY


KUALA LUMPUR – Naib Presiden KEADILAN, N Surendran membidas pihak pengurusan National Feedlot Corporation (NFCorp) kerana mempertikai kenyataan polis berhubung siasatan skandal syarikat berkenaan.

Semalam, Ketua Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan mengesyorkan supaya pengarah syarikat itu, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail didakwa atas kesalahan pecah amanah.


Bagaimanapun, NFCorp dalam satu kenyataan hari ini mempersoalkan motif kenyataan itu dibuat dan menyifatkan kononnya pihak polis bertindak di luar bidang kuasa mereka.

Selain menyatakan rasa 'terkejut dan keliru', NFCorp hari ini menyifatkan kenyataan Bukit Aman 'terlalu awal' kerana polis masih menjalankan siasatan.

"NFC secara jelas melanggar syarat perjanjian dengan menggunakan dana untuk tujuan lain seperti membeli tanah, kondominium, kereta mewah dan perkara yang bukan-bukan," tegas Surendran.

"Perkara ini merupakan jenayah pecah amanah, jadi kenapa mereka tiba-tiba keliru dengan kenyataan Bukit Aman yang mahu Mohamed Salleh didakwa atas jenayah pecah amanah," kata Surendran ketika dihubungi KeadilanDaily.

Dengan nada sinis Surendran berkata, pihak NFC sepatutnya mencari peguam untuk membela syarikat itu sekiranya kes itu dibawa ke mahkamah nanti.

Sementara itu, Ketua Publisiti DAP, Tony Pua mahu kerajaan membekukan semua aset Pusat Fidlot Corporation (NFCorp) sama ada di Malaysia atau luar negara.

Menurut beliau pembekuan aset itu perlu dilakukan memandangkan kesemua aset itu terletak di bawah nama pengarah NFC.

"Kebanyakan aset sama ada secara langsung atau tidak dibuat di bawah nama pengarah NFC. Ini termasuk aset di Malaysia dan Singapura, serta syarikat-syarikat di Singapura seperti MeatWorks (Singapura) Pte Ltd.

"Untuk memastikan aset-aset ini tidak dihapuskan melalui perbelanjaan daripada pinjaman mudah RM250 juta, polis mesti memulakan tindakan ke atas semua aset dan membekukan semua aset NFC," katanya.

Budaya samseng Umno ulangan kezaliman regim Hosni Mubarak

Posted: 27 Feb 2012 03:00 AM PST

Aedi Asri

KUALA LUMPUR: Perbuatan samseng Umno kian melampau apabila menghala serangan mereka terhadap pimpin Pakatan Rakyat dengan sengaja, kata Ketua Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin.

"Akibat gagal berhujah, mereka menggunakan cara'desperado' ini untuk menyekat kemaraan kita", katanya kepada KeadilanDaily, hari ini

Beliau yang juga Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menyifatkan perbuatan sedemikian menjadi amalan regim diktator yang kian hilang sokongan.

"Ini cara yang sering digunakan rejim penindas. Sebelum kejatuhan rejim Hosni Mubarak, pihak berkuasa Mesir juga menggunakan cara sama," katanya.


Badrul Hisham percaya perbuatan liar samseng upahan Umno ini membuktikan Umno BN semakin terdesak menjelang pilihan raya umum akan datang.

"Kita perlu faham, kali ini adalah pilihan raya pertama dalam sejarah yang menyaksikan Umno tidak dapat memastikan kemenangan ekoran suasana politik sudah berubah. Keadaan jadi lebih teruk berikutan pilihan raya umum ke-13 semakin hampir," katanya.

Kebelakangan ini, program Pakatan Rakyat sering diganggu samseng upahan Umno BN tetapi kelakuan mereka dibiarkan polis sekalipun menyebabkan kecederaan di kalangan penyokong Pakatan.

Malam semalam, di satu program ceramah Pakatan di Gambang, Pahang, Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar dihambur kata-kata kesat dan seorang samseng mengacu penumbuk beberapa inci dari wajahnya.

Terdahulu, pada hari sama, sekumpulan samseng menyerbu pentas ketika Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berucap semasa Himpunan Hijau 2.0 di Speaker's Corner, Padang Kota, Pulau Pinang.

Minggu lalu, Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Johor, Mohd Nazri Ismail cedera di tangan dan bajunya koyak ketika menghalang samseng yang cuba mendekati Datuk Seri Anwar Ibrahim di Sembrong.

Mengulas lanjut, Badrul Hisham percaya perbuatan sedemikian bukan dibuat atas kehendak penyokong Umno sebaliknya pemimpin tertinggi parti pemerintah membuat arahan itu.

"Seperti insiden di Jalan Kebun, kita ada bukti gambar yang menunjukkan ketua samseng yang membuat kacau berjumpa dengan pemimpin Umno," katanya.

AMK ada bukti Umno dalang kekecohan di Pulau Pinang – Khai Loon

Posted: 27 Feb 2012 02:56 AM PST



KEADILAN DAILY


KUALA LUMPUR: Angkatan Muda KEADILAN mempunyai bukti bahawa Umno adalah dalang di sebalik serangan terhadap wartawan dan orang awam yang menyertai Himpunan Hijau 2 di Padang Kota Lama, Pulau Pinang semalam.

Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK), Lee Khai Loon berkata AMK mempunyai gambar dan bukti bahawa Timbalan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bukit Gelugor, Dr. Novandri Hasan Basri ada bersama samseng yang membuat kecoh dan provokasi.

Menurutnya, AMK kesal dengan tindakan ganas samseng UMNO dan Perkasa sehingga mengakibatkan dua orang wartawan termasuk seorang terpaksa menerima lapan jahitan di tangan.

Jelas Khai Loon, lebih mendukacitakan adalah tindakan polis yang lewat mengawal keadaan dan tidak berupaya mengelakkan kecoh berlaku.

Malahan, polis juga cuba lepas tangan dengan menuduh penganjur tidak memaklumkan polis lebih awal tentang himpunan itu, kata Khai Loon.

"Sebenarnya program-program anjuran Pakatan Rakyat atau masyarakat sivil bukan pertama kali menghadapi kecoh dan provokasi daripada samseng yang dipercayai berkaitan dengan UMNO dan PERKASA.

"Banyak perbuatan samseng berlaku di ceramah atau program yang diadakan di Selangor, Melaka dan Pahang.

"(Sebelum ini) kereta Ketua Umum Parti KEADILAN Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga dirosakkan samseng di Sembrong minggu lepas," katanya.

Justeru, beliau mahu polis bertindak segera dengan tegas terhadap samseng Umno yang menyerang peserta Himpunan Hijau semalam.

"AMK menyeru agar polis mengambil tindakan tegas terhadap golongan yang memukul dan mencederakan wartawan dan orang awam.

"Polis perlu bersikap neutral serta professional dalam menyiasat insiden tersebut agar mengembalikan kewibawaan polis.

"Banyak laporan polis dibuat tetapi tiada tindakan serius diambil untuk membanteras insiden tersebut" ujarnya.

Penyangak, Penyamun, Perompak Sedang Agih RM2.71B

Posted: 27 Feb 2012 02:50 AM PST

Oleh Mat Zahari Ali


KOMENTAR: Pada 19 Disember tahun lalu, Perdana Menteri merangkap Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan RM2.71 bilion diperuntukkan untuk Selangor.

Sehari selepas itu Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor pula, Datuk Seri Noh Omar mengeluarkan kenyataan bahawa peruntukan kerajaan pusat untuk membangunkan Selangor lebih besar dari kerajaan negeri yang hanya berjumlah RM1.9 bilion.

Sehubungan itu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengecam tindakan Najib kerana menyalurkan peruntukan yang sebegitu besar wang dari titik peluh rakyat kepada Umno Selangor dan tidak kepada kerajaan Negeri.

Menurut Khalid, wang tersebut seharusnya diserahkan kepada kerajaan negeri supaya semua perbelanjaan dapat dipantau dan di audit serta menepati usaha membantu pembangunan negeri tersebut secara berhemah.

Kini, kesemua RM2,710,000,000 wang rakyat tersebut tidak dapat dipastikan kemana ia dibelanjakan. Tidak ada pihak yang mengaudit atau memantaunya.

Apakah perancangan yang dilakukan untuk pembangunan rakyat selangor dari wang rakyat tersebut juga tidak ada siapa yang tahu. Yang tahu hanya pemimpin-pemimpin Umno Selangor.

Sebagai Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar adalah antara pemimpin Umno yang tahu kemana wang rakyat itu berlegar.

Noh juga mungkin tahu kantung siapakah yang paling banyak di isi dengan dana dari titik peluh rakyat itu.

Noh pun tidak dapat memberikan jawapan berhubung penyelewengan RM110 juta yang di peruntukan kepada Kementerian di bawah jagaannya. Wang tersebut bertujuan diberikan kepada pesawah-pesawah sebagai insentif hilang entah kemana.

Rakyat pun tak tahu penyelewengan tersebut sehingga didedahkan oleh laporan Ketua Audit Negara. Akhirnya pesawah berdemontrasi meminta Noh memberikan hak mereka.

Noh kemudiannya diberi peruntukan tambahan oleh Najib sebanyak RM117 juta untuk dibayar kepada para pesawah.
Persoalan kemana wang RM110 juta yang dilesapkan masih tidak terjawab oleh Noh.

Sekarang Noh dipertanggungjawabkan terhadap dana hasil titik peluh petani, pesawah, pembayar cukai yang besar dan kecil bernilai RM2,710,000,000.

Lebih malang wang rakyat tersebut diperuntukan untuk Umno/BN di Selangor dan bukannya untuk seluruh rakyat Selangor.

Demikianlah kesimpulannya bagaimana dana dari titik peluh rakyat tersebut dijadikan hak milik mutlak pemimpin-pemimpin Umno.

Umno telah menjadi tulang belakang komponen BN sejak 54 tahun. Bayangkan berapakah jumlah wang negara dan wang rakyat telah disalah guna untuk kepentingan perompak dan para penyamun ini.

Cuba pula lihat kediaman ketua-ketua Umno di Selangor atau dimana-mana sahaja diseluruh negara. Ada dikalangan kediaman mereka tidak boleh lagi dikategori sebagai rumah atau kondo tetapi bagaikan istana.

Hitung pula jenis kenderaan dan bilangannya yang terpakir dilaman rumah ketua-ketua Umno tersebut.

Dari mana mereka beroleh kekayaan yang sebegitu lumayan?.

Apa yang telah dilakukan oleh Najib dan Noh Omar terhadap wang rakyat bernilai RM2,710,000,000 adalah salah satu dari ribuan deretan salah guna kuasa yang dilakukan oleh Umno sejak memerintah lebih 54 tahun.

Laporan Ketua Audit Negara tahun lalu juga memaparkan berlaku ketirisan wang negara sebanyak RM28,000,000,000 (RM28 bilion) setahun. Ketirisan ini berpunca dari amalan rasuah, kronisme, salah guna kuasa dan ketidak cekapan pengurusan dan pentadbiran negara.

Mengapa Selangor di Beri RM2,710,000,000

Matlamat Najib menyerahkan wang tersebut kepada penyamun dan perompak-perompak wang rakyat tersebut sememangnya telah di duga.

Namun tidak terduga pula jumlahnya sebegitu besar sehingga merupakan angka tertinggi dalam sejarah yang 'difraidkan' kepada Umno negeri.

Pertengahan Februari lalu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Perak mendapat peruntukan RM55.7 juta (RM0.056 bilion) sahaja. Tetapi wang tersebut disalurkan melalui kerajaan negeri.

Dasar tender terbuka Kerajaan Pakatan Rakyat yang menguasai Selangor sejak 2008 telah mengakibatkan ramai ketua-ketua bahagian serta pemimpin-pemimpin Umno negeri pokai dan tak kurang yang hampir muflis.

Selama ini, amalan rundingan terus, komisyen serta rasuah yang dinikmati oleh ketua-ketua Umno bahagian termasuk para Adun telah menjadikan mereka serta kaum kerabat dan kroni-kroni mereka senang lenang.

Amalan tender terbuka dalam Kerajaan PR Selangor sekarang menyebabkan pemimpin-pemimpin Umno hilang sumber pendapatan yang selama ini diperoleh secara mudah.

Dalam budaya Umno pula 'tiada wang akan hilang kuasa dan pengaruh'. Semua aktiviti melibatkan parti akan dilakukan disebabkan ada peruntukan disediakan. Diringkaskan cerita, tak ada cerita, kerja secara sukarela dalam Umno. Inilah juga perbezaan besar antara Umno dan PR.

Akibat pembudayaan amalan rasuah wang ringgit inilah juga Najib serta pemimpin-pemimpin Umno tidak segan silu menggunakan segala dana dari wang rakyat sebagai hak mutlak milik Umno.

Bak kata bidalan apabila mengamanahkan harta kepada penyangak, maka ia akan membedak-bedakkannya kepada perompak dan para penyamun.

Kini setelah lebih tiga bulan RM2,710,000,000 wang rakyat tersebut sedang diagih-agih secara 'tiga Abdul' atau cara perompak dalam filem Nujun Pak belalang.
Tak ada siapa yang tahu.

Habuan masing-masing dah dapat dan setiap habuan mesti disertai kerja dan tugasan.

Maka tak hairanlah dengan pelbagai kenyataan media dibuat oleh pemimpin kecil dan besar Umno sejak kebelakangan ini menyerang pentadbiran Tan Sri Khalid Ibrahim.

Serangan-serangan tersebut pula seolah-olah pentadbiran BN di Selangor sebelum ini terlalu maksum. Inilah budaya Umno. Apa yang dilakukan sekiranya tidak mengikut acuan sebagaimana Umno lakukan sebelumnya akan dianggap sebagai salah dan tidak patut.

Pemberian Air percuma yang diperkenalkan TS Khalid sejak mula mentadbir Selangor dahulu dianggap pemimpin Umno sebagai usaha memufliskan negeri tersebut.

Ini disebabkan sebelum ini Umno tidak melakukannya. Bagi Umno khazanah negara adalah untuk diperniagakan kerana kroni dan pemimpin mereka akan mendapat keuntungan dan komesyin.

Selamatkan Maruah Najib

Pengerusi Perhubungan Umno Selangor yang juga perdana Menteri lahir dari keluarga bangsawan di Pekan. Begitu juga dengan laluan politiknya yang bermula sebagai pengganti bapa beliau, Tun Razak.

Pemimpin Umno sendiri menganggap Najib sebagai pemimpin yang suka 'Play Save' dan naik dalam politik di atas sikap tersebut. Beliau tidak pernah dicabar dalam jawatannya sebelum ini kerana bergantung kepada kekuatan orang lain termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam team wawasan.

Beliau yang lahir dalam 'Golden Bowl' juga tidak pernah merasai kesusahan. Apa yang dikehendaki semuanya pasti akan dapat.

Apabila diberi peranan mengetuai Umno Selangor untuk menawan kembali selangor dari PR, bukan hal yang mudah bagi beliau.

Walaupun berjaya merampas Perak dengan habuan wang, sogokan dan ugutan kepada beberapa pemimpin 'bidan terjun' PR yang menang dalam PRU12 lalu namun situasi di Selangor amat berbeza.

Sebagai pemimpin yang lahir dari keluarga bangsawan maka setentunya egoisnya tinggi dan akan cuba mendapatkan apa yang di peroleh dengan apa kaedah sekali pun.

Maka taklah salah Najib pernah berkata bahawa beliau dan Umno Selangor akan lakukan apa sahaja untuk menawan kembali Selangor dari PR. Dalam lawatan Najib ke Selangor semalam beliau berkata "Apa lagi yang hendak semua dah dapat, pendayong sudah ada di tangan, perahu sudah boleh berlayar dan jala sudah ada di tangan, ayuh kita terus pastikan kemenangan."

Sejumlah RM2,710,000,000 wang dari harta milik rakyat Malaysia digunakan untuk memenohi tuntutan serakah anak Bangsawan Pekan tersebut menjadi bukti dari kata-kata tersebut... dan wang tersebut sudah habis dibedak hanya dalam masa tiga bulan. Demikianlah rakusnya wang rakyat diperkuda oleh pemimpin-pemimpin Umno.

Justeru dengan wang dari titik peluh rakyat itulah akan diperguna untuk dianugerahkan kepada pemimpin-pemimpin Umno supaya membuat pelbagai onak kepada pentadbiran Khalid.

Bukan setakat itu, wang tersebut juga akan digunakan untuk menyogok, merasuah dan mengugut pengundi.

Kepada rakyat Selangor diharapkan setiap pemberian dari mana-mana pemimpin Umno perlu diambil malah perlu diminta kerana wang tersebut bukan hak milik Umno tetapi wang rakyat.

Pemberian tersebut bukan dari Umno tetapi dari dana rakyat yang telah disamun oleh para penyangak dan perompak.

Amalan mencuri dan menyamun wang rakyat ini tidak akan berakhir selagi Umno diberi mandat untuk terus berkuasa di Selangor atau mana-mana negeri di Malaysia ini.

Begitu juga dengan amalan rasuah, kronisme dan salah guna kuasa yang membabitkan wang rakyat akan terus diseleweng dan diperguna untuk kepentingan peribadi, sanak famili dan para kroni.

Keangkuhan dan egois Najib dan Noh perlu ditamatkan. Selangor adalah negeri yang kaya dengan hasil negerinya. Inilah yang menjadi rebutan Najib disebabkan wang negara semakin susut disebabkan sikap boros dan terlalu 'berimej' tanpa memikirkan kemampuan kewangan negara.

Apa pun, bagi penyangak, penyamun dan perompak, ini bukanlah masa untuk menghitung satu persatu harta negara yang diperguna kerana kuasa mereka semakin terhakis.

Apabila tanpa kuasa atau Selangor gagal di tawan dan Putrajaya gagal di kekalkan nasib mereka akan ditentukan oleh kerajaan baru PR.

DAN.... semestinya semua ini akan di perhitung. Apa yang pasti penyangak, penyamun dan perompak akan di adili di mahkamah rakyat.

Ketika itu, Najib, Noh dan pemimpin-pemimpin Umno akan lebih memahami maksud sebenar berhubung HAK RAKYAT dan HAK UMNO.

RM2.71b Akan Jadikan Umno/BN Lebih Bergolak

Posted: 27 Feb 2012 02:42 AM PST

Oleh Mat Zahari Bin Ali



SHAH ALAM: Peruntukan RM2,710,000,000 kerajaan Pusat kepada Umno selangor akan menjadikan Umno dan komponen BN diseluruh negara berada dalam keadaan lebih berpecah dan huru hara.

Pesuruhjaya PAS, Selangor, Dr Rani Osman wang yang sebegitu besar akan menjadi rebutan dan ramai yang tidak akan berpuas hati diatas agihan yang diberikan.

"Wang tersebut akan menjadi rebutan dikalangan pemimpin-pemimpin Umno Selangor yang akhirnya akan membawa perpecahan dan pergaduhan diantara mereka.

"Nanti yang dapat sikit akan marah dan kecil hati, yang dapat banyak masih rasa tak cukup.

"Budaya sogokan, rasuah dan ugutan dalam Umno juga akan menjadikan wujud puak-puak yang saling bertelagah dalam Umno selain rasa tidak senang dikalangan parti-perti komponen BN lain.

"Begitu juga pemimpin Umno dari negeri-negeri lain juga akan berkecil hati dengan sikap pilih kasih perdana menteri yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Selangor kerana memberikan peruntukan yang amat besar kepada Selangor tetapi tidak kepada negeri-negeri lain." ujar Dr Rani.

Jelasnya, Umno Selangor sedang berada dalam keadaan amat terdesak sehingga sanggup menggunakan wang rakyat negara ini untuk kepentingan pemimpin-pemimpin parti bagi memastikan usaha menawan Selangor dilaksanakan.

Katanya 'rasuah politik' seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) yang bukan merupakan pemberian ikhlas tetapi usaha terdesak untuk memancing undi.

"Dah 54 tahun Umno perintah negara cuma RM500 disuap kepada rakyat. Jumlah ini bersamaan RM0.75 sen sebulan. Tetapi nilai pemberian air percuma yang disediakan oleh Selangor benilai RM11.30 sebulan yang diberikan sejak PR memerintah Selangor." kata beliau yang juga Adun Meru.

Katanya pemberian RM500 tersebut merupakan wang rakyat yang dipergunakan oleh Umno untuk keperntingan sogokan kepada rakyat disaat menjelang PRU13.

"Saya harap rakyat beramai-ramai datang untuk mengambil wang tersebut kerana wang pemberian tersebut bukan milik Umno tetapi wang milik seluruh rakyat Malaysia.

"Kalau boleh minta lebih dari apa yang diberikan kerana kalau tidak wang tersebut akan masuk ke kocek pemimpin-pemimpin yang sanggup merompak wang rakyat." tambah beliau.

Menurut Dr Rani, rakyat selangor adalah rakyat yang bijak serta pengundi separa bandar yang mampu menilai kebertanggungjawaban sesebuah kerajaan.

"Saya pasti rakyat Selangor merupakan rakyat dari masyarakat pertengahan dan tinggi yang boleh menilai sesebuah kerajaan.

"Sebab itu Umno terpaksa menggunakan wang rakyat yang banyak untuk membuat sogokan dan rasuah politik, tapi saya yakin rakyat Selangor tidak akan tertipu." kata beliau ketika di hubungi.

Tambakkan Tebing Sg Yu Baru Siap, Runtuh

Posted: 27 Feb 2012 02:36 AM PST

Oleh Nazli Ibrahim


TANJUNG KARANG: Projek tambakkan tebing sungai di kawasan jeti Kampung Sungai Yu runtuh walaupun projek di bawah peruntukkan Kementerian Pertanian dibawah menterinya Datuk Seri Noh Omar itu hanya baru siap dibina beberapa bulan lalu.

Tambakkan yang dibuat dengan menggunakan batang kelapa sebagai penahan tersebut gagal menahan tekanan air sungai apabila kunci air berhampiran dibuka.

"Kononnya nak buat lanskap di tebing sungai itu, tetapi bila dah ditambak, sungai tu jadi sempitlah.

"Ia dekat dengan kunci air, bila kunci tu dibuka maka arus jadi kuat dan batang kelapa yang jadi penahan tu tak boleh tahan arus dan tumbang.

"Akhirnya tambakan tebing tu menurun atau hakis sebab mana boleh jadikan batang kelapa sebagai penahannya" demikian menurut Ketua Kampung Sungai Yu, Muhad Solihi ketika ditemui baru-baru ini.

Beliau juga berkata projek tambakkan dibawah kementerian yang di terajui Noh itu dilaksana tanpa perancangan dan pemantauan semasa kerja pembinaan projek tersebut berjalan.

"Kalau mereka buat perancangan sebelum buat, mereka takkan gunakkan batang kelapa sebagai penyendal sebab batang kelapa takkan mampu bertahan.

"Semasa projek tengah berjalan pun harus ada pemantauan, tetapi ini tidak, inilah sikap tak bertanggungjawab masing-masing jalankan projek main sambil lewa sahaja.

"mereka kena sedar setiap projek ini melibatkan wang orang ramai dan harus beri manfaat kepada orang ramai juga," beritahunya lagi.

Menurutnya lagi, sepatutnya kerajaan lebih mengutamakan projek yang lebih memberi manfaat kepada masyarakat kampung ini.

"Sepatutnya kerajaan lebih menumpukan projek yang memberi manfaat kepada penduduk kampung, bukannya buat projek yang tak beri faedah kepada masyarakat yang akhirnya tak menjadi dan membazir duit seperti ini," katanya lagi.

Selain itu beliau turut kesal dengan tindakan kerajaan yang menyatukan semua projek-projek yang ada menyebabkan hanya kontraktor kelas B sahaja yang layak memohon tender untuk pembinaan projek terbabit.

"Semua projek-projek peruntukan kerajaan pusat di kampung ini disatukan menyebabkan hanya kontraktor kelas B sahaja yang layak, anak-anak kampung ini kelas F tak layak.

"Tetapi akhirnya tengoklah sendiri hasil kerja mereka, sangat teruk, asalkan siap sahaja tetapi tak boleh tahan lama.

"Sepatutnya projek kecil seperti ini boleh diberikan kepada anak-anak tempatan kampung ini yang memiliki lesen kontraktor kelas F," ujarnya lagi.

Pejabat PKR Wangsa Maju Di Pecah Masuk

Posted: 27 Feb 2012 02:33 AM PST

Oleh Mat Zahari Ali


WANGSA MAJU: Pejabat Penyelaras PKR Wangsa Maju, Datuk Dr Tan Kee Kwong telah di pecah masuk mereka yang tidak bertanggungjawan yang dipercayai dilakukan malam tadi.

Hal ini disedari Pengarah pilihanraya PKR Wangsa Maju, Mohd Hamdi Said ketika mula memasuki pejabat berkenaan pada jam 11 pagi tadi.

Menurut Mohd Hamdi, pintu masuk pejabat tersebut telah di cungkil manakala pagar luar pejabat telah dipecahkan.

"Selain itu kami mendapati 2 buah komputer, kamera serta beberapa dokumen juga diambil serta tunai sebanyak RM750 juga hilang." jelas beliau yang juga Ketua AMK Selangor.

Sehubungan itu satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Wangsa Maju pada jam 12 tengah hari.

Sebelum itu menurut Mohd Hamdi, Datuk Dr Tan juga ada memaklumkan terdapat usaha cubaan memecah masuk ke pejabat tersebut pada malam Ahad lalu tetapi tidak berjaya.

MB : SPRM Perlu Siasat Isu Pasir Sebelum 2008

Posted: 27 Feb 2012 02:30 AM PST

Oleh Naeem Raffi


SHAH ALAM :Kerajaan Negeri Selangor mengalu-alukan langkah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan penyiasatan terhadap dakwaan kegiatan curi pasir yang dilaporkan berlaku di Rawang, Kuala Langat dan Semenyih.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Kerajaan Negeri juga telah meminta Pejabat Tanah dan Daerah yang terlibat supaya memberi kerjasama kepada SPRM dalam menjalankan siasatan dan penguatkuasaan sekiranya perlu.

"Kita berharap penyiasatan SPRM ini akan membantu Kerajaan Negeri membanteras kegiatan curi pasir yang telah berlaku sebelum 2008 yang merugikan negeri dan rakyat Selangor," jelas Khalid dalam satu kenyataan media kepada TVSelangor hari ini.

Beliau berkata, sindiket curi pasir perlu ditangkap dan dikenakan hukuman setimpal kerana mencuri hasil negeri yang sepatutnya dinikmati oleh semua rakyat Selangor menerusi program-program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

Sebagai rekod keuntungan kerajaan Selangor dari kegiatan perlombongan pasir meningkat selepas Pakatan Rakyat mengambil alih pentabiran dari Umno-BN daripada RM2.9 juta pada tahun 2007 ke RM6.3 juta pada tahun 2008.

Hasil kutipan pada tahun 2009 berjumlah sebanyak RM5.4 juta sebelum meningkat kepada RM10.3 juta pada enam bulan pertama tahun 2010.

Aiman terharu dengan sumbangan derma, "Dia Tionghua, Kami semua Melayu, tapi..."

Posted: 27 Feb 2012 02:29 AM PST

Chan Wei See


"Saya tidak tahu Echo sokong siapa, dia pun tak tahu siapa saya sokong. Tetapi ISA adalah zalim. Semua orang tidak dapat menerimanya," kata Aiman Athirah Al Jundi, Ketua Penerangan Muslimat PAS Pusat yang dijatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM2,000 baru-baru ini, lantaran penyertaannya dalam Perhimpunan Mansuhkan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) pada 1 Ogos 2009.

"... kerana dia orang Tionghua, dan kesemua OKT adalah Melayu. Ini bukan untuk membezakan apa, tetapi dalam konteks ini, ia menunjukkan generasi muda prihatin terhadap masa depan negara, dan keadilan untuk semua rakyat yang memperjuangkan hak."

Untuk Aiman (gambar kiri), masyarakat Malaysia kini memasuki fasa menyaksikan perpaduan yang wujud melangkaui batas kaum, agama, warna kulit dan pendirian politik, dan mereka sanggup menghulurkan tangan kepada mangsa kerana berkongsi idealisme yang sama.

Pada 22 Februari, 11 orang yang dituduh terlibat dalam perhimpunan Mansuhkan ISA dijatuhkan hukuman, diarahkan untuk membayar denda RM2,000 sebelum jam 4 petang, dan lebihan RM500 sebagai wang jamin untuk menangguhkan pelaksanaan hukum penjara sehari.

Sebaik sahaja keputusan hakim dilaporkan, seorang suri rumah tangga bernama Echo Koh Wee Sun telah menyeru kawan-kawannya dalam Facebook, agar memberi wang sumbangan untuk menjelaskan bayaran denda itu. Dalam masa sesingkat lima jam, Echo berjaya mengumpul wang sejumlah RM25,000.

Kedua-dua orang Echo dan Aiman bertemu di Kuantan pada hari ini, selepas Himpunan Hijau 2.0 di Padang MPK4, Kuantan. Dalam satu sidang media yang diadakan, Echo menjelaskan bagaimana dirinya terharu dengan perjuangan OKT tersebut, dan memutuskan untuk menyumbang kepada mereka.

Echo Koh Wee Sun berkata, dirinya terbaca tulisan Nashita Md Noor, kolumnis MerdekaReview, yang juga salah seorang OKT. Echo berkata banyak persamaan antara Nashita dengan dirinya, cuma bezanya, Nashita lebih ke depan berbanding dirinya.

Echo mengambil kesempatan untuk menjelaskan bagaimana wang yang dikumpulkan itu bakal digunakan. Disebabkan kesuntukan masa, Harakah telah mengambil inisiatif untuk menjelaskan wang denda itu bagi pihak OKT, untuk mengelakkan mereka dipenjarakan pada hari itu.

Wang yang dikumpul oleh Echo (gambar kiri) akan didermakan kepada OKT, RM1,000 seorang, untuk menampung kos mereka berulang-alik ke mahkamah berikutan kes ini. Wang yang selebihnya mungkin diamanahkan kepada Tabung Bantuan Guaman dari Majlis Peguam untuk kegunaan 16 orang OKT ini kerana kes mereka belum lagi selesai. Echo berkata dirinya mengumumkan bahawa tiada wang derma akan dikutip lagi apabila angkanya mencecah RM25,000, tetapi masih ramai yang memasukkan wang, sehingga jumlahnya kini mencecah RM26,000 daripada 210 orang.

Baca: Kutipan derma kilat untuk sampaikan mesej: Mereka tidak keseorangan!

*Chan Wei See ialah Ketua Pengarang MerdekaReview. Disedut, disunting dan diterjemah dari teks asal.

KITA: Zaid adalah ketua

Posted: 27 Feb 2012 02:22 AM PST

FREE MALAYSIA TODAY

"Laporan bahawa Zamil Ibrahim ketua baru `satu berita lucu/lelucon, kenyataan yang bebal dan tidak siuman, silap dan sama sekali tidak berasas, kata Masrum Dayat'.



PETALING JAYA: Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) menegaskan Datuk Zaid Ibrahim adalah ketua dan parti menolak tawaran beliau mengundur diri.
,
Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat jawatankuasa eksekutif pusat parti pada 17 Februari lalu dan dihadiri 25 daripada 30 ahli, kata Setiausaha Pusat KITA, Masrum Dayat dalam kenyataan media hari ini.

"Laporan bahawa Zamil Ibrahim ketua baru `satu berita lucu/lelucon, kenyataan yang bebal dan tidak siuman, silap dan sama sekali tidak berasas'.

"Parti KITA adalah sebuah pertubuhan politik yang ditubuhkan di bawah Akta Pertubuhan. Parti ini mempunyai Perlembagaan dan peraturannya.

"Ketua parti ini hanya boleh diganti mengikut Perlembagaan dan peraturan parti dan bukan ikut sesuka hati sesorang bekas ahli yang dipecat secara sah atau ikut "syok sendiri"," kata Masrum.

Tidak akan bubar

Masrum berkata, mesyuarat yang dikatakan diadakan di Kota Baru semalam bukan mesyuarat parti, barangkali mesyuarat bekas ahli-ahli parti.

Semalam sekumpulan bekas ahli KITA yang dipecat mengadakan mesyuarat khas telah melantik Zamil, bekas ketua KITA Kedah sebagai ketua parti yang baru.

Zamil dipecat dari parti itu baru-baru ini ekoran beberapa tindakan yang menentang dasar parti.

Menurut Masrum lagi, mesyuarat juga bersetuju sebulat suara KITA tidak akan dibubar.

Tetapi, kata beliau ahli yang menentang dasar parti untuk menyokong Pakatan Rakyat akan diambil tindakan disiplin, termasuk memecat mereka.

Parti akan menjawab surat dan sentiasa memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Pendaftar Pertubuhan berhubung aduan- aduan yang ditimbulkan oleh mereka.

Apabila mangsa Komsas bersuara (Bahagian 1)

Posted: 27 Feb 2012 02:20 AM PST

Luahan hati empat penulis berikutan keputusan akhir penerbit tidak mahu membayar royalti teks Komsas.



Pada 16 Februari 2012, berlangsung mesyuarat khas berkaitan isu royalti teks Komponen Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia (Komsas) di Bahagian Buku Teks (BBT), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Putrajaya.

Mesyuarat dipengerusikan Pengarah BBT, Encik Jame @ Maikal Alip dalam usaha terakhir KPM cuba membantu menyelesaikan isu ini yang berlarutan sejak pertama kali didedahkan secara terbuka pada 15 Ogos 2011.

Turut hadir pada mesyuarat khas itu adalah wakil Penerbit Mega Setia Emas Sdn Bhd, Nur-Ilmu Sdn Bhd, Edu Quest Publisher, Associated Education Distributors (M) Sdn Bhd, Karya Hartamas Enterprise dan V-Nice Resources.

Mesyuarat khas berkenaan adalah berkaitan isu "empat penulis teraniaya" iaitu Rohani Deraman, Amy Suzani Mohd Ainuddin (Natasya Puteri), Hazama Harun (Aida Shahira) dan Mohd Izan Abd Hazes (Mohd Faris Ikmal) yang terus memperjuangkan hak terhadap royalti bagi karya mereka yang dijadikan teks Komsas di sekolah.

Karya Rohani adalah "Cempaka Putih Untukmu" (novel) dan "Warkah Daripada Ibu" (cerpen). Karya Amy adalah "Seorang Insan Istimewa" (puisi) dan "Budi Semangkuk Daging" (cerpen).

Karya Hazama adalah "Bukan Duniaku" (novel) manakala karya suaminya, Mohd Izan adalah "Hikmah" (novel).

Saya mengadakan perbincangan dari hati ke hati bersama-sama mereka berempat untuk mendapatkan reaksi terkini selepas mesyuarat khas berkenaan.

Berikut transkrip perbincangan kami yang saya paparkan dengan izin kesemua penulis terbabit.

Soalan: Apa harapan anda sebelum tarikh Mesyuarat Khas di Bahagian Buku Teks (BBT), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)?

Rohani: Pada malam 16 Februari, saya bersolat hajat dan memohon agar Allah permudahkan segala urusan. Saya yakin, kali ini kami akan mendapat hak kami kerana pihak BBT sudah campur tangan dan mereka adalah wakil kerajaan yang cukup berwibawa untuk membantu rakyat biasa macam saya.

Amy: Saya pula sangat berharap penantian sekian lama akan memberikan berita gembira. Saya menjangkakan pihak BBT dapat melakukan sesuatu bagi memastikan penerbit memulangkan hak penulis yang telah diambilnya.

Hazama: Besar harapan saya agar isu royalti tersebut dapat diselesaikan dengan baik dalam situasi 'menang-menang'.

Izan: Saya dan isteri sanggup ambil cuti dan pergi ke Putrajaya walaupun kami sudah melantik wakil rasmi, kerana kami benar-benar berharap isu akan selesai secara baik.

Perkara yang melukakan hati


Soalan: Sejak karya anda dijadikan teks Komsas, tentu saudara-mara, jiran-tetangga, kenalan, rakan penulis dan pelajar menghubungi untuk ucapkan tahniah.

Rohani: Inilah satu-satu perkara yang amat melukakan hati saya setiap kali terkenang akan hal ini. Apabila ada kelompok tertentu suruh saya redha kerana bukan rezeki saya, saya rasa reda. Tapi apabila ada ucapan tahniah yang bertalu-talu daripada semua orang yang saya kenali, saya rasa sebak dan sedar saya teraniaya. Apabila mereka kata "kayalah kau!" saya terpaksa jawab "yang kaya itu penerbit, bukan saya". Saya hanya dapat RM350 (untuk novel) dan RM40 (untuk cerpen) sepuluh tahun dulu apabila naskah itu mula-mula diterbitkan pada 2001.

Amy: Syukur, terharu dan gembira pada mulanya. Ternyata penglibatan saya dalam bidang penulisan tidak sia-sia, karya saya dibaca dan dipelajari oleh ratusan ribu pelajar Malaysia.

Hazama: Saya terharu menerima ucapan tahniah daripada pelbagai pihak tetapi pada masa sama, berasa amat kecewa dan terkilan. Tidak kurang juga yang memohon sumbangan kerana menyangka saya menerima 'imbuhan' yang besar hasil daripada penerbitan teks Komsas itu.

Izan: Tentulah amat gembira dan bangga pada mulanya. Tapi saudara-mara dan kawan-kawan tak tahu penderitaan sebenar yang kami alami kerana menjadi mangsa penipuan penerbit.

Soalan: Apa reaksi anda terhadap usaha pengarah BBT mengatur mesyuarat khas melibatkan wakil BBT, penasihat undang-undang KPM, penerbit dan penulis?

Rohani: Seperti yang saya kata tadi, saya rasa lorong rezeki saya tu, Allah dah buka. Jalan penyelesaian sudah sampai. Saya akan mendapat hak saya. Pihak BBT pasti akan selesaikan kes ini dengan baik hingga kedua-dua belah pihak berpuas hati. Walaupun pada hari tersebut saya tidak dapat hadirkan diri kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, saya masih tidak putus berdoa agar mesyuarat khas itu memberikan jawapan positif.

Amy: Usaha yang baik, sebenarnya. Usaha yang menunjukkan BBT mula 'bertindak' setelah sekian lama membisu dan bersikap seperti lepas tangan sejak isu ini dihebohkan di media pada Ogos lalu.

Hazama: Saya berbesar hati dan berterima kasih kepada pihak berkenaan.

Izan: Semasa mesyuarat khas itu, ternyata pengarah BBT berusaha bersungguh-sungguh untuk memujuk dan menasihatkan penerbit supaya memberi sedikit royalti kepada penulis. Kami amat menghargai usaha beliau yang memahami penderitaan kami.

Amat kecewa


Soalan: Semasa mesyuarat khas itu, penerbit pula tetap bertegas tidak mahu membayar royalti kepada penulis walaupun selepas dinasihatkan berulang kali oleh pengarah BBT. Komen anda?

Rohani: Walaupun saya tidak hadir pada mesyuarat itu, saya mendengar rakaman penuh yang dibuat. Saya amat terkejut, sedih dan berputus asa. Suara penerbit yang lebih tinggi daripada suara Pengarah BBT menyebabkan saya terus berkata dalam hati, "memang saya telah gagal".

Amy: Saya sangat kecewa tetapi tidak terkejut apabila mendengar rakaman itu. Tanpa suatu tindakan tegas yang boleh memaksa penerbit membayar royalti itu, penerbit tetap tidak akan melakukannya. Mereka anggap mereka berkuasa lebih daripada Timbalan Perdana Menteri.

Hazama: Saya benar-benar terkejut dan kecewa. Amat kecewa sehingga berasa hampir putus asa dan tidak mahu menulis apa-apa karya selepas pengalaman buruk itu.

Izan: Penerbit akan bermaharajalela dan pasti akan mendabik dada berikutan kemenangan ini lalu mungkin terus menganiaya penulis lain selepas ini. Ternyata penerbit menganggap mereka lebih berkuasa daripada Pengarah BBT dan menteri sendiri!

Soalan: Semasa mesyuarat khas yang dihadiri pengarah BBT, penasihat undang-undang KPM, penerbit dan penulis, dicadangkan supaya salinan dokumen-dokumen rasmi berhubung izin terbit teks Komsas yang kononnya sudah dikemukakan kepada KPM ditunjukkan, tetapi penerbit bertegas tidak membenarkan ia ditunjukkan.

Rohani: Di sini saya rasa keliru dan pelik. Kenapa perkara semudah itu tidak dapat dibuat kalau betul surat itu ada? Apakah mereka takut kerana tandatangan yang ada bukan tandatangan saya? Selama ini saya tertanya-tanya apakah bentuk dokumen yang saya sudah tandatangan itu. Saya ada menandatangani sekeping baucar bayaran. Apakah itu yang penerbit kata kontrak perjanjian? Setahu saya, daripada pengalaman saya menandatangani kontrak perjanjian dengan beberapa syarikat penerbitan lain, dokumen itu mesti ada dua set. Ditandatangani di hadapan saksi, kemudian disahkan. Kalau benar semua ini ada, tunjuklah kepada saya. Saya cuma ingin melihatnya. Kalau benar ada, boleh saja tutup kes!

Amy: Tidak menghairankan kerana kita semua tahu dokumen itu tidak wujud. Saya tidak pernah menandatanganinya. Jadi bagaimana penerbit boleh menunjukkan sesuatu yang tidak wujud? Lainlah kalau ada dokumen palsu, namun mereka tentu masih tidak akan berani menunjukkan dokumen palsu itu kepada kita!

Hazama: Saya berasa amat hairan. Timbul keraguan dan semakin yakin bahawa dokumen itu sebenarnya tidak wujud. Timbul kemungkinan ada pihak mengemukakan dokumen palsu untuk menipu kerajaan untuk mendapatkan wang secara haram.

Izan: Peristiwa itu jelas membuktikan bahawa dokumen yang kononnya diserahkan itu adalah palsu dan bukan dokumen yang kami tandatangani. Ini bukan fitnah tapi hakikat. – Bersambung esok

Uthaya Sankar SB adalah pemilik tunggal 'Perunding Media, Motivasi dan Penerbitan Uthaya' (SA0184670-H) yang dilantik secara rasmi oleh keempat-empat penulis terbabit untuk mewakili mereka dalam isu royalti teks Komsas.

Jangan ditipu penerbit buku’

Posted: 27 Feb 2012 02:16 AM PST

Kumpulan Sasterawan Kavyan membuat saranan ini berikutan kelemahan sistem pemilihan Komsas dan tindakan rakus segelintir penerbit yang menafikan hak royalti penulis.




PETALING JAYA: Presiden Kumpulan Sasterawan Kavyan, Uthaya Sankar SB menyarankan Kementerian Pelajaran Malaysia berhati- hati agar tidak tertipu oleh segelintir penerbit.

"Harapan Kavyan adalah supaya Kementerian Pelajaran tidak akan "tertipu" lagi oleh pihak tertentu yang cuba memanipulasi kelemahan pemilihan teks Komponen Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia (Komsas).

"Nasihat dan harapan ini dibuat berikutan pendedahan beberapa penulis sejak 15 Ogos 2011 bahawa terdapat penerbit tertentu yang menipu dan menganiaya penulis dalam penerbitan teks Komsas yang sedang digunakan di sekolah sekarang (2011-2015)," kata Uthaya dalam satu kenyataan media.

Kenyataan ini dibuat oleh Uthaya kerana tender pemilihan teks Komsas tahun 2016-2020 kini dibuka dan khabarnya taklimat sudah diadakan pada 13 Februari 2012 di Auditorium Parcel E, Kompleks Kerajaan Persekutuan, Putrajaya.

"Beberapa penulis tampil mendedahkan kepada Kavyan berhubung kemungkinan penerbit tertentu mengemukakan beberapa dokumen palsu (khususnya surat izin) yang kononnya ditulis dan ditandatangani oleh penulis terbabit," kata Uthaya yang menerima aduan sebegini sejak bulan November tahun lalu.

Kaut untung

Beliau turut mendedahkan kepincangan dalam sistem pemilihan teks Komsas yang membolehkan penerbit mengaut keuntungan dengan menafikan royalti penulis.

Sehubungan dengan itu, Kavyan turut mencadangkan Kementerian Pelajaran mewajibkan pegawainya menghubungi penulis-penulis berkenaan untuk mendapatkan pengesahan sebelum karya mereka dipilih sebagai teks Komsas.

Di samping itu, Kavyan mencadangkan penerbit diwajibkan menyerahkan maklumat penulis seperti alamat, nombor telefon dan e-mel bersama karya yang dikemukakan untuk penilaian.

Ini kerana terdapat kes di mana penerbit yang langsung tidak memberitahu penulis bahawa karyanya dijadikan teks Komsas dan perkara ini diketahui penulis hanya selepas karya diterbitkan.

"Pada masa sama, ada penerbit yang didapati mengemukakan dokumen palsu, kononnya ditandatangani penulis. Dalam isu ini, sekurang -kurangnya empat penulis sudah membuat laporan polis terhadap penerbit terbabit," jelas Uthaya.

Antara hak cipta dan hak penerbitan

Selain itu, Kavyan turut mencadangkan agar karya yang hak ciptanya dipegang penulis dinilai sebagai teks Komsas.

"Langkah ini juga penting bagi mengelakkan penerbit yang tidak beretika menggunakan alasan "outright purchase" untuk "menipu" Kementerian Pelajaran dan penulis dengan mengatakan karya itu menjadi hak milik penuh penerbit.

"Penerbit atau pembekal juga wajib mengemukakan dokumen perjanjian penerbitan yang asal bagi karya berkenaan sebagai bukti bahawa hak cipta masih dipegang oleh penulis.

Selain itu, kumpulan penulis Kavyan berharap agar karya Sasterawan Negara, penerima SEA Write Award, penerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia dan karya yang benar-benar bermutu serta pertama kali terbit pada tahun 2000-2011 diberi keutamaan.

Ini katanya boleh mengelakkan kontroversi seperti yang berlaku di dalam pemilihan teks Interlok.

Kumpulan tersebut juga berharap teks yang dipilih tidak menyentuh sensitiviti mana-mana kaum, agama dan budaya masyarakat Malaysia.

PAS: Tiada isu nak gulingkan MB Kedah

Posted: 27 Feb 2012 02:16 AM PST

Mustapa Ali menafikan wujudnya cubaan gerakan tertentu untuk menggulingkan kepimpinan Azizan sebaliknya cuma perbezaan pandangan dalam pentadbiran Kedah.



KUALA LUMPUR: Lapan Exco Kedah diputuskan kekal dalam barisan kepimpinan negeri manakala nasib dua Exco lain yang dikenal pasti 'bermasalah' akan diumumkan sebelum 7 Mac depan.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustapa Ali berkata majlis angkat sumpah bagi pelantikan lapan Exco itu akan berlangsung di Istana Anak Bukit esok, manakala dua lagi jawatan akan diisi kemudian.

Ini berikutan Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Kedah, Datuk Phahrolrazi Zawawi Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kedah, Datuk Dr Ismail Salleh yang dikatakan menghantar surat kepada Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak menyatakan keengganan dilantik semula sebagai Exco.

Memandang serius isu ini, Mustapa bagaimanapun menafikan wujudnya cubaan gerakan tertentu untuk menggulingkan kepimpinan Azizan sebaliknya cuma perbezaan pandangan dalam pentadbiran Kedah.

Katanya, satu pertemuan antara Presiden PAS Tuan Guru Abdul Hadi Awang dengan Azizan serta dua exco itu telah pun diadakan pada 17 Februari lalu dan kedua-dua belah pihak bersetuju untuk terus mengekalkan barisan Exco sedia ada.

Perbezaan pandangan

"Ada perbezaan pandangan dalam menangani isu tertentu tapi tiada perbezaan yang tidak boleh diselesaikan dan kami yakin isu ini dapat ditangani segera," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PAS di sini hari ini.

Sehubungan itu, PAS akan menghantar Naib Presidennya Salahuddin Ayub mewakili Pusat turun ke Kedah esok dan mencari jalan terbaik menyelesaikan isu ini.

Mustapa berkata, PAS seboleh-bolehnya mahu Phahrolrazi dan Dr Ismail kekal memegang jawatan Exco memandangkan pihaknya setakat ini berpuas hati dengan prestasi mereka.

"Kami percaya apa sahaja tindakan yang diambil oleh pemimpin dan anggota parti dalam isu ini adalah berasaskan hasrat untuk memperkukuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah," katanya,

Ditanya sama ada berkemungkinan pemilihan individu lain yang akan menggantikan dua Exco itu, Mustapa bagaimanapun menegaskan "kalau boleh semua dikekalkan dan kita akan bergerak ke arah itu".

Katanya, walaupun keputusan itu nanti terletak di tangan Menteri Besar namun Azizan perlu memaklumkan kepada PAS Pusat sebelum tempoh perkhidmatan dua Exco itu berakhir 7 Mac depan

KITA Nafi Lantik Zamil Presiden

Posted: 26 Feb 2012 10:50 PM PST

Post Pic

ANTARA POS.COM


KUALA LUMPUR: Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) hari ini, menafikan bahawa Zamil Ibrahim telah dilantik sebagai ketua parti yang baru menggantikan presiden Datuk Zaid Ibrahim.

Dalam kenyataan kemdianya, Setiausaha KITA Masrum Dayat berkata laporan akhbar yang memetik Zamil Ibrahim sebagai ketua parti baru menggantikan Datuk Zaid Ibrahim adalah satu berita lucu, kenyataan yang bebal dan tidak siuman, silap dan sama sekali tidak berasas.
"Ketua parti ini hanya boleh diganti mengikut perlembagaan dan peraturan parti dan bukan ikut sesuka hati sesorang bekas ahli yang dipecat secara sah atau ikut "syok sendiri",
Beliau menegaskan mesyuarat yang dikatakan diadakan di Kota Baharu pada 25 Feb baru-baru ini bukan mesyuarat parti ini. Barangkali ia mesyuarat bekas ahli-ahli parti..
Beliau berkata Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat Parti pada 17 Feb lalu, dihadiri 25 daripada 30 ahli anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat, telah bersetuju sebulat suara menolak tawaran Zaid untuk mengundur diri.
Selain itu, beliau berkata parti itu tidak akan dibubar tetapi ahli yang menentang dasar parti untuk menyokong pembangkang akan diambil tindakan disiplin, termasuk memecat keahlian mereka.
"Parti ini akan menjawab surat dan sentiasa memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Pendaftar Pertubuhan berhubung aduan-aduan yang ditimbulkan oleh mereka," katanya.
Parti Kita, yang ditubuhkan setahun lalu telah diberikan surat tunjuk sebab oleh Pendaftar Pertubuhan bertarikh 9 Feb bagi menjelaskan kenapa parti itu tidak boleh dibatalkan pendaftaran selepas didapati melanggar beberapa peruntukan parti dan pertubuhan.
Terdahulu, Pengerusi Perhubungan Parti Kita Kelantan Abdullah Sani Musa mendakwa, ahli Parti KITA sebulat suara menolak kepimpinan Datuk Zaid Ibrahim selaku ketua parti itu berkuatkuasa hari ini dan mengumumkan pelantikan Pengerusi Kita Negeri Kedah, Zamil Ibrahim sebagai presiden yang baru.

Menurutnya, perkara itu diputuskan pada Mesyuarat Agung Luar Biasa parti itu yang diadakan di sini, semalam.

"Kami juga menolak serta tidak mengiktiraf pemecatan dua pemimpin parti KITA iaitu Pengerusi Parti Kita Kedah, Zamil Ibrahim dan Pengerusi KITA Pulau Pinang Tan Tee Beng yang juga Anggota Parlimen Nibong Tebal kerana jawatankuasa terbabit menipu dan melanggar perlembagaan parti.

Kami sebulat suara memilih Zamil Ibrahim untuk mengambil alih jawatan ketua parti yang kini dinamakan sebagai Presiden dan beliau akan dibantu Pengerusi Kita Sabah Datuk Pangeran Othman Rauf dan bekas presiden AKIM, Zakaria Salleh," katanya pada satu sidang media selepas mesyuarat itu.

PM: Surat Dr M Kepada Israel Didedahkan Minggu Depan

Posted: 26 Feb 2012 10:48 PM PST

Post Pic

ANTARA POS.COM


SEKINCHAN: Kerajaan akan mendedahkan isi kandungan surat antara mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan mantan Perdana Menteri Israel Ehud Barak awal minggu depan.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Wisma Putra telah menyemak surat berkenaan dan mendapati ia boleh disiarkan untuk umum.
"Wisma Putra telah memberi ulasan dan saya sendiri juga telah menyemak surat tersebut. Esok lusa, kita akan mengambil langkah untuk membenarkan surat itu diterbitkan secara terbuka, supaya rakyat faham tujuan Tun Dr Mahathir menulis surat itu untuk memperjuangkan nasib rakyat Palestin yang menuntut kepada satu negara Palestin yang berdaulat," katanya kepada pemberita di SJKC Yoke Kuan di sini.
Katanya, surat itu menunjukkan keprihatinan Dr Mahathir dalam proses kedamaian di Timur Tengah dan isi kandungannya juga menepati dasar kerajaan Malaysia dari dahulu hingga sekarang.
Beliau berkata isu surat itu telah dimanipulasikan oleh pihak pembangkang yang sengaja mahu membangkitkan rasa sangsi rakyat terhadap pendirian kerajaan dalam isu ini. Taktik itu bertujuan mengalihkan perhatian rakyat terhadap pendirian pro-Israel yang diambil oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim

Khalwat: Anwar Pertahan Badrul Amin

Posted: 26 Feb 2012 10:46 PM PST

Oleh Sharifah Azmawati Syed Abdul Aziz

Post Pic


KUANTAN,: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempertahankan Ahli Majlis Tertinggi Parti Keadilan Rakyat Dr Badrul Amin Bahrom, dengan menegaskan penceramah agama terkenal itu seorang di bilik sebuah hotel di Kuantan dan bukannya berkhalwat dengan isteri orang lain.

"Saya tahu masa dia diserang dia hanya seorang berada di bilik,,,Dr Badrul Amin dah jawab mengenai perkara ini..guna statement dia, jangan guna fitnah, " kata ketua Pembangkang itu yang juga Ketua Umum PKR kepada Antarapos.

Semalam Badrul Amin menafikan beliau ditangkap khalwat di sebuah hotel awal pagi semalam tetapi menjadi mangsa serangan sekumpulan lelaki.

Beliau menyifatkan penahanannya oleh Jabatan Agama Islam Pahang sebagai rancangan untuk 'memerangkap dan memalukan' beliau.

Badrul Amin, yang juga Pengarah Penerangan di Pejabat Menteri Besar Selangor menjelaskan bahawa beliau cuba membantu seorang kenalan wanita yang bemasalah dengan suaminya tetapi ditahan oleh pasukan JAIP selepas diserang oleh sekumpulan lelaki termasuk suami wanita berkenaan.

Badrul Amin menjelaskan, wanita terbabit bersama anaknya muncul di bilik hotelnya secara mengejut pada jam 2 pagi.

"Saya mengenali kedua-dua wanita dan suaminya sejak lebih setahun lalu ketika dia dan keluarganya mengiringi delegasi umrah saya.

Beliau berkata sebaik sahaja melihat keadaan wanita terbabit dan anaknya, beliau mengambil keputusan untuk mendaftarkan mereka di bilik lain di hotel berkenaan.

Walaubagaimanapun suami wanita terbabit dan diiringi lebih 20 individu yang tidak dikenali 'mengepung dan menyerangnya" manakala suami wanita terbabit secara paksa telah mengheret isteri dan anaknya keluar.

Pegawai-pegawai Jaip yang tiba 20 minit kemudian bertindak menahan beliau, kata Badrolamin.
Beliau diarah hadir esok di pejabat JAIP untuk siasatan lanjut kes itu.

NFCorp - Terpulang Peguam Negara Dakwa Atau Sebaliknya, Kata PM

Posted: 26 Feb 2012 10:40 PM PST

Post Pic

ANTARA POS.COM


SEKINCHAN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak berkata terpulang kepada peguam negara untuk memutuskan samada mahu mendakwa lembaga pengarah Perbadanan Fidlot Nasional (NFCorp) atas tudah pecah amanah atau sebaliknya.

Bagaimanapun, beliau menekankan bahawa tidak semua siasatan akan berkesimpulan kepada pendakwaan.

Najib berkata, peguam negara memiliki kuasa mutlak di bawah perlembagaan untuk memutuskan jika sesuatu kes mempunyai bukti yang cukup untuk diterima mahkamah atau mengembalikan kertas siasatan kepada polis untuk siasatan lebih lanjut jika berpendapat bahawa bukti yang dikemukakan tidak kukuh.

"Saya menyatakan ini atas dasar prinsip bahawa andaian tidak boleh dibuat berhubung apa yang akan berlaku kemudian kerana ia terpulang kepada peguam negara...dan hanya dia saja yang berhak untuk membuat keputusan berhubung perkara itu," katanya kepada media selepas menghadiri satu majlis, di sini, hari ini.

Beliau menambah sesuatu pendakwaan itu tidak boleh ditentukan mengikut sesuka hati kerana kes berkenaan perlu memenuhi kehendak undang-undang yang diperuntukan sebelum dibawa ke mahkamah.

"Kita tidak boleh membuat andaian bahawa semua penyiasatan akan berakhir dengan pendakwaan," ujarnya lagi.

Semalam, Pengarah Siasatan Jenayah Perdagangan Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan, berkata pegawainya kini sedang giat berkerja untuk mempercepat dan menamatkan sisatan yang sedang dijalankan sebelum menghantar kerats siasatan kepada kamar peguam negara.

"Kami akan mencadangkan kepada kamar (peguam negara) untuk membuat dakwaan...terutamanya terhadap ahli lembaga pengarah syarikat terbabit," katanya lagi.

Difahamkan, ia adalah kali kedua kertas siasatan berkaitan dipulangkan kepada polis oleh kamar peguam negara yang meminta siasatan lanjut dijalankan.

Kali pertama polis mengemukakan kertas kepada kamar peguam negaraa adalah pada 17 Januari lalu selepas mereka merakamkan 54 kenyataan, termasuk dari kakitangan syarikat terbabit.

Walaupun enggan memberikan garis masa tertentu bila siastan yang dijalankan dijangka selesai, Syed Ismail berkata siasatan ayng dijalankan berada di peringkat akhir.

Menurutnya, kertas siasatan tersebut telah dihantar semula kepada pegawai penyiasatnya beberapa hari lalu oleh Kamar Peguam Negara berikutan beberapa perkara yang perlu dikemaskini.

The Star Mohon Maaf Siar Gambar Penyanyi Dengan Tatu Kalimah Allah

Posted: 26 Feb 2012 10:35 PM PST

Post Pic

ANTARA POS.COM


KUALA LUMPUR : The Star hari ini memohon maaf di atas penyiaran gambar seorang penyanyi Amerika yang memakai tatu kalimah Allah di kedua-dua belah dadanya.

Penyanyi berkenaan Erykah Badu dijadual mengadakan konsert di Kuala Lumpur pada 29 Februari ini.

" Kami dengan ikhlas memohon maaf kepada pembaca-pembaca Muslim di atas kesilapan ini," petik kenyataan itu menerusi The Star Online.

Gambar Erykah Badu dipaparkan pada halaman 17, bahagian Star2.
Selain dua tatu kalimah Allah, simbol lain pada dada dan lengannya yang terdedah juga memperlihatkan huruf-huruf dalam bahasa Yahudi dan simbol seakan-akan piramid.

Penyanyi R&B, soul dan hip hop ini pada awalnya dijadual mengadakan konsert esok di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur namun ditunda pada keesokan harinya.

Kenapa kita mesti tolak Lynas

Posted: 26 Feb 2012 10:33 PM PST

Ronnie Liu,


Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah meluangkan masa untuk menyokong perjuangan ini.

Forum ini merupakan satu tindakan aktif and agresif untuk memberi sokongan kepada rakyat Kuantan bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor menolak sekeras-kerasnya pembinaan Loji Pemprosesan Nadir Bumi LYNAS di Gebeng, Kuantan.

Saya juga ingin menggesa semua warga negeri Selangor untuk turut serta dalam Himpunan Hijau 2.0 yang akan berlangsung esok pagi di Gebeng, Kuantan sebagai salah satu cara dalam usaha untuk selamatkan Malaysia.

Sudah tentu tiada siapa yang ingin tanahair kita dianggap sebagai 'tempat pembuangan sampah" kepada masyarakat sedunia.

Pihak Syarikat Lynas tidak mahu mendirikan loji pemprosesan nadir bumi di negara mereka sendiri, tetapi menggunakan alasan pelaburan untuk mendirikan loji tersebut di Malaysia.

Hakikatnya, hampas atau sisa ini bukanlah sekadar kotoran atau sampah tetapi merupakan sisa radioaktif yang mengandungi gelombang radiasi yang amat merbahaya kepada kesihatan manusia dan kepada persekitaran kita.

Dewasa ini, dalam era tanpa sempadan, dunia semakin kecil. Pembinaan loji pemprosesan ini boleh berlaku dalam kawasan terdekat kita juga.

Bandar Kuantan merupakan sebahagian dari negara ini dan bukanlah sejauh yang kita sangkakan sebelum ini. Rakyat Malaysia mesti mengubah sikap 'tidak apa' khususnya yang berkaitan dengan isu Lynas yang telah menjadi kebangsaan ini yang perlu diambil tindakan proaktif dengan kadar segera.

Sekiranya sisa toksik radioaktif ini menyerap masuk kedalam sistem perairan kita dan ke dalam tanah kita, sudah tentu aktiviti-aktiviti kita akan turut terjejas.

Dari upacara perkahwinan kepada bidang perniagaan kepada arena pelancongan, semuanya akan terjejas dengan peninggalan kesan jangka panjang.

Kita sering mendengar "mencegah adalah lebih baik dari dirawat". Ini merupakan poin utama kita untuk hari ini dalam usaha untuk menghalang penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa dari berlaku.

Kami tidak mahu hidup dalam suasana ketakutan dan kebimbangan akan pendedahan kepada sisa radioaktif kerana ianya sukar dikesan dengan mata kasar.

Radiasi ini adalah hasil penyalahgunaan kuasa pihak yang tidak bertanggungjawab dan kesan pendedahan kepada radiasi bukanlah sesuatu yang dapat dikesan dengan serta merta.

Haruskah kita membenarkan 'time bomb' ini yang boleh meletup pada bila-bila masa berada berdekatan dengan kita? Mengapa Kerajaan Persekutuan meluluskan permohonan loji pemprosesan Lynas tanpa mangambil kira keselamatan rakyat jelata?

Mengikut sumber laporan akhbar, loji pemprosesan Lynas mempunyai banyak kekurangan dari segi infrastruktur, tidak mematuhi piawaian keselamatan dan banyak tanda tanya berkenaan dengan prosedur menandatangani kelulusan loji ini.

Loji ini nampaknya mengengkari keperluan untuk mendapat kelulusan untuk beroperasi? Selain daripada itu, pihak Syarikat LYNAS belum lagi mengemukakan kertas cadangan untuk cara menguruskan dan membuang sisa radioaktif ini.

Pihak Syarikat LYNAS hanya mempunyai idea untuk menguruskan sisa radioaktif menggunakan "kaedah sementara" dimana sisa radioaktif akan disimpan dahulu.

Yang mengerikan bukan hanya sisa radioaktif pepejal sahaja malah air kumbahan dan sisa gas toksik yang dihasilkan dalam proses ini cukup untuk mencemarkan alam sekitar.

Pemprosesan nadir bumi ini akan menghasilkan 500m3 sisa sejam yang boleh memenuhi 5 kolam renang Olimpik. Air tercemar ini turut mengandungi sisa radioaktif yang akan meresap kedalam makanan kita melalui satu rantaian dimana air tercemar yang mengalir ke laut akan menjejaskan hidupan laut yang akhirnya akan dimakan oleh manusia.

Sisa radioaktif yang terkandung dalam hidupan laut akan mengesahkan kemudaratan kesihatan. Gas yang dihasilkan dari pemprosesan tersebut adalah sebanyak 100 000m3 bagi setiap satu jam.

Gas ini yang dibebaskan ke udara akan terlarut bersama molekul air hujan yang akan menyebabkan pencemaran jangka panjang kepada kesihatan dan persekitaran.

Di samping itu, dalam dunia perniagaan negara China memegang monopoli pembekal terbesar didunia bagi nadir bumi ini.

Di inner Mongolia, kawasan Bautou Ia sudah lama menjadi tempat penapisan nadir bumi terbesar di dunia. Disebabkan kebocoran sisa air ini, 70.9 peratus daripada penduduk tempatan mengalami penyakit kanser dan kerajaan negara China telah membayar pampasan kepada mangsa pendedahan sisa radioaktif ini tetapi sudah tentu tidak mencukupi.

Menyedihkan lagi, penduduk Bautou tidak mampu untuk meninggalkan tempat tersebut dan tidak dapat menampung kehidupan yang lebih tinggi diluar. Oleh itu mereka terpaksa menjalani kehidupan disana walaupun mengalami keracunan yang kritikal.

Mengikut penduduk tempatan di sana, sumber utama pendapatan mereka disana adalah daripada kegiatan pertanian tetapi pada hari ini, hasil tanaman disana tidak boleh dimakan kerana mengakibatkan cirit-birit.

Sumber air disana juga tidak boleh diminum kerana selepas air itu dididihkan, bahan sisa dapat dilihat terapung di atas air. Kegiatan perlombongan juga terjejas, begitu juga sumber mata air untuk kegiatan pertanian juga terjejas kerana sumber air tercemar. Ini jelas menunjukkan tahap pencemaran yang serius di kawasan tersebut.

Selain daripada penyakit kanser, penduduk dikawasan Bautou juga mengalami masalah osteoporosis, hemiplegia, kelonggaran gigi dikalangan golongan orang dewasa. Kanak-kanak mengalami kerosakan gigi dan boleh dicabut begitu sahaja.

Kerajaan negara China sudah mula risau mengenai tahap pencemaran di kawasan Baotou kerana tanda-tanda pencemaran berskala besar telah dikenalpasti di Sungai Huang He dan mungkin akan mengakibatkan masalah yang tidak dapat diduga.

Sebagai rakyat negara ini, kita tidak mahu melihat Malaysia sebagai negara yang mengerikan. Kerajaan pusat melalui penyalahgunaan kuasa mereka, akan memusnahkan kehidupan rakyat ini untuk 'menikmati' manfaat dari pihak Syarikat LYNAS jika tidak menutup loji tersebut.Rakyat Malaysia berharap Malaysia tidak akan tergolong dalam negara-negara yang "tidak selamat" didiami.

Kerana itu, kita mesti bersatu mengatakan tidak kepada LYNAS dan tidak berjudi dengan kesihatan kita. Contoh terbaik adalah kesan dahsyat daripada Pengeboman Bom Atom Nagasaki dan Hiroshima dalam Perang Dunia Kedua yang berkekalan sehingga ke generasi anak-cucu-cicit mereka.

Malaysia negara yang tidak dibelenggu dan tidak berada dalam zon peperangan, oleh kita mesti menentang sekeras-kerasnya pembinaan loji seumpama ini dimana sahaja di Malaysia.
---------------------------
Penulis (gambar) adalah Exco kerajaan negeri Selangor. Tulisan ini berasaskan ucapan penulis dalam satu forum di Selangor menjelang hari bantahan Lynas pada 25 Februari.

Kes khalwat Badrulamin tidak kuat - sumber JAIP

Posted: 26 Feb 2012 10:30 PM PST

Harakahdaily,

KUANTAN: Laporan kes khalwat yang dikatakan melibatkan Dr Badrulamin Baharon tidak kuat kerana ketika pegawai JAIP sampai bilik berkenaan sudah penuh dengan orang.

Menurut laporan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), pegawai mereka hanya sampai ke bilik 8365 Hotel Swiss Garden hanya sekitar jam 4.30 pagi.

Dalam bilik berkenaan sudah ada Badrulamin, wanita berkenaan dan beberapa lelaki lain.

Ini bermakna, JAIP tidak menangkap Badrulamin berdua-duaan.

Pintu bilik berkenaan pula sudah terbuka dan Badrul dikelilingi oleh beberapa lelaki, kata sumber dari JAIP.

Blog Umno mula menyiarkan pelbagai laporan berkaitan tangkapan ini termasuk kononnya Badrul hanya memakai tuala ketika ditangkap.

Blog itu juga melaporkan kononnya Harakah membuat laporan muka depan penangkapan ini.

Padahal, Harakah tidak pernah membuat laporan berkenaan (gambar kanan).

Penjelasan Badrulamin

Sebelum ini, dalam kenyataannya, Badrulamin menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan media bahawa beliau ditangkap khalwat oleh pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di Kuantan.

Beliau ke Kuantan untuk menghadiri Temurapat Pemimpin Parti Keadilan Rakyat pada 24 Februari sehingga 26 Februari 2012.

Menurutnya, pada petang 24 Februari 2012, wanita tersebut telah menghubungi beliau dengan nada cemas dan menyatakan hasrat beliau untuk melarikan diri daripada rumah kerana bimbangkan keselamatan diri beliau.

"Saya dengan tegas menasihatkan beliau untuk tidak berbuat demikian.

"Walau bagaimanapun pada jam 2.00 pagi 25 Februari 2012, beliau telah menghubungi saya memaklumkan bahawa beliau sudah tiba di lokasi Temurapat Pemimpin Keadilan," kata Badrulamin.

Menurut Badrulamin, dia telah mengenali pasangan suami isteri ini sejak lebih setahun lalu semasa wanita itu bersama keluarganya mengikuti rombongan umrah beliau.

Pasangan suami isteri ini sering berhubung dengan beliau bagi mendapatkan nasihat mengenai masalah keluarga yang mereka hadapi termasuk kes keganasan rumah tangga.

"Di dalam usaha membantu pasangan ini, saya dan isteri pernah menziarahi keluarga ini di Rompin," kata Badrul.

Di atas rasa tanggungjawab melihat wanita tersebut bersama anaknya di awal pagi, beliau membantu beliau mendapatkan bilik penginapan, kata Badrulamin.

"Pada jam 2.30 pagi suami wanita tersebut bersama lebih kurang 20 orang yang tidak dikenali menyerbu dan menyerang saya," ceritanya.

Suami wanita tersebut kemudiannya telah membawa isteri dan anaknya pergi secara paksa.

"Lelaki-lelaki bersikap ala samseng ini berhenti memukul saya apabila pihak keselamatan tiba dan menghalang mereka.

"Namun mereka masih tidak membenarkan saya keluar dari bilik. Hanya setelah 20 minit dikurung oleh samseng tersebut, pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) tiba dan menahan saya yang berseorangan di dalam bilik.

"Kenyataan Timbalan Pengarah JAIP bahawa saya ditahan oleh pegawai JAIP ketika berkhalwat adalah tidak benar sama sekali.

"Saya beranggapan bahawa kejadian ini merupakan satu tindakan terancang untuk memerangkap dan mengaibkan saya," cerita Badrul lagi.

Badrul dipanggil untuk membantu siasatan JAIP pada 27 Februari, iaitu esok dan berjanji akan datang dengan peguamnya.

Kenapa akhbar The Star siar gambar ini?

Posted: 26 Feb 2012 10:24 PM PST

Harakahdaily,


KUALA LUMPUR: Kenapa gambar seperti di atas boleh disiarkan di akhbar The Star - Star 2 - Music ms 17 - hari ini, 27 Februari.

"Dan kenapa penyanyi Erykah Badu boleh buat persembahan di Kuala Lumpur setelah seolah-olah menghina Islam dengan gambar ini?" demikian pertanyaan dilontar seorang pembaca Harakahdaily yang menamakan dirinya Hamba Allah.

Beliau merujuk kepada satu artikel yang disiarkan akhbar tersebut hari ini mengenai Erykah Badu yang akan membuat persembahan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Justeru, penyanyi Neo-Soul kelahiran Texan, Amerika Syarikat, Erykah Badu yang bakal mengadakan persembahan di Malaysia hujung Februari ini disifatkan menghina Islam.

Perkara itu jelas melalui tatu kalimah Allah yang terdapat di dadanya seperti gambar yang disiarkan akhbar The Star.

Kehadiran penyanyi yang berusia 40 tahun itu tidak sepatutnya berlaku kerana pihak berkuasa sepatutnya memantau sebarang artis luar yang ingin membuat persembahan di negara ini.

Penyokong Lynas serang wartawan, kereta KM

Posted: 26 Feb 2012 10:22 PM PST

HARAKAH DAILY

GEORGE TOWN: Kumpulan yang mahu kilang sisa toksid Lynas dibina di Malaysia dipercayai telah menyerang dua wartawan serta menendang dan menghentak kereta Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sewaktu perhimpunan aman anti-Lynas di sini petang semalam.

Dalam kejadian di Dataran Pidato di sini, wartawan Kwong Wah Yit Poh, iaitu Adam Chew dan Lee Hong Chun, dikatakan telah dihentak dengan topi keledar di kepala mereka apabila kumpulan pro-Lynas menyerang peserta perhimpunan aman tersebut.

Perhimpunan aman itu diadakan oleh rakyat pirhatin Pulau Pinang sebagai tanda sokongan kepda Himpunan Hijau 2.0 di Kuantan, Pahang semalam.

Guan Eng bersama ahli-ahli exco kerajaan negeri Pakatan Pulau Pinang turut hadir dalam perhimpunan aman itu.

Bagaimana pun, sewaktu beliau menaiki semula keretanya untuk pulang, beberapa orang dari kumpulan pro-Lynas telah menyerang keretanya dan cuba menghalang kenderaan itu daripada bergerak.

Menurut laporan media, pihak polis tidak membuat sebarang tangkapan setakat ini.

Sementara itu, Guan Eng telah melawat Adam Chew di Bilik Kecemasan Hospital Pulau Pinang kira-kira jam 10 malam tadi.

Chew yang dipukul di kepalanya dikatakan pening dan mual serta kabur penglihatannya. Seluar yang dipakainya juga terkoyak, dipecayai akibat serangan kumpulan pro-Lynas. – Roketkini.com

Tiada ulasan: