DIALOG RAKYAT |
- Kontrak Jalan Kepada "Musuh" Pas : Exco Kedah Mahu Azizan Dipecat
- Dakwa Hasan Dibiayai : Khalid Harus Sertakan Bukti - Timbalan Presiden Jati
- Isu Israel : Anwar Pandai Main Kata-Kata - Pemuda BN, NGO
- Khir Toyo : Khalid Cakap Tak Serupa Bikin
- Tiada Bukti Ariffahmi Salahguna Kuasa - Lembaga SPRM
- Yang Maki Hamun Anwar Sahih Budak Nakal Sembrong?
- SPRM harus beri penjelasan mengapa tiada tindakan diambil terhadap Tajuddin Ramli
- Ibrahim Ali yang tergila-gilakan Rosmah tetapi malangnya tiada cinta
- Si ego Dr M kehilangan sokongan dalam Umno
- Tapak Himpunan Hijau 2.0 bantah Lynas mula dipagar
- Tak jemput pemimpin Pakatan, amalan biasa
- Sembrong: Jangan lepas diri dengan alasan teknikal
- Anwar, pimpinan utama PKR hadir ke Himpunan Hijau 2.0
- Bila pula Sultan jadi bayangan Allah?
- Penyenaraian Felda: PKR cabar Isa Samad debat
- AMK minta pengawasan polis di HQ PKR
- 'Hasan Ali, siapa taja kamu?'
- MP mahu hakim serius dalam tegakkan keadilan
- Hak saya ditindas, tegas Jessie Ooi
- Panel SPRM mahu isu NFC 'diselesaikan segera'
- NFC beli kondominium tanpa kelulusan pengarah
- JATI, perjuang Islam atau alat Umno, soal Husam
- PKR: Tindakan mengenepikan KPF akan merendahkan nilai penyenaraian Felda Global
- Keadilan gesa kerajaan pertimbang tuntutan Cuepacs dan Pakatan : Nurul Izzah
Kontrak Jalan Kepada "Musuh" Pas : Exco Kedah Mahu Azizan Dipecat Posted: 24 Feb 2012 04:33 AM PST ANTARA POS.COM SHAH ALAM : Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang didesak oleh Exco Kedah dan kalangan pemimpin parti itu untuk memecat Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak dengan serta merta. Desakan itu semakin lantang susulan tindakan Azizan meluluskan pemberian kontrak penyenggaran jalan bernilai berpuluh juta ringgit kepada sebuah syarikat yang dimiliki oleh seorang pemimpin Umno Kedah. "Pemberian kontrak itu adalah kemuncak rasa tidak puas hati Exco-exco Kedah terhadap Azizan dan di kalangan pemimpin PAS serta Pakatan Rakyat sendiri," kata sumber-sumber rapat dengan parti itu kepada Antarapos.com. Adalah difahamkan pimpinan Pas telah diberikan bukti-bukti dan dokumen berkaitan yang menunjukkan kerajaan negeri memberikan kontrak itu kepada syarikat berkenaan. Akhbar The Star hari ini mengesahkan bahawa dua Exco Kerajaan Negeri daripada Pas iaitu Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi dan Dr Ismail Salleh telah memaklumkan kepada Hadi keputusan mereka tidak mahu dilantik semula sebagai Exco jika Azizan dikekalkan sebagai Menteri Besar. Dua lagi Exco Kedah yang dijangka mengambil langkah sama adalah Datuk Taulan Mat Rasul dan Dr Hamdan Mohamad Khalib. "Saya amat bimbang tentang apa yang sedang berlaku namun biarlah kita tunggu dan lihat apa keputusan presiden parti (Hadi). Segalanya bergantung kepada presiden," kata Taulan. Bagaimanapun Akhbar Sinar Harian hari ini melaporkan bahawa Presiden Pas, Datuk Seri Haji Hadi menafikan ada menerima sebarang laporan berhubung isu itu. "saya tiada terima laporan apa-apa lagi hal itu. Itu khabar angin saja, kita tidak boleh percaya khabar angin," beliau dipetik sebagai berkata. Hadi, menurut Sinar Harian, menegaskan bahawa Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak, mempunyai kuasa melantik atau menggugurkan mana-mana exco. Selain pemberian kontrak kepada syarikat yang dianggap "musuh" Pas, Azizan juga dikatakan menimbulkan rasa tidak puas hati dengan gaya kepimpinan yang dilihat autokratik dan membelakangkan kepentingan Pakatan Rakyat. Azizan memberitahu akhbar The Star bahawa beliau tetap Menteri Besar namun tidak menjangka exco-exco berkenaan akan bertindak demikian. "Kecewa bukanlah perkataan sesuai. Saya amat tidak puas hati. Saya tidak pernah bayangkan orang dalam parti saya sendiri akan bertindak sedemikian terhadap saya," kata Azizan. "Sudah ada banyak cubaan sebelum ini untuk menjatuhkan saya namun saya sentiasa yakin. Saya tidak panik. Saya sentiasa 'cool'," tambah beliau. Berbeza dengan negeri lain, ahli Exco di Kedah dilantik secara kontrak yang diperbaharui setiap tahun mengikut budi bicara Menteri Besar. Senarai baru lantikan Exco sepatutnya dipersembahkan untuk perkenan Sultan Kedah minggu lalu. Bagaimanapun majlis angkat sumpah exco baru akan diadakan 28 Februari ini. Barisan Exco Kedah merangkumi tujuh wakil daripada Pas dan tiga daripada Parti Keadilan Rakyat. Adalah difahamkan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri melahirkan kebimbangan dengan kemelut di Kedah dan kesannya ke atas peluang Pakatan Rakyat di negeri itu pada pilihanraya umum akan datang. | |||||||||
Dakwa Hasan Dibiayai : Khalid Harus Sertakan Bukti - Timbalan Presiden Jati Posted: 24 Feb 2012 04:31 AM PST ANTARA POS.COM SHAH ALAM : Timbalan Presiden Jalur Tiga (Jati), Datuk Aidit Ghazali menyelar Khalid Samad yang mengeluarkan kenyataan hanya berdasarkan cakap-cakap kedai kopi berhubung pembiayaan oleh Syabas dan Puncak Niaga ketika pelancaran Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) itu awal minggu ini. Tindakan Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor itu menurut Aidit boleh mendatangkan fitnah kerana apa yang dinyatakan tidak disokong oleh sebarang bukti. " Saya tak suka untuk komen perkara yang berdasarkan cakap-cakap belakang. Kalau sesiapa hendak majukan apa-apa, biar dia keluarkan bukti yang nyata,"katanya kepada AntaraPos.com. " Kita dalam Islam pun, tak boleh cakap-cakap belakang. Nanti ia akan menimbulkan fitnah, buat dosa. Saya tidak mahu terlibat dalam semua itu,"tambahnya lagi. Khalid pada satu sidang media di pejabatnya hari ini meminta Presiden Jati, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali menjawab sama ada benar atau tidak dakwaan itu. Hasan dikatakan membelanjakan kira-kira RM30,000 hanya untuk melancarkan NGO itu di Pusat Konvesnyen Shah Alam (SACC) Selasa lalu. "Sewa SACC … tak kurang daripada RM30 ribu..itu belum lagi termasuk perbelanjaan lain begitu juga dengan roadshow yang dilakukan (oleh Hasan)," kata beliau. "Jadi timbul persoalan yang merupakan perbincangan di peringkat kedai kopi, siapa biayai Hassan Ali," soal Khalid. Menurut Khalid lagi, cakap-cakap belakang juga menyebut, antara nama syarikat yang dikatakan membiayai Hasan Ali ialah Puncak Niaga dan Syabas. Kedua syarikat ini dikatakan tidak mempunyai masalah untuk membiayai Hasan sehingga RM100 juta kerana mereka bakal mengaut keuntungan lebih RM1 bilion jika Selangor jatuh ke tangan Barisan Nasional. Pengurus Besar Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam Syabas, Abdul Halem Mat Som ketika dihubungi AntaraPos.com menyifatkan dakwaan Khalid sebagai mengarut dan bersifat mainan politik. " Ini tidak ada kena-mengena. Mengarut. (Jati) tidak ada kena mengena dengan Syabas. Kita tak campur urusan politik," ujar beliau. | |||||||||
Isu Israel : Anwar Pandai Main Kata-Kata - Pemuda BN, NGO Posted: 24 Feb 2012 04:29 AM PST ANTARA POS.COM PETALING JAYA : Pemuda Barisan Nasional (BN) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini menyifatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai seorang yang pandai bermain kata-kata demi menyelamatkan dirinya bersabit isu Israel. Oleh yang demikian, mereka hari ini tampil menyerahkan memorandum mengecam tindak tanduk Ketua Umum itu. Bagaimanapun, hasrat mereka untuk menyerahkan memorandum berkenaan tidak kesampaian apabila tiada pihak yang tampil kerana rata-rata pimpinan Parti Keadilan Rakyat menghadiri Program Rapat Rakyat di Kuantan. Menurut Setiausaha Pemuda Barisan Nasional, Datuk Megat Firdouz Tan Sri Megat Junid, BN sama sekali tidak akan tunduk dan bersengkongkol dengan pemimpin yang menindas rakyat Palestin. "Menghantar memorandum bantahan dan kutukan sokongan Anwar Ibrahim terhadap Israel. Sebab itu kita berkumpul secara baik,"katanya. "Tengoklah secara jelas, sandiwara, mainan politik yang telah ditunjukkan Anwar yang memperkudakan Pas yang mempunyai ideologi menegakkan Islam. Dan kawan baik Pas (Anwar) terang-terang menyokong Israel untuk menjahanamkan dan membunuh Palestin sebuah negara Islam," tambah beliau lagi. Anwar pada pertemuan dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat Selasa lalu menjelaskan pemimpin Pas itu "faham" pendirian beliau mengiktiraf Israel dengan syarat rejim Zionis itu menghentikan kekejaman di bumi Palestin dan menghormati hak rakyat negara itu. Walau bagaimanapun, Nik Aziz menerusi satu kenyataan selepas itu menegaskan adalah haram bagi mana-mana pihak bersekongkol dengan Israel dalam apa jua bentuk hubungan. Nik Aziz sebelum itu menggesa Anwar menarik balik kenyataannya atau menyaman Wall Street Journal (WSJ) sekiranya akhbar itu tersalah lapor kenyataannya menyokong keselamatan Israel "Dia boleh pusing balik, sebab itu Nik Aziz kata kalau tak betul samanlah WSJ tapi dia tak buat. Dia akan bermain dengan kata-kata," kata Megat Firdouz lagi. Sementara itu, Timbalan Ketua AMK, Rozan Azen Mat Rasip ketika ditemui selepas Pemuda BN beredar dari perkarangan pejabat PKR menyifatkan penyerahan memorandum ini adalah tidak rasmi dan semata-mata ingin melakukan kekecohan. "Kita persoalkan mengapa mereka hadir ketika pimpinan parti PKR tidak ada di pejabat dan berada di Kuantan. Kejadian seperti ini pernah berlaku ketika Pemuda UMNO buat kecoh pada waktu malam Jun tahun lalu. Perlu dimaklumkan secara rasmi kepada ibu pejabat PKR dan Setiausaha Agung, Saifuddin Nasution,"katanya. | |||||||||
Khir Toyo : Khalid Cakap Tak Serupa Bikin Posted: 24 Feb 2012 04:26 AM PST Oleh Shakira Buang SHAH ALAM : Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor masih belum menunaikan janji pilihanraya 2008 seperti memberi sagu hati bulanan untuk rakyat menghantar anak mereka ke taska walaupun mempunyai simpanan rizab sebanyak RM1.9 bilion. Mantan Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo berkata kerajaan negeri seharusnya menunaikan janji-janji yang dibuat dan tidak lagi menunding jari kepada Barisan Nasional untuk menutup kelemahan diri. "Oleh kerana kerajaan negeri mempunyai banyak simpanan hari ini, saya berharap mereka dapat membayar tunggakan selama empat tahun janji-janji pilihan raya mereka dulu," kata beliau. "Antaranya ialah RM 75 sebulan untuk bayaran anak ke Nuseri , RM 50 sebulan untuk bantuan kanak-kanak pra-sekolah, anak RM 600 sebulan sebagai elaun Ibu tunggal," beliau menulis di dalam blognya. Beliau merujuk kepada pengumuman Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim baru-baru ini bahawa kerajaan negeri berjaya menambah rizabnya kepada RM1.9 bilion berbanding RM500 juta pada tahun 2008. Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan barisan Exconya juga tidak harus bingkas menyalahkan kerajaan lalu terhadap segala aduan yang dibawa oleh rakyat, tambah beliau. "Saya percaya dengan simpanan sebanyak itu kerajaan negeri mampu memperbaiki keadaan jalan-jalan milik negeri dan pihak berkuasa tempatan yang menjadi rungutan orang ramai sekarang," kata Khir yang menjadi Menteri Besar selama lapan tahun, sehingga Pakatan Rakyat menawan Selangor pada tahun 2008. "Saya tahu ada yang akan berkata zaman saya pun ada jalan berlubang. Itu juga saya tidak nafikan. Namun keadaan sekarang berpuluh kali ganda lebih teruk daripada dahulu dalam konteks keadaan jalan-jalan di bawah negeri dan pihak berkuasa tempatan," katanya. "Daripada sibuk menyalahkan kerajaan lalu, eloklah kerajaan hari ini menunaikan janji dan tanggungjawab mereka. Sampai bila Pakatan hendak "hidup" berasaskan strategi menjadikan UMNO dan Barisan Nasional sebagai "whipping boy" (kuda tunggangan)," ujarnya. Khir Toyo berkata Pakatan Rakyat harus akur bahawa peningkatan rizab Selangor sekarang adalah hasil projek-projek yang dirancang lima atau enam tahun lalu. "Oleh kerana kita tidak didedahkan dengan sumber-sumber pertambahan tersebut tidaklah kita boleh berbuat satu kesimpulan yang tuntas, sama ada ia merupakan hasil langkah-langkah pro-aktif kerajaan Pakatan hari ini atau ia adalah hasil pertumbuhan ekonomi yang dirancang dan berjalan semasa kerajaan Barisan Nasional lagi. "Maka bolehlah diandaikan sebahagian besar peningkatan ini merupakan hasil pembangunan 5-6 tahun lalu yang mula menampakkan hasil pada hari ini. Khir mengaku sebahagian daripada rizab itu adalah juga hasil dasar jimat-cermat Khalid yang bagaimanapun mendatangkan kesan sampingan yang menjejaskan kesejahteraan penduduk. "Dari sudut pentadbiran kerajaan, simpanan yang banyak merupakan satu pembaziran sumber ekonomi terutamanya dalam keadaan pengurusan infrastruktur negeri yang semakin merosot,"jelasnya. Khir berkata tindakan Khalid menamatkan kontrak Alam Flora mencetuskan masalah pengurusan sampah serta memburukkan nasib kontraktor Melayu kerana tidak ada perancangan dan penelitian yang rapi dibuat. "Keadaan pengurusan sampah juga sudah menjadi sangat buruk. Dahulu pun ada aduan dari semasa ke semasa. Namun keadaan sekarang sudah parah akibat daripada keputusan yang tidak tepat dan bijak," kata beliau. "Kerajaan negeri sepatutnya hanya menamatkan kontrak Alam Flora tetapi meneruskan khidmat kontraktor-kontraktor sedia ada sekurang-kurangnya bagi tempoh dua tahun lagi. Ini akan membolehkan kerajaan negeri menyediakan diri dalam membentuk mekanisme pengurusan sampah yang sistematik. "Malangnya, kerajaan negeri bukan sahaja bertindak menamatkan kontrak Alam Flora tetapi juga semua kontraktor sampah di bawah Alam Flora," kata beliau. "Khabarnya, para kontraktor hanya diberikan kontark lanjutan selama 3 bulan sebelum khidmat mereka ditamatkan. Ini menyebabkan sebahagian kontraktor menjalankan khidmat separuh hati dan juga bimbang mereka tidak mendapat bayaran," katanya. Khir berkata akibat dasar-dasar Khalid, rezeki untuk kontraktor Melayu di Selangor semakin tertutup. "Jika dulu kerajaan berusaha menaikkan taraf hidup orang Melayu dengan memberi peluang mereka bersaing dengan kontraktor bukan Melayu yang mempunyai modal besar dan rangkaian sekutu yang sukar dipecahkan, namun hari ini segala usaha tersebut sedang di musnah dan tidak mustahil jurang ekonomi antara kaum akan kembali melebar," kata Khir. | |||||||||
Tiada Bukti Ariffahmi Salahguna Kuasa - Lembaga SPRM Posted: 24 Feb 2012 04:22 AM PST MSO Lembaga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengumumkan laporan rasuah ke atas Abdul Arifffahmi Abdul Rahman menantu Menteri Besar Kelantan ditutup kerana kekurangan bukti. Dengan pengumuman itu tuduhan terhadap Ariffahmi yang didakwa telah melakukan penyalahgunaan kuasa semasa menjawat jawatan terpenting di Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) adalah tidak benar dan satu difitnah yang disengajakan untuk memburukkan Ariffahmi dan juga mertuanya Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Pihak tertentu termasuk dari dalam Pas sendiri dan juga Umno sebelum ini seakan beriya benar mahu melihat kes itu berjalan dan Ariffahmi didakwa. Perkiraan mereka kalau Ariffahmi didakwa ia akan turut merosakan reputasi MB Kelantan itu. Umno ada tujuan kenapa mereka beriya mahu mengheret Ariffahami ke mahkamah kerana dengan cara itu boleh melemahkan Pas. Ini menunjukkan peranan dan komitmen Ariffahmi dalam kerajaan dan parti penting. Ekoran siasatan dan dakwaan itu menyebabkan Ariffahmi didesak supaya meletak jawatan untuk tidak memberi implikasi kepada parti Pas dan Kerajaan. Ariffahmi dengan penuh rela telah mengambil keputusan meletak jawatan walaupun dia tidak perlu berbuat demikian. Sikap Ariffahmi itu sesuatu yang patut dipuji kerana peka kepada kehendak parti. Setelah pihak lembaga SPRM mengesahkan bahawa kes itu tidak dibawa kepada pihak pendakwaan sewajarnya kalau Pas dan Kerajaan Kelantan menimbang semula untuk memberi peranan kepada Ariffahmi. Kalaupun jawatan lamanya tidak dikembalikna tetapi pesepsi buruk ke atasnya hendaklah dikikis. Sudah tentu pengumuman lembaga SPRM itu menggembirakan sama Tok Guru Nik Aziz dan seluruh keluarganya kerana mereka terhindar dari menerima risiko fitnah. Dalam pada itu wajar mereka yang sebelum ini ghairah membuat tuduhan terhadap Ariffahmi memohon maaf secara terbuka | |||||||||
Yang Maki Hamun Anwar Sahih Budak Nakal Sembrong? Posted: 24 Feb 2012 04:18 AM PST MSO Ahli Parlimen Sembrong Hishamuddin Hussein menafikan kekacauan dan gangguan ke atas ceramah Anwar Ibrahim malam Ahad lalu di Johor bukan berlaku di dalam kawasan parlimennya tetapi di Batu Empat, Kluang. Katanya anak-anak muda yang buat nakal termasuk melontar air kencing yang dimasukkan ke dalam botol mineral bukan ahli Umno yang diupah. Cepat sangat menteri dalam negeri itu buat penafian. Saya tidak hairan sikit pun kerana menteri ini selalu buat kenyataan sebelum laporan penuh disampaikan kepadanya. Banyak kes atau pun kenyataan dibuat mendahului laporan tiba keadaan ini menyebabkan Polis kurang senang dengan telatah menterinya itu. Al hasilnya wibawa beliau sebagai menteri boleh dipertikaikan. Kebetulan malam kejadian itu saya berada di tempat itu. Saya tidak tahu kalau tempat Anwar ceramah itu termasuk dalam kawasan Sembrong atau tidak. Saya tidak sempat ukur tetapi menurut orang kawasan itu sempadan dengan Sembrong kerana ia dirujuk kepada Sembrong. Pejabat Keadilan sendiri menggunakan alamat Sembrong. Mungkin apa yang saya saksi mengesahkan bahawa yang buat nakal dan bertindak seperti orang liar itu adalah orang Umno ataupun anak-anak nakal yang diupah oleh Umno Sembrong. Ini kerana dua tiga orang anak muda yang melaung-laung dan bertempik memaki hamun Anwar benar-benar di depan mata saya memakai t-shirt berwarna hitam tertulis Sembrong 13 dan di atasnya tertera gambar Hihsmuddin pakai topi ada lambang BN. Yang membuat bingit dengan menguatkan enjin motosikal pula memegang bendera dacing dan bendera Umno keris lucah. Mereka menyanyi lagu patriotik kepala lutut Umno dan sambil melemparkan kata-kata kesat dan menjijikkan. Apakah itu bukan anak-anak nakal Sembrong? Atau pun mereka itu sengaja diupah oleh PKR untuk memburukkan Hishamuddin? Begitukah yang hendak disampaikan oleh Hishamuddin dengan penafian itu... nak tunjuk Umno Sembrong berakhlak dan bertamadun? Maklumlah Anwar ini suka bersandiwara dan membuat kerja menipu? Dulu semasa di tahan dalam lokap polis, Anwar telah menghantukkan mukanya ke kepala lutut hingga lebam. Mahathir yang ketika itu jadi PM membuat kenyataan itu. Tetapi apa yang didedah oleh suruhanjaya diraja mengesahkan mata Anwar lebam kerana ditumbuk oleh bekas ketua polis negara. Mungkin juga malam itu yang buat kacau adalah budak-budak Anwar sendiri? Kalau ketua polis sekarang sebaka dengan ketua polis dulu mungkin dia akan membuat dakwaan begitu juga, Anwar sengaja memburukkan dirinya sendiri di Sembrong. Kata Hishamuddin polis akan menyiasat dan mereka yang bersalah tentu akan ditangkap. Itu prinsip undang-undang tetapi Hishamuddin tahu sejauh mana prinsip itu dilaksanakan. Bagaimapun janji itu bagus. Tetapi jangan pula selepas dijalankan siasatan polis tangkap Anwar. Untuk membuktikan Anwar yang arah budak-budak nakal lagi liar itu diletakkan dua tiga helai baju t shirt Sembrong 13. Kalau ini berlaku ia tidak pelik kerana sudah acap kali taktik demikian diperlakukan | |||||||||
SPRM harus beri penjelasan mengapa tiada tindakan diambil terhadap Tajuddin Ramli Posted: 24 Feb 2012 04:05 AM PST PETALING JAYA – PKR hari ini mempersoalkan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pihak polis yang masih lagi tidak mengambil sebarang tindakan terhadap bekas Pengerusi MAS, Tan Sri Tajuddin Ramli yang didakwa mereka "dalang" terhadap pelbagai transaksi penipuan sehingga mengakibatkan MAS mengalami kerugian berjumlah RM8 bilion ketika beliau mengetuai syarikat penerbangan tersebut. Bendahari PKR, William Leong (gambar) menuntut SPRM membuat penjelasan kepada masyarakat mengapa pihak berkuasa berkenaan tidak mengambil sebarang tindakan, sedangkan terdapat bukti kukuh yang jelas menunjukkan kerugian tersebut berpunca daripada Tajuddin. "Walapun PKR memahami kuasa perundangan bagi Danaharta dan Tajuddin untuk menyelesaikan tuntutan undang-undang terhadap hutang bernilai RM589 juta dalam pembelian saham MAS di luar mahkamah, pihak berkuasa seharusnya tidak mengabaikan laporan polis dan SPRM yang telah dibuat terhadap beliau. "Beliau telah dituduh menjadi "dalang" disebalik pelbagai transaksi palsu yang disifatkan sebagai "pelanggaran serius pemegang amanah dan tugas statutori" yang mengakibatkan MAS mengalami masalah kewangan semasa berada di bawah seliaannya," katanya yang juga Ahli Parlimen Selayang. Tambah William, terdapat dua laporan polis yang dibuat MAS terhadap Tajuddin, masing-masing pada 4 dan Januari 2002, dan 4 Mei 2005 di IPD Dang Wangi supaya pihak polis dapat menjalankan siasatan terhadap transaksi palsu yang dilakukan Tajuddin. "Pertuduhan jenayah yang dibuat terhadap Tajuddin adalah kes serius yang melibatkan 10,000 rakyat Malaysia yang bekerja keras ekoran pengurusan yang lemah beliau," tegasnya. Sementara itu, menurut Rafizi Ramli, ekoran daripada kerugian tersebut, MAS menghadapi masalah kewangan selama hampir 10 tahun, dan turut dijangkan terpaksa mengharungi dua hingga tiga tahun lagi untuk memulihkan ekonomi syarikat terbabit. "Masalah kewangan MAS hanya boleh diselesaikan sekiranya kerajaan kembali kepada punca masalah kehilangan RM8 bilion ataupun menyuntik dana tersebut ke dalam syarikat itu," kata Pengarah Strategik PKR itu yang turut hadir dalam sidang media tersebut. Tajuddin sebelum ini berkata beliau hanyalah proksi bagi pembelian saham MAS atas arahan Tun Dr Mahathir Mohamad, namun dakwaan itu dinafikan oleh bekas perdana menteri itu. "Sekiranya setiap agensi di bawah kerajaan menyelesaikan kes di luar mahkamah, ini secara langsung mengukuhkan dakwaan Tajuddin beliau hanyalah sekadar proksi. "Sekiranya beliau hanyalah proksi, siapa pihak yang sebenar-benarnya bertanggungjawab memusnahkan masa depan kakitangan MAS?" soal William lagi. Ekoran daripada kerugian tersebut, MAS terpaksa menyertai Rangka Kerja Komprehensif ( CCF) dengan Air Asia yang mempunyai kepentingan yang berbeza daripada pemegang saham dan pekerja MAS. | |||||||||
Ibrahim Ali yang tergila-gilakan Rosmah tetapi malangnya tiada cinta Posted: 24 Feb 2012 04:02 AM PST Maclean Patrick, Wong Choon Mei, Malaysia Chronicle Mungkin kerana menyedari bahawa dia tidak begitu digemari oleh rakyat, Rosmah Mansor, isteri Pedana Menteri Najib Razak yang penuh kontroversi itu telah berpaling kepada sebuah kumpulan manusia yang pasti akan menerima beliau. Bukan MCA, MIC atau Gerakan tetapi Perkasa! Ya, Perkasa – kumpulan ektremis Ibrahim Ali. Hujung minggu yang lalu, Ibrahim Ali, Presiden Perkasa dan juga Ahli Parlimen bebas Pasir Mas telah memuji Rosmah yang sejak akhir-akhir ini sering menjadi target kritikan dalam dan luar negara dan dipersoalkan kerana menerima ijazah kerhormat daripada Universiti Curtin Australia. Janji sumpah setia Ibrahim itu tentu sahaja pengubat kelukaan hati Rosmah kerana beliau pernah dikritik kerana perilaku membeli-belah beliau ala-ala Imelda Marcos. Curtin juga dikritik kerana memberikan Rosmah ijazah kehormat tersebut. Sehinggakan ada ugutan daripada Badan Pelajar dan Alumni universiti itu untuk memboikotnya jika ijazah itu tidak ditarik balik! Tetapi Ibrahim Ali hanya mengendahkan fakta yang boleh membantu beliau mencapai matlamat beliau. "Kita semua tahu yang Datin Seri Rosmah bukan sahaja isteri perdana menteri, tetapi jika kita ikuti perkembangan terkini di akhbar, kita tahu beliau sangat aktif melaksanakan tugas beliau. Kita kagum dengan kepimpinan beliau," ujar Ibrahim Ali. Beliau kemudiannya menyeru agar Rosmah sentiasa menghadiri majlis-majlis Perkasa jika ada masa dan menambah: "Terima kasih Datin, kami semua sayang datin." Kehidupan di Malaysia sudah terpisah dari segi perkauman
Tidak hairanlah kesemua tiga tingkat dagu Ibrahim Ali bergetar semasa meluahkan rasa sayang beliau dan kumpulan Perkasanya itu kepada Rosmah. Tetapi, hanya kurang setahun lalu, Perkasa telah mengugut akan mencederakan orang Cina sekiranya mereka mengambil bahagian dalam Perhimpunan Bersih pada 9 Julai. Perkasa juga menasihatkan mereka untuk menyimpan stok makanan. Begitu pelbagai emosi yang ditunjukkan Perkasa dan mereka sememangnya pelakon yang baik! Malangnya, ia langsung tidak mencuit hati dan nampak gayanya cinta tidak hadir. Tidak jelas siapakah yang akan diharapkan oleh pentadbiran Najib untuk melaksanakan taktik kotor dan membuat kacau dalam bulan-bulan sebelum pilihanraya umum ke 13 kelak. Orang bukan Melayu dalam negara- bersiap sedialah! Perkasa dan Najib akan bersekongkol. Mereka ibarat tangan kanan dan tangan kiri. Apabila ada keperluan untuk menimbulkan kekacauan demi mencapai target politik Najib, kedua-dua belah tangan ini akan berkerjasama. Dan tidak kiralah apa jua yang timbul nanti, Perkasa tidak akan dipersalahkan. Ia akan dilindungi. Yang salah adalah orang lain kecuali Umno dan Perkasa. Kita sudah mencapai ke tahap ini dalam Malaysia. Perkasa meniupkan api perkauman dan bekerja-keras merosakkan keharmonian kaum di Malaysia. Sebagai sebuah organisasi, Perkasa tidak takut untuk melakukan perkara yang jijik untuk menimbulkan rasa takut dan tidak puas hati dikalangan orang Melayu dan bukan Melayu di Malaysia. Masih ingatkah bagaimana Perkasa menuduh orang Kristian dan Cina cuba merampas kuasa daripada pentadbiran Najib dan meletakkan seorang perdana menteri bukan Melayu atau muslim. Tuduhan liar Perkasa tidak akan dapat dibuktikan. Polis dan Kementerian Dalam Negeri juga tidak akan meminta bukti daripada mereka, tidak kisahlah betapa beracunnya kenyataan mereka itu. Jika kumpulan lain yang mengeluarkan kenyataan sebegitu, alamatnya sudah lama dikenakan tindakan di bawah Akta Hasutan. Apa yang boleh dijangka semasa PRU 13
Mengenai kenyataan bahawa Perkasa akan berdiri disebelah Najib dan isteri kontroversi beliau dalam susah senang, nampaknya sudah semakin jelas bagaimana pentadbiran Najib akan meletakkan diri mereka dan memposisikan kedudukan mereka kelak. Perkauman dan agama akan menjadi menu utama mereka, Perkasa akan ditugaskan untuk menimbulkan ketegangan perkauman manakala Hassan Ali dan kumpulan JATI yang baru ditubuhnya akan cuba menakut-nakutkan orang Islam dan melagakan mereka dengan orang Kristian. Suatu rancangan yang sangat sinonim dengan propaganda 1Malaysia Najib bukan? Ahli politk yang sudah matang akan merasakan bahawa untuk dikaitkan dengan Perkasa atau JATI adalah sesuatu yang boleh membunuh kerjaya politik mereka tetapi tidak BN, Najib dan Rosmah. Mereka gagal melihat kekecewaan rakyat tetapi asyik dengan impian mereka mencapai objektif untuk mentadbir kerajaan persekutuan tidak kira apa cara sekali pun. Tidak hairanlah kumpulan ektrimis Perkasa itu boleh menerima pasangan suami isteri kontroversi itu dan juga BN. Mereka memang sebulu. Sementara itu, keadaan ekonomi Malaysia semakin teruk disebabkan pentadbiran lemah Najib yang hanya fokus untuk mendapatkan mandat rakyat pada PRU 13 nanti. Berikan sebab yang baik mengapa rakyat harus mengundi untuk perdana menteri yang juga menteri kewangan yang terang-terangan membawa negara menuju kepada kebankrapan? Tidak perlu berfikir panjang kerana rakyat harus memilih pemimpin yang boleh membawa Malaysia ke atas dan bukan ke bawah dan mengaibkan negara. Bagaimana hendak memimpin negara jika kawal isteri pun tak dapat? Persoalannya juga, kenapa orang Malaysia harus memilih seorang ahli politik yang tidak dapat mengawal isterinya daripada kontroversi? Suami dan isteri itu langsung tiada rasa bersalah kerana sentiasa memalukan negara. Sebagai contoh, mereka asyik menyalahkan pembangkang yang memberi liputan buruk terhadap Rosmah. Tetapi, adakah pembangkang yang menggalakkan beliau membeli beg Birkin yang mahal itu dan juga cincin berlian? "Saya telah menjadi bahan fitnah dan pembohongan daripada mereka yang berada di seberang pagar tetapi insya'allah, walau apa pun yang saya hadapi, semangat saya tetap kuat untuk rakyat," kata beliau menerangkan bahawa anugerah PhD yang diberi kepadanya adalah untuk usaha beliau dalam Permata. Rosmah adalah pengerusi Permata. Dalam kapasiti inilah beliau menerima anugerah tersebut. "Mereka yang mengatakan saya membayar untuk ijazah ini, mengapa pula saya harus buat begitu? Lebih baik saya derma kepada Wiranita Perkasa. Mereka tuduh saya sebegitu, itu tidak baik. Hanya kerana mereka selalunya bayar, mereka rasa saya pun bayar!" ujar Rosmah. Rosmah nampak berani mempertahankan dirinya tetapi rakyat Malaysia mungkin masih belum percaya. Mungkin ramai yang masih ingat bahawa baju Permata mendapat dana daripada pentadbiran Najib. Najib yang juga perdana menteri dan menteri kewangan juga pernah mengumumkan dalam bujet 2010, RM100 juta untuk program tersebut. Wang untuk Perkasa?
Demi golongan muda negara, diharapkan Rosmah membelanjakan wang RM100 juta ini dengan lebih bertanggungjawab berbanding menteri wanita Umno Shahrizat Jalil yang terlibat dengan skandal RM250 juta NFC. Tidak hairanlah jika ada insiden 'kepentingan bercanggah' atau 'pecah amanah', Umno dan BN enggan bercakap mengenainya atau meminta ia disiasat Suruhanjaya Pencegah Rasuah. Kemungkinan besar, rakyat akan lihat dana yang diwujudkan khas untuk Perkasa daripada Najib menerusi Rosmah sebagai balasan kasih sayangnya. Semasa memberikan ang-pow putih tempoh hari, Ibrahim bersusah-payah menjelaskan bahawa Perkasa membelanjakan RM 10, 000 untuk majlis itu dan tidak dapat memberikan lebih kerana tiada wang. Apa pula kerosakkan yang boleh dibuat Ibrahim Ali jika dia ada banyak wang dalam tangannya?! Malaysia Chronicle | |||||||||
Si ego Dr M kehilangan sokongan dalam Umno Posted: 24 Feb 2012 03:57 AM PST Nawawi Mohamad, Wong Choon Mei, Malaysia Chronicle Mantan Perdana Menteri, Mahathir Mohamad telah membuat satu kesimpulan terburu-buru bahawa debat antara Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Najib Tun Razak adalah sesuatu yang membuang masa. Ini tidak benar sama sekali kerana terdapat beberapa isu utama yang perlu diketengahkan dan diterangkan kepada rakyat melalui perdebatan. Siapakah yang lebih baik untuk menjelaskan isu ini jika bukan Perdana Menteri dan Ketua Pembangkang sesebuah negara? Mahathir juga berkata bahawa rakyat Malaysia belum matang, tidak seperti Amerika. Ini adalah satu penghinaan! Jika benar, ia mencerminkan pemerintahan selama 22 tahun Mahathir yang mengesahkan hujah bahawa dia menyekat pemikiran rakyat dengan dasar yang sengaja dibuat untuk memperbodohkan mereka supaya kepentingan diri dan kroninya terpelihara. Sudah tentu, rakyat Malaysia telah matang untuk memahami perbezaan antara yang baik dan buruk dan antara yang benar dan yang salah. Itulah sebabnya kenapa Mahathir begitu dibenci hari ini kerana rakyat tahu ketidakikhlasannya dan salah lakunya keatas mereka! Bagi Mahathir, ini hanya bererti bahawa mereka 'tidak matang' dan mudah 'dikelirukan' kerana tidak menghargai kebaikan dan kemurahan hati beliau. Malang baginya, rakyat Malaysia sudah jauh lebih bijak daripada apa yang difikirkannya. Contohnya, mereka tahu dia perlu memberikan penjelasan dan membawa kembali RM888bil wang haram yang dibawa keluar dari negara ini oleh mereka yang tidak bertanggungjawab akibat rasuah. Mengaku, tetapi tidak mahu berdepan masalah
Mahathir juga menegaskan bahawa debat tidak akan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat. Maka, beliau mengakui bahawa terdapat banyak masalah yang tidak dapat diselesaikan tetapi terpaksa dihadapi juga oleh rakyat. Bagaimanapun, beliau tidak mahu masalah-masalah dihadapi secara terbuka. Pada usia 55 tahun, Malaysia sudah semestinya cukup matang untuk berhadapan dengan masalah. Perdebatan akan mengupas semua masalah yang dihadapi oleh rakyat dan Najib boleh memberitahu rakyat bagaimana rancangannya untuk menyelesaikan masalah atau sekurang-kurangnya mengakui bahawa masalah itu benar-benar wujud dan bagaimana dia akan mengatasi masalah ini termasuk menteri yang dipertanggungjawabkan kepada rakyat. Perdebatan seperti ini adalah baik kerana ia menyedarkan pihak kerajaan untuk sentiasa bekerja untuk rakyat dan bukan sebaliknya. Setakat ini, BN terlalu bernasib baik. Mereka bermaharajalela kerana beranggapan bahawa rakyatlah yang harus tunduk kepada mereka dan bekerja untuk mereka! Tidak ada gunanya untuk cuba menyembunyikan masalah negara. Dengan cara ini, jika BN atau Pakatan Rakyat kalah dalam pilihan raya umum ke-13, sekurang-kurangnya mereka tahu apakah punca kegagalan mereka. Selain itu, di Parlimen, ahli parlimen tidak membangkitkan isu-isu, penting untuk diperdebatkan sebagai usaha untuk menyelesaikan masalah. Jadi, apakah yang ditakutkan Mahathir? Atau adakah dia hanya kecewa kerana Anwar tidak pernah mencabarnya untuk berdebat? Ini mungkin juga benar kerana Mahathir suka akan populariti – dan disukai ramai! Mahu dijemput Anwar juga?
Mahathir seterusnya mendakwa yang Anwar sering berubah pendapat untuk memuaskan hati orang Cina, India dan Islam bergantung kepada keadaan. Tidak pernahkah Mahathir melihat Najib memakai kurta semasa menghadiri sambutan Thaipusam di Batu Caves baru-baru ini? Tidakkah Najib menyebut tentang perkara-perkara yang sedap didengari oleh orang India dan memakai baju tradisi kaum India untuk perayaan itu? Tidak sedarkah Mahathir bahawa ucapan Thaipusam Najib memfokuskan kepada isu-isu berkenaan kaum India dan berjanji jika mereka membantu Najib, Najib akan membantu mereka? Jika Mahathir sangat bijak, buktikan dalam pemerintahannya selama 22 tahun, pernahkah dia bercakap dengan orang Melayu dengan istilah Tamil, memakai kurta dan bercakap tentang agama Hindu dan perihal masalah yang dihadapi kaum India di Malaysia? Mahathir menuduh Anwar dan penyokongnya hanya mahu menjadi perdana menteri. Bagaimana pula dengan dirinya? Bukankah tujuan utama orang menyokongnya adalah kerana mahu melihat dia menjadi perdana menteri pada suatu ketika dulu? Adakah dia juga telah lupa akan tujuannya dulu? Jadi kenapa sibuk nak jadi presiden UMNO dan mendatangkan masalah pada masa Tunku Abdul Rahman sehinggakan Tengku Razaleigh mencabarnya di mahkamah sehinggakan UMNO diharamkan? Mahathir pula bersusah payah memberi nafas baru bagi UMNO dengan mendaftarkan semula UMNO baru itu. Dr M jadi bahan lawak jenaka
Kenapa bersusah payah begitu? Kenapa tidak dibiar Tengku Razaleigh menjadi presiden UMNO. Ku Li seorang lelaki yang baik, lebih popular dikalangan orang Melayu berbanding Mahathir. Terpelajar dan mempunyai latar belakang yang mengagumkan. Kenapa tidak dibiarkan sahaja Ku Li menjadi PM dahulu ya? Sebenarnya Mahathir telah menjadikan dirinya sebagai bahan lawak jenaka persis Ibrahim Ali dan Hasan Ali. Rakyat Malaysia, walaupun dari kalangan UMNO-BN tahu ini bukan kerana Anwar. Ia bukan kerana ABU-asalkan bukan UMNO. Sekali lagi dalangnya adalah Mahathir dan Najib. Hasil pentadbiran bobrok yang telah menjadikan penyokong mereka hilang minat. Sekaligus ini bakal menyebabkan kehancuran parti. Najib turut abaikan UMNO
Daripada sibuk mengkritik dan meminta anaknya Mukhriz dijadikan PM dalam masa yang terdekat, Mahathir patut sedar yang Najib juga ada kemungkinannya bakal meninggalkan UMNO. Benar, Najib mungkin akan mengabaikan UMNO, walaupun bukan dengan memutuskan hubungan atau menyertai atau menubuhkan parti baru. Najib sudah merendahkan martabat UMNO seperti apa yang telah dilakukannya kepada MCA , MIC dan Gerakan. Kurang pengawasan ke atas mereka kerana sibuk menumpukan perhatian pada dirinya sahaja dan sekaligus menjadikannya kurang menarik kepada rakyat. Mahathir perlu sedar akan kepincangan yang telah mengakibatkan kurangnya sokongan Melayu pada UMNO tanpa adanya pengaruh dari kumpulan Najib mahupun Badawi. Jika dia meneruskan dirinya begitu, tiada siapa yang akan mendengar katanya. Dia akan diingati sebagai seorang penjahat, sentiasa dipersalahkan ke atas apa yang telah berlaku di dalam UMNO dan BN. Sebenarnya, dia telah pun menjadi seperti demikian. Wahai Dr M, jangan hanya menyalak sahaja. Adalah lebih baik jika anda menerima bahawa ada orang yang lebih bijak daripada anda juga, bukan sahaja musuh politik dari dalam UMNO, tetapi juga dari kalangan rakyat biasa. Satu-satunya yang menjadi penyelamat Mahathir adalah harta kekayaannya. Ini boleh membeli perlindungan baginya dan mengekalkan pengaruh politik beliau. Tidak syak lagi, kekayaan Mahathir boleh bertahan untuk beberapa hayat, tetapi tanpa kuasa politik - seperti dalam kegagalan BN pada pilihan raya – wang berbilion-bilion pun tidak berguna. Wang, sepertimana yang sering katakan, tidak boleh membeli semua benda! Mungkin saling menghormati sesama manusia adalah penyelesaian yang lebih baik daripada populariti politik yang berpanjangan kesan daripada politik wang dan penindasan.Malaysia Chronicle | |||||||||
Tapak Himpunan Hijau 2.0 bantah Lynas mula dipagar Posted: 24 Feb 2012 12:20 AM PST MALAYSIA KINI Lokasi Himpunan Hijau 2.0 bagi membantah pembinaan pusat memproses nadir bumi Lynas Advanced Materials Plant (Lamp) pada Ahad ini, di padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) kini dipagar oleh pihak berkuasa. Dalam satu kenyataan akhbarnya, ahli parlimen Kuantan Fuziah Salleh berkata pihak berkuasa dan majlis tempatan mula bertindak seperti yang tidak sepatutnya. Namun apabila berbual dengan perkerja asing yang ditugaskan membina pagar itu, mereka memberitahunya, kerja itu diarahkan dibina secara tergesa-gesa. Fuziah juga diberitahu mereka dibawa dari Temerloh dan masalah penginapan mereka untuk malam ini juga belum diselesaikan oleh pihak yang mengarahkan mereka membina pagar itu. "Nampaknya ada tangan tersembunyi dalam seluruh plot ini. Justeru, saya gesa MB (Datuk Seri Adnan Yaakub) supaya tidak bercakap dengan lidah bercabang. | |||||||||
Tak jemput pemimpin Pakatan, amalan biasa Posted: 24 Feb 2012 12:16 AM PST Dakwaan pemimpin Pakatan Rakayat tidak dijemput menghadiri mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-114 Selasa lalu tidak berbangkit kerana ia merupakan amalan biasa dan tidak bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Malah, katanya, mesyuarat yang berlangsung dua hari lalu, adalah mesyuarat "penyelarasan" antara kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri, yang diamalkan sejak dulu lagi. "Jadi kita hadkan menteri besar dan ketua menteri BN sahaja. "Itu sebab diberi tumpuan bukan sebab peruntukan perlembagaan, kehendak perlembagaan tetapi penyelarasan," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno malam ini. Sehubungan itu, menurut Najib yang juga pengerusi BN, tidak berbangkit dengan mengetepikan daripada memanggil menteri besar dan ketua menteri di negeri-negeri yang diterajui oleh Pakatan untuk hadir pada mesyuarat berkenaan. "Dia pun banyak mesyuarat, tapi tidak jemput kita. Kita pun nak complaint. Dia berpakat sama dia, tak mengapa. Kita nak buat kerja penyelarasan," katanya sinis sambil diiringi gelak ketawa. Bagaimanapun, Najib berkata pihaknya berpendirian semua mesyuarat yang dikehendaki mengikut perlembagaan, seperti Majlis Tanah Negara, Majlis Tempatan dan juga yang melibatkan jawatankuasa kewangan negeri tertentu.pihaknya, tetap menjemput pemimpin Pakatan yang terbabit. "Atas peruntukkan perlembagaan, kita memang menghormati perlembagaan," katanya. Najib mengulas kenyataan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim yang membidas tindakan perdana menteri kerana mempengerusikan Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-114 di Putrajaya pada Selasa lalu tanpa membabitkan pemimpin Pakatan. Sambil menyifatkan tindakan Najib itu sebagai "amat tidak professional", Khalid berkata mesyuarat berkenaan sewajarnya dinamakan sahaja Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri BN. Sementara itu, Najib ketika diajukan soalan sama ada pihaknya MT Umno membincangkan isu projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) yang diselubungi kemelut kerana didakwa berlakunya penyelewengan, hanya berkata: "Kita tidak bincang". Pada sidang media itu, Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil yang keluarganya dikaitkan dengan skandal itu tidak turut serta. Namun, Shahrizat yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat hadir pada mesyuarat MT Umno. | |||||||||
Sembrong: Jangan lepas diri dengan alasan teknikal Posted: 24 Feb 2012 12:12 AM PST PKR menyifatkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein cuba melepaskan diri terhadap insiden serangan terhadap ceramah Pakatan Rakyat dan kereta Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dekat Sembrong Ahad lalu. Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution berkata, penafian Hishammuddin yang juga anggota parlimen Sembrong bahawa tempat kejadian tidak terletak di kawasannya merupakan alasan yang sangat naif. "Dia bolehlah gunakan alasan sempadan polis atau sempadan pilihan raya untuk melepaskan diri. Tetapi isunya yang sebenar, bagaimana cara Umno menghadapi rakyat dengan mengupah samseng untuk mengacau dan mengganggu," katanya. Hishammuddin, semalam menafikan dakwaan serangan ke atas ahli PKR di Batu 4 Jalan Mersing oleh kira-kira 100 orang yang didakwa diupah Umno pada hari minggu lalu berlaku dalam kawasan parlimennya. Beliau bagaimanapun berjanji bahawa polis akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap mereka yang bertanggungjawab. Ketika dihubungi Malaysiakini, petang semalam, Saifuddin berkata, menteri dalam negeri patut menggesa polis melengkap siasatannya segera kerana kes itu yang didakwa straight forward atau mudah. "Tak perlu ambil masa berbulan-bulan untuk kenal pasti (suspek). Orang kampung sendiri kenal siapa terlibat. Apa yang susah sangat. Saya rasa seminggu sahaja boleh selesai. Paling lama pun dua minggu," katanya. Pada serangan Ahad lalu, selain kereta Anwar dipecahkan, PKR juga mendakwa seorang cedera ringan di dahi dipercayai akibat dilastik, lelaki tua cedera dibaling kayu dan bendera PKR dibakar. | |||||||||
Anwar, pimpinan utama PKR hadir ke Himpunan Hijau 2.0 Posted: 24 Feb 2012 12:10 AM PST Majoriti barisan kepimpinan PKR yang akan diterajui oleh ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan hadir ke perhimpunan membantah projek nadir bumi Lynas Advanced Materials Plant (Lamp) di Kuantan Ahad ini. Katanya, arahan juga telah diberikan kepada semua ahli PKR, khususnya di Pahang dan sekitar Kuantan untuk turun bagi memeriahkan perhimpunan itu. Temurapat atau permukiman tiga hari PKR bermula esok akan disertai semua anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP), wakil rakyatnya dan ketua-ketua cabang terpilih daripada seluruh negara. | |||||||||
Bila pula Sultan jadi bayangan Allah? Posted: 24 Feb 2012 12:06 AM PST Minggu ini saya kembali ke Oxford, United Kingdom setelah beberapa minggu berada di Malaysia. Di samping menyambut kedatangan 'puteri baru', banyak juga aktiviti yang sempat saya sertai. 'Negara Pasir Berdengung' Ertinya ia merangkumi semua mereka yang mempunyai kuasa pemerintahan tanpa mengira apa pun gelarannya. Abu Bakr al-Siddiq naik memerintah selepas Rasulullah memakai gelaran 'Khalifah Rasulillah'. Kepentingan politik Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin merupakan bekas mufti Perlis. Beliau kini bertugas sebagai zamil di Universiti Oxford. Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian rasmi Malaysiakini. | |||||||||
Penyenaraian Felda: PKR cabar Isa Samad debat Posted: 23 Feb 2012 11:58 PM PST PKR mencabar pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan untuk berdebat berhubung isu penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH). Mengeluarkan cabaran itu di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya semalam, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata ia selari dengan tren terbaru politik Malaysia. Katanya, beliau berharap kedua-dua pemimpin Umno itu menyertai debat yang akan dianjurkan PKR berhubung perkara itu. Rafizi berkata, hanya melalui debat terbuka di hadapan kakitangan dan peneroka Felda sahaja penyelesaian terbaik dalam isu penyenaraian di Bursa Malaysia itu. | |||||||||
AMK minta pengawasan polis di HQ PKR Posted: 23 Feb 2012 11:56 PM PST MALAYSIA KINI Pemuda PKR (AMK) membuat laporan polis berhubung sebaran maklumat yang menyatakan Pemuda Umno akan berhimpun di ibu pejabatnya di Petaling Jaya hari ini bagi membantah kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam isu Israel. Timbalan ketua penerangannya Rozan Azen Mat Rasip mendakwa, berdasarkan sebaran melalui SMS yang diterima pagi tadi, mereka dimaklumkan kemungkinan akan berlaku kekecohan dalam perhimpunan itu. "Kita minta polis memberi pengawasan seberapa segera dan ambil tindakan sewajarnya sekiranya berlaku sebarang provokasi dan kerosakan harta benda, jika benar ia berlangsung," katanya kepada Malaysiakini. Pihak media juga hari ini mendapat maklumat bahawa perhimpunan yang dirancang selepas solat Jumaat itu bertujuan mendesak Anwar menarik balik 'sokongannya' kepada Israel. | |||||||||
Posted: 23 Feb 2012 11:52 PM PST Kuek Ser Kuang Keng Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor Khalid Samad hari ini mendesak bekas exco negeri Datuk Hasan Ali menjelaskan sama ada benar dakwaan NGO barunya Jalur Tiga (JATI) ditaja dua syarikat besar. Sambil menafikan membuat tuduhan, Khalid (kiri) yang juga anggota parlimen Shah Alam berkata, beliau melontarkan perkara itu supaya Hasan dapat menafikannya, jika tidak benar. Khalid mengutarakan kemungkinan syarikat-syarikat itu akan mendapat faedah kewangan sekiranya BN berjaya menawan Selangor dalam pilihan raya depan. Hasan sebelum ini menubuhkan JATI untuk memperjuangkan Islam, Melayu dan Raja-raja atau apa yang digelarnya sebagai IMR. | |||||||||
MP mahu hakim serius dalam tegakkan keadilan Posted: 23 Feb 2012 04:09 PM PST Ahli parlimen Teluk Intan M Manogaran mahu hakim supaya berhenti serius ketika menjalankan tugas dan mengambil kira tanggungjawab utama mereka adalah untuk menegakkan kedailan. Katanya, sebagai seorang peguam, beliau memerhatikan bagaimana sesetengah litigan semakin kecewa dengan cara mahkamah menegakkan keadailan. Sehubungan itu, ahli parlimen Pakatan rakyat itu berkata beliau akan menimbulkan perkara itu apabila sesi Parlimen bersidang semula bulan depan. "Saya boleh faham kekecewaan yang dialami litigan sehingga membaling kasutnya ke arah hakim di Mahkamah Persekutuan semalam, kerana membenarkan bantahan awal pihak pendakwa. "Apa salahnya, jika hakim membenarkan atau melanjutkan lebih banyak masa, lebih-lebih lagi beliau tidak diwakili," kata Manogaran. Menurut beliau, mahkamah mesti menegakkan keadilan untuk rakyat dan itulah yang diharapkan oleh orang ramai sambil menambah setiap hakim diamanahkan membuat keputusan mempertahankan keadilan tanpa rasa takut atau memihak. "Mahkamah tidak boleh berfungsi sebagai sebuah badan korporat yang secara tergesa-gesa cuba menegakkan keadilan. Mesti serius atau jika tidak ia dilihat sebagai menghina sistem keadilan negara," katanya. Manogaran juga memberi amaran bahawa jika badan kehakiman tidak menjalankan tanggungjawab mereka dengan adil, maka rakyat akan kehilangan kepercayaan mereka kepada institusi berkenaan. Tambahnya, badan kehakiman harus bebas, terutamanya daripada kerajaan yang memerintah, dalam menegakkan keadilan Semalam, imam, Hoslan Hussain mencampak kasutnya kerana kecewa apabila panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan membenarkan bantahan awal berhubung afidavitnya yang difailkan, berada di luar tempoh masa yang ditetapkan. Justeru, rayuannya terhadap perintah pengusiran dari kuarters kediamannya oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) ditolak. Hoslan dalam cerita yang sama memberitahu Malaysiakini bahawa beliau membuat banyak aduan terhadap dakwaan penyalahgunaan kuasa dan rasuah di masjid Ar Rahimah di Kampung Pandan kepada pihak polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sehingga mengakibatkan beliau diusir. | |||||||||
Hak saya ditindas, tegas Jessie Ooi Posted: 23 Feb 2012 04:05 PM PST MALAYSIA KINI Ketua Beliawanis MCA Selangor, Jessie Ooi hari ini membidas Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MPPP) kerana mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang berhubung soalan yang dikemukakannya semasa debat antara Lim Guan Eng dengan Datuk Seri Chua Soi Lek pada 18 Februari. | |||||||||
Panel SPRM mahu isu NFC 'diselesaikan segera' Posted: 23 Feb 2012 03:59 PM PST S Pathmawathy Panel Penilaian Operasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mahu kontroversi yang menyelubungi Nasional Feedlot Corporation (NFC) "diselesaikan segera" supaya "adil" kepada semua pihak yang terlibat dalam skandal tersebut. Pengerusinya, Tan Sri Dr Hadenan Abdul Jalil berkata, kes itu telah terlalu dipolitikkan, maka SPRM perlu memutuskan sama ada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil terlibat dalam proses membuat keputusan mengenai pembiayaan projek tersebut. Beliau pemberita bahawa SPRM telah menyelesaikan siasatannya dan menyerahkan kertas siasatan kepada Pejabat Peguam Negara. Bagaimanapun, Peguam Negara telah menyerah balik kertas siasatan itu dan meminta dijalankan siasatan lanjut terhadap perkara itu. | |||||||||
NFC beli kondominium tanpa kelulusan pengarah Posted: 23 Feb 2012 03:58 PM PST MALAYSIA KINI Menurut laporan muka depan akhbar itu, tiga wakil kerajaan yang menganggotai lembaga itu hanya mengetahui mengenai pembelian beberapa unit kondominium mewah melalui media. Memetik sumber yang tidak dinamakan tetapi didakwa berkait rapat dengan siasatan yang dijalankan ke atas dakwaan penyelewengan oleh syarikat projek ternakan lembu yang dimiliki oleh keluarga menteri kabinet, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, the Sun melaporkan bahawa kelulusan lembaga pengarah adalah keperluan berkanun. "Menurut penyiasat, dokumen yang dirampas dari syarikat itu menunjukkan bahawa tiada resolusi atau usul yang dicadangkan atau diluluskan semasa mesyuarat lembaga. Siasatan dijangka akan selesai dalam beberapa hari lagi," kata sumber itu. Tiga wakil kerajaan dalam lembaga pengarah NFC adalah Alias Mohd Yassin (Kementerian Pertanian), Manaf Hussein (Kementerian Kewangan) dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan Mat Ali Hassan. Menurut akhbar itu lagi, lembaga pengarah juga tidak dimaklumkan berhubung perbelanjaan daripada dana pinjaman mudah RM250 juta yang disediakan oleh kerajaan. | |||||||||
JATI, perjuang Islam atau alat Umno, soal Husam Posted: 23 Feb 2012 03:52 PM PST MALAYSIA KINI Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa mempersoalkan motif sebenar penubuhan NGO baru, Jalur Tiga (JATI), yang diketuai bekas Pesuruhjaya PAS Selangor yang dipecat, Datuk Hasan Ali. Menurut Husam, jika JATI benar-benar ditubuhkan untuk memperjuangkan Islam, Melayu dan Raja, maka ia sepatutnya berganding bahu dan bukannya memilih bergaduh dengan PAS. "JATI diperalat Umno untuk menyerang PAS," kecam Husam yang juga ahli exco kerajaan negeri Kelantan dalam satu kenyataan media, semalam. Katanya, jika benar pergerakan itu dibentuk kononnya untuk melindungi agama Islam, maka ia perlu dipimpin oleh seorang ulama. "Kenapa (Mufti Perak) Tan Sri Harussani tidak mengetuai JATI sebagaimana PAS yang diketuai oleh ulama. "Datuk Hasan Ali bukan ulama dan dia tinggalkan ulama (PAS). Malah menentang ulama PAS. Kontradiksi ini jelas," katanya. Husam juga mempersoalkan mengapa JATI perlu menjaga orang Melayu sahaja sedangkan Islam melangkaui kaum dan tidak terhad kepada satu-satu bangsa sahaja. Mengulas, ucapan yang dibuat oleh Harussani semasa pelancaran JATI bahawa Nabi Muhammad SAW juga anjur pertahankan Raja dan kaum, Husam berkata, mufti itu telah mengambil pendekatan yang salah dan tidak sesuai untuk sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia. "Tan Sri Harussani sepatutnya lebih berhati-hati dan telus. Islam atasi kaum dan tidak terhad kepada satu-satu kaum sahaja. "Malaysia meliputi pelbagai kaum. Jika mahukan kaum lain menerima Islam, maka tidak boleh dihadkan hanya kepada Melayu sahaja," katanya. Menurutnya, kenyataan seperti itu hanya membuktikan kegagalan Umno selama ini untuk membangunkan masyarakat Melayu. Beliau turut memberikan contoh, mengenai beberapa institusi bagi membangunkan masyarkat Melayu pada zaman pemerintahan Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak Hussein yang telah digugurkan. Antaranya, Padiberas Nasional Berhad atau Bernas yang diswastakan dan tanah Perbadanan Pembangunan Bandar atau UDA di tengah-tengah bandar, katanya telah dijual, manakala Majlis Amanah Rakyat atau MARA makin mati fungsinya. "Pendekatan yang salah. Menggunakan agenda perkauman Melayu mengatasi Islam. "Islam membawa agenda keadilan, perpaduan, kesaksamaan dan kebajikan mengatasi bangsa. Umno hanya menjadikan Islam sebagai alat. Dalam konteks itulah PAS dilihat berbeza dengan Umno," katanya. | |||||||||
PKR: Tindakan mengenepikan KPF akan merendahkan nilai penyenaraian Felda Global Posted: 23 Feb 2012 03:50 PM PST Rafizi Ramli, Suhaimi Said Keputusan Barisan Nasional mengenepikan terus pandangan dan penyertaan Koperasi Permodalan Felda (KPF) yang mewakili kepentingan peneroka dan kakitangan Felda bermakna proses penyenaraian Felda Global Ventures Berhad yang cuba dilakukan akan membelakangkan dan mengorbankan kepentingan penoraka dan kakitangan Felda. Kerajaan Barisan Nasional memerlukan persetujuan KPF yang kini mempunyai pegangan 51% di dalam Felda Holdings Berhad untuk memindahkan keseluruhan pegangan itu kepada Felda Global Ventures Berhad yang ingin disenaraikan. Keuntungan sebenar di dalam kumpulan Felda datang dari Felda Holdings Berhad, bukannya Felda Global Ventures Berhad. Bagi tahun berakhir 31 Disember 2010 misalnya, perbandingan perolehan dan keuntungan kedua-dua kumpulan ini adalah seperti berikut:
Malah, bagi tahun-tahun berakhir 31 Disember 2008 dan 31 Disember 2009, keuntungan sebelum cukai Felda Holdings Berhad melangkaui RM800 juta, iaitu RM804 juta (2009) dan RM819 (2008). Rancangan jahat Barisan Nasional adalah untuk memindahkan syarikat-syarikat dan aktiviti perladangan yang menguntungkan di dalam Felda Holdings Berhad dari KPF (yang dimiliki peneroka dan kakitangan) kepada FGVB (yang dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan). Melalui cara ini, suara peneroka dan kakitangan Felda dalam keseluruhan aktiviti perniagaan dan operasi Felda akan berkurangan, terutamanya apabila kerajaan menjemput pelabur-pelabur lain untuk turut serta membeli saham di dalam FGVB. Anggaran KEADILAN menunjukkan pegangan peneroka dan kakitangan Felda di dalam aktiviti syarikat dan perniagaan Felda Holdings Berhad yang menguntungkan itu akan berkurangan dari 51% sekarang (turut menjadi pemegang saham majoriti) kepada sekitar 42.7% selepas disenaraikan (bertukar menjadi pemegang saham minoriti). Walau bagaimana pun, keberanian peneroka-peneroka yang menggunakan hak mereka untuk menyekat penyerahan saham KPF di dalam Felda Holdings Berhad kepada FGVB dan kenyataan Tan Sri Isa Samad bahawa kerajaan akan menubuhkan sebuah syarikat khas (SPV) yang mengenepikan KPF bagi tujuan penyenaraian; kini menimbulkan beberapa persoalan: 1. Jika penyenaraian FGVB diteruskan tanpa melibatkan suntikan aset dari Felda Holdings Berhad akibat tindakan mahkamah peneroka, nilai penyenaraian adalah jauh lebih rendah iaitu sekitar RM3 billion sahaja, bukannya RM21 billion seperti yang diwar-warkan kerajaan; 2. Jika ini diteruskan, keuntungan dari penyenaraiaan dan dividen yang bakal diperolehi peneroka pada masa akan datang adalah jauh lebih rendah dari yang disebut-sebut oleh kerajaan sekarang; 3.Penubuhan SPV tersebut membelakangkan KPF dan menunjukkan sikap Barisan Nasional yang tidak menghormati suara peneroka dan kakitangan Felda. Kewujudan SPV itu dijangka akan digunakan untuk secara perlahan-lahan mengambil alih fungsi yang dimainkan oleh KPF; dan 4.Sebarang tindakan untuk menggunakan SPV tersebut bagi menyuntik aset Felda Holdings Berhad adalah bertentangan dengan undang-undang dan mengkhianati peneroka dan kakitangan Felda. KEADILAN merasakan cara terbaik untuk menyelesaikan kekusutan yang berlaku adalah secara berhadapan dengan peneroka dan kakitangan Felda. KEADILAN bersedia membentangkan hujah-hujah dan analisa kami kenapa penyenaraian ini dikira tidak baik demi kepentingan peneroka dan kakitangan Felda. Bersempena dengan budaya baru berdebat secara ilmiah yang semakin popular di Malaysia dan memenuhi citarasa rakyat, KEADILAN melontarkan jemputan kepada Dato' Ahmad Maslan atau Tan Sri Isa Samad untuk turut serta di dalam debat ulung Felda membincangkan penyenaraian FGVB yang akan dianjurkan oleh KEADILAN dalam masa terdekat. Buat masa ini, sebarang maklumbalas negatif dari mereka berdua membayangkan ketidaksediaan mereka mempertahankan hujah Barisan Nasional di kalangan rakyat. MOHD RAFIZI RAMLI HJ SUHAIMI SAID | |||||||||
Keadilan gesa kerajaan pertimbang tuntutan Cuepacs dan Pakatan : Nurul Izzah Posted: 23 Feb 2012 03:46 PM PST Nurul Izzah Anwar Parti Keadilan Rakyat terbuka dengan tuntutan terbaru CUEPACS agar kerajaan memberi kenaikan gaji antara RM700 hingga RM2500 untuk pekerja-pekerja di dalam perkhidmatan awam gred 1 hingga gred 54 menerusi skim yang sedia ada sebelum melaksanakan sebarang pembaharuan menerusi Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA). Di dalam Belanjawan Alternatif Pakatan Rakyat 2012 yang dibentangkan sebelum Bajet 2012 Kerajaan Persekutuan, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberi komitmen bahawa sekiranya Pakatan Rakyat memegang tampuk kerajaan pusat, gaji minima pada kadar RM1,100 akan dikuatkuasakan buat penjawat awam. Ini akan memberi manfaat kepada kira-kira 300,000 penjawat awam yang masih menerima gaji di bawah kadar tersebut di bawah skim saraan sedia ada. Pakatan Rakyat juga komited untuk menyelaraskan tangga gaji perkhidmatan awam secara lebih saksama berikutan pengenalan gaji minima tersebut, selain insentif khas RM500 sebulan bagi setiap guru sebagaimana dijanjikan di dalam Buku Jingga. Ini berbeza dengan syor awal SBPA yang dibentangkan kerajaan di mana seorang penjawat tertinggi kerajaan di dalam kategori Premier akan menerima sehingga RM80,000 sebulan sedangkan kenaikan pemandu serendah RM1.70 sebulan. Mengikut maklumat dari laporan 2006 United Nations (UN) Public Administration Network Public Service, Malaysia mempunyai nisbah jurang gaji antara yang tertinggi dan terendah yang paling tinggi berbanding negara-negara jiran, iaitu sekitar 19.5:1. Ini bermakna gaji penjawat tertinggi adalah 19.5 kali lebih tinggi dari gaji pegawai kerajaan yang terendah. Oleh itu, KEADILAN menyeru agar jurang nisbah gaji di antara yang tertinggi dan terendah dirapatkan, dan bersedia untuk bekerjasama dengan semua pihak untuk merealisasikan visi ini. KEADILAN turut menyarankan agar semakan gaji dimandatkan supaya dibuat setiap 5 tahun, agar kenaikan yang selaras dengan inflasi akan dapat dilaksana dengan lebih mudah dan adil.
Justeru KEADILAN menggesa Perdana Menteri untuk mengkaji syor terbaru yang dibentangkan CUEPACS serta saranan Pakatan Rakyat sebelum ini demi membela nasib penjawat awam.
NURUL IZZAH ANWAR NAIB PRESIDEN PARTI KEADILAN RAKYAT |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan