BRIGED MP SEGAMBUT |
- KETUA PEMUDA PAS BINGAI DALAM MELONTAR ISU?
- APAKAH DS NAJIB JUGA SEBAGAI PENGANUT HINDU?
- SELEPAS ERA ISLAM HASSAN ALI:KINI HASSAN AQIDAH?
- APA KABAR ALTANTUYA PUNYA KES?
| KETUA PEMUDA PAS BINGAI DALAM MELONTAR ISU? Posted: 10 Feb 2012 06:30 AM PST February 10, 2012 KUALA LUMPUR, 10 Feb — Utusan Malaysia hari ini mendakwa Ketua Dewan Pemuda PAS pusat Nasrudin Hassan menyokong sambutan Hari Kekasih atau Valentine's Day menerusi tulisan di laman blog dan laman sosial Facebook miliknya.Akhbar milik Umno itu dalam laporan bertajuk "Nasrudin sokong sambutan Hari Kekasih?" mendakwa pemimpin muda PAS itu menimbulkan kontroversi apabila memuat naik kenyataan bertajuk 'Sambutan Hari Kekasih' di laman blognya, http://www.eperjuangan.com semalam. Dalam entri itu, Nasrudin (gambar) menulis: "Anak-anak muda muslim dan muslimah boleh meraikan kekasih hati terutama mereka yang berada di ambang perkahwinan, sama ada sempena Hari Kekasih atau pada hari lebaran yang lain selama mana mereka memelihara adab dan akhlak Islam. "Antaranya adalah pastikan tidak berdua-duaan, sebaliknya ditemani mahram, tidak mendedahkan aurat apatah lagi berpakaian seksi serta tidak melakukan perbuatan yang dilarang agama." Akhbar harian berbahasa Malaysia itu juga mengatakan dalam entri itu, Nasrudin pada perenggan kelapan turut mengesyorkan agar pasangan yang sudah berkahwin meraikan Hari Kekasih atau apa jua hari lebaran yang membawa maksud serupa dengan memberi hadiah dan ziarah. Bagi pasangan yang belum berkahwin pula katanya, perlu dipastikan tiga adab dan akhlak yang digariskan itu dilaksanakan. Ekoran kenyataan kontroversi itu, Nasrudin mengeluarkan kenyataan baru selang beberapa jam selepas entri pertama di laman blognya berkata beliau sebenarnya mengemukakan alternatif agar anak-anak muda Islam tidak perlu terpengaruh dengan budaya dan agama lain. "Apa yang ditulis di laman web saya adalah mengenai cara meraikan kekasih hati, sama ada bagi mereka yang berada di ambang perkahwinan atau yang telah mendirikan rumahtangga. "Meraikan kekasih hati dengan syarat adab dan akhlak yang saya nyatakan adalah dibenarkan oleh Islam. Inilah juga antara modul yang terdapat dalam Lajnah atau Biro Baitul Muslim Jamaah Islam," katanya merujuk kepada laporan di sebuah portal berita. "Justeru, ia tidak kena-mengena dengan Valentine's Day. Saya juga telah tegaskan Islam tidak menetapkan tarikh tertentu untuk meraikan kekasih hati," tambah Nasrudin. Pemuda PAS sebelum ini diketahui umum menentang keras sambutan Valentine's Day di kalangan umat Islam kerana ia dikatakan menjadi pencetus kepada aktiviti tidak bermoral. Sayap pemuda itu turut menggesa Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan agar membuat kawalan terhadap sebarang promosi berhubung sambutan Hari Kekasih pada 14 Februari depan. |
| APAKAH DS NAJIB JUGA SEBAGAI PENGANUT HINDU? Posted: 09 Feb 2012 11:20 PM PST ![]() Ini merupakan kali ketiga Najib (tengah) menghadiri upacara perayaan Thaipusam di Batu Caves sejak 2010. — Gambar oleh Choo Choy May "Ini perbuatan syirik, saya tidak tahu mengapa jadi macam ini... sedangkan perayaan kaum lain kita tidak boleh sambut ini pula hadir di rumah ibadat mereka. "Bagaimana boleh terlajak macam ini, sepatutnya perdana menteri wakilkan menteri beragama Hindu untuk menggantikan dirinya... sebab umat Islam tidak boleh terlibat dalam sambutan perayaan agama lain," katanya kepada The Malaysian Insider. Beliau menambah menteri hal ehwal agama Islam atau penasihat agama sepatutnya menasihatkan Najib agar tidak hadir dalam perayaan itu. "Kita tidak boleh sambut (perayaan agama lain), mereka lakukan upacara keagamaan dan kita sebagai umat Islam tidak boleh hadir... itu upacara ibadat mereka. "Sebagai perdana menteri, Najib sepatutnya sedar dan menghantar wakil. Saya sudah tegur perkara ini setiap tahun namun tidak dipedulikan," katanya menambah Najib wajar mencontohi sikap perdana menteri terdahulu yang menghantar wakil masing-masing. Pada 7 Februari lalu, Najib menghadiri sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves selain turut mengumumkan peruntukan awal berjumlah RM2 juta untuk membina pusat kebudayaan di kawasan itu. Najib yang lengkap berpakaian Kurta berwarna kuning muda ditemani isteri Datin Seri Rosmah Mansor, mengakui gembira untuk turut sama memeriahkan Hari Thaipusam dan ini merupakan kali ketiga beliau mengunjungi Batu Caves sempena perayaan itu sejak 2010. "Jangan gadai akidah kita, hukumnya syirik apabila kita hadir dalam perayaan mereka seperti kita merestui agama kaum lain... kita sepatutnya menjauhi perbuatan khufur yang boleh merosakkan akidah. "Perkara ini serius kerana ia masalah akidah, saya wajib tegur... kalau tidak mahu dengar terpulang," kata Harussani menambah tiada halangan sekiranya menghadiri majlis rumah terbuka tetapi bukan upacara keagamaan. |
| SELEPAS ERA ISLAM HASSAN ALI:KINI HASSAN AQIDAH? Posted: 09 Feb 2012 07:45 PM PST |
| APA KABAR ALTANTUYA PUNYA KES? Posted: 09 Feb 2012 04:00 PM PST |
| You are subscribed to email updates from BRIGED MP SEGAMBUT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
KUALA LUMPUR, 10 Feb — Utusan Malaysia hari ini mendakwa Ketua Dewan Pemuda PAS pusat Nasrudin Hassan menyokong sambutan Hari Kekasih atau Valentine's Day menerusi tulisan di laman blog dan laman sosial Facebook miliknya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan