Selasa, 28 Februari 2012

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Hukum Hudud Tidak Ada Dalam Quran - Mahathir

Posted: 27 Feb 2012 11:56 PM PST

Video EKSKLUSIF Ulasan Tun Dr.Mahathir ketika diajukan soalan mengenai perlaksanaan HUDUD dalam Konvensyen Kebangsaan Politik dan Patriotisme (K2P) di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) pada 26 Februari 2012

Impian Umno Berkecai.. Kedah Terus Sejahtera

Posted: 27 Feb 2012 11:49 PM PST

MENTERI Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak (lima dari kiri) bersalaman dengan Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul sambil di perhatikan tujuh lagi Exco baru selepas majlis mengangkat sumpah jawatan di hadapan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Datuk Seri Tunku Annuar Sultan Badlishah di Istana Anak Bukit, Alor Setar, hari ini.


ALOR SETAR, 28 Feb: Lapan orang Exco Kedah mengangkat sumpah jawatan masing-masing hari ini di depan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Datuk Seri Tunku Annuar Sultan Badlishah. Gambar: Bernama

Dua lagi exco dijangka akan mengangkat sumpah jawatan mereka selepas ini.

Mereka mengangkat sumpah di hadapan Pemangku Sultan Kedah apabila Tuanku Sultan Kedah kini menjadi Yang Dipertuan Agung.

Azizan dalam sidang media sebelum ini berkata, hanya lapan Exco akan mengangkat sumpah jawatan hari ini manakala dua lagi dijangka mengangkat sumpah jawatan dalam majlis kedua, memandangkan tempoh lantikan bagi penggal 2011 hanya akan berakhir 7 Mac ini.

Azizan berkata, beliau sedia melantik semula semua exco Kedah yang ada sebagaimana yang diarahkan oleh PAS Pusat.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dalam sidang medianya semalam memaklumkan, Presiden PAS telah mengarahkan agar kesemua 10 Exco Kedah dipilih dan dilantik semula.

Lapan yang mengangkat sumpah jawatan hari ini ialah Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul (Agama, Pelajaran dan Koperasi), Datuk Ir Amiruddin Hamzah (Industri dan Pelaburan, Pertanian dan Industri Asas Tani, Bioteknologi, Pembangunan Luar Bandar dan Basmi Kemiskinan).

Datuk Dr Hamdan Mohamed Khalib (Belia dan Sukan, Kesenian, Warisan dan Kebudayaan), Datuk Siti Ashah Ghazali (Pembangunan Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan Masyarakat) dan Abd Ghani Ahmad (Penerangan dan Pembangunan Usahawan).

Tiga Exco dari PKR, Datuk S Manikumar (Pelancongan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Hal Ehwal Masyarakat Siam), Lim Soo Nee (Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Perpaduan dan Pengurusan Sumber Manusia) dan Tan Chow Kang (Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Pengangkutan). -HD


Suami Sanggup Fitnah Isteri Demi Wang??

Posted: 27 Feb 2012 11:43 PM PST

Wanita Kes Dr.Badrulamin - Beliau Berkata: 'Fitnah, Saya Tak Khalwat'

Rompin - Media digemparkan dengan berita anggota Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Dr Badrolamin Bahron ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) di Kuantan, awal pagi Sabtu lalu.

Dalam Sinar Harian semalam, Badrolamin menafikan laporan tersebut dan menegaskan, beliau hanya mahu membantu seorang wanita yang berhadapan dengan masalah keluarga.
Sinar Harian berjaya menjejak wanita didakwa berkhalwat dengan Badrolamin itu. Apa sebenarnya kisah di sebalik kejadian?

Walau enggan namanya disiarkan, namun wanita itu tidak keberatan berkongsi cerita dan menerangkan kedudukan sebenar kepada pembaca Sinar Harian khasnya. Ikuti pengakuan eksklusif daripada beliau.


"Fitnah! Saya tidak berkhalwat. Saya tidak lakukan perbuatan itu!

"Saya tidak berada dalam satu bilik dengan ustaz (Badrolamin). Orang fitnah saya berniat jahat. Tidak bertanggungjawab!

"Saya berada di luar bilik hotel. Bukan bersama ustaz dalam sebuah bilik seperti dakwaan.

"Namun kerana tindakan khianat itu, ustaz kena kurung dan dibelasah dalam biliknya.

"Saya pergi menemui ustaz Badrolamin atas tujuan mahu melarikan diri daripada suami, bersama anak saya yang berusia dua tahun. Saya bimbang keselamatan kami terancam.

"Saya sudah puas berusaha dan tidak mampu lagi menanggung segala bebanan ini.

"Saya memang kenal rapat ustaz dan isterinya sejak mengikuti rombongan umrah pada 1 Mei tahun lalu dan kami sering berhubung antara satu sama lain.

"Ustaz pun ada datang ke sini (Rompin) dan saya juga mengenali rapat isteri beliau. Malah isterinya juga menasihatkan saya supaya bersabar menghadapi kes fitnah ini.

"Saya juga kesal dengan sikap segelintir masyarakat yang menuding jari tanpa beri kami peluang untuk bela diri, sedangkan kes ini belum diputuskan di mahkamah.

"Tambah kesal kerana ada pihak menabur fitnah dengan meletakkan gambar palsu dan wajah yang tersebar di Internet bukan saya," katanya.

Kakitangan di Kolej Komuniti Rompin berusia 28 tahun itu ke mahkamah semalam, bagi sebutan kesnya di hadapan Hakim Syarie, Abu Kasim Pilus, kira-kira jam 11.15 pagi, sebelum keluar semula kira-kira 10 minit selepas memberi keterangan.

Beliau hadir seorang diri di Mahkamah Rendah Syariah Rompin pada jam 9 pagi semalam. Beliau ke sana bagi proses tuntutan penceraian terhadap suaminya.

"Saya nekad mengemukakan tuntutan cerai memandangkan pelbagai usaha dilakukan untuk menyelesaikan kemelut rumah tangga gagal.

"Itulah jalan penyelesaian terbaik bagi memastikan keselamatan dan masa depan saya serta anak terbela," katanya.

Ketika ditanya adakah punca dia menuntut cerai disebabkan sikap suaminya, wanita itu enggan mengulas dan mahu isu berkenaan diselesaikan di mahkamah nanti. -SH


PAS Kedah: Versi Orang Bawah

Posted: 27 Feb 2012 04:53 PM PST

Malam tadi, pertama kali rasanya dalam sejarah PAS cawangan kami di sebuah penjuru kecik di negeri Kedah ini, kehadiran untuk mesyuarat agong menjangkau lebih 40 orang, sedangkan di tahun-tahun yang lepas boleh bilang dengan jari saja.

Bila wakil dari kawasan mula berucap bagi ucapan perasmian, semua yang hadir khusyuk bagi sepenuh tumpuan – sebab utamanya, nak dengar cerita terbaru apa yang dinamakan sebagai krisis kepimpinan PAS Kedah ini.

Malangnya, semuanya jadi anti-klimak bila mana Ustaz yang diutuskan utk mai rasmi cawangan kecik kami ini memilih untuk tidak menyentuh secara terbuka isu ini; sebaliknya beliau memilih untuk melontarkan persoalan kat kami bukannya kami yang tanya soalan kat dia. Kata Ustaz:


"Isu kepimpinan di atas sana, biarlah kita serahkan kepada kebijaksanaan pihak pimpinan untuk selesaikannya, kita yang kat bawah ini cuba tanya diri kita masing-masing, kalau sungguh kita sayangkan parti, sayangkan perjuangan Islam yang dibawa oleh parti ini, sayangkan kemenangan yang dianugerahkan Allah SWT hasil usaha penat lelah doa air mata dan keringat kita semua ini, berapa orangkah antara kita yang ada di sini ini, yang sudah pun bangun malam, solat sorang2 tengah malam, tadah tangan kat Tuhan minta Tuhan tolonglah selesaikan secepat mungkin kemelut yang sedang melanda kita ini. Ada kita buat macam tu?"

Tanpa diundang, terlintas di kotak pemikiran saya, alangkah baguihnya kalau MB, Ustaz Azizan dan barisan-barisan EXCOnya ada sekali bersimpuh atas lantai bersama-sama kami malam ini. Kalau depa ada sekali, saya nak angkat tangan tanya direct kat depa:

"YB MB dan Exco-Exco sekelian, tuan-tuan ada ka buat apa yang sahibul samahah Ustaz tanya tadi?"

Malangnya kami hanyalah soldadu-soldadu kecil yang hanya jadi tukang pelekat poster dan tukang bancuh air di musim-musim p.raya; hanyalah mimpi kalau nak tengok MB dan EXCO2 nya turun mai jenguk kami kat bawah-bawah ini. Kalau depa ada baca blog ini, ketahuilah rata-rata soldadu kat bawah ini kesal yang teramat dengan apa yang sedang berlaku ini; kami cuma berharap ianya hanyalah seperti kemuncup di tengah padang, cuma gatal-gatal buat sementara dan tidak menjadi kurap buat jangka masa panjang.

Habis mesyuarat, kawan-kawan mai berhimpun keliling saya; isu hangat MB dan EXCO2 nya belum reda lagi. Depa insist minta saya cerita versi saya pula; inilah masalahnya bila wakil kawasan tak mau bagi penerangan terperinci, membiarkan ahli-ahli dan penyokong kat bawah ini mendapat berita palsu dari suratkhabar dan media arus perdana.

Bila depa tanya saya, saya kata memanglah Ustaz Azizan tu cengei (garang nak mampuih), seantero Kedah dah tau cerita tu, tapi kalau saya jadi dia pun saya akan jadi garang jugak, kalau tak garang dah lama dah Kedah jadi Perak.

Saya kata, yang pentingnya kita kena tengok pencapaian Kedah sejak Ustaz Azizan memerintah ini; ok ka tak ok. Depa kata, tadi masa mesyuarat tadi waktu usul berbangkit dan bab usul, banyak ditimbulkan tentang ketidakpuasan hati bab Majlis Bandaran, bab jalan-jalan berlopak, longkang tersumbat dan sebagainya.

Ha, yang itu kita kena tengoklah pula EXCO mana yang jaga.

Hari tu saya dengan memba-memba dari Penang nak pi Pondok Bandar Hilir di SIK, Kedah lalu ikut Padang Serai- Kuala Ketil. Nak cepat, saya ambik short-cut ikut Bukit Selambau terus ke Tembak menghala ke Parit Panjang. Masyaallah nak habag kat hangpa, malu sungguh saya kat kawan-kawan saya dari Penang nu, gedebum gedebam kereta dia langgar lopak. Siapa dia EXCO in-charge bab-bab jalan ini, hangpa cek sendiri dalam laman rasmi kjaan Negeri Kedah.

Macam itu jugak dengan isu 3L di kawasan-kawasan pekan, sorang sahabat saya berbangsa Cina tauke kedai gambaq sibuk nak jadi Ahli Majlis PKR, sebab utamanya kata dia kjaan Negeri ini gagal menangani isu 3L yg jadi isu utama org2 Cina kat pekan-pekan. (3L – Longkang, Lampu Jln, Lubang/Lopak kat Jln). Dia nak jadi Ahli Majlis supaya dia boleh perjuangkan isu 3L ini. Siapa dia EXCO yang in-charge bab 3L ini, hangpa cek sendiri dalam laman rasmi kjaan Negeri Kedah.

Ringkas ceritanya, kalau semua orang buat kerja, MB buat kerja EXCO buat kerja, sibuk bekerja, tak ada masa lah untuk berpolitik, nak merajuk nak bawa diri tak puas hati ini tak puas hati itu, maka tak adalah timbul isu krisis kepimpinan ini.
Sebetulnya, UMNO lama dah dok cari point buruk nak jatuhkan kjaan Negeri Kedah, tapi semuanya tak menjadi. Bukan dia tak mau jadi, tapi sememangnya Negeri Kedah ini dah improve banyak sejak PAS memerintah hari itu.

Ini saja nak cerita, baru-baru ini tugasan kerja membawa saya pi interview sorang Professional seorang pakar dalam bidang yg dia ceburi, anak jati Kedah berketurunan Cina, seorang scorer masa kat sekolah dulu, sebab SPM/STPM dia baguih sangat, dia dapat offer dari kjaan Singapura pi sambung belajar di Univ Nanyang, Spore. Habis belajar, dia dapat offer kerja di Singapore dengan gaji yang lumayan.

Lama juga dia bekerja di Singapore, sekarang terbuka hati nak balik Kedah.

Hish, kalaulah Kedah teruk sangat di bawah pemerintahan Ustaz Azizan ini, saya rasa orang Professional macam beliau ini tak akan memilih untuk kembali ke Kedah. Itu saya tak habag lagi resume2 bertaraf PhD yg masuk ke inbox saya dari Professional-Professional dari India, Filipina, Singapore dan mana lagi tu; berebut-rebut depa nak mai kerja di Kedah khususnya di kawasan Industri Kulim Hi-Tech, tempat saya cari makan sejak 15 tahun yang lalu ini.

Bercakap pasal Kulim Hi-Tech, kalau hangpa nak tau, sejak PAS ambik alih Kedah pada tahun 2008, KHTP telah berjaya membawa masuk pelaburan baru sejumlah 10.3 Billion Ringgit (RM10,300,000,000) – satu jumlah yang bukan sedikit. Dalam 20,000 orang yang bekerja di KHTP, mungkin ada adik beradik tuan/puan yang bekerja di sini.

Bulan Mac2012 ini pula, satu lagi kompeni (PANASONIC) nak naik di KHTP dengan pelaburan RM1.84 billion. Dengar kata akan tambah jadi RM4.5 billion bila siap sampai fasa 3 nanti.

Ringkas ceritanya, KHTP di bawah kerajaan Negeri Kedah begitu pesat berkembang, kawasan yang dok ada la ni (4000 ekar) dijangka akan bertambah lebih 2 kali ganda (10,000 ekar). Tak lama lagi, stesen Petronas kat Sungai Seluang tepi BKE hi-way itu silap-silap akan masuk dalam area KHTP, dan pokok getah dan kelapa sawit sepanjang BKE menghala ke Padang Meha itu silap-silap dah tak wujud lagi. Semua ini akan menunggu anak-anak kita yang sedang berada di Univ dan IPT untuk ramai-ramai mai kerja di sini, di negeri Kedah negeri Hijau Kunin kesayangan kami ini.

Opss, cek lah pula siapa dia EXCO yang jaga KHTP ini.

Point nak habagnya – kalau semua EXCO sesibuk EXCO yang jaga KHTP ini, tak merajuk bila Ustaz Azizan dengan cengei dan garangnya mengenepikan pandangan dia waktu SADA menjadi mangsa politik dalam isu menyekat air ke kawasan industri KHTP hari tu – malu dan tebal muka tak kira dia bila kami kami yang menyokong PAS ni dok pi SMS dia minta bantuan tapi dia tak boleh buat apa sebab itu keputusan MB – kalau semua orang sesibuk YB Amirudin, rasa tak timbul kot isu panas di peringkat pimpinan Negeri ini.

Semua di atas tadi pendapat saya aja lah – mungkin ada isu lain yang lebih besar yang melibatkan kelaku peribadi MB sendiri yg payah nak dengar pendapat/saranan orang, termasuklah saranan politik jangka panjang dari PAS Pusat – hat tu, saya tak mau kata apa.

Saya cuma boleh kata, MB pernah bermadah, kalau org PAS nak expect PAS Kedah jadi mcm PAS Kelantan, awal-awal lagi MB habag, PAS Kedah tak sama dengan PAS Kelantan. Yang ini saya setuju 100%, PAS Kelantan ada TGNA. Tuan Guru tak hisap rokok, tapi di Kedah kita tak ada seorang pemimpin sewibawa TGNA ini, maka sebab itulah PAS Kedah ini jadi macam dok ada lanie..

Kot mana pun, mai pilihanraya nanti jangan hangpa dok pi tukaq undi UMNO pula, nanti tanah kat KHTP yang harga RM23 satu kaki persegi itu depa nanti mark-up berpuluh-puluh kali ganda, silap-silap hat seluas kandang lembu itu pun boleh pi mencecah RM250 JUTA.

Teruslah undi dan sokong PAS, insyaallah selepas ini kita akan dapat MB dan barisan EXCO baru yang lebih baik dan lebih hebat drpd yang dok ada. Tak apa haih, ini semua kemuncup dalam perjuangan ja...gatal sekejap ja, lepas ni insyaallah akan pulih seperti sedia kala, insyaallah.

moniermatdin@yahoo.com
http://www.mindapolitik.blogspot.com



Ada Puak Nak Buat Naya Kat Azizan Razak..

Posted: 27 Feb 2012 04:42 PM PST

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengecam pihak yang cuba menyingkirnya daripada jawatan itu dengan menggunakan pemimpin dalaman PAS.

Katanya, pendirian dua exco, Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Dr Ismail Salleh yang tidak mahu dipilih semula tidak harus dieksploitasi pihak terbabit untuk memaksa beliau turun daripada kerusinya.

"Apa dosa saya? Saya tidak ada skandal perempuan. Tidak sapu projek.Tidak ambil balak. Rakyat Kedah gembira dengan apa yang ada sekarang.


"Orang yang cuba menjatuhkan saya tidak datang berdepan dengan saya.

"Jika mereka menggunakan orang dalaman untuk tujuan itu, saya minta maaf, saya memang tidak tahu. Kalau hendak tukar saya pun, rakyat yang akan tentukan dalam pilihan raya. Bukan melalui cara politik macam ini," katanya dipetik akhbar Berita Harian.

Beliau berkata demikian ketika meluahkan apa yang terbuku di hatinya bagi menjelaskan mengenai gerakan pihak tertentu yang cuba menjatuhkannya selepas empat tahun mentadbir kerajaan negeri sejak pilihan raya umum ke-12 pada Mac 2008.

Akhbar berkaitan Umno itu juga memetik pesuruhjaya PAS Kedah berusia 72 tahun itu berkata, beliau tidak menyangka ada pihak tertentu yang tidak senang dengan kepimpinannya, tetapi mengakui bersifat tegas ketika memimpin pentadbiran kerajaan negeri dan parti.

Secara senyap

Menteri Besar itu juga dilaporkan Berita Harian sebagai berkata, sebelum ini tiada sesiapa sama ada dalam PAS, PKR atau DAP hadir secara berhadapan dengannya untuk memaksa beliau meletak jawatan.

Bagaimanapun, katanya, jika ada pihak tertentu bergerak secara senyap untuk tujuan itu, beliau meminta mereka menghormati sistem pemilihan ketua kerajaan melalui pilihan raya.

"Kita serahkan kepada rakyat Kedah untuk menentukannya. Hanya pilihan raya yang boleh mengubah pemimpin," katanya lagi.

Sementara itu, akhbar Utusan Malaysia pula melaporkan Azizan bersedia memaafkan dua exco yang enggan dilantik semula memegang jawatan itu kerana dikatakan tidak berpuas hati dengan beliau.

Beliau dipetik sebagai berkata, dirinya tidak mempunyai sebarang masalah dengan kedua-dua exco tersebut dan boleh menerima mereka semula.

"Saya tak ada masalah dengan depa (mereka). Kalau ada orang nak pujuk, depa mau, saya terima. Saya juga tak kisah depa nak terima atau tidak tawaran sebab ada orang lain mau (mahu) jawatan ini," katanya.

Exco kanan itu ialah Datuk Phahrolrazi Zawawi (atas, kanan) dan Datuk Dr Ismail Salleh.

Semalam, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali pada sidang akhbarnya berkata PAS Pusat telah mengarahkan naib presidennya, Salahuddin Ayub ke Kedah sebagai perantara bagi membantu menyelesaikan kemelut yang melanda Azizan dan dua exco tersebut.

Beliau turut menafikan berlaku cubaan menggulingkan Menteri Besar, namun tidak menolak berlaku perbezaan pendapat bagi menangani isu-isu tertentu dalam pentadbiran kerajaan negeri Kedah dan diburukkan lagi dengan media arus perdana, milik BN dan Umno yang cuba melaga-lagakan mereka.

Sementara itu, akhbar Sinar Harian turut melaporkan Azizan sedia akur dengan sebarang 'formula penyelesaian' daripada PAS Pusat berhubung isu berkenaan.

Terpulang kepada mereka

Namun kata menteri besar itu, keputusan sama ada untuk kekal atau tidak dalam barisan exco terpulang kepada mereka sendiri.

"Kalau PAS Pusat kata mahu semua barisan exco dikekalkan, saya akan akur tetapi adakah mereka mahu," katanya dipetik akhbar itu.

Azizan pada sidang media sebelum ini berkata, hanya lapan exco akan mengangkat sumpah jawatan hari ini manakala dua lagi dijangka mengangkat sumpah jawatan pada majlis kedua, memandangkan tempoh lantikan bagi penggal 2011 hanya akan berakhir 7 Mac ini.

Sementara itu, lapan nama yang dijadual mengangkat sumpah jawatan hari ini ialah Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul (Agama, Pelajaran dan Koperasi), Datuk Amiruddin Hamzah (Industri dan Pelaburan, Pertanian dan Industri Asas Tani, Bioteknologi, Pembangunan Luar Bandar dan Basmi Kemiskinan), Datuk Dr Hamdan Mohamed Khalib (Belia dan Sukan, Kesenian, Warisan dan Kebudayaan), Datuk Siti Ashah Ghazali (Pembangunan Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan Masyarakat) dan Abd Ghani Ahmad (Penerangan dan Pembangunan Usahawan).

Tiga exco dari PKR Datuk S Manikumar (Pelancongan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Hal Ehwal Masyarakat Siam), Lim Soo Nee (Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Perpaduan dan Pengurusan Sumber Manusia) dan Tan Chow Kang (Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Pengangkutan) turut berada dalam senarai.


Hina Islam Puas-Puas.. Minta Maaf.. Selesai.. Hehehe...

Posted: 27 Feb 2012 04:28 PM PST


Ada yang masih tidak berpuas hati dengan permohonan maaf dari The Star akibat penyiaran gambar selebiriti bertatu Allah, Erykah Badu di akhbar mereka hari ini….

Apa yang diperkatakan saudara ZORF ada benarnya …..


Inilah antara komen dari saudara ZORF yang harus kita kongsi dan renungkan bersama ~

SETIAP KALI BUAT MOHON MAAF... DULU SIAR JUADAH BERBUKA DAGING BABI DALAM RUANGAN... PUN MINTA MAAF LEPAS... CUBA GANTUNG LESEN 2-3 BULAN BG PENGAJARAN BETUL2 BARULAH TAK CUAI.

AKU PUN KERJA MEDIA DAN TAHU MCM MANA PROSES NK KELUARKAN CERITA BUKAN SEKALI DUA TAPIS. BUKAN SETAKAT EDITOR, CHIEF NEWS EDITOR, MANAGING EDITOR DAN SENIOR EDITOR,,, MALAH KAT BHGN PRODUCTION/PRINTING MASIH ADA LAGI YG CHECK... PROOF READER... MCM MANA MENDE YG BEGINI JELAS BOLEH LEPAS MELAINKAN SENGAJA DAN SGT2 CUAI. KALAU TERLEPAS SALAH EJAAN TU BOLEH LAGI DIMAAFKAN INI GAMBAR! TERANG DAN JELAS!

BAGI AKU MANA2 NEWSPAPER PUN JIKA KESILAPAN MCM NI DIBUAT, JGN BG MUKA... GANTUNG LESEN AT LEAST SEBULAN JGN BG BEROPERASI BARULAH ADA RASA TANGGUNGJWAB DAN RASA NAK HORMAT SIKIT. KPD MRK YG BACA KOMEN AKU NI DAN KENAL MRK2 YG BOLEH BAWA PERKARA NI KE DEPAN, SILA USULKAN CADANGAN AKU NI. SB INI BUKAN KALI PERTAMA THE STAR BERSELINDUNG DI SEBALIK KESILAPAN DAN MAAF UTK HINA AGAMA ISLAM.


http://www.sahabat-gunung.com/2012/02/komen-zorf-yang-tidak-berpuas-hati.html


Mat Indon Dalang Serangan Beruk Di Padang Kota

Posted: 27 Feb 2012 07:09 AM PST

Umno dakwa 'wartawan Cina' kurang ajar

Insiden wartawan tercedera dalam perhimpunan anti-Lynas di Pulau Pinang semalam meletus akibat provokasi dan penampilan mereka sendiri, yang digambarkan mengambil sikap memihak, dakwa Pemuda Umno setempat.

Timbalan Ketua Pemuda Umno Bukit Gelugor Novandri Hasan Basri (kanan) berkata, seorang daripada wartawan itu - Adam Chew dari harian Kwong Wah Jit Poh - menimbulkan kemarahan rakyat apabila "bertindak sebagai benteng" kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng.

"Aksi wartawan suratkhabar Cina yang membangkitkan kemarahan anak muda Melayu," tulis Dr Novandri dalam blognya Dr MiM.


Beliau mendakwa lagi, Adam juga tidak memegang kamera dan memakai baju hijau seperti penyokong anti-Lynas.

"Walhal, dalam insiden di Padang Kota semalam, tiada seoranng pun wartawan yang memegang kamera dan video dipukul atau cedera," tulisnya lagi.


Chew, 29, dilapor dibelasah dalam Himpunan Hijau di Padang Kota dan mendapat lapan jahitan akibat kecederaan di tangan.

Rakan sekerjanya Lee Hong Chun, 25, pula dilapor dipukul dengan topi keledar dan mengalami kecederaan kecil di kepala.

Chew (kanan) mendakwa dipukul oleh kira-kira enam lelaki yang terdiri daripada peserta kumpulan pro-Lynas, yang dilapor turut disertai pemimpin Umno dan kumpulan pendesak Melayu PERKASA.

Manakala Pemuda PKR pula mendakwa Novandri muncul di kawasan insiden bersama "samseng" yang membuat kecoh dan provokasi.

Sambil menggelar Adam sebagai "wartawan Cina kurang ajar" dan "lelaki kung fu cari pasal", Dr Novandri mendakwa media propembangkang memuatarbelitkan peristiwa itu untuk menagih simpati orang ramai.

"Pada mulanya MiM mahu berlapik-lapik untuk memberikan laporan di dalam blog ini tetapi memandangkan ada pihak yang cuba menukar cerita sebenarnya, MiM dan rakan yang lain akan dedahkan semuanya!" tulisnya.


Sidang Media Serangan Gila Beruk Liar

Posted: 27 Feb 2012 07:02 AM PST


Nurul: Mata saya hampir lebam seperti papa

Posted: 27 Feb 2012 04:20 AM PST

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata, jika tidak ada campurtangan penyokong Pakatan Rakyat pada ceramahnya di Gambang, Pahang semalam, beliau pasti mendapat 'mata lebam' seperti bapanya Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.

Katanya, serangan terhadapnya oleh lelaki pada ceramah di Felda Lepar Hilir I pada malam semalam itu hampir-hampir mengenainya

"Ia hanya beberapa inci (hampir mengenai), kamu pasti tidak mahu ukur, ia sangat tidak menyenangkan," kata Nurul Izzah.


Menurutnya lagi, penyerang yang memakai baju merah perlahan-lahan memasuki tempat ceramah di sebuah kedai kopi sebelum melancarkan serangan.

Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Petaling Jaya hari ini, Nurul Izzah berkata sekiranya tiada penyokong yang menahannya, beliau pasti menerima nasib seperti Anwar yang dipukul menjelang perbicaraan kes liwat pertamanya lebih sepuluh tahun lalu.

Nurul Izzah mendedahkan, polis tempatan berjaya mengenali identiti penyerang itu sebagai Asrullah Affendi Abdullah. Bagaimanapun, maklumat lain masih belum diketahui setakat ini.

Nurul Izzah turut menunjukkan kepada pemberita beberapa keping gambar ketika kejadian bagi menyokong dakwaannya.

Pagi tadi, akhbar web PKR Keadilandaily melaporkan, anggota Umno setempat sengaja mengganggu ceramah Pakatan dengan menganjurkan sesi karaoke dan menghantar SMS ugutan sebelumnya.

Menurut Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad, ketika giliran Nurul Izzah berucap, kumpulan itu mula menyerbu ke lokasi ceramah sambil melemparkan kata-kata kesat kepada anak perempuan Ketua Umum PKR itu.

Dakwanya, "budak-budak muda" itu cuba memukul Nurul Izzah sehingga beliau dan puteri Anwar itu terpaksa diiringi polis meninggalkan kawasan berkenaan.


Jom Pakat-Pakat Gelak.. Kahkahkah...

Posted: 27 Feb 2012 01:43 AM PST



Hasan Ali ramal Pas kalah teruk
RAIHAM MOHD SANUSI
27 Februari 2012

KEMAMAN – Bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Dr Hasan Ali meramalkan Pas akan mengalami kekalahan teruk dalam Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13) nanti ekoran terpesong dari matlamat perjuangan sebenar serta hanya menjadi kuda tunggangan DAP dan PKR semata-mata.

Beliau berkata, sebaliknya DAP dan PKR akan kekal meraih kemenangan besar tidak sebagaimana Pas yang telah hilang keyakinan ahli dan penyokong.

Katanya, dalam konteks di Selangor, apa yang akan pasti berlaku ialah kawasan-kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diwakili wakil DAP dan PKR akan terus memperolehi majoriti lebih besar.

"Sementara Pas pula akan jatuh merudum kerana ahli dan penyokong sudah hilang keyakinan serta kepercayaan kerana perjuangan untuk menegakkan negara Islam sudah bertukar kepada perjuangan mewujudkan negara berkebajikan.

"Pas dalam Pakaran Rakyat (PR) hanya menjadi kuda tunggangan semata-mata. Apa yang saya cukup pilu dan sedih demi matlamat menuju Putrajaya, Pas sanggup bersekongkol dengan DAP yang secara terang-terangan menolak Islam," katanya ketika menyampaikan ceramah pada Himpunan Sejuta Umat Selamatkan Akidah anjuran Pekida Kemaman di Padang Astaka, Chukai, Kemaman, malam semalam.

Bahkan, katanya, Pas juga masih setia bersama PKR sedangkan Ketua Umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai rekod akhlak yang teruk selain mengiktiraf dan menyokong Israel.

"Perlukah Pas masih bersama DAP yang secara terang menolak Islam? Perlukah Pas bersekongkol dengan Ketua Umum PKR yang dibelenggu masalah moral? Baru-baru ini juga Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengeluarkan kenyataan bahawa haram menyokong atau membuat kenyataan menyokong Israel yang kewujudannya adalah haram.

"Namun, kalau haram kenapa masih mahu bersekongkol bersama mereka (PKR)? Sedarlah wahai Pas," katanya.

Menurutnya, berikutan itu, imej Pas kini cukup buruk dan terpaksa menanggung risiko mengalami kekalahan besar dalam PRU13 yang dijangka diadakan pada bila-bila masa.

Pada masa sama, Hasan juga hairan mengapa Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat masih berdiam diri walaupun telah memberikan kata dua kepada Anwar supaya menarik balik kata-katanya yang menyokong Israel atau menyaman The Wall Street Journal.

"Saya percaya kenyataan (Nik Aziz) berkenaan juga adalah hasil dari implikasi saya dipecat," katanya.

www.sinarharian.com.my


Tiada ulasan: