Rabu, 15 Februari 2012

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Helo Hasan Jati.. Nak Tipu Agak-Agak Laa.. Jangan Nampak Bodoh Sangat..

Posted: 14 Feb 2012 10:45 PM PST

Dengan mengatakan bahawa beliau telah berdakwah ditempat hiburan ini menunjukan pembohong terang terangan dari Dr Hassan Ali yan juga Bekas Ahli PAS ini dan bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor... hanya kerana menyahut gesaan Pensyarah Universiti Islam Antrabangsa Malaysia (UIAM) Dr Maszlee Malek supaya berdakwah di tempat hiburan.

Tak kan dengan satu serbuan di Gereja dan tempat hiburan dalam masa hampir empat tahun menjawat Jawatan Exco Hal Ehwal Agama Islam Negeri Selangor ini yang dikatakan berdakwah ditempat hiburan... kalau nak membohong agak-agak lah sikit... kalau Ustad Azhar Idrus yang kata begitu boleh lah diterima... ini yang cakap adalah Dr Hassan Ali... kah kah kah !!!.


Ini menunjukan mentality nya serupa dengan Umno... yang tak tahu membezakan antara dakwah dan penguatkuasaan Undang-Undang... yang beliau buat semasa menyerbu Gereja dan pusat hiburan adalah penguatkuasaan Undang-Undang... istilah dakwah pergi ke tempat dan menerangkan apa yang betul dan apa salah... sedangkan yang beliau buat ialah penguatkuasaan Undang-Undang... itu kah yang beliau dakwa telah berdakwah di tempat hiburan.... kah kah kah !!!.

Mengatakan konon nya dulu beliau mendapat tekanan untuk berdakwah... kenapa sekarang tak buat... pergi lah selamat anak-anak melayu Islam yang hanyut di tempat-tempat hiburan... tiada sesiapa akan menekan dan menyuruh beliau jangan berdakwah... pergi lah sekarang ke tempat-tempat hiburan yang ada di Negeri Selangor dan Kuala Lumpur... dan kalau nak mudah lagi pergi kat Hard Rock Cafe... atau pergi jumpa sendiri kat tuan punya tempat tersebut.

Sayang sungguh hampir empat tahun jadi Exco apa program dakwah yang dibuat kat Masjid Negeri dan Stadium Negeri... apabila tak tahu berdakwah tapi kata ada tekanan... pergi lah belajar kat Ustad Azhar Idrus... tanya dia macam mana nak berdakwah dengan tiada jawatan Exco... tapi masih mampu menarik puluhan ribu untuk mendengar dakwah beliau... kah kah kah !!!.


hemmmmm..... jenis manusia yang tak boleh ditegur... nak kata pandai macam bodoh... nak kata bodoh tapi ada phd... yang aku tahu dakwah beliau kalau masa cuti sekolah... beliau akan buat summer camp untuk murid-murid... namun yuran yang dikenakan tak mampu untuk orang melayu kampong sungai penchala tempat beliau tinggal nak menyertai nya... tanya beliau berapa ramai anak melayu kampong sungai penchala yang beliau taja untuk menyertai summer camp yang beliau anjurkan... umno perkasam jati betul-betul meloyakan heeeee.....

http://inderasipejuang.blogspot.com/2012/02/hassan-ali-menipu-bila-masanya-beliau.html


Semakan audit dapati lebih 200 ribu pengundi diragui

Posted: 14 Feb 2012 09:12 PM PST

Jawatankuasa Pilihan Parlimen (PSC) mengenai pembaharuan sistem pilihan raya di negara ini dimaklumkan bahawa semakan audit yang dijalankan ke atas daftar pemilih mendedahkan wujudnya jumlah amat besar pengundi yang meragukan.

Mimos Bhd, sebuah syarikat teknologi milik penuh kerajaan yang membuat semakan audit itu pada taklimatnya kepada PSC berkata terdapat sekurang-kurangnya 230,000 pengundi yang mencurigakan.

Menurut ahli PSC Anthony Loke, taklimat telah diberikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Mimos, Abdul Wahab Abdullah semasa mesyuarat dua jam, semalam.


Turut hadir semasa mesyuarat dan taklimat berkenaan adalah pengerusi PSC Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili.

Loke berkata Mimos pada taklimatnya memberitahu pihaknya mengesan 820 kes di mana terdapat lebih daripada 100 pengundi yang menetap di alamat yang sama.

"Selain itu, kami mendapati 1,259 kes di mana antara 51-100 pengundi tinggal di alamat yang sama, 3,254 kes di mana terdapat antara 21-50 pengundi tinggal di alamat sama, dan 6,002 kes yang melibatkan antara 11 hingga 20 pengundi di rumah sama.

"Tempat-tempat ini termasuk kem tentera," katanya kepada Malaysiakini.

Turut dipertikaikan adalah alamat yang mencurigakan di mana pengundi didaftar dengan alamat yang tidak lengkap ataupun tidak sah. Sebagai contoh, katanya: "Tiada alamat atau rumah 62, Lembah Pantai dan E6, Seputeh".

Menurut Loke, PSC telah memberikan Mimos tempoh dua minggu untuk menjalankan semakan dengan Jabatan Pendaftaran Negara dan Suruhanjaya Pilihan Raya bagi mengemaskini nama-nama dan alamat mencurigakan itu.

"PSC itu tidak bincang lanjut bagaimana untuk membetulkan perkara itu dan Mimos akan kembali dalam masa dua minggu," katanya.

Belum boleh bubar parlimen

Memandangkan jumlah pengundi yang meragukan sebegitu ramai, Loke berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak perlu memastikan daaftar pemilih dibersihkan sebelum beliau membubarkan parlimen supaya pilihan raya umum dapat diadakan.

Pemimpin DAP itu berkata Mimos turut mengenal pasti 785 polis dan anggota tentera yang berdaftar sebagai pengundi pos dan pada masa yang sama, juga sebagai pengundi biasa.

Semasa laporan awal PSC dibentangkan pada Disember, selepas jawatankuasa itu mengadakan beberapa pendengaran awam, mereka telah membuat beberapa cadangan, termasuk semakan audit pengundi.

Mimos kemudian ditugaskan untuk memeriksa daftar pemilih bagi mengesan nama atau kad pengenalan yang sama ataupun bertindih, pengundi berusia lebih 100 tahun dan mengesahkan butiran pengundi dengan pangkalan data dari agensi-agensi kerajaan yang lain.

Loke juga mendedahkan bahawa Mimos berjaya mengesan 22,076 pemilih berdaftar yang berumur lebih 90 tahun. -mk


'Gangguan Ceramah PR' Usaha Terancang Takutkan Rakyat

Posted: 14 Feb 2012 08:28 PM PST

Ahli parlimen Klang Charles Santiago tidak menolak kemungkinan gangguan yang dicetuskan pada ceramah pro-pembangkang baru-baru ini adalah sebahagian daripada taktik menakut-nakutkan masyarakat terutama dalam usaha menguasai sokongan orang Melayu.

Ini kerana menurut Santiago (kanan), corak kedua-dua insiden berkenaan hampir sama dan berlaku di kawasan kejiranan masyarakat majoriti Melayu yang dahulunya kubu kuat Umno.

"Pandangan saya a terdapat usaha terancang untuk menakut-nakutkan orang Melayu daripada mengikuti perkembangan semasa," kata Santiago ketika dihubungi semalam.


Katanya, beliau sebelum ini tidak pernah dimaklumkan mengenai sebarang gangguan atau keganasan semasa perhimpunan politik dan aktiviti masyarakat sivil di Klang.

Insiden pertama berlaku pada 21 Januari lalu, apabila perhimpunan NGO Asalkan Bukan Umno (ABU) di Jalan Kebun terpaksa dibatalkan apabila sekumpulan belia bermotosikal menyerbu majlis itu sehingga menyebabkan seorang peserta cedera.

Sabtu lalu pula, seramai 15 aktivis pelajar terpaksa diiringi polis bagi meninggalkan Kampung Idaman apabila sekali lagi kumpulan remaja bermotosilak menggangu majlis mereka yang mahu menuntut kebebasan akademik.

Selain dewan tempat ceramah diselerakkan dan kerusi dipecahkan, kumpulan samseng itu juga membaling batu dan merosakkan sebuah kereta.

"Saya akan berjumpa dengan saksi untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung apa yang sebenarnya berlaku. Saya gesa semua pihak, termasuk pihak penganjur dan polis supaya lebih berhati-hati," kata Santiago.

http://malaysiakini.com/news/189180


8 Ahli Parlimen Pakatan Rakyat Akan Lompat

Posted: 14 Feb 2012 03:34 PM PST

Setakat ini, UmnoBn masih ketinggalan di belakang Pakatan Rakyat dari segi sokongan Rakyat bagi menghadapi Pilihanraya ke 13 akan datang.

Laporan-laporan dari perisikan melaporkan beberapa negeri yang dikuasai oleh BN akan tumbang termasuklah Negeri Sembilan dan Perak akan dirampas oleh Rakyat semula. Yang mengejutkan laporan tersebut menyebut negeri Johor juga akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat…. Mengapa??? Dengan fakta yang ada… rupa-rupanya banyak kawasan DUN di Johor bukannya majoriti Melayu!!!

Dengan keadaan ini yang mencemaskan UmnoBn, maka langkah-langkah untuk menang PRU13 dengan "cara apa sekalipun" akan dilakukan oleh UmnoBn.

Cara Kotor Pertama Bn : Penambahan Pengundi Mendadak


Bagi negeri Pakatan Rakyat pula, Selangor berkedudukan 50 / 50 , akibat daripada penambahan pengundi yang amat ramai di negeri Selangor.

Dalam satu temubual, Anwar Ibrahim memberitahu pemberita bahawa pemeriksaan dalam senarai pengundi SPR di beberapa kawasan di Selangor menunjukkan peningkatan bilangan yang mendadak dan mencurigakan dalam tempoh yang singkat.

"Terdapat peningkatan pesat ... di Subang terdapat peningkatan 35 peratus, dari 84,000 kepada 114,000".

"Kota Raja mengalami 29.5 peratus peningkatan, dan Puchong, 25 peratus", kata Anwar Ibrahim.

Semua kawasan pilihan raya yang dinamakan oleh Anwar yang kini dipegang oleh ahli parlimen Pakatan Rakyat (PR).

Keadaan ini sedang berlaku di seluruh kawasan-kawasan yang kritikal bagi Bn.

Cara Kotor Kedua Bn : Persempadanan Semula

Persempadanan semula perlu persetujuan dua pertiga daripada jumlah kesemua anggota Dewan Rakyat di Parlimen, dan sekiranya usul pindaan itu tidak mempunyai majoriti dua pertiga sokongan, persempadanan semula tidak boleh dilaksanakan. Maka dengan itu, sekarang ini UmnoBn sedang merancang untuk mendapatkan 2/3 sokongan di Parlimen.

Baru-baru ini, dalam satu sessi penerangan pimpinan Pakatan Rakyat telah dimaklumkan bahawa satu perancangan jahat UmnoBn untuk membeli 8 hingga 10 orang ahli parlimen Pakatan Rakyat dengan peruntukan puluhan juta.

"Dan yang paling menakutkan, setelah dikira-kira, memang ada 8 orang MP yang dikehendaki Bn itu", kata seorang pemimpin PR yang ditemui, yang memberitahu 8 Ahli Parlimen Pakatan Rakyat tersebut dikenali boleh tersentak hati mereka dengan sogokan wang ringgit yang terlalu banyak.



Jika ini berjaya dilakukan UmnoBn, maka dengan mudah mereka memperolehi sokongan 2/3 di Parlimen untuk melaksanakan Persempadanan Semula Kawasan Pilihanraya. Dan Persempadanan semula ini pula akan dibuat dengan cara 'gerrymandering'.

('Gerrymandering' adalah kaedah persempadanan kawasan pilihan raya yang dibuat sedemikian rupa untuk menyusun para pengundi untuk kepentingan pihak tertentu yang menghasilkan bentuk yang luar dari biasa).

Pencapaian Bn akan sentiasa bertambah baik dalam pilihan raya yang diadakan selepas persempadanan semula kawasan pilihan raya melalui 'gerrymandering' ini seperti pilihan raya 1986, 1995 dan 2004, dan Persempadanan Semula Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang dipisahkan dari Selangor untuk memecahkan kuasa politik Cina di Selangor dengan mengumpulkan mereka di Kuala Lumpur sahaja.

http://reformisanakmuda.blogspot.com/2012/02/8-ahli-parlimen-pakatan-rakyat-akan.html


Noh Omar sudah tidak berguna lagi

Posted: 14 Feb 2012 06:50 AM PST


Apa dah jadi dengan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Noh Omar, Beliau kini umpama melukut ditepi gantang, langsung tidak berguna disisi Najib.


Sebaliknya Setiausaha Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamed naik setakuk lagi dan kini dilantik sebagai Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor berkuatkuasa serta-merta.

Setiausaha BN Selangor, Datuk Mohamed Idris Abu Bakar berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Pengerusi BN Selangor, mengumumkan pelantikan itu pada satu mesyuarat tertutup BN Selangor di Pusat Dagangan Dunia Putra, Khamis lepas.

http://p111kotaraja.blogspot.com/2012/02/noh-omar-dah-berguna-lagi.html


Kenapa Tak Boleh Sambut Valentine? Saya Tak Setuju.. - Nazri Aziz

Posted: 14 Feb 2012 04:42 AM PST

Apa yang tidak kena dengan Valentine, soal Nazri

KUALA LUMPUR, 14 Feb -- Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz hari ini berkata, orang Islam seharusnya dibenarkan untuk menyambut Hari kekasih.

"Kenapa tidak boleh disambut? Saya tidak bersetuju ... ia bukannya satu bentuk sembahyang," katanya.

Menteri berkaitan undang-undang ini turut mengulas kenyataan menteri berkaitan Islam Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang berkata pihak berkuasa agama Islam akan melancarkan kempen besar-besaran seluruh negara bagi mencegah umat Islam menyambut Hari Kekasih hari ini.


"Apa salah Hari Kekasih? Mayarakat hanya menyatakan rasa kasih sayang kepada orang lain.

"Apa beza hari itu dengan hari-hari yang lain, bila kita boleh lakukan perkara yang sama?" soal Nazri.

Malah, beliau turut mengkritik PAS kerana melaksanakan kempen menentang Hari Kekasih, dan menambah usaha seperti itu adalah "mengarut."

Jumaat lalu, Khutbah Jumaat turut melarang umat Islam meyambut sambutan Hari Kekasih kerana Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) menyatakannya bertentangan dengan ajaran Islam.

Berdasarkan teks khutbah berkenaan yang bertajuk "Awas jerat Valentine", umat Islam dinasihatkan agar tidak mempelawa seseorang individu menjadi Valentine mereka kerana ia akan menjadikan seseorang itu syirik.

Pemuda PAS turut menyebarkan kempen anti-Valentine sejak beberapa tahun lalu.

Tahun ini, parti Islam itu mendesak kerajaan mengambil tindakan tegas mengawal iklan-iklan dan promosi berkaitan sambutan Hari Kekasih bagi mencegah gejala sosial daripada berleluasa.

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/apa-yang-tidak-kena-dengan-valentine-soal-nazri/



Asri: Hadir Thaipusam boleh, tapi bersyarat

Posted: 14 Feb 2012 02:16 AM PST

Bekas mufi Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini berkata pemimpin Islam dibenarkan hadir ke sambutan perayaan bukan Islam, seperti yang dilakukan perdana menteri pada Sambutan Thaipusam baru-baru ini selagi mematuhi beberapa syarat.

Antaranya, kata Dr Asri (bawah), mereka tidak dibenarkan terlibat dalam sebarang bentuk ritual, melibatkan aspek pakaian, perarakan dan tindakan yang menunjukkan tanda "restu" pada amalan agama lain.

"Tetapi sebagai pemimpin dan pentadbir (negara) hadir untuk memberi nasihat dibolehkan selagi tidak terlibat dengan disiplin dan ritual agama lain," katanya yang juga zamil pelawat di Universiti Oxford, United Kingdom.


"Cuma silapnya PM ini terlibat dalam upacara. Saya tak kata kufur. Mungkin beliau tidak diberikan pandangan jelas," katanya ditanya tentang pemakaian Najib pada hari itu.

Datuk Seri Najib Razak dan isteri pada 7 Februari lalu hadir ke sambutan Thaipusam lengkap berpakaian kurta kuning muda dan dipakaikan kalungan bunga yang amat besar.

Gambarnya juga didirikan setinggi patung berhala di Batu Caves sehingga mencuri tumpuan.

Pemimpin PAS, PKR pun terlibat

Tindakan itu - yang tidak pernah dilakukan dua perdana menteri sebelumnya - mengundang kritikan pelbagai pihak, termasuk pemimpin agama, NGO Islam dan PAS.

Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria dilaporkan antara yang paling lantang dalam isu itu apabila meluahkan rasa terkilan dengan tindakan Najib yang didakwa "menggadai akidah" walaupun sudah ditegur setiap tahun.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Dr Asri berkata, larangan menghadiri sambutan keagamaan bukan Islam terhadap orang Islam bukan bersifat mutlak dan bergantung kepada keadaan.

Beliau menjelaskan, orang Islam awam kebanyakan secara jelas tidak dibenarkan terlibat manakala pegawai yang terlibat dengan urusan pentadbiran pada hari itu, seperti pegawai polis pula dibolehkan.

Mengulas gesaan Pemuda PAS yang mahukan fatwa jelas berhubung perkara itu, Dr Asri menasihatkan dewan itu tidak bersifat terlalu keras kerana pemimpin parti Islam itu juga terlibat dalam program seumpamanya, yang ditafsir sebagai "perayaan budaya".

"Jangan terlalu keras, esok kalau awak perintah pun awak tak boleh buat nanti," katanya lagi sambil mendakwa pemimpin PKR juga terlibat dalam program hampir sama.

Antara yang jelas, kata Dr Asri lagi, apabila terdapat pemimpin utama PAS terlibat hadir dalam majlis Buddha di Wat Siam tertentu.

http://malaysiakini.com/news/189128


Tiada ulasan: