Blog-list Malaysia |
- Ibrahim Katak Tak Faham Maksud Perpaduan Dengan Bodek
- Saat Kehancuran Blogger Papagomo Semakin Dekat
- Umno Melaka Serang Ceramah Anwar
- Isu Perkauman Sudah Tidak Laku Lagi Di Johor
- Ramai Pegawai Kanan Kerajaan Di Melaka Akan Sertai Pas
- Terkini Kenyataan Media Nik Aziz - Anwar Tarik Balik Kenyataan Sokong Israel Atau Saman WSJ
- Pertambahan mendadak pengundi di Selangor mencurigakan
- Mereka Cemburu Kerana Saya Dapat Ijazah Doktor Kehormat - Rosmah
- Fitnah Tapi Tak Mahu Saman
Ibrahim Katak Tak Faham Maksud Perpaduan Dengan Bodek Posted: 14 Feb 2012 01:03 AM PST PERKASA: Thaipusam, Najib bawa obor perpaduan Kumpulan pendesak Melayu, PERKASA hari ini beranggapan kunjungan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Batu Caves di ibu negara, minggu lalu adalah dengan niat bagi memberi perhatian kepada semua kaum dengan membawa obor perpaduan. "Mungkin beliau memberi observation (pemantauan)... Saya bukan mufti. Hal berkaitan dengan hal ehwal Islam, saya tak mahu komen kerana tidak mahu disalah petik," kata presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali. Beliau pada sidang akhbrnya di Kuala Lumpur diminta mengulas kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang meluahkan rasa terkilan dengan tindakan lawatan Najib itu yang didakwa "menggadai akidah" walaupun sudah ditegur setiap tahun. Menurut Ibrahim yang juga ahli parlimen Bebas, Pasir Mas, jika Harussani membuat kenyataan seumpama itu, wartawan perlu merujuk kepadanya sama ada benar atau tidak. "Saya bukan mufti. Hal (ini) berkaitan dengan hal ehwal Islam. Kena tanya orang yang berpengalaman, saya serah kepada alim ulama," katanya. Najib pada 7 Februari lalu hadir ke sambutan Thaipusam lengkap berpakaian kurta kuning muda dan dipakaikan kalungan bunga yang amat besar. Gambarnya juga didirikan setinggi patung berhala di Batu Caves sehingga mencuri tumpuan. najib thaipusam 2011Tindakan itu mencetuskan kemarahan NGO dan PAS serta umat Islam yang membidas tindakannya itu. Sebelum ini, perdana menteri terdahulu, termasuk Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Tun Dr Mahathir Mohamad masing-masing menghantar wakil ke sambutan Thaipusam itu. Ibrahim bagaimanapun berkata Najib mungkin tidak sempat merujuk kepada pandangan agama sebelum menghadiri acara itu kerana jika tidak beliau pasti jelas dengan apa yang dilakukannya. Namun, menurut beliau, terdapat juga pemimpin Islam lain termasuk dari pembangkang yang menghadiri upacara keagamaan bukan Islam. NONE"Macam Nik Aziz (Nik Mat) menghadiri kegiatan agama lain di Kelantan. (Menteri Besar Kelantan itu) masuk wat Budha. "Kenapa masuk wat yang orang kata Nik Aziz tak salah, Najib salah? "Mungkin (Najib) dengan niat untuk membawa obor perpaduan rakyat Malaysia..." kata Ibrahim lagi. http://malaysiakini.com/news/189117 |
Saat Kehancuran Blogger Papagomo Semakin Dekat Posted: 14 Feb 2012 12:56 AM PST Papagomo Tiadak kaitan Dengan Umno Katanya, setiap individu yang ingin mendapatkan maklumat dari media sosial perlu memastikan ketepatan sumber maklumat tersebut untuk mengelakkan daripada membuat kesimpulan yang tidak betul berkenaan sesuatu isu. "Kita perlu mencari fakta yang benar. Jika kita, sebagai contoh membuat penilaian berdasarkan maklumat yang kita dapat dari blog yang tidak betul, maka secara tidak langsung kesimpulan kita salah,"kata Khairy. "Saya harap agar orang ramai akan mencari fakta-fakta yang benar dan tidak terlalu dipengaruhi oleh sentimen emosi, politik atau perkauman. Di sebalik satu cerita ada sudut pandangan kedua atau ketiga, kita patut dengar, baca dan buat penilaian," katanya. Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau turut mengingatkan orang ramai untuk berhenti beranggapan bahawa setiap blog politik adalah lidah rasmi parti tertentu. Katanya, setiap blogger politik mempunyai pendapat mereka sendiri dan apa jua yang ditulis di blog mereka tidak semestinya menggambarkan pendirian parti yang disokongnya. "Terdapat perbezaan di antara lidah rasmi parti dan penyokong parti. Lidah rasmi Pemuda Umno adalah Unit Media Baru Umno (UMB), "katanya. Khairy turut menafikan dakwaan pihak-pihak tertentu yang mengaitkan blogger Papagomo dengan Umno dan Barisan Nasional (BN). "Kesilapan yang sering dilakukan oleh sesetengah pihak adalah menyekutukan Papagomo dengan BN, sedangkan dia tidak ada kaitan dengan parti. "Dia bergerak secara sendiri dan kita tidak mempunyai kuasa untuk mengawal beliau," katanya. ~klpos |
Umno Melaka Serang Ceramah Anwar Posted: 13 Feb 2012 10:06 PM PST Tumbuk menumbuk di ceramah Anwar Ceramah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Felda Tun Ghafar di Alor Gajah, Melaka, petang semalam dicemari oleh kekecohan di antara penyokong PKR dan BN. Akhbar Sinar Harian hari ini melaporkan pada kejadian petang semalam itu, kira-kira 50 penyokong BN didakwa sengaja melakukan provokasi kerana membantah kedatangan ketua umum PKR itu. Mereka mendakwa Anwar cuba menghasut penduduk kampung hingga berlakunya pecah belah di kalangan mereka. Menurut akhbar itu lagi, akibat tidak puas hati, berlaku pertikaman lidah dan tolak menolak di hadapan balai tempat Anwar berucap. Keadaan dilaporkan menjadi tegang apabila seorang daripada penyokong BN ditumbuk dan berlaku pergelutan. Seorang penyokong BN yang dikenali sebagai Nizam Baharom dipetik Sinar sebagai menyalahkan penyokong PKR yang bertindak agresif dengan menumbuk seorang daripada rakannya. Kekecohan di Felda Tun Ghaffar di Hutan Pecah, Alor Gajah itu kemudiannya berjaya dileraikan dengan kehadiran pihak polis. Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superitendan Umar Ali Saifuddin Shaharudin berkata, kekecohan itu akibat rasa tidak puas hati satu pihak berikutan kedatangan Anwar dan bahawa tiada tangkapan dibuat. |
Isu Perkauman Sudah Tidak Laku Lagi Di Johor Posted: 13 Feb 2012 08:11 PM PST SKUDAI,14 Februari 2012 – Naib Presiden PAS, YB Salahuddin Ayub menegaskan bahawa pengamal politik berunsurkan perkauman kian berada dipenghujung. Malah ujarnya lagi, Johor yang terkenal dengan kubu kuat UMNO dipercayai bakal menerima tempias yang sama setelah keyakinan itu diterjemahkan melalui sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat (PR) di negeri ini. "Saya lihat politik perkauman tiada tempat dalam negara, mahupun di Johor ini. BN tidak boleh berbangga Johor akan jadi kubu kuat mereka kerana kita akan meruntuhkan kubu kuat ini," ujar anak kelahiran Tanjung Piai itu yang dipetik Sinar Harian. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapannya pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina PKR Johor di sebuah pusat membeli belah dekat sini, baru-baru ini. Hadir sama, Dato' Seri Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang, Datuk Chua Jui Meng, Pengerusi PKR Johor. |
Ramai Pegawai Kanan Kerajaan Di Melaka Akan Sertai Pas Posted: 13 Feb 2012 05:24 PM PST Beberapa orang bekas pegawai kanan kerajaan akan menyertai PAS secara rasmi pada 18 Februari nanti sempena lawatan Tuan Guru Presiden PAS dan Ketua Penerangan PAS Pusat ke Melaka. Mereka akan menyerahkan borang menyertai PAS pada sebelah malam iaitu pada majlis ceramah perdana Tuan Guru Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang dan Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man di Permatang Pasir, Dun Telok Mas. Setakat ini mereka telah mengesahkan akan menyerahkan sendiri borang tersebut kepada Tuan Guru. Kemasukan bekas-bekas Pegawai Kanan Kerajaan ini memberikan tamparan hebat kepada BN Melaka yang selama ini mendakwa bahawa pegawai-pegawai kerajaan dan bekas-bekas pegawai kerajaan terus setia bersama mereka. Pesuruhjaya PAS Melaka, Haji Adly Zahari dalam salah satu posting di Facebook beliau mengesahkan perkara ini. Kita tunggu 18 Feb nanti siapa agaknya bekas Pegawai Kanan Kerajaan tersebut. .....Apakah Umno Melaka akan menyerang mereka dengan pelbagai tuduhan. ~mutaligat |
Terkini Kenyataan Media Nik Aziz - Anwar Tarik Balik Kenyataan Sokong Israel Atau Saman WSJ Posted: 13 Feb 2012 07:12 AM PST KUALA LUMPUR, 13 Feb: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik balik kenyataannya mengenai Israel seperti dilaporkan di Wall Street Journal (WSJ) atau menyaman majalah itu. Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan membuat gesaan itu dengan dipersetujui oleh seluruh ahli Majlis Syura Ulama PAS. "Sekiranya kenyataan itu dilaporkan secara salah atau membawa maksud yang berbeza, maka saya dan seluruh ahli Majlis Syura Ulama menasihatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman Wall Street Journal bagi membersihkan nama beliau," ujarnya dalam satu kenyataan. Berikut kenyataan penuh beliau. Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengulangi pendirian yang berterusan dan tetap dengan prinsip, sekali-kali tidak mengiktiraf negara haram Israel sebagaimana yang juga ditegaskan menerusi pendirian di kalangan gerakan Islam antarabangsa, serta menyokong sepenuhnya perjuangan rakyat Palestin yang dihina di bumi sendiri. Negara haram Israel diwujudkan oleh kuasa besar dunia secara zalim tanpa sifat perikemanusiaan dan sepatutnya ditentang oleh semua peradaban manusia. Wajib ke atas umat Islam bukan sahaja di bumi Palestin malah seluruh dunia, berusaha sedaya upaya untuk membebaskan Palestin sepenuhnya. Adalah haram menerima kewujudan negara yang haram. Maka PAS menolak penyelesaian dua negara, satu untuk rakyat Palestin dan satu lagi bernama Israel untuk Yahudi Zionis. Keselamatan negara haram Israel juga bukanlah menjadi tanggungjawab yang dipikul oleh orang Arab atau umat Islam, kerana ditegakkan negara haram itu sendiri di atas dasar kezaliman. Islam sebagai agama yang sangat mementingkan hak asasi, keadilan, keharmonian dan hubungan baik antarabangsa, tentu sekali tidak dapat berkompromi dalam isu kezaliman ini. Saya, selaku Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS), dengan dipersetujui oleh seluruh ahli Majlis Syura Ulama PAS, menggesa Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik balik kenyataannya seperti dilaporkan di Wall Street Journal. Sekiranya kenyataan itu dilaporkan secara salah atau membawa maksud yang berbeza, maka saya dan seluruh ahli Majlis Syura Ulama menasihatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman Wall Street Journal bagi membersihkan nama beliau. Datuk Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS) 13 Februari 2012/ 20 Rabiul Awwal 1433H |
Pertambahan mendadak pengundi di Selangor mencurigakan Posted: 13 Feb 2012 05:49 AM PST PETALING JAYA, 13 Feb — Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata terdapatnya kecurigaan dalam pertambahan mendadak bilangan pengundi di sesetengah kawasan di negeri ini sejak 2008. Penasihat PKR itu menjelaskan, antara kawasan yang mengalami kadar kenaikan ketara adalah di kawasan Subang, Kota Raja, dan Puchong. "Berdasarkan kajian analisis terperinci Pakatan Rakyat (PR) terdapatnya pertambahan mendadak bilangan pengundi di sesetengah kawasan yang mencurigakan. "Pengundi di Subang bertambah sebanyak 35 peratus, daripada sejumlah 84,000 ribu kepada 114,000, Kota Raja mengalami peningkatan 29.5 peratus, dan Puchong mengalami peningkatan sebanyak 25 peratus daripada tahun 2008," katanya, namun tidak mendedahkan butiran lanjut berkenaan peningkatan tersebut. Sehubungan itu, Anwar turut menuntut SPR melaksanakan penyiasatan terperinci terhadap sejumlah 42,000 senarai nama yang meragukan di dalam senarai daftar pemilih yang tidak mendaftar dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). "Sehingga Oktober 2011, sejumlah 42,000 senarai nama meragukan terdapat dalam senarai daftar pemilih dan kebanyakan mereka ini berumur antara 90 hingga seratus tahun dan tidak berdaftar dengan JPN. "Sekiranya perkara itu tidak di atasi segera, Pakatan Rakyat mendesak SPR supaya tidak melaksanakan pilihan raya sehinggalah siasatan selesai," jelasnya lagi dan menambah, pembangkang turut mendesak SPR menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat warga asing yang diberi kerakyatan. "Perkara itu bukan hanya isu di Sabah, bahkan masalah peringkat nasional. Sehubungan itu, PKR mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mewujudkan suruhanjaya dan sahkan status mereka yang layak sebagai warganegara dan pengundi sebelum pilihan raya akan datang," tegasnya. Menurut beliau, yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, tiga pemimpin PR yang berada di dalam Jawatankuasa Khas Parlimen berkenaan penambah baikan pilihan raya (PSC) akan memainkan peranan mendesak SPR menjalankan semakan yang lebih telus dan pendaftaran secara automatik supaya data pengundi dapat disemak dengan lebih teliti. "Azmin Ali, Anthony Loke, dan Dr Hatta Ramli akan bertanggungjawab mendesak SPR bagi memperbaiki perkara ini sebelum pilihan raya dilaksanakan," katanya lagi. |
Mereka Cemburu Kerana Saya Dapat Ijazah Doktor Kehormat - Rosmah Posted: 13 Feb 2012 04:14 AM PST Rosmah: Pengkritik mungkin kecewa dan cemburu Isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Datin Seri Rosmah Mansor percaya bahawa sesetengah pihak yang mengkritiknya mungkin "kecewa dan cemburu" dengan kejayaannya yang dianugerah ijazah Doktor Kehormat Persuratan daripada Universiti Curtin, Australia. Beliau berkata demikian ketika mengulas kritikan beberapa pihak berhubung anugerah yang diterimanya Sabtu lalu, ketika ditemui pada majlis Tahun Baru Cina di Kuala Lumpur hari ini. Menurut Rosmah, Ijazah Doktor Kehormat itu telah diberikan sebagai mengiktiraf daya usahanya dalam pembangunan pendidikan terutama pendidikan kanak-kanak menerusi program Permata Negara. Sambil menyifatkan bidasan yang dilemparkan itu remeh, katanya pihak berkenaan juga telah mencipta budaya yang tidak sihat yang tidak memberi manfaat kepada Malaysia. Isu remeh "Saya tidak mahu menangani isu-isu remeh-temeh peribadi. Ia adalah semua daripada kekecewaan. Ia adalah semua keluar ... Saya tidak tahu ... Mungkin cemburu," katanya yang , jelas kelihatan kecewa. Rosmah turut ditanya mengenai kriteria yang digunakan oleh Universiti Curtin yang memilih dirinya bagi anugerah itu. "Saya tidak tahu... apa kriterianya. Saya tidak tahu. Berita sya diberi anugerah itu sesuatu yang mengejutkan. "Tetapi saya diberitahu bahawa naib canselor (universiti itu) sedang mencari seorang wanita yang mempunyai citi-ciri kepimpinan, melakukan kebajikan dan kerja sosial dan juga program yang memberi manfaat kepada negara," katanya. Diminta mengulas pandangan beberapa pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan Universiti Curtin memberikan anugerah itu, Rosmah berkata mereka perlu menyoal universiti Australia itu jika tidak berpuas hati. "Saya tidak faham mengapa awak mempersoalkannya .... Adakah awak mempersoalkan Curtin University atau mempersoalkan saya? Curtin University yang memutuskan untuk memberi anugerah kepada saya. Awak soal (mereka), bukan saya," katanya dengan nada kurang senang. Terlampau banyak isu Isteri perdana menteri itu juga meminta pengkritik supaya tidak menjadikan dirinya mangsa jika mereka tidak berpuas hati. "Pada saya, saya rasa orang luar negara luar tak ada isu dengan diri saya atau perdana menteri. "Tetapi orang dalam (tempatan) ini terlampau banyak isu, dan saya rasa seharus beri fokus kepada perkembangan negara (seperti) macam mana kita boleh bangunkan negara... dari kita mengata antara satu sama lain. "Kita buang masa mengata antara satu sama lain, bagi saya ini tidak sihat, kerana banyak lagi perlu kita lakukan untuk rakyat dan negara," katanya. http://malaysiakini.com/news/189038 |
Posted: 13 Feb 2012 01:10 AM PST Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini membidas kenyataan bekas Ketua Hakim Tun Mohd Dzaiddin Abdullah yang menyatakan beliau menjadi punca kepada badan kehakiman negara tunduk kepada ahli politik, dan menegaskan, dakwaan itu merupakan satu fitnah terhadapnya. Namun begitu, Dr Mahathir (gambar) berkata, beliau bagaimanapun tidak akan menyaman mereka kerana menurutnya, itu adalah perbuatan sia-sia. "Itu suatu fitnah, kalau mereka nak, mereka boleh semak semula peruntukan itu, dan jelaskan bahagian mana yang menyatakan perkara itu. Tapi saya tidak akan saman mereka, itu tindakan sia-sia," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kebangsaan Perkim di sini. Beliau turut menjelaskan, tuduhan-tuduhan itu tidak berasas dan sekiranya benar seperti dakwaan tersebut, beliau sudah pasti akan menukarkan jawatan ramai individu dalam badan guaman ketika zaman pemerintahannya itu. "Tiada peruntukan seperti itu, dan kalau saya ada kuasa, saya akan tukar ramai orang kalau saya boleh buat demikian," katanya lagi. Mohd Dzaiddin Jumaat lalu dalam ucapan dasarnya meraikan ulang tahun Tunku Abdul Rahman dan Institute of Democracy and Economic Affairs (IDEAS) di Tunku Abdul Rahman Memorial berkata, pindaan terhadap Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan semasa pentadbiran Dr Mahathir pada tahun 1980-an telah melemahkan sayap badan kehakiman. "Akibat pindaan, kuasa kehakiman mahkamah-mahkamah telah dikurangkan dan mereka hanya mempunyai kuasa apabila diberikan Parlimen," kata Mohd Dzaiddin, dan menambah bahawa "Parlimen lebih hebat daripada badan kehakiman". Menurut Mohd Dzaiddin, pada tahun 1988, Ketua Hakim Tun Mohamed Salleh Abas telah disingkirkan oleh perdana menteri ketika itu Dr Mahathir Mohd Dzaiddin berkata kejadian itu adalah disebabkan perbezaan dalam pendapat antara Dr Mahathir dan Salleh atas peranan-peranan dua cabang kerajaan berkenaan. Namun demikian, Dr Mahathir menjelaskan, perkara itu bukan berlaku di atas kehendaknya, sebaliknya berdasarkan persetujuan daripada Agong ketika itu. "Agong yang hendak Salleh Abas digugurkan, bukan atas kehendak saya," katanya lagi. |
You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan