Sabtu, 11 Februari 2012

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Berhentilah Bercakap Ahmad Maslan.. Makin Bercakap Makin Teserlah Bodoh Tu..

Posted: 10 Feb 2012 07:27 PM PST

Sharizat tidak perlu letak jawatan kata Ahmad Maslan

JENGKA – Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil tidak ada sebab untuk meletakkan jawatan ekoran isu kontroversi Pusat Fidlot Nasional (NFC), kata Datuk Ahmad Maslan.

Ketua Penerangan Umno berkata, Shahrizat tidak seharusnya meletakkan jawatan kerana suaminya yang merupakan Pengerusi Eksekutif NFCorporation tidak disabitkan dengan sebarang kesalahan sebagaimana didakwa oleh sesetengah pihak.

"Shahrizat tidak seharusnya dibebani dengan masalah NFC ini kerana beliau tidak ada kena-mengena dengan syarikat tersebut walaupun suaminya mempunyai kaitan.


"Itu adalah satu kebetulan. Shahrizat tidak mempunyai kuasa untuk menghalang suaminya untuk berniaga. Tambahan pula, jika suami atau isteri menteri tidak berniaga, apa lagi kerja yang mereka boleh lakukan," katanya di sini, malam tadi.

Ahmad berkata demikian sebagai respons kepada desakan beberapa pihak supaya Ketua wanita Umno itu melepaskan semua jawatan dalam kerajaan dan parti bagi melicinkan proses siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap isu NFC.

Beliau turut berkata, geran bernilai RM250 juta yang diberikan oleh kerajaan kepada syarikat tersebut bukan diperuntukkan secara percuma, sebaliknya ia adalah satu bentuk hutang yang perlu dibayar.

"Selain itu, NFC, sama seperti lima atau enam syarikat lain, mereka turut bertanding untuk mendapatkan tender di mana mereka akan membuat pembentangan atau taklimat dan hanya syarikat terbaik sahaja yang terpilih.

"Tambahan pula, syarikat tersebut mendapat kelulusan projek dari Kementerian Pertanian (dan Industri Asas Tani) dan bukan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang dipegang oleh Shahrizat," katanya.

Beliau turut menegaskan, jawatankuasa NFC juga telah memutuskan bahawa Shahrizat tidak ada kaitan dengan syarikat tersebut.

Sinar Harian


Hasan Ali Ditawar Berlakon Filem Bollywood

Posted: 10 Feb 2012 05:12 PM PST

Hasan Ali dari Umno dia datang , kepada Umno jugalah dia akan kembali

Dr Hasan Ali, bekas Exco kerajaan (PAS) negeri Selangor, yang dipecat dari PAS baru-baru ini nampaknya mendapat tempat di media perdana terutamanya di TV3. Setiap malam kita melihat Hasan Ali diliputi oleh TV3 dan beliau ditonjolkan sebagai seorang pelakon Bollywood seperti Shah Rukh Khan.

Kita melihat lakunannya setiap hari dengan berdoa sambil menangis serta kembali bercakap dengan nada yang tinggi beserta dengan gerak tangannya yang menunjukkan beliau memang hebat berlakon dan berdrama. Hasan akhir-akhir ini selalu menggunakan air mata beliau dalam membahaskan isu politik untuk menagih sokongan ramai. Beliau boleh menangis serta merta jika perlu dan air matanya jelas meleleh keluar.


Beliau mendapat liputan TV3 setiap hari dan kenapa beliau diberi tempat didalam media letronik ini tanpa henti itu memang sudah menjadi perkara yang maklum kepada orang ramai. Berbagai-bagai cara beliau menonjolkan diri seperti bintang filem Bollywood. Yang belum beliau lakukan hanyalah menari dari gunung hingga ketepi laut sambil menyanyi dan naik kembali kegunung dengan pakaian yang bertukar-tukar silih berganti.

Sesungguhnya Hasan tidak selayaknya menjadi ahli politik. Oleh itu selepas beliau dipecat dari PAS ini, saya mencadangkan supaya Hasan pergi ke India dan menguji bakat lakonan bersama ramai yang minat berlakon dalam Industri filem di Bollywood. Beliau sememangnya mempunyai bakat berlakon dan saya merasakan beliau tidak akan melalui jalan sukar untuk berjaya dalam uji bakat berlakon di situ. Beliau memang seorang yang sangat berbakat dalam lakonan.

Walaupun saya tidak pernah kepanggung wayang sejak puluhan tahun yang lalu, saya berjanji akan membeli tiket yang secukupnya untuk se isi keluarga saya pergi menonton lakonan beliau dalam filem pertama yang beliau lakunkan nanti. Saya percaya pihak yang beliau caci sekarang ini iaitu PAS, PKR dan DAP tidak teragak-agak untuk bersama-sama menonton lakonan beliau.

Hasan merupakan seorang 'failed broker' kerana niatnya untuk menjadi orang penting dalam usaha penyatuan UMNO dengan PAS telah menemui kegagalan. Kegagalan untuk menyatukan UMNO dan PAS itu telah meranapkan cita-citanya untuk menjadi MB Selangor. Hasan mengharapkan untuk menjamah kerusi MB itu jika UMNO dan PAS bersatu kerana jika itu berlaku maka beliau akan berjaya melaksanakan 'intrigue' politik seperti mana yang telah berlaku di Perak sebelumnya.

Apabila niat dan matlamat untuk menjayakan 'compromise' di antara UMNO dengan PAS itu maka beliau terus sahaja membidas PKR dan DAP dan menjadikan Anwar sebagai 'punching bag' untuk beliau melakukan serangan kepada pihak-pihak yang telah menggagalkan niat beliau untuk mendapat munafaat jika UMNO dan PAS berjaya di satukan.

Rasa kempunan beliau inilah yang menyebabkan Hasan sudah hilang arah politiknya. Beliau rasa malu yang besar kerana disebabkan tapak dan langkahnya telah dengan mudah dapat dikesan dan difahami oleh semua pihak yang telah memerhatikan lagak dan lakunannya sejak usaha untuk merapatkan UMNO dan PAS itu jatuh sebelum 'taking off'.

Sekarang Hasan sedang mengaruk dan beliau menyalahkan semua pihak dalam Pakatan Rakyat. PAS dan DAP itu adalah pihak yang salah kepada Hasan PKR pula salah kerana jawatan MB yang beliau hendak tagih itu datangnya dari PKR. Hasan juga menyanggah secara peribadi terhadap Khalid Samad yang pernah menjadi timbalanya dalam PAS Selangor. Hasan juga membidas Anwar kerana kononnya PAS tidak mahu mengikut kehendaknya (Hasan) adalah kerana pengaruh Anwar Ibrahim.

Sekarang Hasan telah menyalahkan semua pihak dalam PR kecuali peribadi beliau sendiri. Beliau kini bergerak untuk mewujudkan 'force ketiga' untuk kononnnya untuk menjai penentu dalam pilihanraya nanti. Bagi saya, Hasan tidak mempunyai rupa untuk menjadi 'third force' dalam politik tanah air sekarang ini.

Dalam situasi politik kali ini mana-mana pihak yang cuba untuk meletakkan diri mereka sebagai 'middle left' atau 'middle right' tidak akan membawa apa-apa keuntungan. Rakyat kini mahukan kumpulan yang 'decisive', samada kanan atau pun kiri. Tetapi jika diselidik kepada keadaan hari ini, Hasan mungkin menyertai UMNO juga akhirnya. UMNO adalah parti yang beliau pernah sertai sebelum isu Anwar pada tahun 1998 dahulu.

Jika Hasan kembali menyertai UMNO maka 'dari UMNO beliau datang, kepada UMNO jugalah beliau akan kembali'. Buat sementara waktu Hasan boleh bersalaman ketat-ketat dengan Ibrahim Ali, Zulkifli Nordin dan Zaharin Hashim.

- aspanaliasnet.blogspot.com


Thaipusam - Harussani Sound Najib..

Posted: 10 Feb 2012 03:58 AM PST


Amek kau.

Kan dah kena sound. Neh kentyataan mufti. Semakin berani mufti perak bersuara terhadap perangai dan kelakuan najib. Padan muka lue najib.

kah kah kah


Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria melahirkan rasa terkilan dengan sikap Datuk Seri Najib Razak yang "menggadai akidah" apabila hadir dalam upacara keagamaan sempena sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves baru-baru ini.

Tegas Harussani, walaupun sudah ditegur setiap tahun namun perdana menteri itu seolah-olah tidak memandang berat akan kepentingan agama Islam dan akidah.
"Ini perbuatan syirik, saya tidak tahu mengapa jadi macam ini... sedangkan perayaan kaum lain kita tidak boleh sambut ini pula hadir di rumah ibadat mereka.

"Bagaimana boleh terlajak macam ini, sepatutnya perdana menteri wakilkan menteri beragama Hindu untuk menggantikan dirinya... sebab umat Islam tidak boleh terlibat dalam sambutan perayaan agama lain," katanya kepada The Malaysian Insider.

Beliau menambah menteri hal ehwal agama Islam atau penasihat agama sepatutnya menasihatkan Najib agar tidak hadir dalam perayaan itu.

"Kita tidak boleh sambut (perayaan agama lain), mereka lakukan upacara keagamaan dan kita sebagai umat Islam tidak boleh hadir... itu upacara ibadat mereka.

"Sebagai perdana menteri, Najib sepatutnya sedar dan menghantar wakil. Saya sudah tegur perkara ini setiap tahun namun tidak dipedulikan," katanya menambah Najib wajar mencontohi sikap perdana menteri terdahulu yang menghantar wakil masing-masing. - Harakah -

Dah kena tegur beb. Setiap tahun pula tue beb. Okeylah at least mufti dah dedahkan rahsia bahawa najib telah ditegur.

Muahaha..

Tapi kan ada orang cakap kalau pemimpin hadir sekadar beri penghormatan kepada orang bukan islam takpe. Aku ada baca neh dulu. Tapi tak ingat kat mana. Mungkin juga ikut jenis perayaan kot. Apa pun benda neh confirm tak masuk tv3 beb. Tunggu mufti sound dsai. Baru tv3 siar okey.

kah kah kah

Ameno : setepek kena sound.

http://amenoworld.blogspot.com/2012/02/harussani-sound-najib.html#ixzz1lyjVRiJ7


Tiada ulasan: