Rabu, 8 Februari 2012

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Salahlaku Shahrizat Terus Ditelanjang Dan Dibogelkan

Posted: 08 Feb 2012 12:28 AM PST

Pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli hari ini mendedahkan bahawa keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil telah membeli dua lagi kondominium bernilai RM34.6 juta di Marina Bay Suites, yang terletak di kawasan mewah Pusat Kewangan Marina Bay, Central Boulevard, Singapura.

Katanya, pembiayaan pembelian tersebut dipercayai diluluskan oleh bank-bank terbabit sebagai urusan timbal balik kerana National Feedlot Center dan syarikat-syarikat berkaitan yang dimiliki keluarga Shahrizat mempunyai deposit yang besar di bank-bank tersebut, yang didakwanya sebahagian daripada dana RM250 juta yang diluluskan bagi tujuan operasi Pusat Fidlot Kebangsaan.



Rafizi (dua dari kiri) berkata kondominium berkenaan, yang terletak di tingkat 8 dan 11, didaftarkan di bawah nama suami Shahrizat - Datuk Seri Mohd Salleh Ismail dan anaknya dan pengarah eksekutif NFC, Wan Shahinur Izran Salleh.

"Tingkat 8 telah dibeli melalui pinjaman dari Bank UOB bernilai S$7.114 juta (RM17.205 juta) manakala yang satu lagi - bernilai S$7,177 juta (RM17.357 juta) - adalah dari pinjaman Maybank," katanya.

"Pembelian tersebut dibuat pada bulan Mei 2010," kata Rafizi dalam satu pendedahan terbarunya.

Sebelum ini, didedahkan bahawa keluarga Shahrizat telah membeli kondominium mewah yang lain di Anthony Road Orchard Scotts di Singapura, juga pada tahun 2010.

Rafizi berkata ekoran pendedahan terbaru ini, maka jumlah pembelian yang didakwanya dikaitkan kepada pinjaman NFC, mencecah RM62 juta.

Ini termasuk dua unit di One Menerung, Bangsar, sebuah kereta Mercedes Benz, dua plot tanah di Putrajaya, sebuah kondo di Orchard Scotts dan kini dua lagi kondo di Marina Bay Suite.

http://malaysiakini.com/news/188526


Hasan JATI Meroyan Dan Saya

Posted: 07 Feb 2012 08:43 PM PST

Ada yang berpandangan saya tidak perlu melayan segala dakwaan Hassan Ali terhadap diri saya. Mereka kata biarlah dia meroyan seorang diri, semakin dia meroyan, semakin terserlah keperibadiannya yang sebenar. Saya akui, ada kebenaran nasihat dari kalangan sahabat saya itu. Pada masa yang sama, saya dapati kali ini dakwaan beliau terlalu melampau, jauh melepasi batas 'adaabul ikhtilaf' yang perlu dihayati oleh mereka yang takut kepada azab Allah. Walaubagaimanapun, bagi yang mempunyai maklumat, walaupun sedikit, dakwaannya pasti akan ditertawakan sahaja.

Namun, bagi yang tiada maklumat langsung dan mungkin ramai juga yang begini, mereka mungkin termakan dengan tuduhan liar yang dibuat olehnya. Oleh itu, pada pendapat saya, jawapan terhadap tuduhan liar tersebut, khususnya tuduhan beliau terhadap diri saya, perlu dikemukakan. Oleh yang demikian, bagi memahami dengan jelas persoalan ini, maka perlu disingkap sedikit sejarah saya bersama Hassan Ali.


Sebelum itu, ingin saya sebut bahawa saya pernah fikirkan kesesuaian perkataan dalam beberapa istilah bahasa Melayu, termasuk istilah 'gila talaq'. Saya hairan mengapa nenek moyang kita memilih perkataan 'gila' dalam istilah berkenaan sedangkan beberapa perceraian pasangan suami isteri yang saya lihat sebelum ini tiada yang menzahirkan kelakuan yang boleh disifatkan sebagai 'gila'. Namun dalam kes Hassan Ali ianya menjadi jelas dan adalah terbukti bahawa perkataan gila amat tepat untuk diguna-pakai. Memang ada yang apabila 'ditalaq' menjadi gila. Pendekata, Hassan Ali sudah 'gila talaq' dan dalam kegilaannya, meroyan dan meracau tidak ketentuan.

SEJARAH RINGKAS

Saya dan Hassan Ali bukan baru berkenalan. Sebenarnya saya diantara yang paling gembira dengan kemasukan beliau dalam PAS pada tahun 1998. Sebagai orang yang menyertai PAS lebih awal dari beliau, iaitu pada tahun 1983, saya telah sambut kemasukan beliau dan membantu beliau setakat mana yang saya mampu. Sebagai seorang 'baru' dalam PAS, penerimaan beliau oleh orang 'lama' seperti saya pasti memudahkan pergerakan beliau di kalangan ahli lama yang lain.

Saya sering berceramah bersama beliau dan pada tahun 2003, apabila beliau dilantik Pesuruh Jaya PAS Selangor buat kali pertamanya, saya dilantik beliau sebagai Ketua Penerangan PAS Negeri Selangor. Hubungan dan kerjasama kita menjadi semakin rapat dan pada tahun 2005, apabila beliau dilantik kembali sebagai Pesuruh Jaya untuk sesi kedua, saya diminta untuk mengambil alih jawatan Bendahari yang dikosongkan oleh Tuan Haji Nasir. Pada tahun 2007, beliau dilantik sebagai Pesuruh Jaya untuk sesi ketiga, saya dilantiknya sebagai Timbalan Pesuruh Jaya 2.

Jelas sekali bahawa pada ketika itu saya tidak dianggap beliau sebagai parasit tetapi sebaliknya sebagai orang kanan beliau.

DUGAAN JAWATAN MB SELANGOR

Pada tahun 2008 hubungan kita mula berubah. Perubahan bermula apabila setelah menang saya menolak usaha kerjasama dengan UMNO yang dikemukakan. Sekiranya kerjasama itu menjadi, Hassan Ali akan dilantik sebagai Menteri Besar dan itu adalah apa yang ditawarkan oleh UMNO.

Ketika usaha kerjasama dengan UMNO dijalankan, Hassan Ali pernah bertanya pada saya, "siapa patut menjadi MB Selangor?" Saya jawab sambil memandang terus ke muka beliau, "Tan Sri Abdul Khalid". Beliau terdiam, perasaan kecewa jelas kelihatan terbayang di mukanya. Mungkin beliau merasakan saya mengkhianati dirinya. Mungkin beliau inginkan saya, sebagai orang kanannya memperjuangkan 'haknya' untuk menjadi MB. Mungkin bagi dirinya, itulah peranan seorang kanan. Saya tidak tahu, mungkin itulah yang difikirkannya. Beliau diam dan terus berpaling.

Pasti ada yang masih ingat bagaimana saya telah menggantinya dalam pertemuan dengan Pak Lah dan Khir Toyo. Kami berjaya menggagalkan usaha kerjasama bersama UMNO dan dengan itu cita-cita Hassan Ali untuk menjadi MB hancur berkecai.

Bermula dari saat itu saya merasakan hubungan kami sudah mula berubah dan Hassan Ali mula membawa agenda tersendiri.

MELAGA PAS DENGAN DAP & PKR

Selepas Menteri Besar dilantik dan isu itu saya anggap telah selesai, saya melihat Hassan Ali berusaha untuk menimbulkan ketidak-stabilan dalam pentadbiran kerajaan PR Selangor. Beliau berusaha untuk mencari peluang untuk menunjukkan perbezaan di antara PAS dan DAP khususnya dan menimbulkan pergeseran di antara parti komponen PR. Saya beranggapan niatnya adalah untuk membuktikan kerjasama dengan DAP adalah sesuatu yang mustahil.

Saya sering menegurnya dan meminta supaya ditumpukan pada persamaan yang banyak di dalam PR. Saya ingatkan beliau akan keputusan muktamar PAS yang diadakan di Ipoh supaya PR dikukuhkan. Malangnya beliau terus dengan usahanya dengan mengatakan beliau mempunyai agenda tertentu tanpa menjelaskan apa agendanya itu.

SAYA DIPECAT SEBAGAI TPJ 2

Akhirnya, oleh kerana saya sering menegurnya, saya dipecat dari jawatan Timbalan Pesuruh Jaya 2 PAS Selangor pada pertengahan tahun 2008. YB Iskandar dinaikkan pangkat menjadi TPJ 2 dari TPJ 3 dan YB Dr Che Rosli dilantik menjadi TPJ 3. Itu semua saya tidak hairan, itu hak Hassan Ali sebagai PJ. Oleh itu saya tidak menjadikan pemecatan saya sebagai satu isu sepertinya sekarang. Tetapi saya telah sempat berpesan sambil saya keluar mesyuarat setelah dipecat, "ingat keputusan muktamar adalah untuk kukuhkan PR, bukan merosakkannya".

Walaupun saya bukan lagi TPJ 2, saya tetap YDP PAS Kawasan Shah Alam. Saya tetap merupakan ahli mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor. Oleh itu saya hadir di mesyuarat Negeri dan setiap kali Hassan Ali menimbulkan isu melalui media untuk melaga-lagakan PAS dengan parti komponen PR yang lain, saya membantah dalam mesyuarat tersebut dan juga melalui media. Ini saya lakukan kerana saya sudah dapat membaca agenda dirinya. Pada masa yang sama, hubungan beliau dengan OKU UMNO semakin kukuh, termasuklah dengan Tan Sri Rozali Puncak Niaga (SYABAS).

TUDUHAN GOLONGAN ERDOGAN

Kumpulan yang menyokong beliau mula mempopularkan istilah 'golongan Erdogan'. Istilah ini digunakan terhadap diri saya dan beberapa pimpinan Negeri dan Pusat yang lain dan kami dituduh tidak wala' pada pimpinan dan terlalu kuat menyokong DSAI. Oleh itu, penggunaan istilah yang bertujuan untuk menghina dan menjadikan orang prejudis terhadap saya bukan perkara baru. Dulu Erdogan dan sekarang parasit. Penggunaan nama untuk tujuan menghina merupakan senjata kegemaran golongan seperti ini rupanya.

Kaedah ini membuktikan kerapuhan hujjah pihak yang cuba memburuk saya. Oleh kerana mereka tidak ada hujjah dan tidak mampu berhujjah, maka mereka menggunakan kaedah melabelkan orang atau 'name calling'.

SAYA DAN HASSAN ALI DIKENAKAN TINDAKAN DISIPLIN
Akhirnya perbalahan kami dirujuk kepada PAS Pusat pada tahun 2009. Saya digantung semua jawatan parti selama 6 bulan. Hassan Ali didapati bersalah dan diberi amaran keras supaya tidak lagi mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan dasar kerajaan PR melalui media massa. Kalau ada yang tidak dipersetujui, maka hendaklah dibawa berbincang bukan diheboh melalui media.

Berbeza dengan saya, hukumannya tiada tempoh masa. Ianya berkuat-kuasa selagimana PAS bersama PR.

SOKONGAN HASSAN MERUDUM

Walaupun saya yang dikenakan tindakan yang lebih keras oleh jawatan kuasa disiplin, ahli PAS melihat dan menilai apa yang sedang berlaku. Ramai beranggapan bahawa tindakan Hassan Ali menjejas kestabilan PR dan menguntungkan pihak lawan. Maka pada tahun 2011, semasa pemilihan AJK PAS Pusat dijalankan, sokongan Hassan Ali di kalangan ahli PAS terbukti merudum.

Pada 2009 Hassan Ali mendapat undi yang ke-empat tertinggi semasa pemilihan AJK PAS Pusat. Pada 2011, beliau mendapat undi yang ke 16 tertinggi.

Dalam kes saya pula adalah sebaliknya. Pada 2009 saya tidak terpilih apabila menduduki tempat ke 23 tertinggi sedangkan hanya 18 yang tertinggi akan dipilih. Pada tahun 2011, saya mendapat undi ke 8 tertinggi.

Peribahasa menyatakan sudah jatuh ditimpa tangga. Inilah apa yang berlaku ke atas diri Hassan Ali pada tahun 2011. Setelah melihat popularitinya jatuh sedemikian rupa, beliau tidak pula dilantik untuk menjawat jawatan PJ Selangor oleh DS Presiden. Pemilihan PJ dilakukan semasa mesyuarat pertama selepas muktamar diadakan. Dalam mesyuarat itu Hassan Ali hadir dan selepas pemilihan dimuktamadkan, beliau terus keluar.

Sokongan beliau terjejas bukan sekadar di kalangan ahli, tetapi jelas, ianya juga terjejas di kalangan pimpinan.

Untuk melengkapkan kekecewaan beliau, pada penghujung tahun 2011, semasa senarai nama dikemukakan oleh cawangan untuk diturunkan sebagai calon dalam PRU ke 13, nama beliau tidak dinaikkan untuk DUN Gombak Setia. Walaupun telah dinyatakan bahawa keputusan belum muktamad dan sekiranya Gombak Setia tidak mahu, maka tempat lain bersedia, Hassan Ali tidak peduli.

Pada ketika itu, mungkin Hassan Ali melihat bahawa masa depannya bersama PAS tidak secerah dahulu. Oleh itu beliau terpaksa menyusun 'exit strategy' atau 'strategi untuk keluar PAS'. Inilah apa yang dapat saya rumuskan berhubung tindakan beliau semenjak peristiwa mutakhir tahun 2011 yang saya ceritakan di atas.

PEMECATAN HASSAN ALI

Bacaan saya berhubung Hassan Ali, persoalan yang paling utama baginya adalah untuk menjadi MB Selangor. Persoalan ini sering beliau sebutkan walaupun sudah bertahun-tahun selepas perlantikan Tan Sri Abdul Khalid sebagai MB Selangor.

Apabila beliau tidak lagi menjadi Pesuruh Jaya, beliau menganggap bahawa peluang beliau untuk menjadi MB melalui PAS sudah lenyap dengan begitu sahaja. Lebih-lebih lagi apabila tidak menjadi calon di kerusi yang sekuat Gombak Setia. Mungkin beliau menganggap beliau akan diletakkan di kerusi yang sukar untuk dimenangi kerana beliau bukan lagi pimpinan di Negeri Selangor.

Dengan dibekal sangkaan buruk sebegini, Hassan Ali memikirkan cara terbaik untuk beliau melepaskan diri dari berada bersama PAS tetapi dengan cara 'terhormat'. Tiada cara lain melainkan dengan menyatakan bahawa PAS sudah tersasar dari matlamat asalnya. Ini bermakna bukan beliau yang terpesong tetapi sebaliknya PAS. Bukan beliau yang salah tetapi PAS.

Beliau terus melemparkan tuduhan bahawa PAS telah tersasar dari landasannya berkali-kali melalui media perdana dan walaupun dinasihati untuk berhenti oleh pimpinan tertinggi, beliau terus melakukannya. Oleh itu, tidaklah hairanlah apabila beliau dipecat. Beliau bukan sekadar melanggar amaran keras yang pernah diberi kepada beliau sebelum ini, beliau melampauinya.

Apabila dipecat, pada mulanya Hassan Ali mengatakan beliau tidak kisah. Selepas itu beliau kata mungkin beliau akan merayu. Selepas itu dikatakan tidak akan merayu. Begitu juga dengan pemecatan beliau sebagai exco. Pada mulanya dikatakan tidak mengapa. Kemudian ditulis surat kepada MB menyatakan tempoh rayuan belum habis. Selepas itu dikatakan tiada yang mampu melainkan dirinya. Akhirnya berkata tidak mengapa juga.

KENAPA SAYA YANG DISASARKAN?

Dalam kemelut yang terhasil, Hassan Ali melihat saya sebagai punca kejatuhannya. Oleh itu saya disasarkan beliau. Dalam serangan beliau terhadap diri saya, Hassan Ali tidak kisah samada apa yang dikatakan adalah benar atau sebaliknya. Namanya roadshow untuk mempertahankan aqeedah tetapi saya dan pimpinan PAS menjadi sasaran. Mungkin beliau tidak tahu maksud perkataan 'aqeedah' itu dan dianggap apa sahaja yang keluar dari mulutnya adalah aqeedah. Itu saya tidak pasti.

Yang pasti beliau telah menunjukkan akhlak yang paling tercela dengan membuat tuduhan dan fitnah terhadap diri saya bahawa saya di antara yang merosakkan aqeedah ummat Islam. Dituduhnya juga saya sebagai orang yang menghalang pengharaman jualan arak, penutupan kedai judi dan rumah urut (pelacur) di Shah Alam. Amat jelas bagi saya Hassan Ali sudah gila talaq.

Bagaimanakah boleh saya menghalangnya? Kuasa apa yang ada pada saya? Saya PJ atau dia? Saya exco atau dia? Kalau benar saya ada kuasa untuk menghalang, kenapa tidak saya menghalang diri saya dari didakwa JAIS atas tuduhan mengajar tanpa tauliah?

Dalam soal pengharaman penjualan arak di kawasan ummat Islam dominan seperti di kawsan Shah Alam asal, ianya telahpun dilaksanakan tanpa kekecohan, dengan persetujuan pihak peniaga. Sebenarnya yang merampasnya dulu pun adalah pihak penguat-kuasa MBSA, bukan JAIS. MBSA bukan dibawah Hassan Ali tetapi beliau tumpang sekaki untuk dijadikannya isu.

Pada masa itu semua Ahli Majlis, termasuk yang dari DAP, telah bersetuju supaya penjualan minuman keras akan diharamkan di kawasan tersebut. Mereka hanya menunggu untuk menguatkuasakannya apabila lessen diperbaharui. Rancangannya ialah supaya disebut secara khusus larangan berkenaan dalam lessen baru. Tidak sempat lessen mati, pihak penguat-kuasa bertindak tanpa arahan dari pihak MBSA. Hanya atas arahan seorang ahli Majlis lama.

Hakikatnya kita berbeza dari segi pendekatan. Hassan Ali suka gunakan kuasanya dan suka memaksa sedangkan saya lebih cenderung kepada kaedah dakwah dan mendidik. Terhadap yang Islam dan yang bukan Islam.

KESIMPULAN

Melalui tulisan ringkas ini saya ingin memberitahu semua bahawa Hassan Ali sudah gila talaq. Maka jangan percaya apa yang dinyatakan beliau. Beliau sanggup berbohong dan memutar-belit semua perkara. Lagi beliau cakap lagi jelas kegilaannya.

Hadis Rasulullah (SAW);
Dari Abi Umaamah yang berkata, telah bersabda Rasulullah (SAW),
<"Terdapat pada orang beriman semua jenis kekurangan, kecuali khianat dan berdusta" (Dari Ahmad, Baihaqi dari Saad Bin Abi Waqas).Hadis ini diketengahkan bukan untuk menafikan keimanan mana-mana pihak. Tetapi ianya adalah untuk menjelaskan betapa kejinya sifat khianat dan berdusta.WaLlahu 'AlamKHALID SAMAD


Mentaliti Puak Yang Menjadi Pujaan Hasan Beras JATI

Posted: 07 Feb 2012 06:52 PM PST


Demi Islam, Sultan Dan Melayu.. Kahkahkah...

Sedia Tawar Kerusi Untuk Zaid.. Pas Tak Belajar Dari Ibrahim Ali Kot?

Posted: 07 Feb 2012 08:46 AM PST

Pas bersedia menawarkan kerusi Parlimen untuk ditandingi Datuk Zaid Ibrahim bagi mewakili parti itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan datang.Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berkata, pihaknya akan berbincang mengenai tawaran kepada Presiden Parti Keadilan Insan Tanah Air (KITA) itu jika ada permohonan dalam parti ataupun daripada Zaid sendiri."

Itu kita akan bincang, saya tak kata 'no' atau 'yes', kalau ada permohonan sama ada daripada dia atau sesiapa, kalau tidak ada permohonan maka tidak adalah perbincangan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Pas Kota Bharu di sini hari ini.


Akhbar ini semalam melaporkan hasrat Zaid untuk membubarkan parti KITA pada mesyuarat agung luar biasa parti itu yang akan diadakan tidak lama lagi.Beliau dilaporkan berkata, pembubaran itu perlu bagi 'menghapuskan keraguan bahawa KITA tidak memihak kepada pembangkang' dan juga setelah sedar bahawa penubuhan KITA adalah 'satu kesilapan'.

Terdahulu, Mohamad semasa berucap di konvensyen itu berkata, beliau gembira dengan hasrat Zaid mahu membubarkan KITA dan memberi isyarat mahukan Pas Kawasan Kota Bharu di bawah Yang Dipertuanya, Datuk Wan Rahim Wan Abdullah untuk mengadakan perbincangan dengan Zaid.

"Saya gembira apabila KITA hendak dibubar dan ke mana arah tuju Zaid selepas kini kita serah kepada dia sendiri dan terserahlah kepada Wan Rahim dan Pas Kota Bharu untuk langkah seterusnya," katanya.Pada masa sama, beliau meminta petugas dan penyokong bekerja bersungguh-sungguh memastikan kemenangan semua 60 kerusi Parlimen yang dituntut Pas bagi membolehkan mereka menguasai kerajaan dan Kabinet sekiranya pakatan pembangkang memenangi PRU 13.

"Sekarang ini kita berada nombor tiga dengan 22 kerusi Parlimen berbanding DAP 28 kerusi dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan 31 kerusi."Sampai bila kita mahu jadi parti nombor tiga?. Kita kena berusaha menjadi parti nombor satu baharulah boleh kita demand jawatan-jawatan menteri kanan," katanya.


Dahulu Hasan Ali Terhegeh-Hegeh Jumpa DAP Secara Rahsia

Posted: 07 Feb 2012 06:02 AM PST

Hasan Ali Dahulu Boleh Jumpa DAP Dalam Rahsia

Baru-baru ini sewaktu berceramah di BAngi, Hasan Ali telah dilaporkan berkata bahawa apabila Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk kuasa Putrajaya, DAP akan menggabungkan Malaysia dengan Singapura untuk menubuhkan sebuah republik

Di samping itu, Hasan Ali juga mendakwa DAP akan memansuhkan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan (yakni hak istimewa orang-orang Melayu).

Komen Tulang Besi dipecahkan kepada dua bahagian:


1.0 Pertamanya, Artikel 152 Perlembagaan Singapura menyatakan dengan jelas Hak Keistimewaan Orang-Orang Melayu di Singapura. Walaupun PAP telah memerintah Singapura lebih 50 tahun, mereka tidak pernah memadamkan Hak Keistimewaan Orang Melayu di dalam Perlembagaan Singapura.

Oleh sebab itu, di manakah kewarasan dakwaan HAsan Ali bahawa DAP akan menghapuskan Artikel 153 Perlembagaan Malaysia? (Untuk membaca berkenaan hak istimewa orang Melayu di dalam Perlembagaan Singapura, klik di sini)

2.0 Sikap permusuhan Hasan Ali dengan DAP ini sebenarnya baru dan bermula apabila Hasan Ali tidak dilantik jawatan Menteri Besar Selangor.

Sebenarnya, pada satu masa dahulu, Hasan Ali pernah menganjurkan mesyuarat rahsia dengan DAP bagi membincangkan kerjasama antara kedua parti. Ia berlaku beberapa bulan sebelum pilihanraya tahun 2004.

Pada waktu itu, DAP sudah pun keluar dari Pakatan Rakyat dan tiada hubungan politik dengan PAS.

Namun, perhimpunan tersebut telah diadakan di antara Hasan Ali bersama seorang kepimpinan DAP yang agak "senior".

Antara keputusan yang diperbincangkan adalah persetujuan untuk DAP dan PAS tidak bertanding sesama sendiri dan tidak menyerang sesama sendiri di dalam media.

Pertemuan tersebut cukup rahsia sehingga ia telah diadakan pada larut malam. Juga, sebelum ke tempat pertemuan, Hasan Ali telah bertukar kereta di laman letak kereta Masjid Bulat Seksyen 14 Petaling Jaya.

Tulang Besi tahu akan pertemuan ini kerana Tulang Besi adalah antara penganjur pertemuan rahsia antara Hasan Ali dengan DAP ini.

Namun, pada hari ini manusia yang sama bernama Hasan Ali ini ke sana ke mari mengutuk dan menista DAP.

Jelas pada Tulang Besi, Hasan Ali tidak lebih seorang penipu dan pembohong tahap pencacai. Perjuangan Hasan tidak lebih untuk merebut jawatan dan pangkat semata-mata.

Inshaalah, semakin lama semakin banyak perangai hipokrit Hasan Ali ini akan terdedah satu demi satu.

Tulang Besi


ps Article 152 Minorities and Special Position of Malays

(1) It shall be the responsibility of the Government constantly to care for the interests of the racial and religious minorities in Singapore.

(2) The Government shall exercise its functions in such manner as to recognize the special position of the Malays, who are the indigenous people of Singapore, and accordingly it shall be the responsibility of the Government to protect, safeguard, support, foster and promote their political, educational, religious, economic, social and cultural interests and the Malay language.

http://www.malaysiawaves.com/2012/02/hasan-ali-dahulu-boleh-jumpa-dap-dalam.html


Melayu Tipu Melayu - Cerita Di Sebalik Penyenaraian Felda

Posted: 07 Feb 2012 04:21 AM PST

CUKONG BELIA FELDA JAMIN SELEPAS PENYENARAIAN BERIBU PEKERJAAN UNTUK ANAK FELDA DIWUJUDKAN? KAH KAH KAH…

Woit cukong-cukong mengaku pemimpin belia Felda! Dah buat homework belum apa yang berlaku di Felda Global Venture tentang peluang pekerjaan belia Felda akan datang selepas penyenaraian? Makin kencap kencup kempis dan terus kempis … Kah Kah Kah.

Apa bukti???? Tanya si cukong. Woitt!! Cukong-cukong tahukah apa maksud Outsourcing? Ini kata lebai Google "Outsourcing is the act of one company contracting with another company to provide services that might otherwise be performed by in-house employees. Often the tasks that are outsourced could be performed by the company itself, but in many cases there are financial advantages that come from outsourcing. Many large companies now outsource jobs such as call center services, e-mail services, and payroll. These jobs are handled by separate companies that specialize in each service, and are often located overseas."


Apa makna ini?? Maknanya anak dara Jengka melepas jadi kerani payroll … dara sunti Trolak melepas jadi receptionist … janda berhias Lok Heng tak ada can jadi sumber manusia … Kah Kah Kah. Mat-mat belia Felda lagi la melepas terus join PAS … Kah Kah Kah.

Kapitalisme duniaberasal dari Wall Street. Kapitalisme Malaysia berasal dari Bursa Saham Kuala Lumpur. Konsep kapitalisme mudah iaitu memperbanyakkan wang dengan cara paling murah. Kalau ada tanggungjawab sosial cuma cara tipu rakyat tak mahu bayar cukai. Faham tidak??

Woit cukong-cukong! Kepala kapitalisme dalam Felda Global adalah Sabri Ahmad. Siapa dia ni?? Sime Darby tendang dia sebab kena kencing RM120 juta. Tak sampai setahun pegang Pengerusi MPOB pun kena tendang juga tak cerdik buat kerja. Sapa sudi ambil dia kerja dan kasi upah lebih RM2 juta setahun? Felda … Kah Kah Kah.

Woit cukong-cukong! Kapla jingga kapitalis Sabri Ahmad ada idea meletopp … untuk fokus teras perniagaan maka kerja remeh temeh perlu kita kontrakkan keluar. Jadi kita lebih berjaya dan tak kencup macam Nokia katanya … Kah Kah Kah. Sabri rasa dia lagi pandai dari Nokia, jadi Sabri mahu kontrakkan kerja-kerja kepada syarikat luar. Ini kerja hebat … anak Melayu yang hebat ini Sabri. Orang Finland yang asaskan Nokia dan korporat dunia patut datang berguru dengan Sabri. Macam mana FGV syarikat rugi bakal jadi syarikat besar sebab pakai tanah bapak 360,000 hektar dan gadai aset Felda milik Koperasi Felda di BSKL … Kah Kah Kah. Tak perlu susah payah macam Nokia kena buat R&D, bina kilang dan macam-macam … Kah Kah Kah.

Projek Outsourcing Felda Global Venture ada nama menarik … Shared Service Centre. Untuk potong kos buruh+kebajikan+bonus (overhead), kapitalis Sabri Ahmad rekrut bekas CEO Proton Edar jadi kapla jingga. Kalau mahu rekrut CEO kenalah gaji sama CEO Proton Edar atau lebih … berapa gaji kapitalis Sabri bayar ex-CEO Proton untuk kurangkan pekerja? Ironi sungguh … Kah Kah Kah. Kita tumpang bangga kapitalis Sabri kepala hotak bijak … bayar gaji tinggi untuk kurangkan pekerja … Kah Kah Kah. Kita lagi bangga kalau ada Call Centre Felda Global di Mumbai … "Yellow … Felda Global Venture Call Centre Here. Yes Sir you are calling Felda Global Call Centre. You ask me Anak Peneroka mana? Of course sir I'm from Felda Bombay not that far from Felda Kampung New Zealand, only 3,500 miles far only." Kalau ini berlaku sudah sah anak dara Jengka cuma ada peluang jawab sms dan telefon balak …

Cukong-cukong Belia Felda tak percaya … anak-anak Felda tetap ada jawatan banyak dalam Felda Global Venture selepas penyenaraian. Itu janji Kaki Lutu pada kami … Kah Kah Kah. Woit! Cukong-cukong tengok nama-nama dalam projek outsourcing ini:

1. Sri Asnita Mashat

2. Masrina Wijee

3. Andrew Lee

4. Kavita Rekhraj

5. Glenn Tann

6. Lee Pooi Chie

7. Cinty Chandrasekharan

8. Therese Tan

9. Lee Sok Chen

10. Farahana Azmin

11. Dennis Cheek

12. Christine Kon

13. Frank Chai

14. Lasti Hardiani

15. Kania Adityarani

Woitt!! Ini betul-betul 1 Malaysia. Kalau betul-betul Felda nak jadikan 1 Malaysia cakap saja Melayu Felda tak marah. Ini sudah Kaki Lutu sudah janji kerja-kerja keutamaan Melayu sebab Kaki Lutu mahu cari makan dan populariti dalam parti Melayu. Kaki Lutu janji belia Felda dapat banyak kerja lepas penyenaraian. Sebelum penyenaraian sudah jadi 1 Malaysia, nasib-nasib awek Melayu No. 10 itu anak Felda, kalau tidak 0%, zero … yilek … anak Felda … Kah Kah Kah. Woitt!! Nama-nama tersebut bukan direka-reka … ada susuk tubuhnya, yang slim, yang gedempul, yang cokelat, yang hitam yang sepet … semua wujud di Balai Felda tempat Kaki Lutu bersemayam.

Cukong-cukong mengaku pemimpin belia Felda berani lagi jamin beribu-ribu pekerjaan untuk anak Felda akan terhasil selepas penyenaraian … Kah Kah Kah.

PS: Anak dara, dara sunti dan janda berhias sila mogok dari melayan cukong-cukong ini berkaraoke dan ambil kesempatan atas diri anda lagi sampai Outsourcing ini dibatalkan … Kah Kah Kah

- Puterikarimun Indo Melalui email



Jom Kita Tengok Raja Nong Chik Ada Telor Ke Tidak..

Posted: 07 Feb 2012 02:15 AM PST

Kenyataan Bersama oleh Nurul Izzah Anwar, Naib Presiden KEADILAN dan Ahli Parlimen Lembah Pantai; Tony Pua, Setiausaha Publisiti DAP Pusat dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara; dan Dr. Dzulkefly Ahmad, Ahli Majlis Pimpinan PAS Pusat dan Ahli Parlimen Kuala Selangor

Selasa, 7 Februari 2012, Kuala Lumpur

UNTUK EDARAN SEGERA

——————————————————————-

Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat menerima jemputan cabaran debat 'satu-lawan-satu' dengan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar pada bila-bila masa dalam suasana yang adil dan telus

Kami merujuk kepada laporan The Malay Mail semalam yang menyiarkan cabaran Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin kepada salah seorang daripada kami dalam debat tentang penggunaan wang Kumpulan Wang Skim Pekerja bagi membiayai pinjaman pemilikan unit-unit perumahan PPR.


Raja Nong Chik berkata, "golongan miskin ini tidak mungkin mendapat perumahan tanpa bantuan. Adakah mereka (ahli-ahli parlimen PR) merasakan golongan ini tidak layak mendapat perumahan?." Beliau juga menambah cabaran kepada kami untuk berdebat dalam sesi debat "satu-lawan-satu" di hadapan semua penduduk PPR terbabit."

Pertama sekali, kami sudah berkali-kali menyatakan pendirian Pakatan Rakyat yang mendukung sepenuhnya objektif mulia bagi menyediakan perumahan mampu milik untuk warga miskin bandar seluruh Negara. Pun begitu, matlamat ini -iaitu memastikan warga miskin bandar memiliki perumahan- adalah merupakan tanggungjawab. kerajaan sedia ada, dan bukannya dipertanggungjawabkan kepada tenaga pekerja Malaysia.

Justeru, kami amat mengalu-alukan debat dengan Menteri demi kebajikan dan maslahat rakyat bagi menjawab semua isu berkait di dalam suasana yang terbuka dan telus.

Dan di dalam memastikan masyarakat umum mengetahui isu sebenar kontroversi penggunaan dana KWSP ini, debat bersama Menteri haruslah terlaksana di dalam suasana adil, terbuka dan sama rata. Debat yang bakal berlangsung ini tidak boleh terhad kepada penduduk rumah PPR di Kuala Lumpur sahaja, tetapi perlu dibuka kepada semua warga Malaysia, khususnya pencarum-pencarum KWSP. Sebaik mungkin, debat yang akan diadakan kelak juga seharusnya tersiar di dalam televisyen untuk memastikan semua rakyat Malaysia yang mungkin tidak dapat turut serta termasuk pencarum KWSP Sabah dan Sarawak, diberi peluang menilai keberkesanan skim pinjaman khas ini.

Tambahan lagi, demi keterbukaan dan akauntabiliti, kami percaya Raja Nong Chik, yang bersedia berdebat dengan salah seorang daripada kami, akan bersedia melampirkan keseluruhan perjanjian antara agensi-agensi pilihan kerajaan dan KWSP. Hanya lampiran perjanjian penuh yang diberi kepada ahli-ahli parlimen dan rakyat secara umum dapat menjamin debat yang telus dan bermakna.

Dalam laporan akhbar yang sama di dalam *The Malay Mail,* Raja Nong Chik juga cuba mengajar kami makna pinjaman "sub prima". Beliau berkata Ahli Parlimen Pakatan Rakyat telah silap dalam membandingkan skim pinjaman khas perumahan DBKL dengan pinjaman sub-prima yang katanya merujuk kepada pinjaman perumahan yang berdasarkan pada harga dua kali ganda nilai hartanah sebenar.

"Adakah mereka tahu apa pinjaman sub-prima? Hartanah tersebut bernilai dua ataupun tiga kali ganda dari harga yang diminta oleh Dewan Bandaraya," jelas beliau yang malangnya terkeliru di dalam membuat kenyataan sedemikian.

Raja Nong Chik sebenarnya telah melakukan kesilapan di dalam usaha mempamerkan 'kecerdikan' beliau di dalam isu ini. Agensi bebas di Amerika Syarikat, the Federal Deposit Insurance Corporation (FDIC), dengan jelas mendefinisikan "sub-prima" sebagai:

"ciri-ciri kredit peminjam individu. Peminjam sub-prima biasanya mempunyai sejarah kredit yang lemah, termasuk gagal membayar pinjaman secara konsisten … Mereka juga memaparkan keupayaan pembayaran balik yang lemah seperti yang diukur oleh skor kredit, nisbah hutang-kepada-pendapatan, atau kriteria lain yang merangkumi peminjam dengan rekod kredit yang tidak lengkap, tanpa menyebut nilai harta."

Jelasnya, fenomena sub-prima di sini merujuk kepada dana KWSP yang digunakan untuk meminjam wang kepada peminjam yang dianggap tidak layak untuk menerima pinjaman daripada kacamata bank-bank di dalam negara – seperti yang diakui sendiri oleh Menteri.

Pandangan Raja Nong Chik tentang isu sub-prima dan kaitannya dengan nilai hartanah kos rendah bernilai dua atau tiga kali ganda harga jualan semasa adalah jauh tersasar daripada hakikat sebenar.

Seeloknya Menteri menggilap pengetahuan kredit dan pinjaman sub-prima sebelum mengambil cabaran untuk berdebat dengan salah seorang daripada kami, demi meyakinkan rakyat tentang keberkesanan dan kelayakan setiap ahli kabinet BN, terutamanya yang bukan dilantik oleh rakyat tetapi dilantik selaku Senator.

———————————————————————————————————


Tiada ulasan: