Khamis, 2 Februari 2012

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Anwar Dan Azizan Razak Patut Puasa Sunat

Posted: 02 Feb 2012 01:29 AM PST

DS Anwar Ibrahim dan Ustaz Azizan Razak perlu mengamalkan puasa suanat Isnin dan Khamis untuk mengelakkan sering bercakap yang boleh menjejaskan peluang Pakatan Rakyat untuk ke Putrajaya.

"I support all efforts to protect the security of the state of Israel," said Mr. Anwar, although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians."

Sementara itu Ustaz Azizan tetap mempertahankan tindakan KUIN atas isu penggantungan lima orang pelajarnya.



Antara Ustaz Azizan dan DS Anwar ,gamaknya siapa yang tersasul dalam mengemukakan pendapat masing-masing.Mengurangkan kesilapan kecil boleh membantu Pakatan Rakyat mudah ke Putrajaya. Aduhai pemimpin, orang bawah sudah bekerja,...kita pula buat silap....???

http://sisibukit.blogspot.com/2012/02/ds-anwar-dan-ustaz-azizan-perlu-puasa.html


Letupan 9 Jan guna bahan mercun bukan bom

Posted: 02 Feb 2012 01:07 AM PST

Polis mengesahkan bahawa bahan letupan yang digunakan dalam perhimpunan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di ibunegara pada 9 Januari lepas adalah bahan untuk membuat mercun dan bukannya bom.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata pengesahan itu dibuat selepas polis menerima hasil laporan daripada Jabatan Kimia terhadap siasatan dan kajian bahan letupan yang diambil di tempat kejadian.

"Memang mereka menggunakan 'time device' (alat penjangka masa) namun maklumat yang diperoleh didapati bahan kimia untuk meletupkan silinder yang berisi bebola besi itu ialah (bahan membuat) mercun," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.


Khalid berkata ganjaran RM10,000 kepada sesiapa yang memberikan maklumat berhubung letupan itu masih ditawarkan kerana setakat ini belum ada pihak yang tampil memberikan maklumat.

"Oleh itu kita minta sesiapa yang mempunyai maklumat supaya tampil memberi keterangan sehingga tertangkapnya si pelaku yang membuat bahan letupan itu," katanya.

Sebelum ini polis mengesahkan komponen jam penggera, paip PVC serta bateri, bahan letupan yang digunakan adalah daripada jenis 'Jerangkap Rekaan Elektrik'.

Secara umumnya bahan untuk pembuatan mercun adalah karbait manakala kandungan untuk pembuatan bom lebih kompleks seperti mengandungi kimia seperti C-4.


Dalam insiden itu, tiga letupan berlaku di perhimpunan penyokong Anwar selepas Mahkamah Tinggi membebas dan melepaskan beliau daripada pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

Letupan itu mengakibatkan empat orang awam cedera dan seorang lagi mengalami kejutan, selain menyebabkan kerosakan kecil kepada kenderaan milik orang awam.

- Bernama


Nurul Izzah berang tindakan Polis halang Anwar berucap.

Posted: 01 Feb 2012 10:40 PM PST

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar menyelar sikap Polis yang berat sebelah apabila menghalang beliau dan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap secara terbuka di Majlis Tahun Baru Cina di Taman Sentosa, Jalan Klang Lama, kelmarin.

"Alasan yang diberikan untuk menafikan peluang kami bercakap ialah – tidak boleh mengucapkan sebarang isu politik. Jadi, kenapa Najib boleh dan Anwar tak boleh?

"Perdana Menteri dan Raja Nong Chik pun bercakap perkara hal politik juga," kata Izzah ketika ditemui pemberita sejurus selepas tamat program majlis sambutan Tahun Baru Cina di Taman Sentosa, semalam.


"Ini negara bebas. Kita ada hak untuk menyampaikan maklumat dan kebenaran. Jika Najib dan Nong Chik boleh buat, mengapa polis halang kita," tegasnya.

Justeru satu surat rasmi akan dihantar minggu ini kepada Ketua Polis Kuala Lumpur bagi mendapatkan penjelasan lanjut.

Sementara itu, Setiausaha politik Izzah, Fahmi Fadzil berkata, beliau dimaklumkan bahawa Anwar hanya dibenarkan berucap untuk tempoh sepuluh minit.

"Saya dihubungi polis kira-kira jam 1.30 tengah hari tadi. Pada asalnya dihalang. Selepas rundingan, hanya sepuluh minit masa dibenarkan," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mengutuk tindakan pihak tertentu yang menampal poster fitnah terhadap Ketua Pembangkang yang tertera perkataan mengeji dan menghina di sekitar kawasan Taman Sentosa.

"Apa yang mereka takut sangat? Sampai sanggup 'bekerja' pada hari cuti untuk menyerang Anwar?, soal Fahmi.

Namun, provokasi tersebut tidak menghalang kehadiran ribuan penduduk tempatan pelbagai kaum untuk bersama-sama meraikan rumah terbuka anjuran KEADILAN Lembah Pantai.


Laporan Rosmah 'belanja sakan sengaja direka'

Posted: 01 Feb 2012 10:33 PM PST

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempertahankan Datin Seri Rosmah Mansor dengan mendakwa bahawa laporan kononnya isteri beliau berbelanja sakan di Sydney baru-baru ini "sengaja direka" untuk memburukkan imej mereka.

Beliau menjawab soalan yang dikemukakan oleh seorang pengguna di Twitter yang meminta beliau untuk mengesahkan sama ada tulisan di blog fesyen Australia - Frockwriter yang menganggarkan isterinya membelanjakan sekitar A $100,000 (RM323,000) untuk membeli pakaian oleh pereka terkenal.

"Ini cerita yang dibesar-besarkan dan sengaja direka untuk menjejaskan persepsi rakyat tentang pemimpin mereka," katanya di Twitter malam tadi.


Sebelum ini, wartawan fesyen Patty Huntington dalam blognya Frockwriter mendedahkan bahawa Rosmah 'berbelanja sakan' membeli pakaian pereka eksklusif di Sydney, Australia. Tulisannya kemudian dipetik oleh akhbar The Sydney Morning Herald pada 21 Januari.

Dalam seksyen 'Private Sydney' kolumnis akhbar itu, Andrew Hornery memanggil Rosmah sebagai "first lady of shopping', kerana dikatakan telah membelanjakan A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik di Sydney.


Memetik pereka fesyen Sydney Carl Kapp (kiri), kolumnis itu melaporkan bahawa "pelanggan terbesar" Kapp telah membelanjakan jumlah yang mengejutkan sewaktu "percutian peribadi" di sana.

Menurut kolum itu lagi, Rosmah dan Najib, semasa cuti tersebut,
menginap di penthouse A$20,000 (RM65,100) semalam di Hotel Darling.

Dengan tajuk 'Super Kerr Now a Model Citizen', kolum itu turut melaporkan bahawa Rosmah telah meminta "parkir valet untuk limousinnya" dan menerbangkan Kapp ke Malaysia untuk mengenakan pakaian yang ditempahnya.

Berkaitan : Penulis blog dedahkan e-mel 'belanja sakan' Rosmah


Berimankah Hasan Ali?? DAP Persoal ‘Keimanan’ Hasan

Posted: 01 Feb 2012 06:21 PM PST

SHAH ALAM – Seorang pemimpin kanan DAP mempersoalkan 'keimanan' bekas Naib Presiden Pas, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali kerana tindakannya melempar tuduhan yang dianggap melulu terhadap Pakatan Rakyat (PR).

Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw berkata, jika Hasan seorang yang baik dan beriman, beliau tidak menuduh PR bercita-cita, mahu menjadikan Malaysia negara republik, sekali gus menggugurkan Perkara 153 Perlembagaan Negara yang menjamin hak dan keistimewaan orang Melayu.

"Tuduh itu tidak logik, jauh panggang dari api. Dia hanya mahu mengapi-apikan sentimen rakyat supaya membenci PR," tegasnya.

"Sekarang dia cakap ikut sedap mulut saja, tipu orang sana sini, seolah-olah dia tahu semua perkara. Orang macam ini tak boleh pakai sebab suka menipu," katanya Ahli Parlimen Kepong itu.

Menurutnya, jika Hasan seorang yang beriman, beliau tidak akan melemparkan tuduhan melulu serta tidak berasas terhadap orang lain.

"Saya mewakili DAP menafikan tuduhan beliau. Kita semua tahu kenapa dia dipecat.

"Kalau Pas sendiri pecat Hasan, kita pun tahu Hasan jenis orang macam mana dan sekarang siapa dia untuk bercakap tentang Pas? Beliau tidak ada jawatan lagi dalam Pas dan kenyataannya tidak menggambarkan kenyataan parti itu," tegasnya.

Seng Giaw berkata, bukan sahaja Pas, malah DAP dan PKR juga berjuang pertahankan Perlembagaan Negara.

"Hasan hendak cari populariti sebab itulah tuduh kami macam-macam. Sekiranya PR berjaya menawan Putrajaya, keutamaan kami adalah mempertahankan kedaulatan undang-undang, bukan meminda." katanya.

Sementara itu, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berkata, Hasan tidak layak bercakap mengenai hal itu kerana beliau anggota Pas.

"Saya tidak mahu ulas lagi mengenai dakwaan, kononnya PR berhasrat menggugurkan Perkara 153 dan menubuhkan negara republik.

"Kalau hendak tahu lagi mengenai perkara ini, tanya Hasan sahaja. Saya tidak mahu cakap," katanya.

Menurutnya, sebagai bekas ahli Pas, kenyataan Hasan tidak patut diulas oleh pemimpin parti itu.


Kepala Babi: Pihak Masjid akan anjurkan Solat Hajat

Posted: 01 Feb 2012 05:37 AM PST

SHAH ALAM, 1 FEB : DAP mengecam tindakan meletakkan kepala Babi di sebuah Masjid di Rawang sebagai tindakan pengecut dan provokasi yang bertujuan untuk mengapi-apikan sentimen perkauman dan agama diambang Pilihan Raya Umum.

Parti itu menerusi Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berpendirian bahawa tidak ada ruang di Malaysia bagi tindakan-tindakan yang sia-sia dan menjijikkan seperti ini.

Dalam pada itu, Nazir Masjid Nur Iman, Batu 18 Ilham Akhbar Harun itu berkata, qariah tidak terpedaya dengan usaha untuk mengugat keamanan di komuniti mereka dan menolak perkauman sempit yang dimainkan pihak-pihak tertentu.

Lim, di dalam kenyataan medianya, berkata tindakan tersebut bertentangan dengan sifat masyarakat yang aman dan berbilang budaya.


"Kami menyeru supaya rakyat Malaysia bertenang dan tidak bertindak balas kerana tindakan ini jelas dilakukan oleh pihak-pihak tertentu dengan motif yang jahat.

"Kita menyeru agar semua pihak bersatu untuk mengutuk penodaan dan pengotoran mana-mana tempat beribadat, biarpun masjid atau gereja atau kuil, dan berharap agar pihak Kerajaan akan serta merta menyiasat dan mengambil tindakan yang sewajarnya," kata beliau dalam kenyataan media.

Pengunjung Masjid Nurul Iman di Batu 18 Rawang, Selangor, menemui sebuah kepala babi di depan pintu pagar masjid itu awal pagi semalam.

Sementara itu, menurut Adun Rawang, Gan Pei Nei, tahap keselamatan masjid itu akan dipertingkatkan dengan pemasangan CCTV,lampu limpah dan pengawal agar kejadian sedemikian tidak berulang.

"Dan hasil perbincangan dengan jawatankuasa masjid, mereka akan cadangkan untuk mengetatkan kawalan keselamatan sebab lokasi masjid tersebut terletak di tepi jalan utama dan ia menjadi tempat yang mudah untuk orang luar masuk dan walaupun pintu pagar dikunci tetapi ia boleh dipanjat untuk masuk ke pekarangan masjid.

"Semua cadangan ini, saya bawa kepada pihak Menteri Besar dan Exco untuk permohonan daripada kerajaan negeri bagi memberikan bantuan bagi meningkatkan tahap keselamatan di kawasan masjid." kata Pei Nei yang dihubungi TVSelangor.

Menurut Pei Nei, masyarakat di Rawang merasakan tindakan tersebut adalah tindakan provokasi untuk mencetuskan perasaan tidak puas hati antara agama.

"Selama ini di Rawang semua masyarakat pelbagai bangsa boleh hidup aman harmoni antara satu sama lain , jadi mereka nampak apabila hendak pilihanraya ia merupakan satu provokasi yang berunsur politik," katanya.

Beliau juga berharap pihak polis dapat mengambil tindakan segera menangkap dan mendakwa pihak yang menjadi dalang dalam insiden itu agar tidak berulang lagi di masa hadapan.

"Pihak-pihak yang memainkan sentimen bersifat perkauman dan keagamaan, kita gesa perlu hentikan perkara ini, dan kita perlu memandang kehadapan dengan mengadakan perbincangan dan dialog jika ada perkara-perkara sensitif dan bukan cara seperti melontarkan kepala babi ke masjid untuk provokasi memainkan sentimen perkauman secara ekstrem," ujarnya.

Nazir Masjid Nurul Iman Ilham Akhbar Harun berkata kariah itu terkejut dengan kejadian yang mungkin dilakukan agar berlakunya kejadian permusuhan kaum dan ketegangan agama.

"Tanpa menuduh mana-mana pihak, kami berpendapat perkara seumpama ini tidak harus berlaku di rumah Allah yang suci ini. Kami pentadbir dan Jawatankuasa MNIR membantah tindakan yang biadab ini dan sama sekali tidak akan menyokong sebarang provokasi sempit yang boleh mengeruhkan suasana harmoni sedia ada," katanya.

Beliau berharap seluruh anak kariah masjid agar bertenang dengan kejadian ini dan yakin pihak terbabit akan dikenakan tindakan undang-undang segera.

"Pihak masjid akan menganjurkan siri munajat dan solat hajat agar si pelaku diberi hidayah dan keharmonian kaum dapat dikekalkan.

"Sesungguhnya kami cinta kepada kedamaian dan yakinlah setiap kejadian yang menimpa itu pasti mempunyai hikmahnya," katanya.


Road Show Syok Sendiri Parashit Beras JATI

Posted: 01 Feb 2012 03:56 AM PST


Kami Akui Kami Memang BODOH - Perkasa

Posted: 01 Feb 2012 02:39 AM PST

Kumpulan pendesak Melayu, PERKASA, hari ini mengakui ia membuat kesilapan dalam pemberian 'ang pow putih' dan berjanji bahawa kejadian seumpama itu tidak akan berulang.

Setiausaha agungnya, Syed Hassan Syed Ali, berkata episod itu telah satu pengajaran kepada PERKASA dan semua pihak untuk lebih berhati-hati supaya sesuatu tindakan tidak menyentuh sensetiviti budaya kaum tertentu.

"PERKASA mengambil iktibar komen perdana menteri dalam isu ang pow sampul putih pada majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina.


"Memang benar ia satu pengajaran kepada PERKASA dan semua pihak untuk lebih berhati-hati," katanya dalam satu kenyataan akhbar.

Menurut Syed Hassan, PERKASA juga menghormati dan bersetuju dengan ulasan Ketua Pemuda MCA Datuk Wong Ka Siong supaya setiap kaum peka dan sensitif akan budaya kaum yang lain.

"Bagaimana pun PERKASA juga berharap kenyataan Ketua Pemuda MCA itu bukan sahaja ditujukan pada PERKASA dan NGO Melayu (sahaja), tetapi juga kepada NGO atau pihak-pihak lain kaumnya sendiri juga.

"Bukan sedikit juga kaumnya telah mengusik sensitiviti orang Melayu terutama (berhubung) isu-isu Islam, namun sekali pun susah mendengar permohonan maaf dari mereka," katanya.

Menurut Syed Hassan lagi, PERKASA melihat komen Wee itu sebagai sesuatu yang sihat untuk tidak mengeruhkan lagi isu berkenaan.

"PERKASA harap ia selesai. PERKASA mengakui kesilapan yang tidak disengajakan dalam isu ang pow sampul putih itu dan akan pastikan ia tidak berulang lagi."

Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menafikan ang pow putih yang melambangkan 'kematian' mengikut budaya Cina mempunyai apa-apa kaitan dengan kerajaan.

"Saya berpendapat bahawa jika kita benar-benar faham budaya dan pantang larang kaum Cina, kontroversi seperti ini boleh dielakkan.

"Kita semua tahu perkataan angpau ertinya envelop merah, yang warnanya mestilah merah dan bukan warna lain. Insiden ini boleh dijadikan satu pengajaran sosial," tulis Najib dalam Facebook berbahasa Cina beliau, "Ah Jib Gor".

PERKASA diselar pelbagai pihak termasuk daripada parti komponen BN apabila presidennya Datuk Ibrahim Ali mengagihkan ang pow putih pada majlis ruma terbuka Tahun Baru Cina anjurannya pada 29


Tohmahan Hassan Ali perlukah Pemimpin atasan PR berdiam diri?

Posted: 01 Feb 2012 01:46 AM PST

Tapi perlukah pemimpin-pemimpin Pas berdiam diri dengan tohmahan Hassan Ali dalam Roadshownya,perlukah kita biarkan ia berbuat begitu tampa menjawab balik tuduhan yg di lemparkan oleh Hassan Ali ini..

Saya juga dapat maklumat bahawa pemimpin tertinggi tidak akan membuat komen apa2 setakat ini dan biarkan Hassan Ali nak bercerita apa yg dia suka dan apa yg diceritakan nanti hanya memburukkan dirinya sendiri

Tapi perlu diingat bahawa Hassan Ali bercakap di flatform yg mendapat liputan meluas di media-media Umno,sedikit sebanyak akan mempengaruhi orang yg berada diatas pagar dengan lakonanannya.


Sekarang dikedai-kedai kopi orang bercerita pasal Hassan Ali,bagi kalangan member dari Umno tidak dinafikan bahawa mereka mengatakan perjuangan Hassan Ali adalah betul dan sikap dia yg tegas kepada agama menyebabkan beliau disingkir dari Pas,untuk mereka yg diatas pagar mereka juga termakan dengan cakap2 Hassan Ali kerana Hassan Ali sebelum ini adalah orang berpengaruh dan bekas Exco Kerajaan Selangor..

Ya memang perkara itu nampak kecil,tapi kalau dibiarkan berterusan ia juga akan menjadi masalah yg besar.Bagi yg dah berada didalam Pakatan Rakyat..cakap-cakap Hassan Ali tidak mampu mengubah hati mereka dan mereka tetap teguh dengan Pakatan Rakyat.

Yang perlu kita ingatkan ialah orang yg diatas pagar dan orang Umno yg tidak suka dengan Umno,mereka inilah yg perlu kita tarik untuk mengundi Pakatan Rakyat untuk PRU 13 nanti..

Terbaru Hasan mendakwa, Pakatan antara lainnya akan menyokong Israel dan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara republik.

"Kalau ikut bacaan saya, mengikut apa yang diberitahu kepada saya, kalau mereka berkuasa mereka akan jadikan Malaysia ini menjadi republik," katanya.


Perkara-perkara begini kalau Umno bercakap pon kita jawab apa lagi Hassan Ali yg sudah menjadi perasit kepada Pakatan Rakyat,ia perlu dijawab..

http://cupingmerah.blogspot.com/2012/02/tohmahan-hassan-ali-perlukah-pemimpin.html


Tiada ulasan: