Rabu, 1 Februari 2012

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Woi Orang Tua.. Duduk Diam-Diam Laa..

Posted: 01 Feb 2012 12:30 AM PST

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menasihatkan mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed supaya "duduk diam-diam di rumah dan jaga cucu di rumah" serta tidak 'menyerangnya' tanpa sebarang asas.

"Itu orang tua belum habis lagi ka? Sudah la tu. Dia dan keluarga sudah kaya-raya, Mirzan dah berbilion.

"Cukuplah, duduk diam-diam di rumah dan jaga cucu di rumah," katanya kepada lebih 1,000 hadirin di acara rumah terbuka Tahun Baru Cina PKR Batu di Kuala Lumpur.


Anwar yang juga ketua umum PKR mengulas serangan bekas ketuanya pada Isnin lalu yang berkata bekas timbalan perdana menteri itu memang mempunyai hubungan rapat dengan Yahudi dan malah berkawan dengan anggota kongres Amerika Syarikat yang berbangsa Yahudi.

Mahathir juga dilaporkan berkata Anwar suka jika dipuji oleh orang Barat.

"Dia kata saya dekat dengan orang Israel. Dulu dia kata saya ikut orang Cina. Kalau jadi PM, saya akan jual negara ini pada orang Cina."

"Dey ane! Mana satu ini.

"Hari itu saya pergi majlis Ponggal, saya pakai topi India. Macam MGR (bintang filem India). Nanti dia kata saya ikut orang India pula!" sindir Anwar.

Ucapannya disambut dengan tepukan gemuruh daripada hadirin yang sebahagian besarnya masyarakat Cina yang telah menyambut beliau dengan paparan tarian singa sebelumnya.

Anwar juga diraikan dengan hidangan 'yee sang' dan disertai oleh pemimpin-pemimpin PKR serta komponen Pakatan yang lain.


Mulut Sampah..

Posted: 31 Jan 2012 10:40 PM PST



Bekas pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Hasan Ali tampil dalam ceramah keduanya di Bandar Baru Bangi pada malam tadi dengan amaran bahawa Pakatan Rakyat merupakan ancaman kepada Islam.

Hasan mendakwa, Pakatan antara lainnya akan menyokong Israel dan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara republik.

"Kalau ikut bacaan saya, mengikut apa yang diberitahu kepada saya, kalau mereka berkuasa mereka akan jadikan Malaysia ini menjadi republik," katanya.

Hasan juga mendakwa, Pakatan akan menggugurkan Perkara 153 dalam perlembagaan Malaysia yang melindungi hak keistimewaan orang Melayu.

Bagaimanapun, parti berkenaan masih tidak boleh berbuat demikian, kerana tindakan itu memerlukan kelulusan daripada Majlis Raja-raja.

Oleh sebab itulah, katanya rakyat perlu menyokong gerakan JATI – kuasa ketiga yang memperjuang agenda Islam, Melayu dan Raja-raja dalam pilihan raya akan datang.

Hasan juga cuba meraih simpati dengan dakwaan bahawa beliau dipecat daripada PAS akibat tekanan daripada PKR dan juga dihalang daripada menjalankan hukum Islam ketika berada di dalam Pakatan.

Serang Anwar

Beliau juga giat menyerang ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disifatkannya sebagai "rakyat Malaysia yang tetap akan menjadi perdana menteri walau di dalam penjara."

Katanya, Anwar dalam syarahan di London School of Economics sebelum ini antara lainnya telah menyebut mengenai pluralisme agama – satu fahaman yang disifatkannya sebagai syirik.

"Bahaya orang ini. Kalau jumpa ular, bunuh yang mana dulu saya tak tahulah. Dalam satu cara, lebih bahaya daripada (pengerusi DAP) Karpal Singh," katanya lagi yang disambut ketawa oleh sebahagian daripada kira-kira 1,000 orang yang hadir.

Mengimbau kembali saat apabila Pakatan memenangi Selangor pada 2008, Hasan juga menceritakan bahawa beliau telah diberitahu oleh pemimpin Pakatan Rakyat supaya tidak menguatkuasa menguatkuasa enakmen jenayah Syariah di Selangor.

"Saya nak kuatkuasakan (undang-undang) yang berkaitan zina, rumah urut, arak, apa mereka kata? Bila kita menang kita bersetuju bahawa kita tidak boleh lakukan yang bertentangan dengan hak asasi manusia."

Lebih teruk lagi, kata Hasan, apabila diberitahu bahawa tindakan itu juga menyalahi hak asasi manusia sekiranya dilakukan ke atas orang Islam.

"Siapa yang halang? DAP dan PKR. DAP dan PKR saya faham kerana ia parti yang agak bercampur, yang saya tak faham orang parti saya.

"Siapa penghalang pertama?," soalnya yang disambut dengan laungan "Khalid Samad" oleh beberapa orang hadirin.

Katanya lagi, beliau sedih apabila orang bekas partinya itu sendiri boleh berdiri di belakang DAP – golongan yang menurutnya pernah berkata "kalau nak laksana hudud, undang-undang Islam, langkah mayat saya dulu."

"DAP kecam saya boleh terima, tapi orang pakai kopiah putih kecam saya, saya tak boleh terima," katanya lagi yang mengaitkannya dengan satu kunjungan yang diterimanya daripada seorang wakil PAS pusat.

Katanya, wakil yang tidak dinamakannya itu telah memberitahunya untuk mengurangkan penguatkuasaan dan serbuan oleh Jabatan Agama Islam Selangor yang diketuainya sebelum ini.

"Yang penting kita nak tawan Putrajaya dulu," katanya, mengulangi saranan yang dikemukakan oleh wakil tersebut.

Bekas timbalan pegawai daerah itu, yang mendabik dada sebagai pegawai pertama yang membaca khutbah Jumaat dalam sejarah Malaysia, juga berkata beliau tidak boleh menerima saranan tersebut.

"Biar tak sembahyang, zina, minum arak dulu asalkan pergi Putrajaya?," soalnya.

Turut berucap dalam ceramah tersebut ialah bekas ketua penerangan PAS Selangor, Hassan Basri yang turut membidas Anwar berhubung kenyataan yang didakwa mengiktiraf negara Israel.


Azizan Dakwa Sokongan Terhadapnya Semakin Kuat

Posted: 31 Jan 2012 10:25 PM PST

MB dakwa sokongan makin kuat, sedia beri penjelasan

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak sedia memberi penjelasan terperinci mengenai isu penggantungan pelajar Kolej Universiti Insaniah (KUIN) kepada pemimpin PAS jika diminta berbuat demikian.

''Saya bersedia memberi penjelasan terperinci mengenai isu itu pada mesyuarat politik bulanan PAS jika diminta berbuat demikian," kata Azizan dipetik Utusan Malaysia hari ini.

Azizan yang juga pesuruhjaya PAS Kedah berkata walaupun keputusannya untuk menggantung lima pelajar KUIN mencetuskan rasa tidak puas hati di kalangan rakan-rakan Pakatan, namun ia tidak menggugat kedudukannya sebagai menteri besar.


Sebaliknya, Azizan mendakwa kedudukan beliau semakin kukuh dengan sokongan daripada ahli-ahli PAS di peringkat pusat dan negeri.

"Siapa yang betul, saya atau depa (mereka), sekarang depa merasa malu sebab dah tersilap," katanya lagi petik akbar milik Umno itu.

PAS dijadual mengadakan mesyuarat jawatankuasa pusat pada 12 Februari depan.

Dalam perkembangan berkaitan, The New Straits Times pula memetik Azizan membidas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan dan pengarah komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad kerana cepat menyalahkan beliau sebelum memeriksa fakta kes.


Dakwanya, kelima-lima pelajar yang digantung itu adalah mengikut Akta Institut Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555) dan bukannya di bawah Akta Unversiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang mahu dihapuskan oleh Pakatan Rakyat jika berkuasa, seperti yang dilaporkan.

Mohamad Sabu sebelum ini dilaporkan berkata, PAS Pusat perlu mendengar penjelasan daripada Azizan sebelum mengambil sebarang keputusan kerana apa yang dilaporkan oleh media berbeza dengan apa yang berlaku.

Nik Nazmi pula meminta supaya Pakatan bertindak terhadap Azizan kerana tindakan terhadap lima pelajar itu bercanggah dengan kandungan Buku Jingga yang mahu menghapuskan AUKU.

Berkaitan : KUIN: 'Azizan ada kuasa guna AUKU,' kata Umno Kedah


ROSMAH MANSOR JADI BUDAK SURUHAN RAJA REZZA SHAH?

Posted: 31 Jan 2012 08:35 PM PST

Dewan pemuda PAS Malaysia (DPPM) melihat penjelasan Pengerusi Festival Fesyen Islam (IIF) Raja Rezza Shah melalui kenyataan beliau di media berhubung dakwaan perbelanjaan mewah Datin Seri Rosmah Mansor di Australia adalah jawapan melepas diri semata-mata bagi mengelak lebih banyak spekulasi buruk menimpa isteri Perdana Menteri itu. Menurut kenyataan Raja Rezza Shah, Datin Seri Rosmah Mansor tidak berbelanja sakan seperti yang didakwa ramai pihak, sebaliknya pakaian yang dibeli adalah stok untuk bekalan sebuah kedainya di London.

DPPM menganggap jawapan yang diberikan oleh Raja Rezza Shah adalah jawapan lucu dan pelik. Beliau turut mengakui mengikuti rombongan Perdana Menteri dan isterinya ke Australia dalam kenyataannya itu. Persoalannya, bagaimana Raja Rezza Shah mendapat suatu keistimewaan boleh bersama-sama rombongan Perdana Menteri dan isteri ke Australia dalam suatu urusan kerajaan. Apa kelebihan beliau kepada Perdana Menteri sehingga beliau turut diundang bersama dalam rombongan tersebut?


Persoalan kedua, bagaimana Datin Seri Rosmah boleh 'menolong' membeli 61 helai pakaian bagi pihak Raja Rezza Shah untuk stok kedainya di London. Seolah-olah Datin Seri Rosmah menjadi 'budak suruhan' Raja Rezza Shah untuk membeli pakaian di butiknya. Begitu hebatnya beliau sehingga boleh 'mengarah' atau 'meminta tolong' Datin Seri Rosmah membeli 61 helai pakaian untuk stok di kedainya?

Jika beliau menyatakan pembelian tersebut adalah untuk stok butik kedainya di London, ini menunjukkan beliau menggunakan kepentingan peribadi melalui kabel politik pemimpin besar negara. Bagi DPPM, beliau tidak sepatutnya dibenarkan mengiringi rombongan PM dan isteri ke Australia kerana tujuan lawatan itu adalah kerana urusan rasmi kerajaan, sementara beliau menggunakan kesempatan rombongan ini untuk meraih kepentingan peribadi.

Selain itu, Datin Seri Rosmah Mansor berkali-kali menafikan membuat pembelian tersebut dan menganggap ia sebuah fitnah yang direka-reka. Sedangkan penjelasan Raja Rezza Shah mengesahkan pembelian 61 helia pakaian itu benar-benar dibuat. Mengapa Datin Seri Rosmah Mansor tidak mengakui lebih awal atau terus meminta Raja Rezza Shah menjawab bagi pihaknya? Sudah hampir dua minggu tohmahan itu berlegar di kalangan rakyat, baru sekarang penjelasan diberikan.

Jawapan Raja Rezza Shah bukan meleraikan dakwaan 'pemborosan wang di luar negara' Datin Seri Rosmah Mansor, sebaliknya lebih menjejaskan reputasi Datin Seri Rosmah. Lebih banyak penjelasan dituntut dari isteri PM itu berhubung rombongan beliau itu.

Disediakan oleh;


RIDUAN MOHD NOR
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia

Dipetik dari http://dppwp.wordpress.com/2012/01/31/rosmah-mansor-jadi-budak-suruhan-raja-rezza-shah/



Parasit - Bodohnya Hasan Ali

Posted: 31 Jan 2012 08:27 PM PST

AKHIRNYA Hassan anak Ali @ Hassan Akidah, menyebut Khalid Samad adalah `parasit' di dalam PAS. Di dalam ceramahnya di Shah Alam malam kelmarin, Hassan Akidah ini mendakwa Khalid Samad yang juga MP Shah Alam sentiasa membantah `kerja-kerja Islam' Hassan Akidah. Apakah `kerja-kerja Islam' Hassan? Rampas arak? Serbu gereja? Atau, seperti sekarang iaitu bersekutu dan berbaik dengan TV3 suku iaitu media utama penyebar fitrnah dan seks itu kerja Islam Hassan Akidah?

Apa jawapan Khalid Samad atas dakwaan Hassan Akidah? Mahu tergelak rasanya bila membaca jawapan Khalid Samad terhadap Hassan Akidah, kerana tidak disangka Khalid Samad yang tidak setinggi Phd Hassan Akidah nampaknya lebih bijak dan pintar dari Hassan. Betul lah kata orang, sebijak mana pun seseorang itu, jika duduknya di kawasan penuh taik, maka tidaklah bijak ia.


Kita petik jawapan Khalid Samad terhadap tuduhan Hassan Akidah bahawa beliau adalah `parasit' di dalam PAS. Khalid Samad berkata, " Ini menampakkan yang Hassan sendiri tidak tahu maksud sebenar perkataan parasit yang dilaung-laungkannya itu. Katanya, parasit sebenarnya hidup di atas kekuatan pihak lain dan secara perlahan merosakkan pihak yang menanggungnya. " Dalam hal ini dialah (Hassan) parasit sebab tumpang nama Pas, saya dah tentu orang Pas sejak dulu lagi. Bagi saya ia hujah yang memalukan bagi seorang yang mempunyai Phd," katanya pada Mynewshub.my di sini hari ini.

Sebiji tepat ke lubang hidung Hassan Akidah. Sekarang kita tanya, siapa pula `Pelesit'? Pelesit dikenali sebagai `binatang berhantu dan berpuaka' yang sering membuat bising dan mengganggu ketenteraman orang lain di samping menjadi perasuk. Siapa yang ke hulu ke hilir buat bising tidak cukup di dalam media TV3 suku, terbang lah pelesit ini ke pelusuk kota dan desa menghasut dan merasuk orang ramai? Jawapannya Hassan Akidah. Beliau adalah `Pelesit' sebenar.

Mulanya menghasut orang ramai agar tidak hadir ke mahkamah Jalan Duta pada 09 Jan yang lalu untuk menyokong DS Anwar. Ada sesiapa yang terasuk dengan pelesit ini? Terbukti, ribuan orang hadir menandakan tidak semua rakyat mempunyai hati yang sebusuk Hassan Akidah. Dikatakan beliau tercampak dari PAS kerana hasutan Azmin, kemudiannya menyalahjkan DS Anwar, kemudiannya menuding jari pada `parasit' pula. Mana satu, wahai pelesit?

Setelah cuba menghasut orang ramai agar tidak menyokong DS Anwar dan beliau gagal, pelesit ini tidak berputus asa. Baru-baru ini di Shah Alam, beliau menghasut pula agar orang ramai agar jangan mengundi PAS yang diwakili oleh Khalid Samad di Shah Alam di dalam PRU nanti. Hati yang busuk sang pelesit ini semakin terserlah. Menghasut orang ramai agar tidak mengundi Khalid Samad sebagai calon PAS, bererti Hassan Akidah ini mahu Umno menang. Mahu Umno menang, ertinya Hassan Akidah ini pejuang Islam? Kelakar, bukan?

Mari kita cabar sang pelesit ini agar bertanding satu lawan satu dengan Khalid Samad di Shah Alam. Tentu sekutu Apco akan sudi memberikan laluan untuk Hassan Akidah bertanding di situ. Ada berani? Paling tidak pun, kita cabar Hassan Akidah ini berdebat dengan Khalid Samad atas isu `Siapa Parasit dan siapa Pelesit". Ada berani? Jawapannya, Hassan Akidah akan menjawab sama seperti `tuan baru'nya iaitu Haji Najib bahawa jika debat diadakan, pasti Khalid Samad akan demam. Itulah jawapan lazim puak bacul dulu, kini dan selamanya./

Oleh WFAUZDIN NS


Tradisi Arak Calon Pilihanraya Akan Dimansuhkan

Posted: 31 Jan 2012 07:25 PM PST

SPR mansuh arak calon, sebab penyokong PR ramai mengalahkan penyokong BN

GEORGE TOWN: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mahu menghentikan amalan calon yang bertanding pada pilihan raya membawa kumpulan penyokong dalam jumlah yang besar pada hari penamaan calon.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, perarakan mengiringi calon ke pusat penamaan calon sepatutnya dimansuhkan bagi memastikan suasana aman pada hari berkenaan.

"Hanya sepuluh penyokong dan wakil-wakil calon dibenarkan. Hari penamaan calon dan hari pengundian adalah yang paling membimbangkan saya," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan taklimat pilihan raya di sini, Selasa.


Beliau berkata berdasarkan pengalaman 16 pilihan raya kecil sebelum ini, sikap penyokong semakin berubah dan sangat berbeza.

"Mereka menjerit, baling botol dan suka mencabar. Sebab itu semua pegawai pengurus mesti mengetahui undang-undang dan peraturan dengan baik," katanya.

Selain itu Abdul Aziz berkata, peraturan menggantung bahan kempen juga akan diperkemaskan kerana menurut beliau tidak ada mana-mana negara yang membenarkan kain rentang atau bendera digantung di pokok atau bangunan awam.

"Tapi di sini, mereka akan panjant pokok, lampu isyarat, tiang lampu untuk pasang kain rentang. Saya fikir kalau seseorang itu berdiri dalam keadaan tetap, badan dia juga akan dihiasi bahan kempen," katanya.

Tambah Abdul Aziz beliau akan membawa cadangan ini kepada Jawatankuasa Khas Parlimen bagi penambahbaikan sistem pilihan raya.


Bekas Presiden Dipenjara 35 Tahun Keranan Joli Wang Rakyat

Posted: 31 Jan 2012 06:41 PM PST

Presiden Tunisia yang digulingkan Zine el Abidine Ben Ali dan isterinya dijatuhi hukuman penjara masing-masing 35 tahun, Isnin, dalam persidangan in absentia kerana menggelapkan dana negara, kata seorang hakim.

Hakim Touhami Hafi juga mendenda bekas pemimpin Tunisia yang kini berada dalam buangan itu 50 juta dinar (25 juta euro) dan isterinya, Leila Trabelsi, 41 juta dinar, pada hari pertama persidangan itu, lapor AFP.

Dia menunda persidangan dalam kes kedua sehingga 30 Jun untuk memberi masa peguam Ben Ali mempersiapkan pembelaan mereka.


Ben Ali dan Trabelsi dituduh melakukan penggelapan dana selepas penemuan wang dan perhiasan di dalam istana mereka di sebuah daerah di Tunisia.

Kes kedua, yang hanya ditujukan pada Ben Ali, melibatkan senjata dan dadah yang khabarnya ditemui di sebuah tempat tinggal presiden di Carthage.

Ben Ali membantah semua tuduhan tersebut sebelum persidangan itu melalui peguamnya, Akram Azouri.

Mantan presiden itu, isterinya dan kedua-dua anaknya kini berada dalam buangan di Arab Saudi.

Ben Ali meninggalkan negaranya pertengahan Januari selepas berkuasa 23 tahun di tengah-tengah tuntutan yang meningkat agar dia mengundurkan diri meskipun dia telah menyatakan tidak akan mengupayakan pembaharuan masa jabatan selepas 2014. Dia dikhabarkan berada di Arab Saudi.

Dia dan isterinya serta ahli-ahli lain keluarganya kini menjadi buruan dan Tunisia telah meminta bantuan Interpol untuk menangkap mereka.

http://keretaburuk12.blogspot.com/2012/02/bekas-presiden-tunisia-ben-ali-dan.html


Akibat Terlalu Panik Dan Takut..

Posted: 31 Jan 2012 06:26 AM PST


KUALA LUMPUR – Mungkin kerana terlalu panik setelah melanggar sebuah kereta mewah jenis Volvo XC60, seorang wanita kemudiannya merempuh dua buah kereta lagi di belakangnya sebelum bertindak merempuh masuk ke dalam sebuah kedai 'Superbike' dan menghentam empat buah motosikal berkuasa tinggi di Bandar Sri Permaisuri di sini.

Dalam kejadian pukul 4.30 petang, pemandu wanita dalam lingkungan usia 50-an itu telah menggerakkan kereta Wira gear automatik miliknya berulang kali ke depan dan ke belakang sebanyak enam kali hingga melanggar semua kenderaan terbabit.


Seorang saksi kejadian, Mohd Nooraimee Othman, 23, berkata, wanita itu pada mulanya mengundurkan keretanya untuk keluar dari kawasan tempat letak kereta di hadapan kedai motosikal berkuasa besar berkenaan dan secara tidak sengaja melanggar Volvo milik adik kepada pemilik kedai 'Superbike' berkenaan.



"Mungkin makcik tu panik sangat.. lepas dia langgar volvo kat belakang..dia reverse dan ke depan dan belakang lebih kurang lima kali..kali yang kedua dia reverse (mengundur) itu dia hentam pulak dua buah Myvi yang terletak kat tempat letak kerata kat belakang dia.

"Kali ke enam dia maju ke depan dan terus rempuh masuk dalam kedai..masa melompat masuk kedai tu dia sempat langgar sebuah motosikal Honda VFR 1000..pelanggan punya tu," katanya bercerita mengenai kejadian yang mencemaskannya itu.

Menurut Mohd Noraimee yang merupakan pekerja kedai Superbike tersebut, wanita itu turut melanggar tiga buah motosikal berkuasa tinggi jenis Suzuki GSX 1000cc, Honda CBR 1000cc dan BMW 1400cc yang berada di dalam kedai berkenaan.

Seorang lagi saksi, Sarah Zamzuri, 30, pekerja RHB Bank yang terletak bersebelahan kedai superbike itu berkata, dia terkejut dengan bunyi dentuman kuat membuatkannya berlari keluar dari pejabat untuk melihat punca bunyi berkenaan.

Sarah berkata, dia bingung sebentar apabila melihatkan kereta yang dipandu oleh wanita terbabit berulang kali bergerak ke depan dan ke belakang dengan laju.

Melihat kejadian itu, Sarah berkata, dia terus berlari mengalihkan kereta Avanza miliknya sebelum sempat dilanggar oleh wanita berkenaan.

"Saya panik tengok mak cik tu laju aje reverse dan pecut ke depan, saya terus lari ke kereta saya untuk alihkan kenderaan saya. Memang Tuhan sahaja yang tahu macam mana saya menggigil berlari ke kereta.

"Waktu saya alihkan kereta saya, wanita itu masih lagi menggerakkan keretanya dengan laju,"terang Sarah.

Adik kepada pemilik kedai Superbike yang enggan dikenali itu mendakwa, abangnya mungkin terpaksa menanggung kerugian mencecah setengah juta ringgit akibat insiden tersebut.

Sementara itu, ketika mendapatkan kenyataan dari suami wanita tersebut, lelaki itu hanya banyak berdiam dan turut terkejut dengan kejadian yang berlaku.

Lelaki berkenaan tidak percaya kemalangan yang berlaku itu berpunca daripada isterinya yang ditinggalkan sekejap sewaktu dia keluar untuk membeli barangan.

Orang ramai yang turut berada di tempat kejadian sempat menjerit ke arah wanita berkenaan supaya menghentikan enjin keretanya supaya dia tidak terus menggerakkan kenderaannya.

Wanita berkenaan juga kelihatan masih bingung.


Jati?? Kayu Jati? Beras Jati?? Eee.. Takutnya.. Kahkahkah..

Posted: 31 Jan 2012 04:26 AM PST

Hasan Ali Tubuhkan 'Jati' Untuk Teruskan Perjuangan

SHAH ALAM: Bekas anggota PAS, Datuk Dr Hasan Ali akan menubuhkan badan bukan kerajaan (NGO) dinamakan 'Jati' untuk meneruskan agendanya memperjuangkan agama Islam, hak orang Melayu dan raja-raja Melayu.

"Secara peribadi orang tanya saya nak sertai Umno atau PKR (Parti Keadilan Rakyat)...saya nak katakan, saya tidak akan sertai mana-mana parti politik, saya akan sertai NGO yang namanya Jati," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau yang ditemui selepas berceramah di Seksyen 17 malam Isnin,turut mengakui masih sayangkan PAS dan mahu membantu parti itu menghapuskan golongan 'parasit' yang cuba merosakkan perjuangan asal PAS.


Sejak dipecat dari PAS pada 8 Januari lepas, spekulasi tersebar luas bahawa bekas anggota exco kerajaan negeri Selangor itu akan menyertai Umno.

Mengulas mengenai Jati, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu berkata NGO tersebut akan dilancarkan pada 21 Februari ini.

Beliau turut mengajak NGO lain untuk bergabung dengan Jati bagi membentuk 'kuasa ketiga' yang diharapkan dapat mengimbangi kehadiran Barisan Nasional dan pakatan pembangkang pada pilihan raya umum ke-13.

Ditanya sama ada kuasa ketiga itu akan menyokong parti memerintah, Hasan berkata, perkara tersebut belum diputuskan.

"Kita adalah kuasa ketiga kalau bertanding pun atas nama kuasa ketiga dan kita tak kisah sama ada kita bertanding bersama atau tidak bersama dengan mana-mana parti politik," katanya. - BERNAMA


Tiada ulasan: