Rabu, 29 Februari 2012

Biaqpila

Biaqpila


KEPUTUSAN WORLD CUP 2014 KELAYAKAN ZON ASIA 29/2/2012

Posted: 29 Feb 2012 02:00 PM PST

WORLD CUP QUALIFICATION - ASIA
29/2/12








Group A

China 3 - 1 Jordan

Iraq 7 - 1 Singapore


Group B

South Korea 2 - 0 Kuwait

UAE 4 - 2 Lebanon


Group C

Tajikistan 1 - 1 Korea DPR (PRK)

Japan 0 - 1 Uzbekistan


Group D

Australia 4 - 2 Saudi Arabia

Oman 2 - 0 Thailand


Group E

Iran 2 - 2 Qatar

Bahrain 10 - 0 Indonesia







KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

LIVE: FILIPINA VS MALAYSIA

Posted: 29 Feb 2012 04:41 AM PST

NFCorp terlibat perniagaan pasaraya mewah di Singapura

Posted: 29 Feb 2012 12:00 AM PST



(Oleh: Sidiqin Omar)


 


PETALING JAYA 28 Feb: KEADILAN hari ini mendedahkan National Feedlot Corporation(NFCorp) turut terlibat dalam perniagaan pasaraya mewah di Singapura, selain tiga buah restoran dan pelaburan RM44 juta kondominium di republik itu.


Menurut Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli, perniagaan itu dikendalikan syarikat Farmhouse Supermarkets Pte Ltd yang dimiliki suami Datuk Seri Shahrizat Jalil – Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail dan dua anak mereka, Wan Shahinur Izram Salleh dan Wan Izrarana Fatimah Zabedah.


Siasatannya mendapati Farmhouse Supermarkets Pte Ltd menjadi penyewa utama kepada kompleks pasaraya mewah Star Vista, di kawasan elit berdekatan Nanyang Technology University.


“Pasaraya yang diusahakan oleh Farmhouse Supermarkets Pte Ltd ini dijangka mula beroperasi dalam suku ketiga tahun ini, apabila kompleks Star Vista siap,” jelas beliau dalam sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN hari ini.


Syarikat itu juga, katanya, telah menandatangani perjanjian sewaan dengan pemaju, CapitalMalls bagi 28 unit ruang kedai di kompleks tersebut.


Sewa ruang kedai yang setiap satu berkeluasan 3,000 meter persegi itu dianggar mencecah S$900,000 sebulan atau RM2.2 juta, mengikut harga pasaran semasa.


“Sudah tentu perniagaan pasaraya ini akan dibiayai oleh dana awam yang disalurkan bagi tujuan penternakan lembu seperti yang dimandatkan oleh NFC, seperti yang berlaku di dalam pembelian-pembelian aset mewah lain sebelum ini,” tegasnya.


Sehubungan itu, katanya, KEADILAN mendesak NFC menjelaskan komitmen kewangan yang telah dibuat melalui Farmhouse Supermarkets Pte Ltd, termasuk perjanjian sewaan yang telah dimeterai.


“Tindakan tegas perlu dilakukan segera untuk merampas kembali kesemua dana yang telah diselewengkan secepat mungkin dan mendakwa individu terbabit di mahkamah atas tuduhan pecah amanah dan jenayah perdagangan.


“Jika ini tidak berlaku dalam minggu ini, KEADILAN akan melakukan pendedahan setiap minggu hinggalah Dewan Rakyat bersidang pertengahan bulan Mac ini,” tegas beliau.

-KD



KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

AKSI SEKS TEPI SURAU

Posted: 28 Feb 2012 08:00 PM PST


KOTA DAMANSARA - Tindakan sepasang pelajar asing membuat hubungan seks di dalam kereta di tepi sebuah surau di Seksyen 6, kelmarin mengundang kemarahan penduduk setempat.

Perbuatan tidak senonoh pasangan warga Afrika disedari oleh seorang ahli jawatankuasa surau yang kebetulan melalui blok rumah yang menempatkan asrama pelajar sebuah kolej kira-kira jam 10 pagi.

Kelakuan tersebut menyebabkan penduduk berang dan bertindak memancitkan tayar kereta tersebut.

Ahli Jawatankuasa Surau An-Nur Flat Gugusan Seroja, Harun Ali berkata, dia sangsi selepas melihat kereta Myvi berwarna putih di letakkan di parkir blok berkenaan bergoyang.

"Bila saya pergi lihat di tingkap kereta terbabit, saya lihat pasangan warga Afrika sedang melakukan hubungan seks di belakang kereta," katanya.-SH

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

No Plat WWW Boleh Di Tempah Mulai 30 April 2012

Posted: 28 Feb 2012 04:15 PM PST

Orang ramai yang menantikan nombor pendaftaran kenderaan "WWW" yang membawa maksud "World Wide Web" dijangka boleh membuat tempahan di Jabatan Pengangkutan Jalan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 30 April 2012.

Menteri Pengangkutan Datuk' Seri Kong Cho Ha berkata, tempahan akan dibuka selama 14 hari dari jam 8 pagi hingga 12 tengahari dan ditutup pada jam 12 tengahari 14 Mei 2012.Beliau percaya tempahan terhadap nombor pendaftaran WWW bukan sahaja akan mendapat sambutan hangat daripada orang ramai dan juga akan mencatat harga tempahan yang paling tinggi di sejarah tempahan terhadap nombor pendaftaran kenderaan di negara kita.

Buat masa kini, harga tempahan nombor pendaftaran kenderaan "MCA 1" merupakan harga tempahan nombor pendaftaran kenderaan yang paling tinggi, harganya ialah RM300,100.00.Beliau menambah bahwa pendapatan Jabatan Pengangkutan Jalan setiap tahun dari tempahan terhadap nombor pendaftaran kenderaan puratanya adalah sebanyak RM1.7 million.Pada tahun 2010, pendapatan JPJ dari tempahan terhadap nombor pendaftaran kenderaan adalah hampir RM1.6 million.Pada tahun 2011, telah melebihi 1.8 million.

Beliau berkata, terdapat empat kategori nombor yang boleh ditempah iaitu nombor bernilai utama, nombor menarik, nombor popular dan nombor semasa.Nombor bernilai utama iaitu nombor satu angka (1-10) akan dibuka dengan harga jualan minimum RM 10,000, manakala nombor menarik dijual dengan harga minimum RM 2,000.Nombor popular dan nombor semasa masing-masing dibuka dengan harga minimum RM 300."Kita telah menerima banyak pertanyaan dan panggilan telefon tentang nombor pendaftaran WWW. Salah satu sebab kenapa mereka mahu sangat nombor itu kerana ia membawa maksud World Wide Web," katanya.

Beliau juga menperingatkan mereka yang ingin menempah nombor pendaftaran WWW supaya mengikut procedur yang ditetapkan oleh JPJ, termasuk mengisi borang dan membayar deposit yang ditetapkan.Borang tempahan nombor pendaftaran boleh dimuat turun dari portal JPJ, iaituwww.jpj.gov.my-28/2/2012*gambarhiasan -agendadaily
Published with Blogger-droid v1.7.4


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: