Jumaat, 3 Februari 2012

Biaqpila

Biaqpila


SUAMI UPAH JIRAN HAMILKAN ISTERI

Posted: 02 Feb 2012 11:00 PM PST

STUTTGART – Hakim mahkamah Jerman perlu memutuskan satu kes sama ada seorang defendan 'benar-benar berniat jujur' apabila menerima upah daripada plaintif bagi melakukan hubungan seks dengan isterinya supaya mengandung tetapi gagal selepas 72 kali cubaan.Plaintif dikenali sebagai Demetrius Soupolos, 29, yang memperisterikan seorang bekas ratu, Taute.

Pasangan itu amat mengidamkan cahaya mata tetapi malangnya Soupolos dimaklumkan doktor bahawa dia mandul.Meskipun pada awalnya dibantah oleh isterinya, Soupolos berjaya menenangkan Taute mengenai rancangannya mengupah jiran, Frank Maus, 34, 'membantu' mereka mendapat anak.

Bagi Soupolos, rancangannya tentu boleh berjaya, lebih-lebih lagi dia baik dengan jirannya itu yang sudah berkahwin dan mempunyai dua anak.Soupolos memberi upah 2,500 euros (RM) dan Maus diberi tugasan menghamilkan Taute menerusi sesi berasmara tiga kali seminggu bagi tempoh enam bulan.

Laporan media Jerman menyatakan, Maus 'berusaha bersungguh-sungguh' dalam tempoh itu untuk memberi berita gembira kepada Soupolos.Malangnya, usaha Maus itu tidak berhasil dan dia memutuskan untuk berhenti selepas isterinya pula membantah.Dia kemudian memberitahu Soupolos: "Seperti juga kamu, saya kecewa tidak dapat memenuhi impian kamu.

Lagipun, saya lakukannya kerana mendapat upah. Saya harap anda dapat memahami."Soupolos, bagaimanapun, menyuruh Maus menjalani pemeriksaan doktor apabila Taute tidak mengandung selepas enam bulan.Doktor membuat pengumuman mengejutkan, Maus juga mandul.

Itu memaksa isterinya menjelaskan kepada Soupolos dan Taute bahawa Maus bukan bapa kepada dua anak mereka.Ia menyebabkan Soupolos menyaman Maus atas dakwaan melanggar kontrak dan supaya wangnya dikembalikan.Tetapi, ia ditolak Maus atas alasan dia tidak memberi jaminan Taute akan hamil tetapi hanya berjanji untuk 'berusahabersungguh-sungguh.' – Agensi

mynewshub
Published with Blogger-droid v1.7.4

SIAPA YANG AKAN MENSOLATKAN JENAZAHMU KELAK?

Posted: 02 Feb 2012 08:00 PM PST


Gambar hiasan


Saudaraku...,

- Siapa yang akan memandikanmu?
- Siapa yang akan mengafankanmu?
- Siapa yang akan mengangkat kerandamu?
- Siapa yang akan mensolatkanmu?
- Siapa yang akan meletakkanmu di liang lahad?
- Siapa yang akan mendo'akanmu?
- Siapa yang akan berdiri di sisi kuburanmu, berdo'a untukmu agar Allah meneguhkanmu ketika malaikat menanyamu?

Jawablah saudaraku!
Siapa yang akan menangisimu?
- Apakah perokok itu?
- Ataukah orang yang tidak mau tunduk dan solat kepada Robbnya ini?
- Ataukah orang yang meninggalkan puasa dan zakat ini?
- Ataukah orang yang membiarkan isteri dan anak perempuannya bebas berkeliaran di jalanan dan tempat hiburan dengan penampilan yang buruk dan pakaian yang hampir telanjang? Orang yang rela dirinya menjadi seorang dayus?
- Ataukah orang yang bergelumang maksiat dan dosa besar?
- Ataukah orang yang tidak memalingkan pandangannya dari wanita bukan muhrim, memandangnya seakan-akan menelanjanginya dengan matanya?

Saudaraku, siapa orang yang engkau inginkan menangisi kematianmu?
- Apakah temanmu yang mengajakmu ke tempat-tempat minuman keras, ataukah orang yang mengajakmu ke majlis-majlis ilmu?
- Atau orang yang kalau berbicara, tema pembicaraannya denganmu adalah berita-berita artis, bintang film, penari dan penyanyi, serta menyampaikan kepadamu berita-berita cabul dan keji, ataukah orang yang kalau berbicara kepadamu mengatakan,; Allah berfirman .. Rasulullah bersabda?
- Atau orang yang mengajakmu ke tempat hiburan, pantai, sinema dan menghabiskan waktu dengan menonton television serta perlumbaan-perlumbaan ataukah yang mengajakmu ke taman-taman surga?
- Apakah orang yang mengajak atau bersamamu main domino, catur dan tenis ataukah orang yang membukakan untukmu lembaran-lembaran Mushaf Al Qur'an?

Saudaraku
Siapa teman dekat dan sahabat akrabmu? Kami bantu engkau untuk memilih sahabat atau teman yang akan mensolatkan jenazahmu esok.

Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallama bersabda,
"Perumpamaan teman yang baik dan teman yang buruk itu laksana berteman dengan penjual minyak wanig dan pandai besi. Seorang penjual minyak wangi engkau bisa membeli darinya atau setidaknya mendapatkan aromanya. Sedangkan pandai besi akan membakar badanmu atau pakaianmu atau engkau mendapatkan darinya bau yang tidak sedap". (HR. Bukhari)

Cuba engkau renungkan buah dari persahabatan yang baik dengan orang yang baik di dunia sebelum manfaatnya di akhirat!

Pesan Sahabat Untuk Sahabat

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

HASSAN KAYU JATI BARU SEDAR PAKATAN MERBAHAYA SELEPAS DIPECAT

Posted: 02 Feb 2012 05:00 PM PST

Oleh: WFAUZDIN NS


SEBELUM anda baca tulisan saya ini, elok benar dibaca apa yang dipetik oleh Malaysiakini tentang ucapan Hassan anak Ali atau Hassan Kayu JATI di SINI.

Apa kata Hassan di dalam ceramahnya di Bandar Baru Bangi malam semalam? Dia bercerita soal akidah? Soal Jamil Khir curi duit zakat? Soal lesen Judi oleh Kerajaan Pusat? Soal cincin Rosmah atau shopping Rosmah? Soal rakyat susah harga barang naik? Atau pun Hassan Kayu JATI cerita tentang hebatnya Kerajaan Selangor tanpa sebarang kes rasuah dan air percuma, saham bagi anak yang lahir di Selangor, pemberian geran tanah dan sebagainya yang jauh lebih baik dari Khir Toyo dulu? Semua tidak diceritakan oleh Hassan Kayu JATI ini.

Apa yang beliau cerita adalah PAKATAN itu anti Islam. Ertinya Umno pejuang Islam. Anwar itu sokong Israel, ertinya pemimpin Umno dari dahulu sampai sekarang teramat benci dengan Israel walaupun pemain bolasepak Israel lepas masuk ke sini. Hassan Kayu JATI cerita Khalid Samad selalu menghalangnya dari memperjuangkan Islam. Ertinya, pemimpin Umno tidak pernah menghalang sesiapa pun melaksanakan hukum Islam. Katanya lagi, dia `dengar khabar' kalau PAKATAN memerintah, negara ini akan menjadi Republik. Rupa-rupanya ada Phd pun masih bangang ambil hujah dari dengar khabar.

Tambah si Hassan Kayu JATI lagi, PAKATAN akan mansuhkan hak keistimewaan Orang-Orang Melayu jika PAKATAN memerintah. Ohh, rupa-rupanya Anwar, Hj Hadi, Nik Aziz itu semua bukan Melayu maka tentulah tidak sayang kepada Melayu. Hanya Hassan Kayu JATI sahaja yang Melayu kalaupun bukan Jawa Totok. Lucu sikit bila Hassan Kayu JATI kata, beliau dipecat kerana PKR. Beliau malu mahu mengaku bahawa di dalam PAS, cakap beliau tidak laku kerana beliau sombong dan ego. Beliau mahu PAS ikut cakapnya kerana beliau seorang sahaja yang ada phd walaupun bertaraf mangkuk hayun. Masa beliau jadi Pesuruhjaya PAS Selangor dahulu, beliau mahu ahli-ahli PAS Selangor `Wala' (taat) kepadanya, tetapi bila kedudukan beliau terlucut, beliau tidak mahu `Wala' kepada pimpinan. Mesyuarat pun tidak mahu datang.

Lain-lain komen, anda semua bacalah dari seorang bernama Halik Zaman yang memberikan komennya di dalam Malaysiakini terhadap kenyataan Hassan Kayu JATI itu. Pada saya, jika jumpa ular dan Hassan Kayu JATI, elok tangkap kedua-duanya dan dimasukkan ke dalam zoo kerana mereka dari spesis yang sama./wfauzdin.blogspot.com


--------------------------------------------------------


Halik Zaman ·

Hasan mendakwa, Pakatan antara lainnya akan menyokong Israel dan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara republik.

Itu cuma satu teori orang yang kecewa pekat seperti Hassan Ali. Beliau hanya meramalkan dengan menyebut "akan menyokong Israel dan Malaysia sebagai republik". Kalau perkara itu betul dan Hassan Ali punya bukti, kenapa tidak buat sahaja laporan polis?

Hassan Ali kelentong lagi "Kalau ikut bacaan saya, mengikut apa yang diberitahu kepada saya, kalau mereka berkuasa mereka akan jadikan Malaysia ini menjadi republik," katanya.

Bacaan Hassan Ali bagai seorang yang kelihatan 'gila talaq' tidak boleh digunapakai kerana tidak masuk akal.

Kalau benar Hassan Ali diberi tahu oleh seseorang, bahawa Pakatan ada rancangan nak jadikan Malaysia sebagai republik sila buktikan, jangan gunakan perkataan 'hearsay' orang beri tahu.

Mengakui bertaraf Doctor, tapi masih lagi cara kampungan mengeluarkan hujah dan cara berfikir semacam kanak kanak bila bergaduh mesti berdendam.

Kalau Hassan Ali yakin ada sokongan dari rakyat tanpa tiket PAS, saya cabar Hassan bertanding Bebas dimana Hassan menang dengan tiket PAS PRU12 yang lalu.

Maaf, saya campur urusan Hassan Ali dengan PAS kerana Hassan memfitnah pemimpin agung kami Dato Seri Anwar Ibrahim bersekongkol dengan Israel.


wfauzdin

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: