Rabu, 29 Februari 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


MAS rekod kerugian besar RM2.52 bilion, tapi Air Asia pula masih untung.. kenapa agaknya?

Posted: 29 Feb 2012 08:36 AM PST



Dalam satu kenyataan yang panjang berjela menjelaskan sebab MAS mengalami kerugian RM2.52 Billion Ketua Pegawai Eksekutifnya menyatakan antara sebab MAS rugi adalah peningkatan kos bahan api.


Bacalah laporan dari Sinar Harian ni..

MAS rekod kerugian besar RM2.52 bilion

KUALA LUMPUR - Malaysia Airlines (MAS) mengalami kerugian bersih RM2.52 bilion bagi tahun kewangan 2011 ekoran kenaikan kos bahan api 25 peratus dan perbelanjaan bukan bahan api sekitar 50 peratus.

Bagi tempoh suku keempat, syarikat penerbangan negara itu merekodkan RM1.28 bilion kerugian bersih, hasil pusing ganti sebanyak RM3.68 bilion.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Jauhari Yahya berkata, kerugian kumpulan bagi tahun 2011 menunjukkan pentingnya syarikat penerbangan itu segera melaksanakan usaha untuk mengekang "kerugian" itu.

"Ini termasuk penempatan semula petugas, meningkatkan produktiviti, kecekakapan dan kawalan kos dan membuat kajian selanjutnya.

"Kami juga melaksanakan strategi pemasaran dan jualan agresif," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Dipetik Bernama, Ahmad Jauhari berkata, prestasi setahun penuh kumpulan itu terjejas teruk akibat peningkatan 21 peratus perbelanjaan berjumlah RM16.2 bilion, berbanding RM13.41 bilion pada 2010.

Beliau berkata, perbelanjaan tinggi itu disebabkan oleh peningkatan 33 peratus kos bahan api sebanyak RM5.85 bilion dan peningkatan 15 peratus perbelanjaan bukan minyak sebanyak RM10.43 bilion.

Peningkatan perbelanjaan bukan bahan api itu sebahagian besarnya disebabkan peruntukan berjumlah RM1.09 bilion yang dibuat pada suku keempat untuk pelupusan saham, penyerahan semula pesawat dan kekurangan pesawat kargo.

Ahmad Jauhari berkata, akaun bagi tahun dalam kajian memperakui peruntukan dan kos operasi yang semakin meningkat, yang walaupun sukar, memberikan pendekatan hoslitik organisasi dan pengetahuan penuh kedudukan sebenar syarikat.

Bagi setahun penuh, MAS menyaksikan peningkatan kapasiti (tempat duduk setiap kilometer) sebanyak tujuh peratus, trafik penumpang meningkat lima peratus, namun faktor kerusi yang rendah berkurangan kepada 75 peratus.

Beliau berkata, perolehan dan purata tambang bagi semua kelas menunjukkan peningkatan sepanjang tahun, terutama kabin depan.

Bagaimanapun terdapat penurunan keseluruhan faktor kerusi memandangkan syarikat penerbangan itu berusaha untuk mendapatkan pulangan yang lebih baik.

Mengikut asas prestasi serantau, perkhidmatan domestik dan jarak pendek, perkhidmatan sesama Asean menjadi pasaran utama syarikat itu, dengan segmen berkenaan melaporkan pertumbuhan positif mengikut sukuan selain mengikut asas setahun setakat ini, katanya.

Sementara itu, bahagian kargo mengalami penurunan, selari dengan penurunan industri berkenaan di dunia.

Perolehan susut 14 peratus, kapasiti susut sembilan peratus manakala hasil pulangan dua peratus.

Ahmad Jauhari juga berkata, MASkargo mencatat kerugian sebelum cukai sebanyak RM19 juta pada 2011 berbanding keuntungan RM141 juta pada tahun sebelumnya ekoran kos bahan api yang tinggi dan kekurangan barisan pesawat A330.



Berikut pula adalah laporan dari The Sun Daily, yang melaporkan meskipun dibebani oleh peningkatan kos bahanapi, Air Asia masih mampu mencatat keuntungan biarpun ianya berkurangan..

Photobucket



Kenapa agaknya ya?? dulu Mahathir dah bail-out.. takkan sekarang Najib pula nak kena bail-out?

Laporan Polis yang membuktikan Setiausaha Agung UMNO telah berbohong..

Posted: 29 Feb 2012 07:01 AM PST



JINGGA 13 menyelar kenyataan bohong Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, sehingga kini, tidak ada laporan polis dibuat yang mendakwa adanya penglibatan Umno dalam kejadian itu tersebut sewaktu Himpunan Aman Hijau 2.0 di Padang Kota Lama , Pulau Pinang .


JINGGA 13 melalui JINGGA 13 Pulau Pinang telah membuat laporan polis pada 28 Februari 2012 bertempat di IPD Bandar Perda . Bukit Mertajam yang turut disertakan rakaman gambar bukti tindakan provokasi dan brutaliti yang dilakukan oleh UMNO yang rata-rata memakai topi berlogokan UMNO dan tertera. "UMNO Seremban" serta termasuk dikenalpasti beberapa orang yang merupakan ahli pemuda UMNO Balik Pulau.

Kesemua rakaman gambar adalah membuktikan bahawa secara nyata penglibatan UMNO dalam insiden yang turut mencederakan wartawan Kwong Yit Poh, Adam Chew yang menerima 8 jahitan di lengan dan Lee Hong Chun , dipukul dengan topi keledar oleh kumpulan tersebut .

Beserta ini Jingga 13 sertakan laporan polis serta rakaman gambar bahawa UMNO terlibat dengan rusuhan dan bertindak brutaliti serta provokasi dalam insiden Himpunan Hijau 2.0 di Pulau Pinang .

JINGGA 13 juga yakin bahawa ADUN Telok Bahang yang juga merangkap Ketua UMNO Balik Pulau , Datuk Seri Dr. Mohd. Hilmi Yahya mengetahui siapakah dalang sebenar disebalik tindakan liar pemuda UMNO menyerang wartawan dan rakyat yang berhimpun dengan aman tersebut. Ini kerana berdasarkan laporan UMNO Balik Pulau , kira-kira 50 orang pemuda UMNO Seremban bersama Pemuda UMNO Balik Pulau sebelum itu mengadakan Program Gotong Royong Perdana bertempat di Sekolah Agama Rakyat Wungai Pinang , Balik Pulau sebelum pergi ke Padang Kota Lama.

JINGGA 13 menyelar sikap tidak bertamadun dan penafian amalan demokrasi yang dilakukan oleh mereka yang terlibat yang turut bertindak biadap dan kurang ajar serta melanggar tatasusila dan kesopanan kepada rakyat yang berhimpun secara aman serta juga turut bertindak melampau terhadap Ketua Menteri Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang .

Kenyataan Setiausaha Agong UMNO tersebut ternyata bertindak mengiyakan segala tindakan zalim dan brutaliti oleh ahli-ahli mereka tanpa rasa bersalah kepada rakyat . Datuk Seri Tengku Adnan Mansor adalah merupakan bukti bagaimana tidak bertanggungjawab UMNO terhadap segala tindakan brutal yang semakin memuncak dilakukan oleh UMNO dalam siri serangan dan provokasi yang mengugat kestabilan dan kehormanian termasuk mewujudkan sentimen perkauman .

JINGGA 13 mendesak agar UMNO menghentikan segala tindakan yang melampau , zalim dan kejam . Rakyat semakin takut dengan UMNO yang dilihat sebuah parti yang terdiri para samseng yang akan membelasah rakyat bila-bila masa sahaja jika tidak mengikuti telunjuk mereka. Ini amalan 'budaya samseng' yang membuktikan UMNO semakin tersepit dan ditolak oleh rakyat .

JINGGA 13 menyeru seluruh rakyat Malaysia agar menolak budaya politik sempit , brutal dan zalim yang diamalkan oleh UMNO yang turut dipersetujui oleh Pimpinan Tertinggi UMNO . Presiden UMNO dan seluruh pimpinan UMNO harus dipertanggungjawabkan terhadap segala amalan kotor tersebut .

MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI

Photobucket


Kenyataan Media
JINGGA 13

29 Februari 2012

Pemimpin UMNO didapati bersalah menipu RM80,000

Posted: 29 Feb 2012 02:44 AM PST



SHAH ALAM - Ahli Parlimen Sabak Bernam, Abdul Rahman Bakri didapati bersalah atas lapan tuduhan membuat tuntutan palsu berjumlah RM80,000 empat tahun lalu, iaitu ketika masih menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Air Tawar.


Hakim Mahkamah Sesyen Azhanis Teh Azman Teh memutuskan demikian selepas meneliti dan membuat penilaian maksimum ke atas kesemua saksi pembelaan dan hujahan kedua belah pihak yang membuktikan kes tanpa keraguan munasabah.

Bagaimanapun, beliau menangguhkan hukuman sehingga esok bagi mendengar rayuan kedua-dua tertuduh.

Abdul Rahman dari Barisan Nasional merupakan Adun Ayer Tawar sebelum menang kerusi Parlimen Sabak Bernam pada pilihan raya umum 2008.

Beliau dituduh melakukan kesalahan itu di Pejabat Daerah Sabak Bernam pada 21 Januari hingga 12 Februari 2008 dan didakwa mengikut Seksyen 11(c) Akta Pencegahan Rasuah 1997.

Mengikut pertuduhan, Abdul Rahman, 47, didakwa menggunakan dokumen peruntukan palsu iaitu Surat Adun mengandungi butiran bagi tuntutan program dan aktiviti yang tidak pernah dijalankan.

Antara tuntutan yang dibuat menggunakan butiran palsu ialah membeli hadiah dan cenderamata serta penganjuran jamuan Program Motivasi Pelajar Sijil Pelajaran Malaysia, Penilaian Menengah Rendah, Ujian Penilaian Sekolah Rendah di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Ayer Tawar.

Beliau turut didakwa membuat tuntutan menggunakan butiran palsu mengenai, Program Forum Perdana Peringkat Mukim Bagan Nakhoda Omar, program mesra rakyat dan Hari Keluarga Guru-guru Kemas, Program Mesra Rakyat dan Hari Keluarga KRT, Program Mesra Rakyat dan sambutan Maulud Nabi di kerusi DUn diwakili beliau.

Abdul Rahman didakwa mengikut Seksyen 11(c) Akta Pencegahan Rasuah 1997 bagi setiap pertuduhan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali nilai suapan atau mana-mana yang lebih tinggi.

Sementara itu, pembantunya, Rosli Busro, 44, yang dituduh bersubahat dengan Abdul Rahman turut didapati bersalah atas kesemua pertuduhan didakwa mengikut Seksyen 11(c) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan dibaca bersama Seksyen 20(1)(c) akta yang sama.

Sepanjang kes perbicaraan berlangsung, seramai 39 saksi pendakwaan dan dua saksi pembelaan telah dipanggil memberi keterangan.

Mereka adalah antara lima orang yang diheret ke mahkamah oleh SPRM yang melancarkan pendakwaan besar-besaran terhadap ahli politik dan pembantu mereka di Selangor berhubung kesalahan rasuah pada 2009.

Sinar Harian

Bangkai Ayam Berdarah di pintu pagar Pusat Khidmat Anwar Ibrahim..

Posted: 29 Feb 2012 01:24 AM PST



Bangkai seekor ayam ditemui digantung di pintu pagar pusat khidmat Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Jalan Tenggiri, Seberang Jaya di Butterworth hari ini.




Petugas pusat khidmat itu, Fathilullail Jaafar Sidek berkata beliau menemui bangkai berkenaan pada jam 10 pagi ini ketika baru sampai di pejabat.

"Bangkai ayam itu ada kesan darah dan sebelah kakinya dipotong," katanya kepada pemberita di Butterworth hari ini.

Fathilullail berkata bangkai ayam itu dipercayai diletakkan di situ antara jam 3 pagi dan 10 pagi ini kerana beliau berada dalam pusat khidmat sehingga pukul 3 pagi tadi.

Beliau telah membuat laporan di Ibupejabat Polis Seberang Perai Tengah.


Berita dari Bernama
Gambar dari SharpShooter

Pemuda UMNO Pulau Pinang dakwa Setiausaha Agung UMNO kebudak-budakan?

Posted: 28 Feb 2012 11:46 PM PST



Menurut Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang, Shaik Hussein Mydin tindakan Ketua Menteri Lim Guan Eng yang membuat laporan polis berhubung dakwaan ancaman yang diterimanya semasa kekecohan Himpunan Hijau di Padang Kota ibarat orang tua nyanyuk yang cuba berebut botol susu dengan kanak-kanak.


Tindakan Guan Eng sebenarnya membuat laporan Polis adalah untuk membuktikan bahawa kejadian tersebut sememangnya berlaku.

Ini kerana menurut Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang menafikan secara membuta tuli akan keterlibatan UMNO dalam mencetuskan keganasan di Padang Kota Ahad lalu, Guan Eng sepatutnya melaporkan kepada Polis jika benar ada kejadian tersebut.

Kata beliau "Kalau betul kita (UMNO) terlibat... (Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng) mesti sudah buat laporan polis, tetapi tiada (laporan polis).- sepenuhnya sila baca di ( SINI ) dan laporan Polis pula sila lihat di ( SINI ).

Jadi…. Secara tidak langsung Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang yang mungkin diimport oleh Pemuda UMNO Pulau Pinang dari MIC itu telah mengatakan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku bersifat kebudak-budakkan kerana mencabar Guan Eng melaporkan kepada Polis.

Memang tepat sekali kenyataan anak Mamak Tongkang itu kerana jika dibandingkan antara Guan Eng dan Tengku Adnan, Tengku Adnan lebih tua..

Nak kena pecat dah anak Mamak Tongkang ni agaknya..


*******************************************

Pemuda Umno dakwa KM kebudak-budakan

Pemuda Umno Pulau Pinang kecewa dengan tindakan Ketua Menteri Lim Guan Eng yang membuat laporan polis berhubung dakwaan ancaman yang diterimanya semasa kekecohan Himpunan Hijau di Padang Kota, Pulau Pinang pada Ahad lalu.

Menurut ketuanya, Shaik Hussein Mydin (kiri), Lim menyalahkan Umno bagi apa yang berlaku terhadap dirinya pada hari berkenaan.

"Tindakan Lim ibarat orang tua nyanyuk yang cuba berebut botol susu dengan kanak-kanak," katanya.

Namun, Shaik Hussein mendakwa beliau mengalu-alukan siasatan segera dan menyeluruh terhadap pihak yang bertanggungjawab mencetuskan huru-hara selepas ucapan ringkas Lim pada perhimpunan tersebut.

Dalam kejadian Ahad lalu, kira-kira 50 penyokong pro-Lynas, yang sebahagian besarnya terdiri daripada ahli Pemuda Umno dan kumpulan pendesak Melayu, PERKASA, didakwa menggangu perhimpunan anti-Lynas di Sudut Pidato, Padang Kota, Esplanade, Pulau Pinang ketika Lim sedang berucap.

Ia disusuli dengan asakan kumpulan itu yang terus mencaci Lim, termasuk menunjukkan kasut ke arah ketua menteri. Orang ramai kemudian cuba membuat rantaian manusia bagi menghalang Lim daripada diserang dan dalam kekecohan itu dua wartawan dilaporkan dipukul.

Perhimpunan itu diadakan sebagai solidariti kepada Himpunan Hijau di Kuantan yang diadakan dengan kehadiran hampir 15,000 orang yang membantah keputusan kerajaan membenarkan loji pemprosesan nadir bumi milik Lynas Advanced Material Plant (Lamp) beroperasi di Gebeng, Pahang.

Menurut Shaik Hussein, beliau yakin hasil siasatan akan membuktikan bahawa Lim yang sebenarnya mencetuskan ketegangan kerana semasa di atas pentas beliau mengarahkan ahli Umno supaya diam.

"Kenyataan Lim menyimpang daripada tujuan sebenar Sudut Pidato diadakan, ia sepatutnya menjadi ruang atau tempat untuk kebebasan bersuara."

Beliau kemudian mencadangkan kepada Lim agar mempelajari daripada bekas Ketua Menteri Tan Sri Koh Tsu Koon mengenai cara-cara menerajui pentadbiran negeri.

Dakwanya, Koh yang menjadi ketua menteri selama 18 tahun, sentiasa tenang dan sabar walaupun dibidas oleh kawan-kawan dan juga seterunya.

"(Lim) tidak perlu belajar dari bapanya (Lim Kit Siang) yang hanya tahu menimbulkan kemarahan di kalangan rakyat," katanya dalam nada menyindir.


Malaysiakini

UMNO nafi terlibat dalam kekecohan Himpunan Hijau di Pulau Pinang.. jadi ni gambar anak-anak Lembu lah ya?

Posted: 28 Feb 2012 08:22 PM PST



Inilah penafian membabi buta yang dilakukan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor …


Beliau telah menafikan UMNO terlibat dalam kekecohan Himpunan Hijau di Padang Kota… cuba perhatikan gambar-gambar yang ada kat bawah ni..

Baca laporan dari Lidah Rasmi UMNO ni dulu..


UMNO nafi terlibat dalam kekecohan Himpunan Hijau

KUALA LUMPUR 28 Feb. — Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menafikan UMNO terlibat dalam kekecohan Himpunan Hijau di Padang Kota, Pulau Pinang pada Ahad lepas, yang mengakibatkan dua petugas media cedera.

Beliau berkata, sehingga kini, tidak ada laporan polis dibuat yang mendakwa adanya penglibatan UMNO dalam kejadian itu.

"Kalau betul kita (UMNO) terlibat... (Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng) mesti sudah buat laporan polis, tetapi tiada (laporan polis).

"Benda yang tiada, diada-adakan," katanya pada sidang media majlis penyerahan air mineral kepada program Jelajah Keamanan Wakaf Water4Gaza di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, hari ini. — BERNAMA

Laporan Polis oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sila baca di ( SINI )

Berikut pula adalah gambar-gambar Pemuda UMNO Seremban yang terlibat mencetuskan keganasan itu..


















Lagi gambar-gambar dan juga video sila lihat di ( SINI )

Perkasa tunjuk kasut kerana 'kecewa' dengan Guan Eng?

Posted: 28 Feb 2012 07:25 PM PST



GEORGETOWN - Ketua Wira Perkasa Pulau Pinang, Mohd Rizuad Mohd Azudin menjelaskan tindakannya menunjukkan kasut di hadapan kereta Ketua Menteri, Lim Guan Eng Ahad lalu kerana tidak berpuas hati dengan kepimpinan beliau.


Guan Eng dilantik sebagai Ketua Menteri selepas Pilihan Raya Umum 2008.

Rizuad berkata, Guan Eng mampu meluangkan masa untuk menghadiri Himpunan Hijau 2.0 sebagai membantah projek Lynas di Gebeng, Pahang demi modal politiknya.

"Guan Eng didapati mengambil kesempatan dalam perhimpunan itu untuk berucap sambil memperkecilkan kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi slogon 1 Malaysia yang dianggapnya sebagai satu pembohongan.

"Padahal, beliau sendiri sebagai Ketua Menteri belum menyelesaikan beberapa persoalan yang dikemukakan oleh beberapa badan bukan kerajaan melibatkan masalah penduduk negeri. Tetapi beliau lebih sibuk dengan hal yang berlaku di negeri lain," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, hari ini.

Beliau meluahkan kekecewaan ini berikutan keengganan Guan Eng memberi respons yang baik ketika meminta untuk berjumpanya bagi membincangkan hal berkaitan penduduk tempatan.

"Guan Eng cuba mengalihkan permintaan NGO dengan mendakwa kami adalah orang Umno, padahal beliau sendiri tahu bahawa kami adalah ahli Perkasa.

"Perkataan diungkap oleh Guan Eng mencetuskan kemarahan sehingga kami hilang sabar sebelum bertindak mengepung kereta beliau sambil menunjukkan kasut kepadanya," katanya.


Sinar Harian

Tiada ulasan: