Anak Sungai Derhaka |
- Pemimpin PKR ditangkap khalwat.. Ustaz Badrol Amin kata bukan dia..
- Scandal NFC : Perjanjian pinjaman menunjukkan NFC langgar perjanjian
- RM1.8 Billion bailout MAS bukan satu kerugian paling besar kata Mahathir sebab Pak Lah dah rugikan RM8 Billion...
- Memo Pemuda UMNO kepada DSAI dibakar?.. sepatutnya diguna untuk sapu Najis saja..
- Anak Megat Junid ketuai demo depan Ibu Pejabat PKR.
Pemimpin PKR ditangkap khalwat.. Ustaz Badrol Amin kata bukan dia.. Posted: 25 Feb 2012 08:02 AM PST KUANTAN – Seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) dari Selangor ditangkap kerana dipercayai berdua-duaan bersama seorang wanita, isteri orang di sebuah hotel di Balok dekat sini, awal pagi tadi. Pasangan itu diserbu pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) kira-kira jam 3 pagi. Pemimpin berkenaan dikatakan berada di hotel itu untuk satu pertemuan bersama pemimpin PKR yang lain selama tiga hari sehingga hari ini. Timbalan Pengarah Jaip, Datuk Mohd Ghazali Abd Aziz mengesahkan mengenai kejadian itu tetapi enggan mengulas lanjut kerana masih menjalankan siasatan mengenai perkara itu. Usaha Sinar Harian untuk mendapatkan komen daripada pemimpin PKR berhubung kes tangkapan itu bagaimanapun gagal - Sinar Harian Ada sumber mengatakan pemimpin PKR berkenaan ialah Ustaz Badrul Amin Baharom dan perempuan yang dimaksudkan ialah seorang kakitangan Kolej Komuniti yang ada masalah rumahtangga dengan suaminya. Tetapi Ustaz Badrol Amin telah menafikan dengan smsnya berbunyi: "Kes isteri orang lari dari suami dtg ke hotel di Kuantan tmpt retreat. Suami dtg dgn gangster tuduh ana bawak lari n sorok. Kes setel 'family problem'. Mak pompuan datang. Mmg dorang nak cerai. Isteri dh selalu nak lari. Ana nasihat pulang semula" |
Scandal NFC : Perjanjian pinjaman menunjukkan NFC langgar perjanjian Posted: 25 Feb 2012 01:54 AM PST KUALA LUMPUR, 25 Feb — Tony Pua hari ini mendedahkan bukti yang didakwanya perjanjian pinjaman yang ditandatangani oleh Pusat Fidlot Nasional (NFC), yang mana menurutnya bukti syarikat berkenaan telah melanggar syarat pinjaman berjumlah RM250 juta bagi fasiliti tersebut. Ketua Publisit DAP itu menjelaskan Perkara 3 perjanjian itu dengan jelas menyatakan dana kerajaan itu mesti digunakan bagi " membiayai projek tersebut seperti yang dinyatakan dalam Jadual Pertama perjanjian ini." Perjanjian Pertama itu menyatakan pinjaman berkenaan harus "konsisten dengan polisi kerajaan Malaysia membangunkan, memperkenalkan, dan mengusahakan pengeluaran lembu dan produk lembu melalui Pusat Fidlot Nasional menjadi pusat untuk aktiviti komersial dan bersepadu ternakan lembu fidlot." "Itu tidak diragukan lagi. Penggunaan duit tersebut hanya di benarkan untuk membiayai pembangunan pusat berkenaan dan bukannya untuk tujuan lain," katanya (gambar) di ibu pejabat DAP hari ini. "Ini bermakna, setiap dakwaan yang dibuat eksekutif dan pengarah NFCorp bahawa mereka boleh menggunakan dana itu untuk apa sahaja adalah mengarut." Tambah Pua, perkara itu dikuatkuasakan oleh Perkara 18.1 (b), yang menyatakan mana-mana keadaan selagi mana hutang tersebut masih wujud, NFCorp harus menggunakan duit yang dipinjam itu "untuk kegunaan yang dinyatakan dalam Perkara 3 perjanjian ini." Pua turut akan menanyakan perkara itu kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asa Tani kerana membenarkan NFCorp mencatatkan di akaun pinjaman khas itu, mencatat yang permintaan-permintaan sedemikian perlu diiringi oleh satu laporan kemajuan daripada syarikat itu. Laporan perkembangan itu harus ditandatangani oleh jawatankuasa teknikal yang berkelayakan dan dipengerusikan oleh pegawai daripada kementerian, berdasarkan perjanjian tersebut. "Mereka perlu menandatangani laporan kemajuan itu. Jadi, penyusutan telah berlaku walaupun NFC gagal memenuhi sasaran ... (menunjukkan) kementerian pertanian turut sama bertanggungjawab terhadap kecelaruan ini," katanya. NFCorp harus mengemukakan kenyataan bulanan daripada bank kepada Kementerian Kewangan setiap suku tahun menjelaskan bagaiman dana itu digunakan, kata Pua dan mempersoalkan kementerian membenarkan pinjaman itu diteruskan. "Kecuali NFCorp menghantar laporan palsu. Mungkin itu akan diklasifikasikan sebagai jenayah, kita tidak tahu sama ada mereka menyerahkan laporan palsu ketika itu. "Kementerian Kewangan perlu membuat penjelasan maklumat laporan tersebut," katanya menambah, pegawai rasmi kementerian yang diberi taklimat oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berhubung NFC menyatakan tidak disebut berkenaan pembelian hartanah dibuat dalam laporan berkenaan. Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu turut mempersoal kemenyterian kerana tidak membekukan akaun kerana Perkara 4 menjelaskan pembayaran balik harus dibuat tiga tahun kemudian selepas bermula sekitar 2008. "Kita sekarang berada dalam bulan Febuari 2012. Menurut pemahaman saya mereka belum membuat pembayaran walu sesen pun. Kita sudah lebih daripada tiga tahun," katanya. "Kenapa mereka tak bayar? Kenapa Kemeterian Kewangan tidak mengambil tindakan terhadap pembayaran lewat? Dab kenapa pinjaman tersebut tidak dibekukan atau dipindah akaun?" Projek yang dibiayai kerajaan ini menjadi topik perbualan selepas ianya diletakkan di dalam Laporan Tahunan Ketua Audit Negara 2010 dan dikaitkan dengan keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil. PKR telah membuat beberapa siri pendedahan dengan mendakwa berlakunya penyalahgunaan dana kerajaan termasuksejumlah RM62 juta digunakan untuk tanah, hartanah dan perbelanjaan tidak berkaitan NFC. Anak Shahrizat dan eksekutif NFCorp, Wan Shahinur Izmir Salleh, bertegas menyatakan syarikat berkenaan telah menggunakan dana dengan lebih baik dengan melabur dalam hartanah ketika menghentikan operasi perniagaan selepas Putrajaya mengambil keputusan menggantung pembinaan pusat penyembelihan yang disewakan kepada syarikat. Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bulan lalu mengumumkan Putrajaya akan melantik badan audit khas bagi menyemak buku laporan NFCorp bagi mengenalpasti sekiranya terdapat pertuduhan terhadap syarikat kesa, tetapi menentang cadangan suruhanjaya diraja bagi menangani masalah itu. The Malaysian Insider |
Posted: 24 Feb 2012 11:29 PM PST Sekitar tahun 2001 Kerajaan Malaysia yang diterajui oleh Mahathir Mohamad telah bertindak menyelamatkan (Bailout) MAS yang telah diswastakan oleh Mahathir sendiri kepada Tajudin Ramli. Bagaimanapun menurut Mahathir tindakan kerajaan pada masa itu membeli semula semua saham yang dipegang oleh Tajuddin bukanlah kerugian yang besar kerana ada lagi tindakan kerajaan yang telah membawa kerugian lebih besar kepada Kerajaan. Dalam langkah menyelamatkan MAS, Kerajaan Malaysia telah membeli semula setiap saham dari Tajuddin Ramli pada harga RM8 sesaham sedangkan saham tersebut bernilai RM3.68 sahaja di pasaran. Kata Mahathir RM1.8 Billion yang digunakan untuk tujuan itu bukanlah satu kerugian yang besar jika dibandingkan dengan tindakan Pak Lah yang membawa kerugian RM8 Billion kepada Malaysia. "Kerajaan kehilangan kira-kira RM8 Billion apabila membatalkan projek landasan berkembar keretapi elektrik antara Johor Baru dan Padang Besar" katanya. Projek tersebut telah dibatalkan oleh bekas Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi bulan selepas beliau mengambil alih kepimpinan negara pada tahun 2003. Kerana tindakannya membatalkan projek landasan berkembar tersebut Pak Lah sering menjadi mangsa serangan Mahathir kemudiannya. ******************************************* Dr M defends MAS bailout, says it was not the worst Former prime minister Dr Mahathir Mohamad today conceded that the government's move to bail out MAS resulted in a loss of public funds, but argued there were worse cases of bailouts after he stood down. "The government lost money when it cancelled the double-tracking and electrification project between Johor Baru and Padang Besar - we lost about RM8 billion," Mahathir contended. The project was cancelled by former prime minister Abdullah Ahmad Badawi months after he took over the country's leadership in 2003. Abdullah subsequently earned Mahathir's wrath for his move to shelve the project. The double-tracking rail project was revived four years later. "The press doesn't seem to mind, so you are being very selective in focusing on the wrongness of the government's decision," he snapped at journalists after attending a youth dialogue in Kuala Lumpur this afternoon. In 2001, the government spent approximately RM1.8 billion to buy back MAS shares from its then-chairperson Tajudin Ramli, at RM8 per share instead of the market value of RM3.68. Why did the government pay above-market value to buy back MAS shares? Mahathir: The purchases of shares do not always follow market value. Sometimes they follow other factors, but that was the recommendation by the Finance Ministry. But isn't this a loss for the government? Yes, I consider it a loss - but sometimes you lose, sometimes you gain. But money is not lost for nothing, what was the purpose? People don't lose money for nothing, but the takeover was very urgent because we had to turn around the company. At the expense of the government's coffers? The government has lost money on other occasions, much more money than that, I'm sorry to say, the press hardly notice. Mahathir described the bailout as a "necessary" move to salvage the national carrier. High Court ordered Tajudin to pay RM589 million On Dec 7, 2009, the Kuala Lumpur High Court had ordered Tajudin to pay Pengurusan Danaharta Nasional Bhd RM589.14 million with 2 percent annual interest above the base lending rate of Malayan Banking Bhd, backdated to Jan 1, 2006. Tajudin had defaulted on a syndicated loan of RM1.79 billion from Danaharta when he took a 32 percent controlling stake in Malaysia Airlines (MAS) from the government in 1994. However, Tajudin and Danaharta had last Tuesday struck a confidential settlement , six months after Minister in the Prime Minister's Department had in a letter "advised" all GLCs to work out out-of-court settlements with Tajudin. Asked if Mahathir saw any similarities between this and the National Feedlot Corporation (NFC), which has been accused of mismanaging a RM250 million government soft loan, he replied: "I must confess I don't know much about the details, I only read them in the newspapers." |
Memo Pemuda UMNO kepada DSAI dibakar?.. sepatutnya diguna untuk sapu Najis saja.. Posted: 24 Feb 2012 07:35 PM PST Memorandum yang mahu diserahkan oleh Pemuda UMNO kepada DS Anwar Ibrahim semalam telah hangus dibakar.. Bagaimanapun tiada saksi yang menyaksikan kejadian Memo Pemuda UMNO itu dibakar, hanya abu memo tersebut yang kelihatan di hadapan Ibu Pejabat PKR. Pengawal Keselamatan yang bertugas di Ibu Pejabat gagal mengenali identiti individu yang membakar memo tersebut. Juzarim dari AMK Subang berkata mereka diarahkan supaya tidak menyentuh memo tersebut, tetapi seseorang telah mengambil dan membakarnya.. sepenuhnya sila baca di ( SINI ) Memo tersebut telah dihantar oleh Anak Megat Junid yang juga Setiausaha Pemuda Umno Datuk Megat Firdouz Tan Sri Megat Junid yang mengetuai sekumpulan 50 Pemuda BN yang hadir di Tropicana kira-kira jam 4.00 petang semalam - baca di ( SINI ) Kena bakar?? Kurang sesuai tu….. Sepatutnya memo dari Pemuda UMNO yang munafik itu diserahkan kepada Ahli PKR yang bukan Melayu untuk dijadikan 'Toilet Tissue'.. untuk digunakan menyapu najis itu lebih sesuai.. Munafik punya manusia!! UMNO sendiri yang menjalinkan hubungan dengan Israel dia orang buat tak nampak! Ini kandungan memo daru puak munafik itu! MEMORANDUM PEMUDA BARISAN NASIONAL |
Anak Megat Junid ketuai demo depan Ibu Pejabat PKR. Posted: 24 Feb 2012 06:51 PM PST Mengapa golongan munafiq ini tidak berada di Pelabuhan Klang dan melihat sendiri betapa banyaknya kontena yang tertera lambang kemegahan zionis iaitu ZIM dengan bintangnya sekali - Biaqpila PETALING JAYA: Pemuda Barisan Nasional (BN) kesal memorandum bantahan terhadap sokongan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Israel yang sepatutnya diserahkan kepada Ibu Pejabat PKR di sini tidak diterima dan hanya diletakkan di peti surat. Sekumpulan 50 Pemuda BN yang hadir di Tropicana di sini diketuai Setiausaha Pemuda Umno Datuk Megat Firdouz Tan Sri Megat Junid kira-kira 4.00 petang membawa sepanduk, bendera dan berarak sambil melaungkan 'Hidup Palestin', 'Hancur Zionis', 'Hancur Anwar'. Memorandum bantahan itu mengecam Anwar yang mengiktiraf negara haram Israel dengan merujuk kenyataan akhbar The Wall Street Journal. "Kami berasa marah dengan tindakan beliau yang penuh bermuka-muka dengan melabel diri sendiri sebagai pemimpin Islam yang memperjuangkan keadilan tetapi pada masa yang sama bersekongkol dan menyokong rejim Israel laknatullah yang membunuh dan menindas rakyat Palestin," katanya dalam memorandum itu. Anwar Ibrahim hanya menghantar Mr Balu untuk menghadapi puluhan pemuda Umno yg berdemo di HQ Keadilan kahkahkah....-MiLo SuaM Namun malangnya memorandum itu tidak diterima PKR atas alasan semua kakitangan pejabat PKR menghadiri kursus kepimpinan di Kuantan sejak malam tadi. Malah memorandum itu didapati dibakar di hadapan ibu pejabat PKR sejurus selepas penyokong, polis dan media yang lain bersurai meninggalkan premis. Sebelum itu, Megat Firdouz ketika ditemui pemberita berkata beliau kesal dengan PKR yang selama ini melaungkan hak kebebasan bersuara tetapi tidak mengamalkannya. "Kepada sesiapa yang bersekongkol dengan PKR terutamanya PAS, tengoklah sandiwara yang ditunjukkan Anwar. Kita minta Anwar fikir dan insaf jangan memperkudakan seluruh rakyat hanya untuk cita-cita politik," katanya. Sementara itu, Timbalan Ketua Penerangan AMK Rozan Azen Mat Rasip berkata pihaknya tengahari tadi membuat laporan polis di Ibu Pejabat Dang Wangi memohon bantuan polis mengawal keadaan di hadapan premis Ibu Pejabat PKR kerana bimbang jika terjadinya sebarang kejadian tidak diingini. Timbalan Ketua Polis Daerah Pentadbiran Petaling Jaya Tuah Masron ketika ditemui berkata seramai 65 anggota polis ditugaskan mengawal keadaan dan pihaknya berpuas hati tiada sebarang provokasi berlaku. Free Malaysia Today |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan