Jumaat, 17 Februari 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Utusan Kantoi lagi!! Mayat Firaun dikatakan Mayat Wanita..

Posted: 17 Feb 2012 05:49 AM PST



Masih ingat lagi bagaimana tidak lama dahulu Utusan pernah kantoi padamkan logo Barisan Nasional pada sebuah payung?


Gambar diatas ialah apa yang disiarkan oleh Utusan @ Lidah Rasmi UMNO manakala gambar di bawah pula yang disiarkan oleh Berita Harian tanpa memadamkan logo BN pada payung..



Kali ini kisahnya lebih kurang sama; bezanya, benda yang tidak ada, telah diada-adakan. Selalunya teknik jurnalisme murahan seperti ini digunakan oleh akhbar tabloid sahaja. Tapi entah bagaimana, akhbar teras pemikiran Melayu ini turut terkena perciknya.

Perhatikan artikel bertajuk "Jenazah wanita masih utuh, berbau wangi".



Berita luar negara ini adalah cuplikan dari Okezone.com. Dan jika anda pergi ke sumber asal artikel ini di sana, ini sahaja yang anda dapat lihat:



Maka dari mana pula datangnya gambar mayat dalam artikel cap Utusan itu?

Pada mulanya, saya terkejut juga melihat gambar mayat "yang masih utuh dan wangi" itu. Ini kerana saya 100% yakin pernah melihat gambar ini dalam sebuah buku (yang tidaklah pula saya ingat tajuknya). Maka masakan pula boleh gambar itu adalah gambar mayat wanita tersebut.

Dan apabila menyedari tiada gambar mayat tersebut di artikel asal, maka sahihlah Utusan sudah tokok tambah berita. Mungkin untuk menyedap berita dan menambah sensasi. Tapi kalau iya pun, letaklah kenyataan "Gambar sekadar hiasan".

Tapi juga, kalau pun gambar itu sekadar hiasan semata-mata, yang paling tak boleh tahan, macam mana Utusan boleh letak gambar mayat firaun sebagai gambar hiasan untuk artikel tersebut?



Sumber: Hembusan

Datuk MCA turut terima RM500 Bantuan Rakyat 1Malaysia..

Posted: 17 Feb 2012 05:02 AM PST

Apa cerita nih?? Yang sepatutnya dapat.. ramai yang tak dapat.. tapi yang tek sepatutnya dapat.. dapat pula..

Seorang pemimpin bahagian MCA di Pahang yang berpangkat Datuk turut menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 dan ini telah menimbulkan tandatanya di kalangan penduduk tempatan dan warga internet.

Pengerusi MCA bahagian Bera, Datuk Tang Hock Lok,yang juga seorang pemimpin masyarakat dan dermawan terkenal di Triang, telah menyumbangkan wang RM500 itu kepada seorang penduduk kampung yang kurang upaya.

Berita mengenai Tang menerima BR1M telah mencetuskan bantahan di beberapa forum internet serta media sosial.


Ramai mempersoalkan kelayakannya untuk menerima bantuan tersebut, dan sama ada program BR1M telah disalahgunakan.

Menurut laporan di akhbar harian Cina hari ini, Tang menolak sebarang dakwaan penipuan.

"Saya memohon melalui prosedur yang betul dan pihak berkuasa telah meluluskan permohonan saya kerana saya layak," Tang dipetik sebagai berkata.

Tang juga dipetik berkata bahawa tidak ada unsur-unsur yang menyalahi undang-undang atau penyalahgunaan kuasa dalam proses tersebut.

Beliau menemui pemberita selepas memberi wang RM500 itu kepada seorang penduduk kurang upaya di kampung baru Triang. Tang adalah ketua kampung di situ.

"Niat awal saya memohon bantuan itu adalah untuk menyumbangkan wang RM500 itu kepada mereka yang memerlukannya," kata Tang.


Malaysiakini

Curtin gantung komen tentang PhD Rosmah dari Wall FBnya.. setelah dibanjiri sumpah seranah..

Posted: 17 Feb 2012 01:37 AM PST



Selepas Facebook Universiti Curtin menjadi sasaran hebat rakyat Malaysia, institusi pengajian tinggi tersebut telah menggantung komen di dinding Facebooknya.


"Disebabkan pelanggaran berterusan terhadap terma penggunaan dan syarat serta terma Facebook, dan risiko pencabulan Akta Fitnah 2006 serta Kanun Jenayah Komanwel, maka kami tiada pilihan kecuali menggantung sementara komen di dinding ini," katanya dalam satu pos di Facebook.

Penggantungan itu dibuat ekoran amaran berkali-kali terhadap warga siber ketika membuat komen tentang anugerah ijazah Doktor Kehormat Persuratanan universiti itu kepada Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Menurutnya lagi, terdapat begitu banyak serangan peribadi, tuduhan mengenai aktiviti ciminal, dan kebencian yang disebar, dan pihaknya perlu mematuhi Akta Fitnah 2006 untuk membuang kandungan seperti ini.

Walaupun pengguna tidak lagi boleh memberi komen terus di dinding Facebook Universiti Curtin, tetapi komen boleh dibuat di posting universiti berkenaan - Malaysiakini


*******************************************


Curtin University slammed over Rosmah award

KUALA LUMPUR: An Australian university has faced online criticism since it gave an honorary degree to the Malaysian premier's wife, who has been ridiculed over reports of her excessive shopping sprees.

Western Australia's Curtin University on Friday suspended public comments on its Facebook "wall" after days of verbal attacks over the award from users in Malaysia and Australia.

The university awarded Rosmah Mansor, wife of Prime Minister Najib Tun Razak, an honorary degree on Saturday for what it said were her contributions to early-childhood education.

Rosmah is a controversial figure in Malaysia, where she is routinely portrayed by critics as out of touch with ordinary Malaysians amid reports of her extravagant tastes, and web users have pounced on the affair.

"How much Rosmah paid for this PhD?" one Facebook user wrote on the university's page, before submissions were blocked.

Another admonished the school to "Get your fact(s) right before giving out your cheap toilet certificate."

Several Curtin degree-holders pledged to tear up their own certificates in disgust, while a separate Facebook site called "Boycott Curtin University till Rosmah Mansor's Doctorate Revoked" also was set up.

Rosmah has faced ridicule in Malaysia's independent online media over her alleged shopping exploits at a time when many Malaysians are concerned about inflation.

Recent accusations include reports that she spent tens of thousands of dollars on clothes from an Australian designer and bought a $24 million diamond ring and a $200,000 designer handbag.

She has denied the accusations.

Curtin vice-chancellor Jeanette Hacket defended the degree award in a statement on Facebook, saying Rosmah "was recognised as the founder and driving force behind" early childhood centres in Malaysia.

But the school said Friday it had "no choice but to temporarily suspend comments" on its Facebook wall.

It cited "continuing infractions of our own terms of use and Facebook's terms and conditions, and the risk of breaching" Australian and Commonwealth defamation codes.

Rosmah has responded by saying her critics might be "jealous" over the degree.

"I don't want to handle personal petty issues. It is all out of frustration. It is all out of… I don't know… Maybe jealousy," she said.

- AFP

Berita yang tidak disiarkan oleh Utusan dan TV3..

Posted: 17 Feb 2012 12:04 AM PST



Tercari-cari aku berita atau laporan tentang perkara ini di dalam Utusan Online, tapi tak aku jumpa.. begitu juga dalam berita Bulletin Utama tak juga disiarkan laporan ini.. mengapa agaknya??


Adakah kerana Najib takut untuk menyahut cabaran debat oleh Anwar Ibrahim maka debat antara Guan Eng dan juga Soi Lek ini perlu disembunyikan dari pengetahuan penyokong tegar UMNO yang membaca Utusan dan menonton TV3??


*******************************************

Debat Hangat Antara CSL dan LGE Disiarkan Secara Langsung Jam 5 Petang Sabtu
Jumaat Februari 17, 2012

PETALING JAYA: Dua tokoh politik dari kalangan masyarakat Cina di negara ini - Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Lim Guan Eng telah bersedia untuk bertemu muka dalam satu debat panas dan sensasi berhubung masa depan politik kaum itu pada Sabtu petang di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.

Debat yang dijadualkan bermula pada jam 5 petang itu akan turut disiarkan secara langsung menerusi siaran Astro AEC (301) dan akan diulang tayang pada jam 11 malam hari yang sama.

Rangkaian Astro Awani (501) akan turut menyiarkan debat tersebut dalam bahasa Malaysia melalui alih bahasa. Pihak Astro telah pun mendapatkan khidmat seorang juru alih bahasa profesional untuk tugas tersebut.

Sebanyak 600 kerusi telah disediakan oleh pihak penganjur iaitu Asian Strategy & Leadership Institute (Asli) dan Insap yang mana setiap parti - MCA dan DAP diberikan peruntukkan 200 kerusi.

Selebihnya adalah terbuka kepada orang ramai. Bagaimanapun orang awam yang ingin menyaksikan debat itu di dalam dewan mestilah terlebih dahulu mendaftar sebagai peserta seminar yang berlangsung di sebelah pagi.

Seminar itu akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketua Pegawai Eksekutif Asli, Datuk Michael Yeoh berkata, debat tersebut akan berlangsung selama sejam.

Moderator debat antara dua tokoh itu ialah Ketua Pegawai Operasi Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, Tan Ah Chai.

mStar

Talam dua muka tiada kredibiliti, Mashitah kata kat siapa ni?

Posted: 16 Feb 2012 08:37 PM PST

DR MASHITAH IBRAHIM
17 Februari 2012



Asia Tenggara mempunyai antara konsentrasi orang Islam terbesar di dunia. Penduduk Muslim di Indonesia melebihi kesemua penduduk Islam di negara-negara Timur Tengah. Kerajaan dan pemimpin Islam Asia Tenggara juga bersikap moderat. Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak adalah pelopor Gerakan Moderat Sedunia, yang mendapat sokongan pemimpin dan masyarakat global sebagai kaedah berkesan memerangi keganasan.


Logiknya, inilah masa dan keadaan terbaik untuk kuasa besar seperti Amerika Syarikat mengambil langkah munasabah bagi mendapat sokongan pemimpin-pemimpin Islam Asia Tenggara andainya mereka ingin berjaya dalam usaha membanteras ekstremisme dan terrorisme. Malangnya, kegagalan dasar luar Amerika serta kurangnya sensitiviti pemimpin negara itu adalah memalukan dan telah memudaratkan keamanan sejagat.

Ini pandangan Christopher Bond (Senator Republikan empat penggal dan Naib Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Senat Mengenai Perisikan) dan Lewis M. Simons (Pemenang Hadiah Pulitzer dan wartawan penyumbang kepada National Geographic, New York Times dan Washington Post).

Dalam buku The Next Front: Southeast Asia and the Road to Global Peace with Islam (John Wiley & Sons, Inc. New Jersey, 2009, 276 hal), mereka menulis: "The level of insensitivity by (American leaders) still causes people to shake their heads in wonder at American's stunning ignorance...Americans rarely pay serious attention to other nations until they suddenly perceive them to be a threat. They then find themselves woefully lacking in information and understanding."

Untuk menghasilkan buku ini, mereka datang ke Asia Tenggara untuk mendapat gambaran sebenar mengenai perkembangan Islam, politik, ekonomi dan cara hidup masyarakat di sini. Daripada perbincangan dengan ramai pemimpin, penganalisis, tokoh agama dan orang awam, mereka berpendapat Asia Tenggara adalah 'kunci' kepada usaha pentadbiran Barack Obama untuk memulihkan imej Amerika di mata dunia, terutama kalangan orang Islam. Pendekatan yang sesuai mesti diambil untuk memperbetulkan dasar-dasar yang terbukti gagal.




Mereka juga mendapati semangat keislaman semakin tebal dan sentimen anti-Amerika meninggi di Asia Tenggara.




Dasar luar Amerika terhadap Iraq, Pakistan dan Afghanistan, retorik perang dan sekatan ekonomi terhadap Iran, skandal penjara Abu Ghraib dan penahanan orang Islam di Guantanamo Bay adalah antara punca kemarahan terhadap Amerika.




Namun, paling sensitif ialah sikap berat sebelah Amerika kepada Israel berkaitan isu Palestin. Inilah punca kemarahan dunia Islam terhadap Amerika.




Manakala penulis Amerika seperti Bond dan Simons faham situasi, anehnya Ketua Pembangkang yang menonjolkan dirinya pemimpin Islam begitu jahil terhadap sentimen ini dan boleh menyokong pula keselamatan negara Israel seperti kenyataannya dalam Wall Street Journal baru-baru ini. Sudah tiga minggu berlalu sejak kenyataan itu dibuat, beliau tidak menarik balik dan tidak pula menyaman akhbar itu.

Patutlah dia di'belasah' banyak pihak, termasuk Duta Palestin ke Malaysia Abdel Azeez Abughoush. Malah para pemimpin Pas - parti komponen Pakatan Rakyat -menganggap kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu sebagai satu pengkhianatan kepada ALLAH SWT, Rasulullah SAW, rakyat Palestin dan seluruh umat Islam.




Berbeza dengan sikap pemimpin Umno. Dalam temubualnya dengan Bond dan Simons, Najib (ketika itu Timbalan Perdana Menteri) menekankan perlunya Amerika bertindak lebih adil dalam isu Palestin. Tegasnya, isu Palestin-Israel tidak perlu menjadi zero-sum game (menang ambil semua, kalah habis semua) bagi Amerika jika ia benar-benar ingin memperbaiki hubungan dengan umat Islam Asia Tenggara.




Mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, yang turut ditemuramah, melahirkan kekecewaan terhadap pembohongan Presiden George W Bush. Dalam pertemuan mereka di White House pada Julai 2004, Presiden Bush memberi jaminan bahawa beliau menghormati demokrasi dan berjanji tidak memberi tekanan ke atas negara-negara Islam untuk menerima demokrasi ala Amerika. Tetapi tidak lama kemudian, membuat pengumuman untuk tidak mengiktiraf atau bekerjasama dengan pihak Hamas yang dipilih secara sah oleh rakyat Palestin untuk tubuh kerajaan. "That's why people are angry and why there's so much hatred toward (United States)."

Pendek kata, dalam isu Palestin dan memperjuang hak umat Islam, pemimpin Umno lebih jelas dan tegas. Soal maruah, integriti dan kredibiliti tidak dikompromi. Mereka tidak bertalam dua muka seperti Anwar.


Rosmah dianugerah Anugerah Wanita Peneraju Kebajikan Asia.. tapi kenapa hadiahnya Beg?

Posted: 16 Feb 2012 07:01 PM PST



Sebagai tanda pengiktirafan terhadap dedikasi dan komitmen beliau dalam pelbagai kerja amal semalam Datin Seri Rosmah Mansor telah dianugerahkan Anugerah Wanita Peneraju Kebajikan Asia.


Baguslah kalau macam tu.. selepas terima PhD terima Anugerah Wanita Peneraju Kebajikan Asia pula..

Tapi yang aku musykil sikit ialah kenapa hadiahnya berupa beg??


*******************************************

Anugerah kebajikan akan dinamakan sempena Rosmah

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, malam tadi menerima Anugerah Wanita Peneraju Kebajikan Asia, sebagai tanda pengiktirafan terhadap dedikasi dan komitmen beliau dalam pelbagai kerja amal.

Rosmah menjadi penerima sulung anugerah tersebut yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif NASEBA, Sophie Le Ray, pada majlis jamuan malam gala sempena Forum Wanita Dalam Kepimpinan 2012 di Kuala Lumpur.

NASEBA merupakan sebuah syarikat maklumat perniagaan.

Pengacara majlis, Asha Gill, dalam ucapannya berkata anugerah itu adalah sebagai tanda penghargaan terhadap sumbangan Rosmah dalam program asuhan dan didikan awal kanak-kanak (PERMATA) dan kerja-kerja amal, antara lain, Majlis AIDS Malaysia dan Yayasan Institut Jantung.

Katanya pada masa depan, anugerah itu akan dinamakan atas nama Rosmah.

Sementara itu, Pengarah Urusan Monster.Com bagi India, Timur Tengah dan Asia Tenggara, Sanjay Modi berkata anugerah itu akan memberi tenaga kepada golongan wanita supaya aktif dalam kerja-kerja amal serta meningkatkan pencapaian dalam semua bidang.

"Saya percaya kaum wanita boleh berjaya dalam semua bidang termasuk perniagaan dan ini membuktikan wanita sentiasa mempunyai kapasiti yang tinggi," katanya dalam ucapan pada majlis itu.

Forum dua hari yang bermula hari ini dihadiri oleh peserta dari Australia, Bangladesh, Thailand, Filipina, Singapura, Vietnam dan Malaysia.

- Bernama

Tiada ulasan: