Ahad, 12 Februari 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


PANAS!! Demo bantah JKKK UMNO Rampas tanah Sekolah Rendah Agama.. Macam perangai Israel laa..

Posted: 12 Feb 2012 04:40 AM PST


Sebuah Jawatan-kuasa Bertindak bagi isu Rampasan Tanah Sekolah Rendah Agama Darul Bayan telah diwujudkan yang dianggotai dari kalangan para ibu-bapa, Pengerusi & AJK Ahli Lembaga Pengarah Sekolah serta Guru Besar dan kakitangan sekolah.


Mereka baru mengetahui pada akhir januari 2012 bahawa tanah sekolah mereka telah dirampas oleh 5 penama JKKK kampung Limbong & kg cacar. Ketua JKKK, setiusaha, naib dan ajk JKKK sendiri sanggup mengambil tanah sekolah tersebut untuk kepentingan individu mereka sendiri.

Menyedari hal itu Jawatan Kuasa Bertindak tersebut berusaha untuk mendapatkan kembali hak tanah sekolah mereka dengan mengemukakan bantahan dan bertemu dengan pihak Pejabat Tanah Daerah, Pengarah Tanah & Galian Negeri Terengganu. Mereka menyuarakan simpati tetapi mereka tidak boleh berbuat apa-apa kerana alasannya ini kerja orng politik. Pihak Jawatan kuasa juga cuba menemui Menteri Besar Terengganu tetapi gagal. Dan surat bantahan itu diserahkan kepada setiusaha MB.

Beberapa minggu berlalu tanpa respon akhirnya pihak Jawatan Kuasa menggerakkan demo bantahan secara aman agar pihak berkuasa memberi maklum balas segera. Hari ini, Ahad hampir 3 ribu orang peserta termmasuk masyrakat setempat, ibu-bapa, guru-guru dan para pelajar berdemontrasi ditapak Sekolah Rendah Islam Darul Bayan di jalan Santong, Pekan Paka bermula jam 12.30 tengahari. Mereka juga turut berarak ke Pejabat Adun Paka kerana pihak Adun & Ahli Parlimenlah yang terlibat secara langsung menandatangani kelulusan rampasan tanah tersebut.

Papan tanda pembinaan Asrama anak Yatim yg kini dirampas tanahnya oleh JKKK

Peserta demo berarak ke pejabat Adun Paka

Memorandum yang nak diserahkan tetapi YB lari ke Residen Resort berhampiran

Pelajar muslimat juga turut serta

Kenapa YB lari? mana dia slogan berkhidmat tuh!!!


Walaupun pejabat tersebut dibuka pada pagi tadi tetapi menyedari bahawa peserta demo berarak ke pejabat mereka lalu dengan segera pejabat tersebut ditutup. Bahkan YB Zakaria selaku Adun Paka bertindak melarikan diri dan bersembunyi di Resident Resort, iaitu sebuah resort yang berhampiran. Amat malang apabila beliau takut untuk berhadapan dengan peserta demo tersebut untuk menerima memorandum bantahan. Apabila peserta telah bersurai barulah pada petang ini mereka kembali berkumpul. Mungkin sedang bermesyuarat tergempar kot!

Apa yang kita dapat maklumat, tindakan ini sebagai satu sabotaj terhadap kepimpinan Menteri Besar Terengganu yang dipimpin oleh Datuk Seri Ahmad Said. Semua maklum bahawa Adun Paka dan Ahli Parlimen Dungun iaitu "Datuk" Matulidi adalah team Idris Jusoh dan pastinya tidak sebulu dengan Pok Rosli selaku Ketua Bahagian Dungun yang penyokong kuat & selaku penasihat strategik MB. Dengan isu yang ada sekarang, mereka boleh berlepas diri dan menyerahkan kepada Team Mat Said menjawab serta mempertahankan 5 orang JKKK yang diberi tanah tersebut dalam menghadapi persoalan dan bantahan orang-ramai. Dan sememangnya begitu kerana kelulusan akhir adalah ditangan pihak Exco selaku ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dan MB sendiri.

Pihak rakyat menunggu respon pihak berkuasa khususnya Datuk Mat Said dalam memberi jawapan yang munasabah sebagai sebuah parti yang mewar-warkan sebagai Parti pembela rakyat, bangsa melayu & agama Islam. Apakah tindakan rampasan tanah Sekolah Agama ini mengambarkan tanda sebagai rakyat yang didahulukan ?

Sampai bila pihak berkuasa nak membisu???

Sumber: Ustaz Saiful Bahari

Isu Pasir: Shuhaimi Timbang Saman Raja Petra

Posted: 12 Feb 2012 04:05 AM PST



SHAH ALAM, 12 FEB: Tindakan undang-undang hanya boleh dilakukan setelah blogger, Raja Petra Kamaruddin kembali ke negara ini, kata Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Muda, Shuhaimi Shafiei.


Wakil rakyat PKR itu berkata, semua pihak termasuk pihak polis masih menunggu Raja Petra kembali ke tanah air bagi membantu siasatan termasuk berkaitan kenyataan yang ditulis dalam blognya, sebelum ini.

"Saya mencabar beliau balik ke Malaysia untuk membuktikan bahawa dakwaan beliau terhadap saya itu benar.

"Tuduhan terbaru ini adalah satu percubaan untuk memudahkan beliau kembali ke Malaysia tanpa dikenakan tuduhan yang berat oleh pihak berkuasa," lapor Sinar Harian semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada beliau akan mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap Raja Petra, susulan dakwaan beliau bersama Adun Batu Caves Amirudin Shari terlibat dalam skandal rasuah syarikat perlombongan pasir.

Menurutnya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga telah mengeluarkan kenyataan bahawa tiada sebarang tindakan diambil dalam siasatan mereka pada Julai 2010, lalu.

"Oleh yang demikian, tidak timbul soal saya mengisytiharkan diri sendiri bersih dari SPRM seperti didakwa Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin," katanya.


Antarapos

UMNO/BN tidak akan menang jika bergantung kepada populariti Najib kata Rafidah Aziz

Posted: 12 Feb 2012 12:12 AM PST



Tan Sri Rafidah Aziz dalam satu wawancara yang telah disiarkan oleh New Straits Times menegaskan UMNO/BN tidak mungkin memenangi Pilihanraya Umum akan datang jika bersandarkan kepada populariti Najib seorang.


Disebalik keyakinannya bahawa UMNO/BN akan mengekalkan kuasa dengan memenangi Pilihanraya Umum akan datang beliau menegaskan UMNO/BN perlu menggerakkan jenteranya untuk menang.

Jadi RM85 Juta yang Najib dah bayar untuk pulih imej tu (baca di SINI)tak ada faedah buat UMNO/BN mahupun rakyatlah..

BN can't win GE by riding on Najib's popularity, says Rafidah

KUALA LUMPUR, Feb 12 — The next general election cannot be won on Prime Minister Datuk Seri Najib Razak's "likeable" personality alone, Tan Sri Rafidah Aziz has said.

The influential former Wanita Umno chief has cautioned that although she is "optimistic" that Barisan Nasional (BN) can win the upcoming polls, the coalition needed to work on its machinery to guarantee a good victory margin.

"I must tell you, our leader (Datuk Seri) Najib (Razak) is very well received. People like him. He is a likeable fellow. And I think he is very genuine about being close to the rakyat.

"But we don't go to elections based on one man's popularity. If it's possible to carry his name in all the 'kawasan', then we would win big. But it can't. It's not possible. And he cannot be everywhere to campaign," she said in an interview with the New Sunday Times today.

The prime minister's popularity, said the former international trade and industry minister needed to be matched with a solid BN machinery to ensure a clean victory in the 13th GE.

"In order for us to get a good margin, we have to be on the ground working.

"But we're lucky we have that...people's attachment to Najib. But every division will have to work hard at it. We have to attend to their (the people's) needs," Rafidah (picture) told NST.

Despite several scandal involving senior Umno leaders plaguing his administration, Najib has remained likeable and popular as PM, according to several surveys.

According to a survey by International Islamic University (UIA), the Umno president's approval ratings among the Malay, Chinese and Indian communities rose from 35 per cent, 33 per cent, and 41 per cent respectively in 2008 to 59 per cent, 45 per cent and 62 per cent respectively last year.

A PKR internal poll last year found that Najib was seen as more popular than Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim but a more indecisive and a poorer communicator.

The prime minister was seen positively by 53 per cent of voters compared to 38 per cent who gave him the thumbs-down, according to the survey obtained by The Malaysian Insider.

Much of Najib's support came from the Malay community, where he was well-regarded by 71 per cent of those polled (net positive 46 points), compared to 34 per cent of Chinese voters (net negative 18 points).

Najib, who assumed the post of PM in 2009 has also gone out of his way to reach out to non-Malays, as seen by his recent visit to Batu Caves during the annual Thaipusam festival.

His Batu Caves visit culminated with an announcement of a RM2 million allocation to build a cultural centre in the area.

The incident however angered Perak Mufti Tan Sri Harussani Zakaria who on Friday expressed his dismay over the prime minister's decision to "sacrifice his faith" to attend Thaipusam celebrations at Batu Caves.

Harussani said even though he advised. Najib every year not to join such events, the Barisan Nasional (BN) chief appeared not to place much importance on his faith or Islam.

The PM is expected to attend the annual Chingay parade celebrations in Johor Baru later tonight, another move seen to boost his appeal among non-Muslims - The Malaysian Insider

Interview oleh NST tersebut sila lihat di SINI

Samseng UMNO mengganas lagi!!

Posted: 11 Feb 2012 10:22 PM PST



Maklumat dari seorang sahabat mengatakan Samseng UMNO yang dikepalai oleh anak Allahyarham Dato 'Z' yang dikenali sebagai Boy telah menggeledah dan menjarah dewan lokasi program.


Mereka menghalau orang ramai yang hadir untuk mendengar ceramah. Mereka memenuhi setiap ruang dalam dan luar dewan selain berkawal dan mengugut orang ramai di semua jalan masuk menuju ke dewan.

Samseng UMNO ini juga telah membuktikan bahawa mereka itu ganas kononnya dengan menterbalikkan kerusi dan mematahkannya.. Mereka hanya mahukan Adam Adli.

Gambar tak dapat dirakam sebab setiap yang berkamera jika bukan orang mereka, pasti akan diugut dan dibelasah.


Samseng serang program SMM, sasar Adam Adli

KLANG, 12 Feb: Program Jelajah Mahasiswa di sebuah dewan orang ramai di Kampung Idaman, Pandamaran malam tadi diserang sekumpulan samseng yang membuat kecoh dan memecahkan meja dan kerusi.

Difahamkan lebih 50 orang samseng tersebut menyerbu dewan itu dengan mensasarkan pemimpin pelajar Adam Adli.

Bagaimanapun ketika kejadian kira-kira jam 8 malam tadi itu, Adam Adli berada di luar dewan dan sempat menyelamatkan diri.

Kumpulan samseng itu difahamkan bertindak merosakkan barangan dalam dewan termasuk memecahkan kerusi dan meja.

Penganjur program Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) kemudiannya bertindak membuat laporan polis di Balai Polis Kampung Idaman.

Insiden itu bagaimanapun tidak berakhir di situ apabila kumpulan samseng tersebut bertindak mengepung sekali lagi mahasiswa-mahasiswa tersebut di hadapan balai polis tersebut.

Keadaan tegang itu memaksa pihak polis membawa mahasiswa tersebut ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang bagi tujuan mendapatkan perlindungan.

Pada masa sama, kumpulan samseng itu juga turut mengekori mahasiswa itu dan menanti mereka hadapan IPD Klang itu.

Selepas mendapat maklumat berhubung insiden itu, pasukan Unit Amal PAS dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) turut bergegas ke tempat kejadian.

Ketua Penerangan AMK Selangor, Saifullah Zulkifli yang ditemui di tempat kejadian berkata, setibanya di perkarangan IPD itu beliau dan beberapa rakan dihalang sekumpulan samseng tersebut.

Mereka juga diludah dan dihambur dengan kata-kata kesat.

"Malah ketika saya berjalan untuk memasuki IPD sekumpulan pengikut Umno seramai 50 orang itu telah memaki hamun serta ada antaranya meludah ke arah kami walaupun kami memaklumkan kehadiran kami tidak ada kaitan dengan mahasiswa tersebut," jelasnya.

Tambahnya lagi, kekacauan berlaku sekitar jam 8 malam apabila sekumpulan pengikut Umno telah memasuki dewan orang ramai di Kampung Idaman dengan membuat kecoh serta memecahkan kerusi.

"Sasaran mereka adalah Adam Adli tetapi ketika kejadian tersebut berlaku Adam tidak berada di dalam dewan, sebaliknya beliau masih berada di luar dewan dengan niat bila keadaan benar-benar selamat baru beliau masuk ke dalam dewan.

"Tetapi Adam bernasib baik sempat dibawa lari sebelum kejadian yang tidak diingini berlaku," sambungnya.

Adam Adli sebelum ini mencetus kontroversi dengan bertindak menurunkan bendera perdana menteri Datuk Seri Najib Razak di hadapan bangunan Umno ketika demonstrasi mahasiswa menuntut pemansuhan Auku di PWTC Disember tahun lalu.

Antara mahasiswa yang dibawa berlindung di IPD Klang adalah Timbalan Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independent (KAMI), Khalid Ismath dan Koordinator Aksi Mahasiswa Independent (AKSI), Ehsan Bukharee.

Mereka kemudiannya dibawa keluar dari IPD kira-kira jam 2.30 pagi dengan dua buah kenderaan polis.

Dalam pada itu, kekacauan tersebut telah menyebabkan beberapa buah kereta milik mahasiswa telah rosak teruk.

Serangan serupa sebelum ini berlaku pada program Asal Bukan Umno (ABU) di Jalan Kebun, Shah Alam.

Dalam kejadian itu, seorang lelaki dilapor cedera dalam insiden tersebut - Harakahdaily


Kronology peristiwa sila lihat di SINI
Dan video pula sila lihat di SINI

BBC Minta Maaf dan Mengaku dibayar RM85 Juta untuk pulih imej Najib

Posted: 11 Feb 2012 08:37 PM PST



KUALA LUMPUR, 11 Feb — The British Broadcasting Corporation (BBC) telah berjanji untuk meminta maaf kerana telah menyiarkan program berbayar yang berat sebelah kepada sesetengah negara termasuk Malaysia.


Akhbar UK theIndependent hari ini melaporkan bahawa BBC akan meminta maaf kepada 74 juta rakyat seluruh dunia untuk satu laporan skandal di mana ia disiarkan sebagai program dokumentari yang telah dibayar dalam satu perjanjian dengan satu fima publisiti di London firma.

Menurut The Independent hari ini, pemaafan global oleh BBC dijangka dibaca: "Sebilangan kecil program-program disiarkan di BBC World News antara Februari 2009 dan Julai 2011 melanggar peraturan-peraturan BBC bertujuan untuk melindungi integriti editorial kita.

Peraturan-peraturan ini memastikan yang program-program bebas , dan dilihat untuk menjadi bebas, dari komersial atau tekanan-tekanan luar lain."

Berdasarkan satu rujukan langsung bagi FBC dokumentari, ia akan berkata: "Dalam kes lapan program lain, yang mana kesemuanya menonjolkan Malaysia, kami mendapati yang syarikat produksi yang membuat program-program berkenaan mempunyai satu hubungan kewangan dengan kerajaan Malaysia.

"Ini bermaksud terdapatnya potensi satu konflik kepentingan , walaupun BBC tidak sedar tentangnya apabila program-program itu disiarkan."

Permohonan maaf itu akan disiarkan seluruh dunia di saluran World News BBC bagi 295 juta rumah kediaman, 1.7 juta bilik hotel, 81 kapal pesiaran, 46 sistem penerbangan dan di 35 platform-platform telefon bimbit di empat masa lain, berperingkat supaya sampai kepada penonton dalam zon-zon berbeza, lapor akhbar berkenaan.

Editorial Standards Committee BBC Trust menjalankan satu siasatan ke terhadap BBC World News pada November dan mendedahkan 15 pelanggaran garis-garis panduan penyuntingan.

Lapan daripada pelanggaran yang berkaitan dengan program-program FBC dibuat tentang Malaysia disebabkan satu ketara "hubungan kewangan" antara kerajaan itu dan FBC Media, syarikat pengeluaran TV.

BBC dilaporkan mempunyai bayaran-bayaran nominal dibayar sekecil £1 untuk program-program yang diperbuat oleh FBC Media (UK), yang mana senarai pelanggan PR mereka termasuk Malaysia dan kerajaan asing lain.

The Independent menyatakan bahawa FBC Media membuat lapan karya untuk BBC mengenai Malaysia manakala gagal untuk mengisytiharkannya telah dibayar sebanyak £17million oleh kerajaan Malaysia untuk "komunikasi strategik global" yang termasuk liputan positif industri minyak sawit kontroversi Malaysia.

BBC juga digunakan FBC ntuk membuat sebuah dokumentari mengenai pemberontakan di Mesir tanpa mengetahui firma dibayar melakukan kerja PR untuk rejim bekas diktator Hosni Mubarak.

Syarikat TV FBC Media telah dijumpai berada di pusat berita Malaysia menyelesaikan skandal menghadapi juruhebah BBC and CNBC , dan menghadapi kejatuhan.

Firma berasaskan di London dan syarikat induknya FBC Group memasuki pentadbiran tahun lepas — satu tempoh sah yang membenarkan sebuah syarikat hampir bankrap membawa kepada perniagaan — berikutan laporan-laporan ia menerima £17million (RM85 juta) dari Putrajaya bagi menggilap imej pentadbiran Najib di siaran global.

FBC ditubuhkan pada tahun 1998 oleh wartawan Amerika Syarikat Alan Friedman, yang memenangi anugerah dan individu-individu media terkenal lain yang membina satu rangkaian pelanggan-pelanggan "blue chip" yang mengandungi kerajaan-kerajaan seperti Greek, Itali dan Zambia, dengan kontrak menggalakkan pelancongan di Malaysia, Indonesia dan Hungary.

FBC didedahkan turut menggandakan publisiti firma untuk kerajaan Najib dan telah dibayar berjuta pound ntuk mengendalikan satu kempen "Global Strategic Communications.

Tetapi kontrak Putrajaya bernilai RM96 jutanya telah berakhir dengan FBC, yang bermula pada 2009, selepas ia telah didedahkan pemimpin kerajaan Malaysia sering muncul dalam rancangan TV berbayar.

Malaysian Insider telah melaporkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berjumpa satu siri ahli strategi perhubungan awam, termasuk APCO Worldwide, bagi menggilap imej peribadinya dan kerajaannya di seluruh dunia.

Tempoh APCO di Malaysia diwarnai oleh kontroversi selepas pembangkang mengatakan firma perhubungan awam itu berkait rapat dengan Israel.

Yang terbaru menggunakan khidmat ahli-ahli pasukan itu belakang bekas Perdana Menteri British Tony Blair "New Labour" kempen, yang dilaporkan mula bekerja menjadikan Najib sebagai satu pembawa pembaharuan sederhana.

Photobucket

The Malaysian Insider

Tiada ulasan: