Selasa, 7 Februari 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Tranformasi Jambul Sharizat (Gambar).. selingan sebelum dua lagi pendedahan dibuat!

Posted: 07 Feb 2012 09:10 AM PST

Sementara kita menunggu dua lagi pendedahan yang akan dilakukan iaitu pendedahan tentang hubungan Malaysia dan Israel dan juga pendedahan terbaru tentang scandal NFC sebagai selingan mari kita lihat Tranformasi Jambul Shahrizat.



Gambar diatas adalah screen shot wajah Sharizat yang videonya (Video lihat di SINI) dirakamkan pada Jumaat 3 Feb. lalu ketika beliau baru kembali dari mengerjakan Umrah buat kali ketiga dalam masa dua bulan. Jambulnya tertutup rapi..

Berikut pula adalah gambar Shahrizat yang dirakamkan oleh MinaqJinggo di Di Kampung Bakar Bata, Beruas, Perak,pada 4 Feb. jambulnya mula kelihatan.


Di Kampung Bakar Bata Shahrizat telah mendakwa menerima hidayah dari Allah agar terus memimpin Wanita UMNO.. tak percaya? Tengok video kat SINI.

Di bawah ialah pada 5 Feb di di Hospital Kuala Lumpur.


Di bawah pula gambar dari Lidah Rasmi UMNO Sharizat di Majlis Konvensyen Memperkukuhkan Ekonomi Masyarakat Siam Negeri Kelantan di Wat Uttamaram, Kampung Teresek, Rantau Panjang, Kelantan pada 6 Feb.. tengoklah sendiri..


Adakah ianya akan kembali seperti ini? lihat di bawah..


Itu adalah selingan...

Dua pendedahan yang aku maksudkan ialah oleh Chegu Bard dan Rafizi.

Chegu Bard akan mendedahkan dalam satu sidang media, dokumen & bukti bergambar hubungan dagang Israel-Malaysia termasuk bekal minyak sawit jam 11.30pg bertempat di Komtar Walk, Pulau Pinang.

Manakala Rafiizi pula akan mendedahkan sesuatu yang baru tentang Scandal NFC yang dijangka lebih menggemparkan dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PKR jam 11.00 pagi.

HARAP MAKLUM!!!

Zamil Ibrahim dan Tan Tee Beng dipecat dari KITA.

Posted: 06 Feb 2012 11:30 PM PST

7 Februari 2012


Akibat dari melakukan kerja bodoh iaitu mendesak Presiden parti mereka iaitu Zaid Ibrahim dari KITA keluar dari KITA, dua orang pemimpin KITA Negeri iaitu KITA Kedah Zamil Ibrahim dan KITA Pulau Pinang Tan Tee Beng telah disepak keluar dari KITA oleh Jawatankuasa Disiplin KITA semalam.


Aku kata kerja bodoh.. pasal memang kerja bodohpun pasal tak sedar yang diri itu mentimun yang cuba dilanggar itu durian.. dah nasib mentimun melanggar sakit dilanggarpun sakit..

Bagi Zamil pula ini bolehlah diibaratkan sebagai yang dikejar tak dapat.. yang dikendong berciciran.. nak jadi Presiden tak dapat disepak keluar pula..

Pagi semalam dia cabar Zaid keluar bersama penyokongnya "keluarlah bersama penyokong jika beliau ada penyokong."

"Saya cabar bawa bersama penyokong setianya keluar dan sertailah mana-mana parti yang pelawa mereka."

Malam semalam juga beliau dipecat.

Nak demand kat Najib macam mana agaknya PRU13 ni??

Dah kena pecat tu eloklah.. Korang tunggulah tawaran dari Hassan Ali pulak untuk menyertai JATI..


*******************************************


Pengerusi Kita Kedah, Pulau Pinang dipecat

SHAH ALAM - Pengerusi Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) negeri Kedah dan Pulau Pinang dipecat berkuat kuasa serta-merta atas kesalahan melanggar peraturan-peraturan parti itu.

Setiausaha Pusat Kita, Masrum Dayat berkata, Tan Tee Beng dan Zamil Ibrahim, masing-masing ketua Kita Kedah dan Pulau Pinang telah diputuskan pemecatan mereka dalam mesyuarat Jawatankuasa Disiplin, malam tadi.

"Jawatankuasa Disiplin mendapati mereka telah melanggar peraturan-peraturan parti dengan membuat kenyataan secara berterusan mengecam parti dan kepimpinan parti," kata Masrum ketika dihubungi.

Dalam pada itu, kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Wan Hasemah @ Wan Norjam Wan Sulaiman berkata, "Jawatankuasa Disiplin Kita dalam mesyuaratnya pada 6.2.2012 (semalam) telah sebulat suara memutuskan memecat keahlian Tan Tee Beng dan Zamil Ibrahim kerana terus-menerus melakukan pelanggaran melampau terhadap disiplin parti, berkuat kuasa serta-merta."

Kata beliau, kedua-dua mereka boleh merayu kepada Jawatankuasa Eksekutif Pusat terhadap pemecatan tersebut dalam masa 14 hari.

Tee Beng juga merupakan anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat dan Ahli Parlimen Nibong Tebal.

Kedua-dua pemimpin itu meruakan antara yang melahirkan pandangan kritis terhadap Datuk Zaid Ibrahim sejak presiden itu melahirkan cadangan mahu membubarkan Kita.

Khamis lalu, Zaid berkata, keputusan membubarkan Kita terpaksa dibuat untuk menghapuskan sebarang keraguan yang mendakwa bahawa pihaknya tidak memihak kepada pembangkang, terutama dengan beberapa anggota-anggota parti di Kedah dan Pulau Pinang secara terbuka mengkritik Pakatan Rakyat (PR).

Laporan media semalam menyebut lima pengerusi negeri Kita akan mengadakan usul tergempar bagi mendesak Zaid meletak jawatan sebagai presiden parti.

Tee Beng berkata, Zaid sepatutnya menarik diri dari memimpin Kita, bukannya membubarkan parti berusia setahun itu.

Zamil juga melahirkan pandangan yang serupa minggu lalu.

Parlimen bersidang 12 Mac 2012.. jadi tak bubarlah minggu ini..

Posted: 06 Feb 2012 08:28 PM PST

7 Februari 2012


Kalau notis untuk bersidang pada 12 Mac ini sudah dikeluarkan kepada Ahli-ahli Parlimen maknanya lambat lagilah Parlimen nak dibubarkan..


Jadi Khabar angin yang tersebar meluas jumaat lalu.. hanyalah khabar angin.. sila baca di SINI

Parlimen sidang 12 Mac, PRU13 masih jauh?

SHAH ALAM - Spekulasi terbaru Parlimen akan dibubarkan pertengahan bulan ini kemungkinan besar akan meleset kerana sidang sesi Mac-April dijadual akan dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong, 12 Mac ini.

Ahli-ahli Parlimen sudah menerima notis sidang Dewan Rakyat akan berlangsung selama sebulan mulai 12 Mac ini.

"Ya, kami sudah menerima makluman bahawa sidang Parlimen akan dirasmikan pada 12 Mac," kata Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong-penyokong Kerajaan BN (BNBBC), Datuk Bung Moktar Radin kepada Sinar Harian Online.

"Kami menerima notis minggu lepas. Ya, boleh dikatakan Parlimen tidak dibubarkan, tetapi bila tarikh pembubaran, hanya Perdana Menteri sahaja yang tahu," kata Ahli Parlimen Kinabatangan ini.

"Tidak mungkin, tidak mungkin akan dibubarkan ketika Parlimen sedang bersidang, (jika dibubarkan), ia akan menyusahkan semua pihak... saya rasa (tarikh pembubaran) masih jauh," kata beliau mengulas lanjut spekulasi terbaru bahawa Parlimen akan dibubarkan bulan ini bagi membolehkan pilihan raya umum diadakan.

Perkara yang sama disahkan oleh Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, mengambil kira perkara itu, tidak mungkin Parlimen akan dibubarkan dalam waktu terdekat.

"Kami, ahli-ahli Parlimen juga telah diminta mengemukakan senarai soalan lisan sebelum 17 Februari ini," katanya ketika dihubungi.

Meskipun kedua-dua wakil rakyat itu berkeyakinan bahawa Parlimen tidak akan dibubarkan sebelum April ini, tetapi ia bukan petanda muktamad tidak akan ada pembubaran sama sekali.

Parlimen pernah dibubarkan ketika masih bersidang pada tahun 1999.

Selepas sidang Dewan Rakyat selama sebulan bermula 12 Mac ini, Dewan Rakyat dijadual akan bersidang selama dua minggu.

Bung Moktar menambah, pada pandangan beliau tidak ada keperluan untuk membubarkan Parlimen buat masa sekarang.

"Saya tidak nampak ada keperluan untuk mengadakan pilihan raya sekarang, Datuk Seri Najib Razak ada banyak perkara yang hendak dilaksanakan, beliau perlukan masa," kata beliau lagi.

Ketika bercakap kepada pemberita di Kuala Terengganu Khamis lalu, Najib berkata, PRU13 boleh diadakan pada bila-bila masa asalkan tidak lewat daripada April tahun depan.

Mandat semasa akan berakhir April 2013.

Najib berkata, masa untuk mengadakan PRU13 bergantung kepada banyak factor, namun ia boleh diadakan pada bila-bila masa asalkan tidak lewat daripada April tahun depan.

"Buat masa ini, saya turun padang berjumpa rakyat, bukan sahaja saya tapi semua pemimpin kerana ini tanggungjawab sebagai pemimpin supaya rakyat tambah yakin kepada BN," katanya mengulas desas-desus kononnya Parlimen akan dibubar minggu ini untuk memberi ruang kepada PRU13.

Mahfuz menambah, beliau yakin PRU13 tidak ada diadakan dalam waktu terdekat memandangkan ada beberapa isu semasa belum selesai sepenuhnya dan BN memerlukan masa untuk menyelesaikannya.

Katanya, ini termasuklah isu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) dan skim Sistem Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang sedang disemak semulam.

"Manakala urusan pengagihan wang tunai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) hanya akan selesai pertengahan April, jadi saya fikir BN memerlukan masa yang sesuai untuk memanggil pilihan raya umum," katanya lagi.

Katanya, mengambil kira perkembangan ini, pihaknya meramalkan PRU13 paling cepat akhir Mei atau Jun.


Sinar Harian

Stadium yang runtuh belum dibaiki, BN tawar litar lumba pula..

Posted: 06 Feb 2012 07:16 PM PST

6 Februari 2012


RHU RENDANG – Hadiah berupa sebuah litar lumba 'motor cross'menunggu penduduk kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Rhu Rendang jika Barisan Nasional (BN)dapat menawan kerusi Parlimen Marang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).


Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, beliau akan menyokong cadangan untuk membangunkan kawasan berbukit bukau di Gong Cempedak di sini, menjadi sebuah litar tetap kejohanan lumba motor lasak pada masa akan datang.

Bahagian Parlimen Marang terdiri daripada empat kerusi Dun iaitu Rhu Rendang, Pengkalan Berangan, Bukit Payong dan Alor Limbat.

Bukit Payung dan Rhu Rendang dikuasai oleh Pas manakala Pengkalan Berangan dan Alur Limbat berada dalam tangan Umno-BN.

Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang merupakan Adun Rhu Rendang dan Ahli Parlimen Marang.

Ahmad berkata, projek pembinaan trek lumba 'motor cross'di kampung berkenaan sudah pasti akan diteruskan dan dijadikan sebagai acara tahunan jika Dun Rhu Rendang yang sejak sekian lama dikuasai Pas, ditawan BNkali ini.

"(Ia) terpulang jika BN menang di Marang, sudah 20 tahun lebih (diberikan kepada) Pas, (kita harap) penduduk Rhu Rendang ubah selera. Jika kawasan ini dimajukan (sebagai litar tetap kejohanan lumba motor lasak) penduduk Rhu Rendang juga akan mendapat faedahnya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mengadakan lawatan ke kawasan litar itu,yang dirancang untuk dijadikan sebagai lokasi kejohanan 'DR 4 x 4 Ranggok' peringkat antarabangsa bermula dari 9 hingga 11 Mac depan,anjuran Kelab Ranggok Marang.

Hadir sama Penaung Kelab Ranggok juga Pegawai Pembangunan Dun Rhu Rendang, Nik Dir Nik Wan Ku dan Naib Ketua Umno Marang merangkap Penasihat Eksekutif Kelab Ranggok, Datuk Razali Idris.

Difahamkan kira-kira 1,800 peserta dari luar negara,antaranya termasuk peserta Thailand dan Indonesia akan menyertai kejohanan itu yang akan melibatkan perlumbaan motor cross, pacuan empat roda dan mountain bike, bertujuan menarik pelancong ke negeri ini.

Selain itu, Menteri Besar berkata, lebih banyak projek pembangunan akan dilaksanakan Kerajaan Negeri,bukan sahaja di Dun Rhu Rendang,malah di bahagian Parlimen berkenaan jika BN dapat merampas semula kawasan tersebut pada PRU13.

"Kita mahu laksanakan banyak projek di kawasan ini, tetapi penduduk mestilah menunjukkan sokongan kepada kerajaan supaya kita dapat membantu mereka," katanya.

Sinar Harian

Shahrizat kata sudah dapat Hidayah.. tapi ni gambar sedang buat apa? (Video inside)

Posted: 06 Feb 2012 09:47 AM PST



Di Kampung Bakar Bata, Beruas, Perak beberapa hari yang lalu dalam ucapannya Shahrizat mendakwa beliau telah mendapat hidayah ketika mengerjakan Umrah untuk terus memimpin Pergerakan Wanita UMNO/BN dalam menghadapi PRU13 yang akan datang.


Ini adalah umrah yang dilakukannya untuk kali ketiga dalam masa dua bulan.

Menurut Shahrizat di dalam video di bawah ini.. Scandal NFC yang melanda keluarganya adalah satu ujian dari Allah buat dirinya kerana selama ini beliau diberikan laluan mudah untuk memegang jawatan di dalam UMNO dan juga kerajaan.

"Rupanya Allah kata wahai Shahrizat! Aku nak uji, uja dan duga kau selaku Ketua, samada kau ada iman, ada ibadah, ada semangat .. betultak? Atau kau nak tumbang begitu saja…

Seterusnya tengok video di bawah ni..



Baguslah kalau dah diberikan hidayah.. tapi takkanlah Shahrizat diberikan Allah hidayah untuk terus memimpin Wanita UMNO kot..

Gambar-gambar dibawah ini mungkin membenarkan kata-kata Shahrizat bahawa beliau diberikan hidayah untuk terus memimpin Wanita UMNO.. tetapi mungkin tidak diberikan hidayah untuk mengenali apa yang haram dan apa yang halal menurut ajaran Al-Quran..

Ini gambar Zambry dikelilingi wanita BN..

"Andaikata kepala salah seorang dari kamu dicucuk dengan jarum besi, maka itu lebih baik baginya dari menyentuh wanita yang tidak halal baginya." (Riwayat At-Tabrani & Al-Baihaqi)

Ini pula gambar Sharizat sedang bersalaman dengan Zambry..

Shahrizat juga sedang bersalam dengan siapa entah.. yang pasti lelaki ini bukanlah suaminya..


"Dan sesiapa yang diberi hidayat petunjuk oleh Allah (dengan sebab pilihannya yang benar), maka tidak ada sesiapapun yang dapat menyesatkannya.Bukankah Allah Maha Kuasa, lagi berhak membalas dengan azab seksa (kepada golongan yang bersalah)?"surah Az-Zumar ayat 37

Tiada ulasan: