Rabu, 29 Februari 2012

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Pemuda Umno dakwa KM kebudak-budakan

Posted: 29 Feb 2012 02:05 AM PST

Pemuda Umno Pulau Pinang kecewa dengan tindakan Ketua Menteri Lim Guan Eng yang membuat laporan polis berhubung dakwaan ancaman yang diterimanya semasa kekecohan Himpunan Hijau di Padang Kota, Pulau Pinang pada Ahad lalu.

adam adli visit penang 291211 penang umno youth chief shaikh hussein mydinMenurut ketuanya, Shaik Hussein Mydin (kiri), Lim menyalahkan Umno bagi apa yang berlaku terhadap dirinya pada hari berkenaan.

"Tindakan Lim ibarat orang tua nyanyuk yang cuba berebut botol susu dengan kanak-kanak," katanya.

Namun, Shaik Hussein mendakwa beliau mengalu-alukan siasatan segera dan menyeluruh terhadap pihak yang bertanggungjawab mencetuskan huru-hara selepas ucapan ringkas Lim pada perhimpunan tersebut.

Dalam kejadian Ahad lalu, kira-kira 50 penyokong pro-Lynas, yang sebahagian besarnya terdiri daripada ahli Pemuda Umno dan kumpulan pendesak Melayu, PERKASA, didakwa menggangu perhimpunan anti-Lynas di Sudut Pidato, Padang Kota, Esplanade, Pulau Pinang ketika Lim sedang berucap.

Ia disusuli dengan asakan kumpulan itu yang terus mencaci Lim, termasuk menunjukkan kasut ke arah ketua menteri. Orang ramai kemudian cuba membuat rantaian manusia bagi menghalang Lim daripada diserang dan dalam kekecohan itu dua wartawan dilaporkan dipukul.

NONEPerhimpunan itu diadakan sebagai solidariti kepada Himpunan Hijau di Kuantan yang diadakan dengan kehadiran hampir 15,000 orang yang membantah keputusan kerajaan membenarkan loji pemprosesan nadir bumi milik Lynas Advanced Material Plant (Lamp) beroperasi di Gebeng, Pahang.

Menurut Shaik Hussein, beliau yakin hasil siasatan akan membuktikan bahawa Lim yang sebenarnya mencetuskan ketegangan kerana semasa di atas pentas beliau mengarahkan ahli Umno supaya diam.

"Kenyataan Lim menyimpang daripada tujuan sebenar Sudut Pidato diadakan, ia sepatutnya menjadi ruang atau tempat untuk kebebasan bersuara."

Beliau kemudian mencadangkan kepada Lim agar mempelajari daripada bekas Ketua Menteri Tan Sri Koh Tsu Koon mengenai cara-cara menerajui pentadbiran negeri.

penang himpunan hijau 2 260212 03Dakwanya, Koh yang menjadi ketua menteri selama 18 tahun, sentiasa tenang dan sabar walaupun dibidas oleh kawan-kawan dan juga seterunya.

"(Lim) tidak perlu belajar dari bapanya (Lim Kit Siang) yang hanya tahu menimbulkan kemarahan di kalangan rakyat," katanya dalam nada menyindir. -MK

Polis Pulau Pinang - Lebih baik duduk-duduk goyang telor !

Posted: 28 Feb 2012 05:06 PM PST

Ini adalah Ketua Pemuda Mamak Umno Shaik Hussein Mydin dari Umno Bahagian Tanjung. Lihatlah 'innocent' lookingnya dia. Tentu ramai Putri Umno yang teruja bila melihat potretnya ini! Dia adalah pemimpin Umno yang bakal mengangkat mertabat mamak-mamak Pulau Pinang dimasa akan datang kelak. Begitulah harapan mereka terhadapnya.

Tetapi malangnya, harapan tersebut berkecai dan terburai. Marwah mamak-mamak Pulau Pinang turut lingkup oleh sebab kelakuannya yang tidak senonoh, bila dia turut terlibat sama, berperanan aktif dalam insiden buruk dan memalukan ini.

Dia adalah antara mereka yang terbabit dalam kekecohan Himpunan Hijau di Padang Kota, Pulau Pinang pada Ahad lalu. Lihatlah kelaku tidak senonoh mamak pariah seekoq ini.


Polis yang sepatutnya memberikan perlindungan kepada keselamatan rakyat negara ini gagal melaksanakan tugas mereka kerana membiarkan samseng – samseng Mamak Umno membuat provokasi keterlaluan bertindak ganas membuat huru hara keatas para peserta demo aman.


Umno adalah punca kekecuhan waktu perhimpunan aman Lynas di Pulau Pinang baru-baru ini.Tengoklah antara bukti-buktinya jelas bahawa yang mengganas adalah puak-puak Umno.


Samseng-samseng Mamak Umno menjerit-jerit serta menyerang beberapa peserta demo hingga dua orang wartawan dari Kwong Wah Daily turut dikasari dimana salah seorang dari mereka terpaksa menerima rawatan di hospital.


Insiden buruk yang cemar dan memalukan keturunan mamak-mamak Pulau Pinang ini hanya diperhatikan tanpa apa-apa tindakan yang wajar pihak polis yang ada di situ.Buat menghabihkan boreh aje. Lebih baik polis-polis yang macam ini duduk-duduk goyang telor aje kat pejabat memasing.

Duduk-duduk goyang telor lagi baik

Seperti biasa, tanpa ada skelumit pun rasa malu kumpulan pendesak Melayu, PERKASA dan Umno menafikan tahi atas jalan tu depa yang punya. Kah! kah! kah! tak ngaku yang mengakibatkan dua petugas media cedera dan mengancam keselamatan Ketua Menteri Pulai Pinang Lim Guan Eng.


Tiada ulasan: