Jumaat, 10 Februari 2012

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


PM Najib dan Rosmah Tergelincir !

Posted: 10 Feb 2012 08:05 AM PST

Najib menyertai perayaan Thaipusam di batu Caves - ihsan Malaysian Insider

Nampaknya Unit Selamatkan Akidah Asang Ali terpaksa kena diletakkan dibawah kementerian Perdana Menteri. Langkah ini terpaksa diambil sebagai langkah untuk menjaga PM Najib daripadatergelinjir akidah.

Jamil Khir, Menteri Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri gagal melaksanakan tugas untuk menasihati PM najib dalam persoalan agama.Semasa musim haji yang lalu, Jamil Khir juga dikatakan gagal dalam membimbing kerja-kerja haji PM Najib dan Rosmah.

Hasan Akidah yang sedang sibuk berceramah kat Ipoh malam ini, belum lagi memberi respon sama ada akan menerimanya atau tidak. Kalau Asang menerimanya , itu adalah bagus baginya kerana tidak perlu jual kismis dalam roadshownya di serata negara. Tidak perlu Asang minta orang ramai menghulur derma simpati seperti mana diceramah-ceramah PAS.

Kegagalan Jamil Khir menasihati PM Najib menyebabkan Najib dan isterinya Rosmah telah tergelinjir akidah mereka sewaktu perayaan Thaipusam baru-baru ini. Bukan aku cakap. Mufti Perak sendiri yang cakap :

"Jangan gadai akidah kita, hukumnya syirik apabila kita hadir dalam perayaan mereka seperti kita merestui agama kaum lain... kita sepatutnya menjauhi perbuatan khufur yang boleh merosakkan akidah.

"Perkara ini serius kerana ia masalah akidah, saya wajib tegur... kalau tidak mahu dengar terpulang," kata Harussani menambah tiada halangan sekiranya menghadiri majlis rumah terbuka tetapi bukan upacara keagamaan.
Baca di sini

Altantuya ditunda lagi...

Posted: 10 Feb 2012 06:05 AM PST

Peguam yang mewakili Azilah, J Kuldeep Kumar berkata petisyen rayuan tidak dapat difailkan kerana beliau hanya menerima 40 jilid daripada 57 jilid dokumen rekod rayuan dan penghakiman bertulis Mahkamah Tinggi.

Mahkamah telah menghantar dokumen itu kepada Azilah di penjara, katanya lagi.

Macam mana boleh jadi macam ini.Kes sudah 2 tahun lebih berlalu …..terpaksa tunggu 9 mac pula untuk pengurusan kes seterusnya.

Kes yang melibatkan VVIP ini sengaja dilewat-lewatkan hanya menguatkan lagi prasangka rakyat adanya konspirasi disebalik apa yang berlaku. Macam tiada kesudahan drama ini. Baca di sini

Umno/BN Gadai Tanah Orang Melayu

Posted: 10 Feb 2012 12:05 AM PST

Ceramah khas dedah BN gadai tanah orang Melayu

KUALA LUMPUR, 9 Feb: Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat akan mengadakan ceramah perdana khas berhubung isu penggadaian tanah orang-orang Melayu di negara ini oleh pihak Umno dan Barisan Nasional (BN).

Ceramah tersebut akan diadakan pada 12 Februari ini mulai jam 9.00 malam di Dewan Datuk Fadzil Mohd Noor di Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad (KUIZM) di Taman Melewar, di sini.

Siri ceramah dedah BN gadai tanah orang Melayu perlu dilakukan di seluruh negara.Sila lakukan secara menyeluruh dan berterusan supaya masyarat tidak mudah tertipu dengan dakyah Umno/BN.

Wujudkan satu unit khas mengenainya yang terdiri daripada mereka yang benar-benar pakar dan berpengalaman khas dalam hal ehwal tanah, Felda dan Felcra, khususnya tanah rezab Melayu.

Tiada ulasan: