Rabu, 15 Februari 2012

AKU INGIN BEBAS

AKU INGIN BEBAS


PROGRAM 6P, PATI AKAN GELAKKAN UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Posted: 14 Feb 2012 03:36 PM PST

Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja atau Pendatang Asing Tanpa Izin atau Program 6P bertujuan untuk mengurangkan bilangan pendatang tanpa izin di negara ini. Ia dimulakan 1 Ogos 2011 dengan Pendaftaran Pekerja Asing yang sah membabitkan pengambilan data biometrik dan melengkapkan maklumat peribadi di Jabatan Imigresen.

Program yang digelar "6P" itu iaitu pendaftaran, pemutihan, pengampunan, pemantauan, penguatkuasaan dan pengusiran. Ia merupakan program Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Namun ia menimbulkan persoalan berapa kerap ia akan dilanjutkan. Jurucakap program ini Tan Sri Mahmood Adam, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri menjadi 'khadam' kepada Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Menteri Dalam Negeri.

Lanjut! Lanjut!! Muktamad tak dilanjutkan dan lanjut lagi!! Kasihan Mahmood Adam seolah-olah 'khadam' kepada Hishammuddin yang terpaksa bertindak sebagai jurucakap. Itulah tugas setiausaha…


Kita dengar pula apa kata Tan Sri Mahmood Adam, khadam Hishamuddin selepas 10 April 2011 nanti. Adakah Program 6P akan tamat sepenuhnya!! Adakah juga mereka mempunyai simpati yang begitu mendalam terhadap pendatang haram ke negara kita?

Bimbang kalau-kalau ia digelakkan oleh PATI itu semua kerana seronok melihat telatah menteri Malaysia!! sumber

Tiada ulasan: