AdukaTaruna |
Bila pekerja KFC belasah pelanggan KFC Posted: 07 Feb 2012 08:06 PM PST Oleh : AdukaTaruna [1] Falsafah kastemer olways rait ni dicipta kapitalis la. Dah bisnes dia. Dia yang bayar gaji. Kalau gua punya kedai / bisnes pon gua setuju gak falsafah nih. Tapi bak Ali Abu kata, Malaysia dah memecah falsafah nih. Kuli always rait. Kalau Kuli mengamuk, kastemer pun takdo. Takdo kastemer, bisnes takda. Takda bisnes, Majikan pun stendet Kuli gak. Sama2 takda pendapatan. Haha. Cumo dalam dunia realiti, manusia berbaka majikan akan survive la. Asalkan dia menggadai prinsip kebenaran dia sebagai manusia. Lalang dan berkepentingan. [2] Bila berlaku perbalahan antara 2 manusia A dan B, akan membentuk 3 sokongan. Pertama sokongan manusia A. Kedua sokongan manusia B. Ketiga sokongan terhadap rasional keadaan. Sokongan ketiga ni amat kurang sekali. Penyokong A dan B akan mengeluarkan hujah. Sama ada fakta atau teori. Dalam kes seumpama ini, selalunya akan keluar hujah perkauman / agama / mazhab. Dia menjadi standard. Gua tak kata logik atau tidak ianya benar2 berlaku. Tapi menjadi standard. Kes KFC ni penyokong B mengeluarkan kenyataan manusia A itu menghina perkauman. Kes Zidane tanduk dada Meterazzi Italy pun camtu gak. Kalau manusia tu sama-sama bangsa, ia menjadi kes agama. Kalau sama-sama bangsa dan agama, menjadi kes mazhab plak. Betul ke tak, wallahualam. Tapi ianya menjadi satu standard. [3] Apa pun terjadi, kita kena rujuk Islam la. Walaupun macam2 tafsiran manusia ni terhadap bahan mentah Islam, at least semuanya adalah berkaitan dengan satu bahan mentah yang sama. Ada pun dulu, Saidina Ali kalau tak silap. Berperang sampai hampir membunuh seorang sebangsa dengannya. Tetapi berlainan perjuangan lah. Musuh tu pun ludah ala2 panglima perang UMNO. Puiiiii! Ali tak jadi bunuh. Sebab bimbang niatnya berperang dah lari. Dari kerana Allah kepada peribadi amarah. So, sebab2 perkauman / hina menghina agama secara budak2, Islam tak suruh kita balas secara fizikal. Tumbuk menumbuk. Tanduk menanduk. Betul, kefahaman budak KFC tu tak sama la dengan Saidina Ali. Kalau gua yang jadi budak KFC tu pun belum tentu gua yang cakap pasal Saidina Ali ni jadi Saidina Ali. Tapi, inilah falsafah yang menentukan siapa benar, siapa salah dalam setiap kejadian. [4] Kepada pekerja KFC, gua ucapkan semoga kita sama-sama memperbaiki sikap. Sama-sama kita tuntut pengurusan KFC itu bertindak bijak. Maklumkan keadaan berlaku secara terus-terang kepada pelanggan. Takdo ayam ko, ayam terlopeh ko. Jangan biarkan pekerja yang sedang bertungkus-lumus bekerja menanggung asakan pelanggan. Kepada pelanggan KFC mangsa kuntau tu, lu ada hak. Saman KFC tu ke, lancar kempen boikot KFC tu ke. Pekerja2 dan lu sendiri hanyalah mangsa jenama. Tak payahlah bergaduh kerana jenama ni. Cam bongok jer gua rasa. Kepada penonton plak. Jangan jadikan benda tu perkauman. Ntah2 pelanggan tu ejen Mc D. Buat provokasi kat KFC. Mana tau. Kapitalis sama kapitalis berperang. "Boikot KFC. Boikot Mc D. Hidup RFC. Hidup Edlee FC. Hidup Ayam Goreng Jabbar Pasar Malam." Ngeeee... |
You are subscribed to email updates from AdukaTaruna To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan