Rabu, 29 Februari 2012

Addin

Addin


Ahli Parlimen Mana Yang Lindungi PATI?

Posted: 29 Feb 2012 02:00 PM PST

Sejak dilahirkan di Kampung Dumundung kira-kira 36 tahun yang lalu, kami sekeluarga, termasuk keluarga yang telah meninggal dunia, selama ini kempunan untuk mengecapi kemudahan asas yang dijanjikan wakil rakyat BN pada setiap kali pilihanraya umum," ujar Yusri Kassim, anak jati kampung berkenaan.

Yusri tidak menafikan bahawa kerajaan BN/UMNO memang banyak membawa kemajuan dalam arus perdana pembangunan sama ada di luar bandar mahupun di bandar yang disalurkan melalui wakil rakyat masing-masing.

Katanya, sebagai contoh, penduduk Kampung Pulau Lubukan amat bertuah kerana pesat membangun dan dilimpahi pelbagai kemudahan asas yang disalurkan melalui ADUN Sukau dan Ahli Parlimen Kinabatangan.

"Bukan macam kampung kami (Dumundung), walaupun dalam kawasan DUN Sukau dan Parlimen Kinabatangan, tetapi terus dianak tirikan dan terpinggir dalam serba serbi,' kata Yusri yang menjelaskan keputusannya memanggil Sabahkini.net membuat liputan bukan bermaksud penduduk anti kerajaan.

Tetapi kata Yusri, beliau kesal bukan alang kepalang kerana Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin terus membisu seribu bahasa terhadap masalah yang melanda kampung Dumundung.

"Kami amat hairan kerana Kampung Semayang yang majoriti penduduknya PATI (orang Filipina tanpa sebarang dokumen) dan hanya 30 peratus sahaja penduduk tempatan, tetapi Bung telah berikan kemudahan asas seperti rumah PPRT sebanyak 10 buah dan kini telah didiami oleh PATI," kata Yusri berbanding dengan Kampung Dumundung yang penduduknya 100 peratus orang tempatan dan 70 peratus daripadanya bangsa Sungei, namun terus berdepan dengan kemelut kemiskinan tegar.

Tegas Yusri, beliau kesal kerana pemimpin UMNOseperti Bung sering mendabik dada dengan cakap takburnya bahawa kerajaan BN/UMNO adalah kerajaan yang terbaik kerana 100 peratus penduduk luar bandar mendapat kemudahan asas.

"Tetapi kenapa kampung Dumundung masih tersisih? Apakah Bung menganggap tidak memerlukan undi penduduk tempatan atau Kampung Dumundung bukan terletak di Sabah? Apa cerita sebenarnya ini?" tanya Yusri.

Sementara itu, seorang surirumah, Siti Amir Hamza, 52, yang mempunyai lima orang anak dan suaminya sebagai seorang nelayan yang menyifatkan kehidupan yang mereka jalani sebagai 'hidup segan, mati tak mahu' meluahkan isi hatinya yang terpendam selama ini.

"Kami sudah memohon PPRT sejak tahun 2006 lagi dan sampai sekarang tiada sebarang jawapannya yang diberikan. Tapi kalau PATI yang mohon esok, bulan depan sudah diluluskan," jelas Siti dengan nada jengkel.

Sehubungan itu, bagi pihak warga Kg Dumundung, Siti memohon ehsan dan jasa baik ADUN Sukau, Datuk Saddi Abdul Rahman agar melantik Ketua Kampung dan Pengerusi JKKK di Kampung Dumundung agar mendapat perhatian sepenuhnya daripada kerajaan.

"Kami sudah tidak sanggup lagi berkongsi Ketua Kampung dan Pengerusi JKKK dengan Kampung Sungai Madang kerana selama ini hampir 10 tahun mereka langsung tidak memperdulikan nasib warga kampung Dumundung," rayu Siti dalam nada sebak. ~sabahkini


Akidah Mahathir Terbatal - UAI

Posted: 29 Feb 2012 07:53 AM PST


Di bawah adalah rakaman kenyataan yang dilontar oleh Tun Mahathir, mengatakan hudud itu ciptaan/rekaan ahli fekah. 

 Di bawah ini pula adalah jawapan ringkas Ustaz Azhar Idrus merujuk kepada kenyataan Mahathir;


Kalau tak sokong itu satu perkara, tapi membuat kenyataan yang menghina hukum Allah adalah satu perkara lain! Tiada bezanya antara Mahathir dan Chua Soi Lek..



~ edyesdotcom


Perkasa Buat Laporan Polis Ke Atas Google

Posted: 29 Feb 2012 06:11 AM PST

Klik gambar untuk besarkan
10 wakil PERKASA hari ini membuat laporan polis ke atas syarikat gergasi Amerika Syarikat, Google Inc, kerana didakwa menghina Islam, Melayu dan Raja.

"Kami menuntut Google menarik semula paparan Google sekarang. Atau kami akan saman." Tambah Ketua Wira PERKASA, Cuping Merah. ~adukataruna

Addin :

Kah..kah..kah..

Ceramah Hassan Ali Mula Lengang..

Posted: 29 Feb 2012 02:54 AM PST


Gambar di atas adalah kehadiran ceramah Hasan Ali di Kampung Melayu Subang malam tadi (28 Feb). Memang pada mula Hasan Ali memulakan "tour" beliau, kelihatan ceramah beliau mendapat sambutan.

Mengikut laporan yang Tulang Besi dapat dari ceramah beliau di Paya Jaras tempohari, majoriti yang hadir dalam ceramah di Paya Jaras tempohari adalah terdiri dari penyokong dan pendokong PAS.

Tujuan mereka hadzir adalah semata-mata mahu mendengar sendiri manusia bernama Hasan Ali mengutuk dan menista PAS.

Inilah budaya dalam PAS. Apabila PAS dikhianati samada oleh bekas pemimpin ataupun parti kawan, maka ahli2 mahu pergi melihat dan mendengar sendiri orang yang mengkhianati PAS tersebut.

Tulang Besi berpengalaman waktu Semangat 46 dibubarkan serta Tengku Razaleigh mula menghentam PAS serta Tok Guru Nik Aziz.

Waktu itu Ku Li buat road show seluruh negara. Dan Tulang Besi hadzir salah satu ceramah Ku LI tersebut.

Tulang Besi lihat sendiri majoriti yang hadzir dalam ceramah itu adalah penyokong dan pendokong PAS.

Perkara yang sama berlaku kepada Hasan Ali. Namun, di dalam pusingan kedua siri ceramah Hasan Ali ini, kehendak mahu melihat sendiri ini sudah habis.

Maka, tinggalah beberapa kerat penyokong sebenar Hasan Ali yg masih mahu mendengar ceramah beliau seperti di bawah.

Tak lama lagi, ceramah Hasan Ali akan sama ramai pendengarnya macam ceramah Zul Nordin.

Allah Maha Kaya.

Tulang Besi

Addin :


Inilah nasib pengkhianat kepada perjuangan Islam..


Tiada ulasan: