Addin |
- (Kemaskini) Gambar Himpunan Hijau 2.0 Yang Tidak Di Siarkan..
- Kes Khalwat Dr. Badrul Amin - PR Lebih Telus Dari BN
- Ini Statement Bodoh Dari Adun Umno
- Bongkar!! Orang Ramai Di Angkut Dengan Bas Ke Ceramah Hassan Ali
- JAIP Sahkan Kes Khalwat Dr. Badrul Amin Tidak Kuat
(Kemaskini) Gambar Himpunan Hijau 2.0 Yang Tidak Di Siarkan.. Posted: 28 Feb 2012 08:26 AM PST |
Kes Khalwat Dr. Badrul Amin - PR Lebih Telus Dari BN Posted: 28 Feb 2012 05:59 AM PST Kes khalwat yang dikaitkan dengan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR dan Ketua Penerangan Kerajaan Negeri Selangor, Dr. Badrul Amin Baharom kini bagaikan badai baru yang melanda parti itu dan juga Pakatan Rakyat secara keseluruhannya. Pelbagai cerita dan versi boleh diperolehi mengenai kes itu sama ada melalui media massa tradisional mahupun melalui media internet. Meskipun kes tersebut masih dalam proses siasatan dan mengumpul bukti tetapi dari segi politiknya Pakatan Rakyat terutamanya PKR menerima tamparan paling hebat dan mungkin menjejaskan sedikit keyakinan rakyat menjelang pilihanraya umum akan datang. Rakyat yang selama ini sudah muak dengan cara pentadbiran UMNO dan BN dan mengharapkan sebuah kerajaan baru selepas PRU 13 dengan sandaran utama diharapkan kepada Anwar Ibrahim serta Pakatan Rakyat yang diyakini mampu membawa nafas segar kepada negara dengan pengenalan ciri-ciri pentadbiran yang lebih baik, telus, mengutamakan rakyat, tidak rasuah serta tata kelola yang lebih meyakinkan, mungkin sedikit goyang dengan kes Badrul Amin ini. Meskipun kes ini belum dibuktikan kesahihannya dan masih dalam proses siasatan sama ada akan dilakukan pendakwaan atau sebaliknya, hakikat yang nyata ialah wujudnya kecuaian di pihak Badrul Amin sendiri. Sebagai seorang yang sudah matang dan berpendidikan agama pula, beliau sepatutnya boleh mengelakkan diri daripada terjebak dalam kes ini lebih awal lagi jika lebih berhati-hati dan tidak membiarkan dirinya terlalu terdedah kepada unsur-unsur syak wasangka serta fitnah. Kalau pun terlalu ingin bertanggungjawab dalam menghulurkan bantuan serta menunjukkan sikap budiman sebagai seorang lelaki, Badrul Amin sepatutnya boleh mengelakkan daripada bertemu dengan bukan muhrim di waktu yang tidak sesuai seperti tengah malam atau awal pagi. Begitu juga untuk menguruskan pendaftaran bilik hotel, beliau sepatutnya hanya menguruskan setakat di kaunter pendaftaran sahaja dan tidak terlajak sampai memasuki bilik hotel wanita yang bukan muhrim dan masih bersuami itu. Bagaimanapun kerana kecuaian dan kealpaan dalam menjaga maruah diri, keluarga serta jemaah, Badrul Amin akhirnya terperangkap. Walaupun belum didakwa serta belum dibuktikan bersalah atau tidak, hakikatnya rasa malu dan aib sudah pun terhentak ke bahu beliau, keluarganya, PKR serta Pakatan Rakyat seluruhnya. Dalam hal ini mujurlah Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor telah bertindak pantas menyelamatkan maruah parti dan gabungan pembangkang degan segera memberikan cuti sebulan kepada Badrul Amin untuk menyelesaikan masalahnya itu. Sebagai Ketua Penerangan kerajaan Selangor dan penasihat agama kepada Menteri Besar Selangor, tugas Badrul Amin adalah penting bukan sahaja dalam menyampaikan maklumat kepada rakyat tetapi juga memberi imej baik kepada kerajaan Pakatan Rakyat di negeri itu. Tindakan Khalid yang segera mengarahkan Badrul Amin bercuti untuk menyelesaikan masalahnya itu adalah tindakan paling terpuji dan membuktikan ketelusan Pakatan Rakyat dalam berhadapan dengan sesuatu isu yang melibatkan kepentingan parti dan rakyat. Dengan tindakan ini, rakyat sekurang-kurangnya tetap menaruh keyakinan dan kepercayaan bahawa Pakatan Rakyat tidak sesekali bersekongkol dengan perkara-perkara yang bertentangan dengan norma masyarakat. Tiada istilah melindungi atau mahu menutup kesalahan sesiapa saja disabitkan dengan sesuatu tuduhan yang melibatkan undang-undang. Dalam kes Badrul Amin, pendirian Khalid dan Pakatan Rakyat adalah cukup jelas iaitu biarlah beliau diberi peluang membersihkan dirinya dan membuktikan sama ada beliau bersalah atau sebaliknya. Jika didapati tidak bersalah kemudiannya, beliau boleh kembali berkhidmat dengan jawatan lamanya tetapi andainya didakwa dan terbukti bersalah, Pakatan Rakyat telah memberi isyarat yang jelas kepada rakyat bahawa Badrul Amin seharusnyalah mengundur diri. Tindakan pantas Khalid ini bukan sahaja berjaya menyelamatkan maruah Kerajaan Negeri Selangor yang begitu diidam-idamkan oleh Najib untuk dirampas dalam pilihanraya akan datang tetapi juga menyelamatkan imej Pakatan Rakyat di mata umum. Sekurang-kurangnya dengan tindakan Khalid itu, Pakatan Rakyat telah membuktikan ia jauh lebih baik dan telus berbanding BN. Dalam kes lembu NFC misalnya, Najib dan Kerajaan BN masih teragak-agak untuk bertindak tegas terhadap Shahrizat meskipun pelbagai bukti sudah didedahkan dan pihak polis sendiri sudah mencadangkan kepada Peguam Negara agar tindakan undang-undang kerana pecah amanah diambil terhadap mereka yang terbabit. Najib bukan sahaja masih menyimpan Shahrizat dalam kabinetnya tetapi cuti tiga minggu yang diberi kepada Shahrizat baru-baru ini pun hanya diambil setelah pelbagai bukti dan desakan dilakukan oleh pebagai pihak. Desakan agar Shahrizat berhenti atau diberhentikan daripada kabinet bukan saja datang daripada rakyat dan pembangkang tetapi juga daripada kalangan pimpinan UMNO sendiri. Namun Najib tetap tiada keberanian untuk bertindak. Begitu juga dalam kes-kes lain yang melibatkan moral dan persepsi rakyat berkaitan pimpinan UMNO dan kerajaan, UMNO dan BN selalu berpegang kepada alasan klise dan lapuk iaitu seseorang tidak dianggap bersalah sehingga dibuktikan bersalah oleh mahkamah. Ini menjadikan ramai pimpinan UNMO dan kerajaan yang dituduh dan dikaitkan dengan pelbagai dakwaan tidak diambil apa-apa tindakan dan seolah-olah dilindungi pula. Kadang-kadang dalam sesuatu kes yang didedahkan dan melibatkan pimpinan UMNO dan kerajaan, meskipun satu demi satu bukti ditunjukkan, kerapkali ia juga cuba ditutup dengan pelbagai helah dan alasan untuk mengelakkan pendakwaan seperti kes Jamil Khir dengan wang zakatnya serta beberapa kes rasuah dan salah laku yang melibatkan pemimpin-pemimpin lainnya. Dalam hal ini, tindakan pantas Khalid dalam menangani kes Badrul Amin adalah paling tepat dan sekurang-kurangnya berjaya mengubah persepsi rakyat yang pada mulanya agak terjejas dengan kejadian itu. ~shahbudindotcom |
Ini Statement Bodoh Dari Adun Umno Posted: 28 Feb 2012 04:27 AM PST ADUN Umno bagi kerusi Lepar Mohd Shohaimi Jusoh hari ini mendakwa bahawa lelaki yang dituduh cuba menyerang Nurul Izzah Anwar sebenarnya cuba "melindungi" naib presiden PKR itu. Katanya, pembantu beliau Asrullah Effendi Abdullah cuba merampas mikrofon dari Nurul Izzah bagi menghalang ahli parlimen PKR itu daripada terus berucap atas alasan penduduk tempatan yang membantah acara itu semakin tidak dapat dikawal. "Saya difahamkan beliau mengetuai kumpulan belia yang tidak bersetuju dengan kehadiran pemimpin PKR itu tetapi keadaan keadaan menjadi tegang sehingga tidak terkawal, jadi beliau naik ke pentas untuk melindungi Nurul Izzah. "Beliau mahu menyelamatkannya sebelum kumpulan belia itu menyerbu ke pentas. Jadi beliau merampas mikrofon supaya Nurul Izzah berhenti daripada bercakap. Beliau takut kerana akan dipersalahkan jika berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini," kata Mohd Shohaimi ketika dihubungi. Nurul Izzah, semalam membuat laporan polis, mendakwa bahawa seorang lelaki daripada kumpulan samseng Umno cuba untuk mengganggu acara PKR di Felda Lepar Hilir I di Gambang Pahang, dan juga cuba menyerang beliau. Bagaimanapun menurut ADUN Seri Setia yang juga Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad yang hadir pada malam kejadian itu menafikan bahawa Asrullah cuba mengambil mikrofon dari Nurul Izzah. "Beliau cuba untuk memukulnya atau merentap tudungnya. Tidak pasti beliau mahu merampas mikrofon," katanya dalam mesej pesanan ringkas kepada Malaysiakini hari ini. Asrullah tidak memberi membalas sebarang cubaan Malaysiakini untuk menghubunginya bagi mendapatkan penjelasannya berhubung dakwaan serangan berkenaan. ~malaysiakini Addin : Sudahlah bodoh.. nak memperbodohkan orang lain.. |
Bongkar!! Orang Ramai Di Angkut Dengan Bas Ke Ceramah Hassan Ali Posted: 28 Feb 2012 03:18 AM PST Saya sebenarnya tidak mahu menulis lagi tentang Dr Hassan Ali, tetapi kerana ceramahnya di Cukai, Kemaman, maka saya tulis artikel ini. Banner besar mengenai ceramah Dr Hasan Ali memenuhi seluruh Kemaman. Siang di Stadium negeri Terengganu di Kuala Terengganu dan malamnya di Padang bandar Chukai, Kemaman. Malam ceramah itu sebenarnya ada 2 ceramah. Ceramah Adam Adli anjuran MTD Cukai di Kampung Dusun Nyior dan ceramah Hassan Ali di Padang Astaka Chukai. Usai merasmikan mesyuarat agung sebuah cawangan malam itu, saya meronda sekitar tempat ceramah. Bas-bas yang disewa memenuhi sekitar padang. Ada yang beritahu padang tak penuh, tapi jumlah sebenar pengunjung saya tak pasti. Diberitahu bahawa semua JKK, Wanita Umno, Puteri dan belia dikerah untuk menghadiri ceramah tersebut. Benarkah demikian? Di kawasan letak kereta dan tempat lain, RELA ramai juga. Saya teringat dengan tulisan Dato' Tuan Ibrahim mengenai kebimbangannya dengan RELA sebagai reaksi kepada ucapan Najib yang akan mempertahankan Putrajaya dengan apa cara sekalipun. Tema ceramah Himpunan Sejuta Umat mengajak umat menjaga aqidah. Siapa sebenarnya penganjur ceramah? NGO atau Umno Kemaman? Umno cakna kepada aqidah? Jauh panggang dari api. Dr Hassan Ali mungkin teruja dengan sambutan. Rupanya selepas tidak menjadi ahli PAS, sambutan masih banyak. Cuma yang banyak itu dari siapa ya? Kalau nak uji pengaruh, boleh uji di kawasan DUN yang Dr menjadi wakil rakyatnya. Letak jawatan dan bertanding di atas tiket JATI atau BN. Dr Hassan Ali sebut bahawa pemecatannya kerana Islam, perjuangkan Islam. Lantas beliau memberikan justifikasinya. Saya tak fikir Presiden PAS memecat Dr Hassan Ali kerana Islam atau perjuangkan Islam. Di sana ada pelbagai isu lain yang berlaku. Mungkin Dr Hassan Ali mahu menuding jari kepada beberapa orang sahaja di dalam PAS tetapi apabila ceramah dan roadshow yang dibuat, maka ia menjadi seperti marahkan nyamuk kelambu dibakar, atau beruang menampar lalat di pipi tuannya. Dasar perjuangan PAS tidak lari hanya dengan sebab ada beberapa orang yang kurang disenangi tadi kerana PAS tetap dipandu oleh Majlis Syura Ulama. Kita juga punya Dewan Ulama yang tidak akan mendiamkan diri jika perjuangan PAS dibawa secara salah. Apatah lagi MursyidulAm dan Presiden PAS sendiri ialah ulama haraki yang berpengalaman. Di atas kapasiti seorang pakar motivasi, mungkin ucapan Dr Hassan Ali ada yang mengiakan seLURRUH ucapannya. Mungkin ada sedikit kebenarannya, dan banyak juga yang perlu dijelaskan kembali. Mungkin juga ada orang atas yang terpengaruh lalu tidak lagi mengundi PAS dan Pakatan Rakyat. Lagi banyak roadshow yang dibuat lagi banyak ucapan dibuat. Lagi banyak ucapan lagi banyak kekeliruannya. Peluang untuk kembali kepada PAS belum berakhir. Presiden PAS pernah mengimbau seorang tokoh dalam PAS yang aktif menulis dan aktif juga mengkritik secara berlebihan. Beliau akhirnya kembali kepada PAS di hujung umur. Bagi Dr Hasan Ali, sekarang suara masih kuat dan lantang. Adakah Dr akan kembali kepada PAS di hujung umur juga atau bagaimana? Nik Nasri Nik Malek, Kemaman, Terengganu |
JAIP Sahkan Kes Khalwat Dr. Badrul Amin Tidak Kuat Posted: 27 Feb 2012 08:05 PM PST Laporan kes khalwat yang dikatakan melibatkan Dr Badrulamin Baharon tidak kuat kerana ketika pegawai JAIP sampai bilik berkenaan sudah penuh dengan orang. Menurut laporan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), pegawai mereka hanya sampai ke bilik 8365 Hotel Swiss Garden hanya sekitar jam 4.30 pagi. Dalam bilik berkenaan sudah ada Badrulamin, wanita berkenaan dan beberapa lelaki lain. Ini bermakna, JAIP tidak menangkap Badrulamin berdua-duaan. Pintu bilik berkenaan pula sudah terbuka dan Badrul dikelilingi oleh beberapa lelaki, kata sumber dari JAIP. Blog Umno mula menyiarkan pelbagai laporan berkaitan tangkapan ini termasuk kononnya Badrul hanya memakai tuala ketika ditangkap. Blog itu juga melaporkan kononnya Harakah membuat laporan muka depan penangkapan ini. Padahal, Harakah tidak pernah membuat laporan berkenaan (gambar kanan). Penjelasan Badrulamin Sebelum ini, dalam kenyataannya, Badrulamin menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan media bahawa beliau ditangkap khalwat oleh pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di Kuantan. Beliau ke Kuantan untuk menghadiri Temurapat Pemimpin Parti Keadilan Rakyat pada 24 Februari sehingga 26 Februari 2012. Menurutnya, pada petang 24 Februari 2012, wanita tersebut telah menghubungi beliau dengan nada cemas dan menyatakan hasrat beliau untuk melarikan diri daripada rumah kerana bimbangkan keselamatan diri beliau. "Saya dengan tegas menasihatkan beliau untuk tidak berbuat demikian. "Walau bagaimanapun pada jam 2.00 pagi 25 Februari 2012, beliau telah menghubungi saya memaklumkan bahawa beliau sudah tiba di lokasi Temurapat Pemimpin Keadilan," kata Badrulamin. Menurut Badrulamin, dia telah mengenali pasangan suami isteri ini sejak lebih setahun lalu semasa wanita itu bersama keluarganya mengikuti rombongan umrah beliau. Pasangan suami isteri ini sering berhubung dengan beliau bagi mendapatkan nasihat mengenai masalah keluarga yang mereka hadapi termasuk kes keganasan rumah tangga. "Di dalam usaha membantu pasangan ini, saya dan isteri pernah menziarahi keluarga ini di Rompin," kata Badrul. Di atas rasa tanggungjawab melihat wanita tersebut bersama anaknya di awal pagi, beliau membantu beliau mendapatkan bilik penginapan, kata Badrulamin. "Pada jam 2.30 pagi suami wanita tersebut bersama lebih kurang 20 orang yang tidak dikenali menyerbu dan menyerang saya," ceritanya. Suami wanita tersebut kemudiannya telah membawa isteri dan anaknya pergi secara paksa. "Lelaki-lelaki bersikap ala samseng ini berhenti memukul saya apabila pihak keselamatan tiba dan menghalang mereka. "Namun mereka masih tidak membenarkan saya keluar dari bilik. Hanya setelah 20 minit dikurung oleh samseng tersebut, pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) tiba dan menahan saya yang berseorangan di dalam bilik. "Kenyataan Timbalan Pengarah JAIP bahawa saya ditahan oleh pegawai JAIP ketika berkhalwat adalah tidak benar sama sekali. "Saya beranggapan bahawa kejadian ini merupakan satu tindakan terancang untuk memerangkap dan mengaibkan saya," cerita Badrul lagi. Badrul dipanggil untuk membantu siasatan JAIP pada 27 Februari, iaitu esok dan berjanji akan datang dengan peguamnya. ~harakahdaily |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan