Isnin, 27 Februari 2012

Addin

Addin


Mamat Nih Ke Yang Nak Tumbuk Muka Nurul Izzah?

Posted: 27 Feb 2012 11:16 AM PST


Betul ke mamat nih yang nak tumbuk Nurul Izzah, kalau betul memang tak gentle ler. Jantan jenis apa macam nih.. 

Addin pun tak pasti dari mana blogger IYAR dapat sumber tentang citer nih. Lain kali tulis lah sumber yek..


Tapi yang pasti amalan politik ganas yang dipercayai didalangi oleh Umno berlaku terhadap program Pakatan Rakyat dan kini tidak terbendung lagi. Link FB mamat nih di sini.

 

Ini membuktikan Umno BN makin terdesak untuk meraih sokongan tatkala PRU 13 semakin hampir. Rakyat semakin menolak Umno BN yang kini sudah tidak relevan di mata masyarakat.



Siapa Bersalah Bila Gambar Nih Tersiar?

Posted: 27 Feb 2012 05:18 AM PST

KUALA LUMPUR, 27 Feb: Kenapa gambar seperti di atas boleh disiarkan di akhbar The Star - Star 2 - Music ms 17 - hari ini, 27 Februari. "Dan kenapa penyanyi Erykah Badu boleh buat persembahan di Kuala Lumpur setelah seolah-olah menghina Islam dengan gambar ini?" demikian pertanyaan dilontar seorang pembaca Harakahdaily yang menamakan dirinya Hamba Allah. Beliau merujuk kepada satu artikel yang disiarkan akhbar tersebut hari ini mengenai Erykah Badu yang akan membuat persembahan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Justeru, penyanyi Neo-Soul kelahiran Texan, Amerika Syarikat, Erykah Badu yang bakal mengadakan persembahan di Malaysia hujung Februari ini disifatkan menghina Islam.

Perkara itu jelas melalui tatu kalimah Allah yang terdapat di dadanya seperti gambar yang disiarkan akhbar The Star.

Kehadiran penyanyi yang berusia 40 tahun itu tidak sepatutnya berlaku kerana pihak berkuasa sepatutnya memantau sebarang artis luar yang ingin membuat persembahan di negara ini. ~paspb

Samseng Umno Mengamuk Lagi..

Posted: 26 Feb 2012 09:11 PM PST

KUANTAN, 27 Feb - Amalan politik ganas yang berlaku terhadap pembangkang di seluruh negara kini menular ke negeri Pahang pula. Terbaru, samseng upahan UMNOterus mengganas dengan mengganggu ceramah Pakatan Rakyat, kali ini di Felda Lepar Hilir, dekat sini malam tadi. Sekalipun perbuatan liar di Parlimen Sembrong minggu lalu masih segar dalam ingatan rakyat, kejadian yang sebati dengan UMNO kebelakangan ini, kian berleluasa.

 Kali ini, Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar nyaris menjadi mangsa. "Budak-budak muda cuba pukul Nurul Izzah di ceramah kami di Felda Lepah Hilir. Saya dan Nurul Izzah diiringi polis keluar untuk elak samseng UMNO," katanya.

Menulis di twitter kira-kira jam 11 malam, Nik Nazmi menyifatkan keganasan samseng yang menghalang ceramah Pakatan membuktikan felda bukan lagi kubu kuat UMNO BN. Dalam reaksi awal, Nurul Izzah menyatakan syukur kerana selamat tetapi tidak gentar dengan kejadian itu, sekalipun berdepan gelagat liar samseng berkenaan.

"Bersyukur pulang dgn selamat. Moga teman-teman di Felda Lepar Hilir juga bertahan dan bersemangat walaupun samseng-samseng Umno berlagak liar, ugut fizikal. "Tangan (penumbuk) hanya beberapa inci dari (wajah) saya ," katanya di twitter jam 1 pagi ini.

Sehubungan itu, Nik Nazmi dan Nurul Izzah akan membuat laporan di balai polis Merchant Square berdekatan ibu pejabat KEADILAN jam 3 petang hari ini. Sementara itu, difahamkan Ketua Cabang PKR Paya Besar, Hj.Zahari Mamat juga akan membuat laporan polis atas kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan hari ini. ~pahangdaily

"BN Hanya Bermimpi Rampas Balik Parlimen Kuantan" - MCA

Posted: 26 Feb 2012 06:29 PM PST

KUANTAN – Pemuda MCA Indera Mahkota meramalkan Barisan Nasional (BN) akan berputih mata dan hanya boleh 'bermimpi' untuk merampas balik kerusi Parlimen Kuantan sekiranya gagal menghentikan projek nadir bumi Lynas sebelum Pilihan Raya Umum ke-13.

Ketuanya, David Choi berkata, kerusi berkenaan yang kini disandang Fuziah Salleh dari PKR bukan sahaja terus mendapat sokongan rakyat kerana isu Lynas, malah BN akan tewas kerana tiada sokongan penuh pengundi-pengundi Cina.

"Tidak ada harapan untuk rampas Kuantan kalau kerajaan tidak menghentikan projek ini. Kita tidak boleh cakap apa-apa kerana semua orang tahu, projek ini amat bahaya kepada generasi masa depan.

"Jika ini tidak diberi perhatian, bukan sahaja orang Cina, malah seluruh Melayu, Cina dan Orang Asli akan memprotes. Kita (MCA) seolah-olah memberikan kerusi ini kepada PKR buat kali kedua," katanya.

Ditanya sama ada beliau dan beberapa pemuda MCA menyertai Himpunan Hijau 2.0 kerana tidak bersetuju dengan dasar partinya, kata Choi, "saya menyokong kehidupan hijau dan mahu kepimpinan mendengar masalah rakyat."

Menurutnya, Pemuda MCA Kuantan turut menyokong himpunan hari ini dengan menghantar 50 orang wakil dan berharap kerajaan menghentikan projek berkenaan.

Tiada ulasan: