Khamis, 2 Februari 2012

Addin

Addin


Gempar!! Bloggers UMNO Berbunuh Sesama Sendiri

Posted: 02 Feb 2012 09:02 AM PST

Akibat berebut peruntukan, akhirnya mereka berbunuh sesama sendiri. Sebenarnya, ramai blogger terutamanya dari pihak Umno-BN keliru, mereka fikir, PRU 12 lalu, Pakatan Rakyat (PR) menang banyak disebabkan pengaruh internet seperti blog dan laman web. Mereka terlupa, orang mencari maklumat di internet untuk mendapatkan berita alternatif oleh kerana media arus perdana berat sebelah. Sebanyak mana pun Umno-BN melahirkan blog-blog tidak akan membantu oleh kerana ceritanya sama seperti media arus perdana.

Blog-blog yang mencarut, maki hamun dan lucah ini hanyalah hiburan dan tidak memberikan impak kepada undi pilihanraya. Kadangkala, oleh kerana tidak berani menyalahkan diri sendiri akibat dari kesalahan tidak menguruskan negara dengan baik, mereka (Umno-BN) mencari alasan internetlah punca kekalahan mereka.

Jika dengan melahirkan beribu-ribu blog adalah cara untuk menang pilihanraya, maknanya, ajal Umno-BN semakin hampir. Lihatlah, belumpun PRU 13, blogger Umno-BN sudah berbunuh sama sendiri.

Kebanyakkannya dari jenis yang tidak berani mendedahkan identiti diri sebenar. Akhirnya Najib dan Umno tertipu dan berbelanja wang yang banyak kepada bloggers-bloggers ini walaupun ianya sia-sia.

Birlah si Luncai terjun dengan labu-labunya. Heboh dalam dunia blog tentang pergaduhan dalaman antara blogger Umno. Kalau blogger Umno bergaduh dengan blogger Pakatan Rakyat itu perkara biasa kerana memang itulah yang sepatutnya.

Yang pelik adalah apabila pergaduhan besar diantara blogger Umno dan blogger Umno. Pergaduhan menjadi parah sehinggakan berlaku tuduh menuduh. Satu kumpulan menuduh satu kumpulan yang lain.

Masing-masing kumpulan percaya merekalah yang lebih baik berbanding yang lain. Apa yang mereka rebutkan? Ganjaran wang? Peruntukkan lebih?

Inilah masalahnya, jika berjuang kerana mengejar imbuhan dan peruntukkan. Diberitakan akan berlaku debat antara kedua-dua kumpulan blogger Umno ini.

Anuar Mohd Nor yang menulis di Umno Reform mewakili satu kumpulan bakal berdebat dengan Haji Salahuddin Hisham yang dikatakan pemilik kepada blog Another Brick In The Wall dan The Unspinners - mewakili satu kumpulan lain. Klik disini.

Dalam situasi sebegini, yang paling untung adalah blogger-blogger anti Umno-BN. Biarkan saja pergaduhan ini berterusan. ~aminiskandar


Gempar!! Penerima BR1M Di Paksa Bersumpah Undi BN?

Posted: 02 Feb 2012 07:23 AM PST

Di tengah-tengah kesibukan Umno mengagihkan dana kerajaan bagi memancing rakyat, Pemuda PAS Kelantan pula melancarkan program Anak Muda Tolak Umno.Tanpa menghiraukan hujan yang sekali sekala agak lebat, ribuan anak muda diketuai Ketua Pemuda PAS Negeri, Abdul Latif Abdul Rahman mulai memalu gendang 'perang'.

Program itu dilancar Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Sedangkan dalam masa sama Umno pula sibuk mengagihkan baucer Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), biar pun dananya daripada cukai rakyat.

Hari ini Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin datang ke Kelantan mengagihkan baucer tersebut di peringkat parlimen Ketereh dan Kuala Krai.

Abdul Latif berkata, ada penduduk yang memohon mendapatkan bantuan dipaksa bersumpah mengundi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum tidak lama lagi.

"Ada rakyat menanyakan bolehkah bersumpah bagi mendapat bantuan itu, saya beritahu kalau bersumpah pun tidak wajib undi Umno kerana perbuatan itu dianggap lara.

"Jadi sumpah tersebut tidak memberi kesan dari segi syarak kerana secara jelas Umno tidak memperjuangkan Islam, malah ia lebih cenderung kepada maksiat," katanya pada majlis tersebut.

Bagaimanapun kata beliau kalau boleh dielak bersumpah biar pun sumpah seperti itu tidak wajib dilaksanakan.

Pada awal 1990-an petani di kalangan penyokong PAS dipaksa mengisi borang keahlian Umno bagi membolehkan mereka mendapat bantuan baja subsidi padi.

Malah dalam kes lain, guru-guru yang memohon untuk bertukar dikehendaki mengemukakan nombor keahlian Umno.

Program Anak Muda Tolak Umno dimulakan pada 15 Januari lalu akan diteruskan di 45 kawasan Dewan Undangan Negeri. ~kl-today




Memeranjatkan!! Melaka Maju.. Gaji Driver Bas Hanya RM510

Posted: 02 Feb 2012 06:17 AM PST

Jikalau Addin cakap Ali Rustam, Ketua Menteri yang terhebat.. mesti semua orang tergelak kan? Memang Ali Rustam Ketua Menteri terhebat kerana Melaka Negeri Maju pada 20.10.2010 jam 20.10. Mana ada negeri yang dapat tarikh sebegitu rupa untuk isytihar sebagai negeri maju.. walaupun pengiktirafan tuh akhirnya di pertikai banyak pihak. Mana ada negeri yang ada Eye On Malaysia yang di sita.. hanya di Melaka.
 
Negeri yang terbanyak muzium adalah di Melaka, termasuklah muzium UMNO (tempat simpan khazanah UMNO selepas PRU13).

Kincir air yang berpusing menggunakan motor di dunia hanya ada di Melaka. Seperkara lagi yang hebat di Melaka.. satu-satu negeri yang memberi gelaran Dato' kepada pelakon Bollywood iaitu Shah Rukh Khan. Nih yang Addin tak faham.. bagaimana Shah Rukh Khan boleh dapat gelaran Dato'.

Jikalau nak di ceritakan kejayaan Ali Rustam mungkin sampai esok pagi pun tak abih.. Paling terhebat Ali Rustam nih ialah walaupun disabitkan kesalahan politik wang (rasuah) oleh Lembaga Displin UMNO tetapi masih memegang jawatan Ketua Menteri sehingga ke hari nih.

Yang terharu sangat-sangat.. ramai rakyat Melaka yang meratapi semasa Ali Rustam didapati bersalah politik wang. Mana ada di negeri lain waima dimana-mana pun hanya di Melaka Negeri Ku Sayang.

Melaka: Pemandu Bas Mogok, Gaji Baru RM510 Sebulan..


Kira-kira 50 pemandu Bas henti-henti di Melaka Sentral telah mengadakan satu mogok dan piket akibat tidak berpuas hati terhadap gaji baru yang ditawarkan oleh syarikat baru dibawah anak syarikat Perbadanan Ketua Menteri Melaka, Panorama Melaka Cutural Tourist Sdn Bhd (PMCT).

Gaji baru yang ditawarkan oleh syarikat tersebut pada asalnya RM500 sebulan, dan semalam mereka mengadakan rundingan gaji tersebut telah dinaikkan RM10 menjadikan tangga gaji sebanyak RM510 seperti yang dilaporkan oleh sebuah akhbar harian.


Pemandu bas yang tidak berpuashati telah mengadakan piket dengan membawa sepanduk yang tertulis "Kerajaan Kejam" "Gaji Pokok RM500 Mana Cukup, Negeri Maju,Rakyat Miskin" "PMCT Penindas Periuk Nasi Kami, Tak Kotai Janji" dan sebagainya.

Wakil pemandu bas Rosman Wahab, 49 menuntut gaji yang lebih munasabah iaitu RM850 ditambah dengan elaun rumah dan elaun kedatangan sebulan setaraf dengan kos hidup pada masa kini. Beliau menambah "Apa makna jika kerja berterusan sehingga nyawa pun nak habis dengan gaji sebanyak itu".

Beliau mendakwa jika mereka bekerja lebih masa dibawah skim gaji yang baru ini dengan bekerja 12 jam sehari mereka menjangkakan gaji yang akan diterima hanya boleh mencecah sebanyak RM1300-RM1400.

Menurut Rosman lagi pemandu disini telah mogok selama tiga hari bermula 31 Januari 2012 yang lalu.


Dengan syarikat sebelum ini, pemandu bas yang bekerja hampir 20 tahun mampu memperolehi pendapatan yang mencecah sehingga RM1900-RM2100 termasuk komisyen dan elaun, dan apabila syarikat baru ini mengambil alih, gaji mereka telah turun kepada RM510 adalah sesuatu yang tidak munasabah.

Untuk rekod syarikat PMCT Sdn. Bhd merupakan anak syarikat dibawah Perbadanan Ketua Menteri Melaka yang mengambil alih operasi bas henti-henti menggunakan jenama Panorama dengan bas yang disewa daripada syarikat SCOMI Special Vehicle Sdn. Bhd. dengan kos antara RM10,000-RM13,000 sebulan. ~penyelia DUN Bukit Baru


Panas!! Skandal Terbaru Jamil Khir Baharom

Posted: 02 Feb 2012 04:38 AM PST

PAS dakwa menteri salah guna dana Yayasan Taqwa

PAS hari ini mendakwa Menteri di Jabatan Perdana Datuk Seri Jamil Khir Baharom menggunakan peruntukan Yayasan Taqwa untuk membiayai program politik di bahagian Jerai. Yayasan Taqwa adalah agensi di bawah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang mendapat peruntukan daripada majlis berkenaan.

"Kita dapat maklumat pengerusi MAIWP Datuk Seri Jamil Khir guna peruntukan Yayasan Taqwa untuk biayai program politik kawasan Jerai.

"Beliau bagi mesin rumput, pam racun... Hasil negeri Wilayah Persekutuan sepatutnya diberikan kepada penduduk miskin di negeri itu contohnya untuk penduduk setinggan, penduduk PPR, tetapi ambil pergi ke Jerai," kata naib ketua pemuda PAS Wilayah Persekutuan Mohd Nasaie Ismail

Mohd Nasaie yang juga adalah setiausaha akhbar presiden PAS berkata pihaknya menyedari perkara ini berlaku pada tahun lalu, dan tidak pasti sama ada ia pernah berlaku sebelum itu.

"Kita sedar sejak 2011, sekurang-kurang lima program bawah menggunakan peruntukan Yayasan Taqwa," katanya.

Bagaimanapun, setakat ini pihaknya tidak dapat menentukan berapa jumlah yang digunakan oleh Jamil (kiri).

Menurut Nasaiei, beliau juga menerima laporan daripada penduduk dan pengundi Jerai bahawa hal ini "sudah masyhur" di kawasan Jerai dan kawasan sekitarnya seperti Yan dan Guar Chempedak.

Mohd Nasaie berkata beliau difahankan Jamil sedang berusaha untuk menjadi calon di kawasan berkenaan pada pilihan raya umum akan datang. ~mk


Mari Kenal Blogger UMNO Yang Bodoh Piang!!

Posted: 01 Feb 2012 09:52 PM PST

Bagi Tok Non UMNO kat bumi Malaysia ni tinggai nyawa-nyawa ikan saja, dok mud-mud nak mampoih sangat dah. Yang nampak 'hebat dan gagah' ialah cuma make up yang dipasang oleh kerajaan Pusat, lebih kurang macam orang bela hantu raya. Nampak segak, kemaih lagi..padahal yang nampak hebat tu ialah hantu raya yang menumpang dalam badan tuan dia.

 Begitulah UMNO, kalau tak kerana kerajaan Pusat yang menumpang dalam badan depa... ghuyup lama dah.

Tok Non garu kepala bila terbaca sebuah blog yang Tok Senapi gelar 'Blogger UMporNO bodo piang'. Betoi-betoi kemarau isu sampai cerita ADUN PR Selangor hulur ole-ole kat tokeh babi pun jadi isu besar.

Mengikut ajaran UMNO, tokeh babi dari kalangan orang Cina ni sangatlah hina jadi haram dijumpai. Teruk sungguh fahaman depa.  

Baca caption kat atas tu, kononnya seluar kena babi. Still photo akan merakam semua imej secara satu dimensi. Daging babi yang berada di belakang sana mestilah akan terakam bersama imej seluar orang tu di hadapan tetapi bukan bersentuhan..

Alahai Blogger UMporNO bodo piang, hang pi perbodo puak2 bingai hak tak sekolah bolehlah..ini masuk blog, dunia baca.. nampak sangatlah kebodohpiangan hangpa tu..~toknon

Addin :

Sejak dulu lagi.. blogger Umno nih memang bodoh piang!! Di cucuk hidung macam lembu NFC...

Kain Rosmah Mansor Makin Terselak

Posted: 01 Feb 2012 08:42 PM PST

Wartawan fesyen Patty Huntington dalam blognya Frockwriter mendedahkan urusan e-mel untuk membuktikan kesahihan laporan yang ditulisnya mengenai isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak - Datin Seri Rosmah Mansor yang 'berbelanja sakan' membeli pakaian pereka eksklusif di Sydney, Australia.

Buat kali pertamanya, Huntington menulis dengan panjang lebar di blog beliau dengan dijelaskan secara terperinci tentang apa yang berlaku antara beliau dan pereka Carl Kapp serta 'publicist' beliau, Little Hero, sebelum berita berkenaan dipetik oleh akhbar The Sydney Morning Herald pada 21 Januari.

Huntington  (gambar bawah) berkata bahawa beliau pertama kali mendapat maklumat pada 16 Januari oleh seorang kakitangan Littele Hero yang bernama Holly Beer yang menghantar e-mel kepada penulis blog itu menceritakan mengenai pembelian 61 helai pakaian oleh Rosmah dari kedai Kapp.


Dalam e-mel Beer ini kepada penulis blog itu, beliau menceritakan pertemuan Kapp dengan Najib dan Rosmah di penthouse Hotel Darling Hotel. Beer mendakwa ketika itu, pakaian berkenaan dipesan untuk majlis Rosmah yang dikatakan adalah banyak.

"Pakaian perlu disiapkan pada tempoh sebulan selepas percubaan kedua. Semua pakaian perlu diubah-suai supaya berlengan panjang, dengan memastikan tidak ada bahagian pergelangan kaki atau tangan yang terdedah. "Beberapa fesyen yang dipesannya itu termasuk skirt Emilia dan blaus berlengan panjang.

"Dia (Rosmah) juga meminta pakaian tambahan lain selain 61 helai yang telah dipesan itu. Ini adalah campuran AW12 (Autumn Winter 2012) dan SS11 (Spring Summer 2011)," tulis Beer.


Huntington juga mempertahankan tulisan di blog beliau dengan mendedahkan bahawa Kapp diterbangkan ke Kuala Lumpur bulan lalu untuk pakaian berkenaan dicuba.

Beliau sebaliknya dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini pada 25 Januari menafikan perkara itu dan berkata bahawa lawatannya ke Malaysia adalah sebahagian daripada projek 'Jelajah Asia' dan bagi mendapatkan bahan untuk rekaannya.

"Kapp beritahu saya, dia (Rosmah) minta saya untuk datang ke KL untuk mencuba pakaian berkenaan.


"Saya (Kapp) berkata 'jika anda (Rosmah) membayar tambang perjalanan, pasti (saya akan datang) ... saya tidak percaya bahawa saya akan diterbangkan ke sana bulan depan semata-mata untuk pakaian itu dicuba untuk hanya selama sejam setengah.

"Dan kemudian diterbangkan sekali lagi pada keesokan harinya," katanya mendedahkan, sebahagian daripada petikan perbualan dengan Kapp pada 17 Januari lalu. ~mk

Apsal PERKASAM Nak Jadi Security Guard Pulak Nih?

Posted: 01 Feb 2012 06:13 PM PST

Apa kata.. sebelum ada kawalan keselamatan 24jam di masjid. Addin cadangkan Perkasa jadi security guard
buat sementara waktu. Perkasa kan ade wira-wira yang gagah perkasa, eloklah di gunakan untuk kebaikan daripada menjadi samseng atau gangster tak tentu pasal. Daripada nak herdik pelajar IPTA yang sertai Himpunan Mansuh AUKU, moleklah buat amal jariah sikit.. moga hidup di berkati dan dikenang daripada di cerca dan dimaki hamun.. ada bran??

Perkasa mahu rumah ibadat dikawal 24 jam

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mahu rumah ibadat kini dikawal rapi oleh pengawal keselamatan termasuk menggunakan khidmat polis dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) bagi mengelak kejadian provokasi berulang. Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali berkata Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu memanfaatkan sepenuhnya tenaga 2.8 juta anggota Rela dengan mengawal semua tempat ibadah termasuk masjid, surau, dan madrasah di seluruh kawasan.

Beliau turut menggesa agar rukun tetangga berfungsi membuat kawalan 24 jam, selain mencadangkan agar meletakkan anggota polis mahu pun pengawal keselamatan yang dibiayai oleh Menteri Agama.

"Kalau rumah Perdana Menteri dan Menteri boleh letak polis suruh jaga kenapa di masjid tak boleh," katanya kepada pemberita selepas melawat Masjid Nurul Iman di Batu 18 di sini tengahari tadi.

Dalam kejadian pagi semalam, satu kepala babi panggang ditemui terletak dihadapan tangga pintu utama masjid tersebut.

Kepala itu ditemui siak masjid kira-kira 5.15 pagi ketika hendak membuat persiapan solat Subuh sebelum melaporkan kejadian itu ke balai polis berdekatan.

Sehubungan itu, Ibrahim dalam responnya mendesak polis bertindak profesional dengan segera membawa dan menghukum pihak yang tidak bertanggungjawab ke muka pengadilan dengan segera.

Sambil mengecam insiden itu, beliau turut mempersoalkan kejadian yang sama pernah berlaku di masjid lain namun polis sehingga kini tidak mengambil apa-apa tindakan.

Katanya, ini kejadian keempat selepas insiden yang sama terjadi di Masjid Jumhuriah Taman Datuk Harun dan Masjid Taman Sentosa di Petaling Jaya pada 27 Januari tahun lalu, Masjid Al-Falahiah di Taman Desa Jaya Johor Bahru 30 Disember tahun lalu, serta Surau

Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (UM) April 2009 sewaktu pemilihan kampus.

Sentimen perkauman dan agama
Sementara itu, ditanya mengenai kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang turut mengecam insiden itu dan menganggap tindakan itu sebagai pengecut untuk mengapi-apikan sentimen perkauman dan agama untuk Pilihan Raya Umum 13, Ibrahim sebaliknya berkata pemimpin Pakatan Rakyat perlu menunjukkan keikhlasan lebih daripada itu.

"Saya mengalu-alukan pandangan beliau tetapi mereka perlu bertindak lebih daripada hanya sekadar memberi kenyataan bersifat gimik politik," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata setakat ini pihaknya masih menjalankan siasatan dan memberi jaminan akan menyiasat daripada pelbagai sudut.

Katanya, kes itu disiasat dibawah 295 Kanun Keseksaan atas kesalahan mencemarkan tempat sembahyang dengan niat mengaibkan agama. Walau bagaimana pun katanya, masih tiada sebarang tangkapan dibuat. ~fmt

Tiada ulasan: