Rabu, 11 Januari 2012

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


PEGUAM NEGARA TIDAK RAYU KES RAZAK BAGINDA, ADAKAH KES ANWAR PEGUAM NEGARA BERTINDAK SEBALIKNYA?

Posted: 11 Jan 2012 07:24 PM PST

Oleh:  WFAUZDIN NS

SAMADA Peguam Negara mahu merayu atau tidak keputusan Perbicaraan Liwat II, rakyat sudah tidak memperdulikannya lagi.  Yang nyata, kes ini sepatutnya lebih awal lagi dicampakkan ke dalam tong sampah kerana terlalu banyaknya perkara yang langsung tidak masuk akal samada dari segi lojik akal apatah lagi dari sudut perundangan dan jauh sekali dari sudut Hukum Islam.

Terkini, pihak Pendakwaan kes perbicaraan liwat II yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu membuat rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membebaskan ketua pembangkang itu daripada pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Isnin lalu.
NONEDalam laporan berita bahasa Inggeris Nightline, terbitan TV3, Peguam Cara II Negara, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden (foto) dipetik berkata keputusan membuat rayuan dibuat setelah mengkaji semua bukti berhubung kes berkenaan.

Rakyat yang mahukan keadilan dan bencikan amalan fitnah telah bersedia untuk berdepan dengan gerombolan penfitnah dan korup ini.  Mereka jangan sangka dengan pembebasan DS Anwar Ibrahim pada 09 Jan yang lalu menyebabkan rakyat bersedia untuk menerima apa jua keputusan mahkamah selepas ini kerana kita telah lama sedar bahawa institusi kehakiman di negara ini masih memerlukan reformasi yang menyeluruh. 

Selagi Umno/Bn berkuasa dan selagi Najib dan Rosmah berada di Putrajaya, usah bermimpi untuk melihat sistem kehakiman boleh dipercayai hatta lima puluh peratus.  Justeru itu, kita tidak boleh lalai dengan sebarang bentuk helah mereka dan tidak mustahil pembebasan DS Anwar baru-baru ini adalah salah satu dari ribuan strategi dan helah rejim diktator sekarang.  

Apa yang perlu dilakukan sekarang, kita teruskan perjuangan kita dengan menyampaikan maklumat segala bentuk penyelewengan Umno/Bn selama lebih 50 tahun mereka berkuasa.  Umat Islam, Melayu, semua rakyat berbilang kaum dan negara ini wajib kita selamatkan dari terus menjadi mangsa buas Umno/Bn.  Rakyat sudah jelak dengan sifat dayus dan bacul pemimpin mereka yang tidak pernah berani berdepan dengan Pakatan Rakyat.  Mereka hanya bergantung kepada media pencacai di bawah kawalan mereka dan juga bergantung hayat `di dubur Saiful'.  Kali ini `ranap' sudah dubur pemuda tersebut kerana diusung keluar masuk mahkamah sehinggakan mahu diusung lagi dalam kes rayuan nanti.

Di dalam kes pembunuhan Altantuya, Peguam Negara tidak berhajat untuk merayu apabila Razak Baginda dilepaskan.  Mengapa?  Semua tahu jawapannya.  Namun, sekiranya Peguam Negara mahu menyelamatkan Umno dengan mengemukakan kes rayuan di dalam kes DS Anwar kali ini, kita akan tentukan kebangkitan yang berlipat kali ganda lagi dari 09 Jan yang lalu kerana budaya fitnah berbentuk konspirasi ini wajib kita tamatkan riwayatnya./wfauzdin.blogspot.com  

ANWAR SUDAH SELESAI, MANA JANJI KHIR TOYO?

Posted: 11 Jan 2012 10:47 AM PST

Oleh:  WFAUZDIN NS

MASIHKAH kita ingat janji Khir Toyo bahawa beliau akan menyatakan hala tuju politiknya selepas kes rasuah yang dihadapinya?  Khir Toyo berjanji akan berbuat demikian pada 09 Januari 2012 iaitu bersamaan dengan tarikh keputusan perbicaraan DS Anwar Ibrahim beberapa hari lalu.


Hari ini sudah masuk 12hb Jan, namun Khir Toyo terus menyepi.  Adakah kerana keputusan mahkamah yang membebaskan DS Anwar pada 09 Jan yang lalu membuatkan perancangan Khir Toyo terbatal?  Dan, apakah muslihat atau `simbolik'nya Khir Toyo mahu mengumumkan hala tujunya pada tarikh tersebut? Mengapa sehingga kini beliau gagal menunaikan janjinya? 

Apa pun kenyataan Khir Toyo selepas ini tidak lagi penting kerana rakyat sudah kenal siapa beliau.  Mantan MB Selangor ini jelas banyak melakukan penyelewengan di Selangor dan beliau yang tegas menyatakan beliau tidak bersalah hanya menyebabkan pengakuannya itu ditertawakan orang.  Kita tunggu bilakah masanya Khir Toyo akan mengumumkan hala tuju politiknya selepas ini.  Yang nyata, Khir Toyo telah gagal menunaikan janjinya./wfauzdin.blogspot.com

 


BOM JANGKA DI MAHKAMAH, SIAPA PUNYA KERJA?

Posted: 10 Jan 2012 11:43 PM PST

Oleh:  WFAUZDIN NS

DS ANWAR dibebaskan.  Suasana perhimpunan aman di kawasan letak kereta mahkamah Jalan Duta benar-benar aman, kecuali pada awalnya dua tiga ekor berok yang berkeliaran di kawasan masjid di situ turun untuk cetuskan provokasi, katanya.  Namun, alhamdulillah, pejuang-pejuang kita berjaya menghalau berok-berok yang kehilangan tuan itu.  Dengar khabarnya berok-berok itu mengamuk pasal tuannya yang sepatutnya turun dari Pasir Mas tidak turun.  Bacul,.

Keamanan di sekitar mahkamah Jalan Duta pada 09 Jan yang lalu amat merungsingkan puak-puak haramjadah.  Mereka mahu suasana kecoh untuk dibuat modal di dalam media haprak lidah syaitan kepunyaan mereka.  Maka, dirancang oleh puak-puak haramjadah tersebut dengam meletakkan bahan letupan di beberapa tempat sekitar luar mahkamah.  Maka, didengari oleh ribuan yang datang tidak kurang dari tiga letupan `meraikan' pembebasan bakal PM kita yang ke-7. Persoalannya, siapa punya kerja?

Bangunan mahkamah dan sekitarnya merupakan kawasan penting dan mesti diawasi keselamatan sekitarannya.  Kompleks yang berfungsi melaksanakan undang-undang ini wajib dilengkapkan dengan ciri-ciri keselamatan yang ketat.  Ditanya, adakah tiada kelengkapan CCTV di sekitar kawasan tersebut?  Jika ada, tentu kita boleh mengenalpasti pelaku yang tidak berotak itu.  Atau, CCTV juga rosak seperti yang berlaku di dalam kes Teoh Beng Hock yang mati di dalam bangunan SPRM dahulu?

Ada tuduhan yang sebut, pihak pro Anwar yang lakukan kerja khianat tersebut untuk cetuskan huru-hara.  Pelik juga, mengapa bom meletup setelah diistiharkan Anwar dibebaskan?  Untuk apa cetus huru-hara jika Anwar bebas?  Dan, mengapa bahan letupan itu diletakkan berhampiran tempat letak kereta beberapa VIP yang menyokong Anwar?  Mengapa perlu berbuat demikian terhadap pemimpin yang pro Anwar? 

Diberitahu, bahan letupan itu diletakkan di bawah kon jalan.  Ertinya, bukan dicampak merata-rata.  Ertinya juga, perbuatan itu dilakukan setelah kon dipasang dan lazimnya ketika itu sudah ada pihak keselamatan yang ditugaskan di kawasan itu kerana kon telah dipasang.  Difahamkan juga, bahan letupan itu telah di`set'kan masa.  Ini seperti perbuatan orang yang pakar.  Jika setakat melontar molotov cocktail atau mercun, mungkin ramai yang mampu melakukannya.  Tetapi ini kerja orang yang tahu selok belok membuat bahan letupan atau bom jangka.  Tidak mudah.

Apa pun, kita serah pada pihak berkuasa untuk menyiasat.  Nampaknya media haramjadah telah mainkan isu ini untuk menunjukkan perhimpunan aman tersebut sebenarnya tidak aman.  Puak-puak ini memang suka melihat suasana tidak aman.  Alasannya mudah, akan datang jangan diberi kebenaran kepada penyokong-penyokong kita untuk berhimpun atas sebab khuatir berlaku kejadian seperti yang berlaku di mahkamah Jalan Duta baru-baru ini.


Tiada ulasan: