Khamis, 12 Januari 2012

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Aziz Bari Saman Zul Kulim Kerana Memfitnah

Posted: 12 Jan 2012 12:51 AM PST

KUALA LUMPUR 12 Jan. - Profesor Dr. Abdul Aziz Bari telah menyaman Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin dan syarikat akhbar, Utusan Melayu (M) Bhd., setelah mendakwa difitnah ekoran tindakannya mempertikaikan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung isu pemeriksaan sebuah gereja di Damansara Utama, Ogos lalu.

Dalam saman yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 22 Disember 2011, Abdul Aziz mendakwa, kata-kata fitnah tersebut secara langsung merujuk kepadanya kerana nama dan jawatan beliau disebut secara spesifik.

Artikel yang bertajuk, Zulkifli Noordin sahut cabaran Aziz Bari, itu disiarkan pada 17 Oktober tahun lalu.


Menurut Abdul Aziz, kata-kata tersebut amat jahat sama ada atas kapasiti peribadinya atau atas jawatannya sebagai Profesor Undang-Undang di Universiti Islam Antarabangsa.

Abdul Aziz selaku plaintif menamakan Zulkifli, Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak dan syarikat akhbar tersebut masing-masing sebagai defendan pertama hingga ketiga.

Plaintif mendakwa, kata-kata fitnah itu dalam makna yang asal dan biasa antaranya menggambarkan beliau seorang yang kurang ajar, biadap, tidak layak menjadi pensyarah atau profesor undang-undang.

Plaintif sehubungan itu menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan, ganti rugi melampau yang tidak dinyatakan jumlahnya selain perintah supaya mahkamah mengarahkan pihak defendan meminta maaf serta menarik balik kata-kata tersebut.

Kes saman itu ditetapkan untuk pengurusan kes buat kali pertama hari ini di hadapan Timbalan Pendaftar, Norhatini Abd. Hamid.

Peguam Rohanidah Shafee yang mewakili syarikat akhbar itu dan juga Ketua Pengarangnya berkata, mahkamah menetapkan 26 Januari ini untuk kedua-duanya memfailkan pembelaan masing-masing.

Zulkifli pula, menurut Rohanidah, baru diserahkan dengan writ saman tersebut dan masih belum melantik peguam untuk mewakili beliau.

Katanya, mahkamah menetapkan 10 Februari ini bagi pengurusan kes saman itu di hadapan Hakim Datin Zabariah Mohd. Yusof.

Abdul Aziz diwakili peguam, Azhana Mohd. Khairudin.


PRU 13 Paling Kotor - Bekas Duta Amerika

Posted: 12 Jan 2012 12:38 AM PST

Pilihan raya umum ke-13 dijangka "paling kotor" kerana pemimpin Umno yang tercemar dengan rasuah akan melakukan apa sahaja untuk memastikan mereka terus berpaut pada kuasa, kata bekas duta Amerika Syarikat ke Malaysia, John R Malott.

Dalam ulasannya di Wall Street Journal hari ini, Malott (kiri) menulis walaupun Datuk Seri Najib Razak kini mendapat rangsangan politik akibat pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada pertuduhan liwat, pentadbiran perdana menteri Malaysia itu secara umumnya dilihat terpalit dengan rasuah.

"Rakyat melihat rasuah semakin berleluasa dan merasakan bahawa penyokong Umno seperti biasa, sentiasa mahu membuat duit dari kontrak kerajaan.


"Ramai rakyat Malaysia kini menggunakan perkataan 'kleptokrasi' atau penyamun untuk menggambarkan kelas pemerintah mereka," tulis Malott, yang pernah berkhidmat di Kuala Lumpur antara tahun 1995 dan 1998.

Malott berkata persepsi orang ramai bahawa tiada pemimpin Umno mahu bertindak menangani amalan itu, dapat dilihat baru-baru ini dalam skandal projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC).

"Persepsi ini diburukkan lagi oleh hakikat bahawa Najib membisu tentang skandal terbaru," katanya.

http://malaysiakini.com/news/186426


Menteri Agama Yang Cakap Bohong.. Jamil Khir Patut Malu Pada Diri Sendiri..

Posted: 11 Jan 2012 10:56 PM PST

Khir Jangan Sembunyi Anak Tikus Dalam Kocek

Menteri Agama Islam Malaysia, Jamil Khir Bahrum tidak perlu berdolak dalih lagi. Kebenaran sudah semakin terserlah bukti pula kian bertambah. Bahawa telah berlaku penggunaan wang dari akauan zakat untuk bayar fee guaman, penggunaan di luar asnaf lapan yang dibenarkan.

Elok kalau sebelum mahkamah membuat pengadilan yang boleh menyebabkan Khir bersama Pengarah MAIWP Che Mat Che Ali malu besar mereka mengambil keputusan memohon maaf secara terbuka kemudian berundur secara terhormat dari kedudukan masing-masing. Cara itu lebih afdal dari cuba membuat pembelaan diri sedangkan umum sudah mulai menjatuhi hukuman ke atas mereka atau meragui kredibiliti mereka sebagai penjawat awam dan pemimpin.


Isu penggunaan wang zakat sebanyaak RK63,650 kini sudah tidak dapat diselindung lagi. Hebohnya macamlah wang projek lembuk gemuk RM250 juta. Usaha hendak melindungi atau pun dipertahankan dengan berbagai-bagai prosuder itu tidak ubah seperti hendak melindungi anak tikus dalam poket baju. Tidak boleh.

Tikus kalau dibubuh dalam poket sambil memekupnya dari luar ia akan diam tidak bergerak. Tetapi bila kita berjalan dan tangan terlepas memekupnya dia akan bergerak dan mengagaru-garu dada kita menyebabkan kita akan kegelian dan tidak selesa.

Selama mana Khir dan Che Mat Ali nak pekuk anak tikus yang dibubuh dalam poket baju itu? Silap hari bulan kalau ia tidak bergerak ekornya yang sepanjang 10 hingga 25 cm itu akan terjelar ke luar poket. Lama-lama orang akan tanya juga, apa benda itu terkeluar, nak kata ballpen bukan, nak kata sapu tangan pun bukan. Jangan malu di dalam majlis sudahlah.

Semalam Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi telah mendedahkan bukti mengenai surat dari Ketua Audit Negara Ambrin Buang kepada Ketua PAC Azmi Khalid mengesahkan telah berlaku transaksi wang sebanyak RM63,650 dari akaun zakat untuk bayar fee guaman berhubung kes qazaf dikemukakan Anwar Ibrahim terhadap mereka.

Menurut dokumen itu tarikh wang itu dikeluar pada 21 November dan diganti enam bulan kemudian. Soal ianya diganti tidak timbul apa dipersoalkan telah berlaku penyelewengan dan pecah amanah.

Che Mat Ali kata itu wang dana dari kerajaan untuk MAIWP yang dimasukan ke dalam akaun zakat. Katanya juga wang itu tidak salah digunakan kerana ia bertujuan untuk membela maruah Islam. Kita setuju maruah Islam wajib dibela. Kita nak tanya berapa wang fee untuk bela kes murtad dibayar dari wang zakat?

Selain itu ada dua perkara yang tidak kena di sini dan menunjukkan kebendulan MAIWP dalam menguruskan wang zakat.

Pertama, kerana wang dana kerajaan dicampur sama dalam akaun zakat. Wang zakat patut diasingkan dari akaun lain dan perlu ada akauan tersendiri. Sepatutnya akaun asing - akaun mubah untuk menerima wang dana kerajaan itu dibuka. Bila ia dicampur sekali di sini menimbulkan kekeliruan dan percampuran wang suci dengan wang makruh. Kealpaan ini menjelaskan betapa cetek dan 'cakduh'nya pengetahuan Islam Khir Bahrum dan Che Mat Ali.

Kedua, ialah apabila ia diganti dengan menggunakan wang dana kerajaan berjumla RM700,000 itu menunjukkan wang dari akaun zakat telah diambil dan digunakan. Ini bermakna akauan zakat itu telah dicerohohi.

Apakah hukum menceroboh itu walaupun dengan niat yang baik boleh dilakukan? Orang yang tahu tidak mempersoalkan tetapi yang tidak tahu atau pun yang berpegang kepada prosuder kewangan akan pertikaikan.

Dalam kes ini anologi boleh dibuat begini. Jamil dan Che Mat Ali masuk ke rumah anak dara untuk membaiki bilik atap bilik tidurnya yang bocor. Niatnya baik untuk keselamatan gadis itu. Tetapi kalau mereka masuk tanpa ada muhrim boleh menyebabkan syak wasangka timbul. Apa lagi anak dara itu cantik bernilai RM63,650.

Kata Che Mat Ali wang itu untuk menjaga maruah agama. Menjaga akaun wang zakat juga adalah sebahagian menjaga maruah kesucian Islam. Cara mereka lakukan itu boleh menyebabkan integriti Islam diragui. Alasan mengatakan wang zakat naik sebanyak 24 peratus kepada sejumlah RM431 juta kutipan bukan alasan yang boleh menutup penyelewengan itu.

Kutipan itu dibuat sebelum kes itu berlaku. Macam mana selepas ini, pembayaran zakar mungkin meragui akan integriti MAIWP menyebabkan mereka akan membawa wang ke tempat lain.

Cara dan alasan dikemukakan Che Mat Ali dan Jamil Khir tidak menamatkan tanggapan buruk terhadap mereka berdua. Makin mereka bercakap makin terdedah kesalahan mereka. Seperti anak tikus dalam poket itu makin mereka cuba melindunginya anak tikus itu makin meronta-ronta kerana kelemasan disebabkan pekukkan yang kuat.

Saya tidak merasa anih sedikit pun apa yang berlaku ini. Lama sebelum ini semasa Yusuf Nor jadi menteri agama Islam Malaysia, telah berlaku penyalahgunaan MAIWP. Di mana wang MAIWP diambil (pinjam) untuk membeli saham. Selepas ia disedari wang itu dikembalikan semula ke akauan MAIWP. Sila tanya orang bernama Mustafa Abdul Rahman.

Jadi jalan terbaik Jamil dan Che Mat mengaku tersalah urus dan minta maaf kepada umat Islam dan berjanji tidak akan buat lagi. Lebih bagus mereka mengambil tanggungjawab atas kekhilafan bukan kecil itu dengan melepaskan jawatan masing-masing sebagai menteri dan pengarah MAIWP kerana jelas mereka boleh dianggap bersubahat dan saling melindungi antara satu sama lain dengan sekaki payung yang carik di tengah hujan lebat membanjir. [wm.kl.1:16 t/hari 13/01/12]

http://msomelayu.blogspot.com/2012/01/susupan-tengahari_12.html


Ismail Kamus Besekongkol Dengan Hasan Ali

Posted: 11 Jan 2012 10:23 PM PST

Fitnah Jumpa Hasan Ali,Ismail Kamus Akan Saman Media

KUALA LUMPUR, 12 Jan: Bekas Adun Gombak Setia, Datuk Ismail Kamus menafikan dakwaan pihak media kononnya beliau hadir pada sidang media Datuk Dr Hasan Mohd Ali di Pinggiran Taman Tun Dr Ismail, 8 Januari baru-baru ini.

Beliau bertegas akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak media yang melaporkan berita palsu itu, lapor Harakah cetak yang sedang dalam pasaran sekarang.

"Ketika sidang media Hasan, pada hari Ahad saya dimasukkan ke Hospital Pantai kerana demam panas dan pagi tadi (10 Januari) saya baru keluar hospital," katanya.


Menurut beliau, tidak ada sesiapa yang menghubunginya untuk menghadiri sidang media Hasan.

"Ini amat mengaibkan saya. Saya dikata bersekongkol dengan Hasan, ini tidak cantik. Nama saya sudah dikotorkan," kata Ismail Kamus, bekas Adun Gombak Setia itu.

Ismail yang juga Tokoh Maal Hijrah Selangor untuk tahun 1433/2011 itu menang kerusi Dun Gombak Setia dalam pilihan raya umum 1999 atas tiket PAS.

Buletin Utama TV3 dan Astro Awani dalam laporan mereka berkata, majlis Hasan Ali yang diadakan di rumah beliau selepas beliau dipecat turut disertai oleh Ismail.

Selain itu, timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Harun Din dan anggota Parlimen Baling Ustaz Taib Azamudin juga dilaporkan menyertai majlis itu yang turut disertai oleh Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali itu.

Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man semalam menjelaskan, tiga pemimpin PAS itu tidak berada dalam majlis di rumah Hasan Ali itu.

"Ketika penjelasan itu diberikan, PAS mengesahkan bahawa Datuk Dr Haron Din sedang bermesyuarat Majlis Syura Ulamak di pejabat agung PAS, Ustaz Taib Azamuddin pula berada di China dan Ustaz Ismail Kamus sedang menerima rawatan," terang Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan semalam.

- Harakah



Lagi Video Seks Anwar Akan Disebarkan..

Posted: 11 Jan 2012 09:25 PM PST

MAKAN-makan di sekitar Wangsa Maju memang sudah menjadi kebiasaan penulis sejak sekian lama. Paling tidak 2 kali dalam seminggu, penulis akan berkunjung ke sana untuk memenuhi tabiat yang disebutkan di atas.

Selain tempat yang menarik untuk mendapatkan bahan bagi tujuan penulisan.

Mungkin sudah tercatit dalam kalam hidup penulis bahawa kunjungan ke Wangsa Maju semalam tidak hanya dipenuhkan dengan aktiviti makan tapi juga penulis secara kebetulan terdengar dari kalangan yang 'melantak' sama bahawa tidak berapa lama saja lagi, satu lagi video seks membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan tersebar meluas.


Kali ini katanya adegan tersebut dirakam disebuah hotel di Thailand dan membabitkan 2 pelacur sekaligus.

Setakat itu sahaja yang penulis terdengar, lebih dari itu penulis tidak dapat perinciannya. Yang sebetulnya penulis tidak langsung terkejut dengan makluman tersebut kerana penulis sedia maklum, UMNO wajib melangsaikan hutangnya ke atas Anwar walau dalam apa keadaan sekarang.

Penulis sendiri tak pasti dimana masalahnya kali ini sehingga UMNO gagal mengaitkan Anwar dengan tuduhan meliwat Saiful Bukhari, maka itu sesuatu perlu dibuat untuk menjatuhkan imej Anwar dimata masyarakat.

Dan bila bercakap pasal Anwar, apa lagi yang paling sesuai melainkan isu seks.

Lagipun soal video seks di Thailand ini bukan pertama kali disebut, malah 'sedutan' daripada video itu (dalam bentuk gambar) sudah pun disebarkan beberapa blog pro UMNO sejak 2 ke 3 bulan lepas dengan yang paling ke depan papagomo.com.

Apa yang penulis faham dari perbualan tersebut, video itu sepatutnya diedarkan dalam kempen pilihanraya akan datang tapi dengan keputusan mengejutkan pada Isnin, tempoh itu dipercepatkan, mungkin dalam sehari dua lagi, sebelum Anwar membina semula imejnya sebagai orang teraniaya dan diselamatkan dengan kuasa Tuhan yang tidak mampu diatasi UMNO, katanya.

UMNO nampaknya semakin ketandusan idea untuk menjatuhkan Anwar. Guna jantan tak boleh, guna pelacur pun tak boleh (video seks pertama) tapi itulah juga yang dimainkan setiap kali walaupun sudah terbukti gagal mengalihkan sokongan rakyat kepada beliau.

Mungkin kumpulan yang penulis jumpa semalam hanya nak tunjuk bagus macam ada semua rahsia mengenai Anwar, tapi boleh jadi juga mereka adalah puak-puak sama yang ligat menggunakan pendekatan jijik seperti video lucah ini untuk menjatuhkan pemimpin seperti Anwar.

Penulis benar-benar tidak tahu dan begitu pasti sejauh mana kebenaran video tersebut sebab penulis sendiri pun belum menonton, apatah lagi memilikinya.

- nizar


Skandal NFC: Kementerian Kewangan Perlu Hentikan Sebarang Keputusan Membabitkan NMLC, RFC Dan Syarikat-Syarikat Berkaitan

Posted: 11 Jan 2012 09:22 PM PST

Berdasarkan maklumat dalaman, saya dimaklumkan bahawa pengurusan NFC telah memanggil satu mesyuarat Lembaga Pengarah NFC dan Mesyuarat Agung Luarbiasa (EGM) minggu ini dengan hanya memberikan tempoh 3 hari untuk membuat beberapa keputusan penting.

Di antara agenda yang akan dibincangkan termasuklah membuat keputusan mengenai cadangan pengambilalihan National Meat & Livestock Corporation (NMLC) yang dimiliki oleh keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil oleh NFC. NFC adalah sebuah syarikat berkaitan kerajaan (government linked corporation) melalui saham khas yang dimiliki oleh Kementerian Kewangan.

Saya percaya tindakan tergesa-gesa memanggil mesyuarat Lembaga Pengarah NFC dan EGM dalam tempoh yang singkat ini berniat tidak baik dan akan mengganggu siasatan terhadap NFC yang sedang berjalan. Pada masa yang sama, keputusan-keputusan yang diambil boleh merugikan rakyat melalui pelbagai urusniaga di antara NFC dan syarikat-syarikat milik keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil, seperti mana yang telah didedahkan sebelum ini.


Oleh itu, saya mendesak Dato' Seri Najib Tun Razak sebagai Menteri Kewangan supaya tidak lagi berdiam diri dan campur tangan segera dengan membekukan sebarang aktiviti dan keputusan di dalam semua syarikat-syarikat yang pernah menggunakan dana RM250 juta yang diberikan oleh Kerajaan Malaysia.

Bukan sahaja Menteri Kewangan cuba mencuci tangan dengan langsung tidak menerima pertanggungjawaban walaupun beliau sendiri yang menganugerahkan projek ini kepada NFC, malah kini kecuaian beliau boleh menyebabkan baki dana dan harta yang dibeli dengan dana rakyat lesap melalui pelbagai urusniaga yang dibuat selepas skandal ini didedahkan.

Oleh kerana ada cubaan di pihak NFC untuk menjalankan urusniaga yang mencurigakan, saya mencadangkan Kerajaan Malaysia melalui wakil-wakilnya di dalam Lembaga Pengarah NFC perlu melantik pentadbir korporat sementara yang bebas untuk mengambilalih pentadbiran NFC sementara siasatan selesai. Tindakan ini bertepatan dengan amalan tatakelola yang baik seperti yang biasa diamalkan untuk mengelakkan lebih banyak penyelewengan berlaku.

MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
12 JANUARI 2012

http://rafiziramli.com/2012/01/skandal-nfc-kementerian-kewangan-perlu-hentikan-sebarang-keputusan-membabitkan-nmlc-rfc-dan-syarikat-syarikat-berkaitan/


Kadir Nasihat Najib Supaya Teladani Gorbachec

Posted: 11 Jan 2012 07:43 PM PST

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak digesa menolak ketepi golongan ahli Umno 'beraliran garis keras atau "hardliner' dan membuat perubahan sekalipun tindakan itu mungkin menyebabkan kehilangan kuasa.

Bekas menteri kabinet dan ahli veteran Umno Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir dalam membuat saranan itu berkata majoriti akar umbi Umno daripada lebih tiga juta ahli, berasa tidak gembira kerana merasakan wujudnya amalan kronisme, pembaziran, rasuah dan ketirisan yang memerlukan "perubahan radikal".

"Kumpulan yang menentang ini, sekadar pemimpin yang ada kepentingan sahaja. Berapa jumlah mereka ini, sepuluh ribu, lima ribu, itu sahaja?


"Kalau beliau (Najib) berani membuat sesuatu yang popular dan betul, majoriti ahli parti akan menyokongnya," kata Kadir yang kini berusia 73 tahun dan telah berkecimpung aktif dalam politik sejak tahun 1970an.

Keikhlasan dipersoal

Kadir yang juga timbalan presiden Angkatan Amanah Merdeka (AMANAH) ketika diwawancara bersama Malaysiakini, mengakui Najib banyak membuat "kenyataan yang menarik" dan dipercayai mendapat nasihat secukupnya mengenai perkembangan ehwal semasa.

"Tetapi apa yang belum saya lihat... sekalipun saya menghargai pengumuman yang baik itu, (tetapi) pelaksanaannya seolah-olah dilihat ada kekurangan. Jadi, keikhlasan pelaksanaannya menjadi tanda tanya," katanya.


Selepas mengambil alih pentadbiran dari Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2008, Najib cuba menonjolkan dirinya sebagai seorang reformis bagi mendapatkan semula sokongan masyarakat yang semakin memihak Pakatan Rakyat dengan memperkenalkan pembaharuan yang liberal.

Bagaimanapun, agenda perubahannya mendapat tentangan daripada kumpulan aliran garis keras Umno dan kumpulan pendesak Melayu sehingga menyaksikan inisiatifnya itu seringkali ditukar atau ditangguhkan.

Paling ketara Model Ekonomi Baru (MEB) bahagian kedua yang diperkenalkan pada akhir 2010, gagal untuk menghapuskan ekuiti 30 peratus bumiputera dan meluluskan cadangan suruhanjaya kesamarataan selepas diasak dan dibantah oleh PERKASA.

Ditanya sama ada BN atau Pakatan Rakyat mempunyai kelebihan berdasarkan situasi politik ketika ini, Kadir bagaimanapun menegaskan beliau sukarnya menyatakannya.

Serahkan kepada rakyat

Sebaliknya beliau berdoa agar Najib meneladani pemimpin hebat dalam lipatan sejarah dunia seperti Presiden Perancis Charles de Gaulle dan Setiausaha Agung Kesatuan Soviet Mikhail Gorbachev.


Charles menamatkan penaklukan Perancis di tanah jajahannya di Afrika manakala Gorbachev menolak cadangan campurtangan tentera dalam Palkatan Warsaw dan membubarkan Kesatuan Soviet bagi mengakhiri perang dingin.

"Di Malaysia, saya berharap Najib, dapat memberi kemerdekaan kepada rakyat seperti mana Tunku dan bapanya berikan dahulu. Serah sahaja kepada rakyat untuk memilih kerajaan serta (adakan) pilihan raya yang benar-benar bersih dan adil.

"Apa sahaja keputusannya, beliau akan sentiasa dikenang sebagai pemimpin yang hebat. Apa sahaja yang keputusannya, beliau boleh berdiri dengan bangga di mana beliau telah melakukan sesuatu yang terbaik untuk generasi akan datang.

"Pemimpin hebat sepatutnya berfikir begitu," kata Kadir yang juga bendahari Umno bahagian Kulim Bandar-Baharu.

http://malaysiakini.com/news/186388


Kerajaan Akhirnya Tunduk Kepada Saiful Dan Bapanya..

Posted: 11 Jan 2012 05:54 PM PST

Anwar tak bersalah: Rayuan akan dibuat, kata Yusof

Pihak pendakwaan kes perbicaraan liwat II yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu membuat rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membebaskan ketua pembangkang itu daripada pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Isnin lalu.

Dalam laporan berita bahasa Inggeris Nightline, terbitan TV3, Peguam Cara II Negara, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden dipetik berkata keputusan membuat rayuan dibuat setelah mengkaji semua bukti berhubung kes berkenaan.

Mohd Yusof juga dilaporkan berkata cadangan berkenaan akan dikemukakan kepada Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail tidak lama lagi supaya rayuan boleh difailkan dalam tempoh 10 hari.


Isnin lalu, hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, mengambil masa kurang dari lima minit dalam membuat keputusan untuk membebas dan melepaskan Anwar selepas memutuskan untuk tidak menerima bukti DNA. Beliau sebelum ini, menerima bukti berkenaan ketika dibentangkan oleh pihak pendakwaan.

Pada peringkat akhir pembelaan, katanya, beban membuktikan mesti melampaui keraguan munasabah.


Menurut Mohamad Zabidin, meskipun mahkamah menerima bukti yang dikemukakan oleh ahli kimia yang dilantik oleh kerajaan - Dr Seah Lay Hong dan Nor Aidora Saedon, namun mahkamah memilih menolak kenyataan mereka selepas mendengar keterangan dari dua saksi pakar Anwar dari Australia.

Semalam, Azlan Mohd Lazim, bapa kepada pengadu kes liwat II, Mohd Saiful Bukhari berkata beliau akan mempertimbangkan untuk mengambil tindakan sivil sekiranya Peguam Negara tidak mengemukakan rayuan.

Sebelum ini, beberapa peguam kes jenayah memberitahu Malaysiakini bahawa hak untuk membuat rayuan terletak di tangan Peguam Negara yang mempunyai 14 hari untuk berbuat demikian.


Wardina Saffiyyah Dirompak.. Suami Dipukul..

Posted: 11 Jan 2012 03:36 PM PST

Terkejut kami apabila melihat akaun Twitter milik Wardina Saffiyah kecoh sebentar. Rumah Wardina telah dirompak oleh 3 orang lelaki dipercayai buruh Indonesia dan kesemua 5 buah laptop telah diambil pada jam 5 Pagi tadi.

Menurut Wardina di laman Twitter-nya, ketika 3 orang perompak tersebut masuk, mereka hanya mampu bersembunyi disebalik selimut. Manakala suami Wardina, Ikhwan telah dipukul kerana perompak tersebut berang apabila mereka tidak mempunyai barang kemas untuk dirompak. Tidak dapat dipastikan apakah kondisi suami Wardina buat masa sekarang.





Sehingga kini, polis sudah berada di rumah Wardina dan anak Wardina turut mengalami sedikit trauma akibat terkejut dengan kejadian yang berlaku. Perompak tersebut juga dipercayai masih berada di sekitar Ampang atau Bukit Antarabangsa.


Kepada anda semua, sila berhati-hati kerana perayaan Tahun Baru Cina sudah hampir tiba, mungkin akan ada lagi kes sebegini. Jadi, berhati-hatilah ya.

http://sedakasejahtera.blogspot.com/2012/01/panas-rumah-selebriti-jelta-wardina.html


Anwar Boleh Jadi PM yang Terbaik untuk Rakyat Malaysia - Kadir Sheikh Fadzir

Posted: 11 Jan 2012 08:49 AM PST


Apakah Melayu Mahu Bersorak Dalam Neraka?

Posted: 11 Jan 2012 08:34 AM PST

Bapa pemuda yang membuat laporan polis kononnya Anwar Ibrahim telah meliwatnya di kondo menyatakan kepada media akan merayu pihak pendakwa agar membuat rayuan ke atas keputusan Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah yang dibuat semalam. Bapa remaja yang semasa bersama Anwar kerjanya sebagai pembacuh kopi itu tidak berpuas hati dengan keputusan hakim itu.

Saya termenung dan berfikir ligat mencari apakah signifiken yang bapa si pembacuh kopi itu mahukan. Sebelum ini si pembacuh kopi (tuan punya diri) dalam memberi reaksi kepada keputusan itu mengatakan dia redha dan mengharap mahkamah akhirat pula akan mengadili dakwaannya itu. Apakah ertinya apabila dia berkata begitu dan dalam masa sama terus mendesak agar pendakwa membuat rayuan? Bukan itu tidak amanah dengan kata-kata sendiri dan satu pengkhianatan? Satu dendam tidak berpuas hati?


Pendakwa sedang meneliti hujah penghakiman. Kalau di dalam hujah itu ada ruang untuk mereka merayu, mereka akan membuat rayuan. Itu kerja mereka. Di tahap ini bukan pembacuh kopi, bapaknya atau kumpulan yang menyokongnya yang seramai 45 orang hadir dan duduk dalam masjid Wilayah Persekutuan itu perlu mendesak pendakwa.

Pendakwa yang bekerja secara profesional tahu akan tugas dan tanggungjawabnya. Mereka tidak akan mengikut telunjuk sesiapa, begitu juga kepada pihak yang memberi pandangan rayuan itu tidak perlu.

Ada bahayanya juga kalau pendakwa di desak. Orang akan menyuluh ada agenda lain di sebalik desakan itu. Orang akan berfikir dan mencari sebab kenapa si pembacuh kopi itu beriya untuk melihat Anwar dipenjara. Getah nangka desakan itu tentu akan terkena dan terleset kepada pihak kerajaan dalam hal ini Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor.

Bila ini berlaku orang tidak akan melihat si pembacuh kopi itu menuntut keadilan untuk dirinya. Dia hanya mungkin menjadi alat atau watak yang diajar supaya berlakon demikian. Ingat atau tidak si pembacuh kopi ini pernah berjumpa dengan seseorang yang membenci kepada Anwar di Rawang dari jam 9 malam hingga 4 pagi. Untuk apa perjumpaan itu? Pertemuan selama itu bukan setakat bersua muka melainkan untuk membincang dan mengatur sesuatu strategi.

Dari senario ini saya melihat pembacuh kopi bukan ada agenda untuk dirinya sendiri. Dia tidak ada apa-apa kepentingan politik. Tidak pernah dia melafazkan kata untuk menjadi perdana menteri. Jadi tidak perlu dia bertindak lebih jauh. Justeru ada orang lain yang menjadi dalang kepadanya dan mahu mengambil kesempatan ke atasnya.

Berdasarkan itu saya cukup yakin dalang inilah yang mengajar si pembacuh kopi agar mendesak pihak pendakwa membuat rayuan. Dalang inilah yang tidak puas hati. Mereka kini dalam kecemasan dan menggeletar kerana Anwar berada di luar. Buat ketika ini Anwar bersama isterinya Dr Wan Azizah berada di Turkey dalam majlis bersama Tyoib Erdogan sedangkan dia (si dalang malang) masih melungu di gerai kopi di Shah Alam.

Memang ada yang puas hati dan tidak puas hati dengan keputusan semalam. Bagi pembacuh kopi dia sepatutnya sudah berpuas hati kerana laporannya berjaya diambil tindakan sehingga Anwar didakwa dan telah menyebabkan Anwar bersusah payah berulang alik ke mahkamah. Bayangkan betapa perasaan dan maruahnya tercalar balar dengan pendakwaan itu.

Kalau si pembacuh seorang beriman, ikhlas dan jujur sebaik keputusan dibuat dia akan berjalan ke arah Anwar memohon maaf kepada apa yang berlaku. Tidak salah, dan itulah budaya atau natijah yang mahu diterbitkan dalam sesuatu perbicaraan dalam Islam. Saya rasa kalau dia melakukan itu dia akan disanjung tinggi atas keberanian dan sikap kejantanan agamanya.

Kita semua orang Islam. Anwar orang Islam yang dituduh sebagai pluralisme, pembacuh kopi itu juga Islam, dan para dalang yang menjadi penasihat kepada pembacuh kopi juga saya yakin masih berakidah sama dengan Hasan Akidah, iaitu Islam. Apabila mahkamah memutuskan demikian ketepikan sementara agenda politik dan dendam masing-masing. Kita bina maufakat baru untuk bangsa dan negara. Dalam politik kawan tidak kekal, musuh juga tidak abadi. Sesiapa yang mengekalkan perbalahan dan mengabdikan musuh dia sebodoh-bodoh ahli politik.

Islam menyuruh kita bermaaf-maafan. Pemancuh kopi dan keluarganya kena menerima keputusan itu adalah muktamad. Keadilan sudah diberi kepada semuanya. Saya tidak fikir Hakim telah bertindak tidak adil dan khilaf dalam membuat keputusan. Dan kalau Hakim dipengaruhi pun tujuannya adalah demi kebaikan juga.

Jangan pula kerana kita terlalu ghairah dan mempercayai kita saja yang betul dan agenda kita saja terbaik. Sikap dan pegangan itu salah. Kalau kita terlalu sombong nanti akan berlaku sesuatu yang lebih mengaibkan kita. Ingat Tuhan disamping maha pengampun Dia juga maha pembalas. Balasan Tuhan tidak akan tertanggung.

Apa yang berlaku kini Tuhan memberi jalan kepada semua untuk bertawakuf dan bermunajat serta memikir kembali apakah perbuatan, tindakan, kerja-kerja kita sebelum ini elok atau tidak. Maka gunalah masa ini untuk menjernihkan keadaan, menenangkan jiwa dan mensucikan seluruh jasad dan kalbu kita.

Percayalah dunia ini hanya sementara sahaja. Betapa kita hebat, punya ijazah berjela-jela hingga ke peringkat Phd, selalu menang, berjaya, berharta ia tidak akan membawa kita ke mana-mana pun. TV3, Utusan Malaysia, Berita Harian, Harakah atau pun Suara Keadilan hanya ada di dunia ini saja dan dibaca oleh makhluk di Malaysia saja. Di mahsyar besok kita akan didedahkan oleh media Rabul Jalil yang telus, bebas, adil dan benar ditulis dan dirakam oleh Rakib dan Atiq.

Di mahsyar nanti kita akan berjumpa dalam keadaan asal, realiti bertelanjangan. Nah, saat itulah nanti kita akan mengenali di antara satu sama lain dalam keadaan penuh originaliti. Cubalah bayangkan itu nescaya kita akan tenang dan selepas ini Melayu sesama Melayu (MSM) tidak akan saling khianat mengkhianti lagi.

Dalam hidup ini yang paling penting setelah kita mentakruhkan diri dengan Allah ialah kita membangunkan ummah. Untuk bangun ummah kita perlu saling bergandingan di antara satu sama lain. Ini tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan kepada kita sebenarnya. Bacalah ayat Quran dalam surah Ali Imran ayat: 103 bermaksud;

"Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya."

Kalau kita tidak melaksanakan amanah ini yang kita terima dan ikrar dengan Tuhan di alam luh mahfuz itu maka kita semua adalah pendusta, pengkhianat, zalim yang akhirnya membawa kita semua ke dalam Neraka. Apakah kita semua (Melayu) mahu bersorak sorai dalam Negara?

Dikesempatan ini saya mengucapkan terima kasih kepada perdana menteri Ha Najib Razak yang nampaknya menerima keputusan hakim dengan baik dan tidak pula terlampau mengambil kesempatan untuk menjual dirinya baik, demokratik dan langsung tidak mencampuri urusan penghakiman. [wm.kl.10:00 pm 03.01.12]

http://msomelayu.blogspot.com/2012/01/susupan-malam_11.html


Bloggers Penjilat Ini Disaman RM10 Juta..

Posted: 11 Jan 2012 06:05 AM PST

TANAH WAKAF, SURAU DAN PERKUBURAN TELAH DI CABUL OLEH UMNO BINA PEJABAT UMNO DAN KEMAS

Posted: 11 Jan 2012 04:10 AM PST

Kg.hutan kampong yg terletak 1 km dari bandar raya Alor Setar dan kg ini terletak di daerah mengundi dun Bukit Pinang ,Parlimen Pokok Sena, Kedahkita ingin menberi tahu kepada rakyat kedah amnya 1 malaysia, bahawa bangunan pejabat umno dan kemas ini berada di atas tapak wakaf dan di bawahnya juga ada perkuburan islam ,tanah ini sudah lama di bangkitkan oleh penduduk dan pihak masjid kg.hutan kampong, pihak ajk masjid sudah ketegahkan kepada pejabat agama negeri kedah tetapi masa pemerintahan umno, surat sebegini tidak di hiraukan atau tidak di layang di sebabkan pihak pemerintah umno akan masuk campur hal-hal agama yg boleh merugikan umno,contohnya jika berlaku pegambilan tanah dan meruntuhkan bangunan mereka,surau ini sudah wujud sejak 100 tahun dahulu sama juga dengan kes surau solihiah kancut.

Kedua-dua surau ini sama nasib di bina semula oleh umno untuk kepentingan mereka, Ajk masjid telah memaklumkan kepada kedahkita yg surat dan gran yg telah di lampiran di sini telah pun di maklumkan kepada sejak dahulu lagi tetapi tidak ada jawapan, dan baru kini pihak pejabat agama telah memaklumkan kepada pihak masjid yg kedudukan sebenar tanah ini adalah tanah wakaf dan akan menyerah tanah ini kepada pihak masjid hutan kampong,Ajk masjid hutan kampong hanya menunggu tindakan susulan dari pejabat agama islam kedah.



Sendbord asal yang digunakan utk surau kg hutan kampong


Ini bangunan asal surau yang telah dipindah tempat oleh umno...

surat yg di keluarkan oleh masjid hutan kampong kepada pejabat agama kedah,
perkara :pembinaan Dewan UMNO di atas Tanah Wakaf di Lot 398 Hutan Kampong yang terdapat kubur di bawahnya...


pelan geran tanah yg asal bertulis di dalamnya tanah wakaf...


tanah yg berstatus tanah wakaf



mengapa umno tidak prihatin dan menyerah tanah wakaf ini kepada jabatan agama kedah sedangkan mereka tahu status tanah ini adalah tanah wakaf yang di atasnya ada tanah perkuburan islam,di mana letaknya keislaman umno, umno hanya fikir itu tanah wakaf mereka berkuasa tidak ada siapa yang boleh menghalang mereka mengambilnya dahulu sewaktu umno berkuasa.mana badan bertindak roboh surau seperti yg di lakukan di surau solihiah kancut...?/megapa badan bertindak ini diam ...??

Mengapa tidak berani bersuara kepada pemimpin2 umno yg umno telah melakukan dosa besar merampas tanah wakaf dan bina pejabat umno dan kemas di atas kubur......???jika mahu menegak kebenaran tanah wakaf harus la di teruskan seluruh negara yg badan bertindak ini menbela semua tanah-tanah wakaf dan surau yg di salah gunakan....?? kedah kita cabar badab berindak ini buat laporan polis dan menbuat demo kepada umno, mana pakida umno dan pekasa....??

http://www.kedahkita.com/2012/01/tanah-wakaf-asalnya-surau-di-salah-guna.html


Bapa Yang Tak Puas Hati..

Posted: 11 Jan 2012 01:55 AM PST

Bapa kepada pengadu kes liwat II, Azlan Mohd Lazim berkata beliau akan mempertimbangkan untuk mengambil tindakan sivil susulan keputusan Mahkamah Tinggi Isnin lalu yang memihak kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, buat masa ini beliau masih menunggu langkah yang akan diambil peguam negara -- sama ada akan merayu keputusan tersebut.

Peguam Negara juga masih belum menghubungi beliau berhubung tindakan itu, kata Azlan, 58, ketika ditanya pada sidang media hari ini.


Dalam pada itu, Azlan turut menyelar Majlis Peguam yang sebelum ini membuat saranan kepada Peguam Negara untuk tidak merayu kes berkenaan.

"Saya harap Peguam Negara tidak terpengaruh," katanya lagi yang menambah anggota keluarga itu juga menerima keputusan mahkamah dengan tenang.

Bagaimanapun, masih ramai yang masih bersimpati dengan Saiful dan juga keluarga beliau berhubung keputusan tidak bersalah itu.

"Tapi apa boleh buat itu keputusan mahkamah," katanya lagi pada sidang media di kediamannya di Petaling Jaya.

saiful bukhari azlan images 300608 01"Sebagai bapa saya akan terus bersama anak saya untuk dapatkan keadilan,

Katanya lagi, Mohd Saiful Bukhari, 26, kini berada di dalam negara dan bekerja di Kuala Lumpur.

Ditanya lanjut, Azlan berkata anaknya itu juga kini masih belum berkahwin.


Tiada ulasan: