WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- Umno- Bn DIAMBANG KIAMAT
- Tuan Ibrahim: Hasan Ali Bukan Lagi Ahli PAS
- Lynas akan bina tapak pembuangan sisa nadir bumi di Pahang
- Homoseksual: Jangan terpengaruh dakyah dan fitnah jahat media UMNO
- Pameran Kartun Zunar di London pada Februari 2012
Posted: 17 Jan 2012 05:15 AM PST KOMENTAR Tahun 2012 telah diberikan pelbagai gambaran tragis termasuk terjadinya bencana besar, kekacauan, keruntuhan kerajaan dan peperangan diseluruh dunia yang merintis kepada berlakunya Kiamat. Tahun 2012 juga akan melibatkan banyak peristiwa besar termasuk kejatuhan ekonomi dunia melibatkan kuasa-kuasa besar dunia seperti Amerika, Eropah, China dan Jepun. Sebagai umat Islam, urusan hari kiamat hanya ada dalam perbendaharaan Allah dan bukan dalam tanggapan hamba Allah. Manusia hanya di beri hak untuk merancang, mengkaji dan menghujah. Manakala menurut ahli tasawuf pula pengertian kiamat tersebut boleh di rungkai dalam pelbagai keadaan seperti bencana, kecewa, penyakit, kemalangan dan sebaginya. Berdasarkan kepada hak merancang, mengkaji dan berhujah yang diberikan Allah kepada manusia tersebut kemungkinan gambaran tersebut ada kebenarannya. Keruntuhan kerajaan pimpinan Hosni Mubarak selepas 30 tahun menguasai mesir, terbunuhnya pemimpin Libya, Muhammar Gaddafi setelah lebih 36 tahun memerintah dan runtuhnya LDP setelah menguasai kerajaan Jepun selama 40 tahun adalah antara deretan keruntuhan kerajaan yang dicatatkan oleh sejarah dunia. Di Malaysia, Umno telah menguasai kerajaan selama 54 tahun. Pelbagai kezaliman, rasuah, salah guna kuasa, sogokan, politik wang, pembaziran wang rakyat, fitnah, lucah, ketirisan, kronisme, nepotisme dan pemborosan, semuanya telah sinonim dengan pemimpin-pemimpin Umno. Ikon-ikon tersebut tidak akan diberikan lebel sedemikian sekiranya tidak ada kebenarannya.Bak pepatah, masakan pokok bergoyang kalau tiada angin. Malah kecelikan rakyat berhubung sumber maklumat memperteguhkan lagi bahawa Umno semakin tersisih ekoran penolakan rakyat. Kesimpulannya pemimpin Umno sendiri menyedari bahawa pilihanraya Umum (PRU) akan datang Umno/BN sedang berhadapan dengan detik paling getir dalam sejarah. Pilihanraya Paling Getir Pengerusi pilihnraya BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui bahawa pilihanraya kali ini adalah amat getir bagi Umno/BN. Begitu juga dengan kenyataan beberapa menteri kabinet serta pemimpin-pemimpin BN lain yang melihat kesukaran BN untuk menang. Maklumat dari kenyataan tersebut mungkin datangnya dari risikan polis dibawah cawangan politik yang sememangnya wujud di Bukit Aman bagi mendapatkan maklumat berhubung sokongan rakyat terhadap kerajaan. Pengunduran Dr Mahathir ekoran penyerahan kuasa kepada Abdullah Badawi juga dipercayai dari maklumat risikan pihak polis. Bagi Perdana Menteri , Datuk Seri Najib Razak pula dilema untuk menetapkan tarikh PRU-13 merupakan suatu keputusan yang amat berat. Isu-isu berhubung pelbagai penyelewengan wang rakyat seperti isu NFC, PKFZ, isu ekonomi yang mencengkam rakyat selain masalah dalaman Umno/BN yang kucar kacir tidak memihak kepada BN untuk meraih sokongan rakyat. Begitu juga berhubung isu calon-calon yang masih belum mencapai penyelesaian. Calon Tikam Belakang Kebimbangan Najib berhubung calon yang akan menikam dari belakang sekiranya tidak terpilih masih menjadi keutamaan yang belum di selesaikan. Isu calon menikam dari belakang dan memberi sokongan kepada pembangkang sememangnya banyak berlaku ketika PRU 2008 lalu. Ini disebabkan bagi Umno, sesiapa yang dipilih menjadi ketua bahagian atau calon bererti akan memperolehi kekayaan dan kuasa. Budaya ini telah lama berkembang dalam Umno/BN sejak 54 tahun mencapai kemerdekaan lagi. Manakala calon yang tidak terpilih akan dianggap sebagai calon yang gagal dan tersisih. Selain hilang kuasa dan mendapat malu calon serta pengikutnya juga akan terpinggir dari mendapat sebarang projek dan kontrak. Isu pergaduhan ketika pemilihan di perhimpunan Agong Umno bukan perkara baru. Sengketa antara puak-puak dari pimpinan tertinggi hingga kepada Umno Bahagian telah menjadi budaya yang tidak lagi boleh disembunyikan lagi. Ini termasuk team Muhyiddin dan team Najib sendiri. Najib Yang Lemah Ahli Falsafah Yunani, Plato berkata kelemahan seseorang terletak pada keputusan dan tindakan yang diambil bukan berdasarkan apa yang dicakapkan. Najib pula adalah pemimpin yang terlalu banyak melaung untuk menjayakan tranformasinya dan bersikap 'flip-flop' bila melibatkan tuntutan rakyat sebagimana BERSIH 2.0. Isu yang membabitkan seorang menteri kabinet beliau berhubung skandal NFC memperjelaskan betapa Najib begitu lemah dan membuat keputusan dan tindakan. Di pihak parti pembangkang, tindakan Najib mempertahankan Shahrizat Jalil merupakan kondisi yang amat menyenangkan. Ini disebabkan isu ini terus menjadi bahan kempen berpanjangan yang menyegarkan. Najib mungkin merasakan tindakan beliau membiarkan isu yang membabitkan keluarga Shahrizat itu sebagai tekanan untuk Ketua Wanita Umno tersebut melepas jawatan secara sukarela. Sebelum ini ramai dikalangan pemimpin Umno termasuk Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (Dr M) menggesa Najib bertindak menghukum Shahrizat namun Najib masih membisu. Manakala kem-kem di dalam Umno juga telah wujud gerakan yang meletakkan kelemahan Najib sebagai asas untuk melobi ahli-ahli Umno menentang beliau. Tindakan Najib yang juga Presiden Umno yang enggan mengadakan pemilihan ketika perwakilan Umno bersidang dalam beberapa perhimpunan Agung parti itu perjelaskan lagi kebimbangan Najib berhubung perpecahan dalaman parti yang dipimpin beliau. Najib di kuasai Dr M Ramai dikalangan pemimpin Umno/BN sendiri menyedari bahawa Dr M masih bertaring di era Najib. Dan Najib pula bukan seorang berani. Beliau tiba dipuncak sekarang bukan disebabkan oleh ketokohan beliau tetapi lebih kepada sikap 'play safe' beliau selama ini. Najib juga menyedari kejatuhan Tun Abdullah disebabkan oleh gerakan yang dilakukan oleh Dr M dan Muhyiddin yang mengkritik Abdullah secara terbuka ekoran kekalahan teruk BN dalam PRU 12 lalu. Najib kemudiannya memberikan kerusi Timbalan Menteri kepada anak Dr M (Mukhriz). Dan kemudiannya Dr M mengucapkan terima kasih kepada Najib kerana memberi jawatan tersebut kepada anaknya. Sejak itu setiap tindakan Najib sentiasa dibayangi oleh Dr M. Najib pula akan meminta pihak media mendapatkan kenyataan dari Dr M berhubung sesuatu yang akan dibuat supaya tidak mendapat tentangan. Dr M Perlu Kuasai Najib Dalam Umno tidak ada orang yang paling dimarahi Dr M selain dari Abdullah Badawi. Hingga ke saat ini permusuhan dan saling serang menyerang masih antara mereka masih berlarutan Kemarahan Dr M bukan sekadar kekalahan teruk BN dalam PRU 2008 sahaja tetapi tindakan membebaskan Anwar dari Sungai Buluh menjadikan beliau tidak dapat memaafkan Abdullah. Membebaskan Anwar membuktikan Anwar tidak bersalah selain persepsi rakyat bahawa Anwar sengaja di aniaya oleh beliau. Abdullah dianggapnya cuba menjadi hero dengan memalukan beliau. Selain itu pembebasan Anwar juga menyebabkan pembangkang menjadi kuat kerana ketokohan Anwar sememangnya di geruni beliau sendiri. Dengan pembebasan Anwar tersebut telah memaksa beliau kembali aktif memantau Umno dari luar selain memberi cadangan dan jalan kepada kepimpinan Umno/BN sekarang. Dr M tahu, Anwar mempunyai banyak rahsia tentang kelemahan Umno dan rahsia diri dan keluarga beliau. Anwar juga tahu bagaimana Dr M menggunakan dana awam seperti KWSP dan Tabung Haji untuk membantu syarikat-syarikat anak beliau ketika krisis ekonomi 1998. Di Majlis Rapat Rakyat Perdana Di Alor Setar pada 14 Januari lalu, Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata setelah PR menguasai Putrajaya semua pemimpin negara akan disiasat. "Dr Mahathir tak boleh lari, Rosmah pun sama," kata beliau di hadapan lebih 50,000 hadirin di malam penutup konvensyen PR itu. Menurut Karpal lagi, walaupun kes tersebut telah lama berlaku namun tidak ada sebab untuk membolehkan kes itu dibuka semula untuk dibicarakan sekiranya perlu. Anwar dan Pakatan Rakyat Tekanan Najib paling hebat datangnya dari pembangkang yang di terajui Anwar Ibrahim. Selepas berjaya menguasai lima negeri Pakatan Rakyat (PR) dalam Pilihanraya Umum 2008 lalu gerakan PR dilihat lebih menyerlah berbanding BN. Walaupun propoganda media perdana hanya sekadar dapat memujuk diri sendiri namun hakikatnya Umno/BN sedang berada dalam situasi paling sukar. Ketika Konvensyen PR ke-3 di Alor Star baru-baru ini, Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim menyatakan beberapa negeri seperti Perak, Negeri Sembilan, Pahang dan Terengganu bakal jatuh ke tangan PR. Selain itu di beberapa negeri seperti Melaka dan Johor di semenanjung serta Sabah dan Sarawak akan mengalami lonjakan kerusi bagi membolehkan PR menguasai Putrajaya. Ketika PRU-10 pada 1999, ekoran isu pemecatan Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri, orang-orang melayu bangun dan menolak kepimpinan Umno/BN. Kesannya pembangkang menguasai 42 (PAS-27, DAP-10, ADIL(PKR)-5) kerusi parlimen. Bimbang dengan kebangkitan Rakyat tersebut, akhirnya Dr M terpaksa berundur setelah menerima maklumat dari jentera pilihanraya pusat dan pihak risikan polis. Susulan maklumat tersebut akhirnya beliau menyerahkan kuasa kepada Tun Abdullah. RM1.077 Trilion Keluar Negara Ketika berucap di Konvensyen PR ke-3 baru-baru ini, Pengerusi BERSIH 2.0 yang juga bekas Pengerusi Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan menyarankan supaya PR berusaha membawa balik pulang USD291 billion (RM1.07 trilion) wang negara yang telah dibawa keluar dalam beberapa bulan kebelakngan ini. Menurut Ambiga, usaha tersebut harus dilakukan sebagai tindakan terawal apabila PR berjaya menguasai Putrajaya kelak. Katanya wang tersebut merupakan aset negara paling berharga yang telah diseludup keluar melalui pelbagai cara. Berdasarkan kenyataan tersebut, jelas membuktikan bahawa terdapat segelintir rakyat yang berkepentingan telah dapat menghidu akan berlaku berubahan tompok pemerintahan negara selepas PRU akan datang. Setakat ini tiada laporan yang menyatakan siapakah individu yang terlibat dalam pengkhianat terhadap aset negara tersebut. Terpulanglah juga kepada pembaca untuk menafsirkan kedudukan kemudian. Setakat ini Najib tidak memberi sebarang reaksi berhubung isu tersebut walaupun pelbagai pihak termasuk PR cuba mengenengahkan isu tersebut untuk di tangani. Apa pun keadaannya, masanya akan tiba juga untuk menyaksikan kuasa rakyat akan meletakkan hakikat kebenaran. Kekalahan akan menjadikan Umno berada di ambang kiamat. Waktu telah terlewat untuk Umno/BN memperbaiki apa yang telah dirosakkan. Yang ada hanya jalur waktu untuk menunggu detik kiamat tersebut untuk dihakimi rakyat. | ||
Tuan Ibrahim: Hasan Ali Bukan Lagi Ahli PAS Posted: 17 Jan 2012 05:14 AM PST SHAH ALAM, 17 JAN : Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Hasan Ali yang di pecat 8 Januari bebas untuk membuat sebarang kenyataan dan tindakan peribadi memandangkan beliau bukan lagi menjadi ahli PAS. Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata Hasan tidak mempunyai halangan melancarkan siri ceramahnya ke seluruh negara bagi mendedahkan kononnya terdapat kumpulan 'parasit' dalam PAS. Beliau menyifatkan usaha tersebut sebagai satu tindakan pribadi kerana ia adalah diluar kawalan dan tanggungjawab parti. "Kita berlapang dada untuk Hasan meneruskan ceramahnya, kerana beliau bukan lagi ahli PAS dan tidak ada kena-mengena dengan kepimpinan PAS. "Terpulang kepada orang ramai untuk percaya atau tidak dengan dakwaannya itu, kita tidak boleh halang kerana jelas beliau bukan lagi Ahli PAS," katanya. Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim tidak menafikan hak Hasan Ali untuk membuat sebarang keputusan, dan pada masa sama perlembagaan PAS memperuntukkan ahli yang dipecat boleh merayu kepada Majlis Syura dalam tempoh 30 hari, namun terserah kepadanya untuk membuat keputusan. Hingga ke saat ini Hasan di dakwa tidak mengemukakan sebarang rayuan berhubung pemecatan beliau. Tarikh rayuan tersebut berakhir 7 Februari depan. Hasan pada sidang medianya semalam berkata, beliau akan mendedahkan kumpulan 'parasit' dalam PAS pada program ceramahnya ke seluruh negara, bermula dua minggu depan. Hasan mendakwa, kumpulan itu memainkan peranan memesongkan PAS dari perjuangan Islam. Hasan juga membayangkan, kumpulan berkenaan menduduki jawatan penting dalam parti dan antara lainnya mereka berjaya mengubah hala tuju PAS termasuk dalam isu pemecatan beliau daripada parti itu. Ketika dihubungi TVSelangor, Tuan Ibrahim berkata, tidak pernah wujud kumpulan 'parasit' dalam kepimpinan PAS seperti yang didakwa bekas Exco Hal Ehwal Islam negeri Selangor itu. Kenyataan Hasan tersebut juga dianggap tidak munasabah kerana sebarang keputusan parti perlu menerusi perbincangan dalam mesyuarat tertinggi. "Kita ada majlis syura yang akan menentukan dasar parti dan perkara yang besar pula akan diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat. "Jadi dakwaan yang mengatakan wujud kumpulan perosak itu antara punca beliau dipecat langsung tidak boleh diterima, kerana keputusan besar dalam parti adalah keputusan bersama bukannya keputusan antara kumpulan,"katanya. Dalam perkembangan sama, Tuan Ibrahim berkata keghairahan media arus perdana mengambil kesempatan dengan mendampingi bekas ahli pembangkang sudah diramal. Namun, bagi PAS, ia tidak menjejaskan perjalanan mereka untuk terus memberi fokus kepada pilihanraya yang bakal tiba tidak lama lagi. "Fenomena biasa, kalau beliau (Hasan) kritik PAS, media arus perdana akan membuat liputan, tidak ubah seperti apa yang berlaku kepada Zulkifli Nordin dan beberapa pemimpin lain ,"jelasnya. | ||
Lynas akan bina tapak pembuangan sisa nadir bumi di Pahang Posted: 17 Jan 2012 05:05 AM PST
Sesungghnya Lynas merancang untuk mengitar semula dan mengkomersialkan sisa radioaktif nadir bumi, namun seandainya sisa radioaktif ini gagal dikitar semula sepenuhnya, maka Lynas akan mendapatkan sebidang tanah di negeri Pahang untuk membina tapak pembuangan sisa radioaktif, diletakkan di bawah pengawalan institusi (institutional control) selama 300 tahun.
Menurut Lynas, penghitungan sekarang menganggarkan kos setinggi USD 25 juta, untuk pembinaan tapak pembuangan sisa radioaktif, pemeliharaan dan kos untuk merobohkan kilang selepas tamat operasinya. Dokumen permohonan lesen peringkat pengendalian sementara daripada syarikat Lynas (M) Sdn. Bhd. (Lynas) kepada Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB), iaitu Radioactive Waste Management Plan dan Safety Case For Radioactive Waste Disposal telah dipamerkan untuk mengutip pandangan umum di empat lokasi, dari 3 hingga 17 Januari 2012. *Chan Wei See ialah Ketua Pengarang MerdekaReview. Disunting dan diterjemah dari teks asal, yang disiarkan pada 5 Januari 2012. | ||
Homoseksual: Jangan terpengaruh dakyah dan fitnah jahat media UMNO Posted: 17 Jan 2012 04:56 AM PST Homoseksual: Jangan terpengaruh dakyah dan fitnah jahat media UMNO
Seusai pembebasan Anwar Ibrahim dari pertuduhan fitnah pada 9 Januari 2012 yang lalu, media yang dikongkong UMNO terus memintal fitnah baru demi menjejaskan wibawa beliau sebagai seorang muslim, rakyat Malaysia dan pemimpin Pakatan Rakyat. Beberapa hari kebelakangan ini, Anwar Ibrahim dilontar pula dengan tohmahan bahawa beliau mahu menghalalkan homoseksualiti (hubungan sejenis) di negara ini. | ||
Pameran Kartun Zunar di London pada Februari 2012 Posted: 17 Jan 2012 04:55 AM PST Pameran Kartun Zunar di London pada Februari 2012
Adalah diumumkan saya akan mengadakan pameran kartun-kartun politik di London pada bulan Februari depan bertemakan "To Fight Through Cartoon" (Berjuang Melalui Kartun) dan akan berlangsung selama sebulan di situ. *Zunar (gambar kiri) atau nama asalnya Zulkiflee Anwar Ulhaque ialah kartunis politik Malaysia. |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan