Selasa, 17 Januari 2012

GoMalaysian

GoMalaysian


Berani Sharizat Terima Cabaran Ini?

Posted: 17 Jan 2012 06:10 PM PST

Keluarga Shahrizat dicabar dedah penyata kad kredit

Malaysia kini

Kumpulan NGO mesra Pakatan Rakyat, Jingga 13 mencabar dan mendesak ahli keluarga Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Sharizat Jalil supaya tampil mendedahkan penyata penggunaan kad kredit mereka berjumlah  RM593,500 yang dikatakan dibiayai oleh syarikat projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC).

NONEKetua penyelarasnya, Fariz Musa (kiri) dalam satu kenyataan akhbar berkata pendedahan umum itu perlu kerana rakyat berhak mengetahui secara terperinci setiap pembelanjaan kad kredit itu yang didakwa digunakan untuk perbelanjaan syarikat kerana NFC mendapat dana pinjaman mudah RM250 juta dari kerajaan.

"Adakah benar sepertimana kenyataan Wan Shahinur Izmir Mohamad Salleh , Pengarah Eksukutif  NFC bahawa ia digunakan untuk tujuan perbelanjaan pengurusan 'lembu' atau NFC dan bukan digunakan untuk kepentingan peribadi atau berpoya-poya?" soalnya.

Sehubungan itu, katanya Jingga 13 tampil membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan sepertimana mengikut Akta 613 , Seksyen 406 atau 409 Kanun Keseksaan.

Isnin lalu, pengarah strategi PKR Rafizi Ramli, pada sidang akhbarnya mendedahkan empat ahli keluarga Shahrizat yang juga Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat membelanjakan hampir RM600,000 pada tahun 2009 dengan kad kredit yang wangnya dari dana NFC.

Menurut beliau, empat ahli keluarga Shahrizat yang memegang jawatan pengurusan dalam NFC telah menggunakan kad kredit yang bayarannya dituntut dari NFC bagi perbelanjaan antara RM122,402 dan RM182,525 setiap seorang.

azlanMereka adalah suami Shahrizat, Datuk Mohammad Salleh Ismail, iaitu pengerusi NFC, anak lelaki mereka yang berusia 31 tahun, Wan Shahinur Izmir (pengarah eksekutif), seorang lagi  anak mereka Wan Shahinur Izran yang berusia 27 (ketua pegawai eksekutif) dan anak perempuan mereka Wan Izzanah Fatimah (pengarah) yang berusia 25 tahun.

Justeru, kata Fariz, Jingga 13 mendesak agar pihak polis menyiasat secara terperinci setiap perbelanjaan dan penggunaan kad kredit oleh keseluruhan ahli keluarga menteri itu daripada setiap akaun sepertimana yang telah dibayar dengan menggunakan wang NFC.

"Jingga 13 benar-benar kesal dengan tindakan pihak berkuasa yang dilihat sehingga kini bersikap dwi-standard dalam mengambil tindakan secara adil dan profesional.

azlan"Ini  seolah-olah wujud undang-undang yang berbeza antara rakyat biasa dan menteri /pimpinan Umno  serta keluarga walaupun pelbagai laporan polis dan SPRM telah dibuat berkaitan skandal NFC yang melibatkan RM250 juta wang rakyat," katanya lagi.

Akibat diasak dengan pendedahan demi pendedahan dan desakan pelbagai pihak termasuk dari Umno supaya mengundurkan diri, Shahrizat minggu lalu mengambil keputusan untuk bercuti selama tiga minggu, manakala Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pula mengumumkan bahawa aset NFC dibekukan sementara menunggu siasatan oleh pihak berkuasa pelbagai termasuk di Suruhanjaya Malaysia Pencegah Rasuah (SPRM) dan polis.

http://m.malaysiakini.com/news/186887

Panas! Bekas Menteri UMNO Dakwa BN Beli Undi?

Posted: 17 Jan 2012 05:15 AM PST


Bekas menteri persekutuan daripada Umno hari ini mendakwa wang yang digunakan pada kempen pilihan raya lalu adalah untuk membeli undi, satu taktik yang dikenali sebagai "bom"...

Bekas menteri dakwa BN beli undi dengan wang tunai


The Malaysian Insider

PETALING JAYA, 17 Jan — Bekas menteri persekutuan daripada Umno hari ini mendakwa wang yang digunakan pada kempen pilihan raya lalu adalah untuk membeli undi, satu taktik yang dikenali sebagai "bom".

Tan Sri Datuk Abdul Kadir Sheikh Fadzir (gambar) berkata demikian dalam satu forum dengan menjelaskan mengalami pengalaman itu sendiri dengan memberi RM200 hingga RM1,000 dalam kempen pilihan raya Barisan Nasional (BN) untuk mendapat undi.

"Saya telah menjadi ketua dalam banyak kempen dan saya diberikan wang dalam jumlah yang banyak untuk diagihkan," kata bekas menteri penerangan dan pelancongan di Persidangan Perancangan Strategik Malaysia 2012 di sini.

"Ia secara terang-terangan untuk membeli undi."

Abdul Kadir berkata istilah yang digunakan untuk strategi itu adalah "bom".

Beliau menambah secara peribadi tidak pernah menggunakan wang itu.

James Chin, Ketua Sekolah Seni dan Sains Sosial, Monash University, Bandar Sunway, berkata strategi itu merupakan paling berkesan di Sabah dan Sarawak.

Semasa ucapannya, Abdul Kadir berkata semasa beliau masih memegang jawatan dalam Umno, beliau mahu mengingatkan mereka tentang "Amanah Merdeka" — yang bermaksud memberi rakyat hak untuk mempunyai pilihan raya bersih dan adil.

Beliau turut menggesa Umno agar tidak perlu takut untuk kalah sekiranya ikhlas dalam perjuangan.

"Jika anda kalah, terimanya; rakyat ubah kerajaan banyak kali di USA dan Australia," katanya.

[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!

"Saya adalah ahli Umno, saya tiada masalah jika kalah. Jika anda berada di sana untuk menggunakan jutaan ringgit untuk diri sendiri dan kroni anda atau jika saya mempunyai bilion ringgit dan saya akan ditangkap selepas saya kehilangan kuasa, maka saya akan gunakan semua tipu helah ini.

"Jika anda ikhlas, tiada apa yang perlu ditakutkan," tambahnya.

Beliau berkata untuk mempunyai pilihan raya bersih dan adil, perlu ada akses sama rata terhadap media, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan jabatan kerajaan mesti neutral.

"Anda perlu berikan mereka (pembangkang) kebebasan untuk mempunyai TV, radio dan akhbar," katanya. "Selama 50 tahun PAS telah meminta lesen akhbar tetapi tidak diberikan — kerajaan pembuli besar."

Beliau menambah semasa pilihan raya, BN tidak sepatutnya menggunakan Kementerian Penerangan, Felda, Felcra dan Unit Cawangan Khas (SB) serta agensi lain untuk membantu kempen mereka.

Abdul Kadir juga Timbalan Presiden Angkatan Amanah Merdeka dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Sazean.

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/bekas-menteri-dakwa-bn-beli-undi-dengan-wang-tunai/

Tiada ulasan: