WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- CUCI BN DENGAN SERBUK CUCI PAKATAN
- AMBIL CUTI UNTUK TENANGAN FIKIRAN...ATAU BERSIHKAN NAMA
- Mengapa saya pilih ungkapan "Mampus UMNO"?
- Fire in Bayan Lepas yesterday around 4pm
CUCI BN DENGAN SERBUK CUCI PAKATAN Posted: 12 Jan 2012 06:55 AM PST |
AMBIL CUTI UNTUK TENANGAN FIKIRAN...ATAU BERSIHKAN NAMA Posted: 12 Jan 2012 04:46 AM PST Setelah berbuih-buih asakan pendedahan, kutukan, caci maki ,malahan doa di panjangkankepada NFC dan kroni-kroninya, hari ini shahrizat tampil dengan dakwaan mahu mengambil cuti panjang agar SPRM dapat menyiasat sama ada beliau terlibat atau tidak..wah!!! seronok dengar bunyinya perkataan ini dan yang nak menyiasatnya pulak aduhai SPRm yang memang terenal dengan dakwaan timbal balik.lepas dakwa bagi polis, lepas polis siasat , bagi semula kepada SPRM...memang nampak drama siasatan ini macam drama main bola sepak dan pengulas yang memainan peranan mensensasikan permainan bola di padang lagaknya .Aku tak kisah kalau selama pendedahan ini menunjukkan bukti siapa bersalah dan jelas sekali ianya memang bersalah, walau belum masuk mahkamah lagi pun...kalau benar-benar telus ..dah lama ditangkap dan disiasat..sebagaimana dakwaan yang berlaku kepada ketua Pembangkang..ditahan di siasat dilondeh dan dimalukan. Gamaknya lah..kalau begitu dilakukan kepada mereka-mereka ini..mahu saja pengsan didalam lokap.Dengan bukti jelas,dengan tuduhan yang dibuktikan harta yang dimiliki , masih lagi nak siasat? sebenarnya..begini apabila disiasat...nampaknya tidak ada kaitan langsung sebab yang mengendalikan projek NFC bukan aku, tetapi suami aku..dan aku langsung tak terlibat walau sebiji biji sawi sekali pun. kita cuba lihat aan drama ini berterusan dan bagaimana ianya akan dibersihkan dalam jangkamasa yang terdekat ini.Bagi pendengar dan pengikut setia drama bersiri ini kita akan tahu kesudahannya laksana cerita dongeng purbaala apabila hero sudah tentunya akan menang dan menjadi raja....bagi shahrizat...anda pastinya akan dibersihan. Shahrizat ambil cuti, minta SPRM siasat terlibat NFC atau tidak January 12, 2012 KUALA LUMPUR, 12 Jan — Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil memohon cuti rehat selama tiga minggu kepada perdana menteri supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dapat menyiasat sejauh mana kebenaran dakwaan penglibatan dirinya dalam skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC). Dalam kenyataan yang dikeluarkan Ketua Wanita Umno berkenaan hari ini, Shahrizat (gambar) membuat permohonan untuk bercuti rehat sebagai menteri bermula 13 Januari ini. "Saya ingin memaklumkan bahawa saya telah memohon bercuti rehat daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, selama tiga minggu bermula 13 Januari 2012 daripada menjalankan tugas sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat," katanya dalam kenyataan tersebut. Kenyataan dua perenggan tersebut turut menyatakan Shahrizat berharap SPRM dapat menjalankan siasatan sama ada dirinya terlibat atau tidak dalam skandal NFC seperti yang didakwa sesetengah pihak. "Saya berharap pihak SPRM akan dapat menjalankan siasatan sama ada saya terlibat atau tidak di dalam apa-apa keputusan yang dibuat oleh Kerajaan mengenai National Feedlot Corporation (NFC) di mana suami saya Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail memegang jawatan sebagai Pengerusi Eksekutif," tambahnya. PKR berterusan mendedahkan bukti-bukti dan pendedahan penyelewengan terhadap NFC, dan yang terbaru, mereka mendakwa terdapatnya cubaan merasuah pegawai penyiasat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) daripada seorang individu dalam NFC dengan menggunakan khidmat orang tengah. Pendedahan yang dibuat oleh Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini, mendedahkan emel salah seorang ahli Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah SPRM, yang menyatakan terdapatnya cubaan merasuah polis oleh individu berkenaan dengan menggunakan khidmat orang tengah. Rafizi turut mendakwa terdapatnya cubaan untuk mengambil alih syarikat National Meat and Livestock Corporation (NLFC) oleh Pusat Fidlot Nasional (NFC) dalam satu Mesyuarat Agung Luarbiasa (EGM) dengan mengeluarkan notis singkat untuk membuat keputusan. Polis sebelum ini mengesahkan kertas siasatan NFC sudah 80 peratus siap sebelum diserahkan kepada Peguam Negara. Selain itu, Datuk Shamsubahrain Ismail telah dituduh menipu Pengerusi NFC Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail sebanyak RM1.76 juta sebagai bayaran rundingan untuk mendapatkan perkhidmatan penasihat. Shamsubahrin didakwa dengan dua tuduhan menipu di bawah seksyen 420 Kanun Jenayah. Jika sabit kesalahan Shamsubahrain boleh dijatuhkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan. Bagaimanapun, dia mengaku tidak bersalah di atas kedua-dua pertuduhan tersebut. Skandal NFC mula tercetus apabila Laporan Ketua Audit Negara menyatakan terdapat kecelaruan dalam projek ternakan lembu yang menelan kos RM250 juta itu. PKR kemudiannya mengemukakan bukti-bukti penyelewengan termasuk pembelian dua unit kondominium di Bangsar, pembelian kereta Mercedes-Benz CLS350 berharga RM534,622 dan dua lot tanah di Precinct 10, Putrajaya dengan nilai RM3,363,507. PKR turut mendakwa sejumlah RM10 juta telah dipindahkan ke Singapura untuk pembelian kondominium mewah untuk keluarganya. Shahrizat cuba mengalih perhatian terhadapnya dengan menyatakan dakwaan dia hanya isteri kepada Pengerusi NFC, dan tidak mempunyai sebarang kaitan terhadap skandal tersebut. Shahrizat bukan sahaja menerima desakan meletak jawatan daripada pembangkang, malah turut menerima desakan daripada rakan-rakan dalam Barisan Nasional (BN) termasuk bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. |
Mengapa saya pilih ungkapan "Mampus UMNO"? Posted: 12 Jan 2012 04:37 AM PST Mengapa saya pilih ungkapan "Mampus UMNO"?
Sekadar Perkongsian. |
Fire in Bayan Lepas yesterday around 4pm Posted: 12 Jan 2012 01:36 AM PST Bayan Lepas: Satu Kebakaran yang melibatkan 2 buah rumah telah berlaku di Kampung Perlis, Padang Assam, Bayan Lepas semalam 11 Januari 2012. Api mula merebak mulai 4petang. Pihak bomba Berjaya memadamkan api pada lebih kurang 30 kemudian tetapi kedua-dua rumah tersebut hangus dalam kebakaran. Tiada insiden kecederaan berlaku, tetapi rumah habis dibakar. Pihak bomba menghantar 10 orang anggota membantu memadam api. Sebanyak 3 buah bomba sukarela juga melibtkan diri dalam operasi. Seramai 14 mangsa terlibat, 4 orang dewasa dan 10 kanak-kanak. Difahamkan seorang wanita tua dihantar hospital kerana ketakutan (belum confirm). Mereka sekarang ditempatkan di kediaman sementara. Mangsa Lim Chai Guan (0124569072) berkata, api mula merebak lebih kurang 4 petang. Dia mempunyai 6 anak dan kesemua barang persekolahan telah hangus. Seorang mangsa lagi En Koh Ah Bah (0164388328) berkata isterinya mengalami kekejutan. Ketua Cabang Parti KEADILAN Bayan Baru YB Sim Tze Tzin bersama dengan Penyelaras DUN Bayan Lepas Cikgu Hasnah tiba di tempat kejadian kira-kira 4.45 petang. Mereka telah memberi sumbangan pendahuluan daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang. ADUN Pantai Jerejak YB Sim berkata, Kerajaan Negeri akan memperuntukan RM1000 setiap keluarga dari Tabung TYT sebagai bantuan pendahuluan. Beliau dan juga YB Malik akan memperuntukan RM800 daripada peruntukan KADUN untuk setiap rumah. Manakala Cikgu Asnah juga memperuntukan RM100 dana JKKK untuk membantu mangsa kebakaran. Pihak Jabatan Kebajikan juga akan memperuntukan RM500 untuk setiap keluarga. Dijangka akhirnya setiap keluarga akan mendapat RM6400 selepas segala penilaian oleh Pihak kerajaan negeri. YB Sim juga akan membincangkan masalah perumahan dengan pihak pemaju tanah berkenaan jika perlu. 岜六拜11日讯:汕仔头村今天下午发生祸患。 灾民林财源(0124569072) 公正党岜央岜鲁区主席沈志勤州议员第一时间赶到现场,
Sim Tze Tzin ADUN Pantai Jerejak State Assemblyman of Penang 12-J-2 Jalan Rumbia 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang Tel: +6019 472 8099 Fax: 04-2260633 Website: www.pantaijerejak.com Blog: www.simformalaysia.com www.facebook.com/simtzetzin twitter: @simtzetzin |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan