Khamis, 12 Januari 2012

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Akhbar Cina dan PAS

Posted: 12 Jan 2012 05:51 PM PST

Seandainya dibandingkan dengan media arus perdana Melayu, akhbar Cina sememangnya lebih bersikap terbuka dan bebas dalam memuatkan berita-berita politik, malangnya orang Melayu tidak dapat menikmati ciri-ciri ini dalam suratkhabar arus perdana seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian.  Keadaan malang ini bagi suratkhabar Melayu diburukkan dengan kata-kata sinis secara sindiran oleh mereka yang kecewa sikap pengaruh politik yang begitu jelas dalam UM dan BH sehingga mendapat jolokan Utusan Meloya dan Berita Hairan.

Saya difahamkan, secara tradisinya masyarakat Cina amat mendahagakan dan menghargai ruang kebebasan bersuara.  Maka tidak hairanlah apabila satu ketika dahulu apabila syarikat besar Huaren, satu sayap perniagaan parti MCA cuba ambil alih penguasaan syarikat Nanyang, tindakan itu dikecam hebat oleh masyarakat Cina, malah edaran Nanyang menurun kerana bantahan pembaca yang mula hilang kepercayaan dengan hilangnya kebebasan akhbar yang cuba diragut oleh cengkaman politik MCA.  Budaya ini telah memberikan tamparan di pipi yang kuat kepada UM dan BH yang sebaliknya berbudayakan penguasaan politik untuk hidup.  Akibatnya, penafian mendapat pemberitaan yang adil dan bebas dalam masyarakat Melayu, telah menelurkan satu aliran pemikiran satu hala dan sukar membuat penilaian yang adil dalam situasi politik tertentu.
Read More / Baca Lagi >>

Ulama larang Salman Rushdie masuk India

Posted: 12 Jan 2012 05:38 PM PST



DEOBAND - Para ulama India meminta kerajaan melarang penulis Inggeris kelahiran India memasuki India, Salman Rushdie, dengan alasan dia telah melukai perasaan umat Islam.
"Rushdie telah melukai perasaan umat Islam dengan menerbitkan novel The Satanic Verses pada 1988 yang mengandungi fitnah," ujar seorang ulama dari perguruan Islam terkenal Darul Uloom Deoband.
Beliau menyeru kepada kerajaan India untuk menarik balik visa Rushdie dengan alasan, "orang yang tulisan fitnahnya telah menyakiti perasaan umat Islam di seluruh dunia tidak boleh menjejakkan kaki di wilayah India."
Read More / Baca Lagi >>

Iran desak PBB kutuk pembunuhan saintis nuklear

Posted: 12 Jan 2012 05:37 PM PST


TEHRAN - Kerajaan Iran mendesak Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-Moon agar  mengutuk tindakan pembunuhan seorang saintis nuklear Iran yang mana dikeretanya dipasangkan bom, meletup.
"Pembunuhan saintis itu sangat kejam, tidak berperikemanusiaan dan sebahagian daripada aksi keganasan."
Seperti dilaporkan, Duta Besar Iran untuk PBB, Mohammad Khazaee meminta Ki-Moon dan 15 negara anggota PBB untuk mengutuk tindakan pengganas yang menimpa  saintisnya dan mendesak PBB mengambil langkah berkesan terhadap penghapusan keganasan dalam segala bentuk dan manifestasinya.
Read More / Baca Lagi >>

Al Quran terbesar Dunia Di Kabul

Posted: 12 Jan 2012 05:34 PM PST

Semalam berita depressing pejuang Taliban dikencing oleh Askar Murrikah. Hari ini sempena hari jumaat yang mulia kita lihat dan dengar berita tidak depressing for a change. Sebuah Al Quran gergasi dipertontonkan kepada umum dan ianya disahkan Quran terbesar didunia. Al Quran ini sebesar 228 cm x 155 cm. Ianya ditulis secara manual oleh 9 orang ahli kaligrafi selama 5 tahun bermula dari 2004 - 2009. Setiap juzu' diberikan rekaan yang berbeza dan secara keseluruhan Al Quran ini mempunyai 218 muka surat.

Read More / Baca Lagi >>

UiTM Diarah Bayar Ganti Rugi Lebih RM250,000 Kepada Bekas Pelajar.

Posted: 12 Jan 2012 05:32 PM PST

Shah Alam, 12 Jan : Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam memerintahkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) membayar lebih RM250,000 kepada bekas pelajarnya yang cedera teruk akibat terjatuh di premis institusi itu, lima tahun lalu.
Hakim Datuk Hinshawati Shariff membuat keputusan itu selepas membenarkan tuntutan seorang Eksekutif Bank, Nur Fairuzah Amat @ Saini terhadap UiTM, dengan kos.
Beliau mengarahkan UiTM membayar ganti rugi RM254,058.99 kepada plaintif termasuk ganti rugi istimewa RM24,058.99; ganti rugi am dan kos pembedahan pada masa depan (RM70,000); ganti rugi untuk penderitaan serta kehilangan upaya serta ganti rugi kerana kehilangan keupayaan mendapat lebih tiga anak berikutan kejadian itu.
Nur Fairuzah, 30, yang memfailkan tuntutan pada 2008, menyatakan beliau pelajar sepenuh masa di kampus defendan dan mengikuti kursus di peringkat ijazah dalam bidang perakaunan dari 2003 hingga 2005.
Read More / Baca Lagi >>

DPPM: Isu zakat - asnaf atau pinjam?

Posted: 12 Jan 2012 05:31 PM PST

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) melihat penjelasan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Datuk Che Mat Che Ali yang merujuk kepada kenyataan mufti Datuk Wan Zahidi Wan Teh bahawa penggunaan wang zakat untuk kes guaman dibolehkan demi mempertahankan kedaulatan Islam, sebagai "amat pelik dan mengelirukan".

"DPPM merasa kesal kerana Datuk Che Ali Che Mat begitu mudah menghalalkan penggunaan wang zakat oleh Datuk Seri Jamil Khir dan MAIWP (Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan) dengan alasan 'mempertahankan kedaulatan Islam'," kata ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor.
Read More / Baca Lagi >>

Tuhanku! Apakah daku telah kembali kepadamu?

Posted: 12 Jan 2012 05:28 PM PST

Kita sering mendengar cerita orang itu dan orang ini kembali kepada Islam. Cerita orang tertentu 'kembali kepada Islam' kadangkala boleh dikomersialkan, terutama apabila dia ternama atau selebriti. Mungkin majlisnya bertambah meriah. Bayaran bertambah tinggi. Sorak sorai makin menghilai. Tepukan makin gemuruh.

Kita wajar bertanya: "Apakah maksud seseorang kembali kepada Allah? Ini satu persoalan yang kelihatan mudah tetapi kadangkala bukan senang untuk benar-benar mengerti hakikatnya. Apabila lambang-lambang agama itu boleh menghasilkan kepentingan dunia, maka soalan ini makin sukar dijawab. Ramai orang yang ingin menggunakan agama bukan kerana dia mencari Tuhan, tetapi kerana agama boleh menjadi jambatan meraih banyak kepentingan duniawi dalam kehidupan ini.
Read More / Baca Lagi >>

Sayang Sarawak, banyak sungainya tiada jambatan…

Posted: 12 Jan 2012 05:23 PM PST

Oleh Asi Dani

Bulan lalu, aku yang dalam perjalanan ke Kota Kinabalu, sempat singgah di Kuching, gara-gara jemputan seorang teman. Mengikut perubahan jadual perjalanan, maka dari bandar Kuching aku akan bertolak ke KK. Tiket asal yang ku beli pada awalnya, lebur begitu sahaja.
Tak mengapalah, ini jemputan istimewa dari seorang rakan baik, aku gelarkan namanya di sini sebagai Z.
"Asi, jom follow aku, kita ronda Kuching," pantas dia mengajak sebaik aku memijak kaki ke ibu negeri Sarawak ini.
"Ke mana? Bandar?" soal aku.
"Buat apa ronda bandar, sama je dengan mana-mana tempat pun. Kita ke pinggir bandar dulu, ambil angin," Z menjelaskan.
Read More / Baca Lagi >>

Adam dapat cuti panjang

Posted: 12 Jan 2012 05:22 PM PST

Oleh Izmil Amri

12 JANUARI – Demonstrasi, perihalnya simbolik dan penuh perlambangan. Justeru kita dapati ada aksi-aksi protes seperti bakar patung, rantai diri, meniarap di jalan raya dan segala yang sewaktu dengannya mempunyai tujuan yang sama, iaitu untuk menarik perhatian dan menyatakan protes kepada anasir yang bertingkah dengan demonstrasi itu.
Hatta kalau ditelanjangkan konsep flash mob yang begitu digilai sekarang pun, manhajnya tetap serupa: tarik perhatian, tingkatkan kesedaran dan sampaikan mesej. Wujudnya kelompok sosial yang berhimpun untuk menyatakan sesuatu pendirian adalah akar prinsip demokrasi.
Memahami makna demonstrasi
Read More / Baca Lagi >>

Akhirnya Ibrahim Ali Mengaku Dirinya Bacul?

Posted: 12 Jan 2012 05:11 PM PST

Oleh: MaZaShah

" Masihkah kita ingat tanggal 907? Dimana ribuan rakyat Malaysia 'bertekad' untuk turun ke jalan-jalan bagi menyatakan amarah mereka? Rakyat menuntut pilihanraya bersih dan adil. Ingatkah kita, pada hari tersebut juga PERKASA dan Presidennya bertekad untuk sama turun ke jalanraya. Tetapi agenda mereka berbeza. Kononnya mereka turun ingin mempertahankan keamaanan negara. Mungkin Ibrahim Ali tidak reti membezakan perhimpunan aman dan rusuhan.

 Rakyat tidak gentar dengan ugutan, lagi tekan lagi LAWAN!
Read More / Baca Lagi >>

Pelatih PLKN yang kegemukan perlu modul khas

Posted: 12 Jan 2012 05:10 PM PST

Oleh: amkns

"Sebelum ini dilaporkan 8 peratus pelatih PLKN terdiri daripada mereka yang buta huruf. Kini terdapat pula pelatih-pelatih PLKN yang menghadapi masalah obesiti atau kegemukan sehinggakan perlu diadakan modul khas untuk pelatih PLKN yang mempunyai masalah kegemukan serta modul khas lain pula untuk pelatih PLKN yang buta huruf.



Bukankah ini semua akan membantutkan usaha untuk mencapai objektif PLKN yang hanya diberi masa 3 bulan untuk latihan PLKN? Kenapa tidak diadakan tapisan atau ujian kecerdasan otak, ujian membaca dan menulis serta ujian fizikal sebelum para pelatih PLKN ini tersenarai secara rawak sebagai pelatih PLKN?
Read More / Baca Lagi >>

Thank you, Dr M: From a billion ringgit tin mining industry to a beansprouts-chicken city

Posted: 12 Jan 2012 05:08 PM PST

Thank you, Dr M: From a billion ringgit tin mining industry to a beansprouts-chicken cityThe last time I met a friend who was born after the "Tin-bust", I asked him in jest, "Do you know what Ipoh's famous for?"
He gave me a blank look. Anyway, not wasting any time, I told him,"Tin Industry." "If there is no tin, Ipoh wouldn't be here. It would be just another Orang Asli settlement. He squinted his eyes and responded, "Are you sure? I thought it was Ngar-Choy-Kai."
Thanks to Barisan Nasional for single-handedly transforming Ipoh from a rich and bustling Tin-City to a Ngar-Choy-Kai (Bean-Sprout with Chicken) industry. Ipoh never recovered from this fatal stroke of incompetence and greed to corner the World Tin Market. As a result of this, the once vibrant Tin Industry was totally wiped out.
Dr M leapt at the chance to gamble
Read More / Baca Lagi >>

Al-Kisah Letupan Bom 901 Di Jalan Duta

Posted: 12 Jan 2012 05:00 PM PST



Bismillahirrahmanirrahim.

Pra-901
Malam itu, selepas menghadiri 'road tour' terakhir DS Anwar Ibrahim (DSAI) di Padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, kami terus ke sebuah restoran masakan tomyam di Jalan Raja Laut. Hanya sekitar jam 1.20 pagi baru kami ke Jalan Duta untuk melihat keadaan perkarangan mahkamah pada malam tersebut. Apa yang kami nampak, parking luar Masjid Wilayah telah penuh dengan kereta. Ada yang parking disitu dan tidur di dalam masjid dan ada juga yang tidur di dalam kereta masing-masing. Tujuan mereka datang awal ke tempat perhimpunan adalah untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas pada pagi hari tersebut.

Read More / Baca Lagi >>

"Ni Mesti Sebab Tak Bayar Zakat..!"

Posted: 12 Jan 2012 04:57 PM PST

Oleh: al-bahanj

"Dikhabarkan bahawa ada sebuah keluarga ditimpa musibah iaitu dirompak dan menyebabkan berlakunya kerugian.  Seperti biasa orang-ramai akan terdorong untuk memberi respon apatah lagi berita itu dilaporkan di media.  Ada yang simpati lalu mengucapkan kata-kata yang mulia seperti mengajak beliau bersabar kerana ia adalah ujian daripada ALLAH.  Ada yang responnya negatif.  Antara yang biasa saya dengar ialah:

Read More / Baca Lagi >>

Hassan Ali: Ancaman Kepada Kerajaan Selangor

Posted: 12 Jan 2012 04:51 PM PST


PAKATAN RAKYAT tidak wajar menghentam Dato' Dr. Hassan Ali secara keterlaluan kerana ia tidak memberi keuntungan malah mungkin mengundang bahaya kepada parti.   Sebagai pemimpin kanan dan EXCO kerajaan negeri, Hassan Ali pasti menyimpan banyak maklumat dalaman dan sulit, kerajan negeri.
Kerajaan Selangor berhadapan dengan berbagai isu sejak mengambil alih kuasa pada 2008 dan kebanyakan isu yang timbul, pastinya akibat pendedahan orang dalam.   Maka, dengan sikap yang diambil oleh kerajaan negeri terhadap Hassan Ali, tidak mustahil lebih banyak maklumat akan terdedah selepas ini.
Read More / Baca Lagi >>

Tangguh dulu merayakan "kemenangan"!

Posted: 12 Jan 2012 04:49 PM PST


Oleh AHMAD LUTFI OTHMAN
Tidak ramai menduga keputusan kes pertuduhan liwat Anwar Ibrahim, 9 Januari lalu, akan berakhir dengan pembebasannya. Apa pun, yang pasti, kali ini semua orang yang tersalah jangka itu, terutama yang memenuhi kawasan lapang berhampiran mahkamah, langsung tidak kecewa sebaliknya mereka saling mengucapkan tahniah.

"Saya rasa beban berat yang terpikul sejak tiga setahun lalu itu terangkat ... sungguh lega, umpama dapat melunasi timbunan hutang," ujar seorang penyokong Anwar, dari Gombak, yang menelefon saya. Beliau masih dalam perjalanan ke mahkamah semasa berita pembebasan Anwar mula tersebar luas.
Read More / Baca Lagi >>

Saman Tengku Fakhry : Polis Di Arah Bela Diri

Posted: 12 Jan 2012 04:36 PM PST

Post Pic
KUALA LUMPUR, 12 JAN : Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengarahkan polis untuk menfailkan pembelaannya terhadap saman RM150 juta ringgit oleh Tengku Muhammad Fakhry Petra, adinda kepada Sultan Kelantan.

Dalam saman itu ,  ahli keluarga  diraja Kelantan itu mendakwa penahanan beliau oleh sekumpulan anggota polis pada Ogos 2009  dibuat secara salah dan mengaibkan.

Beliau menfailkan saman itu terhadap Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dan tiga lagi berhubung penahanannya yang didakwanya dibuat secara salah pada Ogos 2009.
Read More / Baca Lagi >>

Batal Pembebasan Anwar : Kerajaan Tidak Akan Campur Tangan , Kata TPM

Posted: 12 Jan 2012 04:34 PM PST

Post Pic
KUALA LUMPUR, 12 JAN : Kerajaan Persekutuan tidak akan campur tangan dalam sebarang rayuan yang dikemukan Mohd Saiful Bukhari Azlan supaya Pejabat Peguam Negara membantah pembebesan  Datuk Seri Anwar Ibrahim di atas tuduhan meliwat pemuda itu.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, terpulang kepada pendakwaraya samada mahu membuat rayuan terhadap keputusan mahkahmah membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan liwat Isnin lalu.
Read More / Baca Lagi >>

Karpal : Jangan Rayu Kes Anwar

Posted: 12 Jan 2012 04:33 PM PST

Post Pic
KUALA LUMPUR, 12 JAN : Peguam Anwar, Karpal Singh menyifatkan tindakan pendakwaraya mahu merayu keputusan mahkamah membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tidak tepat.
Karpal berkata, walaupun Peguam Negara Tan Sri Gani Patail berhak mengemukakan rayuan itu namun beliau harus mengambil kira kesan perbicaraan berkenaan keatas Anwar dan keluarganya.
"Perbicaraan Anwar telah berlarutan selama tiga tahun, keputusan hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah adalah berasaskan fakta dimana mahkamah rayuan  jarang campur tangan sekiranya rayuan dikemukakan," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Shahrizat bercuti bolehkan Putrajaya redakan kemelut NFC

Posted: 12 Jan 2012 03:55 PM PST


KUALA LUMPUR, 13 Jan — Keputusan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengambil cuti tiga minggu daripada tugas menteri bermula hari ini dilihat sebagai rancangan meredakan keadaan oleh Putrajaya buat Ketua Wanita Umno dan partinya ekoran penyelewengan dana kerajaan melalui syarikat penternakan yang dibiayai kerajaan, demikian menurut kenyataan satu sumber dalaman.
The Malaysian Insider difahamkan pentadbiran Najib merasakan itu adalah langkah terbaik dalam situasi sekarang walaupun sesetengah pihak beranggapan cutinya itu atas dasar rasa bersalah terhadap skandal projek Pusat Fidlot Nasional (NFC).
Turut berkemungkinan tindakan akan diambil terhadap suami dan anak-anaknya selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pihak polis selesai menjalankan siasatan terhadap projek bernilai RM250 juta yang memperolehi pinjaman mudah pada 2008.
Read More / Baca Lagi >>

Terima hakikat yang kita saling memerlukan di antara satu dengan lain.

Posted: 12 Jan 2012 03:50 PM PST

Sejak alam wujud, sejak wujudnya semua makhluk yang hidup, kita telah memahami apa yang dikatakan sebagai 'dependent origination'. Ia bermakna setiap makhluk itu adalah bergantung kepada satu dengan yang lain apatah lagi manusia itu dijadikan Tuhan berpuak-puak, berbangsa-bangsa dan dengan berbagai cara hidup dan budaya. Semuanya ini wujud untuk kita sesama manusia mengenali, memahami dan menghormati di antara satu dengan yang lain.

Di antara manusia dan haiwan juga ada elemen perlu memerlukan di antara satu dengan lain. Tiada haiwan tiada manusia dan makhluk yang lain. Di antara yang hidup seperti manusia dan pokok serta hutan belantara ada elemen perlu memerlukan di antara satu dengan yang lain. Kita memerlukan juga perkara-perkara yang tidak bernyawa seperti batu dan bata-bata serta yang lain-lain untuk kehidupan kita.
Read More / Baca Lagi >>

Protest over Indonesia alcohol law

Posted: 12 Jan 2012 03:47 PM PST

Syrian refugees struggle in Lebanon

Posted: 12 Jan 2012 03:47 PM PST

Secawan Teh - Akta Universiti & Kolej Universiti : AUKU

Posted: 12 Jan 2012 03:46 PM PST

Iran blames U.S./Israel for killing

Posted: 12 Jan 2012 03:44 PM PST

Tiada ulasan: