Selasa, 3 Januari 2012

Tukar Tiub

Tukar Tiub


SHAHRIZAT LEMBU DCENGAN LEMBU SHAHRIZAT

Posted: 03 Jan 2012 06:01 PM PST















SHAHRIZAT : HIMPUNAN JALANAN HANYA BAWA KEKECOHAN - meloya

Perhimpunan kempen "Bebaskan Anwar 901" pada Isnin ini, tidak wajar diadakan kerana ia akan membawa kepada kekecohan semata-mata, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Shahrizat Abdul Jalil.

"Jangan kerana hanya seorang (individu) sahaja, negara jadi huru-hara," katanya merujuk kepada perhimpunan haram itu yang dirancang pada hari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memberikan keputusannya mengenai perbicaraan kes liwat membabitkan Ketua Pembangkang i Anwar Ibrahim.

Shahrizat yang juga ketua pergerakan Wanita Umno berkata selain menyalahi undang-undang, perhimpunan haram itu juga boleh menimbulkan risiko terhadap keselamatan orang ramai, lapor Tiewnama.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit.... APA MINAH LEMBU INI CAKAP?..... kah kah kah..

kah kah kah... MINAH LEMBU INI CUBA NAK SUCIKAN DIRI.... kah kah kah...

woit.... BERSIHKAN LAAAA TAIK LEMBU DALAM KONDO TU..... kah kah kah..

kah kah kah...TAK PAYAH LAA HEBOH HAL UNDANG UNDANG....kah kah kah..

woit... PIHAK PENJARA DAH SEDIOAKAN KURSUS PILIHARAYA LEMBU...kah kah kah..


NOTA:
siapa tahu siapa suami minah lembu ini?
kah kah kah






NOTA:
sejarah negara bangsa
akan berterima kaseh
kepada kak ijat kerana
telah membuka kursus baru
untuk para banduan di penjara

kursus pemiliharaan lembu ini
adalah kerja politik kak ijat
kah kah kah


MENERUSKAN TRADISI PERJUANGAN MAKTAB PERGURIAN SULTAN IDRIS

Posted: 03 Jan 2012 05:57 PM PST




PENYAMBUNG SUARA RAKYAT






MAHSISWI DIPECAT BERTEKAD TERUS MENETAP DI ASRAMA - mkini

Seorang daripada pelajar yang disingkirkan daripada kolej kediaman Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berkata, beliau akan terus menetap di asrama berkenaan sehingga notis rasmi diberikan.

Siti Nurul Piteriah Abdul Halim (kiri), yang menyertai demonstrasi mahasiswa di luar UPSI di Tanjung Malim pada 1 Jan, berkata setakat ini beliau hanya diberikan notis lisan daripada rakan-rakan kolej, yang memetik pesanan "dari pihak atasan".

"Saya masih di kolej.

"Selagi tidak ada notis (rasmi), saya akan tetap tinggal di sana. Itu adalah hak saya," kata pelajar diploma kesusasteraan Melayu hari itu.

Menurut Siti Nurul, beliau dimaklumkan untuk mengosongkan asrama kediamnya berkuat kuasa serta-merta, jam 9.30 malam, selepas dia dibebaskan pada sebelah petang hari demonstrasi berkenaan.

NOTA:
syabas!
inilah sikap terbaru anak muda
inilah sikap berani
inilah anak muda yang melanggar auku

anak muda
dunia ini akhirnya milik kamu




NOTA:
upsi dulu mpsi
dulu sitc
penuh dengan gemilang sejarah perjuangan bangsa
kamulah di upsi
mewarisi tradisi itu
salut!



KENYATAAN RESMI PARTI KEADILAN RAKYAT

Posted: 03 Jan 2012 10:37 AM PST








GAGALKAN MUSLIHAT UMNO

Muslihat UMNO-BN Tidak Akan Menggelincirkan KEADILAN dan Pakatan Rakyat Dari Perjuangan Melaksanakan Perubahan.

Reformasi 98 tercetus apabila rakyat bangkit meluahkan rasa marah dan tidak puas hati mereka terhadap kezaliman UMNO. Berhadapan dengan krisis kewangan 97/98, pentadbiran Dr Mahathir mulai dipertikaikan rakyat. UMNO terburu – buru untuk menyelamatkan elit korporat dan kaum keluarga yang dekat dengan pemerintah. Menjadi halangan kepada cita cita mereka adalah Dato' Seri Anwar Ibrahim dan tuntutan rakyat. Mantan Menteri Kewangan yang kini Ketua Umum KEADILAN itu tuntas mahu menyelamatkan negara dan rakyat. Dato' Seri Anwar tidak bertolak ansur dengan hasrat menggunakan dana awam demi menyelamatkan kroni pemerintah. Maka sebagaimana yang dirakamkan oleh sejarah, Dato' Seri Anwar dihumban ke penjara dan diaibkan dengan fitnah melampau yang direkayasa UMNO.

Selepas meringkuk selama 6 tahun beliau pun dibebaskan. Bersama – sama pimpinan KEADILAN dan kerjasama PAS serta DAP maka kita berjaya mengecapi keputusan yang memberangsangkan pada tahun 2008. Sejarah pun tercipta. Permuafakatan Pakatan Rakyat kian hari semakin kukuh didasari cita-cita membangunkan Malaysia yang lebih gagah, A Mighty Malaysia. Menyedari rakyat Malaysia bersama-sama dengan Pakatan Rakyat, UMNO terus menganyam muslihat baru yang dicedok dari skrip usang. Sekali lagi DSAI ditohmah dengan fitnah keji. Makanya pada 9hb Januari 2012 adalah tarikh genting. Ianya bukan sahaja mengenai batang tubuh Dato' Seri Anwar dan keluarga beliau. Akan tetapi keputusan mahkamah pada hari itu pastinya melibatkan rakyat Malaysia keseluruhannya.

Adalah jelas kes ini bermotifkan politik dan berniat jahat. Pimpinan UMNO-BN mahu memastikan Dato' Seri Anwar Ibrahim tidak menjadi Perdana Menteri seperti yang dipersetujui Permuafakatan Pakatan Rakyat.

UMNO menyangka rekayasa jelik itu akan memecah-belah dan menjejaskan usaha Pakatan Rakyat dari memenangi Pilihanraya Umum ke 13 nanti. Akan tetapi itu merupakan angan-angan mereka semata-mata. Kami bertegas muslihat ini tidak akan menggelincirkan Pakatan Rakyat dari tekad untuk menubuhkan kerajaan persekutuan. Peringatan keras untuk UMNO, apa pun konspirasi untuk memenjarakan Dato' Seri Anwar Ibrahim, kami pasti akan bangkit meruntuhkan tembok kezaliman. Pakatan Rakyat telah sepakat bahawa Dato' Seri Anwar Ibrahim adalah Perdana Menteri Malaysia yang ke 7.

Walau apapun keputusan pada 9hb Januari nanti, pimpinan KEADILAN bersama-sama Pakatan Rakyat dan rakyat Malaysia keseluruhannya telahpun bersedia menggalas amanah memimpin negara serta berusaha mengembalikannya ke landasan yang tepat. Justeru saya memberi jaminan bahawa kepimpinan KEADILAN akan terus menerajui agenda rakyat. Persoalan kepimpinan sememangnya diputuskan melalui permuafakatan dalam parti. Semenjak dari penubuhannya kepimpinan parti merupakan suatu "evolutionary process," dan bukannya suatu "revolutionary process."

Yakinlah bahawa kita akan terus istiqamah meneruskan perjuangan murni ini. Adalah menjadi tanggunggjawab kita semua untuk melaksanakan segala kebijakan, dasar dan agenda yang telah digarap sepertimana yang terkandung dalam Agenda Ekonomi Malaysia, Dasar Bersama PR, Buku Jingga dan Belanjawan PR.

Justeru saya menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia agar kekal menjana kekuatan dan memperkukuh usaha untuk memenangi Piliharaya Umum ke 13. Kemenangan tersebut adalah Demi Malaysia yang demokratik, Malaysia yang makmur, Malaysia yang aman dan harmoni, Malaysia yang bebas serta Demi Malaysia baru milik rakyat.

Inshaallah, saya, seluruh pimpinan dan seluruh rakyat Malaysia akan hadir menyatakan sokongan dan bersama-sama Dato' Seri Anwar pada hari tersebut, 9hb Januari 2012.

Mohamed Azmin Ali
Timbalan Presiden
Parti Keadilan Rakyat







KENAPA KEPUTUSAN PEMBICARAAN ANWAR PENTING UNTUK SETIAP RAKYAT MALAYSIA


Pada 9 Januari 2012, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan menyampaikan penghakimannya dalam perbicaraan kes liwat Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim. Keseluruhan prosiding telah dikutuk dengan meluasnya sebagai perbicaraan bermotif politik, yang seringkali digunakan rejim-rejim kukubesi untuk menghancurkan musuh-musuh politik mereka. Tetapi Anwar memiliki rekod panjang untuk tidak semudahnya menyerah kalah. Beliau telah mengisytiharkan bahawa apa jua keputusan pada 9 Januari ini, beliau tidak akan menyerah. Sebelum ini penjara tidak dapat mematahkan atau mendiamkan suara Anwar, semestinya juga tidak sekarang.

Tetapi apa yang dipertaruhkan di sini lebih daripada sekadar kebebasan peribadi pemimpin pembangkang. 54 tahun yang lalu, rakyat negara ini telah dijanjikan bahawa tanah air mereka yang baru merdeka akan bebas dan demokratik; dan hasrat rakyat itu telah diungkapkan dalam perundangan tertinggi negara, iaitu Perlembagaan Persekutuan. Janji ini telah dengan sengaja dimungkir oleh gabungan politik yang memerintah negara ini sejak hari tersebut sampailah ke hari ini.

Badan kehakiman yang bakal memutuskan penghakiman ke atas Anwar Ibrahim pada 9 Januari, gagal untuk menegakkan kebebasan asasi yang terkandung dalam Perlembagaan dan membenarkan pihak Eksekutif untuk menginjak-injak hak-hak asas Rakyat. Oleh yang demikian, lebih setengah abad, rakyat telah menderita akibat undang-undang menindas, rasuah berleluasa dan penyalahgunaan amanah jawatan awam untuk keuntungan dan memperkayakan diri sendiri. Rakyat ialah pemilik tanah air ini yang sebenar-benarnya. Namun rakyat hanya menjadi peminta belas ehsan di pintu Putrajaya, di mana para pemimpin Umno/ BN dan mereka yang bergantung kepada kuasanya memerintah rakyat.

Lawan kepada rejim Umno adalah pakatan pembangkang yang diterajui Anwar, yang mana paksi tujuannya untuk memansuhkan kesemua perundangan menindas dan anti-demokratik serta mengembalikan kebebasan berperlembagaan kepada rakyat; untuk menamatkan kerugian besar-besaran akibat rasuah; dan untuk memastikan agihan kekayaan negara yang saksama dan adil. Kini Umno cuba untuk menghalang perjalanan hebat rakyat Malaysia ke arah kebebasan dengan cuba membunuh secara politik Anwar Ibrahim melalui sistem pengadilan yang berat sebelah dan mudah dipengaruhi.

Inilah sebabnya kenapa 9 Januari begitu amat penting untuk setiap rakyat Malaysia. Pendirian Anwar untuk tidak tunduk terhadap suatu sistem yang zalim, memberikan kekuatan dan harapan baru kepada rakyat dalam menghadapi kekuasaan penindas yang zalim itu, malahan mengukuhkan keyakinan rakyat untuk menuntut perubahan dan reformasi. Justeru, iannya merupakan saat-saat kemuncak dalam pertempuran untuk jenis negara dalam mana ingin kita hidup, serta jenis nilai-nilai yang kita mahu wariskan kepada generasi Malaysia akan datang. Apapun jua keputusannya pada 9 Januari ini, kita dapat mengambil hikmat bahawa tidak lama lagi akan tiba pula giliran Rakyat untuk menyampaikan penghakiman terhadap kerajaan zalim dan menganiaya ini.

Di keluarkan oleh,
N SURENDRAN
NAIB PRESIDEN
KEADILAN

3 Januari 2011



TUMPAS KAN BADAK BERENDAM INI

Posted: 03 Jan 2012 01:13 AM PST





BANGUN DAN LAWAN



NOTA:
anak anak muda
para pelajar
para mahasiswa

genggam tangan kamu
ancungkan ke langit
laungkan suara demokrasi

jika kamu bangun seluruh negara
esok kita bukan saja ada naib cancelor baru
kita semua akan masuk ke dunia baru

malaysia yang merdeka
malaysia yang menolak bendera uncle sam]
malaysia yang menolak lagu terang bulan

yakinlah
dunia ini akhirnya
adalah milik anak muda!


HANYA SAEKOR BADAK BERENDAM




DEMO UPS: MAHASISWI DISINGKIR DARI KOLEJ KEDIAMAN
– mkini

Seorang mahasiswi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim yang terbabit pada perhimpunan pro-kebebasan akademik, Ahad lalu sehingga menyebabkan pergelutan berdarah dengan pihak polis telah disingkirkan dari kolej kediaman universiti itu.

Menurut penyelaras kumpulan Legasi Mahasiswa Progresif (LMP) Adam Adli Abdul Halim, pelajar wanita itu dimaklumkan keputusan itu semalam selepas beliau dibebaskan daripada tahanan polis.

Adam Adli ketika dihubungi hari ini berkata setiausaha LMP Siti Nurul Piteriah Abdul Halim telah disingkirkan dari kolej kediaman Aminuddin Baki, UPSI.

Katanya, seorang lagi pelajar universiti itu yang mengambil bahagian dalam demonstrasi menjelang Tahun Baru juga mungkin menghadapi tindakan disiplin, tetapi ini belum disahkan.





SATU LAGI DATANG MENYOKONG

Posted: 03 Jan 2012 12:42 AM PST















BN PADANG SERAI DAN NGO BUAT LAPORAN POLIS
– berita hairan

KULIM: Barisan Nasional (BN) Bahagian Padang Serai dan tujuh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di sini, membuat laporan polis bagi membantah kumpulan yang cuba mengganggu perhimpunan Kempen Bebaskan Anwar 901.

Kumpulan lebih 100 individu itu turut berhimpun secara aman bagi membuktikan kepada Kementerian Dalam Negeri bahawa berhimpun secara aman ialah satu hak dan tidak perlu diganggu gugat.

Bantahan diketuai oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian, Asmadi Abdul Mutalib bersama pemimpin NGO, mereka membuat laporan di Balai Polis Kulim di sini, petang semalam. - TIEWNAMA




SUNNAH WAL RASUAH

Posted: 02 Jan 2012 11:00 PM PST




NOTA


perdebatan antara sunnah
dengan sunnah wal rasuah

sila tonton dan hayati
untuk pencerahan kita semua






KURSUS YANG TEPAT

Posted: 02 Jan 2012 08:37 PM PST





JABATAN PENJARA WUJUDKAN PROGRAM PENTERNAKAN LEMBU UNTUK BANDUAN
– berita hiaran

KLUANG: Jabatan Penjara mewujudkan program penternakan lembu berskala besar yang akan diusahakan oleh banduan menerusi program pemulihan melalui latihan yang sekaligus dapat meningkatkan hasil penternakan negara.

Timbalan Ketua Pengarah (Keselamatan dan Koreksional) Jabatan Penjara, Hassan Sakimon berkata program dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Veterinar itu bertujuan memberi persediaan kepada banduan untuk berdikari seterusnya membekalkan keperluan bekalan daging dalam penjara dan dikomersialkan.

"Program perintis penternakan lembu ini sudah dimulakan tahun ini di beberapa penjara dan pusat tahanan termasuk Penjara Kluang, di sini, Penjara Pokok Sena, Kedah; Pusat Tahanan dan Perlindungan Taiping, Perak; Institut Pemulihan Dadah Jelebu, Negeri Sembilan dan Sekolah Henry Gurney Keningau, Sabah," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan 102 lembu betina baka Zebu Myanmar oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar, di Penjara Kluang, dekat Kahang, di sini, hari ini.

Hassan berkata, program penternakan berskala besar itu selaras dengan fokus keempat Pelan Induk Jabatan Penjara dengan penghuni yang dipilih untuk mengikuti latihan itu akan diberikan bimbingan secukupnya bagi membolehkan mereka memiliki kemahiran dalam bidang penternakan.

Beliau berkata, program penternakan itu akan diperluaskan ke penjara lain di negara ini sekiranya program perintis berkenaan berjaya dilaksanakan.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit..... INI PROGRAM PENJARA CUKUP TEPAT.... kah kah kah..

kah kah kah...JABATAN PENJARA INI MACAM DAH TAHU TAHU AJE..... kah kah kah..

kah kah kah....MENYEDIAKAN KURSUS MENTERNAK LEMBU .... kah kah kah...

kah kah kah... MEMANG BANYAK BAKAL BADUAN YANG ADA PENGALAMAN MENTERNAK LEMBAU.... kah kah kah..

kah kah kah....BAGUS BAGUS BAGUS..... kah kah kah



BAKAL MENJALANI KURSUS












Tiada ulasan: