Tukar Tiub |
- DEMONSTRASI TELAH MENJADI BUDAYA KITA
- SELAMAT TAHUN BARU DARI ZUNAR
- ANAK MUDA BANGUN MELAWAN
- SALUT PADA ANAK MUDA
- ANAK MUDA MEMULAKAN TAHUN BARU!
DEMONSTRASI TELAH MENJADI BUDAYA KITA Posted: 01 Jan 2012 05:36 PM PST KENAPA SIKIT SANGAT YANG TURUN? GABUNGAN 11 NGO berhimpun secara aman sebelum menyerahkan laporan bagi membantah Kempen Bebaskan Anwar 901 di IPD Kluang, Johor, semalam. 11 NGO TURUN BERDEMO syabas kerana sudah pandai berdemo ada 11 ngo turun berdemo kalau di kira dalam gambar ini ada 26 orang sedang berdeo syabas! untuk berlaku adil kita anggap seorang tukang ambil gambar - jadi 27 seorang lagi pergi tandas - jadi 28 seorang lagi sedang buat pangilan - jadi 29 seorang lagi tak pakai stokin tak mahu bergambar - jadi 30 ertinya ada 30 orang untuk 11 ngo kepala bana apa 11 ngo ada ahli 30 orang kah kah kah kah kah kah kah kah kah rumah china doll di brickfiled lebih dari 30 orang kah kah kah woit lihat gambar dibawa itu baru dipangil demo mari datang 901 ini tengok cara buat demo kah kah kah INI CONTOH BERDEMONSTRASI LAGI TENTANGAN KEMPEN BEBASKAN ANWAR 901 - meloya JOHOR BAHRU 1 Jan. - Kempen Bebaskan Anwar 901 terus mendapat tentangan pelbagai pihak termasuk di negeri ini yang mana kebanyakan daripada mereka menyifatkan ia sebagai taktik Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melepaskan diri dengan menyalahkan kerajaan atas segala perkara yang tidak menyebelahi beliau. Ketua Penerangan Majlis Penyelaras Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu Johor (Gabung), Abdullah Md. Yusof meminta semua rakyat negeri ini agar tidak menyahut seruan menyertai demonstrasi jalanan tersebut kerana ia sama seperti perhimpunan Bersih 2.0 yang menimbulkan keadaan huru-hara. "Sebenarnya ramai orang sudah bosan dengan sebarang perkara berkaitan Anwar, ini adalah antara helah untuk kononnya kekal relevan dalam politik. "Kempen Bebas Anwar 901 ini sudah tentu menuduh sistem kehakiman tidak adil jika Anwar didapati bersalah oleh mahkamah, tetapi bersorak jika pemimpin pembangkang itu dibebaskan. "Syukur ramai rakyat kita yang matang dan tidak terpengaruh dengan ajakan ke jalanan seperti ini. Akan tetapi polis dan pihak berkuasa perlu mengambil tindakan segera bagi mengatasi segelintir golongan yang cuba membuat onar, jangan bila mereka dah berhimpun baru bertindak," katanya. BELAJAR DARI SINI |
Posted: 01 Jan 2012 05:17 PM PST NOTA ketika tukar tiub mengajukan selamat menyambut mauludul rassul nabi isa terlalu banyak komen yang sampai semua nak jadi lebih puteh dari puteh semua nak jadi lebih suci dari sabun breeze peliknya bila datang tahun baru 1 januari tak ada sesiapa yang komen semua jadi teloooo kah kah kah ini kerana mereka tidak membaca ini kerana mereka tidka tahu bahawa ini adalah kalender gregorian kalender ini di buat oleh pope gregory X111 pada 24 febuarari 1582 kah kah kah kenapa tak meloncat mengambur semua ikut kalender ini kah kah kah nota: tak caya sila tanya lebai google kah kah kah SELAMAT TAHUN BARU DARI ZUNAR NOTA: mereka yang di luar kuala lumpur sila beli tiket bas sila beli tiket kereta api sila kongsi kongsi datang ke kl sila tempah hotel sila cari rumah tumpangan ini jemputan kenduri pada pagi 9 januari ini |
Posted: 01 Jan 2012 11:45 AM PST TURUN BERAMAI RAMAI KENYATAAN MEDIA 1 JANUARI 2012 HIMPUNAN BEBAS AKADEMIK: KEGANASAN POLIS TERHADAP MAHASISWA DIKECAM Angkatan Muda KEADILAN (AMK) mengecam sekeras-kerasnya tindakan pihak polis yang menggunakan kekerasan terhadap mahasiswa yang berhimpun secara aman di depan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim, Perak awal pagi tadi. Pengerusi Gerakan Kebebasan Akademik (BEBAS) saudara Safwan Anang dilaporkan masih lagi terlantar di Hospital Slim River, Perak akibat patah tulang rusuk kesan dari tindakan ganas pihak polis. Rakaman video insiden tersebut yang kini telah dimuatnaik di beberapa laman sosial di internet juga jelas menunjukkan bahawa pihak polis telah bertindak keterlaluan tatkala meleraikan demonstrasi aman tersebut. AMK menyifatkan peristiwa ini sebagai suatu tragedi hitam dalam sejarah gerakan kebebasan akademik dan merupakan satu bentuk penghinaan terhadap mahasiswa. Apakah layak bagi sekumpulan mahasiswa yang berhimpun bagi tujuan menuntut kebebasan akademik dilayan dan diperlakukan sedemikian zalim oleh pihak berkuasa? Insiden ini jelas menzahirkan bahawa pentadbiran Dato' Sri Najib Razak tidak serius dalam usaha meminda Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) dan ianya tidak lebih sekadar gimik politik murahan dalam menghadapi Pilihan Raya Umum akan datang. Apa yang berlaku semalam membuktikan bahawa pendekatan pentadbiran Dato' Sri Najib kini semakin mirip kepada kaedah otokratik yang diamalkan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Ini jelas bertentangan dengan janji beliau sendiri kononnya untuk menjadi pemimpin yang mendengar suara rakyat dan mesra anak muda. Harus diingat bahawa kejatuhan rejim di Tunisia dan Mesir bermula tatkala pihak berkuasa bertindak zalim dengan menindas anak muda dan mahasiswa. Peristiwa yang berlaku awal pagi tahun baru 2012 ini secara tersirat menandakan bermulanya kejatuhan rejim UMNO-Barisan Nasional. Justeru, AMK menuntut supaya satu siasatan menyeluruh dijalankan terhadap insiden keganasan ini dan anggota polis yang bertanggungjawab mencederakan mahasiswa dihadapkan ke muka pengadilan. Kami juga menuntut supaya Menteri Dalam Negeri yang bertanggungawab terhadap pasukan polis supaya memohon maaf kepada mahasiswa yang dizalimi serta ahli keluarga mereka. AMK juga menawarkan khidmat guaman kepada semua mahasiswa yang terlibat sekiranya mereka berhasrat untuk mengambil tindakan perundangan terhadap pihak polis. SHAMSUL ISKANDAR MOHD AKIN Ketua Angkatan Muda KEADILAN |
Posted: 01 Jan 2012 01:02 AM PST |
ANAK MUDA MEMULAKAN TAHUN BARU! Posted: 31 Dec 2011 08:58 PM PST SALUT ANAK MUDA BANGUN MELAWAN! KEGANASAN POLIS 1hb Januari 2012 Memasuki tahun 2012 kita dikejutkan dengan berita bahawa seramai 17 orang mahasiswa ditahan dan dua mahasiswa telah dipukul pihak polis di Universiti Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim. Salah seorang mahasiswa tersebut, Sdr Safwan Anang masih terlantar di Hospital Slim River akibat kekasaran melampau pihak berkuasa. Kita difahamkan mahasiswa terbabit sekadar menyatakan bantahan mereka terhadap Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) dan menuntut agar kerajaan memansuhkannya dengan kadar segera. Kejadian awal pagi tadi menjadi saksi bahawa pentadbiran Dato' Seri Najib Razak tidak ada iltizam politik untuk melaksanakan transformasi yang diwar warkannya. Transformasi yang diumumkan perdana menteri itu tidak lebih dari kosmetik politik bertujuan mengaburi rakyat dari kenyataan yang sebenar, bahawa pentadbiran beliau sebenarnya lemah serta tidak berdaya mengotakan janji yang dibuat. Hasrat untuk meminda Seksyen 15, Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) dan memastikan kebebasan kepada mahasiswa kini dilihat tidak lebih sekadar omongan kosong. Kita menuntut agar siasatan berkaitan kekerasan terhadap mahasiswa ini dijalankan segera. Mereka yang tidak bertanggungjawab melakukan kekerasan terhadap mahasiswa ini mesti dihadapkan ke muka pengadilan. Manakala itu, kita juga menuntut agar pihak polis dan Menteri Dalam Negerimemohon maaf kerana kekerasan keterlaluan yang dilakukan. Kita juga berhasrat mengulangi pendirian Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Rakyat untuk memansuhkan AUKU serta iltizam demi memastikan kebebasan akademik terlaksana. Mohamed Azmin Ali Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat KEADILAN MENGECAM KEGANASAN POLIS TERHADAP MAHASISWA KEADILAN mengecam tindakan polis termasuk FRU untuk meleraikan perhimpunan aman mahasiswa di hadapan Universiti Perguruan Sultan Idris secara ganas pada awal pagi ini. Difahamkan kira-kira 100 orang mahasiswa berhimpun di hadapan UPSI semalam sebagai bantahan kepada Akta Universiti dan Kolej Universiti serta mendesak UPSI menarik balik tindakan terhadap Adam Adli. Adam merupakan mahasiswa UPSI yang mendapat perhatian meluas apabila menggantikan bendera yang tertera gambar PM dengan panji kebebasan akademik. Pihak polis, termasuk dua trak FRU dan pegawai Cawangan Khas hadir beramai-ramai dan pada 2.30 pagi, bertindak ganas apabila mahasiswa enggan bersurai. Salah satu mahasiswa tersebut, Muhammad Safwan Anang dipukul oleh lapan orang pegawai polis dan SB sebelum beliau dilarikan oleh rakan-rakannya ke Hospital Slim River. Beliau mula-mulanya koma dan mengalami tulang pipi yang patah sebelum beliau akhirnya sedar diri. Sehingga kini difahamkan kira-kira 17 mahasiswa termasuk Adam Adli telah ditangkap oleh pihak polis.. Pihak mahasiswa turut mendakwa beberapa wartawan yang menunjukkan pas media mereka turut dipukul pihak polis. Tindakan polis pada hari ini jauh berbeza dengan tindakan mereka ketika perarakan mahasiswa ke PWTC yang berkesudahan dengan berkibarnya panji kebebasan akademik. KEADILAN berharap Menteri Dalam Negeri Dato Seri Hishamuddin Hussein Onn dan Ketua Polis Negara dapat segera tampil memberikan penjelasan. Keganasan ini membuktikan ucapan Hari Malaysia Perdana Menteri dan Agenda Transformasinya tidak membawa sebarang makna. NIK NAZMI NIK AHMAD PENGARAH KOMUNIKASI PARTI KEADILAN RAKYAT |
You are subscribed to email updates from Tukar Tiub To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan