Ahad, 1 Januari 2012

GoMalaysian

GoMalaysian


Mufti Perlis Kecam Tindakan Polis?

Posted: 01 Jan 2012 07:33 PM PST


Mufti Perlis Dr Juanda Jaya menegaskan anggota polis perlu mengambil tindakan dengan bijak dan bukan bertindak di luar batasan sehingga menyebabkan kepada kecederaan orang awam...

Juanda: 'Polis patut bertindak dengan bijaksana bukan kemarahan'

www.themalaysianinsider.com

KUALA LUMPUR, 1 Jan — Mufti Perlis Dr Juanda Jaya menegaskan anggota polis perlu mengambil tindakan dengan bijak dan bukan bertindak di luar batasan sehingga menyebabkan kepada kecederaan orang awam.

Menurut Juanda, insiden tindakan kasar polis semasa menghuraikan demonstrasi aman mahasiswa di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) awal pagi tadi amat membingungkan.

Beliau berkata sekiranya tindakan itu diambil dengan perasaan marah ia tidak akan menyelesaikan masalah sebaliknya akan bertambah teruk.

Tambah Juanda, sepatutnya kedua-dua belah pihak berunding untuk mencari jalan penyelesaian terlebih dahulu bagi mengelakkan masalah lain seperti kecederaan.

[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!

"Pembantaian mahasiswa di UPSI amat membingungkan. Kenapa sampai perlu menumpahkan darah sesama sendiri yang diharamkan oleh agama? Apakah pintu musyawarah (berunding) sudah tertutup?

"Kemarahan tidak akan selesai dengan memarakkan kemarahan. Masing-masing ada hak untuk bertindak, maka jagalah batasan hak masing-masing," katanya dalam tulisannya di laman Facebook.

Awal pagi tadi beberapa mahasiswa yang mengadakan demonstrasi aman menuntut kebebasan akademik di UPSI telah ditahan polis kerana ingkar arahan pihak berkuasa yang mengarahkan mereka bersurai.

Kumpulan mahasiswa itu mendakwa polis telah bertindak kasar dengan "memukul, menendang dan menumbuk" mereka, yang menyaksikan Presiden Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) Muhammad Safwan Anang dihantar ke Hospital Slim River kerana tidak sedarkan diri.

Difahamkan dianggarkan seramai 60 orang mahasiswa telah mengadakan demonstrasi di kampus itu bermula malam tadi bagi memprotes Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dan menuntut solidariti untuk Adam Adli Abdul Halim, yang menjadi perhatian kerana menurunkan kain rentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di luar ibu pejabat Umno di Kuala Lumpur bulan lalu.

Pemimpin PKR dan DAP mengkritik tindakan kasar polis terhadap kumpulan mahasiswa itu.

Bagaimanapun Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Mohd Shukri Dahlan menafikan anggotanya bertindak kasar semasa menghuraikan demonstrasi dengan menegaskan "tiada pergelutan" yang berlaku semasa tangkapan dibuat.

Tambah Juanda, pihak polis sepatutnya bertindak secara bijaksana dalam menghuraikan demonstrasi itu.

"Sewaktu api fitnah sedang mara menjulang, pihak berkuasa sewajarnya mencari sesuatu yang sudah semakin hilang pada hari ini, iaitu kebijaksanaan.

"Ya, anda ada kuasa, tetapi biarlah orang hormat dan hargai kuasa anda, bukannya memarakkannya dengan fitnah kebencian," katanya.

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/juanda-polis-patut-bertindak-dengan-bijaksana-bukan-kemarahan/

[VIDEO] Detik Cemas Perhimpunan Mahasiswa 1 Januari 2012 Di UPSI

Posted: 01 Jan 2012 03:28 AM PST


Kira- kira 20 mahasiswa ditangkap polis termasuk Adam Adli dan Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia, Syukri Razak setelah mereka mengadakan tunjuk perasaan di Universiti Pendidikan Sultan Idris Shah Tanjung Malim, Perak awal pagi tadi.

Dua Siswa Cedera, Adam Adli, 20 Lagi Ditahan Kerana Demo AUKU

http://antarapos.com/

TANJUNG MALIM, 1 JAN : Kira- kira 20 mahasiswa ditangkap polis termasuk Adam Adli dan Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia, Syukri Razak setelah mereka mengadakan tunjuk perasaan di Universiti Pendidikan Sultan Idris Shah Tanjung Malim, Perak awal pagi tadi.

Beberapa pergelutan berlaku antara anggota polis dan mahasiswa. Sekurang-kurangnya dua orang mahasiswa mengalami kecederaan di muka dan kepala.

Sebuah poliklinik di dalam UPSI turut mengalami kerosakan apabila polis menyerbu premis itu untuk melakukan tangkapan.

Kekecohan berlaku apabila kumpulan mahasiswa itu engkar arahan polis untuk bersurai setelah berkumpul dengan kira-kira 100 mahasiswa lain untuk mengadakan bantahan selama 16 jam bersabit langkan UPSI mengenakan tindakan tata tertib terhadap Adam.

UPSI mengenakan tindakan tatatertib terhadap Adam kerana menurunkan bendera Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di ibu pejabatan Umno pada 17 Disember lalu bagi mendesak Akta Universiti Kolej Universiti 1971 dimansuhkan terus.

Krew AntaraPos.com merakamkan puluhan mahasiswa ditangkap oleh anggota polis dan dimasukkan ke dalam trak polis setelah mereka engkar arahan untuk bersurai dalam lima belas minit.

Ketua Polis Daerah Tanjung Malim Penguasa Othman Nanyan mengarahkan tunjuk perasaan itu di hentikan padalam tempoh 15 minit kerana ia menggangu keamanan persekitaran.

Beliau berkata pihak polis sedia memberikan masa untuk pelajar terbabit menyampaikan memorandum kepada pihak universiti.

Bagaimanapun mahasiswa berkenaan yang berkumpul kira-kira pukul 1 pagi Tahun Baru enggan berundur dan mahu meneruskan program 16 jam mereka yang disulami dengan bacaan puisi, nyanyian lagu patriotik sambil membawa sepanduk mengutuk AUKU dan kerajaan.

Mereka juga membawa keranda bergambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan melaung slogan anti-kerajaan.

[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!

Kumpulan itu berkeras mahu meneruskan aturcara yang ditetapkan, memaksa polis untuk menggunakan kekerasan bagi menyuraikan perhimpunan itu.

Pergelutan berlaku ketika polis mengheret mahasiswa masuk ke dalam trak polis namun ada mahasiswa bertindak melepaskan diri.

Seorang mahasiswa dikenali sebagai Safuan Anang mengalami kecederaan serius di bahagian rahang manakala Amar Rasyidi cedera di bahagian hidung dan kepala.

Safwan dan Amar dibawa ke poliklinik di hadapan UPSI itu oleh rakan-rakan mereka. Pintu kaca poliklinik itu pecah dalam keadan mahasiswa berasak-asak untuk memasuki klinik itu dengan dikejar anggota polis.

Gagal mendapat rawatan di klinik itu, Safwan Anang cuba di bawa oleh empat rakannya ke Hospital Tanjung Malim namun kunci kereta mereka dikatakan dirampas polis.

Mahasiswa yang cerdera parah itu kemudian dibantu oleh media di situ untuk dihantar ke Hospital Tanjung Malim.

Keadaan tegang itu berlarutan sehingga jam 3.15 pagi.

Safwan Anang masih di di hospital kerana kecederaannya agak serius manakala Amar menerima rawatan pesakit luar.

http://antarapos.com/v1/index.php?q9nan56SpKPkoObnaNGXpVvZn7WkcpFk


Video:
http://www.youtube.com/watch?v=mvwn1TVX8m8





Tiada ulasan: