Khamis, 12 Januari 2012

SharpShooter

SharpShooter


Ratu Lynas @fuziah99 sedia berdebat dengan Menteri Besar

Posted: 11 Jan 2012 11:17 PM PST

KUANTAN - "Saya tidak kisah siapa ahli panelnya, Menteri Besar (MB) atau sesiapa saja, saya akan tampilkan diri supaya rakyat dapat mengetahui dan mendapatkan maklumat lebih tepat dan telus," kata Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh berhubung debat umum Lynas yang diwar-warkan untuk dianjurkan.

Menurutnya, beliau tidak gentar berhadapan dengan mana-mana pihak untuk berdebat berhubung isu itu dengan syarat, lokasi dan masanya ditetapkan penganjur.

"Namun saya tidak mem­punyai kuasa untuk men­jemput siapa-siapa, sebaliknya ia tugas penganjur untuk mengundang ahli panelnya kerana saya tidak mahu masuk campur dan biarkan mereka yang neutral bertanggung­jawab melakukannya.

"Setakat ini, saya pernah mencadangkan tarikhnya pada 28, 29 dan 30 Disember lalu, namun masih belum dapat mencapai kata muktamad sehingga kini," katanya.

Sinar Harian semalam melaporkan dua tawaran Perhimpunan Hijau untuk menjadi moderator atau turut mempunyai wakil (pasukan) jika debat umum itu dilaksanakan.

"Setakat ini, saya tidak keberatan jika Perhimpunan Hijau ingin menjadi penganjurnya, namun bukan sebagai moderator kerana saya ingin mereka yang mempunyai kredibiliti, dikenali dan profesional untuk menggalas peranan ini.

"Selain itu saya ingin debat umum ini melibatkan semua pakar berkaitan, jika semuanya dapat dilaksanakan, saya hanya tunggu dan bersedia bila-bila masa saja untuk menyertai debat ini," katanya.

Sementara itu Ketua MCA Bahagian Kuantan, Datuk Ti Lian Ker berkata, pihak yang mempunyai kredibiliti yang harus bertindak sebagai moderator dan Perhimpunan Hijau juga perlu mempunyai kredibiliti jika ingin mencabarnya selain menyangkal dakwaan mereka yang menyatakan pihaknya adalah pro-Lynas.

Sebaliknya, beliau memberitahu pihaknya berwaspada pada kemunculan kilang pemprosesan nadir bumi itu namun dalam masa sama bersikap terbuka dan akur dengan dengan piawaian antarabangsa yang diikuti kilang tersebut.

Menurutnya, Malaysia tidak boleh menjadi negara yang tidak tetap pendiriannya, iaitu sekejap menerima dan selepas itu menolak Lynas.

"Berhubung debat umum yang digembar-gemburkan itu, pendirian saya tidak mahu berdebat kerana ia lebih menjurus kepada kepentingan politik sebaliknya saya lebih berharap konsep bermusyawarah dianjurkan supaya dapat berkongsi maklumat, bertukar fikiran dan idea.

"Kita mahu mencari jalan penyelesaian dalam mengatasi kemelut ini dan tidak mahu ia terus berlanjutan menjadi isu," katanya.

Menurutnya, beliau tidak mahu terlibat dalam debat itu yang boleh dieksploitasi semata-mata untuk mendapatkan markah politik dan memancing undi sedangkan jalan penyelesaian tidak tercapai.

Sinar Harian


Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Kes Fitnah 2 - Tiada asas untuk buat rayuan.

Posted: 11 Jan 2012 10:40 PM PST

Naib Presiden KEADILAN, N Surendran berkata, pihak pendakwaan dalam kes fitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mempunyai asas mengemukakan rayuan.

Beliau mengulas tindakan pihak pendakwa yang mahu membuat rayuan berhubung keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, yang membebaskan Anwar dari tuduhan liwat, Isnin lalu.

Dalam laporan Buletin Utama, TV3 semalam, Peguam Cara II Negara, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden dipetik berkata, cadangan berkenaan akan dikemukakan kepada Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

"Saya menyatakan adalah amat tidak munasabah bagi peguam negara untuk memfailkan rayuan terhadap pembebasan ketua pembangkang," ujar Surendran.

"Tidak ada keterangan munasabah yang dipercayai atau apa-apa asas untuk memfailkan rayuan terhadap Datuk Seri Anwar. Keputusan hakim Zabidin adalah betul melihat kepada keterangan yang telah disampaikan kepada mahkamah,"  tegas beliau.

Justeru itu, Surendran meminta peguam negara tidak menurut arahan politik daripada Umno-BN untuk memfailkan rayuan berhubung keputusan tersebut.

"Saya juga memberi amaran kepada Umno supaya jangan menggunakan pengaruh politik untuk mengarahkan rayuan difailkan," tegasnya yang juga peguam.

Menyokong kenyataan Majlis Peguam, Surendran berkata, sesuatu rayuan hanya boleh difailkan sekiranya didapati mahkamah menolak bukti kukuh sepanjang perbicaraan.

"Rayuan hanya dibuat apabila sesuatu kes yang kukuh telah ditolak mahkamah, tetapi di sini tiada kes terhadap ketua pembangkang, tambahan ia tajaan politik Umno-BN," ujarnya.

Pada Isnin lalu, Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah membebaskan Anwar dari tuduhan meliwat bekas pembantu beliau, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Ketika membuat kesimpulannya, Zabidin berkata kedua-dua bukti iaitu DNA dan juga bukti lisan tak boleh mensabitkan ahli parlimen Permatang Pauh itu bersalah

Laporan polis ke atas @papagomo kerana menghina mahkamah

Posted: 11 Jan 2012 10:04 PM PST


Beberapa orang wakil dari Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Solidariti Anak Muda Keadilan (SAMM) Pulau Pinang membuat laporan polis terhadap blogger pro-Umno, Papa Gomo yang mengeluarkan artikel menghina keputusan mahkamah.

Penyelaras SAMM Mohd Aidil Ibrahim berkata, selain artikel yang berbunyi 'hakim telah dibeli oleh DS Anuar Ibrahim', Papa Gomo juga menfitnahkan nama Datuk Seri Anuar Ibrahim dengan menggunakan perkataan "babi" serta ayat-ayat yang kurang ajar.

"Beliau (Papa Gomo) dengan jelas menerusi laman twitter-nya membuat kenyataan kurang ajar dengan menyatakan bahawa hakim telah dibeli oleh Anwar Ibrahim, menerusi perkataan dalam ruang komen tersebut jelas menunjukkan papa gomo memiliki hubungan istimewa dengan Perdana Menteri seperti bersembang dengan kawan-kawan, beliau 'twit' Perdana Menteri,"

"Kami juga mendesak agar kertas siasatan segera dibuka dan Papa Gomo diheret kemuka pengadilan kerana menghina mahkamah secara terang-terangan,"katanya.

Beliau berkata demikian selepas membuat satu laporan polis di Balai Polis Timur Laut, di sini hari ini.

Hadir sama membuat laporan polis, Timbalan Ketua Angkatan Muda Pulau Pinang Ahmad Azrizal Tahir dan beberapa wakil dari Gerakan Jingga 13.



Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Rumah @WardianSafiyyah disamun

Posted: 11 Jan 2012 08:56 PM PST


Berdasarkan dari akaun Facebook beliau yang dikemaskinikan pada 4 jam sebelum ini, Penyampai Malaysia Hari ini, Wardina Safiyyah menyatakan bahawa beliau telah dirompak!

3 orang perompak Indonesia memakai topeng telah masuk ke rumah beliau dan telah mengambil beberapa barang berharga seperti 5 biji laptop. Suaminya juga dimaklumkan telah dipukul tetapi tidak serius.


Laporan polis telah dibuat dan dikatakan perompak tersebut akan merompak semula kerana tidak puas hati dengan hasil yang diperolehi.

Semoga beliau dan anak-anak serta keluarganya dalam keadaan selamat!

Facebook Wardina

Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Malik terharu dengan keprihatinan Mansor Othman

Posted: 11 Jan 2012 08:53 PM PST

Saudara Abdul Malik (dua dari kanan) terharu dengan kunjungan dan prihatin ditunjukkan Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman

MENZIARAHI MANGSA KEBAKARAN

KAMPUNG KUBANG ULU: Kunjungan Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman, membuatkan mangsa kebakaran di Kampung Kubang Ulu, Penanti, Abdul Malik Ahmad, 42, berasa sebak dan terharu.

Ini kerana, keprihatinan Mansor, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penanti itu menyentuh perasaan Abdul Malik yang kini hilang tempat berlindung ekoran rumah dua tingkatnya hangus dalam kebakaran pada Selasa lalu kira-kira jam 11 malam.

Menurut Abdul Malik, ketika kejadian dia tiada di rumah kerana bekerja manakala isterinya, Natitah Ibrahim, 37, dan dua anak mereka, Muhammad Imran, 9, dan Fitri Umi Azira, 4, menumpang tidur di rumah saudaranya yang berdekatan.

"Walaupun rumah musnah bersekali dokumen lain seperti surat beranak dan sijil nikah, namun saya bersyukur kerana semua ahli keluarga selamat. Saya berasa sedih atas kejadian ini namun menerimanya sebagai takdir.

"Kehadiran Yang Berhormat Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor, yang memberi kata perangsang menghidupkan semula semangat saya. Biar pun sibuk dengan urusan pentadbiran negeri, beliau masih sempat menjenguk dan bertanya khabar selain menyampaikan bantuan serta-merta terhadap kami sekeluarga.

"Apa yang kami mampu lakukan ialah mengucapkan terima kasih atas jasa baik dan sikap murni yang ditunjukkan kerajaan negeri melalui Datuk (Mansor)," katanya.

Dalam perkembangan sama, Mansor, berkata bantuan disalurkan kepada Abdul Malik melalui agensi kerajaan negeri seperti Pusat Urus Zakat dan Pejabat Daerah Seberang Prai Tengah.

"Dasar kerajaan negeri melalui wakil rakyat adalah membantu komuniti sesuatu penempatan yang dtimpa musibah. Peranan ini akan terus dilakukan kerana ia menjadi tanggungjawab kerajaan negeri yang mengamalkan pengurusan cekap, telus dan berkredibiliti," katanya.

Mansor, yang juga Exco Perdagangan Antarabangsa, Pengurusan Koperasi dan Perhubungan Masyarakat, memuji dan mengucapkan tahniah kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti yang melakukan tugas dengan berkesan.

Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Tiada ulasan: